Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Sunday, August 16, 2009

Pria_malaya@TKO : Soal jawab berkaitan "21 dalil PAS termasuk perkara ajaib di dunia"..



Berikut adalah soal jawab penulis dengan seorang hamba Allah, yang juga seorang forumer Tranungkite Online (TKO), yg kemudiannya penulis copy paste soal jawab ini dari forum TKO ke dlm laman web forum MYKMU..soal jawab ini berlaku bulan Disember tahun 2008...

Persoalan yang dikemukakan oleh hamba Allah ini, sumber asalnya antaranya diperoleh dari laman web ini dgn tajuk "21 DALIL PAS TERMASUK PERKARA AJAIB DI DUNIA"...klik di sini untuk melihat 21 perkara ajaib tersebut...

Penulis semadikan soal jawab ini didalam blog penulis ini adalah untuk menjadi sumber rujukan penulis dimasa hadapan dan juga untuk tatapan rakan2 seperjuangan penulis..untuk makluman, penulis dahulu adalah bekas forumer TKO yg agak aktif, tetapi kini terlalu jarang...

Rugi rasanya forum TKO versi lama sudah tidak boleh diakses, coz banyak maklumat dan soal jawab penulis dlm laman tersebut..apa pun Alhamdulliah, setelah mencari dan mencari, akhirnya penulis ketemu posting lama penulis di ruangan forum borak MYKMU, boleh dilihat disini (penulis ketika ini menggunakan nama samaran pria_muslim dan terpaksa berlakon seakan2 seorang forumer umno supaya tidak diban atau didelete post penulis)..

Jadi, dibawah terdapat 15 soal jawab dimana baki 6 soalan lagi tidak sempat penulis copy paste dari TKO..oleh kerana TKO versi lama sudah gagal diakses dek kerana sbb2 tertentu, maka penulis hanya mampu mengcopy paste soal jawab ini dari lama web MYKMU...

Semoga ianya bermanfaat....

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti Parti Kelentong Rakyat dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

kedua2 jawapan sedara tadi, kita mulakan asasnya disini..

rasanya isu ini sudah berapa kali dibahaskan..
baiklah disini dikemukakan pandangan2 saya..

1) kebanykan laporan2 yg mendakwa PAS mengkafirkan pemimpin2 UMNO adalah palsu dan berlebih2an..jadi, boleh sedara senarakan pemimpin2 PAS yg telah mengkafirkan pemimpin UMNO beserta dengan bukti kenyataannya? kita lihat adakah terlalu ramai sehingga memaksa sedara memukul rata PAS keseluruhannya mengkafikran UMNO..

2) utk pengetahuan sedara, jika kita perhati diwaktu itu, sudah wujud istilah kafir-mengkafirkan..maksud bagi istilah 'kafir mengkafikran' ialah menunjukkan kedua2 pihak jelas saling kafir-mengkafirkan..makna kata, pihak PAS dikatakan telah meng'kafir'kan UMNO, pihak UMNO telah dikatakan meng'kafir'kan PAS..jadi, kenapa sedara tidak timbulkan persoalan ini..

3) sedara mungkin terlupa, bebrapa orang yang terlibat dalm isu meng'kafir'kan UMNO ketika itu kini sedang berada di dalam UMNO. siap memegang jawatan di dlm kerajaan..ustaz Nakhae' umpamanya..mungkin sedara boleh check balik..

4) jika diperhati, wujud juga golongan yg bukan dari kalangan pemimpin PAS yg bercakap isu ini. tapi ramai yang menganggapnya dari pemimpin PAS. para ustaz dan golongan agama ini sememangnya tidak menyertai mana2 parti politik, atau mudah dikenali sebagai bebas. sepertimana diketahui, setiap ustaz2 atau golongan penyampai ilmu agama ini mempunyai skill, metodologi dan pendekatannya tersendiri dalam berceramah dan menyampaikan kuliah..
jadi, tidak hairan ada dikalangan mereka mengkritik, mengentam kerajaan yg sedia ada dgn caranya sendiri..

5) apa pun, jika benar perkara itu wujud, itu adalah perkara/kejadian yg telah lama berlaku. ianya tidak lagi muncul ketika ini. tiada lagi kedengaran pemimpin2 PAS mengkafirkan individu2 di dalam UMNO baik dalam siri2 ceramahnya dan di media cetaknya..kalau ada, sila berikan linknya..sedara lihat disini..

sebab itulah, ianya tidak menjadi isu ketika ini..jika benar ingin mengungkit kisah yg lalu, di pihak PAS seribu kali lebih bnyak isu yg boleh dibangkitkan kembali..dari kisah pembunuhan pemimpin dan penyokong PASnya, menghina hukum Islam dan al-Qurannya, pemimpin terlibat skandal seksnya, minum arak, rasuah dan sebagainya..

jadi, tiada sebab untuk isu ini dipanjangkan, sedangkan banyak perkara lain yg baru, yang mencengkam nabi rakyat dan Islam itu sendiri perlu diberi perhatian yg selebihnya. Sememangnya jika mahu diungkit, PAS mengakui banyak kesilapan dan kelemahan yg berlaku dahulu. PAS tidak mengakui ketika ini secara terbuka, bukanlah bermaksud PAS bersetuju dgn perkara2 yg terjadi dahulu. PAS mengakui kelemahan ini. sudah dijelaskan, PAS bukanlah parti yg paling sempurna pada abad ini, dan begitulah juga organisasi, pergerakan dan kumpulan yg lain.

6) diakui di dalam mana2 organisasi hatta PAS sendiri, terdapat golongan yg agak keterlaluan, atau boleh digunakan istilah 'ekstrim' di dalam setiap tindakan dan kenyataannya..tapi, ini bukanlah hujah untuk mengatakan PAS keseluruhannya telah sepakat mengkafirkan pemimpin2 dan penyokong UMNO..mereka yg mengatakan sedemikian mempunyai alasan dan sebabnya sendiri..sebagaimana ada golongan mengatakan golongan syiah (terutama syiah zaidiah) adalah masih Islam, mereka tetap Islam..sementara terdapat golongan yg 'berani' untukmengkafirkan sahaja keseluruhan syiah itu sendiri kerana jelas pegangan akidahnya berlawanan dlm islam..

begitulah wujudnya keadaan di dalam PAS ketika itu, dan mungkin sekarang ini, iaitu ada yg mengambil jalan pertengahan, ada yg ambil 'jalan pintas', tetapi kedua2 pihak ini mempunyai alasan dan dalil yg kukuh, dan yg penting tindakannya kerana sayangkan agama, kerana takutkan Allah, tiada sebab lain..

contoh dalam kes pemimpin UMNO pernah mempersendakan al-Quran..

satu golongan di dalam PAS mengatakan orang ini adalah kafir (dengan menyebut nama si polan yg mempersendakan quran tadi)..hujah bagi mereka ini ialah, terdapat ayat di dalam al-Quran yg menyatakan siapa yg tidak menyatakan seseorang yg kafir itu sebagai kafir, maka mereka itu adlah kafir..ini pegangan teguh mereka..di dalam al-Quran, mereka yg tidak beriman dan menghina al-quran adalah kafir krn jelas itu rukun iman yg wajib dipatuhi.

dan satu lagi golongan menyatakan, ia hanyalah menepati ciri2 seorang kafir. tanpa menghukum dan menyebut nama si polan si polan itu, tetapi menyatakan perkara seumpama itu (menghina quran) boleh menjerumuskan diri terhadap kekufuran, akidah terjejas dan sebagainya..kes inilah yg banyak menjadi isu mainan media ketika itu dimana memutarbelitkan kenyataan.
tiada kenyataan mengkafirkan individu disitu, tetapi pihak kerajaan ketika itu dengan kerjasama media, memutarbelit kenyataan..dikatakan pemimpin2 PAS telah mengkafirkan pemimpin UMNO, sedangkan, apa yg cuba dimaksudkan pemimpin2 PAS itu adalah bersifat umum, dimana menunjukkan mereka2 yg menghina Islam itu adalah kafir...

PADA MULANYA…

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

Di dalam isu arak ini sudah dijelaskan bahawa PAS akan terus berusaha untuk membanteras dan menghadkannya..Sedara boleh lihat disini….

saya lampirkan sebahagiannya disini..

pihak dalam PAS sedang fikir dan usahakan..mereka pun berfikir sebagimana kita berfikir..
kalau bagi kita haram, bagi pemimpin PAS, ia pun haram..

contoh macam idea, usul, usaha yg dibawa pihak PAS pada PBT di shah alam..

ramai yg tidak menyangka rupanya sejak dpt kuasa memerintah negeri, pas telah berikhtiar merangka plan dan cara yg terbaik utk mengawal isu arak ini..dalam tgh pihak mengutuk, tiba2 muncul cadangan dan idea dari PAS, lihat bagaimana pemimpin PAS cuba memikirkan utk menyelesaikan masalah yg UMNO buat dahulu, yang sepatutnya UMNO yg bertanggungjawab..

tengok usul yg begitu menarik yg dicadangkan oleh wakil PAS disini..

lihat, jika dikatakan PAS tidak langsung berjuang utk isu ini, kenapa PAS sibuk2 mahu menyelesaikan msalah ini, cuba lihat hasil dari wujud isu ini disini..

sudah nampak kan? mereka bukan batal, tetapi menangguhkan dahulu, pihak PAS masih juga berikhtiar untuknya..kalau tidak plan 'A' plan 'B' dan sebaginya..

jadi, siapa tahu, mungkin selepas ini terdapat ikhtiar atau usaha lain yg akan diketengahkan oleh PAS semata2 utk merhadapan dgn isu arak ini?

mungkin juga lepas ni kerajaan perak, kedah akan ikut sama..sebab itu, kita sebagai rakyat teruskan berdoa, jangan terburu2 menuduh, menfitnah mereka , pemimpin PAS tidak berfikir mengenai ini, gagal dlm perjuangannya dan lain2..hakikatnya, mereka telah dan sedang berusaha..

di dalam PAS, segala tokoh agama, golongan ilmuan, ustaz, cerdik pandai yg cakna akan permasalahan ini..kita dibawah teruskan memperingat didalam masa yg sama berdoa supaya dipermudahkan jalan..cuma, PAS masih menantikan 'waktu' dan ketikanya..
PAS tidak terburu2, dan berlagak hero tanpa disusuli tindakan berhemah..

sedangkan sejarah telah menceritakan kpd kita, arak adalah isu atau perkara yg berbeza dgn yg lain..sebagiaman Allah menghukum arak kpd tiga peringkat hukumnya, dari halal, kepada haram ketika hendak solat, kemudian haram..begitulah PAS cuba ketika ini..

undi yg diberikan kpd PAS pada p/raya lepas, bukanlah majoriti kerana mahukan tindakan itu terus dilakukan..mereka terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum..tapi, memberi peluang kpd PAS bertindak sebagai kerajaan yg lebih baik dari UMNO..jadi, PAS harus terus bersikap berhati2, tidak terburu2 dan berhemah..

apa yg nk ditekankan disini..PAS masih berusaha dan terus berusaha..pas masih berminat utk berhadapan dengan masalah yg ditinggalkan oleh UMNO ini..niat utk ni wujud dikalangan pemimpin dan ahli pas..lihat kenyataan PAS disini..

bukti PAS masih lagi ingin mencuba..dan ini bukan yg terakhirnya...

kita tengok apa usaha pemimpin2 UMNO dlm isu ni,
langsung tiada..sekurang2nya, tunjukkan apa alternatif, apa perancangannya..
tapi, sebelum dan selepas perintah, langsung tidak dikemukan..
kalau kata ada niat membasminya, dah 50 tahun lebih, mana 'niat'nya..
adakah terlaksana?

sepatutnya UMNO skong apa yg PAS usulkan 2..
tapi...senyap seribu bahasa, langsung xde kenyataan menyokong usaha PAS itu, dan membantu PAS menerangkan kpd umum..
xde..

PADA MULANYA…

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang
babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi’.

Mengenai isu babi ini telah dinyatakan beberapa kali bahawa, jika cara ini tidak benar, tunjukkan alternative yg terbaik untuk mengatasi masalah ini, sama ada ingin membiarkan seperti hari, atau dibunuh kesemuanya, atau berbuat dgn cara sedemikian(ladang khas)..

jadi, salahkah ianya diwujudkan utk tujuan yg baik?
kaumCina yg makan
babi, bukan Islam. kaum Cina yg bukak ladang babi, bukan Islam. Dah makanan mereka kita nak wat apa ? Takkan kita nak haramkan diorang makan babi ? Agama diorang, hak diorang. Agama kita , kita jaga...ini yg sepatutnya..
sedara boleh lihat apa yg diterangkan didlm surah al-kafirun..

Adapun yg ditimbulkan pada masa lampau tidak kene mengana dgn isu ini sebenarnya.
Mana kenyataan dasar PAS yg mahukan
babi tidak dipelihara di Malaysia ini, babi tidak boleh dibela dan Malaysia mesti bebas dari babi?

Adapun yg disuarakan ialah isu mengenai isu
penternakan babi yg berselerak, wujud kandang2 babi secara haram, pencemaran dan kekotoran berlaku, apatah lagi penternakan babi yg berleluasa tanpa kawalan pihak penguasa. Sehingga mencetus isu JE. Disini peranan PAS ketika itu sebagai membangkang pastilah menyuarakan tidak setuju dan kerajaan perlu lakukan sesuatu..

Contoh dlm isu
babi di n.9..pas ketika itu membantah bukan kerana membela babi, tetapi kerana dasar kerajaan ketika itu yg kononnya bersungguh2 mahu menghadkan penternakan babi, siap dengan membawa senjata api untuk menmbaknya, tapi apabila berhadapan dgn demontrasi oleh kaum cina untuk menghalangnya, maka kerajaan melalui egensi keselamatannya berundur tanpa kata..

Berbeza diterengganu contohnya. Pas dikatakan membuat himpunan haram, tetapi cara polis berhadpan dgn mereka amatlah berlawanan dgn apa yg berlaku di N9..cara kekerasan dlm menyuraikan himpunan sehingga membawa kpd tindakan polis menembak penyokong PAS, seterusnya menyebabkan rusuhan..
Disinilah UMNO cuba memainkan isu PAS dulu haramkan
babi, sekarang Halalkan babi.

Hakikatnya, isu ini ialah yg berkaitan dengan sikap polis menghadapi demontrasi oleh melayu Islam, dan bukan Islam. Dengan sesama Islam, ditembaknya, tetapi apabila berhadapan dgn bukan Islam, pandai pula dikatakan mahu tindakan yg berhemah..

jadi, isu
babi ini,
sedara boleh baca penjelasannya disini..

-
Selangor beri amaran jangan putarbelitkan isu ladang babi
- Antara Babi dan Berembang: BN tidak berperikemanusiaan!

PADA MULANYA…

5 PAS kata: Tun Dr. Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Dr. Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

disini saya kembali ke pokok asas perbincangan iaitu, tidaklah seseorang itu manusia jika tidak melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan..

Ada pun seperti sedara sebutkan beberapa contoh perkataan tadi, ianya bukanlah digelar atau diungkapkan oleh pemimpin2 PAS, tetapi rakyat sendirilah yg menyuarakan luahan hati mereka ini.

Isu ini semakin ketara apabila berlaku kes Datok seri Anawar dipecat dan dipenjara. Rakyat biasa, rakyat awam, bekas penyokong UMNO malah bekas pemimpin UMNO ketika itulah yg antaranya menyuarakan ungkapan2 sebgini tanda protes dan tidak puas hati.

Ada pun yg diungkapkan pemimpin PAS ketika itu adalah bertepatan dgn apa yg dilakukan oleh pemerintah ketika itu. Tun yg semasa pemerintahannya penuh dengan gejala penyelewengan, rasuah (tun sendri mengaku), salahguna kuasa, menindas, menidak dan menghina hokum Allah,

Jadi bagi mereka pemimpin PAS ketika itu, yg mempunyai perasaan dan sensitive terutama isu melibatkan agama, terungkap kata2 sebegitu. Bahkan sesiapa pun begitu. Itu diakui kelemahan dan kesilapan jika ianya benar2 wujud.

PAS tidak pernah bertindak memastikan pemimpin dan penyokongnya berkata2 keji, dan memaki hamun, PAS tidak pernah mengarahkan ahli2nya mencarut memaki hamun secara membabi buta...bukan dasar PAS untuknya..

ada pun, jika wujud perkara sedemikian itu bukanlah menggambarkan PAS keseluruhannya.. telah diakui di dalam PAS, ahli2 yg terdiri didalamnya bukanlah bersikap maksum dari kesalahan dan dosa...begitulah dimana2 sekalipun, jika bernama manusia, sudah pasti kesalahan, kesilapan, kekurangan bahkan dosa menjadi 'pelengkap' kpd kewujudannya..

sebab itulah dikatakan, yang maksum (terpelihara dari segala dosa2) hanyalah nabi dan rasulnya sahaja..adapaun manusia yg lain, baik ulama', baik ustaz, baik syeik muktabar, baik tokoh Islam terkemuka, apatah lagi rakyat biasa yg digelar sebagai golongan 'awwam' mahupun 'khawwas' pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan..perkataan 'insan' atau kata dasarnya, 'nasiya' menggambarkan manusia itu seorang yg pelupa..

sebab itulah, jika ada yg mengatakan di dlm PAS turut ada yg berperangai buruk sedemikian, memang tidak dinafikan.. tetapi cuba berikan contoh, dlm institusi mana, dlm gerakan mana, dalam persatuan mana, dlm parti mana yg ahli2nya tidak langsung melakukan kesalahan dan kesilpan termasuk maki hamun, kutuk mengutuk dan sebaginya..

pun begitu.. dalam masalah sebegini, islam adalah penyelesaiannya.. telah maklum, ayat mengenai larangan berkata keji dan sebaginya, adalah ayat yg berbetuk hukum (ayat hukum). jelas kpd kita, wajib mentaatinya dan tiada khilaf untuknya..

tetapi, jika dihuraikan di dlm pengajian feqah, terdapat kelonggaran utk menggunakannya dlm keadaan tertentu, dlm situasi tertentu dan dlm linkungan zon yg tertentu..

umpama perkataan 'zalim', dan sebaginya.. jika kerana hendak mempertahankan islam adlah tidak menjadi satu kesalahan..contoh apabila berhadapan dgn tentera zionis yg baru shj selesai memenggal leher saudara seislamnya, pasti perkataan sebegini terpancul dari mulut2 kita kerana terlalu geramkan kpd musuh ALlah itu tadi.. begitu lah juga dgn mengumpat. hukum asalanya adalah haram. tetapi di dlm keadaan dan situasi tertentu, ia diharuskan dalm Islam..contoh, mengumpat pemimpin yang kerap melakukan kebinasaan terhadap islam dan rakyatnya, maka ia dibolehkan..

jika diteliti, ketika ini sedara hanya membuat penafsiran secara umum, secara pukul rata..sedara mungkin terlupa, di dlm UMNO sendiri, turut 'jaguh' dalam berkata nista, memaki hamun dan kutuk mengutuk.. mungkin sedara boleh menjenguk di myKMU sendiri.

apa pun PAS tetap bergerak atas 'fungsi'nya yang kedua, iaitulah sebagai platform berdakwah..sebab itu di dalam pas, peranan tarbiyah sgt dititikberatkan..PAS cuba sedaya mungkin meng'islah'kan ahli dan pemimpnnya, kerana itulah sebenarnya kunci kejayaan.
sedara baca artikel ini.. http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=43320

Isu yg mengatakan PAS kini sudah ‘memaafkan’ Tun tidak timbul. Selagi Tun tidak mengaku akan selahannya, terhadap rakyat terhadap Islam, PAS tidak sesekali dan tidak mempunyai hak untuk memaafkan kerana ianya adalah hak Allah, dan Islam itu sendiri tidak memafkan selagi tidak bertaubat , insaf dan mengembalikan hak kpd sepatutnya..

Ada pun pujian dan penghargaan, itu perkara biasa. Baik sesiapa pun, jika mempunyai jasa dan sumbangan yg baik, itu diterima. Jadi, wujudnya persoalan ni secara langsung menjawab tohmahan dan dakwaan yg mengatakan PAS tidak pernah bersyukur terhadap perkara yg baik, tidak berterima kasih kpd pemimpin yg membuat kebaikan dan lain2...

PADA MULANYA…

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

inilah yg selalu dimainkan oleh UMNO dan penyokongnya sejak dahulu sehingga sekarang. isu ini tidak penting utk dibahaskan krn semuanya sudah maklum..

apa pun saya jawab mengani isu Anwar dan juga pemimpin2 yg lain.
dalam isu ini, Anwar sendiri memaafkan PAS dan rakan yg lain kerana mengakui tidak dapat melakukan kebaikan dan pengislahan di dalam UMNO.

Anwar sendiri mengakui jalannya ketika itu adalah salah, dan PAS berhak untuk mengatakan itu dan ini kerana memang jelas peluang untuk menjalankan reformasi yg sebenarnya, baik terhadap Islam, mahupun rakyat tidak tercapai didlm UMNO..

Jadi tidak timbul soal ini sebenarnya. PAS sebagai parti yg mahukan kebenaran ketika itu bersikap mengkritik Anwar kerana memilih jalan yg salah. Dan Anwar mengakuinya.

Boleh faham setakat ini??

PADA MULANYA…

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

boleh tunjukkan bukti tuduhan PAS itu?

Ada pun kes mengenai seks dan pelbagai lagi sememangnya wujud dlm ketika dahulu. Ada yg jelas bersalah, ada yg samar2, kerana masih tidak diadili dimahkamah..

Sedra mesti faham konsep kerajaan yg memerintah dan pembangkang, kerajaan mempunyai segala kuasa sedangkan pembangkang terhad.
Baik saya mulakan dengan akar perbincnagan isu ini iaitulah , seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah..

seperti sedia maklum, kerajaanlah yg menguasai mahkamah dan polis itu sendiri.kerajaan boleh membuat apa shj demi menghadapi musuhnya.. kelebihan berada ditangan kerajaan, sama ada mempengaruhi, campur tangan, mereka bukti dan sebagainya..

ini diakui sendiri oleh sesetengah pemimpin sedara dan tokoh pemerhati politik sendiri..katanya, kerajaan perlu menbebaskan institusi polis, kehakiman dari campurtangan dan sebaginya.. bukti seterusnya, pak lah sedia melakukan rombakan/perubahan di dlm institusi2 ini bagi memastikan ianya adil, mendapat kembali kepercayaan masyarakat..dan banyak lagi bukti..video linggam, kes pemberian x-gratiria kpd bekas hakim, pengakuan zaid ibrahim dan pakar undang2 sendiri. sy pasti, sedara pun mengakuinya..

pendek kata, kerajaan boleh shj mempengaruhi institusi tersebut sebagaimana kerajaan menguasai media rakyat dan lain2 lagi..
tak heranlah kalau kes2 yg melibatkan orang2 UMNO, kalau terlepas, tiada kes, senyap.. itulah yg menjadi kemusykilan.. sebab apa? sebab semua institusi2 tersebut dibawah kawalan pihak pemerintah, seperti apa yg saya nyatakan diaatas tadi.

inilah sebenarnya yg menjadikan rakyat bahkan dikalangan pemimpin PAS itu sendiri menaruh syak dan prasangka dlm isu ni. Dan sememangnya mereka berhak kerana jelas suasana dan keadaan ketika itu mendorong mereka berkelakuan seperti itu.

contoh, rasuah didlm UMNO sendiri, terlalu banyak rasuah dilaporkan, siap diakui pemimpin sedara sendiri, tetapi brape kerat yg kene 'cubit' (beri amaran shj, xpun gantung keahlian sekejap).. bukti, bahawa, terdapat kelompangan dlm 'mahkamah UMNO' badan disiplin, kerana tidak mampu bertindak adil..

apatah lagi mahkamah sebenar diluar sana..
jadi, salahkah rakyat menaruh tanggapan kerajaan hari ini adalah terdiri dari beberapa pemimpin yg rasuah oleh sebab UMNO itu sendiri yg seolah2 tidak mahu bersungguh2 menghapuskannya?

sama lah jua di dlm isu ini, dan banyak isu2 yg lain jika sedara hendak.
bukti wujud salahgunakuasa, penyelewengan, ugutan dan sebagainya..

PADA MULANYA…

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

sedara jangnlah memutarbelit kenyataan. PAS beberapa kali sudah menegaskan yg agenda PAS tetap akan terus berjalan, tidak sesekali akan digugurkan..

isu ini saya samakan dgn isu arak,
sedara boleh tengok jawapan saya pada soalan ketiga sedara..

Ada pun kenyataan dahulu yg mahukan ianya terus terlaksana, adalah jika PAS memerintah secara total, dengan makna kata, org melayu islam seluruhnya sepakat menyokong PAS, sudah faham, seterusnya memberi kepercayaan kpd PAS..

PAS sedar, kemenangan pada p/raya lalu bukanlah kerana majority pengundi sudah faham dan inginkan hokum Islam itu dilaksanakan, tetapi adalah untuk bertindak sebagai alternative yg terbaik utk mereka dlm mentadbir. Jadi, pada kesempatan ini, PAS menggunakan segala peluang yg ada utk meningkatkan pengaruh, tidak gelojoh dan belajar dari pengalaman silam..

sedara perlu membezakan antara 'sudah tidak akan' dan ' tangguh'.. seperti isu arak di Selangor, PAS bukan sudah mengaku kalah, tapi menangguhnya dahulu utk dibuat perbincangan selanjutnya dan ditegaskan akan terus berusaha..
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=51130#51130

PAS sebagai salah satu parti yg mempunyai banyak penglaman juga sedar, kemenangan tidak akan tercapai jika tidak ada strategi dan rangka gerak kerja yg baik. disinilah PAS cuba untuk bergerak sejajar dgn keadaan dan 'tuntutan' semasa..dalam masa yg sama, hasrat atau matlamat dan dasar PAS tidak sesekali digugurkan.. itu sedara perlu faham..

dlm sejarah Islam sendiri telah wujud perkara sebegini, seperti peristiwa nabi menggugurkan ‘tittle’ rasulullah sebagai strategi utk menghadapi situasi ketika itu..ini bukan bermakna nabi melawan atau menidakkan hak Allah keatasnya.. dan banyak lagi sirah nabi yg boleh dijadikan rujukan..

itu sebab, Islam ditekan awal2 lagi oleh rasulullah, perjuangan menegakkan Islam akan berdepan dgn liku2 dan ujian.. apatah lagi diakhir zaman ini..xkan begitu mudah shj bagi PAS menjalankan hasratnya melainkan akan berdepan segala masalah dan ujian ini, ini perkara yg semangnya akan ditempuhi oleh mana2 perjuangan menegakkan islam .. kalau tidak, mudahlah hidup ini, senanglah kerja PAS..

jadi harap sedara faham berkenaan isu ini.. selanjutnya berkenaan kenapa hudud tidak boleh dijalankan ketika ini, sedara boleh ambil contoh dlm kes Terengganu dan Kelantan ini..
http://www.tranungkite.net/lama/c12/oj242.htm

PADA MULANYA…

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama Parti Kelentong Rakyat. Bahkan Parti Kelentong Rakyat yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

jawapan untuk soalan ini ialah pada jawapan soalan pertama, kedua dan kelima..

Ada pun mengenai PAS ‘bersetongkol’ dengan Pakatan Rasuah, sedara boleh lihat dithread ini..
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=43329

sedara nk saya copy paste kan kesini?

PADA MULANYA…

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

soalan yg sama, jawapan pada soalan yg ke lapan sedara..

PADA MULANYA…

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

1. yang pertamanya, saya ingin bertanya, dimana kenyataan itu saudara ambil?, Dan kenapa dengan hanya adanya suara yg menyatakan sedemikian, sedara mengatakan ianya ialah suara rasmi PAS terhadapnya, seolah2 sikap PAS keseluruhannya ialah tidak membenarkan tempat2 ibadah kaum lain diwujudkan..

2. Baiklah, saya mulakan dengan ini. saya tak pasti apa sikap sebenar UMNO terhadap agama dan tempat ibadah orang bukan Islam? Sedara yg bertanya tahu apa jawapannya?

3. Apa pun, bagi PAS seperti yg telah dijelaskan, PAS menjunjung prinsip Negara itu sendiri, iaitulah Islam adalah agama rasmi Negara, dlm masa yg sama, kaum agama lain bebas menganuti budaya dan agama masing2..Begitulah juga Islam itu sendiri. Islam tidak pernah menyekat kebebasan agama lain untuk menjalankan aktiviti2 keagamaan mereka, membina kuil, tokong dan sebagainya..

4. Rasanya jelas setakat ini. Pun begitu, jika diteliti, memang terdapat khilaf dikalangan alim ulama’ mengenai perihal patung ini. Ianya terdiri dari dua bentuk iaitu patung untuk sembahan orang bukan Islam, kedua, patung sebagai sesebuah lambang, perhiasan dan sebagai memperingati tamadun2 silam dan sebagainya..

5. Umpamanya, dalam peristiwa di Afghanistan suatu ketika dahulu. Kerajaan yg memerintah ketika itu (Taliban) telah bertindak meruntuhkan patung Budha Bamiyam. Ianya mencetuskan perdebatan dan khilaf dikalangan golongan agama, ada yg bersetuju, ada yg tidak. Antara ulama, dan tokoh besar yg tidak bersetuju ketika itu ialah, Yusuf Al-Qardawi sendiri. antara alasannya, ia adalah warisan tamadun sejak berkurun lamanya, dan perlbagai alasan lagi.

6. Begitulah juga didalam PAS hatta dalam mana2 jemaah Islam diseluruh dunia, pasti wujud masalah khilaf dikalangan mereka kerana faktor pemikiran, latar belakang dan sebagainya.

7. Ada pun dalam isu patung budha di Kelantan, ianya dibina dipenempatan mereka, atas dana yg mereka kumpulkan sendiri, dan dana tersebut diagihkan sesama mereka. Jadi, kerajaan PAS tidak boleh tiba2 datang menganggu mereka dgn merobohkan hasil pendapatan mereka, patung sembahan mereka.

8. Jika diteliti, ketika ianya diberi kelulusan, keadaan ketika itu, agama Islam dan PAS itu sendiri telah mendapat tentangan hebat dikalangan masyarakat. Pandangan negative terhadap Islam sebagai agama yg kolot, tidak menghormati agama lain, keras seperti ‘Taliban’, dan sebagainya, telah mendorong kerjaan Islam Kelantan memberi kelonggaran. Kerajaan PAS mengambil kira semua faktor ketika itu.

9. Umpamalah dlm isu zakat, terdapat satu asnaf yg menjadi perdebatan dewasa kini, iaitulah asnaf utk golongan muallaf. Dlm isu ini, pendapat lain mengatakan, zakat boleh diberi kpd mereka(bukan Islam) yg menunjukkan minat terhadap Islam, yakni utk melembutkan hati mereka terhadap Islam…

10. Termasuk la juga dlm isu ni. Kerajaan PAS ketika itu memandang, utk menghadapi tentangan dari zahir dan mental dari kalangan bukan Islam, PAS perlu berbuat sesuatu, iaitu cuba membetulkan tanggapan mereka terhadap Islam dgn memberi keizinan. PAS telah bertindak melalui ‘ijtihad’ semasanya ketika itu, dlm masa yg sama, mempedulikan sensitiviti umat Islam, jika wujud bantahan daripada rakyat, ianya jelas tidak wajar dan akan dibatalkan..dan dikatakan tiada bantahan dari kalangan umat islam yg ketara ketika itu..

11. Jadi, dimana silapnya pada pandangan sedara. PAS, bahkan Islam itu sendri telah menjelaskan banyak kali, bahawa amalan agama lain, adalah hak mereka. Kita (Islam) dengan hak kita, dan perlu dijaga sebaiknya. Bukannya PAS mengajak rakyatnya menyembah berhala, atau tokong dan sebagainya.

12. dalam surah al-Kafirun ada dijelaskan mengenai hal ini..
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

13. Disinilah PAS bergerak sebenarnya. org lain dengan hak mereka, kita dengan agama kita, dan kita jaga agama kita, ummah kita dgn sebaiknya. Dan jika sedara perhati baru2 ini, bagaimana sikap PAS yg menghantar memo bantahan kerana tidak bersetuju dengan tindakan pelajar2 sekolah beragama Islam di Perlis ,yg menyertai perarakan patung berhala Budha.

14. Ada pihak melihat tindakan PAS ini sebagai tidak menghormati toleransi perbagai kaum, tapi PAS tetap dgn prinsipnya, jaga agamanya, dan tidak bersetuju dgn tindakan tersebut..sedara juga boleh lihat bagaimana usaha PAS diselangor yg cuba menyediakan terjemahan2 al-Quran pada masyarakat bukan Islam dikuil2 mereka sebagai salah satu cara berdakwah..bukan hanya beri keizinan, lepas 2 senyap tanpa tindakan.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3709&Itemid=82

15. sepatutnya sedara melihat bagaimana sikap kerajaan terhadap rumah Allah(masjid, surau, tempat mendirikan solat). Apa nasibnya di sebuah Negara Islam. Bagaimana reaksi sedara terhadap masjid dan surau diroboh begitu shj di depan umat muslim? Mana tindakan bantahan parti sedara? Mana kenyataan kesal pemimpin sedara terhadap perkara yg mengguris hati umat Islam? Tidak sensitive kah kalian?

16. Berbeza dgn sikap pemimpin masyarakat bukan Islam. Samy Vellu sanggup merayu pihak pemaju yg mahu merobohkan kuil kerana sedih melihat nasib agamanya seolah2 ditindas. dan sanggup melawan arus meminta kerajaan tidak meroboh lagi rumah ibadat mereka walaupun ianya dibina ditempat yg tiada kelulusan..

17. lihat bagaimana seorang yg bukan Muslim bersungguh mahu menjaga rumah ibadatnya. Berusaha melawan kerajaannya sendiri jika mengusik dan merobohkan tempat ibadah mereka. Bagaimana dgn kita umat Islam? Surau dan masjid dirobohkan atas dasar ianya menyekat perpaduan, ianya dibina pembangkang, atas tanah kerajaan dan lain2 lagi..sedara boleh bacanya disini..
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3709&Itemid=82

18. jadi, harapnya sedara faham mengenai isu ini. kita sebagai kerajaan Islam, tunjukkan kita tidak meminggirkan kaum2 agama lain. dalam masa yg sama, kita jaga agama kita sebaiknya. kerjasama dan prinsip sebegini sepatutnya lahir dari semua masyarakat Muslim dlm negara kita. Insyaallah, semakin ramai yg akan menyertai Islam.

PADA MULANYA…

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

1. sedara, apa yg sedara dan rakan2 sedara katakan ini jelas adalah satu fitnah. Mana bukti PAS bersetuju dgn segala tindak tanduk mereka yg menghina Islam? Tunjukkan mana bukti yg mengatakan PAS merestui Raja Petra mempertikaikan Islam dlm blognya dan sebagainya?

2. PAS tidak pernah sesekali bersetuju atas perkara yg jelas kesalahannya, begitulah yg sepatutnya diamal oleh semua umat Islam. Tidak menghalal apa yg diharamkan oleh agama dan sebaliknya. Ini sepatutnya jelas dan tidak timbul perbahasan.

3. Adapun yg mengatakan PAS membela nasib Raja Petra adalah atas prinsip Keadilan islam. Islam mengajar kita bertindak adil dlm menghukum dan menjatuhkan hukuman. Tidak kira org Islam mahupun bukan Islam, kita wajib bertindak adil. Bukannya PAS bersetuju atas tindakan Raja Petra yg didakwa mempertikaikan Islam.

4. Kalau nak dikatakan PAS membelanya sebab beliau menghentam kerajaan, beliau juga ada menghentam PAS, laman blognya ada memaparkan gambar menghina pemimpin PAS. Jadi apa rasional sedara berkata demikian?

5. Sebab itulah dikatakan PAS membela siapa shj yang menjadi mangsa. Seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Jika sedara benar ikhlas mengungkit isu ini, sedara sepatutnya lihat bagaimana pemimpin2 sedara sendiri yg menghina dan mempertikaikan Islam. Mana tindakan? mana dakwaan? Mana ISA yang dibangga2kan sedara?

6. Sebab 2 ditegaskan, kalau beliau dikatakan bersalah, hadapkan kemahkamah, adili disitu. Seperti seorang tokoh pensyarah ada mengatakan, adakah dengan hanya tindakan ISA perkara ini Berjaya dihapuskan? Adakah gelaja yg mempermainkan Islam ini Berjaya dibanteras dgn hanya tindakan ISA, tangkap, kurung dan senyap? Dan inilah yg jua diungkap oleh Ust Asri bahawa Islam tidak memerlukan undang2 seperti ISA utk terus ‘hidup’..

7. Sepatutnya diadili dimahkamah, adakan sesi soal balas dimahkamah bersama tertuduh, bawa pakar ugama ke situ dan biarkan mereka berhujah dan bahas disitu, kemudian dedahkan kpd masyarakat . disitulah akan wujud kesedaran dan kebaikan, kpd si tertuduh dan juga masyarkat seluruhnya. Ini kalau hanya dimasukkan dlm ISA, kemudian keluar, kemudian masuk balik, adakah ianya berhasil? Mana metod dakwah yg berkesan? tiada..

8. melainkan menimbulakn keraguan dikalangan masyarakat. persepsi buruk terhadap kerajaan semakin menular. lihat bagaimana keadaan ini mencetuskan bantahan dari semua pihak, termasuk dari kompenan BN itu sendiri. penyalahgunaan kuasa jelas berlaku. bukti sudah banyak dibukukan. semua daripadanya adlah yg tidak sealiran dgn (parti) kerajaan, iaitulah pembangkang. tunjukkan mana pemimpin2 kerajaan yg dikenakan tindakan ISA? mana tindakan ISA terhadap kenyataan pemimpin UMNO suatu ketika dahulu yg menghina Islam? tiada..

9. jadi, rasanya, jawapan ini cukup untuk menguraikan persoalan yang timbul dibenak fikiran sedara. iatulah, yg berkait rapat dengan soal kuasa atau imuniti yg ada pada sang penguasa, ISA dan sebagainya.

PADA MULANYA…

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

1. saya suka untuk membahaskan mengenai apa yang dikatakan sebagai amanat haji hadi ini. Ianya diungkap dalam majlis ceramahan anjuran PAS Terengganu di suatu masa dahulu. Apa yang hendak dijelaskan disini, TGHH tidak pernah mendakwa ianya adalah merupakan satu fatwa. Beliau menafikan ianya adalah salah satu fatwa yg bersifat ‘nyata’ . bahkan ia hanyalah merupakan intisari ceramah biasa beliau seperti yg lazimnya dilakukan beliau.

2. Hatta perkataan ‘amanat’ itu sendri bukanlah dari cetusan beliau sendiri. Tetapi dari seorang penyokongnya (penjual kaset ceramah2 TGHH) yang menamakan ianya sebagai ‘Amanat Haji Hadi’, tanpa pengetahuan TGHH sendiri. Dan ini kemudiannya disebarkan oleh akhbar Utusan Malaysia sebagai amanat haji hadi..


3. Jika dikatakan ianya adalah fatwa, adakah ini bermakna semua ucapan2nya dikira fatwa? Sebab itulah Istilah ini perlu dibetulkan dahulu kerana ia melibatkan persepsi masayarakat.


4. Jika diselidiki kisah sebenarnya, terungkapnya kenyataan sebegitu adalah kerana suasana atau kerajaan itu sendiri ketika itu bersikap bukan sahaja menolak (usaha untuk berbincang) soal hukum dan pemerintahan Islam, bahkan terdapat dari kalangan pemimpin mereka, mempertikai, menghina dan mengutuk hukum2 Islam.


5. Jadi, TGHH sebagai seorang yg merasakan ada tanggungjawab, sensitivity terhadap Islam cuba mempertahankan islam, dengan akhirnya terungkap kenyataan sebegitu. Dengan berlatar belakangkan seorang yg berdarah ‘panas’ (sifat semulajadi) , ditambah pula perwatakan beliau yg sememangnya mempunyai semangat (roh) Islam yg tinggi, akhirnya beliau memilih cara yg agak ‘keras’ bagi sesetengah orang untuk meluahkan pendapatnya. Ditambah pula ketika itu beliau adalah seorang yg berumur muda, berdarah muda.

6. Perwatakan ini sebenarnya tidak janggal dan pelik untuk dilihat dimana2 kumpulan atau organisasi sekalipun diseluruh dunia. Diakui di dalam PAS juga terdapat mereka yg memilih metodologi yg agak keras ketika berdakwah, ada memilih jalan pertengahan, dan ada yg memilih jalan yg ‘lembut’…

7. Isu ini sudah diterangkan bersama dlm isu kafir mengkafir pada persoalan pertama dan kedua sedara..bahawa di dalam PAS diakui wujudnya pelbagai lapisan, pemikiran, latar belakang manusia termasuk pemimpinnya. Terserah diatas pengikut bawahan utk menilai mana yg terbaik kerana PAS tidak boleh memaksa semua bergerak dan berfikir diatas satu jalan yg sama.


8. Tetapi seperti dijelaskan, walau apa pun metod dakwah yg mereka pilih, sama ada keras atau lembut, semuanya adalah kerana islam, kerana takutkan Allah, kerana sensitif terhadap isu agama, dan tiada sebab lain..


9. Sebab itulah jika diingati, UMNO ketika itu mendesak PAS mengeluarkan pekeliling (kenyataan bertulis) mengenai isu ‘mengkafirkan’ UMNO itu, tetapi PAS tidak mengeluarkannya, kerana bukanlah dasar PAS yang keseluruhan sebenarnya, tetapi merupakan pandangan dan pendapat peribadi TGHH. Dan beliau ada sebab untuk mengatakan sedemikian dan beliau cuba mempertahankan diri.

10. Sebab itu apabila TGHH ajak UMNO utk bermuzakarah selepas itu, UMNO tidak bersetuju, tetapi mahu adakah debat. Pas setuju, tapi PAS meletakkan syarat, supaya ianya ditonton oleh semua lapisan masyarakat. UMNO menyatakan persetujuan, tapi apabila masa yg ditetapkan tiba, UMNO meminta jasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu untuk membatalkan debat itu.


11. Jelas siapa yg sebenarnya dipihak yg salah, siapa yg benar sekarang ini..ia mengundang rasa marah Tun sendiri kpd golongan agama dlm UMNO kerana tidak berani berdebat dgn PAS utk menyelesai isu tersebut. selepas ‘kekecewan’ inilah wujudnya apa yg dikata perdebatan olok2 oleh pihak kerajaan, iaitu UMNO lawan UMNO.


12. Sekarang kita lihat secara jujur kata2 TGHH tersebut berdasarkan ilmu, untuk mencari kebenaran..


"Saudara-saudara sekalian. Percayalah. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. “


"Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”


"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Budhha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku".

13. persoalannya:
1) betul atau tidak BN menegakkan peraturan Kafir, mengekalkan perlembagaan penjajah, mentadbir dgn perturan jahiliyah, dan tidak menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan tertinggi mentadbir Negara? Jawapannya, Ya.

2) benarkah jika menentang mereka yg mengekalkan peraturan Kafir, tidak mengikut Islam juga dikira sebagai ‘jihad’? jawapannya, Ya.
Konsep Jihad, boleh dilihat disini,

3) benarkan mereka yg mengatakan dan berideologikan fahaman politik suku, agama suku (politik dan Islam tidak boleh bersatu dan mesti dipisahkan) adalah terkeluar dari batasan Islam, ataupun kufur? Jawapannya, Ya.


14. Jika diteliti, perkara 1 dan 2 tidak begitu diberi perhatian oleh pada ‘pemikir2 Islam’ UMNO untuk dibahaskan, kerana jelas, ianya sememangnya wujud, dan yg keduanya tiada perkataan ‘kafir’ disitu.
sebab itulah dikalangan UMNO sendiri ada menyatakan perkara sebegini, seperti seorang pemimpin UMNO telah mengishtiharkan Jihad untuk mengalahkan Anwar Ibrahim dlm p/raya Permatang Pauh yg lalu. masing2 ada hujah masing2..

15. Ada pun perkara 3 diberikan penekanan yg meluas kerana wujud perkataan ‘kafir’ disitu, dan juga kerana wujud dikalangan mereka sendiri yg masih mengakui agama tidak perlu dicampuri dlm urusan pentadbiran, pemimpin yg mempunyai masalah moral atau rasuah umpamanya adalah merupakan hal peribadi, tidak perlu dicampur dlm hal kerajaan, dan sebagainya..


16. Sebab itu, jika diteliti, kenyataan2 diatas adlah benar dan tidak perlu ditarik sebenarnya. Umpama mengatakan agama suku dan politik suku (sekular), ini jelas menunjukkan ianya tergelincir dari akidah Islam sebenar. Adakah perlu ditarik kenyataan itu dengan mengatakan, orang yang berfahaman politik suku dan agama suku, adalah tidak lari dari Islam, tidak jatuh kafir? Maka, melalui kenyataan inilah sebenarnya melanggar ayat perintah Allah di dalam ayat yang lain, barangsiapa yang tidak mengatakan kafir kepada orang jelas (menepati ciri2) kafir, maka mereka mereka juga adalah kafir.
http://www.tranungkite.net/psiber/tarabulsi/tarabulsi071.htm

17. Melalui ini, terdapat juga hujah yg mengatakan ianya adalah tidak menjadi satu kesalahan, kerana perkataan kafir itu tidak dinisbahkan diatas tubuh badan sesorang atau individu, tetapi atas nama ‘UMNO’ semata2. Mengenai hal ini juga terdapat khilaf dikalngan pemikir agama yang mengatakan,tidak jatuh hukum mengkafirkan jika tidak disebut atau ditujukan diatas tubuh badan, atau nama seseorang individu secara langsung. Tapi jika dilemparkan ke atas si pulan si pulan, barulah ia menepati kehendak ayat al-Quran yang melarang orang muslim mengkafirkan seorang muslim yang lain. Ini satu pendapat.


18. Apa yg nak ditekankan disini ialah sikap UMNO dan media itu sendiri. Mereka menuduh dan mendakwa, tetapi langsung tidak diberi peluang dan ruang pada yg tertuduh untuk menjawab isu ini seterusnya mempertahankan diri.contoh dalam isu debat tadi. Mungkin jika ianya berlaku dahulu, diberi peluang pada PAS memberi penjelasan pada rakyat, sudah pasti ianya menambah kefahaman, seterusnya berakhir.


19. Tetapi, dari dulu sehingga kini, langsung tidak diadili sebaiknya..
Jadi, terserah pada sedara. jika memandang isu ini sebagi boleh diterima, maka ambillah, jika tidak boleh menerima, maka tolaklah. bahkan di dalam PAS sendiri, ada yg yg bersetuju, ada yg tidak bersetuju, kerana sebabnya ada yang faham dan ada yg tidak faham. jadi, tidak jadi masalah utk org luar seperti sedara sama ada menerima atau menolaknya, cuma kemukakan hujah secara ilimiah.

20. Saya telah nyatakan berkaitan isu ini pada jawapan pertama saya kepada sedara, point yang kelima. Sedara boleh lihat kembali (jawapan bagi soalan pertama dan kedua). Saya tiada niat untuk menghalalkan apa yg diharamkan disini, dan sebaliknya. Saya bukanlah mahu menegakkan benang yg basah ataupun bersikap jumud dan taksub pada mana2 pemimpin. Disini bagi saya, TGHH adalah mangsa, dan UMNO dgn kerjasama media adalah pemangsa, jadi saya merasakan saya perlu memihak kpd mangsa, kerana jelas mangsa dinafikan haknya untuk mempertahankan diri..


21. selagi ianya waras untuk dibela dan dipertahankan, rasanya tidak menjadi kesalahan…wallahua’lam…
Maksud firman Allah: Hai, orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Baqarah:208)

22. Jawapan mengenai perlaksanaa hukum2 islam termasuk hudud, ada saya jelaskan pada soalan sedara yang ke lapan dan sembilan. Sila rujuk kembali.


PADA MULANYA…

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

1. saya pun tak pasti kenapa isu ini pun dimasukkan dalam list 20 perkara ajabib PAS. jika diperhati, kenyataan sedara diatas pun masih menggambarkan ianya belum diputuskan bersalah, atau kata lainnya, tidak pasti. tapi bagaimana boleh dijadikan persoalan yg 'ajaib didunia'....Mungkin tiada isu lain. Tidak mengapalah.

2. Apa yang hendak diberitahu disini, yang mengatakan UMNO tak amanah kerana hilangkan duit Negara itu adalah merujuk kepada sikap kerjaan dan parti UMNO itu sendiri . gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan sebagainya adalah antara faktor pendorong persepsi sebgitu wujud. Sedara tidak boleh salahkan PAS mahupun rakyat . Banyak bukti dan saksi atas perkara ini.

3. Selain tindakan yg telah dikenakan keatas pemimpin2 UMNO kerana jelas terlibat sebagai bukti nyata ianya wujud, pengakuan sendiri pemimpin UMNO yg lain yg merasakan kecewa terhadap apa yg berlaku turut menguatkan lagi persepsi ini. tetapi seperti biasa, tiada yg kena dakwa dan diambil tindakan. Walaupun jelas pelbagai bukti, saksi dan pengakuan individu2 tertentu, bahkan diakui pemimpin UMNO sendri, tapi lihats siapa yang kena? Berapa kerat yg didakwa?

4. Antara lain bukti ialah dari bekas pemimpin UMNO yg menyertai pembangkang. Mereka mendedahkan ‘permainan’ kotor ini sememangnya wujud di dalam kerajaan. Kemudian, keadaan mutakhir ini semakin menunjukkan kebenarannya, bahwa gejala kotor ini sememangnya telah wujud didalam UMNO. Ini sendiri diakui Tun M. yang mengatakan gejala ini telah wujud pada zaman beliau, tapi keadaan ketika ini jauh lebih teruk dari dahulu..

5. Jadi, sedara ingin menggunakan jawapan apa untuk menjawab isu ini? Masih dengan tiada bukti? Alasan yg sama dari dahulu, kini dan selamanya? Atau sudah mengakuinya ketika ini..

6. Adapun mengenai isu tuduhan hilang duit tabung Kohilal, sedara boleh buktikan dakwaan sedara yg mengatakan PAS telah melesapkan wang Kohilal milik ahli? Boleh tunjukkan linknya?

7. Tidak dinafikan wujudnya masalah2 tertentu dlm koperasi PAS itu seperti masalah kewangan, kekurangan keuntungan, lambat menjelaskan pembayaran dan sebagainya. Diakui ini adlah kelemahan dan kekurangan dlm organisasi parti. PAS tidak mendakwa partinya adalah yg sempurna dan sebagainya. Tapi sedara tidaklah boleh mengatakan ada pihak didalam PAS melesapkan wang tanpa ditunjukkan bukti. kalau rasa wujud, hadapkan kemahkamah. Ok setakat ini?

8. mungkin sedara boleh lihat berita baru2 ini..
semoga disiasat agar tidak ada pihak yg teraniaya...
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Mutakhir/20081026092259/Article

PADA MULANYA…

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

1. saya tak pasti kenapa sedara begitu mengambil respon berlebihan bila dikatakan orang Pakatan Rasuah ada menyebut DAP lebih baik daripada UMNO. Tapi sedara tidak pula terlompat2 apabila Pengerusi Badan Disiplin UMNO sendri mengatakan UMNO lebih teruk dari MCA dan Gerakan. Bukankah ia membawa maksud yg sama dengan kenyataan, MCA dan Gerakan lebih baik, lebih mulia daripada UMNO?

2. Jadi, salahkan bila orang Pakatan Rasuah sendiri meneyebut DAP lebih baik daripada UMNO, jika orang UMNO sendiri mengakui UMNO lebih teruk dari parti non muslim dalam kompenan BN??

3. Sebab itulah sedara kena lihat situasi sebenar kenapa ianya diungkapkan. Seperti kenyataan UMNO lebih teruk dari MCA dan Gerakan itu ialah atas isu rasuah, bukan keseluruhan perkara. Nyata dari pengakuan pengerusi Disiplin UMNO, UMNO ketika ini nazak dgn isu rasuah, dan dikatakan rasuah yg berlaku di dalam UMNO lebih teruk, lebih memalukan dari rakan kompenannya sendiri seperti MCA dan Gerakan. Ada pun dalam hal yang lain, sememangnya tidak dinafikan, UMNO adalah lebih baik dari mereka.

4. Begitu juga dengan situasi ini. Pihak di dalam PAS mengatakan DAP lebih baik dari UMNO. Kenyataan ini bukanlah bermaksud DAP Islam, dan UMNO bukan Islam, DAP memperjuangkan Islam secara benar, UMNO tidak langsung memperjuangkan Islam, dan lain2. Adapun yang dikatakan DAP lebih baik daripada UMNO adalah merujuk kpd perkara2 yg baik yang dilakukan oleh DAP yang tidak dilakukan atau gagal dilaksana oleh UMNO. Aptaha lagi, UMNO adalah parti mejoriti Islam, yang dikatakan faham hukum2 Islam, dan DAP adalah majority bukan Islam yang semestinya tidak faham dan menolak Islam.

5. Saya suka mengulangi ‘sifir’ mudah perbandingan untuk difahami oleh sedara..

************

UMNO, parti org islam,
DAP, parti org kafir..

UMNO, sebenarnya faham islam,
dan DAP semestinya xfaham islam..

TETAPI...............................................

UMNO kuburkan tulisan jawi,xnak julang tulisan jawi/arab,
dap nk angkat bahasa dia..kat PP, ada papan tanda bahasa jawi..

UMNO robohkan masjid, surau..
DAP setakat ni xde lagi....

UMNO xnk berhukum dgn hukum islam, pastu hina plak,
DAP xnak, tp blom sampai hina lagi..bahkan LGE dan beberapa pimpinan Pakatan Rasuah yg bukan muslim ada menyatakan Islam adalah agama yg terbaik, Quran sebagai rujukan yg sesuai dan lain2.

rasuah,peneyelewengan, salahguna kuasa berleluasa dlm UMNO,
DAP..memerangi gejala rasuah adalah antara misi perjuangannya. Walaupun diakui ada, tp UMNO ttp menjuarainya, kalah parti non muslim DAP..

UMNO sokong akta ciptaan manusia ISA yg berlawanan dgn konsep Islam,
DAP tidak setuju dgn akta zalim itu..

UMNO halang ceramah agama pas, xbagi permit,
DAP bagi, xde masalah, xde karenah birokrasi...bahkan di PP, kerajaan DAP mengarahkan TKM memastikan setiap kegiatan kuliah agama disurau dan dimasjid diteruskan.

UMNO pernah terlibat dlm pembunuhan rakan seagamanya pas,
DAP xde lagi..

UMNO salahguna harta kerajaan termasuk media kerajaan,
DAP, xde lagi..

UMNO sekat bantuan perkapita SAR,
DAP PP bagi bantuan, tanah pd SAR

UMNO yang dikatakan parti muslim menyokong konsert jomheboh, dan dikatakan merancang adakan kelas tarian disetiap sekolah,
DAP sebagai parti non muslim terima Jom heboh, dan dikatakan merancang adakan aktiviti tarian, tapi dikatakan memisah lelaki dan perempuan,

*************

6. Dan banyak lagi contoh. Rasanya tidak perlu semuanya dihuraikan disini seperti isu LGE mempertahankan gadis melayu yg dirogol suatu masa dahulu, pimpinan DAP melawat masjid yang terbakar, menghadiri majlis keagamaan yang dilaksanakan masyarakat muslim dan sebagainya.

7. Ini jelas menunjukkan dakwaan mengatakan DAP keseluruhannya adalah anti Islam, anti melayu, perkuman dan lain2 adalah salah. Bahkan, terdapat juga suara yang mengatakan DAP adalah kafir yang bersifat ‘harbi’ yang wajib diperangi. Tetapi apabila diminta penjelasan mengenai definisi dan takrif sebenar kafir harbi, mereka tidak mampu menjawabnya.

8. sepatutnya perbandingan ini xharus wujud, sbb dari segi hakikatnya, islam xlayak dperbandingkan dgn agama lain, krn ia sudah diketahui islam adalah agama yg teragung dan termulia dr agama lain..begitu juga dengan UMNO, dimaklum bahawa UMNO adalah parti majority Islam, dan sepatutnya faham dan lebih baik dari parti non muslim.. tetapi jelas, jemaah islam UMNO telah mengalami GHURUR, terkeliru dlm tindak tanduknya..

9. sepatutnya islam memerintah, tetapi jelas islam yg diperintah..
dikala menang selesa dberi mandat memrintah negara, kesempatan ini tidak digunakan sebaiknya utk mengangkat islam secara bersungguh2, menerangkan keindahan hukum islam kpd org kafir..tetapi sombong dan angkuh. kini, sesudah kalah ditimpa musibah, baru lah beria2 kononnya inginkan Islam yg sebenar, barulah berlagak hero memperjuangkan melayu islam.. padahal segalanya sudah terlambat di dalam UMNO.

10. Sedangakan isu rasuah didlm ‘keluarga’ sendiri pun tidak Berjaya dihapuskan, inikan pula cuba bertindak lebih alim dari orang lain..

11. ingat, golongan munafik(islam pada nama shj) lebih hina kedudukannya berbanding org kafir diakhirat kelak..ini sejelasnya diperkatakan di dalam al-Quran..kenapa Allah memberi penekanan terhadap ayat ini. Apabila dikaji dalam pengajian metodologi al-Quran dan Hadith, jelas antaranya,golongan seumpama ini telah wujud dari zaman dahulu, dan Allah menekankan bahawa ianya akan wujud sehingga bila2. Oleh kerana itu Allah memberi peringatan di dalam al-Quran mengenai bala yg akan ditimpa oleh golongan munafik ialah neraka, yang mana di dalamnya diberi makan dan minum dari sumber api dan kepanasan.

12. walau PAS menunjukkan sikap ‘ramah’nya terhadap DAP, tapi dalam masa yang sama, sikap berhati2 dan berwaspada tetap ada dlm berurusan dgn mereka..ini yang sepatutnya, bersangka baik, menunjukkan sikap yg baik, dalam masa yg sama berhati2. Bukannya berlagak samseng, seolah2 Islam itu agama yg ‘keras’ dan tidak berhemah dlm mentadbir. PAS tidak sesekali merestui dlm apa2 perkara yg kelas berlawanan dgn al-quran dan hadith.

13. Disini sepatutnya faham, PAS mengambil pendekatan ‘berhubungan’ dengan DAP adalah dalam perkara yang baik sahaja, ada pun perkara yg tidak baik, PAS menolaknya, begitu juga ketika PAS memilih utk bergabung dgn UMNO dahulu, PAS bersetuju dlm perkara yg baik, adapun yg tidak baik, jelas PAS tidak berkompromi mngenainya. PAS cuba mengambil ‘ijtihad’ semasa ini berlandaskan keperluan memilih mudharat yang kecil berbanding mudharat yg lebih besar. dan ini memerlukan ruang atau soalan yg khusus utk dibincangkan.

No comments:

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin