Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Tuesday, December 22, 2009

PANAS! Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia akan mempertahankan Anwar Ibrahim!!..(video inside)



Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim Ke Perhatian Dunia Islam

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.

“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.

Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.

“Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.

“Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.

Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB

Sumber, TVSelangor

Sebelum itu, TVSelangor turut melaporkan...

Pemimpin Sunnah Wal Jamaah Tegas Anwar Tidak Bersalah

Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.

Beliau turut mendesak agar kes qazaf yang difailkan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera.

Tokoh Maaf Hijrah itu menegaskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam kepada penuduh mahupun yang tertuduh.

Tambahan lagi dengan kesahihan daripada empat orang doktor yang membuktikan tiada kesan luka di bahagian sulit Saiful Bukhari Azlan.

“Dia yakin insyaallah anwar tidak bersalah dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas,” katanya.

Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qardhawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Putrajaya Isnin lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohammad Nur Manuty yang turut hadir dalam perjumpaan itu memberitahu yusuf sangat yakin Anwar tidak bersalah.

“Syeikh Qardhawi amat menyokon penuh supaya kes ini jangan ditangguh-tangguhkan lagi dan segera diselesaikan mengikut pendekatan syariah, dan diserahkan kepada mahkamah tertinggi, kerana kata qardawi anwar dah mengalami kesengsaraan jiwa, keluarga, politik, beliau dlam keadaan yang diserang oleh pihak-pihak yang tidak bermoral,” katanya.

Sheikh Al-Qaradhawi yang dikurniakan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia berpendapat Anwar telah diserang daripada segi peribadi, keluarga dan politik oleh pihak yang tidak bermoral.-ATIQAH YAACOB

Sumber, TVSelangor





Artikel berkaitan:
- Permintaan Dr. Yusuf Al-Qaradawi: "Saya minta tuan2 bersama Anwar untuk mengangkat martabat kemanusian.."
- Gambar sekitar syarahan perdana oleh Sheikh Yusuf Al-Qardhawi di Masjid Shah Alam (Gambar bersama pimpinan PAS/PR di dalam)

11 comments:

Anonymous said...

Allahuakbar!!

laila_la majnun said...

Hmm bro, nak tanya boleh..

rasa2, pengiktirafan tokoh maal hijrah oleh najib pada qaradawi tu akan ditarik balik tak?

Anonymous said...

spin bro jangan tak spin..

tak lama lagi dah masuk court kes ni.. biarlah kita tengok sapa yang benar..jangan gentarrr ye brother!

nak ajak sumpah mubahalah pun anuar takut.. pakai qazaf pulak.. perkara ni dah di kupas oleh bekas mufti Perlis.. cari kat you tube dan dengar kupasannya ..

Kes qazaf ni hanya boleh sekiranya orang lain memfitnah.. contoh nya kalau seseorang dakwa dia nampak bini sipolan dengan orang lain dalam satu bilik.. dalam kes ini sipemfitnah kena bawa saksi.. tapi bagi kes mangsa rogol ataupun mangsa sodomi, saksi tak diperlukan untuk membuktikan kes ni.. Kalau tidak seronok kes rogol satu sama satu, yang si perogol akan lepas kerana tiada saksi.. beraya sakanlah perogol kat Malaysia kerana kalau ikut Islam mereka ni akan terlepas..Kalaulah begini zalim kan hukum Islam kerana simangsa takkan dapat pembelaan dalam hukum Islam..

Bawa saja Anuar bersumpah cara Islam.. tak berani ke?

ATAS_PAGAR said...

hmmm..NAMPAKNYA ORG UMNO LEBIH CERDIK DARI SYIEKH MUKTABAR YUSUF QARDAWI.....SENDIRI BERI PENGIKTIRAFAN, SENDIRI LAWAN...

APA INGAT SYEIKH TU OTAK LEMBAB KE MCM UMNGOK??

INGAT DIA TAK BOLEH FIKIR N TAKLID HUKUM KE?

neo said...

Peliknya anonymous@12.41am bercakap soal berani.

Anonymous? R u serious? U dint have any guts.

Even Dr Mahathir got balls when he blamed jews for ruling the world with proxy. He used his own tongue in front of every reporters even they have different beliefs.

Shame on u.

neo said...

Correction,
anonymous@12.21am

Thanks and best regards.
Wasalam.

Anonymous said...

yusuf qaradawi lencun hancing dikencing nuar...fikir-fikirkanlah...

no_name said...

kahkahkah...
baru je umngok persoal bukan qardawi yg buat statement tu, pembangkang reka2 cerita...

rupanya betul2 qardawi nk pertahan anwar, siap berjanji lagi bawak kat pengetahuan dunia...kahkahkah

no_name said...

kahkahkah...satu lagi, umngok taknak ckp anwar agen qardawi dan ejen dunia islam ke?...kahkahkah...

mula2 egen yahudi, pastu israel, pastu amerika, akhir sekali, agen islam.....kahkahkah

Anonymous said...

"Wajaal haq wazahakal bathil, innal bathila kana zahuko" Allah SWT dah janji apa nak sibuk, bila datang yang haq, yang bathil akan nampak. Tak payah nak salahkan sapa2. Sampai masa taulah sapa benar sapa salah.

nash21 said...

hanya ALLAH sahaja lebih mengetahui apa yg berlaku...moga2 dunia tidak di balikkn seperti kaum nabi luth sekiranya anwar bersalah tapi dibela ulama kerana kefasihanya menipu dunia..
YA AALAH TURUNKAN LAH BALA BENCANA PADA KAMI YANG LALAI DAN LEKA INI AGAR GENERASI HADAPAN TIDAK AKAN TERKELIRU DAN TERTIPU SEPERTI KAMI...AMIN

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin