Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Tuesday, June 30, 2009

Antara "Power of 10 Sen: Gaza Dibela" dengan "Power of 10 Sen: Pemuda Umno Dibela"

Kes 1
"Power of 10 Sen: Gaza Dibela"




Polis menjejaki tiga lagi suspek kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan Universiti Malaya selepas dua pelajar diseret ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar kini ditahan di lokap mahkamah sementara diikat jamin esok.

Susulan siasatan terhadap contengan tersebut, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut.

Rosmah sering dikaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4.

Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

selanjutnya, baca disini, Malaysiakini

Kes 2
"Power of 10 Sen: Pemuda Umno Dibela"




Empat pemimpin Pemuda Umno Selangor bersiap sedia membayar denda maksimum sebanyak RM4,000 berhubung kekecohan terhadap pemimpin DAP Karpal Singh di Parlimen, 26 Febuari lalu.

Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal yang turut didapati bersalah berkata, setiap ahli pergerakan itu di negeri tersebut akan menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.

Hari ini jawatankuasa khas Parlimen mengenakan denda RM1,000 setiap seorang ke atas mereka. Keputusan muktamad akan ditentukan dalam perbahasan dewan, Khamis ini.

Selain Engku Salleh, tiga ketua Pemuda bahagian lain: Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam).

“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” kata Engku Salleh ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Secara berseloroh, beliau berkata, jika kutipan melebihi RM4,000, bakinya akan digunakan untuk membeli kerusi roda bagi kegunaan ahli parlimen yang kurang upaya.

“Kita akan beli dua kerusi roda itu dan Karpal Singh tidak perlu lagi membawa kerusi roda untuk digunakan di Parlimen,” tambahnya.

Sementara Shahrizan pula berkata, beliau menerima keputusan itu secara terbuka dan akan membayar denda berkenaan.

Susulan keputusan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Shahrizan memohon maaf kepada Parlimen atas kejadian tersebut tetapi tidak kepada Karpal.

sumber, Malaysiakini

[[ Kes 1, kerana kempen 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' oleh si Rosmah, pelajar2 UM dikehendaki polis..sementara kes 2, kerana berlagak samseng tak bertempat, pemuda umno kene derma 10 Sen seorang...hehe..]]
baca lagi [click here]...

Kes liwat: Anwar akan menghuni semula di Sg. Buloh??



Kes liwat: Anwar nasihati pemimpin PKR "sedia hadapi kemungkinan"

Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membincangkan strategi menghadapi sebarang kemungkinan keputusan kes liwat kali kedua melibatkan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didengar bulan depan.

Perkara tersebut telah dibincangkan dengan mendalam pada mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan kelmarin.

PKR juga mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi kelmarin.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui di sini berkata, Anwar telah memberikan penekanan agar barisan kepimpinan parti itu menjalankan tanggungjawab khusus yang diberikan secara terus-menerus dan tersusun.

"Kami telah membincangkan pelbagai senario ketika kes Anwar akan didengar bulan depan. Salah satu senario ialah Anwar akan menghuni semula di Sg. Buloh.

"Penegasan Anwar ialah semua tugasan ini dijalankan secara berterusan dan bukan bermusim... yang itu saya anggap sebagai mesej yang penting dan secara kebetulan Ketua Umum (Anwar) akan berhadapan dengan bicara pada bulan Julai," katanya.

Pertengahan April lalu, Anwar telah merombak struktur tanggungjawab barisan kepimpinan kanan PKR.

PKR melantik Saifuddin, bekas Pengarah Strategiknya sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan Naib Presiden Azmin Ali dalam proses menyusun semula struktur pengurusan komponen Pakatan Rakyat itu.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak, yang melepaskan tugas Pengarah Pilihan Raya pula mengetuai pasukan petugas yang terdiri daripada kesemua Naib Presiden iaitu Dr. Lee Boon Chye, R. Sivarasa, Mustafa Kamil Ayub dan Dr. Jeffrey Kitingan.

Seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua, dahulu Ketua Penerangan, pula dilantik menggantikan Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang.



RAYUAN ANWAR PETANG INI

Petang ini rayuan Anwar berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, yang dijadual semalam ditangguhkan hingga petang ini.

Hakim Datuk Abdul Hamid Embong yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan perkara tersebut selepas peguam yang mewakili Anwar memohon supaya kes itu ditangguhkan kerana Anwar dan seorang lagi peguamnya, R. Sivarasa perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat pagi semalam.

Dua lagi hakim yang terlibat ialah Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Kes tersebut didengar pukul 2.30 petang ini.

Permohonan itu tidak dibantah oleh pihak pendakwa raya.

Mahkamah Tinggi akan mendengar kes liwat kedua Anwar ini 8 Julai ini.

Kes liwat pertama didengar sedekad lalu iaitu di peringkat awal PKR, yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditubuhkan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ekoran itu, Anwar, 62, didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

sumber, mStar Online

[[ Apa reaksi dan pandangan korang kalau andaian yg dilontarkan Saifudin Nasution ini menjadi realiti?? apa kesan keatas Pakatan Rakyat? apa kesan terhadap PAS?..atau ini hanyalah strategi PKR untuk mengaburi pihak lawan?...sama2 nantikan...

Apapun, berdirinya PAS dipersada tanah air dengan megahnya dari dahulu sehingga kini, bukanlah bergantung dan berharap terhadap mana2 individu, tetapi dasar dan hala tuju perjuangannya sendiri...sudang dijelaskan, jika terbukti bersalah (mengikut saluran dan kaedah yg betul dan jelas), PAS tiada masalah untuk menolaknya, begitulah jua di dalam PAS sendiri..PAS konsisten dan bertegas dalam soal prinsip ini...

wallahua'lam...]]
baca lagi [click here]...

Kepung Karpal: 4 Ketua Pemuda Umno didenda RM1,000



Kepung Karpal: 4 Ketua Pemuda Umno didenda RM1,000

Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenakan denda RM1,000 ke atas empat pemimpin Pemuda Umno Selangor yang telah mengepung Pengerusi DAP Karpal Singh di Parlimen Februari lalu.

Mereka ialah Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Selatan, Latt Sharizan Abdullah; Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Azahari Datuk Shaari dan Ketua Pemuda Umno Serdang, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal.

"Hukuman yang dikenakan ini adalah hukuman maksimum seperti yang diperuntukkan undang-undang mengikut Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keisitmewaan dan Kuasa) 1952.

Mereka melakukan kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.



Dalam pada itu lapan anggota Dewan Rakyat termasuk tiga daripadanya ahli Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dikenakan 'hukuman' pencelaan yang enggan bekerjasama dan menyertai jawatankuasa itu.

Selain Karpal sendiri, mereka yang merupakan saksi ialah Fong Po Kuan (Batu Gajah), Lim Lip Eng (Segambut), N. Gobalakrishnan (Padang Serai), Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Ahli jawatankuasa yang tidak bekerjasama pula ialah Lim Kit Siang, Datuk Kamarudin Jaffar dan R. Sivarasa.

sumber, mStar Online

[[ Sekarang dah tahu, siapa yg samseng tak bertempat..dekat dewan yg mulia, dengan OKU pulak 2..alahai PEMUDA umnooOO...he2..]]
baca lagi [click here]...

"Himpunan 100,000 rakyat" di Stadium MBPJ malam ini



Rakyat dijemput jayakan "Himpunan 100,000 rakyat" di Stadium MBPJ malam ini
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Jun 30, 09 | 10:26:37 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan himpunan 100, 000 rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub himpunan malam ini diadakan bertujuan menjelaskan pelbagai isu berhubung Pakatan Rakyat dan isu-isu semasa.



Himpunan ceramah perdana malam ini akan dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Himpunan akan dimulakan pada jam 9.00 malam, kata Salahuddin

sumber, Harakahdaily baca lagi [click here]...

Monday, June 29, 2009

Ezam cabar pemimpin tertinggi PAS..



Ezam cabar pemimpin tertinggi Pas

PETALING JAYA – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Md Noor berkata, beliau sedia menyertai Pas sekiranya pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan bahawa Pas adalah tunjang utama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beliau yang kini menyertai UMNO berkata, jika Pas berani membuat pengumuman sedemikian, beliau tidak teragak-agak meninggalkan UMNO dan menyertai parti itu.

“Saya cabar pemimpin tertinggi dalam Pas supaya mengumumkan bahawa parti itu adalah tunjang utama dalam Pakatan Rakyat (PR). Jika mereka berani, saya masuk Pas.

“Mereka tidak mampu berbuat demikian kerana mereka hanya penumpang dalam PR,” katanya ketika berucap pada satu ceramah di Dewan Masyarakat Taman Sri Manja, di sini, semalam.

Ceramah oleh bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu menjadi timbalan perdana menteri satu ketika dahulu dihadiri ratusan penyokong Ezam yang ternyata mahukan beliau kembali aktif dan berjuang demi survival bangsa Melayu.

Terdahulu, Ezam dilantik Ketua Penerangan UMNO Cawangan Makmur Setia Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Dengan pelantikan itu, ia menjadi langkah pertamanya berpolitik di kawasan itu setelah keluar daripada UMNO tahun 1998 yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

sumber, Sinar Harian

[[ Sudah dinyatakan sebelum ini, di dalam Pakatan (baik PAS, PKR dan DAP), tiada siapa yg boleh mengaku dan bertindak sbg tunjang/ketua/penggerak utama dlm pakatan, masing2 adalah sumber kekuatan bagi Pakatan Rakyat, masing2 mempunyai peranan dan fungsi masing2 di dalam menggerakkan Pakatan Rakyat..

Sepertimana PAS, PKR dan DAP jugak tak kan mengaku parti dorang adalah tunjang/penggerak utama/ketua dlm Rakatan Rakyat..perkara ini telah dipersetujui bersama..

Tidak releven

So, syarat ezam ini tidak releven..tiada siapa di dalam PR  boleh mengisytiharkan parti mereka adalah tunjang di dalam Pakatan..adapun persoalan berkaitan persepsi, itu adalah perkara subjektif, tidak tetap, dan berubah2..masing2 mempunyai persepsi atau pandangannya tersendiri...so, jika beliau percayakan persepsi bahawa PAS bukan tunjang utama dlm PR, atau PAS boneka DAP dan sebagainya, beliau sepatutnya dahulu percayakan 'persepsi' yg jauh lebih besar dan awal dari itu, iaitu Umno adlah 'parti utama' rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain2..

Kerana itulah perlu disedari, setiap parti mempunyai gaya dan penampilannya yg tersendiri..hakikat bahawa kaedah/cara/metodologi BN dan PR berbeza dan berlainan dlm menggerakkan misi dan visinya sudah diketahui umum..ianya perlu diterima dan dihormati..apatah lagi PR masih baru dipersada tanah air..

Beza PAS dan Umno..

Di dalam PAS, telah diumumkan bahawa Islam adalah tunjang utama di dalamnya, buktinya dgn meletak al-Quran dan Sunnah sbg dasar perjuangannya, dan dasar Islam PAS ini sudah diketahui rakan2 Pakatan mahupun Umno/BN tanpa sebarang persembunyian..

Bagaimana pula dgn umno? sudahkah diistiharkan Islam sebagai dasar/tunjang utama perjuangannya baik di dalam PARTI mahupun di dalam memerintah Malaysia? bagaimana pula tahap rasuah antara dua parti terbesar kaum Melayu ini, PAS dan Umno? Ezam pasti tahu jawapannya..

Akhir kalam, tahniah diucapkan kpd saudara Ezam kerana akhirnya diberi kepercayaan oleh Umno dgn 'ganjaran' jawatan Ketua Penerangan Umno cawangan setelah lama di'persepsi'kan bahawa beliau hanyalah boneka Umno (sejak kemasukannya di dalam Umno)...semoga berbahgia dgn jawatan dan 'penghargaan' itu..

Wallahualam..]]
baca lagi [click here]...

Saturday, June 27, 2009

Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai..



Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.

Pilihanraya itu dipanggil susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Wakil rakyat PAS ini menguasai kerusi tersebut selama lima penggal kecuali antara 2004 hingga 2008 apabila beliau tidak bertanding di situ.

BN akan mengumumkan calonnya, seawal-awalnya esok

sumber, Malaysiakini
baca lagi [click here]...

Haji Fauzi mendapat sokongan peringkat akar umbi









Haji Fauzi mendapat sokongan peringkat akar umbi
Mohd Nor Yahya
Sat | Jun 27, 09 | 10:00:44 am MYT

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Pemilihan Haji Mohd Fauzi Abdullah sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai dibuat berdasar kepada sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP) terhadap senarai calon daripada peringkat akar umbi dan cawangan.

Bendahari PAS Kuala Krai itu menduduki tempat pertama daripada senarai nama yang dikemukakan setiap cawangan kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, terdapat banyak nama yang dicadangkan cawangan kepada Badan Perhubungan PAS negeri sebelum dipertimbangkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ke PAS pusat.

Katanya, ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi akur sesiapa pun yang dicalonkan pimpinan negeri bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai ini.

"Malah semua jentera di peringkat cawangan telah bersetuju mematuhi arahan negeri dan meneruskan kempen. Saya berpendapat Haji Fauzi tidak jauh beza dengan arwah Paksu Wil," katanya ketika ditemui selepas pengisytiharan calon tersebut di Manek Urai Lama malam tadi.

Timbalan Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Wan Ubaidah Omar berkata, pemilihan Haji Fauzi amat bertepatan kerana beliau merupakan orang yang dikenali ramai di Manek Urai dan Kuala Krai.

Katanya, walaupun beliau tidak mendapat pendidikan tinggi, namun kepatuhannya terhadap parti dan sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai menjadi kriteria utama.

"Dewan Muslimat PAS negeri akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS mendapat sokongan dan berharap akan meningkatkan majoriti pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya.

Wan Ubaidah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Dewan Muslimat negeri sudah berada di setiap peti undi berkempen dari rumah ke rumah sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Pemuda negeri berikrar meneruskan agenda memenangkan calon PAS tanpa memikirkan siapa calon yang dipilih pimpinan negeri.

"Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Haji Fauzi yang juga Bendahari PAS Kuala Krai yang telah diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan Allahyarham Paksu Wil membela nasib rakyat di Dun Manek Urai," ujar beliau.

sumber, Harakahdaily

[[ Syukur Alhamdulillah...seperti telahan penulis sebelum ini, keputusan meletakkan calon ini adalah berdasarkan pandangan majoriti dan dibuat selepas siri perbincangan dikalangan teman kepimpinan khususnya di Kelantan..terdapat tapisan dan proses penilaian sebelum menentukan seseorang itu layak untuk menjadi calon bertanding..seperti yg telah dijelaskan, pemilihan Haji Fauzi adalah berdasarkan sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP)..dan beliau merupakan antara calon terbaik dan terpilih dikalangan senarai calon yg dikemukakan..

Maka insyaallah, pemilihan beliau untuk bertanding PRK kali ini adalah tepat dan menepati citarasa pengundi di DUN Manik Urai..disamping seorang yg sudah dikenali ramai, beliau juga berwatakan sederhana dan mesra..beliau dikatakan tidak jauh beza dengan arwah Paksu Wil..seorang yg dekat dgn hati rakyat sehingga memenangi setiap kali pilihan raya yg diadakan dikawasan terbabit..

Akhir kalam, semoga sahabat2 seperjuangan termasuk rakan penulis dari Pahang (jika beliau baca) tidak putus semangat dan bersama2 memastikan PRK N.41 DUN Manik Urai kekal milik PAS dgn majaroti yg lebih tinggi..seperti biasa, perjuangan kita berbeza dgn perjuangan 'mereka', oleh itu, cara kita juga perlulah berbeza dgn cara 'mereka'..patuh dan taat saranan dan keputusan kepimpinan, insyaallah, disana ada hikmah dan rahmah..itulah adat berjemaah...

Wallahua'lam...]]
baca lagi [click here]...

Peniaga ikan calon PAS Manik Urai..PAS ketandusan calon??



Fauzi calon PAS di Manek Urai
Jun 26, 09 6:48pm

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai. 

baca seterusnya disini, Malaysiakini

[[ Jam menunjukkan pukul 12.15 am..sedang penulis berkira2 untuk tidur, seorang rakan penulis dari Pahang tiba2 mengirimkan msg..

"salam..weh, peniaga ikan calon PAS kat Manik Urai la...PAS xde calon yang lebih baik daripada ini ke?..macam mana PAS nk nampak universal kalau calon pun setakat ini..aku xde semangat r nk p Manik Urai..tengok calon pun dah tak yakin.."
Begitulah lebih kurang kata2 rakan penulis mengulas ttg calon PAS yg bertanding di Manik Urai nanti..penulis lantas menjawab..."yeke weh, tak kan tu je kot status dia? peniaga ikan je ke?"..tanya penulis dgn reaksi sedikit terkejut..

Tanpa menunggu jawapan balas rakan penulis, penulis lantas bangkit dari pembaringan, menghidupkan komputer penulis, mengaktifkan internet, seterusnya mencari maklumat berkaitan calon PAS Manik Urai...hajatnya, penulis hanya mahu menunggu berita pada keesokan harinya shj, penulis keletihan krn baru pulang dari rumah abg ipar penulis sebentar tadi..tapi, dgn msg dari rakan penulis tadi, penulis tidak sabar untuk melihat apakah status dan rupa sebenar calon PAS tersebut...

Maka, benarlah apa yg dikata, calon PAS hanyalah seorang peniaga ikan dan penduduk tempatan..beliau memegang jawatan bendahari, dan juga bertanggungjawab sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil, yg terletak dalam parlimen Kuala Krai..

Melihatkan sekali imbas gambar calon PAS di web Malaysiakini, penulis seakan2 bersetuju bulat2 dgn kata2 rakan penulis..pada fikiran penulis, apakah PAS sudah tiada calon lain yg lebih baik dari ini? apakah PAS ketandusan calon yg berkualiti? apakah tiada calon yg melengkapi pakej ulama'+profesional? apakah beliau mampu berkhidmat secara baik terhadap penduduk kawasannnya? apakah penyokong2 dan jentera parti akan berasa lemah semangat dgn pemilihan calon ini?..persoalan2 ini bermain difikiran penulis...

Sedang penulis mencari maklumat2 lain berkaitan calon PAS ini, penulis  terbaca akan komen seorang pengunjung laman pinkturtle tentang calon PAS ini, kata 'budak tadika';

tokey ikan….tokey ikan lah. kita orang paih tak pilih protokol sangat. asalkan hang tu suara islam. tu pun dah kigha baik dah.

kalu do ka, hakim ka, loyar ka kalu dok mentekedarah rasuah, kita tak sir punya.

elok benag lah tu personaliti ada. penampilan orang baik. janganlah bila hang jadi wakil rakyat nanti tinggal pala dogol. tie dan kot jadi pilihan… persis kerajaan perpaduan.
Penulis termenung panjang..ada betulnya kata hamba Allah ini..mereka yg terpilih menjadi calon, bukan setakat menjadi wakil kpd rakyat, tetapi yg mustahak lagi pentingnya ialah, menjadi wakil Allah..kerja2 menyebardakwahkan Islam sudah pastinya menjadi agenda dan manifesto yg terpenting bagi wakil rakyat tersebut...apa guna ber'status' tinggi sekali pun, tetapi akhlak tidak elok, perangai tidak baik, sudah pasti jauh dari rahmat Allah..biarlah peniaga ikan sekalipun, jika hatinya baik, kerja Islamnya berjalan, bertanggungjawab, kerja ini boleh dipukul sebaiknya dgn bantuan drpd Allah..

Cuma, terdetik di hati penulis, apakah tiada calon yg ber'status' tinggi bersekali dgn akhlak dan sakhsiah yg terpuji dikalangan ahli dan pendokong PAS khususnya di DUN Manik Urai ini?..

Tiba2 lamunan penulis terganggu dgn bunyi sms..rakan penulis dari pahang tadi menjawab persoalan penulis, katanya...

"betul la..cuba hg tengok internet...dia umum mlm ni..Nik Aziz umum.."

Tiba2 penulis terfikir tentang siapakah yg mengumumkan calon PAS untuk kerusi DUN Manik Urai tersebut? apakah hanya TGNA seorang? apakah ia berlatarkan suara majoriti? apakah saf kepimpinan yg lain sudah perkenan? apakah sudah diketahui oleh rakan2 PR yg lain..

Penulis cuba meneliti kembali artikel berita dari Malaysiakini,

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Penulis sedikit lega..pada fikiran penulis, sudah pastinya saf kepimpinan sudah berbincang sebaik2nya berkaitan calon yg sesuai dan paling layak untuk bertanding merebut kerusi DUN Manik Urai..dikalangan mereka pastinya ada yg bertahajjud, beristikharah meminta panduan dari Allah tentang calon yg sesuai lagi tepat yg difikirkan layak untuk bertanding..

Apa pun, masih terlalu awal untuk penulis menilai dan memperkatakan perihal ini..penulis tetap yakin, para kepimpinan mempunyai hujah dan alasan yg kukuh untuk menyokong pemilihan calon bagi PRK kali ini..penulis tetap menunggu dgn penuh sabar...

Akhir kalam, sebelum berundur, sekalung tahniah diucapkan kepada saudara Fauzi Abdullah kerana terpilih menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Manik Urai..semoga dapat memenangi kerusi DUN Manik Urai dgn majoriti yg lebih tinggi, seterusnya berkhidmat kpd rakyat Manik Urai dgn jayanya...

Wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...

Tuesday, June 23, 2009

Khairy ke Manik Urai..Peluang atau malapetaka?



Khairy ketuai Program Pemuda Masuk Kampung di Manek Urai

KUALA KRAI: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manek Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manek Urai dengan Umno.

"Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal," katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi.

Mohamad Zaidan berkata selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. BERNAMA

sumber, mStar Online

[[ Khairy secara rasminya diizinkan mengepalai jentera pemuda Umno di Manik Urai..Jika dilihat pada pilihan kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, beliau dilarang untuk melibatkan diri secara langsung di dalam siri kempen di kedua DUN tersebut..

Beliau dikatakan membawa malapetaka atau 'sial' kepada Umno..begitu juga pada pilihan raya Umum 8Mac 2008 yg lalu, faktor beliau dikatakan antara punca pengundi menolak Umno khususnya di Kelantan...dgn slogan "18 tahun-pade doh", beliau dilihat terlalu ghairah dan angkuh untuk 'merampas kuasa' dari pemerintahan Tok Guru...

Kini, selepas lebih setahun Kelantan memerintah hasil 'sumbangan' beliau, beliu dilihat masih mahu mencuba nasib bertandang ke Kelantan dgn misi berkempen untuk menwan DUN Manik Urai..

Persoalannya, apakah kehadiran beliau masih dilihat liabliti kepada Umno?

Sebenarnya suatu yg tidak hairan bilamana seorang yg memegang jawatan Ketua pemuda Umno digerakkan sebagai ketua misi berkempen pemuda di manik Urai..apatah lagi, Kelantan merupakan antara negeri yg kuat menyokong Khairy sebagai calon Ketua Pemuda pada pemilihan Umno yg lepas..so, tidak hairan Khairy diletakkan di kawasan kubu kuatnya agar tidak berlaku pergeseran dan perbalahan sesama team sendiri...

Itu perancangan mereka...tetapi mungkin mereka lupa, Khairy masih belum dibersihkan dari imej rasuahnya..sebagaimana penyokong Umno sendiri mengaku dan mengiktiraf beliau sebagai seorang perasuah, apatah lagi penyokong pembangkang dan rakyat biasa, mereka turut memandang Khairy sebagai seorang pemimpin rasuah..mungkin ramai yg masih mengingat, bagaimana beliau disorak 'rasuah3' oleh penyokong Mukhriz pada Pemilihan Agung Umno yg lalu...boleh dilihat disini, Jeritan Khairy Rasuah Di Perhimpunan UMNO..

Oleh itu, penulis melihat kehadiran beliau ke Manik Urai adalah tidak lain melainkan membawa malapetaka kepada Umno dan peluang kepada PAS..bahan kempen PAS sudah pastinya bertambah dgn kehadiran Khairy ke Kelantan..selain isu rasuah dan skandal2nya, isu bagaimana beliau cuba 'merampas' Kelantan dari pemerintahan Tok Guru PRU yg lepas turut boleh dijadikan bahan kempen..apa pun yg pasti, kehadiran beliau ke Kelantan sudah pastinya tidak mendpat perkenan dan restu dari 'mahaguru' ayahanda Tun M...

Apa pun, semuanya bergantung setakat mana kebijaksanaan jentera kempen, jentera penerangan, dan yg berkaitan dgnnya dlm mempelbagaikan bahan2 kempen..juga kepada cybertrooper PAS/PR di alam maya ini, jasa dan peranan mereka tidak dpt disangkal lagi..

Akhir kalam, ayuh rakan2 seperjuangan, khususnya warga anak muda, golongan belia, kita sahut cabaran pemuda Umno di Manik Urai!..lawan tetap lawan! kita gempur habis2an!...sama2 pastikan PAS berjaya mengekalkan kemenangan bergaya di Manik Urai dgn majoriti yg lebih tinggi..insyaallah...

wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...

Monday, June 22, 2009

'Happy Ending'- Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS (video inside)



Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."
Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

sumber, Malaysiakini

[[ Sekali lagi penulis manarik nafas lega disusuli kalimah memuji Tuhan yg Maha Esa..Alhamdulillah....seperti yg pernah dinyatakan penulis sebelum ni, harapan dan doa penulis untuk melihat saf kepimpinan bertemu muka, bertentang mata menyelesaikan sebarang polimik dan kemelut dalaman parti, akhirnya dimakbulkan..

Penulis ada menyatakan perihal ini disini, dgn tajuk
'Mesyuarat ukhuwah' - Alhamdulillah..inilah yang sebaiknya....penulis postkan sebahagiannya disini..

Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..

Teguran si ayah kpd si anak...

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..
seterusnya boleh baca di sini ..

Akhir kalam, semoga saf kepimpinan mengambil pengajaran dari episod duka ini..selain isu 'kerajaan perpaduan', kelemahan dlm berinteraksi (pertemuan, mesyuarat, meja rundingan, face to face dll) sesama barisan kepimpinan, adalah penyebab utama kepada berlangsungnya krisis dan sengketa yg agak mendebarkan ini..semoga Allah merahmati kita..

wallahualam...]]
baca lagi [click here]...

'Mission Fail'- Najib dah tak mahu kerajaan perpaduan!..



Najib: BN tak perlu kerajaan perpaduan

Kerajaan BN masih berupaya mentadbir negara dan tidak memerlukan sebuah kerajaan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari in.

Ketika diminta mengulas keputusan PAS, DAP dan PKR hari ini untuk menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu, perdana menteri berkata, kerajaan BN adalah kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya.

"Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ketua-ketua perwakilan Malaysia di luar negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, lapor Bernama.

Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu ditimbulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan menurut Najib, reaksi kerajaan terhadap cadangan itu adalah sekadar memberikan respon positif.

Najib berkata kerajaan memberikan respon yang positif terhadap cadangan itu kerana menganggap ianya sesuatu yang baik untuk negara.

"Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang," katanya.

Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata: "Saya rasa tidak. Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat. Kita pula tidak akan terbawa-bawa dengan persoalan sama ada perbincangan ini diadakan atau pun tidak.

"Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara."

Mengenai sama ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini akan
diadakan di masa depan, perdana menteri berkata dalam politik, apa saja boleh berlaku.

sumber, Malaysiakini

[[ "Najib: BN tak perlu kerajaan perpaduan"..hehehehe...ntah la, penulis tak tahu kenapa penulis tergelak bila baca tajuk ni, belum baca isinya lagi...hehe....sesape tau, angkat tangan..;D....

Najib kata, "
Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan"..aik! dah yg sebelum2 ni beriya2 nk kan kerajaan perpaduan tu, apa cerita?..tanda umno/BN lemah ler tu...hehe..skang ni je tarik balik, dah tak nak da kerajaan perpaduan ye Najib...'misi' gagal ke?...hehe..

Najib kata lagi, "
Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang"...alamak! dah yg sebelum2 ni, seblum p/raya umum dulu, kempen pembangkang sifar tu apa cerita? siap kata pembangkang tiada manfaat kpd negara...hehe..

Sabo je la Najib ye...ikut ckp ayahanda (gelaran yg diberikan oleh beberapa forumer Mykmu terhadap Tun Mahathir) Tun tu, Tun pun xsetuju dgn 'kerajaan perpaduan' ni..nnt tak pasal2 Tun 'serang' kerajaan Najib mcm Pak Lah aritu coz xdengar nasihat..hehe..]]
baca lagi [click here]...

Pakatan Rakyat sepakat tolak 'kerajaan perpaduan' !!





versi Malaysiakini

Pakatan sepakat tolak k'jaan perpaduan
Jun 22, 09 3:39pm

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
versi Harakahdaily
Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.
versi Utusan Online
Pakatan tolak kerajaan perpaduan
Oleh Arshad Khan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pakatan pembangkang yang bermesyuarat di sini hari ini memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penubuhan kerajaan itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO.
[[ Alhamdulillah.harapnya, dgn kenyataan bersama rakan2 pakatan hari ini, isu berkaitan dgn 'kerajaan perpaduan' sudah tidak timbul lagi..janganlah ada yg gatal mulut still nk hot kan isu ni, pantang disoal wartawan, nak je jawab....dan yg lain jangan cepat melatah kalau still ada suara yg sebut pasal UG ni, semua pemimpin dah berpakat tolak UG, tolak umno..so, jgn bimbang..

Rasanya semua pihak berasa lega, bahkan Umno pun lega, bak kata Najib hari ni, BN tak lemah sehingga memerlukan 'kerajaan perpaduan'..maknanya, umno pun xkesah..Tun M pun dah lama respon, xsetuju dgn 'kerajaan perpaduan' ni...so, semua lega la kan, orang kata, win-win situation, semua menang..ye dak?...hehe...

So, apa lagi PAS, jom kita ke Manik Urai!..]]

baca lagi [click here]...

Rosmah Perempuan Puaka???...(video inside)







[[ p/s: Penulis menerima video ini melalui inbox friendster...sama ada ianya betul atau tidak, wallahua'lam...tapi, semua yg terlibat dlm 'wawancara' video ini adalah kaum kerabat Rosmah Mansor, termasuk adiknya sendiri...bukan niat penulis mahu menyebarkan perkara aib atau fitnah..ini adalah tujuan pendedahan dan pembongkaran..diharap pihak yg menjadi 'mangsa', dapat tampil memberi penjelasan mempertahankan diri andai ini hanyalah rekaan dan tidak betul...wallahua'lam...]]

baca lagi [click here]...

Sunday, June 21, 2009

Huan keluar Gerakan jika hukuman gantung 3 tahun tidak dibatal

PETALING JAYA: Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung keahlian selama tiga tahun kelmarin akan keluar parti itu jika hukuman tersebut tidak ditarik balik.

"Kemungkinan keluar... jika keputusan (menggantung saya) tidak dikaji semula," kata beliau ketika dihubungi sambil menambah, beliau akan memutuskan mengenainya dalam tempoh dua minggu.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memberi tempoh 14 hari kepada Huan untuk membuat rayuan berhubung hukuman tersebut.

Huan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya untuk kekal dalam parti itu minggu lalu, telah digantung keahlian selama tiga tahun malam kelmarin.

Ketika mengulas lanjut keputusan CWC yang dimaklumkan semalam, Huan berkata, aspek yang dipertimbangkan sebagai alasan untuk menggantung keahlian beliau adalah terlalu remeh.

"Mereka kata mengambil tindakan kerana saya telah meminta penyokong-penyokong saya menggantung kain rentang mengkritik parti... sekarang budak tiga tahun pun tahu macam mana hendak menggantung kain rentang.

"Jadi, saya tidak perlu mengajar penyokong-penyokong saya menggantung kain rentang.

"Kemudian, mereka kata saya meminta 5,000 ahli Gerakan keluar parti. Mereka semua (ahli yang terbabit) ada fikiran, mereka tidak tahu berfikir sama ada nak keluar atau tidak?" katanya.

Tambah Huan, beliau juga kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar sebelum CWC mengambil keputusan.

"Umno pun ada Lembaga Disiplin yang dengar aduan dan berikan tertuduh peluang untuk mempertahankan diri masing-masing.

"Ini dalam Gerakan merekalah polis, merekalah pendakwa dan mereka juga hakim," katanya.

sumber, mStar Online

[[ Dulu MIC, pastu PPP, kini Gerakan...abis semuanya pakat 'berperang' sesama sendiri..sesama umno jangan cerita la, semua dah tau sejarah perang dlm Umno cmna, siap baling kerusi, tumbuk bertumbuk lagi time mesyuarat...so, ada baiknya umno berunding dan berbincang sesama Umno dan rakan kompenan BN dulu, betulkan diri dahulu, jangan sibuk nk betulkan urusan lain...

Ni asyik sibuk nk berunding dgn parti lain, tapi dgn rakan sendiri xdapat nk satupadukan..jayakan dulu konsep '1 Malaysia' yg diwar2kan tu dulu, baru fikir 'kerajaan perpaduan'..jangan sampai orang kata yg kejar xdapat, yg dikendong berciciran..ye dak?...

lepas tu, dlm Umno sendiri pulak apa cerita?..semua puak2 n kumpulan2 dalam umno dah dapat disatukan ke belum? apa khabar Tun M dgn Pak Lah? apa cerita Mat  Said dgn Idris Jusuh, dan pemimpin2 yg lain?..kalau rasa belum dpt satukan, persatukanlah dorang dulu..baru pk 'kerajaan perpaduan' yg sebenar...amacam?ok?..;p ]]
baca lagi [click here]...

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali
Harakahdaily
Sat | Jun 20, 09 | 12:40:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat.

sumber, Harakahdaily

[[ Harapnya, kenyataan Cikgu Pa ini adalah tegas, tetap dan tidak flip flop...jika sebelum ini, beliau ada menyatakan, apa sahaja yg berkaitan dgn isu "kerajaan perpaduan' sudah tidak releven, PAS ingin tumpu Manik Urai..tetapi selang beberapa hari selepas itu, beliau akhirnya tewas ditangan para wartawan...

Tidak dinafi, beliau mempunyai hak untuk menjawab segala pertanyaan pihak media berdasarkan jawatan yg beliau sandang, tetapi, jika berat untuk menjawab 'no comment', sekurangnya2 jawablah berdasarkan suara 'majoriti'..rasanya xperlu diulas apakah yg dimaksudkan dgn 'suara majoriti'..sudah terang lg jelas...

Begitulah juga teguran dan nasihat kpd kepimpinan yg lain..ini bukanlah mahu menafikan hak dan kebebasan bersuara setiap dr kita, tapi cuba untuk bertindak mengikut suasana dan ketika, itulah yg dipanggil berhikmah dan profesional..apatah lagi keadaan ketika ini agak 'panas' dan bergelora, jadi ada baiknya jika setiap dari kita (kepimpinan) 'berpuasa' dr menjawab pertanyaan pihak media berkaitan isu 'kerajaan perpaduan'...biarlah mereka yg 'berautoriti' dgn persetujuan 'majoriti' sahaja yg menjawab..itu penting selalu bertemu muka, bertentang mata dgn kepimpinan2 yg lain..itulah adat berjemaah, insyaallah ada barkah disebaliknya...

Pada puak 'sana' pulak, rasanya sudahlah merayu2 meminta simpati..perbetulkan diri anda dahulu...sudah bersediakan untuk mengubah matlamat/dasar dan perjuangan parti dgn meletakkan Quran n Sunnah ditempat tertinggi? sudah bersediakah untuk mendakwa dan menolak semua pemimpin2 yg korup/rasuah/skandal dan lain2? sudah sediakan untuk memperjuangkan agama lebih dari bangsa? sudah sediakah untuk mewajibkan para pemimpin wanitanya menutup aurat? sudah sediakah untuk memansuhkan ISA dan akta2 zalim yg lain? sudah sediakah untuk mengharamkan segala perkara yg diharamkan, menghalalkan segala yg dihalalkan? dan lain2...

Jika sudah sedia, tidak perlu lagi rundingan, tidak perlu lagi perbincangan..bak kata Tok Guru yg kami sayangi, jika Umno sudah berubah kearah itu, parti kami rela dimansuhkan dan akan bersama2 berjuangn Islam bersama kamu..fikir-fikirkan..

wallahua'lam...]]
baca lagi [click here]...

Saturday, June 20, 2009

Kempen Sebarkan Surat terbuka kepada Tuan Guru Presiden PAS..

SURAT 1

Surat terbuka kepada Tuan Guru Presiden PAS
Ahmad Fawwaz Abdul Aziz
Sat | Jun 20, 09 | 4:00:52 am MYT

DENGAN Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Saat saya menulis untuk meluahkan hati tika ini, saya tidak tahu Tuan Guru berada di mana. Tapi, jauh di sudut hati saya tetap berkata Tuan Guru akan membaca surat terbuka ini kerana saya tahu Tuan Guru adalah seorang yang rajin membaca dan sensitif dengan perkembangan Harakahdaily. Jadi, saya utuskan surat terbuka ini selepas saya hiba dengan keadaan PAS pada hari ini. Iklan


Tuan Guru yang dihormati.

Saya anak muda yang berada dalam PAS untuk memperjuangkan Islam. Dari sekolah menengah saya mengenali PAS. Saya kenal bukan melalui usrah. Saya kenal bukan melalui pimpinan PAS. Tapi, saya kenal PAS ketika saya bergembira menaiki lori menggantung bendera PAS di tiang-tiang lampu dan pokok-pokok.

Uncang-uncang duit

Saya meminati PAS selepas saya diminta membawa uncang-uncang duit untuk memungut derma ketika ceramah PAS berdekatan dengan sekolah saya.

Maahad saya uzur. Pelajar-pelajarnya pada waktu itu tidaklah sebijak rakan-rakan lain yang berada di SMKA, Sekolah Agama Kerajaan Negeri mahupun di Kolej Islam. Tapi, apabila saya kenang sekolah itu, saya yakin di tanah itulah Allah memberkati orang-orang yang menuntut ilmu kerana-Nya.

Di situlah Almarhum Abu Bakar Al-Baqir berpangkalan untuk memperjuangkan Islam. Sehinggalah saya berazam mengiltizamkan diri dengan perjuangan yang suci ini ketika saya di bangku universiti. Hari ini pun saya masih lagi belajar memahami dan bekerja untuk memaknakan perjuangan Islam ini.

Ketika Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang dikarang oleh Riduan Md Nor. Buku mengenai kisah hidup Tuan Guru. Saya ralit membaca buku itu kerana saya berasa tenang dengan peribadi dan ketokohan Tuan Guru seperti yang digambarkan.

Saya turut mengikuti Ucapan Dasar Presiden selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-55 malah saya baca berulang-ulang kali untuk menjiwai intipati ucapan itu. Apa yang saya dapat rumuskan ialah hanya Islam yang akan menyelesaikan masalah manusia terutamanya di Malaysia ini. Tidak ada walau satu masalah pun yang tidak boleh ditangani oleh Islam sebagai agama Allah.

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini. Saya yakin!

Ungkapan Tuan Guru

Sebelum muktamar hati saya sedih melihat pimpinan PAS. Saya tidak mahu ceritakan mengapa saya sedih sebab saya tidak tahu siapa yang paling benar pada percakapannya. Tetapi, semuanya ini berlaku kerana ungkapan Tuan Guru mengenai Kerajaan Perpaduan. Sebahagian pimpinan mengatakan Tuan Guru tidak cerdik politik. Sebilangan yang lain menegaskan Tuan Guru berjiwa besar bak Sang Negarawan.

Hanya Allah Maha Mengetahui hati-hati mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah ini. Media pula menggembar-gemburkan pelbagai isu yang keluar dari setiap bibir pimpinan PAS. Bukan sekadar media perdana, bahkan media alternatif. Sehinggakan yang tulen menjadi kabur, terang berubah gelap.

Tuan Guru yang disegani.

Saya yakin ramai lagi ahli seperti saya gundah melihat perkembangan ini. Tambahan, apabila pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sering bercanggah dengan Tuan Guru. Bahkan, media melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebut boneka Umno dalam PAS yang ingin menjual parti Islam ini kepada Parti Nasionalis.

Sedih. Saya benar-benar sedih. Benarkah ada orang-orang ini dalam parti yang mulia ini? Saya percaya Tuan Guru sudah menerangkan berkali-kali mengenai Kerajaan Perpaduan.

Pintu rundingan

Hari ini, saya membaca tulisan Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif, Pengarah Penyelidikan PAS mengenai idea politik tersebut. Segar hati saya. Apa yang saya faham adalah Kerajaan Perpaduan bukan tahalluf siyasi antara PAS dan Umno. Tetapi, PAS membuka pintu rundingan dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan krisis politik, ekonomi dan kebejatan rakyat yang melanda negara.

PAS mahu mengajak Umno, KeADILan, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk membentuk sebuah kerajaan asalkan meletakkan al-Quran dan As-Sunnah sebagai tunjang. Mesti Islam sebagai asas pembentukan.

Tuan Guru yang dikasihi.

Saya merayu pada Tuan Guru, bertemu matalah dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Saya tahu Tuan Guru seorang yang setia. Malah, apa yang saya dengar, Tuan Guru akan berpeluk dan mencium dahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila bertemu. Bermuqabalah dan bermuzakarahlah dengan beliau.

Saya sendiri melahirkan rasa terkilan apabila kenyataan beliau terlalu keras seperti pemimpin yang tidak pernah maklum mengenai Kerajaan Perpaduan. Hanya Tuan Guru yang boleh menasihatinya. Leraikanlah kekusutan beliau.

Bertemu Husam Musa

Saya mohon sebagai pemimpin yang besar jiwanya, bertemulah dengan Dato' Husam Musa. Bincanglah dengan dia mengenai perkara ini dan dapatkanlah kata sepakat. Walaupun beliau adalah AJK PAS Pusat, sebagai pemimpin yang dihormati, Tuan Guru akan terus bersemuka untuk menyelesaikan polemik bersama. Itu adalah cara yang terbaik untuk seorang AJK menghargai dan memahami siapa sebenar dirinya.

Saya juga berharap kepada Tuan Guru untuk memanggil semua komponen parti Pakatan Rakyat.

Beritahulah kepada mereka bahawa Kerajaan Perpaduan ini bukan perkongsian kuasa antara PAS dan Umno. Saya benar-benar memahami bahawa PAS tidak akan mengkhianati persahabatan ini meskipun mereka seringkali membuat PAS sedih. Tuan Guru kena buktikan bahawa betapa mulianya sifat pemaaf dan ibrah di sebalik Sahifah Madinah. Saya yakin Tuan Guru seorang perunding politik yang hebat.

Tuan Guru berilah nasihat yang lembut kepada pemimpin Umno, MCA dan MIC bahawa Kerajaan Perpaduan bukan antara PAS dan Umno sahaja. PAS akan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan negara walaupun dengan parti politik yang kecil. Inilah jiwa Tuan Guru yang besar tetapi seringkali disalahertikan dengan propaganda musuh.

Tuan Guru yang dimuliakan Allah.

Sentiasa bermunajat

Seringkali saya berfikir bahawa Tuan Guru sentiasa bermunajat kepada Allah untuk memandu diri dalam setiap saat. Saya kagum dengan kenyataan Tuan Guru ketika meletakkan Abdul Wahid Endut sebagai calon di Kuala Terengganu meskipun ramai berpendapat pemimpin-pemimpin yang lain adalah lebih layak.

Kenyataan Tuan Guru melegakan hati apabila Tuan Guru menyebut bahawa ini adalah ilham daripada Allah. Saya juga berpendapat begitu. Walaupun idea Kerajaan Perpaduan ini dicemuh, diremeh malah dipertikai oleh sebahagian yang lain, Tuan Guru teruskan niat yang mulia ini.

Hati kecil saya sentiasa beringat bahawa Tuan Guru mendapat petunjuk dan ilham daripada Allah. Sudah pasti petunjuk Allah itu benar walaupun ujiannya berat dan pedih. Tuan Guru, idea revolusi itu selalunya lewat untuk dicernakan.

Mungkin Tuan Guru akan meninggalkan idea ini dalam legasi politik PAS dan Malaysia. Tidak mustahil ia akan diungkap kembali daripada generasi kepimpinan PAS yang lain dan pada waktu itulah gagasan politik ini akan menjadi satu realiti yang sangat mahal harganya. Inilah hikmatullah yang mulia. Hanya optimis dan positif melatari perjuangan Islam ini.

Tuan Guru yang dikagumi.

Saya hanya aktivis PAS yang menghiasi persada perjuangan ini. Tuan Guru adalah inspirasinya. Saya memohon maaf andai kata surat terbuka ini tidak memberikan apa-apa makna buat semua. Tapi inilah rayuan saya.

Inilah luahan saya setelah beberapa kali menangis di hadapan Allah. Tidak ada apa-apa yang saya ingin lafazkan lagi melainkan saya mencintai Tuan Guru kerana Allah Taala.

Saya berbai'ah dengan Allah dan Rasul serta Tuan Guru bahawa saya mewakafkan diri kepada perjuangan Islam yang mulia ini. Doakanlah saya agar tsabat dan istiqamah hingga syahid bertemu Rabbul 'Izzati.

Maafkan saya Tuan Guru. Maafkan saya. Moga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Sang Murabbi yang saya cintai. Ya Allah, bantulah kami.

sumber, Harakahdaily

SURAT 2

Surat Terbuka Kepada Presiden PAS

(Surat terbuka ini saya terima daripada seseorang untuk tatapan umum)

Assalamualaikum Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Saya amat mengkagumi kepimpinan Dato Seri dalam saf barisan Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang sama-sama dipersetujui oleh ketiga-tiga komponen parti iaitu PKR, PAS dan DAP. Setiap perkembangan perjalanan politik ketiga-tiga parti komponen yang menganggotai Pakatan Rakyat diikuti dengan penuh minat untuk menentukan cita-cita rakyat sebagaimana yang telah diterjemahkan dalam pilihanraya kedua-belas tercapai. Gandingan parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat cukup mantap dan memberi keyakinan kepada kami rakyat dari segenap kelas dalam Malaysia ini, serta menaruh harapan yang tinggi, bahawa inilah bakal Kerajaan Malaysia yang diharapkan untuk menjadi pembela tempat bergantung harap keseluruhan rakyat Malaysia.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) pimpinan Dato Seri dilihat menjadi tonggak utama dalam Pakatan Rakyat untuk melengkapkannya sebagai sebuah pasukan yang digeruni pihak lawan mahupun kawan. Peranan Dato Seri dalam Pakatan Rakyat sebagai faktor pengimbang dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar meyakinkan lagi kepercayaan rakyat betapa bersungguh-sungguhnya usaha murni ini. Usaha murni yang dirintis oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di awal gerakan Reformasi pada tahun 1998 telah menampakkan kejayaannya pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Tetapi malangnya sejak akhir-akhir ini, Dato Seri telah memilih untuk mengadakan perhubungan dengan UMNO, yang selama ini Dato Seri sendiri selalu mencanangkan sebagai parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Apakah faktor yang membuatkan Dato Seri memilih untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO dan membelakangkan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Apakah Dato Seri merasakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat selama ini tidak membuahkan sebarang hasil kepada perjuangan PAS, malah pada pandangan Dato Seri ianya memberikan musibah pula kepada PAS dan ahli-ahlinya. Kalau sekiranya Dato Seri mempunyai firasat yang perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat hanyalah sia-sia, apakah pandangan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS telah diambil kira semasa Dato Seri memulakan langkah membuat perhubungan dengan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan, sepertimana yang selalu Dato Seri war-warkan.

Saya kira Dato Seri perlu lebih berhati-hati dalam mengadakan perhubungan dengan UMNO yang mempunyai seribu satu muslihat jahat yang tersembunyi. Ingatlah pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa mengingatkan kita bahawa UMNO adalah parti politik yang mempunyai sejarah hitam dalam perjuangan PAS. Akhir sekali dengan rasa rendah diri saya bagi mewakili sebahagian besar pengundi pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu inghinkan perubahan dan mengharapkan amanah yang kami berikan kepada Dato Seri dan rakan-rakan dalam PAS dalam pilihanraya tersebut tidak disalahgunakan.

sumber, Matradin.blogspot.com

[[ p/s: ayuh para bloggers, pengandali laman web, friendster, Face Book, dan lain2, kita sebarkan surat terbuka terhadap datuk seri presiden tanda kita prihatin dan sayangkan jemaah dan kepimpinan kita selama ini! kita tunjukkan kesatuan kita dlm menyokong mengukuhkan agenda perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat....satu blog, satu surat terbuka...jika ada ayat sendiri, itu lebih baik, jika tidak copy n paste surat terbuka ini sudah memadai...semoga Allah merhmati kita...wallahua'lam..]] baca lagi [click here]...

Friday, June 19, 2009

Lim Kit Siang 'bantu' PAS, 'pekena' Najib??

Lim: Sudahkah Najib dapat persetujuan komponen BN?
Jun 19, 09 4:39pm

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bertanya sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mendapat persetujuan parti-parti komponen BN, terutama presiden MCA, Gerakan dan MIC untuk mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS.

Atau pun, kata ahli parlimen Ipoh Timur itu, memang tidak ada keperluan untuk berunding dengan MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN kerana mereka boleh diabaikan dalam sebarang tindakan oleh BN.

Namun begitu, kata Lim, rakyat Malaysia yang bijak, akan bertanya bagaimanakah sokongan Umno terhadap perbincangan mengenai kerajaan perpaduan Umno-PAS, selaras dengan dakwaan Najib menjadi filosofi konsep '1Malaysia' yang diilhamkannya.

"Sudah tentu, Najib tidak boleh mengharapkan rakyat Malaysia menerima secara serius cakapnya mengenai '1Malaysia' apabila hasil pertamanya Najib sebagai perdana menteri ialah perbincangan kerajaan perpaduan Umno-PAS," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin hari ini yang mahukan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin parti itu melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin juga dilaporkan berkata Umno akan bersikap terbuka dan sedia menerima apa saja syarat yang ditetapkan oleh PAS.

'Muhyiddin ubah pendirian'

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS berkata, sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tersebut hendaklah melibatkan sama parti komponen Pakatan Rakyat - PKR dan DAP.

Bagaimanapun, kata Muhyiddin, pada peringkat permulaan biarlah perbincangan itu diwujudkan antara PAS dan Umno sahaja sebelum perkara tersebut dibincangkan secara menyeluruh dengan parti komponen BN dan Pakatan.

Mengulas lanjut, Lim mendakwa kenyataan Muhyiddin telah mengubah pendiriannya yang sebelum ini didakwanya amat kritikal dan ragu terhadap cadangan kerajaan perpaduan PAS-Umno.

Pada 9 Jun lalu, katanya Muhyiddin meminta PAS menjelaskan apakah yang dimaksudkannya dengan sebuah kerajaan perpaduan dan pada 13 Jun pula, timbalan presiden Umno itu mempersoalkan pula kesungguhan PAS terhadap cadangan tersebut.

Lim mendakwa, Muhyiddin telah dilaporkan sebagai berkata, sehingga saat itu, tiada apa-apa yang konkrit dan meramalkan ia tidak akan menjadi satu kenyataan kerana wujud perbezaan pandangan mengenainya dalam PAS sendiri.

Dan kini, kata Lim lagi, Muhyiddin sudah berubah menjadi juara pula bagi perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS danUmno, dan telah melupakan keraguannya terhadap usaha itu sebelum ini.

Malah hari ini, tembahnya, Muhyiddin dilaporkan berkata, pihaknya berharap pertemuan tersebut dapat berlangsung dalam "beberapa hari akan datang, bila-bila masa, tiada masalah".

sumber, Malaysiakini

[[ Penulis tertarik dgn kenyataan balas Lim Kit Siang (LKS) hari ini berkaitan kenyataan Najib dan Muhyidin tentang projek 'kerajaan perpaduan' yg dikatakan antara Umno dan PAS..

Dicelah-celah perdebatan antara PAS khususnya kumpulan2 yg membantah idea 'kerajaan perpaduan' dgn pihak umno, LKS muncul dgn nada seolah2 memback up PAS, dan dalam masa yg sama memerangkap dan menjerat Umno...

PKR, DAP faham PAS...

Penulis merasakan wujud satu kefahaman dan toleransi yg tidak disengajakan yg wujud kesan daripada keutuhan dan muafakat kerjasama Pakatan Rakyat..sebagaimana sebelum ini, dalam artikel,
"Konflik UG/PAS: Terima kasih Anwar", penulis telah menyatakan penghargaan terima kasih kepada Anwar Ibrahim diatas kenyataan beliau yg dilihat terus menyokong dan menjernihkan hubungan dikalangan barisan kepimpinan PAS...

Mereka (Anwar dan LKS) dilihat tidak langsung 'berasa hati', atau 'makan hati' dgn cadangan 'kerajaan perpaduan' yg dilihat seolah2 PAS mahu meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai umno...malah mereka dilihat tenang dan faham seterusnya tidak meninggalkan PAS keseorangan menghadapi sesuatu masalah seorang diri..( cuma penulis agak hairan bagaimana rakan2 PR boleh faham isu UG ini dgn sebaiknya, tetapi tidak kumpulan2 tertentu di dalam PAS..tidak mengapalah, penulis tidak berhajat untuk berbicara berkaitan ini)..

Seperti mana yg pernah penulis katakan..Umno dilihat cuba mahu menghidup dan mengapi2kan isu 'kerajaan perpaduan' ini yg langsung tidak pernah terfikir dibenak fikiran mereka...ianya dilihat satu peluang yg berharga buat Umno..dikala parti sedang nazak menunggu ajal, isu ini dilihat suatu magic yg mampu menyelamatkan bahtera umno dari karam ditengah lautan..tindakan dan kenyataan2 mereka juga jelas dilihat cuba untuk memusnahkan ikatan perpaduan diantara PAS dan Pakatan rakyat...

Ikhlaskah mereka?

Oleh kerana itu, media saban hari dilihat cuba memanaskan isu ini dengan kenyataan2 dari pimpinan2 umno yg kononnya mahu bekerjasama dgn PAS membentuk 'kerajaan perpaduan'...tetapi, langsung tidak dinyatakan mahu bekerjasama dgn parti Keadilan mahupun Pakatan Rakyat seluruhnya..tidak juga dinyatakan, apakah kerjasama yg mereka kehendaki, apakah mereka mahu PAS diberi peluang mentadbir negara mengikut acuannya? sudah pastinya tidak..

Apakah mereka mahu megembalikan hak kerajaan Kelantan berbilion2 yg dinafikan seblum ini? apakah mereka sanggup membubarkan DUN Perak demi kesediaan berpadu dgn PAS? apakah mereka bersedia mengubah halatuju dan dasar perjuangannya? apakah mereka telah bersedia membuang semua pemimpin2 yg jelas korup dan rasuahnya? jawapannya tidak, umno tidak bersedia untuk semua itu..buktinya, langsung tidak dinyatakan kesedian mereka untuk berubah kearah itu..

Kerana itulah, kenyataan mereka yg kononnya mahukan kerjasama/perpaduan antara PAS dan Umno, hanya berlegar disekeliling kalimah 'kerajaan perpaduan' shj, langsung tidak diperiincikan apakah bentuk dan harapan kerajaan perpaduan yg mereka mahukan..."umno sedia kerjasama dgn PAS".."umno harap kerajaan perpaduan menjadi kenyataan"..."umno sentiasa terbuka untuk rundingan kerajaan perpaduan" dan sebagainya...jelas disini, mereka hanya 'bermain' dan berlegar disekeliling perkataan 'kerajaan perpaduan PAS-Umno" sahaja..tidak langsung dinyatakan secara terang dan detail ttg apakah 'kerajaan perpaduan' yg dimaksudkannya..

Kata Tun Dr M.
hari ini,

"Dalam Umno pun kita tidak tahu pandangan ahli-ahli parti, kita tak tahu pendirian mereka... sebab itu kita perlu jelaskan apakah asas kita (bincang kerajaan perpaduan)?"
Jelas, seperti kata Tun M. hari ini Umno masih keliru, masih tidak jelaskan apakah asas mereka menyokong idea 'kerajaan perpaduan..tiada asas, tiada sebab..melainkan mereka hanya mahu menggunakan isu ini untuk kepentingan tertentu...

Terima kasih..

Kerana itu penulis merasakan kenyataan balas LKS hari ini sebenarnya sedikit sebanyak telah membantu PAS..kenyatan LKS menjelaskan lagi ketidak-ikhlasan pemimpin umno dlm isu UG ini..mereka rupanya hanya bermain kata..jika sebelum ini PKR, hari ini DAP dgn jelas menunjuk isyarat kepada umno, bahawa, matlamat umno untuk melihat PAS berpecah dgn pakatan PKR dan DAP adalah sia-sia dan membuang masa...hakikatnya, PKR mahupun DAP tidak melenting dan terlompat dgn kenyataan2 pimpinan Umno yg dilihat sbg cubaan untuk menjarakkan hubungan PAS dgn rakan PR..

Akhir kalam, terima kasih buat teman2 dari PR kerana memahami dan terus menyokong PAS..

wallahua'lam...]]
 
baca lagi [click here]...

Thursday, June 18, 2009

'Mesyuarat ukhuwah' - Alhamdulillah..inilah yang sebaiknya..

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

sumber, Malaysiakini

[[ Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..

Teguran si ayah kpd si anak...

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..

Nasihat buat teman...

Jadi, kepada sahabat2 dan rakan2, baik dikalangan blogger, pengendali laman web mahupun pelayar biasa, bertenang dan bersabarlah..kita serahkan kepada kepimpinan atasan untuk menyelesaikan kes dan isu ini..janganlah kita menjadi batu api melaga2kan kumpulan2 tertentu di dalam jemaah, jangan terikut emosi dan nafsu ammarah kita..waktu dan ketika inilah kita mudah mengecam dan meneka, siapakah yg sebenarnya berpura2 menyamar penyokong2 PAS, mengambil kesempatan merosakkan ukhwah sesama kita,  siapakah yg cuba menjadi batu api menghasut dan melaga2kan sesama kita..

Ingat! kita bukan seperti parti 'mereka', jauh sekali mahu menjejaki dan menuruti cara2 mereka...jika ayahanda 'mereka' (Tun M) , langsung tidak mahu berpaling muka mengadap anaknya (Pak Lah), 'ayahanda' kita (TGNA) tetap berusaha bertentang mata merapatkah ukhawah sesama mereka...jadi, kita contohi kepimpinan kita..jika pemimpin kita memilih jalan untuk berdamai, maka kita turutinya...insyaallah, disana ada hikmahnya..

Kerapkan jadual perbincangan...

Akhir kalam, penulis mendoakan agar natijah dari siri perbincangan ini nnti, akan membuahkan hasil yg baik lagi berkah kpd PAS dan Islam itu sendiri..keraplah mengadakan siri pertemuan dan perbincangan sesama kita..jangan asyik memikirkan perbincangan dan rundingan dgn orang atau parti lain, tetapi lupa untuk berbincang dan berunding sesama jemaah sendiri...

Pada saf kepimpinan, kami ahli, penyokong dan pendokong bawahan sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..semoga Allah merahmati kita dan perjuangan kita...Allahuakbar !

Wallahua'lam...]]
baca lagi [click here]...

Konflik UG/PAS: Terima kasih Anwar..

Kerajaan perpaduan: Anwar yakin 'konflik' Nik Aziz-Hadi dapat diselesaikan

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz adalah pandangan peribadi.

Namun Anwar percaya pimpinan PAS akan berusaha untuk menyelesaikan isu.

"Itu pandangan beliau (Nik Aziz). Selalunya dalam sistem berpolitik sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat, kita mengambil kira pandangan.

"Teguran beliau tentulah akibat daripada perasaan beberapa rakan PAS akar umbi.

"Saya ingat, beliau ada konteks berbangkit sebelum ini tapi saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dapat meleraikan isu ini dengan bijak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nik Aziz hari ini meminta Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Semalam, Nasharudin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan Nik Aziz itu bukan bermakna wujud pergolakan dalam PAS.

Katanya, tidak wujud kekeliruan berhubung isu kerajaan perpaduan kerana PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu melalui ucapan Presiden parti pada muktamar baru-baru ini.

"Pertama, PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan kedua, kemungkinan perbincangan diadakan dengan syarat Umno menjamin pilihan raya yang bebas, menghentikan tindakan zalim dan memastikan badan kehakiman bebas.

"Jadi perkara ini tidak sangat membimbangkan dari segi tafsiran kami, tak tahulah dari segi tafsiran orang lain," katanya.

Anwar berkata, Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Isnin ini akan memberi penjelasan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan.

sumber, mStar Online

[[ Terima kasih Anwar..itulah yg mampu penulis lafazkan setelah meneliti kenyataan Anwar hari ini bekaitan konflik dalaman PAS...ternyata Anwar seorang rakan pakatan yg mengambil berat mengenai sahabatnya dlm PAS...

Selain tidak 'berasa hati' dgn cetusan idea kerajaan perpaduan yg seolah2 mahu meminggirkan Pakatan Rakyat, beliau tetap memahami dan menyambutnya dgn hati terbuka dan tenang...

Terima kasih Anwar...]]
baca lagi [click here]...

Terlalu awal suruh letak jawatan - Azizan Abdul Razak

Terlalu awal suruh letak jawatan

ALOR SETAR 17 Jun - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, masih terlalu awal untuk meminta Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pas dan juga Ahli Parlimen Bachok hanya disebabkan isu kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, ia juga bertujuan memberi keadilan kepada Nasharudin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencetuskan idea tersebut kerana kerajaan perpaduan belum lagi dilaksanakan.

"Kita perlu adil kerana bukan kuasa Nasharudin atau Hadi menentukan pembentukan kerajaan perpaduan, sebaliknya terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan.

"Terlalu awal untuk suruh letak jawatan, saya dengar apa dikatakan (Nasharudin) apabila orang pandang baik kepada kita (Pas) baguslah, apakah Nasharudin dah buat kerajaan perpaduan?'' katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menyatakan demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Nik Aziz selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, jika benar Nasharudin setuju dengan kerajaan perpaduan, adalah lebih baik dia masuk UMNO dan meletakkan jawatan Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok.

seterusnya, baca disini, Utusan Malaysia

[[ Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Penulis setuju dgn kenyataan Ust Azizan bahawa terlalu awal untuk meminta Nasyaruddin meletak jawatan..

Seperti yg telah berbuih penulis katakan sebelum ini, sepatutnya isu ini diselesaikan melalui meja rundingan..kaedah bertemu mata, face 2 face, musyawarah adlah kaedah yg terbaik dlm menangani isu2 yg berbangkit..inilah jalan hikmah yg tepat lg bijakasana dlm usaha menjernihkan kembali keadaan...

Segalanya sudah terlewat..

Pun begitu,  segalanya sudah terlewat...TGNA terlebih dahulu meminta Nasyarudin meletakkan jawatannya andai mahu terus dgn agenda 'kerajaan perpaduan'nya...walaupun belum tentu atau sudah tentu ianya (bergabung dgn umno/BN) tidak akan terjadi, maruah Nasyarudin dan PAS itu sendiri sudah pun tercemar dan merudum dgn teruk sekali..

Apa agaknya reaksi orang kampung (dikalangan ahli dan penyokong PAS ) hari ini, apabila menatapi akhbar2 muka hadapannya memaparkan berita, Mursyidul Am PAS meminta Timb Presiden PAS supaya meletak jawtan?..sudah pastilah dikalangan mereka ada yg terkejut, ada yg kecewa, ada yg sedih..PAS hari ini dilihat sudah parah..keretakan yg berlaku di dalamnya sudah tidak dpt dirahsiakan lagi..

Reaksi ahli dan penyokong bawahan..

Ketaatan dan wala' mereka kpd setiap organisasi pemimpin selama ini, dimusnahkan dgn berita hari ini, ternyata mereka terbelahbahagi, siapakah yg betul, siapakah yg salah, siapa yg patut disokong, siapa yg patut dipersalah..jika sebelum ini, berita2 hanya memaparkan perpezaan pendapat dan pandagan dikalangan pemimpin2 dlm isu kerajaan perpaduan ini, tetapi berita hari ini menyaksikan bukan shj perbezaan pendapat, tetapi desakan keluar parti, letak jawatan sudah berani bermain dibibir pemimpin2 kita...

Seperti penulis, pasti wujud dikalangan mereka yg arif dan faham berkaitan hukum dan adat berjamaah..menghormati setiap pemimpin adalh satu kewajiban..ingkar atau berkelakuan tidak sopan kpd mereka adalah suatu yg dilarang selagi mana mereka (pemimpin) patuh mentaati perintah agama serta tidak menyuruh kpd mungkar, apatah lagi jika pemimpin itu bertaraf ulama'...

Hormatilah pemimpin dan ulama'

Jika dahulu kita sering mengajar musuh2 kita suapaya berakhlak dgn ulama', jgn persenda ulama', jgn mengeluarkan kata2 keji kpd ulama', hanya dikalangan ulama' yg boleh 'menghentam' sesama mereka, tetapi hari ini mungkin ianya sudah berbeza..terdapat dikalangan kita begitu langatang mengherdik, memaki hamun, menyumpah seranah ulama' dek kerana tidak bersetuju dgn sesuatu idea yg dtg daripadanya..tiada salahnya jika mengkritik atau menegur dgn cara yg baik dan berhikmah, tetapi apabila disusuli dgn cacian dan makian, maka itu sesuatu yg diluar batasan..apa kurangnya kita dgn musuh2 kita dahulu?...

Jauh disudut hati penulis, penulis hormat dan sayangkan semua pemimpin2 parti, baik mereka yg dikatakan penyokong 'kerajaan perpaduan', mahupun dari mereka yg menentang 'kerajaan perpaduan', kerana penulis tahu semua mereka mempunyai jasa dan peranan di dalam PAS selama ini, selain cintakan kpd agama-Nya...seperti kata Ustaz Azizan, kita sepatutnya bagi peluang dan mendengar sendiri dahulu penjelasan mereka ttg kerajaan perpaduan yg cuba dicanangkan itu..mereka tetap tiada kuasa untuk menentukan 'kerajaan perpaduan' kerana kuasa tetap diatangan ahli dan penyokong bawahan..

Beri peluang penjelasan...

Mungkin itu (cadangan kerajaan perpaduan) yg diperkatakan itu adalah bukan seperti yg kita maksudkan..mungkin niat mereka lain, mahu menarik sokongan dari penyokong 2 umno apabila PAS mengeluarkan kenyaataan sebegitu, bukanlah niat sebenar mahu bergabung atau 'berpadu' dgn umno/BN..niat orang kita tak tahu..tapi, bila dah jadi macam ni, sudah pastilah mereka akan kecewa dan sedih, tidak diberi peluang yg sewajarnya untuk menjelaskan dan sebagainya..

Sbb 2 penulis acapkali meminta pemimpin atasan cukuplah, belajar dari kesilapan, apakah terlalu sukar untuk mengadakan siri2 perbincangan, musyawarah untuk menyelesaikan masalah? dimanakah bijakpandai dalam PAS, mereka2 yg berautoriti, majlis syura dan sebagainya? mengapa tidak terdetik cadangan atau usaha untuk menyatukan para pemimpin ini di dalam satu majlis perbincangan? apakah terlalu sukar untuk menjadi peratara atau orang tgh untuk menyelesaikan kemelut ini?

Terus mengharap..

Rasanya sudah banyak komentar penulis berkaitan isu ini, semuanya tetap menyimpan hasrat mahu melihat kepimpinan menyelesaikan apa2 shj isu2 yg berbangkit melalui meja rundingan, perbincngan dan mesyuarat..usahlah terlalu diikutkan perasaaan, janganlah terlalu emosi dlm bertindak, janganlah menjadikan media sebagai tempat melepaskan geram, dan sebagainya...teguran ini adalah secara terbuka, untuk kedua2 'pihak'..baik yg menyokong mahupun membantah agenda 'kerajaan perpaduan' ini..

Untuk yg terakhirnya, penulis mengharapkan suatu natijah dan hikmah yg baik atas perinstiwa2 yg tidk dijangka ini, baik kpd Islam, baik kpd gerakan PAS..semoga ini adalah penunjuk jalan untuk melihat Islam kembali berdaulat dimuka bumi Malaysia ini..seperti yg pernah penulis nyatakan sebelum ini, penulis mengharapkan, agar sempat merasai kenikmatan berada dibawah pemerintahan kerajaan islam yg sebenarnya di Malaysia ini..pemimpin2nya taat beragama, segala hukum tuhan dijalankan, dan masyarakat majmuk dpt hidup dgn aman dan tenteram dibawah pemerintahan Islam ini..

wallahua'lam.. ]]
baca lagi [click here]...

Wednesday, June 17, 2009

UG: Krisis dalaman - Apakah masih ada jalan lain?

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
Jun 17, 09 1:29pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

seterusnya disini, Malaysiakini

[[ Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Melihat kepada perkembangan semasa, dimana krisis pertembungan idea atas isu UG ini sudah sampai ke tahap klimak, apabila TGNA meminta Nasyaruddin melepaskan jawatan yg disangdangnya, penulis dgn ini mengishtiharkan perang 'terbuka' kdp segala yg berkaitan kearah agenda UG ini..cukuplah dari terus menyanyikan lagu 'kerajaan perpaduan' walau apa definisi sekalipun..berhentilah dr memperkatakn hal ini.

Cukuplah UG..

Biarpun sebelum ini penulis sedaya upaya menolak dan membantah segala usaha ke arah 'kerajaan perpaduan' secara tertutup dan 'bertapis'...tp nampaknya, dgn gesaan TGNA hari ini supaya Timb Presiden PAS meletak jawtaan, penulis memandang tiada jalan lain lagi untuk menghentikan isu ini melainkan menolak dan membantah apa jua seklipun idea/usaha/perbincangan berkaitan UG ini secara total!..

Diharap tiada lagi suara2 yg memperkatakan mengenai perihal ini, walaupun cubaan untuk menukar ganti takrif dan kefahaman mengenai UG..sama ada UG itu masuk umno, atau UG itu tidak masuk Umno, atau apa2 sekalipun takrif yg diberikan, penulis merasakan, cukuplah, seglanya sudah terlambat..perkataan 'UG' atau 'kerajaan perpaduan' kini dilihat satu malapetaka kepada parti..

Menolak jalan hikmah?

Sebelum ini, penulis cuba untuk menyarankan kepimpinan atasan bahwa cara dan kaedah bertemu mata, face 2 face, musyawarah untuk mnyelesaikan segala isu berbangkit adlaah lebih berhikmah dan bijaksana, tapi malang saranan itu tidak disambut...ternyata, imarah dan emosi yg terbit dr dalam diri benar2 melangkaui tahap kesedaran dan kewarasan seseorang itu..

Penulis memilih jalan yg aman dan selamat untuk kedua 'pihak' ini menyelesaikan isu yg wujud selain bagi menjaga imej dan maruah parti supaya tidak tercalar, juga bertujuan menenangkan keadaan penyokong dan ahli bawahan yg ternyata begitu 'panas' dan saling berantakan..masing2 cuba menyalahkan satu sama lain, tuduh menuduh, sehingga terbit kata2 nista dan keji bukan shj dikalangan mereka tetapi juga terhadap kepimpinan..

Harapan menggunung...

Untuk yg terakhirnya, penulis masih mengharapkan jika ada jalan dan kaedah lain untuk menyelesaikan kemelut dan krisisi dlaman parti ini selain meletak jawatan..penulis tetap memandang letak jawatan/keluar parti adalah jalan dan kaedah yg terakhir untuk menyelesaikan isu yg timbul..

Apakah dikalangan beratus2 kepimpinan yg dilantik pada muktamar parti yg lalu langsung tiada usaha dan idea ke arah perdamaian itu? apakah tiada golongan cerdikpandai di dalam PAS yg berautoriti yg mampu menjernihkan keadaan yg genting ini? apakah hanya setakat mampu menghabiskan masa mengarang artikel2 dan komentar di blog shj tanpa ada usaha secara praktikal?

wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin