Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Friday, July 31, 2009

PAS jamin demo anti-ISA aman

Perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan berlaku secara aman seperti dua demonstrasi besar menuntut pilihanraya bebas dua tahun lalu dan anti-PPSMI, Mac lalu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga menyeru ahli-ahli parti agar turun beramai-ramai kerana presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat juga membuat seruan yang sama.

Dijangkakan pemimpin atasan Pakatan Rakyat termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Abdul Hadi akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.

Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru.

sumber, Malaysiakini


baca lagi [click here]...

1 Ogos: Pewaris berundur dari Masjid Negara..



Pewaris batal himpunan di Masjid Negara
Jul 31, 09 11:28am

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) membatalkan tempat pertemuan penyokongnya di Masjid Negara tetapi mengekalkan dua lagi lokasi - di Padang Merbok dan di Pasar Seni.

Timbalan Pengerusi 11 Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat terakhir malam tadi.

'Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada alim ulama dan orang lama bagi menjaga kesucian masjid," katanya.

Rahimuddin berkata, pihaknya tidak mahu kesucian masjid tersebut tercemar jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

"Kita juga tidak mahu mengganggu jemaah yang mahu beribadat, katanya.

Ditanya sama ada ia bertujuan untuk mengelak pertembungan dengan kumpulan anti-ISA anjura Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) juga akan berkumpul di tempat yang sama, Rahimuddin berkata:

"Kita lebih memfokuskan kepada hendak menjaga keharmonian. Yang berkumpul di situ, sepatutnya budak-budak silat, boleh kalau nak bertembung, tetapi kesucian tempat ibadat itu lebih penting dipertahankan.

sumber, Malaysiakini
baca lagi [click here]...

1 Ogos: Sekatan jalan raya bermula..kenderaan ke ibu kota semakin bertambah..



versi Malaysiakini

Sekatan jalanraya menjelang perhimpunan ISA esok
Jul 31, 09 9:50am

Polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalulintas bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua kumpulan - pro-ISA dan anti-ISA - bertegas untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.



versi mStar Online

Demo ISA: Polis mulakan sekatan jalan-jalan utama di Lembah Klang

PETALING JAYA: Polis telah mula mengadakan sekatan lalu lintas di lokasi-lokasi utama di Lembah Klang sejak pagi bagi halang perhimpunan anjuran 2 kumpulan di Kuala Lumpur esok

Dua kumpulan yang masing-masing pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran).

Magaran merupakan kumpulan yang mahu ISA dikekalkan.

Esok Magaran merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.

Sementara itu, kumpulan anti-ISA - GMI turut akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah SOgo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Dari tiga lokasi berkenaan, penyokong GMI akan bergerak serentak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.

baca lagi [click here]...

ADUN PAS Permatang Pasir meninggal dunia..

Versi Malaysiakini

ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

versi, mSTar Online

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Hamdan Abd. Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan yang Hamdan meninggal dunia, dipercayai kira-kira 6.10 pagi.

"Anak Allahyarham memberitahu yang beliau meninggal dunia di IJN subuh tadi... anaknya kata bila dia bangun dari tidur, ayahnya sudah tiada (meninggal dunia)," katanya ketika dihubungi.

Hamdan dimasukkan ke IJN Isnin lalu.Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hamdan, 63, menjadi ADUN sejak 1999.

Jenazahnya sedang dibawa ke pejabatnya di Kg. Permatang Pasir, kata Mahfuz.

"Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kg. Permatang Pasir selepas sembahyang Asar (petang ini)," kata beliau lagi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah berkata, PAS sudah kehilangan seorang pemimpin yang sangat memahami perjuangan parti dan kehendak rakyat.

"Ia satu kehilangan besar buat PAS kerana beliau seorang pemimpin yang gigih dan komited kepada perjuangan parti.

"Malah beliau juga dekat dengan rakyat, sebab itu beliau boleh memenangi kerusi yang ditandingi (Permatang Pasir sejak 1999)," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-12, Mohd Hamdan berjaya menewaskan calon Umno daripada Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

[[ Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham..semoga Allah tempatkan arwah dikalangan mereka yang beriman..al-Fatihah.....

Ya Allah, ampunilah akan dia, kasihanilah dia dan anugerahkanlah kesejahteraan baginya. Muliakan tempatnya dan lapangkan tempat bersemadinya. Mandikan dia dengan air salji juga air dingin. Bersihkanlah dia daripada kesalahan-kesalahan seumpama Engkau bersihkan kain putih daripada kotoran.

“Gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik daripada rumahnya dan keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya dan masukkanlah akan dia ke dalam syurga, serta lindungilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.” ]]
baca lagi [click here]...

Thursday, July 30, 2009

Kenapa penulis wajibkan diri untuk hadir demo 1 Ogos ini??



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Terdapat banyak sebab mengapa penulis tidak bersetuju dan menolak sekeras-kerasanya akta zalim ciptaan manusia ISA, seterusnya bercadang untuk menyertai demontrasi aman membantah ISA 1 Ogos ini..

Tetapi, terus terang penulis katakan, antara sebab UTAMA penulis wajibkan diri untuk hadir pada 1 ogos ini membantah undang ISA adalah kerana tercabar dgn provokasi dari Pewaris dan pihak yang seangakatan dengannya..

Pada mulanya penulis 50-50 hendak hadir atau tidak himpunan mansuhkan ISA, tetapi setelah 'diasak' dan 'diugut' oleh Pewaris seolah2 mahu mencabar kumpulan penentang ISA, siapa yg lebih ramai, siapa yg lebih berani, siapa yg lebih kuat, maka penulis tanpa membuang masa bertekad akan turun bersama 100 000 umat manusia membantah akta zalim ISA Sabtu ini..

Jadi, pihak Pewaris silap besar jika mengandaikan dengan membuat kenyataan akan turut berdemo Sabtu ini, semangat penulis dan orang ramai akan merudum seterusnya membatalkan hajat untuk berdemo membantah ISA..hakikatnya, semangat orang ramai khususnya penulis sendiri begitu berkobar-kobar mahu turun bersama dengan ribuan yang lain pada tarikh keramat 1 Ogos ini...penulis yakin ramai yg seperti penulis, dimana faktor Pewaris sendiri menyebabkan jumlah peserta demo membantah ISA nanti akan berlipatkali ganda dari jangkaan...

Ini bukan main-main atau perang psikologi..insyaallah bersama-sama penulis, seangkatan anak muda akan turun Sabtu ini tanpa menghiraukan gertakan mahupun ugutan dari pihak Pewaris dan rakan-rakan mereka..kami turun dgn niat yg baik, mahukan perhimpunan bejalan dengan lancar dan aman, tetapi jika keadaan mendesak kami bertindak sebaliknya, kami rela berdepan..

Pada pihak Pewaris dan seangkatan dengannya, kita jumpa disana!!


baca lagi [click here]...

Lagi kem pro ISA tarik diri..kini persatuan Seni Silat Lincah Malaysia..



Omardin nasihat anak murid patuh arahan polis

Mahaguru Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju menasihatkan semua anak muridnya supaya akur kepada arahan polis supaya tidak menyertai perhimpunan pro-ISA Sabtu ini.

Sebelum ini, persatuan tersebut telah menyatakan sokongannya untuk bersama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, ekoran tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan anti-ISA pada hari yang sama.

"Polis kata jangan, janganlah...," kata Omardin.



Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengarahkan Pewaris dan GMI supaya membatalkan perhimpunan tersebut kerana khuatir ia menimbul ketegangan dan mengganggu keselamatan awam.

Bagaimanapun, Pewaris berkata, pihaknya akan meneruskan perhimpunan tersebut sekiranya GMI masih meneruskan rancangannya itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Omardin berkata sekiranya ada di kalangan anak muridnya yang berbuat demikian, maka persatuan itu tidak akan bertanggungjawab di atas tindakan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menanggung sendiri akibatnya.

"Maklumlah anak murid saya terlalu ramai... polis halang, kena patuh, akur," katanya sambil meminta semua pihak supaya akur arahan polis itu.

"Saya selaku mahaguru merayu kepada anak murid saya supaya akur dengan keputusan pihak polis (melarang perhimpunan itu)," katanya.

Katanya, jika polis melarang perhimpunan itu diadakan, maka persatuannya akan akur dan tidak akan menyertainya.

sumber, Malaysiakini

[[ Sebelum ini, pemuda Umno melalui Ketuanya, Khairy Jamaludin mmengarahkan semua pemuda Umno tidak terlibat dengan perhimpunan menyokong ataupun membantah ISA..kali ini satu lagi kumpulan pro ISA menarik diri dari menyertai perhimpunan menyokong ISA tajaan Pewaris, iaitu persatuan Seni Silat Lincah Malaysia...

Kini tinggallah Pewaris dan beberapa kerat persatuan 'nyamuk' yg tidak dikenali..insyallah, perhimpunan akan berjalan dengan aman dan lancar tanpa penyertaan mereka...]]
baca lagi [click here]...

Maklumat sebelum dan ketika pehimpunan mansuh ISA yang perlu anda ketahui..



Himpunan Mansuh ISA, lebih ramai Unit Amal ditempatkan di Masjid Negara
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 30, 09 | 12:19:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain.

Timbalan Pengerusi 3 Unit Amal Pusat, Syaripuddin Mat Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas.

Beliau yang dikenali sebagai Abg Chem juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.

Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.

Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit.

sumber, harakhdaily

[[ Di bawah terdapat maklumat ringkas berkaitan tips sebelum dan ketika berlangsungnya perhimpunan anti ISA Sabtu ini oleh seorang sahabat maya penulis, Aduka Taruna...

Walaupun terdapat penggunaan bahasa yg agak kasar, TETAPI terdapat mesej penting yang penulis rasa perlu dihebakan kepada umum..semoga dapat memberi manfaat berguna kpd setiap peserta...wallahua'lam..]]


Tips sebelum dan ketika perhimpunan 1 Ogos
oleh: Aduka Taruna

Tips perjalanan dari utara.

* Lu jangan nak jadi bangang sewa bas. Dah la sewa bas ala2 rombongan Cik Kiah, semua lelaki dalam bas tu pakai kopiah plak tu. Kompom kena tahan dan diarahkan berpatah balik. Kalau medan perang dah mati katak kena bom satu bas.

Alternatifnya, belilah tiket bas awam secara beramai2. Kopiah simpan. Baju ISA pun jangan memandai2 pakai. Naik bas awam. Bersama orang awam yang lain. Jangan guna bas sewa khas.

* Kalau naik kete plak, plan sampai pagi Sabtu, pandu sampai Rawang jer. Parking kat Rawang. Kat stesen komuter Rawang ke, kat memana parking kete yang selamat dan betul di segi undang2. Pastu naik komuter.

Kalau nak bawak kete sampai KL, pastikan anda sampai Jumaat. Bermalam di KL. Kalau setakat sampai pagi Sabtu, jangan berangan la nak masuk KL. Orang dah selesai demo baru kete lu lepas masuk. Kompom polis akan jadikan KL sesak menggila ala2 masa plan 16 Sept dulu punya.

Tips perjalanan dari Timur.

* Pun sama gak. Jangan nak jadi bangang ala2 ahli dan ustaz2 PAS. Kemain seronok sewa bas sekolah ke, kilang ke. Himpun kat markas PAS, kat Pasti. Berkobar2. Baru sejam perjalanan, kena tahan dan diarah berpatah balik. Punyala bangang tahap tak terkata ulama jenis Melayu ni.

"Eh.. bang. Awal balik? Kata nak balik lepas 2 hari. Ni baru sejam dah balik?"

"Kena tahan kat polis....."

Alahai... ahli PAS. Tengok standard Presiden pun dah tahu. Alternatifnya sama cam kat atas. Guna bas awam. Mara Liner ke, SKS ke. Bersama2 orang awam gak.

* Kalau nak naik kete, pastikan anda tidak masuk KL melainkan tiba sehari awal. Gua cadangkan lu masuk dari Seremban. Kekerapan bas ke KL dari Seremban memang rapat. Sejam sekali untuk satu syarikat bas. Tu belum komuter lagi.

Jadi, lu boleh parking kete lu kat Terminal One ke, kat memana ke, dan guna pengangkutan awam. Kalau nak jugak ngengada masuk KL, pastikan sehari awal ataupun sebulan awal dari 1 Ogos.

Tips perjalanan dari Selatan.

Alternatif pun sama gak. Sama ada guna bas awam, atau guna bas anjuran UMNO. So, kalau lu nampak memana ulama sedang ghairah kumpul nama untuk rombongan ke KL, lu tempeleng jer serban dia.

* Kalau naik kete pun gua cadangkan lu guna Seremban as base lu orang untuk masuk KL. Bas banyak, komuter pun kerap. Kalau kaya boleh naik teksi. Share 4 orang ke apa ke.

Tips wanita dan kanak2.

* Sesapa bapak2 yang bawak family, siap pakej isteri2 dan anak2, gua cadangkan lu guna port Masjid Negara atau Masjid Jamek. Tandas ada, air ada, air-cond pun ada.
* Then, kalau lu jenis kering, lu bawakla sekali isteri dan anak lu berarak ke Istana Negara. Kalau gua plak, kompom tak kering. Gua tak sampai hati ma. Full Melayu beb, gen gua. Ngeee.
* Kalau sesapa yang jenis macam gua, lu suruh jer isteri dan anak2 kecil lu tunggu kat masjid tu. PAS kena letakkan An-Nisa' bertugas kat masjid.

Untuk itu PAS kena letakkan An-Nisa' kat 2 masjid nih. Tolong bantu kaum ibu dan kaum bayi. Ala2 staff nurse la. Unit Amal plak jangan semua dikerahkan ke medan demo. Mesti ada yang kena tinggal kat tapak2 nih.

Tips untuk lelaki.

* Pertama, kalau buleh, jangan la berlindung dalam masjid. Tak pasal2 Polis Israel Di Malaysia tu tembak gas. Dah huru-hara kaum ibu dan anak2. Lu turn la sasaran mereka ke kawasan terbuka. Kat jalan.
* Orang kata bawak garam untuk redakan pedih. Penjelasan saintifik gua tak tahu. Bawak garam jer tau. Ajinomoto tak payah.
* Air mineral wajib. Kalau lu ada mineral cap dacing lagi cantet. Kompom lu tak kena tembak.
* Tuala kecik beb.
* Topeng muka. H1N1 ma. Bawak lebih sket. Kalau lebih banyak pun cantet. Boleh niaga. Untuk pendemo, guna selapis jer.


baca lagi [click here]...

Buat solat hajat doakan Himpunan Mansuh berjaya - Ustaz Idris



KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru seluruh ahli PAS mengadakan Solat Hajat sempena Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos ini.

PAS katanya menyokong penuh Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur dan sehubungan dengan itu, sebagai persiapan terakhir seluruh ahli dan penyokong PAS diseru untuk mengadakan solat hajat di masjid surau dan markas parti pada hari ini (Khamis) dan hari Jumaat ini.

"Marilah kita sama-sama berdoa semoga Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini akan berjalan dengan lancar dan aman," ujar Ustaz Idris

Seluruh rakyat digesa turut hadir dengan pakaian 'Hitam Merah' sebagai lambang soladariti dan sokongan kepada mangsa-mangsa ISA, katanya

sumber, Harakhdaily


baca lagi [click here]...

GMI yakin 50,000 hadiri perhimpunan Sabtu ini !



Tinggal dua hari lagi sebelum perhimpunan besar anti-ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yakin mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50,000 penunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan mereka.

"Berdasarkan maklumbalas yang kita terima, sekurang-kurangnya 50,000 orang," kata ahli jawatankuasanya Norlaila Othman ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Norlaila yang juga isteri bekas tahanan ISA - Mat Sah Mohamad Satray - berkata, perhimpunan anti-ISA itu dijangka mendapat lonjakan sokongan ekoran kematian misteri Teoh Beng Hock baru-baru ini.

"Setakat ini kita dapat sambutan baik, antaranya melalui maklumbalas daripada ceramah-ceramah," kata Norlaila.

Sementara itu, Norlaila berkata, pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan kemungkinan pihak berkenaan mengambil tindakan awal bagi menggagalkan perhimpunan anti-ISA Sabtu ini.

"Kita berjaga-jaga sekarang. Kita tidak tolak kemungkinan itu," tambahnya.

Norlaila berkata, gabungan itu dijadual menghantar surat kepada pihak polis hari ini, bagi memaklumkan mengenai perhimpunan Sabtu ini.

Mengenai "Deklarasi Rakyat" menentang akta itu - yang akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong - beliau berkata, ia akan diedarkan kepada media pada pagi Sabtu ini.

Sabtu ini, kumpulan anti-ISA merancang bergerak mulai jam 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Isntana Negara.

Sementara pada masa yang sama, kumpulan pro-ISA pimpinan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) - berpakaian putih - akan berkumpul di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Di sana, mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.

sumber, Malaysiakini
baca lagi [click here]...

Penyokong Pakatan, MIC bertembung di ibu pejabat MIC



KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,500 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar bangunan ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat sini.

Penyokong-penyokong memegang kain rentang tertulis 'perhimpunan demi keadilan kepada pelabur-pelabur Maika Holdings' dan 'pulangkan hak kami'.

Perhimpunan tersebut diketuai Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Terdahulu, pada pukul 12 tengah hari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu tiba di bangunan itu dan bertemu dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan untuk menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan Maikan Holdings.

Kira-kira 50 anggota Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.

Selain penyokong PKR, kira-kira 300 penyokong MIC turut berhimpun melaung 'Pakatan penipu' dan memegang kain rentang tertulis 'Pakatan Rakyat aniaya penduduk Kampung Buah Pala, pulangkan tanah kami, Kampung Buah Pala'.

Pada ketika ini, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC sedang berlangsung dan dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu.

Anak Samy Vellu, Vell Paari hadir di pekarangan bangunan MIC ketika itu.

Isnin lalu, Vell Paari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings berkata, beliau sedia untuk bertemu dengan sesiapa hari ini untuk menerangkan keadaan sayap pelaburan MIC itu.

sumber, mStar Online


baca lagi [click here]...

Kenyataan Media : MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009



Kenyataan Media (29 Julai 2009)

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

sumber, dppwp


baca lagi [click here]...

26 Organisasi Mahasiswa sokong himpunan mansuhkan ISA 1 Ogos !



KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Sejumlah 26 organisasi Mahasiswa mengambil pendirian tegas menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos (Sabtu ini).

Berikut adalah kenyataan bersama organisasi terbabit:-

Kami, gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan, mengecam sekeras-kerasnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta undang-undang lain yang berisfat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi. Kami, sebagai gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang bertunjangkan keadilan, atas dasar tanggungjawab kami kepada negara dan masyarakat dalam memperjuangkan prinsip-prinsip keadilan menyokong sepenuhnya matlamat serta perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Kecaman keras kami terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) desakan-desakan serta sokongan kami terhadap matlamat dan perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di atas pertimbangan kami,berasaskan prinsip-prinsip keadilan yang menjadi tunjang kami serta tanggungjawab kami terhadap masyarakat dan negara berasaskan pertimbangan kami bahawa:

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan hak asasi manusia

Hak asasi manusia telah memberikan dan menjamin hak setiap individu atau kumpulan untuk bebas bersuara tanpa sebarang ancaman atau intimidasi atau tindakan-tindakan lain yang bermotifkan ugutan atau intimidasi daripada individu atau kumpulan-kumpulan lain.Hak asasi manusia juga menekankan pemberian dan jaminan terhadap hak untuk setiap individu atau kumpulan untuk dibicarakann atas kesalahan yang didakwa secara adil di institusi-institusi keadilan yang bebas dan berintegriti.

Hak asasi manusia turut memberikan dan menjamin hak untuk setiap individu untuk bebas daripada sebarang ancaman, ugutan, seksaaan atau mana-mana tindakan yang bermotifkan intimidasi atau ugutan atau ancaman daripada mana-mana individu atau kumpulan-kumpulan lain.

Namun begitu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokarsi bukan sahaja telah merampas hak-hak tersebut daripada individu-individu atau kumpulan-kumpulan- kumpulan tertentu malah turut melegitimasikan tindakan-tindakan tersebut.Justeru, atas prinsip-prinsip keadilan yang dijunjung oleh kami serta adalam menunaikan tanggungjawab kami terhadap masyarakat dan negara, maka, kami mengecam dan menentang sekeras-kerasnya Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) serta undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan memberikan dan menjamin serta melindungi hak asasi setiap warganegara Malaysia.Akta Keselamatan dalam Negeri sertaa undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokarsi bagaimanapun memberikan kuasa mutlak kepada individu-individu serta pihak-pihak berkepentingan sendidri untuk sewenang-wenangnya mencabul sebahagian atau semua hak-hak asasi individu-individu atau kumpulan-kumpulan lain.

Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokratik jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan, menjamin dan melindungi hak asasi setiap warganegaranya. Justeru, selaku gerakan yang bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan serta bertnaggungjawab terhadap masyarakat dan negara, maka, kami mengecam dan menentang sekeras-kerasnya Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights)

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat merupakan satu deklarasi yang menjadi asas kepada komuniti antarabangsa dan komuniti lokal bagi membentuk dan mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabnagsa dan tempatan telah memberikan,menjamin dan melindungi hak asasi setiap individu dan kumpulan.

Sebarang tindakan dalam segala bentuk yang menyekat dan merampas sebahagian atau keseluruhan hak asasi manusia merupakan suatu tindakan yang betentangan dengan asas komuniti natabangsa dan komuniti lokal dan merupakan suatu bentuk pencabulan dan penindasan yang serius dan ancaman yang am,at besar terhadap keamanan dan keselamatan komuniti global dan tempatan.

Akta keselamatan dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokratik melalui peruntukan-peruntuk an di bawahnya bersifat opresif sdan jelas bertentangan dengan deklarasi ini.Justeru, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat nati hak asasi manusia dan anti demokrasi.Undang tersebut jelas sekali merupakan suatu pencabulan dan penindasan yang serius sera bertentangan dengan matlamat komuniti antarabangsa dan tempatan bagi mewujudkan sebuah dunia yang maan dan selamat.

Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) merupakan suatu bentuk ancaman yang serius terhadap prinsip dan amalan demokrasi.

Prinsip dan amalan demokrasimenjadi suatu basisi yang penting dalam pembentukan dan pembangunan Malaysia.Prinsip dan amalan demokrasi bertunjangkan kepada prinsip hak asasi manusia yang diberikan,dijamin serta diamalkan oleh mana-mana individu atau kumpulan tanpa sebarang intimidasi atau kekangan daripada mana-mana individu atau kumpulan.

Bagaimanapun, Akta Keselamtan Dalam Negeri serta undang-undang lain yang bersifat nati hak asasi manusia dan anti demokratik memberikan legitimasi kepada sebahagian individu atau kumpulan untuk mengintimidasikan dan menghalang individu-individu atau kumpulan-kumpulan lain untuk mengamalkan hak asainya sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Umum Hak Asasi Manusia.

Justeru, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokartik merupakan suatu bentuk ancaman yang serius kepada prinsip-prinsip serta amalan-amalan demokrasi yang menjadi asas kepada pembentukan dan pembangunan Malaysia dan komuniti antarabangsa,

Justeru,kami, gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang berateraskan dan bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan menuntut:

Pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan demokrasi Perbicaraan terhadap individu-individu yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi di institusi-institusi keadilan dan perbicaraan tersebut hendaklah dijalankan dengan bebas,adil dan penuh integriti tanpa campur tangan atau tekanan daripada mana-mana individu atau kumpulan

Pembebasan tahanan-tahanan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) dan mana-mana tahanan undang-unfdang yang anti hak asasi manusia dan anti demokratik andainya tahannan-tahanan tersebut didapati ditahan tanpa sebab yang musabah atau diadapati tidak bersalah setelah dinilai dan dibicarakan oleh institusi keadilan yang bebas,adil dan berintegriti.

Kami turut menyeru individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang cintakan keadilan,masyarakat dan negara untuk bersama kami dalam Perhimpuan Mega Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 sebagai tada solidariti dan sokogan terhadap perjuangan ini.

Organisasi Mahasiswa yang menyokong:

1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

2. Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)

3. Gerakan Mahasiswa Islam UUM

4. Gerakan Mahasiswa Maju UPM

5. Gerakan Mahasiswa Maju USM

6. Gerakan Mahasiswa Maju UUM

7. Gerakan Mahasiswa Maju NEC

8. Inter Varsity Council (IVC)

9. Ikatan Studi Islam (ISI) UKM

10. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)

11. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

13. Majlis Pelajar Cina UTM

14. Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM

15. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM

16. NEC Social Concern Group

17. Persatuan Bahasa Cina UM

18. Persatuan Bahasa Cina UUM

19. persatuan Bahasa Tionghua UPM

20. Persatuan Bahasa Tionghua USM

21. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

22. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM

23. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UPM

24. Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Cawangan Kedah (GBBM)

25. Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM

26. UUM Community Service Group

Sebarang pertanyaan sila menghubungi Ong Jing Cheng pada 012-7583779.

Ong Jing Cheng
Setiausaha Pentadbiran
Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)
012-7583779
jingcheng85@yahoo.com

Ong Jing Cheng
Secretary of Administration
Malaysia Youth And Students Democratic Movement(DEMA)
012-7583779
jingcheng85@yahoo.com
http://demamalaysia.wordpress.com

sumber, Harakahdaily
baca lagi [click here]...

Maklumat dan panduan penting untuk semua peserta GMI ! (wajib baca)

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluar arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.


Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA. Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

sumber, dppwp


baca lagi [click here]...

Penjelasan Tok Guru berkaitan kenyatannya "Pergi jahanamlah Umno" ..



Hujah 'pergi jahanamlah Umno' wajar - Nik Aziz

KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.

sumber, Harakahdaily

[[ Penulis setuju benar dgn Tok Guru..ternyata tindakan Tok Guru adlah untuk mempertahankan diri setelah diburuk dan dipermainkan oleh pemimpin Umno dgn kerjasama medianya...

Lain yg diucap, lain pula yg dihebahkan di khalayak umum..kenyatan Tok Guru yg menjurus kpd kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat sejajar dgn semangat faderalisme, dimanipulasi dgn fahaman PAS mahu bekerjasama dgn Umno...jelas mereka tidak ikhlas dan mahu menggunakan isu ini demi kepentingan mereka..begitu juga ketika cadangan pemuda PAS mahu berwacana ilmiah (debat) bersama pemuda Umno, alih2 yang keluar dari mulut mereka (pemuda Umno), pemuda PAS mahu bekerjasama dgn Umno..tak pasal-pasal...

Maka eloklah ia 'diajar' supaya tidak lagi manipulasi kenyataan demi kepentingan mereka..sedikit2 boleh tahan lagi, jika sudah melampau, maka eloklah diberi 'peringatan' sebegini..Islam pun ada kaedahnya dlm menegur, ada yg secara lembut, ada ketika tegas dan 'keras'..

Akhbar mereka (Utusan Online) hari ini juga telah menyiarkan kenyataan maaf kepada Tok Guru atas keterlanjuran memanipulasi kenyatan Tok Guru suatu ketika dahulu berkaitan isu "Nasihat saya mesti didengar"..so, ini sudah menunjukkan bahawa tidak semestinya yg melaporkan berita itu adlah benar dan tepat, ada juga 'terlebih' lapor dan berniat jahat..

Dari suatu sudut, jika ada pihak yg tetap tidak bersetuju dgn kenyataan Tok guru, maka terpulanglah..kami tidak memaksa mereka utk menerima bulat2 segalanya..jika merasakan ianya suatu kesalahan, maka cukuplah ia diterima sebagai satu sifat kelemahan dan kekurangan yang sepastinya wujud dlm setiap manusia tidak kira siapa pun ia..yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan semapadan...

Sebelum menutup bicara, eloklah diteliti video ini..wallahua'lam..]]


baca lagi [click here]...

Utusan tarik balik berita Nik Aziz..



Utusan Malaysia memohon maaf kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung beritanya bulan lalu yang menyebut menteri besar Kelantan menegaskan "nasihatnya mesti didengar" pemimpin atasan PAS.

Akhbar itu juga menarik balik sepenuhnya berita "Nasihat saya mesti didengar" yang diterbitkan pada 15 Jun lalu berhubung isu kerajaan perpaduan yang menjadi kontroversi besar dalam parti tersebut.

Pada 17 Jun, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS menafikan laporan dan menyifatkannya "satu hasutan untuk mengajak orang ramai membencinya dan parti itu", termasuk menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai baru-baru ini.

Beliau kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan.



"Saya nafikan sekeras-kerasnya, penggunaan perkataan 'mesti'... nasihat saya mesti didengar. Ini bukan watak saya, beri nasihat kepada orang lepas itu paksa orang dengar, ia telah disiar dalam Utusan Malaysia, lebih-lebih lagi selepas itu penyiaran artikel yang ditulis seseorang.

"Perkara ini saya telah serahkan kepada peguam untuk ambil tindakan, terpulang kepada peguam apa tindakan seterusnya (sama ada untuk saman)," Nik Aziz dipetik berkata.

Permohonan maaf itu diterbitkan di halaman depan Utusan Malaysia (foto kanan) dan juga di sisi kanan laman web akhbar tersebut hari ini.

sumber, Malaysiakini

berikut adalah PERMOHONAN MAAF yang disiarkan Utusan Online 30 Julai..

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

baca lagi [click here]...

Wednesday, July 29, 2009

Mahasiswa Akan Bersama Rakyat Pada 1 Ogos Ini (Manaavar Sakthi!!)



Melihat kepada keberanian & keterbukaan rakyat berhubung bantahan terhadap ISA ini, mahasiswa sama sekali tidak teragak-agak untuk menyatakan kesanggupan untuk turun bersama-sama dengan rakyat Malaysia pada 1 Ogos ini dalam usaha untuk menuntut pemansuhan ISA.

Di samping itu, mahasiswa juga mengecam tindakan pihak yang menangguk di air keruh (Pro-ISA) dengan mengadakan demonstrasi pada waktu yang sama untuk mempertahankan undang-undang rimba ini.



Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan bertindak secara serius untuk memobilasi seluruh mahasiswa yang berada di bawah koalasi kami dalam menjayakan tuntutan untuk memansuhkan akta durjana ini.

Dan akhirnya, mahasiswa menyeru kepada seluruh rakyat di luar sana untuk membanjiri bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini dengan gelombang hitam merah. Biarlah suara keramat rakyat & mahasiswa kali ini 'mengajar' pemerintah yang telah sekian lama memekakkan telinga dengan perit jerih rintihan rakyat terbanyak! Manaavar Sakthi! (kuasa mahasiswa)

sumber, shaznimunir.blogspot.com
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)


baca lagi [click here]...

Tuesday, July 28, 2009

Polis larang berhimpun: Peringatan buat semua peserta perhimpunan mansuhkan ISA !



Polis beri amaran batalkan perhimpunan ISA

Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Ketika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, , Datuk Muhammad Sabtu Osman (kiri) berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, polis telah memanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) semalam untuk memaklumkan mengenai arahan tersebut kepada mereka.

Manakala polis juga, katanya, akan bertemu dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama.

Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya dua hari lebih awal dan akan menahan bas-bas disyaki membawa pesertai ke perhimpunan itu.

baca seterusnya disini, Malaysiakini

[[ Penulis bahkan seluruh peserta perhimpunan mansuhkan ISA 1 Ogos ini tidak terkejut dengan berita terbaru ini, ianya telah dijangka malah di'rangka' lebih awal lagi..kami khususnya generasi anak muda, pencinta kebenaran, keadilan dan keamanan akan tetap turun bersama-sama lebih 100 000 umat manusia pada 1 Ogos ini demi menyampaikan hasrat dan luahan hati menolak dan membantah akta zalim ciptaan manusia, ISA....

Pengalaman ini telah dilalui pada perhimpunan mega yang lain seperti BERSIH, perhimpunan mansuhkan PPSMI dan lain-lain..perhimpunan berjalan lancar dan aman tanpa sebarang perkara yg tidak diingini, KECUALI setelah diganggu oleh pihak polis dan pihak2 yang tertentu (SB, Provokator)...apa pun, keseluruhanya, perhimpunan tersebut berjalan lancar dan aman..

Oleh itu, penulis berharap perhimpunan aman 1 Ogos ini tetap berjalan sepertimana diharapkan..turunlah beramai-ramai memberi sokongan kpd pihak penganjur dan keluarga mangsa2 ISA yg telah dinafi dan dizalimi sebelum ini..niat kita baik, berkumpul secara aman dan menyatakan luahan perasaan kpd pihak pemerintah..ini hak kita sbg rakyat malaysia..

Manakala Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, pihaknya berpendirian, perhimpunan itu sejak awal lagi tidak bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

"Setakat ini kita masih setuju teruskan. Ini hak rakyat berhimpun secara aman. Mungkin kehendak kumpulan satu lagi (pro-ISA) yang menyebabkan polis ambil tindakan itu.

"Kita mahu berhimpun secara aman, kita telah keluarkan panduan kepada peserta kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sehubungan itu, Syed Ibrahim berharap pihak polis dapat menimbang semula arahan tersebut atas semangat demokrasi.- Malaysiakini
Di bawah sedikit peringatan bagi mereka peserta2 perhimpunan I Ogos ini...seumber, angkasanuri.blogspot.com...wallahua'lam ]]

INGATAN BUAT SEMUA PESERTA GMI

Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman mula mengertak peserta Himpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pro ISA supaya membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan himpunan aman pada 1 Ogos ini.

Kepada semua peserta himpunan khususnya GMI yang bakal dijadikan sasaran berbanding Pro ISA agar merancang dengan teliti himpunan yang bakal diadakan. Polis seperti biasa sudah pasti akan cuba menggagalkan himpunan ini. Lebih-lebih lagi himpunan besar-besaran ini adalah yang pertama selepas Datuk Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri. Di samping menguji Datuk Hishamudin sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru.

Himpunan 1 Ogos ini pasti akan 'dimanafaatkan' untuk memulihkan imej kerajaan khususnya Umno dan parti komponennya yang semakin tercalar dengan pelbagai isu yang mengundang kritikan dan menghakis keyakinanmasyarakat.

Saya menggesa agar semua peserta GMI tidak menggunakan bas atau van yang disewa khas untuk datang ke ibu negara. Sebaliknya mereka boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas ekspres, keretapi dan jalinan sistem monarail,LRT, Putra LRT dan Komuter untuk memasuki pusat bandaraya. Langkah itu terbukti lebih berkesan di samping dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas akibat sekatan jalaraya yang dilakukan. Kecualilah semua perkhidmatan pengangkutan awam ini dihentikan buat sementara. Tapi itu agak mustahil memandangkan sistem pengangkutan awam ini menjadi nadi kepada penduduk Kuala Lumpur. Ternyata penggunaan pengangkutan awam menyebabkan pihak polis terpinga-pinga dengan kehadiran dan kebanjiran peserta himpunan BERSIH sebelum ini walaupun semua laluan masuk dibuat sekatan.

Saya yakin Himpunan ini akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan kecuali ada pihak tertentu yang memang sengaja diupah atau diarahkan untuk mewujudkan provokasi dan suasana tidak terkawal.
baca lagi [click here]...

Rakyat Kelantan perlu sedia berarak tuntut royalti - Zaid Ibrahim



Kelantan perlu sedia berarak tuntut royalti

SHAH ALAM – Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, rakyat Kelantan perlu bersedia untuk berarak dan mengadakan demonstrasi secara aman ekoran keengggapan kerajaan Barisan Nasional (BN) membayar royalti minyak yang dikatakan menjadi hak rakyat negeri berkenaan.

Beliau berkata, sudah sampai masanya rakyat Kelantan bersuara dalam hal tuntutan yang membabitkan wang RM1 bilion tersebut.

Katanya, tidak memadai hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Peran�cangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa yang bersuara.

“Kita sepatutnya mendesak bayaran wang tertunggak itu dibuat dalam masa terdekat, ia mem-bolehkan kerajaan Kelantan meneruskan pembangunan membasmi kemiskinan di negeri tersebut.

“Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad juga sepatutnya menyokong pembayaran wang royalti berkenaan dan lebih mementingkan soal kebajikan negeri berbanding politikya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, dari segi undang-undang, hak Kelantan jelas dalam perjanjian yang ditandatangani oleh wakil Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir pada 1975.

“Tengku Razaleigh sendiri telah menyatakan perkara ini jelas dan Kelantan sepatutnya dibayar wang dari hasil minyak berkenaan.

“Hanya BN dan penasihat mereka yang tidak bermaruah yang masih mahu menidakkan perkara yang benar.

“Agaknya BN sanggup berbuat demikian kerana mereka tahu memadailah jambatan RM7 juta dijanjikan atau RM1 ribu diberi kepada pengundi-pengundi terpilih,” katanya.

sumber, Sinar Harian online
baca lagi [click here]...

Pewaris terus cetus provokasi..tukar masa berhimpun serentak dgn kumpulan anti ISA !

Pewaris tukar masa: Puak pro dan anti-ISA berhimpun serentak

Menjelang empat hari lagi demonstrasi besar berhubung Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), kumpulan penyokong akta itu menukar masa berhimpun mereka dari jam 11 kepada jam 2 petang – serentak dengan perhimpunan kumpulan anti-ISA.

Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini, pertukaran rancangan itu diputuskan dalam mesyuarat kumpulan itu tengah hari semalam di ibu negara.

Mesyuarat 12 NGO Melayu itu bertujuan membincangkan persediaan rapi mereka menjelang perhimpunan besar Sabtu ini.

Ditanya sebab perubahan jadual itu, Rahimuddin hanya berkata: “Ia melibatkan hal-hal teknikal. (perhimpunan pada) pukul 11 itu terlalu awal.”

Bagaimanapun, tambahnya, perancangan lain kumpulan itu, termasuk tempat berhimpun dan rancangan bergabung di Dataran Merdeka dan seterusnya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, tidak berubah.

Pertukaran masa berhimpun itu hampir mengesahkan pertembungan penyokong kumpulan itu dan penunjuk perasaan yang dipimpin Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Keluar garis panduan

Mengikut jadual awalnya, penyokong ISA akan berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari, dan seterusnya ke Istana Negara.

Bagaimanapun, tiga lokasi tersebut - Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara - adalah kekal, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka di mana mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.

Manakala ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI pula merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Isntana Negara, juga untuk menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, GMI turut mengeluarkan mengeluarkan panduan berdemonstrasi pada hari tersebut kepada peserta mereka – merangkumi persediaan sebelum dan selepas tamat demonstrasi.

Peserta juga diberikan panduan bagaimana menghadapi provokasi dan panduan sekiranya ditahan polis. Mereka juga menyediakan peta laluan kepada peserta.

Bagaimanapun, Rahimuddin berkata, Pewaris tidak akan mengeluarkan sebarang panduan kepada ahlinya kerana mereka “tiada sebarang niat untuk bertembung”.

sumber, Malaysiakini

[[ Tak habis-habis nampaknya pihak Pewaris mahu mencetuskan provokasi..sudahlah ditetapkan pada hari dan tempat yg sama, kini diubah pula waktu berkumpul dari waktu yg berbeza kepada waktu yg sama dgn pihak Anti- ISA...

Semua sudah dapat membaca apa niat dan motif Pewaris ini..tanyalah siapa pun mereka hatta penyokong umno sekalipun, tindakan Pewaris ini jelas sengaja mahu mencetuskan huru-hara dan kacau bilau pada hari kejadian..

Apa pun, seperti yg telah ditegaskan penulis sebelum ini, tindakan Pewaris dan mereka yg seangkatan dgnnya, langsung tidak sedikit pun melemahkan semangat juang kami anak muda untuk hadir bersama-sama lebih 100 000 umat manusia membantah akta zalim ISA Sabtu depan..generasi anak muda akan menjadi benteng barisan hadapan untuk berdepan dengan mereka!.. insyallah, kita jumpa disana...]]
baca lagi [click here]...

LKS lapor polis ancaman bunuh Presiden MCA...Apakah ia suatu tindakan yang bijak?

Kit Siang lapor polis ancaman bunuh Presiden MCA
27/07/2009 9:59pm

PETALING JAYA 27 Julai - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya di sini berhubung ancaman bunuh yang diterima Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

“Ong yang sepatutnya membuat laporan polis tetapi oleh kerana beliau tidak berani berbuat demikian, saya menjalankan tanggungjawab awam saya untuk membuat laporan bagi pihaknya demi keselamatannya.

“Walaupun pandangan politik kami berbeza, saya tidak mahu sebarang keburukan berlaku pada Ong,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis itu pada 12.30 tengah hari.

Lim juga berkata, beliau turut melampirkan laporan dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris mengenai dakwaan ancaman bunuh yang diterima Ong dalam laporan polisnya.

“Kini terpulang kepadanya untuk bekerjasama dengan polis dan biarkan mereka menyiasat,” katanya dan berharap presiden MCA itu akan memberikan fakta dan keterangan kepada polis bagi membantu siasatan.

Semalam, akhbar Sunday Star melaporan ancaman bunuh itu yang berbunyi: “If you’re wiped out from this world some day, you should know why this has happened.” (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku). - Bernama

sumber, Utusan Online

[[ Penulis tidak pasti, apakah tindakan LKS ini adalah satu tindakan yg bijak dan tepat pada masanya?..apakah ia mampu memberi kesan dan natijah yg baik kepada pakatan Rakyat atau sebaliknya?..

Dibawah disenaraikan secara kasar dan ringkas kesan baik dan buruk hal ini berdasarkan analisa awal penulis...

KESAN 'BAIK'

  • Pengaruh DAP semakin mendapat sambutan dikalngan masyarakat kaum Cina
  • DAP dipandang sebuah parti yg memperjuangkan hak secara menyeluruh tanpa sempadan kepartian...
  • menimbulkan saling curiga dikalangan pimpinan MCA termasuk menggoncang hubungan antara Umno-MCA
KESAN 'BURUK'
  • akan menimbulkan spekulasi atau cakap2 belakang bahawa DAP sebenarnya hanya berjuang demi bangsanya semata2
  • timbulkan persepsi bhw DAP sebenarnya mempunyai 'ikatan' dgn MCA umpama isu 'kerajaan perpaduan' antara PAS-Umno sebelum ini..kali ini 'kerajaan perpaduan' antara MCA-DAP
  • mewujudkan prasangka negatif kpd Pakatan rakyat.......
Ini hanyalah telahan dan sangkaan awal penulis semata2..mungkin ya mungkin tidak...penulis menimbulkan persolan ini untuk dikongsi bersama..

Jauh disudut penulis, penulis memandang ini sebagai satu tindakan yg tidak tepat dan tidak kena pada masanya selain boleh membawa kesan kurang baik kepada Pakatan Rakyat..
(penulis tidak dpt bayangkan bagaimana reaksi jika pemimpin PAS yg bertindak seperti ini, apakah akan timbul soal kerajaan perpaduan atau bagaimana..)

Apa salahnya jika LKS membiarkan ahli atau penyokong MCA sendiri yang membuat laporan..banyak cara dan kaedahnya..Tidak perlulah rasanya sehingga menawarkan diri melaporkan kpd polis terhadap isu yg berlaku pada pihak lawan..LKS boleh sahaja mengeluarkan kenyataan, atau menzahirkan kembimbangan dan sokongannya kpd presiden MCA itu tanpa perlu beriya2 membuat laporan polis bagi pihak MCA..

Apatah lagi, isu kematian Teoh Beng Hock, seorang warganagara Malaysia berbangsa Cina masih panas dan segar diperkatan..jadi, tidak bijak jika isu 'kebangsaan' terus dibiarkan timbul diperkatakan atas niat baik Pakatan Rakyat..jika isu kematian mendiang sudah dilihat Pakatan rakyat berjuang untuk (setiap kaum termasuk) kaum cina, maka pakatan perlu bijak untuk dilihat turut berjuang untuk bangsa yang lain pula..harapnya semua paham apa dimaksudkan penulis...

Rasanya penulis tidak perlulah menghurai dgn lebih panjang lagi hal ini..ia bukanlah suatu isu (besar) sebenarnya..cuma penulis ingin meluahkan pandangan penulis sahaja..apa yg baik utk masa depan PAS dan Pakatan, itulah yg diharapkan...wallahua'lam..]]


baca lagi [click here]...

Monday, July 27, 2009

Pemuda Pakatan Rakyat tubuhkan MAMPAT



KUALA LUMPUR, 27 Julai - Dewan Pemuda PAS (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pergerakan Pemuda Sosialis (DAPSY) hari ini sepakat menubuhkan Majlis Muafakat Pakatan Rakyat (MAMPAT)bertujuan menguatkan lagi kerjasama politik antara pemuda Pakatan Rakyat.

Mesyuarat MAMPAT pertama yang diadakan di Tingkat 2 Bangunan Pejabat Agung PAS hari ini juga memutuskan keanggotaan MAMPAT adalah terdiri daripada Ketua, Setiausaha dan 3 pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu. MAMPAT juga bersetuju bahawa mesyuarat bulanan secara tetap akan diadakan setiap bulan.

Berhubung Himpunan Mansuhkan ISA yang bakal di adakan pada 1 Ogos 2009, MAMPAT menyokong himpunan tersebut dan memberi komitmen kehadiran seluruh pimpinan dan ahli pemuda Pakatan Rakyat.

MAMPAT juga percaya himpunan tersebut akan berjalan dengan aman seperti yang dirancangkan dan mengharapkan supaya pihak polis memberi kerjasama yang baik mengawal keselamatan semua pihak.

Berikut kenyataan media MAMPAT:

KENYATAAN MEDIA

27 Julai 2009 Kami Pemuda PAKATAN RAKYAT yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini memutuskan penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat dengan penggunaan singkatan nama MAMPAT.

Mesyuarat MAMPAT yang pertama pada hari ini (Isnin 27hb Julai 2009) di Tingkat 2, Pejabat Pemuda PAS Pusat bersetuju bahawa ahli-ahli mesyuarat MAMPAT terdiri daripada Ketua, Setiausaha dan 3 pimpinan tertinggi Pemuda yang lain daripada setiap parti dan akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.


Pemuda PAS, AMK dan DAP percaya penubuhan MAMPAT ini akan menguatkan lagi hubungan kerjasama politik Pakatan Rakyat dan memberikan kekuatan untuk pemuda Pakatan Rakyat merencana gerak kerja bersama pada setiap masa. Penubuhan MAMPAT ini juga akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat dengan lebih cepat.

Mengenai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung pada 1 haribulan Ogos ini, MAMPAT membuat penegasan pada hari ini menyokong penuh Himpunan tersebut dan memberikan komitmen kehadiran pimpinan dan seluruh ahli pemuda Pakatan Rakyat ke Himpunan tersebut. MAMPAT percaya himpunan tersebut akan berlangsung secara aman sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak.

Sekian.

Nasrudin Hassan -
Ketua DPP
Shamsul Iskandar Mat Akin -
Ketua AMK
Loke Siew Fook - Ketua DAPSY


sumber, Laman Pemuda PAS

[[ Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada pergerakan pemuda Pakatan Rakyat khususnya pemuda PAS serta pemuda dari rakan kompenan, PKR dan DAP atas tertubuhnya majlis muafakat pakatan Rakyat ini...

Tahniah juga kepada Ketua Pemuda PAS yg baru, Ust Nasrudin Hassan diatas usaha dan kesungguhan beliau dlm agenda memperkukuhkan Pakatan Rakyat serta dilihat cakna dlm isu2 yang berlaku baik dalam dan luar negara mutakhir ini..sekaligus melenyapkan prasangka buruk segelintir penyokong atau pendokong bawahan yg agak sangsi dgn keupayaan beliau membahu jawatan ketua pemuda PAS..

Cuma, penulis agak kurang bersetuju dgn nama singkatan pertubuhan 'MAMPAT' ini..rasanya singkatan nama MAMPAT ini dahulunya telah digunakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang agak masyhur di Terengganu, boleh dilihat disini...apa pun, tahniah sekali lagi barisan pemuda Pakatan rakyat atas tertubuhnya Majlis Muafakat ini..semoga ia membawa suatu manfaat yg berguna bagi PAS dan pakatan rakyat....wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...

30 000 pemuda PAS akan turun himpunan ISA !



KUALA LUMPUR, 27 Julai - Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan terus menyatakan komitmen pemuda PAS untuk menggerakkan himpunan mansuh ISA yang dijadualkan pada 1 Ogos ini. Beliau menjangkakan lebih 100 000 orang akan hadir dalam himpunan tersebut.

"Kami menjangkakan lebih 100,000 orang akan hadir dan Pemuda PAS akan menggerakkan kira-kira 30,000 orang ahli kami dari seluruh negara," katanya ketika majlis ramah mesra bersama media di hotel plaza jalan semalam.

Justeru itu Nasrudin mengharapkan kerjasama polis supaya membenarkan himpunan tersebut yang disertai oleh 83 pertubuhan bukan kerajaan.

Berikutan keputusan PEWARIS dan PERKASA yang turut mengadakan himpunan mempertahankan ISA pada hari yang sama, Pemuda PAS menghormati pendirian tersebut dan itu merupakan hak mereka. Pemuda PAS tetap dengan prinsip yang menentang kezaliman ISA.

Wacana ilmiah dengan pemuda UMNO

Berkenaan dengan wacana ilmiah bersama pemuda UMNO pula, Pemuda PAS telah pun membentuk jawatankuasa teknikalnya dan mengumumkan 3 anggotanya akan menduduki badan tersebut. Sementara itu Pemuda UMNO juga diminta menamakan 3 orang wakilnya dan surat rasmi mengenai perkara itu akan dihantar esok.

Dua daripada tiga wakil Pemuda PAS dalam jawatankuasa itu ialah Setiausahanya, Kamaruzaman Mohammad dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Ucapan Takziah

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, pihaknya mengucapkan takziah atas kematian pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad di Hospital Pakar Damansara malam tadi.

Pagi tadi, Dewan Pemuda PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusatnya yang kedua sejak pemilihan awal bulan lalu.

sumber, Laman Pemuda PAS

[[ Insyaallah penulis serta rakan2 penulis antara 30 000 pemuda yg akan menyertai perarakan secara aman membantah akta zalim ISA Sabtu ini..kita jumpa disana! ]]
baca lagi [click here]...

Pro-ISA marah Khairy larang demo..



Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.

Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.

Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.

Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.

sumber, Malaysiakini

[[ Lagi luahan rasa marah geram ahli dan penyokong Umno terhadap Khairy, boleh dilihat di laman MYKMU dengan tajuk;
- KJ kata Pemuda UMNO jangan join pertahan ISA!! Apa komen?

Antara komen forumer umno menghentam Khairy, selebihnya boleh dibaca disini..wallahua'lam ]]

antibelit04

Sekarang terbalik. Pemuda nampaknya bukan aja tak berani pertahankan ISA malah menari mengikut rentak pembangkang. Pada aku..KJ cuba mencari pengaruh dikalangan penentang ISA yg semestinya pembangkang. Nampaknya KJ mengikut cakap bapak mentuanya untuk hapuskan ISA... Nampaknya Najib masih meyimpan seorang liabiliti dalam UMNO.
wallingpro
kadang2 nampak mcm pemuda UMNO lebih letih dari veteran UMNO
begCD
Aku ingatkan ketua pemuda PKR yang cakap tu
melayuhebaT
buto la KJ..
seman_tahan
KJ ni flip flop macam ikut nik aziz. konon nak hulur salam, tapi tangan penuh taik.
zahari1950
Ha inilah dia Khairi Jamaludin yang dibanggakan oleh Pak Lah tu. Dan inilah dia kalau naik dalam politik kerana Pak mertua. Pintarlah konon kerana lulusan Oxford. Tapi sangat tak bijak dalam politik. ISA tu di dokong oleh kerajaan. Pemuda UMNO penyokong kerajaan. Kalau mengambil keputusan berkecual, itu nampak macam tunggu tak nak sokonglah. Orang duduk atas pagar ni tak layak jadi pemimpin. Pembangkang desak hapus. Siapa nak bela kekaklan ISA sedangkan ISAtu sangat perlu. Nak harapkan pemuda? ketuanya sendiri minta Pemuda UMNO berkecuali.

Yang nak kajitu kerajaan. Kalau dah hapus buat apa nak kaji lagi. Jadi kena sokong jangan hapus ISA dulu. Kemudian kita teliti keputusan yang akan dibuar para bijak pandai dan pakar dan kemudiannya bagi pendapat.

Sebagai pemuda tugasnya adalah sebagai pembela, pendesak dan petugas check & balance kepada parti dan kerajaan. Bukan duduk atas pagar.

Inilah kelemahannya kalau pilih anak menantu atas pengaruh pak mertua.
DRAKI
kalau betol ada yg tak mau ISA dimansuhkan, teruskan jer berarak pada 1ogos nanti, ni asyik yg menentang jer menang dipenuhi mau mereka apa kita yg menyokong ni takdak hak ka, seperti yg kita semua tau yg rajin berarak tulah nanti akan mendapat apa depa mau. apakah kita mau berputih mata, masa ni najib terlalu mengampu ati pembangkang pasti dia akan penuhi kemahuan pembangkang, kita jugak memendam rasa, kalau lama sangat memendam rasa meletup nanti susah,

tapi itulah yg Anwar Aljuburi tunggu tunggu supaya orang UMNO meletup kan perasaannya, orang UMNO sekarang terperangkap, diluah mati mak ditelan mati bini eh mati bapak, kalau orang UMNO bersuara pembangkang akan bersorak, kalau didiam najib ingat orang UMNO sokong apa jua yg dia korbankan,

pada aku teruskan demo membantah pemansuhan ISA gi mampus dgn KP yg rasuah tu, sok dia balik jilat juboq bini dia ngan pak mentua dia,
antidollah
Beruk anak mengelak dari kena marah dengan mentor dia..tu je.

He is and always be a LIABILITY !!!!
baca lagi [click here]...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin