Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Monday, August 31, 2009

Umno P.P bergolak: Pemuda UMNO Bagan Datoh bidas Ketua UMNO Bahagian Paya Besar



BAGAN DATOH - Tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menggesa Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil di Permatang Pasir adalah tidak wajar dan keterlaluan.

Naib Pemuda UMNO Simpang 4, Mohd Najib Mohd Mokhtar berkata, tidak adil meletakan punca kekalahan kepada Zahid sepenuhnya.

Menurutnya, telah banyak pilihan raya kecil diadakan dan setakat ini BN hanya mampu menang di Batang Air, Sabah tetapi mengapa Pengerusi Perhubungan UMNO di kawasan lain tidak dipersalahkan.

“Bagi saya bukan faktor calon dan indeks petunjuk prestasi (KPI) yang menjadi punca kekalahan tetapi keyakinan rakyat kepada BN dan UMNO masih belum ketentuan.

“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Datuk Ahmad Tajuddin dan sepatutnya ahli-ahli tertinggi UMNO terus berjuang dan terus menutup segala lubang-lubang yang ada agar keyakinan rakyat kembali pada UMNO dan BN,” katanya dalam satu kenyataan medianya kepada Sinar Harian.

Mohd Najib berkata, bukan masanya pihak-pihak dalam parti menuding jari menyalahkan ahli-ahli UMNO sendiri.

Menurutnya, dalam keadaan UMNO sedang diuji sikap sedemikian perlu diubah termasuk memberi isyarat kepada rakyat bahawa apa yang diperjuangkan oleh UMNO dan BN selama ini perlu diubah.

“Perdana menteri telah memperkenalkan serta mewujudkan satu tonik yang dinamakan 1Malaysia dan apakah tonik ini mujarab untuk memperbaiki luka-luka yang ada pada UMNO dan barisan nasional?

“Jawapannya ada pada ahli-ahli UMNO dan BN sendiri. Jika ahli-ahli parti masih terus bertelagah maka Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang pasti kita menghadapi masalah,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada ahli-ahli UMNO agar terus bersatu dan bekerja keras agar bagi mencapai amanat rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

sumber, Sinar Harian Online
baca lagi [click here]...

1Malaysia@Merdeka-52: Naik kalah, turun pun kalah, lebih baik dinaikkan..



1Malaysia, rakyat didahulukan. Terbukti kebenarannya apabila harga minyak petrol dinaikkan mulai 1 September.

Bila dinaikkan harga minyak, barang keperluan turut naik. Akibatnya membawa kepada kekalahan teruk dalam pilihanraya. Diturunkan harga minyak, mudah-mudahan dapat dikembalikan sokongan, malangnya kalah juga.

Harga minyak naik kalah, diturunkan harga, kalah juga. Lebih baik dinaikkan semula.

sumber, penjualubat.wordpress.com

berita kenaikan harga minyak 1 September..

versi mStar Online

Minyak petrol RON95 ganti RON92, 5 sen lebih mahal

Ia dijual RM1.80 seliter mulai esok

KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok.

Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75.

Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini.

Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.

Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.

Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya.

"Ia akan ditentukan oleh Majlis Ekonomi," katanya.

RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi.

Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan.

Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini.

versi Malaysiakini

Harga petrol naik esok

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

baca lagi [click here]...

Arak kepala lembu: Penduduk tempatan bantah aksi ekstrem! (video inside)



SHAH ALAM, 31 Ogos | Kebanyakan penduduk tempatan Seksyen 23 yang ditemui di sini semalam, menegaskan bahawa demontrasi mengarak kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ektream, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan.

Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-taranya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri.

Bagaimanapun, kebanyakan responden tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, memindahkan kuil Hindu ke kawasan kediaman mereka.

Namun, mereka yang ditemui menegaskan bahawa penduduk setempat hanya bersetuju menggunakan pendekatan bermesyuarat, rundingan, diplomasi dengan semua pihak, termasuk kerajaan negeri dalam isu pemindakan kuil tersebut.

PENDAPAT 1 :

Shahril bin Lan, Jurujual berkata, ”Saya waktu berkumpul mula-mula itu, saya ada datang. Tapi, saya tidak setuju. Saya tidak ikut (sertai mereka).”

“Rasa-rasanya cara itu memalukan orang-orang di sini. Saya rasa mentaliti mereka (yang terlibat), ini ada agenda-agenda tertentu, cuba memporak-perandakan ketenteraman.”

“Kita lebih suka cara diplomasi. Kalau dah berarak (dengan) kepala lembu, itu nak buat apa benda (melainkan) berniat politik parti-parti tertentu lah. Yang menyertai itu (orang tempatan) sebenarnya adalah lima (atau) enam orang.”

Jelasnya lagi, penduduk tempatan rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, membina kuil di sini.

Antara alasan yang diberikan, majoriti penduduk tempatan di sini, beragama Islam.

“Orang di sini memang tidak suka kuil itu didirikan di sini. Kalau boleh, biarlah (didirikan) jauh sikit dari sini. Sebab di sini kan majoritinya orang Islam kan.”

PENDAPAT 2 :

Nazri Ismail, Akauntan berpendapat insiden terbabir banyak mengganggu emosi kenalan-kenalannya, yang kebanyakkan berbangsa india.

Maka, beliau sendiri yang awalnya tidak ambil peduli cadangan pembinaan kuil di sini pun, mula prihatin isu tersebut.

“Sebenarnya, macam saya kan di pejabat ramai berbangsa India. Jiran saya yang baru pun berbangsa India. Jadi, untuk menghalang dibuat kuil (untuk) mereka itu tidak wajarlah. Tetapi, disebabkan isu-isu yang dibangkitkan sekarang dan untuk jangka masa panjang mungkin ada konflik lain.”

Berhubung cadangan kerajaan negeri untuk membina kuil di sini, beliau juga mencadangkan agarnya ianya dipindahkan ke tempat lain disebabkan insiden melampau terbabit.

“Pada mulanya, saya sendiri tidak kisah. Tetapi, disebabkan isu (dan) tindakan mereka (pelampau) terbabit, saya rasa lebih baik dipindahkan ke kawasan lain.”

PENDAPAT 3 :

Puan Maslina Binti Asmi atau lebih dikenali khalayak tempat sebagai Ustazah Salmi, Guru Kafa di sini mendakwa insiden terbabir dilakukan demi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Bagi saya semua (perarakan kepala lembu) yang berlaku ini dirancang pihak tertentu yang jelas, seolah-olah nak menjatuhkan kerajan Pakatan Rakyat (di Selangor).”

Beliau yang juga ahli jawatankuasa Surau al-Jannah, Seksyen 23 mendakwa di sebalik insiden terbabit adalah pemimpin Umno Shah Alam sendiri.

“Sewaktu ketuanya memulakan bantahan (di Surau), bukan sahaja mengarak (dan) memijak-mijak kepala lembu. Mereka mulanya laungkan kalimah takbir (Allahu Akbar), kemudiannya ditukar pada Take Beer (ambil arak). Itu pun menampakkan mereka cuba nak menjatuhkan (negeri) Pakatan Rakyat, memang Umno lah.”

Jelasnya lagi, walaupun isu sebenarnya ialah cadangan membina kuil di sini, tetapi yang kelihatan menonjol adalah aksi menconteng pagar berzink yang menutupi kawasan tanah cadangan itu, dengan cacian pemimpin-pemimpin kerajaan negeri sendiri.

“Sebabnya, daripada isu kuil. Yang mencontengnya lebih pada pemimpin.”

Pada peringkat awalnya, beliau juga secara peribadi tidak bersetuju kuil terbabit dibina di sini.

“Bila jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil mengutip tanda tangan (sokongan), saya juga menandatanganinya. Tetapi, bila difikirkan balik (semula), jika di situlah yang ditetapkan tempatnya, saya berasa tidak ada masalah.”

PENDAPAT 4 :

Bagi Fauzi Ramli, Jurutera turut mengkritik telahan beberapa media, kononnya demontrasi ekstrem mengarak kepala lembu berdarah dan aksi conteng terbabit merupakan suara sebenar mewakili pendudu tempatan.

“Tengok (menyertai) masa awalnya, saya memang tidak setuju. Mereka melampau. Sebab itu, saya balik (tidak sertai demontrasi tersebut).”

“Mula-mula mereka takbir (Allahu Akbar) itu, dengan memakai jubah dan sebagainya. Tapi, saya nampak mereka ini (daripada) muka-muka nampak macam muka (ahli-ahli) Umno, sebab dia pakai songkok, pelik.”

“Bila mereka mula memekik ‘Take Beer’ (ambil arak), baru saya sedar mereka ini sebenarnya cuba merosakkan imej Pakatan Rakyat, khususnya PAS, seolah-olah menakutkan orang-orang tempatan dengan imej sebegitu melampau.”

“Ada di kalangan mereka cakap, mereka adalah ahli PAS seumur hidup, tapi yang menyebut ‘Take Beer‘, bukannya takbir ini setahu saya pemimpin Umno negeri sahaja.”

Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa hari sebelum tercetusnya demontrasi ekstream mengarak kepala lembu berdarah itu, sudah kelihatan beberapa kain rentang mengutuk tokoh agama (Islam) tempatan.

“Ada satu kain rentang di simpang jalan masuk, tertulis nama Rodziah (Adun Batu Tiga/PKR), Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam/PAS) dan Ustaz Azrul (Pengerusi Surau Seksyen 23) sebagai Pengkhianat Bangsa (dan) terdapat (lukisan) babi.”

Tambahnya lagi, surat layang yang berbaur perkauman (Melayu) ekstrem turut disebarkan secara liar dari rumah ke rumah, khususnya kediaman-kediaman penduduk Melayu dan India.

Beliau turut menjelaskan bahawa isu pembinaan kuil di sini sudah lama diperkatakan secara ‘khabar angin’, bukannya baru sehari dua belakangan ini.

“Kalau tidak salah, ianya diumumkan di Surau sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Cikgu Zainuddin.”

Katanya, “Cikgu Zainuddin sesudah solat Isyak bangkit mengumumkan bahawa akan ada sebuah kuil didirikan di Seksyen 23 ini. Selepas perbincangan di Surau itu, ada dua (atau) tiga orang menawarkan diri untuk menyiasat. Sampai pertemuan kali kedua pun, perkara itu (siasatan) tidak dapat dipastikan.”

“Saya hanya sertai beberapa peringkat sahaja, tidaklah sampai mengarak kepala lembu dan conteng sana sini. Kita (ahli jawatankuasa bertindak) hanya bersetuju (melalui mesyuarat) buat referandum penduduk sahaja…dapat sokongan 320 keluar atau lebih 700 tandatangan penduduk (membantah cadangan bina kuil).”

Beliau turut menjelaskan bahawa kebanyakan jawatankuasa bertindak secara asasnya tidak bersetuju dengan cadangan membina kuil di kawasan mereka, namun beliau menafikan bahawa penduduk tempatan sendiri merancang beberapa aksi melampau tersebut.

“Kami tak anjur perhimpunan sebegitu (ekstrem). Tapi, dari klip video Malaysiakini, yang memijak (kepala lembu itu) Ibrahim Sabri, Mahyuddin Manaf (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak) dan Haji Azmi.” klik

PENDAPAT 5 :

Rohaya Samad, Suri Rumah mendakwa bahawa hanya lima orang sahaja dikenali sebagai penduduk tempatan, berdasarkan klip youtube akhbar elektronik Malaysiakini.

“Akak (Rohaya) sudah tengok video Malaysiakini. Seingat akak, lima orang sahaja penduduk tempatan. Selebihnya tidak (dan) akak tidak kenal.” klik

Jelasnya lagi, jawatankuasa bertindak beberapa kali menghantar sistem pesanan ringkas (sms) kepadanya sebelum ini untuk usaha tersebut, tetapi beliau tidak dapat memberikan komitmen disebabkan ada komitmen peribadi.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa penduduk tempat menjelaskan bahawa aksi bantahan dengan menaikkan kain rentang ‘Khalid, Rodziah dan Ustaz Azrul pengkhianat Melayu’ di pintu masuk Seksyen 23 itu mula disedarinya pada 18 Ogos lalu.

Tambahnya lagi, semalam beliau mendapat sms meminta dirinya membuat laporan polis berhubung usaha penduduk tempatan Hindu mula mencabar penganut Islam, tetapi beliau tidak percaya sms tersebut.

“Dalam sms itu, minta akak pergi buat laporan Polis. (Penganut) Hindu sudah membuat 98 laporan polis (seolah-olah) mencabar umat Islam. Akak tidak percaya. Jiran akak pun India (penganut Hindu), tapi tidaklah seperti yang digambarkan. Akak rasa itu kerja Umno untuk memburukkan orang-orang PAS.”

“Akhbar Umno kata (kepala) lembu berdarah itu bermaksud pemimpin Melayu Pakatan (Rakyat) umpama ‘lembu dicucuk hidung’, tetapi penganut Hindu anggap suatu penghinaan kepada agama mereka kerana Lembu bintang suci (menurut) agama mereka.”

Beliau turut mempersoal penafian yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hj. Mahyuddin Manaf bahawa dirinya sendiri tidak tahu dari mana datangnya kepala lembu ‘misteri’ itu.

“Macam mana Tuan Haji Mahyuddin boleh kata tidak tahu, sedangkan dia sendiri memijak-mijak dan tendang kepala lembu itu sebelum ini. Kalau dia tidak tahu, sudah tentu dia halang (aksi ekstrem tersebut).”

PENDAPAT 6:

Mohd Azrin Azahari, penuntut sebuah Universiti di Timur Tengah (sedang bercuti) menjelaskan mendakwa hampir seratus peratus penduduk Islam membantah cadangan pembinaan kuil, tetapi mereka diingatkan agar tidak mencemuh penganut agama-agama lain.

“Kiraan saya, hampir seratus peratus bantah kuil dibina, tapi penduduk sudah diingatkan untuk berdiplomasi (dan) tidak hina penganut agama Hindu di Surau dulu.”

Beliau yang mengikuti setiap siri perbincangan peringkan jawatankuasa Surau menegaskan bahawa demontrasi melampau mengarak kepala lembu berdarah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

PENDAPAT 7:

Seorang penganut agama Hindu, penduduk tempatan yang enggan identitinya diketahui melahirkan rasa kesal atas apa yang berlaku.

“Saya tidak sangka mereka boleh buat begini (ekstrem). Setiap kali keluar (dari rumah ke tempat) kerja, saya terpaksa lihat semua conteng-conteng hina YB Khalid, Rodziah di dinding.”

“Bagaimana mereka boleh hina orang baik ini. Kami (penganut India) tidak pernah minta kuil itu dibina di sini. YB Khalid yang cadangkan ianya dipindah di sini kerana hormat penganut agama lain di sini dan Seksyen 19. Ini Islam sebenar, ini (pemimpin) Melayu sebenar.”

Celah isteri ahli perniagaan India itu yang enggan identitinya diketahui kerana takut dan banyak kenalanya berbangsa Melayu, menyifatkan perarakan mengangkat kepala lembu berdarah itu suatu yang mengguris emosi penganut agama Hindu.

Bagaimanapun, beliau yakin aksi ekstrem itu bukan mewakili penduduk setempat, tetapi ahli politik tententu dalam Umno.

PENDAPAT 8 :

Seorang lagi penganut agama Hindu/kakitangan kerajaan yang enggan identitinya diketahui menjelaskan bahawa bukan mudah bagi penganut agama Hindu untuk mengubah kuil berusia 150 tahun dari Seksyen 19 itu ke sini, kerana terlalu dekat dengan Masjid di Seksyen 19.

“Sepatutnya orang Islam boleh menghargai pengorbanan itu.”

“Lagi pun tapak kuil itu sangat jauh dari Surau Seksyen 23 dan kediaman penduduk. Ada pihak kata kuil itu dekat dengan taman permainan di sini, cuba lihat hal sebenar baru tahu ia (tapak kuil) itu cukup jauh.”

“Di Seksyen 16, ada surau lebih dekat dengan kuil. Tiada apa-apa masalah. Orang Islam dan Hindu boleh hormat sama-sama mereka. Di sini, orang politik Umno sebenarnya buat kacau.”

Mewakili lebih 100 keluarga minoriti India tempatan, beliau mendakwa penganut Hindu cukup menghormati Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana menunjukkan amalan Islam yang sebenar dalam pemerintahan politiknya.

Beliau berharap pemimpin-pemimpin Melayu yang didakwanya ahli Umno agar rasional, tidak mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

TINJAUAN SETEMPAT

Tinjauan di sini menyaksikan sudah ada sejumlah besar Pasukan Gerakan Am (PGA) ditempatkan di Dewan Serbaguna, di sini sejak 2 hari lalu.

Kelihatan juga surat layang berunsur perkauman (Melayu) ekstream bertebaran di atas jalan serta di Surau al-Jannah, Seksyen 23.

Sekitar tapak cadangan membina kuil, kelihatan beberapa individu berpakaian biasa berjaga; dipercayai Special Branch.

Seorang pegawai PGA yang enggan nombor badannya diketahui, menjelaskan bahawa sejak kelmarin beberapa Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) datang memadamkan contengan-contengan yang berbaur perkauman sempit itu dengan cat ringkas.

Semalam, dua pemuda ‘misteri’ berbangsa Melayu turut ditangkap di sini kerana cuba menconteng sesuatu di ruang berbekas cat tersebut, kemudiannya dilepaskan dengan amaran.

Seorang pemuda ‘misteri’ yang lain waktu ditemui, mendakwa bahawa Cikgu Zainuddin merupakan antara dalang yang merancang insiden ekstrem terbabit.

Jelasnya, Cikgu Zainuddin bukan sahaja prejudis dengan bangsa-bangsa lain, malah sedang bertungkus-lumus merampas tampuk kepimpinan sedia ada Surau al-Jannah Seksyen 23 itu; yang kemudiannya dikatakan akan diubah suai menggunakan dana Zakat Selangor.

Jelasnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menjemput seluruh penduduk tempatan dan wartawan sendiri menyertai dailog harmoni bersamanya pada Sabtu itu, 5 September di Dewan Banquet MBSA.

Zainuddin cuba dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut pagi tadi, namun gagal.

Pesuruhjaya PAS yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu Kerajaan Negeri Selangor Dr. Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Negeri Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir turut dihubungi pagi tadi untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung insiden di sini, tetapi gagal.

Insiden ekstrem terbabit walaupun mencabar kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, namun media arus perdana tidak memberikan liputan menyeluruh.

Dikatakan insiden itu mampu menghakis kepercayaan rakyat Malaysia terhadap usaha kerajaan persekutuan dalam memperkenalkan ‘1Malaysia’ serta meraikan Hari Kebangsaan Malaysia ke-54, hari ini

sumber, zainulfaqar.wordpress.com


baca lagi [click here]...

Kepala lembu: Penerusan agenda Utusan Malaysia



KUALA LUMPUR, Ogos 29 — Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.

Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.

Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.

Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.

sumber, The Malaysian Insider
baca lagi [click here]...

Isu kuil: Polis mahu siap siasatan Selasa ini



Polis berharap dapat menyiapkan siasatan berhubung protes pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dan perarakan kepala lembu menjelang Selasa depan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.

Menurutnya, beberapa individu, termasuk pihak penganjurnya, telah dipanggil untuk disoalsiasat dan dirakam kenyataan mereka.

Khalid berkata, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut.

"Kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan, dan kami berharap dapat menyelesaikan siasatan menjelang Selasa ini," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga ini.

Mengenai kritikan bahawa pihak polis lambat menyiasat kes itu, Khalid berkata pihak polis perlu mengikuti prosedur siasatan.

Beliau menjelaskan, pihak polis perlu mendapatkan pandangan DPP dan mengumpul maklumat terlebih dahulu.

"Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan," tambahnya.

Pihak polis dikritik kerana didakwa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mengadakan demonstrasi Jumaat lalu.

Menjawab dakwaan tersebut, Khalid berkata, anggotanya mengambil tindakan yang betul apabila meminta peserta demonstrasi itu mengalih kepala lembu bagi mengelak masalah seterusnya.

Sebelum itu, peserta demonstrasi tersebut telah mengarak kepala lembu ke bangunan kerajaan negeri Selangor kerana membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam.

sumber, Malaysiakini

[[ Penulis tertarik dengan kenyataan ini..

Mengenai kritikan bahawa pihak polis lambat menyiasat kes itu, Khalid berkata pihak polis perlu mengikuti prosedur siasatan.

Beliau menjelaskan, pihak polis perlu mendapatkan pandangan DPP dan mengumpul maklumat terlebih dahulu.

"Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan," tambahnya.
Itulah sikap dan wajah Polis Raja Di Malaysia..segala akta dan undang2 hanya terpakai dan terlaksana pabila berhadapan dengan pembangkang atau 'musuh' parti kerajaan, tapi apabila sesama mereka, atau mereka yg dilihat cenderung kpd parti kerajaan, ia seolah2 tidak terpakai sama sekali..

Dengan pembangkang, punya la laju buat siasatan, ambil tindakan, tetapi apabila sesama 'mereka', pelbagai jawapan dan alasan pula diberikan..apa pun, tahniah kerana akui kesilapan dlm kelewatan bertindak atas isu ini (rujuk disini)...harap ambil iktibar dari kes kemenangan Dr Hatta Ramli menyaman pihak polis atas tindakan tersalah membuat tangkapan (rujuk disini)..

Semoga menjadi pengajaran pada pihak polis TERMASUK penyokong tegar parti pemerintah!...wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...

Kartun@Zunar: 1Malaysia, 1 Menang pilihan raya...



[[ Hehehe..kraetif gak Zunar ni, tak terfikir lak buat idea cmni..1 Malaysia = 1 menang pilihan raya (PRK)...hehe...

Patutpun kerajaan takut sgt dengan majalah Gedung Kartun Zunar, sampai buat operasi besar2an rampas majalah tu..adehh...teruskan bro Zunar n the geng..caiyok!!.. ;D ]]
baca lagi [click here]...

MB Selangor kutuk tindakan hina agama, timbulkan kemarahan kaum lain



SHAH ALAM - Kerajaan Selangor semalam mengecam dan kesal terhadap tindakan provokatif sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketika rakyat negeri itu sedang bersiap-sedia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih w:ujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu amat dikesali.

"Tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur ke belakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan.

"Walhal usaha tersebut sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti," katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum.

"Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.

"Sehubungan itu, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut pemimpin Kerajaan Negeri," katanya.

Katanya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarahkan supaya mengadakan perbincangan terbuka Sabtu depan bersama penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau berkata, perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

"Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi fakta-fakta tidak benar yang sengaja diapi-apikan kumpulan berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor.

"Marilah kita memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan hormat-menghormati kerana inilah cara terbaik menyelesaikan hal ini," kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

sumber, SinarHarian Online
baca lagi [click here]...

Wednesday, August 26, 2009

Tun Mahathir dakwa Muhyiddin penipu?



SOUND BITES (Water for Singapore)

1. Tan Sri Muhyiddin spoke the truth about my persuading him to supply water to Singapore (read here). But Lee Kuan Yew did not threaten to go to war if we did not supply water. If he had done that, I think I would have stopped any further supply.

2. We were at that time trying to be friendly with Singapore in order to solve several problems. Although raw water would be supplied at 3 cent per 1000 gallons, the understanding was that in future only treated water would be supplied when our treatment plants would be ready. We would also not buy any more treated water from Singapore at 50 cent per thousand gallons when our new treatment plant in Johore is ready.

3. When we no longer needed to buy treated water from Singapore we could raise the price of raw water to Singapore without Singapore being able to raise the price of treated water to us.

4. However when we concluded the water supply agreement Singapore raised a lot of issues regarding our railway land, the CIQ (Customs, Immigration and Quarantine) at Tanjong Pagar, training flights by Singapore warplanes over Malaysia and the Central Provident Funds.

5. At that stage I realised that being friendly with Singapore did not pay.

6. I don't know about the sale of land to Singapore but as it was agreed that a treatment plant be built by Singapore in Johore, land would have to be made available.

sumber, chedet.co.cc

Terjemahan dan ulasan dari sungaiderhaka.blogspot.com

"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar tentang saya memujuk beliau untuk membekalkan air ke Singapura. Tetapi Lee Kuan Yew tidak mengugut untuk memerangi Malaysia jika kita tidak membekalkan air ke Singapura, jika dia bertindak demikian saya fikir saya akan hentikan semua bekalan seterusnya."

Maksud Tun disini ialah Lee Kuan Yew tidak pernah mengugut untuk memerangi Malaysia jika Malaysia tidak membekalkan air ke negaranya..

Atau dalam lain ayat Muhyiddin telah menipu 1Malaysia dengan mengatakan bahawa Singapura akan bertindak menyerang Malaysia jika Malaysia gagal membekalkan air kepada Republik itu...


baca lagi [click here]...

Kenyataan media Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Isu sebat pesalah arak..



Tidak sama hukuman rotan syariah

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

(Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.)

sumber, Malaysiakini

[[ Setuju dengan penjelasan dari Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang berkaitan isu ini..satu penerangan yang ringkas tetapi padat, membawa mesej2 tertentu serta mampu mengurangkan polimik2 yang timbul dari isu ini...

Sememangnya cara pihak2 tertentu termasuk pihak kerajaan menangani isu ini secara tidak berhemah tanpa dilatari dengan ilmu agama, mampu menimbulkan fitnah dan prasangka negatif terhadap keistimewaan undang2 Islam...maka dengan itu, adalah wajar perkara ini dirujuk dan diserahkan kepada pihak2 'berwajib' dan berautoriti untuk menjelas dan menjawabnya..


Semoga media perdana dlm negara ini tanpa sikap bias dan hasad, menyiarkan kenyataan penjelasan sebegini walaupun ia dari pembangkang..semoga akhirnya sinar Islam akan menerangi bumi Malaysia suatu hari nanti, insyaallah.....wallahua'lam..]]

Maklumat berkaiatan:

- Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir - zaharuddin.net

- Isu Kartika: Kekeliruan masyarakat punca polemik. - ABIM

- Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan - Mufti Perak


baca lagi [click here]...

Sultan Kedah perkenan Adun Lunas digugurkan daripada jawatan Exco



ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawaipegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim. BERNAMA

sumber, mStar Online
baca lagi [click here]...

Lagi pemimpin PAS menang saman..selepas media (BN), kini polis (BN) diarah bayar ganti rugi..



Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar gantirugi

KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya.

Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.

Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya, membuat keputusan itu berdasarkan saman yang dikemukakan mereka kepada Ketua Polis Daerah Rompin.

Saman itu telah dikemukakan oleh Dr Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin, Mazlan Mohd Yasin dan Ketua Pemuda PAS Rompin, Nazri Ahmad.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap oleh polis ketika majlis ceramah yang diadakan di markas Pas Bandar Muadzam Shah pada 10 Jun 2004.

Berikutan dari penahanan tersebut, mereka telah dimasukkan ke dalam lokap 12 jam. Menurut Hakim, ceramah yang diadakan oleh PAS Kawasan Rompin adalah diadakan di sebuah rumah yang telah dijadikan markas PAS Bandar Muadzam.

Justeru itu tindakan polis menahan mereka adalah satu kesalahan, ini kerana pihak polis beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai permit menganjurkan ceramah tersebut.

"Mahkamah telah memutuskan untuk dibayar gantirugi yang jumlahnya akan dinilai oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi," beritahu Dr Hatta dengan ditemani peguam yang mewakili dalam saman ini, Mohamed Hanipa Maidin.

Apa yang menarik di sini ialah hanya Ketua Polis Daerah Rompin sahaja yang disaman.

"Ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan tanggungjawab kepada mereka yang terbabit," tambah Hatta.

PAS kini mahu memberitahu penyokongnya bahawa majlis ceramah di kawasan persendirian adalah hak sendiri dan permit tidak diperlukan.

sumber, Harakahdaily

berita terdahulu...

Dahulu Utusan Malaysia, kini Berita Harian..Mahkamah arah BH bayar saman fitnah RM150 ribu !

Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan Melayu membayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz Omar kerana memfitnah beliau melalui artikel bertajuk “Demonstrasi — Mahfuz isytihar bersama Keadilan” yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada 4 Mac 2001.

Kini, dalam tempoh yang tidak sampai setahun, rakan sekutunya, Berita Harian pula diarahkan untuk membayar saman fintah sebanyak RM 150 ribu kepada Mahfuz Omar krn didapati bersalah atas tuduhan menyebarkan fitnah jahat..

selanjutnya, di sini...
baca lagi [click here]...

"Kalau PAS menang majoriti lebih 4000, aku lari bogel dari PP ke KL"..



Maka berkatalah hamba Allah bernama Zemi menjawab persoalan dari katilempuk, siapakah yang akan menang di PRK Permatang Pasir nanti?..

Jawab c Zemi;

lebih baik kau tanya aku soalan 1 = 1 = berapa?

Satu ja jawapan aku

KALAU BN MENANG, AKU AKAN BERLARI BOGEL SEPANJANG JAMBATAN P.PINANG.

TAPI KALAU PAS MENANG LEBIH DRP 4000 UNDI, AKU AKAN BERLARI BOGEL DRP PENANG SAMPAI KL
Begitulah lagak angkuh lagi sombong seorang forumer terkenal di laman forum Utara Online..penulis cukup kenal akan forumer yang agak tegar Umno ini..acap kali juga bertembung denganya ketika di laman forum TKO..

Beliau cukup dikenali ahli2 forumer disana atas kecekapan beliau menelah dan 'membaca' apa yang bakal terjadi..banyak telahan beliau dikatakan tepat dan benar..kes kejatuhan PR di Perak yang langsung tidak dijangka ketika itu sudah awal2 lagi dihidu beliau..itu adalah antara 'kejayaan' besarnya menafsir apa yg bakal berlaku..

Jelas semenjak itu, lagak dan lengggok kata2nya semakin lama semakin angkuh..kata2 "aku lah Zemi", "korang siapa", "lain kali tanya Zemi.." dan lain2 kata2 bongkak serta menghina keupayaan forumer PAS/PR mula meniti dibibir beliau setiap kali berdepan dengan lawannya...ada yang tertarik dengan keupayaan beliau menelah apa yg bakal berlaku sehingga menggelarkannya ahli nujum TKO..tidak kurang yg meminta khidmat beliau utk menafsir apa pula yang bakal berlaku selepas itu (dalam sesuatu isu)..

Tetapi Allah lagi Maha Berkuasa..kali ini telahan beliau tidak menepati sasaran...kata2 angkuh seperti akan berlari bogel sekiranya PAS menang lebih 4000 majoriti jelas memakan diri..kini, tinggal lagi desakan2 ahli2 forumer disana supaya forumer tegar Umno itu melunaskan janjinya...kita tunggu dan lihat...wallahua'lam..

maklumat lanjut disini, Utara Online

baca lagi [click here]...

Artikel pilihan: Kemenangan PAS perteguhkan PR



Sekali lagi PAS melunaskan janjinya kepada Pakatan Rakyat. PAS teruji dan berjaya di parlimen Kuala Terengganu, kemudiannya di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Manek Urai. Hari ini PAS unggul lagi di Permatang Pasir.

Memang kemenangan ini sebagaimana kemenangan yang sebelumnya adalah usaha bersama semua pihak dalam PR termasuklah PKR dan DAP serta rakan-rakan NGO yang lain. Tetapi ternyata pertempurannya dalam gelanggang PAS, kalau kalah boleh sahaja PAS yang dikatakan lemah dan hilang pengaruh.

Apa pun yang kalah adalah Umno yang kecundang adalah BN. Ini bermakna mimpi yang kononnya PAS dan PR telah mula diragui rakyat, telah mula hilang sokongan rakyat semuanya karut belaka.

PAS berhadapan dengan pengundi Permatang Pasir di bawah panji-panji PR dalam keadaan pengaruhnya dikatakan teruji. Di Kedah, kepimpinan PAS dikatakan kononnya keras dan bengis terutama terhadap masyarakat minoriti bukan Islam, manakala di Selangor PAS dikatakan cuba menganggu hak asasi masyarakat bukan Islam. Berbagai tohmahan dan serangan dilontarkan terhadap PAS sehingga ada yang beranggapan PAS berpotensi kecundang di Permatang Pasir setelah kemenangan tipis yang diperolehi di kawasan "solid" Melayu di Manek Urai.

Malah ada seorang rakan pimpinan DAP di Selangor mengatakan bahawa beliau menerima SMS yang menyebut bahawa PAS akan "bungkus" di Permatang Pasir akibat tindakan mengharamkan penjualan arak di Selangor.

Kini terbukti bahawa segala tindakan dan keputusan melibatkan PAS sebenarnya tidak menjejas atau mempengaruhi keputusan pengundi. Malah boleh dikatakan tindakan PAS berupa amar makruf nahi mungkar khusus dikalangan penganut Islam itu kini telah dapat diterima dan difahami, langsung tidak dibimbangi oleh masyarakat bukan Islam.

Bukankah masyarakat Islam yang baik dan berakhlak itu nanti bakal menguntungkan rakan-rakan bukan Islam dan menjadi aset kepada masyarakat dan negara. Tiada niat buruk oleh PAS dalam menekankan aspek-aspek keislaman melainkan melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Kemenangan di Permatang Pasir adalah petanda penerimaan masyarakat terhadap politik PAS yang dilihat lebih baik, dinamik dan boleh dipercayai berbanding Umno selama ini. Umno perlu kembali kepada Islam jika mahu terus relevan dan untuk itu tiada cara dan jalan lain selain berbondong masuk menyertai PAS.

Pakatan Rakyat kini perlu sedar dan insaf akan saling perlu memerlu antara satu sama lain dikalangan komponan di dalamnya. PAS ada mesej dan agendanya, ia mahu terus berkembang dalam PR, sleagi wujud konsep muafakat dan hormat-menghormati tiada sebab gagasan politik baru ini tidak boleh menggantikan BN diperingkat yang lebih besar.

Syabas YB Ustaz Mohd Salleh Man, semoga PAS Pulau Pinang diberi peluang memain peranan yang lebih aktif dan bermakna dalam kerajaan PR Pulau Pinang.

sumber, Roslan SMS
baca lagi [click here]...

Permatang Pasir jadi momentum perubahan PRU13 ..



BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos: Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.

"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak.

"Hari ini (25 ogos) adalah hari jadi saya (dan) saya kira ini hadiah hari jadi saya. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah."

Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi kata ini (kemenangan) sama dengan kemenangan mereka di Manik Urai, kononnya berjaya kurangkan majoriti (sehingga) 65 undi.

"Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)."

Nada yang sama turut disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Umno sebagai Pakatan yang 'rapuh'.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti-parti pemerintah.

"Ini (Dun Permatang Pasir) bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan."

"Ini (kemenangan) menunjukkan sokongan kuat pada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) DAP, PAS dan PKR. Bukan seperti Umno katakan, Pakatan kita (adalah) pakatan yang rapuh."

"Bukan seperti Umno (dan) Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat. Pakatan (rakyat) yang kukuh ini boleh memenangi pilihanraya (ke-) 13 nanti, sebab rakyat mahu sebuah (kerajaan) persekutuan yang ada 'jiwa' Malaysia, bukannya perkauman sempit."

Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P. Ramasamy yang ditemui kemudian mengganggap kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil; dan nasional.

"Memanglah (benar). Saya tidak perlu sebutlah (soal kemenangan). Kemenangan ini sudah jadi gelombang...tentu jadi gelombang di (Dun) Seputeh jika jadi pilihanraya."

"(Dun Permatang Pasir) sudah jadi gelombang perubahan yang berterusan Pakatan ke peringkat nasional juga."

Bercakap di luar tempat perjumlahan pengundi IKBN kemudian, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.

Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.

"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."

"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut.

Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai - bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.

Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.

sumber, harakahdaily
baca lagi [click here]...

Sunday, August 23, 2009

Isu isteri ke-2 Rohaizat: Pendedahan penuh dari Ust Nasrudin dan team PerakExpress..



Rohaizat berbohong tidak akui Rafizah isterinya?

PERMATANG PASIR, 23 Ogos - Ketua Pemuda PAS sekali lagi membangkitkan kezaliman Rohaizat terhadap isterinya. Nasrudin menegaskan kenyataannya itu melalui blog pribadinya http://episodeperjuangan.blogspot.com. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan perkara ini ketika sidang media di Kg Pelek, Permatang Pasir.

"Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki ." kata beliau

Menurut beliau, kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim dan merupakan seorang pemimpin.

Tambah beliau, pribadi pemimpin pula mestilah mulia, berakhlak tinggi, moral yang terpelihara, bertanggungjawab, adil dan hatinya bersih, kerana akan menjadi ikutan ramai.

Ustaz Nasrudin menjelaskan bahawa Isu yang beliau dedahkan baru - baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau , dan ia bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

"Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat ." jelas Nasrudin yang juga menetap di Pahang negeri asal Rafizah.

Nasrudin juga turut menceritakan bahawa Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpanya kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sejak setahun yang lalu.

Walaubagaimanapun Dato' Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS tidak mengetahui siapakah suami Rafizah itu dan hanya menasihati Rafizah supaya bersabar.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu Dato' Tuan Ibrahim bahawa calon BN, Rohaizat Othman itulah suaminya.

Selepas itu Nasrudin terus bertemu dengan kedua ibubapa Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . "Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu." kata nasrudin menggambarkan penderitaan yang dialami Rafizah.

Meskipun telah dikahwini secara sah oleh Rohaizat, Rafizah digantung tidak bertali malah diperlakukan tidak ubah seperti perempuan simpanan selain tidak diberikan nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut-turut, cerita Nasrudin.

Ibu Rafizah berkata kepada Nasrudin bahawa anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya.

"Isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah" jelas Nasrudin.

Menurut Nasrudin apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali - kali menafikan Rafizah sebagai isterinya.

Menurut pengakuan Puan Rafizah (diceritakan oleh Nasrudin), betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya.

Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

Rafizah juga tidak menikmati kebahagiaan seperti ibu-ibu yang lain yang mempunyai suami dan anak-anak di sisi.

Rafizah dikatakan pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain.

Ustaz nasrudin yang mengatakan bahawa beliau mendapat keizinan Rafizah untuk mendedahkan perkara ini turut mempersoalkan peranan Sharizat Jalil sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah-masalah seperti ini.

"Saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri.

"Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang".

Akhir sekali Ustaz Nasrudin memperingatkan bahawa kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang ditentang beramai - ramai.

"Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang ." tegas beliau

sumber, Laman Utama PRK N. 11

Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat

Malaysiakini semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan Andrew Ong dalam Malaysiakini menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.

Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.

Apa cerita yang sebenarnya?

Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.

Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.

Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

Rohaizat telah membeli sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas dan rumah tersebut telah didaftarkan diatas nama Hafizah. (Tinjauan kami petang semalam mendapati rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain.) Hafizah menetap disini dan Rohaizat hanya datang apabila perlu.

Semasa menetap disini, ibu bapa Hafizah pernah datang dan meminta bertemu dengan Rohaizat. Dalam pertemuan tersebut, En. Mohd. Ali meminta mereka berkahwin selepas melihatkan hubungan yang sudah diluar batasan, tetapi Rohaizat enggan mengahwini Hafizah.

Kira-kira dua bulan selepas itu, Rohaizat pergi ke rumah En. Mohd Ali di Pahang, dan mungkin kerana keterlanjuran, bersetuju untuk mengahwini Hafizah, tetapi majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sembunyi.

En. Mohd. Ali sendiri menjadi jurunikah, menikahkan anaknya Hafizah dengan Rohaizat. Tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, sebaliknya hanya satu surat perjanjian dibuat untuk membuktikan Rohaizat dan Hafizah sudah berkahwin.

Tidak lama selepas perkahwinan tersebut, Bapa hafizah, En. Mohd. Ali telah berkunjung kerumah ibu bapa Rohaizat di Kg. Pelet, Seberang Perai, (dalam DUN Permatang Pasir), untuk memaklumkan bahawa anaknya telah berkahwin dengan Rohaizat. Tetapi kedatangan En. Mohd. Ali kerumah ibubapa Rohaizat tidak dilayan oleh mereka. Malah En. Mohd. Ali sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut oleh ibu dan abang Rohaizat.

Kecewa dengan perbuatan ibubapa Rohaizat, En. Mohd. Ali kembali ke Pahang dengan membawa Hafizah bersama mereka.

Namun, tidak lama kemudian, Hafizah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali kepangkuan Rohaizat. Mereka kemudian menetap di Sungai Aceh, Nibong Tebal kerana rumah di Bertam telah disewakan kepada orang lain.

Rohaizat hanya berjumpa Hafizah apabila perlu kerana terpaksa merahsiakan hal ini dari isteri pertamanya. Hasilnya, Hafizah mengandung.

Amat menyedihkan, apabila Rohaizat enggan mengaku bahawa anak dalam kandungan Hafizah itu anaknya, dan mendesak Hafizah supaya menggugurkan kandungan tersebut. Bayangkan, bagaimana perasaan seorang wanita yang diperalatkan untuk kepentingan wang dan nafsu, tetapi hanya di layan seperti perempuan simpanan.

Hafizah terpaksa menanggung segala penderitaan bersaorangan, manakala Rohaizat lepas tangan. Dan sekarang mahu menjadi Yang Berhormat!

Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan tersebut.

Walaubagaimanapun, Rohaizat tanpa rasa malu, telah pergi menemui Hafizah di Pahang dan merayu supaya kembali kepadanya. Hafizah termakan pujuk rayu Rohaizat dan kembali ke Pulau Pinang. Tetapi selepas merasakan Rohaizat hanya mahu mempergunakannya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Inikah sikap seorang bakal pemimpin dari Umno?

Soalan ini sewajarnya ditujukan kepada Zahid Hamidi. Dalam the Edge, Zahid dipetik sebagai berkata,

“Even though he was struck off by the Bar Council, he has good qualities and values especially where family is concerned. We do not question the opposition on their candidate, and we can also do that. (Zahid Hamidi.) http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147556-zahid-maintains-rohaizats-innocence.html

Sekarang bagaimana Zahid? Apakah ini kualiti dan nilai-nilai kekeluargaan yang cuba dipupuk, meninggalkan isteri tanpa nafkah dan penjagaan, menjadikan isteri sebagai perempuan simpanan, dan berkahwin, hanya untuk menghalalkan seks? Apakah ini nilai-nilai kepimpinan yang hendak ditonjolkan oleh Umno?

Dan kepada Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno, apakah ini pemimpin yang hendak diketengahkan? Apakah kemenangan pilihanraya kecil itu lebih penting dari menjaga maruah seorang wanita? Apakah prinsip dan maruah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membela wanita itu perlu diketepikan, hanya untuk menang pilihanraya? Dan lebih teruk, apabila seorang yang terbabit dalam penganiayaan terhadap wanita, tiba-tiba disanjung dan dijulang oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap wanita?

Dalam NST, Shahrizat dipetik sebagai berkata, ““One thing that Malaysians must realise is that when it comes to electing a wakil rakyat (assemblyman) it is serious business.”

This is damn serious, Madame! I saw you talking to Nik Aziz on nomination day, asking for clarification on what Nik Aziz said about Umno. And I hope you realize, that what Nik Aziz said about Umno is true! And I hope you’ll tell people of Permatang Pasir, if this can happen to Hafizah, it can happen to their daughters as well.

Kalau Rohaizat boleh menipu isterinya, menipu Hafizah….apakah dia tidak mampu menipu rakyat Permatang Pasir? Malah pemimpin Umno sendiri sudah mampu ditipunya, sehinggakan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri…sudah tertipu.

Dalam Malaysiakini juga dilaporkan bahawa Rohaizat akan menyaman Nasrudin Tantawi sekiranya Nasrudin gagal membuktikan dakwaannya.

Fikir kembali, Rohaizat.

“Earlier, at Giatmara in Permatang Pasir, Rohaizat apologised to voters for his previous mistakes.” (NST)

Rohaizat perlu meminta maaf kepada Hafizah, bukan kepada pengundi Permatang Pasir. Pengundi Permatang Pasir tidak berhak untuk memaafkan kesalahan Rohaizat kepada Hafizah dan keluarga beliau.

“But thankfully, I have corrected my wrongdoings.” (NST)

Bullshit!! Kami berharap, Rohaizat dapat berjumpa kembali keluarga Hafizah dan meminta maaf, jangan sampai mereka datang ke Permatang Pasir menuntut maaf.

Cukuplah aib dan sengsara yang diperlakukan terhadap keluarga Hafizah. Perakexpress tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka kerana itulah perjanjian kami. Dan kami tidak mahu mengaibkan mereka lagi, cukup sekadar meminta Rohaizat menginsafi diri dan memohon maaf kepada keluarga Hafizah dan En. Mohd. Ali.

Dan sekiranya Rohaizat masih angkuh dan enggan mengakui apa yang telah dilakukannya, jangan terkejut sekiranya keluarga Hafizah sendiri akan tampil dipentas ceramah seperti yang dilakukan oleh Imam Ramlang Porigi dalam PRK Permatang Pauh yang lalu.

Anda masih mempunyai masa untuk bertaubat dan insaf, dan Ramadan Al Mubarak adalah masa yang paling sesuai untuk kita sedar dan melihat kembali apa yang telah kita lakukan. Lakukan perkara yang terhormat, sebelum berangan-angan menjadi Yang Berhormat.

sumber, perakexpress.com

baca lagi [click here]...

Pedoman: Alkisah di sebuah negeri Serambi Mekah..



Kisah di Billion Kota Bharu 2005

Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?" Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.

Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz."Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

sumber, wan-nasru.blogspot.com
baca lagi [click here]...

BN Mula Edar Risalah Hasutan Secara Terbuka? (Video inside)



Umno-BN menerima tamparan hebat selepas mengemukakan calon yang disenarai hitam Majlis Peguam kerana menyeleweng wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

Sehingga ke hari ini, calon Umno-BN Rohaizat Othman belum menjawab pendedahan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak, yang membuat pendedahan terbuka mengenai penyelewengan yang dilakukan calon berkenaan.

Disaat genting seperti ini, jentera Parti Keadilan Rakyat di Dun N11 Permatang Pasir mengesan cubaan pihak-pihak tertentu menggunakan taktik 'false flag' bagi menarik sokongan pengundi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Umno-BN menggunakan nama Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dalam risalah-risalah yang diedarkan kepada pengundi menggesa supaya orang-ramai tidak menyokong calon Pas Salleh Man Mat Aji.

“Ia jelas bertentangan dalam adab dan pendekatan dalam pilihanraya, saya ingin mencabar Khairy Jamaluddin jangan gunakan taktik politik ini dan jangan ajak PKR atau Pas untuk terlibat dalam politik fitnah, adu domba seperti mana yang ditinjukkan melalui risalah,” katanya.

Lebih-lebih lagi di bulan mulia Ramadhan, Shamsul menyeru pihak terbabit supaya bertaubat dan kembali kepada corak kempen yang sihat.

AMK turut menyatakan kekesalan dengan tindakan terdesak Umno-BN, dan mengatakan bahawa AMK bersedia untuk mengheret individu-individu bertanggungjawab ke mahkamah.

“Fitnah seperti ini diedar kepada rakyat dan diedar secara terbuka dan berani oleh mereka yang memakai baju BN. Saya cabar mereka nafikan,” katanya.

Siastan mendapati risalah yang diedarkan itu berbaur perkauman dan menghasut kepada kebencian. Shamsul berkata mesej seperti ini tidak selari dan tidak diterima sama-sekali oleh PKR.

Menyentuh isu yang sama, Ketua AMK Pulau Pinang Yusmadi Yusoff tidak menolak risalah-risalah ini adalah antara komplot Umno-BN memporak-perandakan keutuhan saf Pakatan Rakyat.

Beliau tidak menolak pengedaran risalah-risalah ini mungkin cubaan untuk 'mindsetting' minda rakyat, sebelum disusuli dengan rancangan yang lebih besar.

“Saya mencabar pemuda Umno sekiranya betul 10 perkara yang ditulis ini hendak diracuni kepada masyarakat Pulau Pinang, mari kita berhujah mengenai isu 10 perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu pengundi hantu.

Tian Chua berkata siasatan jentera PKR turut mendapati adanya pengundi ragu bukan sahaja dalam pilihanraya Permatang Pasir, bahkan dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Demikian itu, Khairy diminta untuk tidak berlengah-lengah sehinggalah hari pengundian nanti, sebaliknya memfailkan aduan segera.

Tian Chua menggesa Pengarah SPR dipecat dalam usaha mewujudkan suasana pilihanraya yang bersih.

“Mereka sebahagian daripada kerajaan, bukan sahaja mempunyai bukti namun ada kuasa untuk selesaikan masalah. Kalau betul ada pengundi hantu, SPR seperti yang dicadang oleh Pakatan Rakyat, Pengerusi SPR harus dipecat.

“Ini bermakna pengerusi SPR tidak cekap dan tidak bertanggungjawab dan membenarkan ini berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran polis yang ramai di Dun N11 terutamanya dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Bendahari Agung PKR William Leong berkata ia merupakan satu tindakan cuba menakut-nakutkan orang ramai.

“Di ceramah jika kita tengok ramai polis beruniform untuk menakutkan rakyat mendengar walaupun Perlembagaan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun terutamanya dalam kempen politik,” katanya.

sumber, TVAntara


baca lagi [click here]...

Saturday, August 22, 2009

N. 11 @ Ramadhan : Pesanan Tok Guru Nik Aziz buat pengundi Permatang Pasir..



PESANAN NIK AZIZ

Dalam pada itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mahu pengundi Permatang Pasir mengekalkan kerusi yang dimenangi PAS ini dengan majoriti lebih besar.

"Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh Pakatan dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno-BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil.

"Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. "Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. Insya-Allah, ini akan berlaku tidak lama lagi," kata beliau dalam teks pesanan yang diperoleh petang tadi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, melihatkan trend sokongan bukan Islam kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah membawa kemenangan Datuk Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, "Saya cukup mempunyai keyakinan."

"Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 (Permatang Pasir) ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," katanya.

Beliau juga meminta agar digunakan kesempatan pilihan raya kecil kali ini dengan penuh cermat.

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekali gus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan," katanya lagi.

sumber, mStar Online

Kenyataan penuh Tok Guru..

PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya.

Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya.

Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu.

Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak?

Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM.

Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi.

Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?
Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009
baca lagi [click here]...

Zahid gelabah: Nafi guna ATM bantu kempen BN..



Zahid nafi guna ATM bantu kempen BN

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyanggah dakwaan Pas bahawa beliau menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau menegaskan, kehadiran pasukan ATM di kawasan itu adalah untuk membantu masyarakat melalui program 'Jiwa Murni' dan bukannya sebagai alat jentera meraih undi.

''Program ini sebenarnya merupakan keperluan semasa rakyat yang memerlukan bantuan ATM melalui kepakaran yang terdapat di dalam Kor Diraja iaitu jurutera, perubatan dan agama.

''Penduduk boleh meminta bantuan ATM pada bila-bila masa kerana program ini berjalan setiap masa jika ada kemahuan dan ia bukannya ada semasa kempen pilihan raya sahaja seperti yang disangkakan Pas,'' tegas beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis penamaan dan perasmian Hospital ATM Tuanku Mizan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ketua Pengarah Operasi Jentera Pas di Permatang Pasir mendakwa dalam laman web HarakahDaily bahawa Ahmad Zahid menggunakan khidmat ATM sebagai bahan kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dakwa Mahfuz lagi, khidmat ketenteraan itu juga sebagai strategi membawa masuk 'pengundi hantu' dan penipuan kertas undi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pembangkang terutamanya Pas perlu menukar mentaliti serta minda mereka daripada asyik mencari kesalahan orang lain.

''Saya minta mereka (Pas) tolong bezakan antara program politik dan kebajikan, adakah ATM tidak boleh memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,'' katanya.

Sebagai contoh, beliau memberitahu, melalui program 'Jiwa Murni' itu, mereka berjaya membantu meringankan masalah perubatan seorang penduduk yang menderita selama 13 tahun kerana kemalangan di tempat kerja.

''Kami berjaya menolongnya mendapatkan bantuan daripada Yayasan Kebajikan Negara bagi menampung kos perubatan bulanannya selain mendapatkan doktor pakar yang sesuai merawatnya.

''Adakah itu juga dipanggil program politik, kenapa mereka tidak boleh hargai bantuan rawatan yang kami berikan kepada rakyat,'' soalnya.

Selain itu, beliau berkata, sebagai Menteri Pertahanan, ia sudah menjadi prosedur kepada ATM mengawal keselamatannya ke mana sahaja beliau pergi.

''Saya tidak minta out-rider (pengiring) untuk mengiringi saya sepanjang tempoh berkempen dan saya langsung tiada berniat gunakan mereka untuk berkempen.

''Sebagai Menteri, keselamatan saya berhak dijaga dan oleh itu, saya harap Pas tolong fikir banyak kali sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu,'' katanya.

sumber, Utusan Online

[[ Hmm..dah dlm gambar tu apa cerita datuk?..tak ke jelas umno/BN perguna ATM utk tujuan kempen/raih undi calon BN?...

Tak kira la nama program 'jiwa murni' ke 'jiwa berseri' ke, 'jiwa 1Malaysia' ke..yang orang persoalkan sekarang, salahgunakuasa umno terhadap jentera kerajaan..udah plak tu, buat kat tempat berlangsungnya pilihan raya, dlm markas umno/BN? tak ke terang2 perguna ATM utk tujuan kempen umno/BN?

Beliau sarankan PAS bezakan antara kerajaan dan politik, tapi beliau tak sedar, tindakan beliau adalah menyalahgunakan kuasa kerajaan demi kepentingan politik...

Nak tanya, kalau PAS guna ATM ni utk buat perkara sama boleh tak?..komfem tak akan lepas..alasannya, ATM perlu dipisahkan dari kegiatan politik, ataupun PAS adalah parti pembangkang...

Adehh..tak tau la kalau ada orang kat luar tu yang masih percaya umno/BN terutama si Zahid ni...ada bukti, so korang fikirlah sendiri..pada saf kepimpinan, sila bawa isu ini keperingkat nasional, hebahkan kepada rakyat..dan jika boleh, bawa ke muka pengadilan! wallahua'lam...]]

berita terdahulu..
-Koor Perubatan Tentera di’UMNO’kan di Permatang Pasir!
baca lagi [click here]...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin