Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Tuesday, December 8, 2009

PANAS: Gambar aksi penyokong gerombolan yang melampau!..sebarkan!















[[ Penulis tak mahu komen panjang..sudah berbuih mulut ini bicara mengenai dasar kebangsaan dan semangat asobiyyah penyokong gerombolan..melayu, melayu, melayu dulu kini dan selamanya..lihat sahaja contoh diatas...betapa jelas perjuangan mereka sebenarnya hanya untuk bangsa ditempat pertama, agama ditempat kedua..

Ternyata sikap dan tindak tanduk mereka tidak melambangkan tatasusila dan adab seorang Melayu, jauh sekali bertepatan dengan akhlak dan sahsiah seorang muslim..penulis malu mengaku sebagai orang Melayu jika ini cara fikir dan tindak sebahagian dari umat Melayu (dalam Umno)..terlalu kuat dasar kebangsaannya, terlalu keras semangat asobiyyahnya..sehinggalah terlihat perwatakan sebenar mereka melalui gambar diatas..]]

Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP

...Selepas keluar dari mahkamah, mereka dilihat memegang kain rentang yang bertulis "Jangan bodoh macam lembu, jaga sensitiviti dan perasaan orang Melayu".

Kain rentang tersebut juga turut memaparkan gambar tiga pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng (setiausaha agung) dan Nga Kor Ming (setiausaha Perak).

Ditanya mengenai kain rentang tersebut, Mahayuddin berkata, ia sebagai reaksi kepada pemimpin DAP yang memijak gambar tiga ADUN bebas di Perak baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, bukan mereka yang membawa kain rentang tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, ketika keluar dari mahkamah, mereka ternampak ada oran gyang membawa kain rentang tersebut dan mereka turut memegangnya sama sebagai tanda sokongan.

Sumber, Malaysiakini

[[ Satu sahaja penulis nak cakap..dasar pembohong!..gambar2 diatas jelas menyanggah kata2 sumbang Muhyidin..kononnya mereka tidak tahu kain rentang terbabit wujud..sedangkan dan hakikatnya dari kalangan merekalah yang bertanggungjawab menyediakannya!

Jika sebelum ini, heboh 1Malaysia mengenai isu pemimpin DAP memijak gambar ADUN 'katak' dan ramai menuntut mereka memohon maaf, bahkan kepimpinan tertinggi Pakatan rakyat, Anwar Ibrahim sendiri yang membantah tindakan pemimpin DAP tersebut, sehinggalah mereka memohon maaf..

Tapi untuk kali ini, ternyata pemimpin tertinggi mereka, Muhyidin awal-awal lagi mempertahankan tindakan ahli-ahlinya walaupun jelas ianya perlakuan salah dan biadap..kerana apa? kerana itu bertepatan dengan ciri dan budaya mereka...benar kata Tun Mahathir membenarkan kata seorang bekas pemimpin kanan Umno, "Umno busuk sehingga ke ususnya"..buktinya....







Akhir kalam, inilah yang dikatakan 'asobiyah tidak bertempat'..jauh sekali menepati 'asobiyah terpimpin' yang selari dengan syariat dan nilai2 Islam seperti yang dituntut Ibnu Khaldun...wallahua'lam..]]

Artikel berkaitan (wajib tahu)..
- Isu pijak gambar dijadikan isu perkauman oleh blogger Umno!
- Ini bukan budaya kita..lagi video tunjuk wajah sebenar dalang kecoh majlis dialog !
- Arak kepala lembu: Penduduk tempatan bantah aksi ekstrem! (video inside)

8 comments:

Anonymous said...

haram jadah punya Umngok...
stupid racist!!!
bloody racist!!!

Sang Guna said...

kadang2 perlakuan cina2 dap tu memang melampau dan sengaja memancing kemarahan org melayu, tapi dimana org2 pas di waktu golongan2 ini menghina islam dan melayu.
kita org melayu islam tak boleh terlalu kompromi dgn kafir2 ni.
kenapa klu umno buat semua salah dimata org2 pas, tapi klu dap buat semuanya jadi bisu

azrul said...

Jika itu sahaja tindakan yg mampu dibuat oleh umnongok, maka wajarkah PAS yg lebih islam berdiam diri bila agama dan keturunan diperlekehkan oleh bukan islam. Inikah tolak ansur yg terpaksa kita ikut. Sy mula kecewa dgn PAS yg semakin hilang roh perjuangan islam, bila PAS for All menjadi slogan. Sepatutnya kekalkan roh Islam untuk semua, barulah Islam dimertabatkan. Sekarang PAS adalah 2 x 5 dgn umno. Bezanya umno lebih baik kerana lebih banyak bekerja dari bercakap.

Sedih

semaremas said...

assalamu alaikum wbt ucapan salam persaudaraan buat saudara blogger ini.

Wahai saudara, tahukah saudara apakah dan siapakah DAP. Sudah tentu saudara tidak tahu.

Saya jelaskan. DAP adalah sebuah PARTI SOSIALIS DEMOKRAT YG MNJDI AHLI SOSIALIS INTERNASIONAL YG MEMPUNYAI AHLI SEKUTU PERTUBUHAN BURUH ZIONIS SEDUNIA. SILA LIHAT LAMAN WEB DAP & SOSCIALIST INTERNATIONAL

DAP mmperjuangkan FAHAMAN SOSIALIS DEMOKRAT ACUAN SOSIALIS INTERNASIONAL.

Dalam fahaman ini, PERKAUMAN CAUVINIS MELAMPAU DIAMALKAN DAN DIPRAKTIKAN.

Siapa yg ada dalam DAP ? Kaum Cina yg berfahaman sempit dlm SOSIALIS DEMOKRAT.

DAP juga yakni Karpal Singh yg menjerit " MAHU NEGARA ISLAM? LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU !

Sayangnya puak-puak seperti ini PAS jadikan SEKUTU DAN RAKAN TAULAN. Persekutuan dan persahabatan PAS ini juga merupakan ASSOBIYAH yg dilarang dalam Islam.

Toh, di mana Islam PAS?

p.s. Lambang Islam BULAN SABIT bukan BULAN PENOH & nampak sgt gamba2 budak kencing itu budak-budak yg bukan dr UMNO.

Anonymous said...

kumpul dan sebarkan gambar ni time pilihan raya, terutama dkt kawasan bukan Islam..

PRU 2008, peranan poster dan gambar sgt besar dlm memperngaruhi sentimen pengundi..ayuh sebarkan..

umgok tempah padah...hahaha...

Anonymous said...

sy mungkin masih muda dan tidak memahami dunia politik. tp sy dpt merasakan keindahan islam apabila melihat penyokong pas bersatu. sy pernah mengikuti mak dan ayah sy ke program2 pas. mereka tidak punya kelengkapan yg sempurna @ mewah utk diberi pada penyokong mereka. apatah lagi hadiah yg b'puluh2 ringgit utk program yg mereka jalankan. untuk menaja makanan pun belum tentu mereka mempunyai kewangan yg utuh tp sy bangga apabila penyokong2 pas bersatu hati. memberi mengikut kemampuan mereka sedangkan sebahagian besar daripada mereka bukanlah golongan org kaya. terharu hati melihat pak cik dan mak cik b'kopiah dan b'tudung labuh.

pernah dulu sy keluar membeli belah dengan mak dan kakak sy. sebak rasa hati apabila mak sy dilayan ala kadar sahaja kerana memakai tudung labuh. sedangkan seorang mak cik berbangsa sama , dan beragama islam yg tidak memakai tudung dilayan bak raja. apakah wanita bertudung labuh tidak layak diberi penghormatan yg sama seperti wanita lain. sedih dengan keadaan yg sedang berlaku di dunia sekarang.

nurul1961 said...

Melayu tanpa islam menempah kehinaan di dunia.Kemunduran dan kejatuhan sesuatu bangsa terjadi setelah mereka memilih akhlak keji dan jijik dan yang jijiknya hok kencing tu orang tua dan jadi ketua masyarakat.Pabak sape lah tu.....
Setahu aku 'kencing berdiri' kawan setan. Air hina itulah sebagai obat yang mujarab untuk merawat penyakit penyakit yang ada pada setan. Jangan menunjukkan kebodohan kita pada masyarakat Malaysia.

Buntet said...

Sebenarnya bnyak lagi kekosongan jawatan doktor setan. Sebab setiap kali azan berkumandang setan2 ini secera parah. Belum lagi dgr org menyebut lafaz tawauz setan pun luka2 badanya.

Setan2 laknatullah ini memang memerlukan doktor2 terlatih. Kelayakan hanyalah kencing dgn berdiri. Maka tempias2 titisan air kencing ini akan di pungut setan2 lalu disapu ke luka2 seluruh badan. Sembuhlah setan seperti sediakala. Begitulah kejadian berulang2.

Jadi kekosongan utk jawatan Doktor2 setan memang sentiasa ada. Bukan snang nak jadi doktor. Doktor biasa kat sepital tu teruk kena belajar barulah dpt title doktor. Jadi doktor setan tak yah belajar. Sanggup kencing berdiri dah jadi doktor. Gitu. Ada paham???

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin