Followers

Apa pandangan korang tentang Muktamar Khas Luar Biasa (EGM) yg dicadangkan TGNA?

Tuesday, July 21, 2009

Pewaris cetus provokasi: Himpunan Pro-ISA bertembung demo anti-ISA !



Versi Malaysiakini

Pro-ISA bertembung demo anti-ISA

Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.

Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut.

"Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.

Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara.

GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi yang selama ini menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan.

Perhimpunan itu dijangka bertukar pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.

Ditanya sama ada tindakan Pewaris bakal mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu".

"Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," katanya, sambil menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".

Pewaris akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan persiapan akhir, termasuk memohon permit polis bagi tujuan itu.

Sidang media bagi mengumumkan perkara itu dijangka dibuat beberapa hari lagi.

versi mStar Online

Kumpulan pro, anti-ISA 'bertembung' di ibu negara

PETALING JAYA: Dua kumpulan yang berbeza pendirian berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan masing-masing membantah dan menyokong undang-undang itu di ibu negara, Sabtu ini.

Kedua-duanya ialah Gerakan Mansuh ISA yang mahu kerajaan memansuhkan sama sekali ISA manakala Gabungan Bersama NGO Malaysia mahukan undang-undang itu dikekalkan.

Bagaimanapun kedua-dua pertubuhan itu belum memperoleh kelulusan polis untuk menganjurkan perhimpunan masing-masing setakat hari ini.

Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi mengesahkan perhimpunan sebelah pihaknya yang akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan "Deklarasi Rakyat".

"Kami akan berhimpun di tiga lokasi iaitu di pekarangan pusat membeli-belah Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

"Dari sana kami akan berarak ke Istana Negara untuk sampaikan Deklarasi Rakyat meliputi tiga perkara," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi tadi.

Tiga perkara itu ialah mansuhkan ISA, bebaskan semua tahanan ISA dan tutup pusat tahanan Kamunting.

Sambil mengakui pihaknya belum memperoleh kelulusan polis, Syed -Ibrahim yang juga Pemangku Pengerusi Mafrel memberitahu, pihaknya akan tetap adakan perhimpunan.

"Kami berharap perhimpunan aman ini akan dibenarkan. Kami tidak akan pohon permit tetapi akan memaklumkan pihak polis," katanya.

Ketika ditanya mengenai hasrat Gabungan Bersama NGO Malaysia pula, kata beliau, itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan aman menyokong kerajaan mengekalkan ISA.

"Kami merasakan ISA masih diperlukan, yang perlu dilakukan ialah kajian semula. Jangan dimansuhkan," katanya ketika ditemui.

Jelas beliau, pihaknya akan bermesyuarat malam ini untuk menentukan kata putus akhir.

[[ Penulis sudah menjangkakan, pasti akan wujud pihak seperti Pewaris yang akan 'membuat kacau' pada hari kejadian (1 Ogos)..

Diharap seluruh penyokong mahupun pendokong Pakatan Rakyat, penegak dan pejuang kebenaran, pembantah dan mangsa kekejaman ISA turun ke jalan raya sekitar Kuala Lumpur untuk berarak ke istana negara 1 Ogos ini!


Jangan sesekali gentar dengan provokasi dan ugutan dari pihak lawan..jika mereka memilih untuk berkumpul di Pasar Seni, penulis juga turut memilih untuk bermula perarakan dari dari Pasar Seni! kita jumpa disana!..]]

4 comments:

Hanz_Azdi said...

depa tu didalangi puak tertentu dlm kerajaan..hmm...mungkin!

depa kot nak jadi pewaris ISA tu,bagus sgt ler tu...jadi ler waris dgn masukkan depa dlm penjara ISA selama 2 tahun..hehe..wa nak tgk depa nih kental sgt ker semangat 'waris' nih? Ketuanan Melayu? apa depa buat selama nih UMNO jual-gadai byk harta, tanah, ekuiti, pegangan akidah Islam orang Melayu? Takat banga dgn baju Melayu lengkap samping dgn silat ada 'isi' jin setan semua tu, wa nak dulu lawan depa..tadak hal punya.

Tok Kiyai said...

kah kah kah..
Macam kat Thailand la pulak.
kumpulan pro-kerajaan dan kumpulan-pro Taksin

razakbaginda said...

ni aku panas dgn puak2 umno ni......woii, ingat kiteorang takut ke......ada berani jom r turun sabtu nanti......jangan selindung belakng polis/fru sudah...cis..

pria malaya said...

memang mereka sengaja nk cetuskan ketegangan 1 Ogos nanti..harap tiada siapa dari kalangan kita menarik diri dari menyertai perhimpunan membantah ISA nanti..

buktikan, lebih ramai yg bencikan ISA, cintakan keamanan dari sayangkan ISA dan kezaliman...

Blog Widget by LinkWithin