
Versi mStar Online
Zulkefly calon terbaik Pas di Bagan Pinang, kata Abdul Hadi
PORT DICKSON: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 300 penyokongnya di Markas DAP di sini semalam.
Abdul Hadi berkata Zulkefly Mohamad adalah calon terbaik kerana beliau calon muda dan berpendidikan tinggi.
"Kami (PAs) pilih beliau kerana beliau calon terbaik, calon muda dan berpendidikan tinggi. Semua sebulat suara bersetuju (pemilihan Zulkefly)," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon parti itu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali dan Naib Presidennya Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu Zulkefly berkata beliau berterima kasih atas kepercayaan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat, dan menurutnya tujuan pakatan itu memasuki pertandingan semata-mata atas kehendak rakyat, untuk membela rakyat.
Pada pilihan raya umum 2008, Zulkefly yang bertanding kerusi DUN Lenggeng, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mustafa Salim dengan majoriti 1,285 undi.
Anak jati Lenggeng itu sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (20052007) sebelum dilantik ke jawatan sekarang yang dipegangnya selama dua penggal.
Zulkefly merupakan seorang ahli perniagaan dan memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di Syarikat GLC dan Syarikat Telekomunikasi.
Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum lepas, menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas. BERNAMA
Versi Malaysiakini
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.
Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.
Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.
Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.
Serah pada pengundi
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Zulkefly berkata Pakatan Rakyat (PR) akan membuat perubahan bersama dengan kehendak rakyat.
“Kita bertanding untuk membela rakyat,” katanya.
Ditanya mengenai peluangnya untuk menang, Zulkefly berkata, terpulang kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka.
Beliau yakin pengundi bijak untuk memilih wakil rakyat yang dapat berkhidmat untuk membela mereka.
Ditanya harapannya dalam piliharnaya kecil kali ini memandangkan beliau bukan anak tempatan, Zulkefly yang pernah tiga kali bertanding sebelum ini berkata:
“Saya anak watan Negeri Sembilan, cuma lain daerah sahaja. Kita boleh capai kemenangan untuk bawa perubahan kepada rakyat.”.
Ditanya mengenai calon BN - Tan Sri Isa Samad yang merupakan calon popular dan mendapat sokongan akar umbi - Zulkefly sekali lagi mengulangi bahawa terpulang kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka.
Calon terbaik
Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS memilih Zulkefly kerana beliau merupakan calon terbaik, muda dan berpendidikan tinggi.
Kepimpinan PAS, tegasnya, sebulat suara memilih Zulkefly bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Ditanya mengenai isu-isu yang bakal dibangkitkan dalam kempen dalam pilihanraya kecil tersebut, Hadi berkata: “Tunggu dulu”.
Hadi juga ditanya mengenai kemungkinan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor - ekoran teguran pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan - akan dijadikan isu di Bagan Pinang.
Menjawab soalan tersebut, Hadi berkata: "Masalah dalaman yang ditimbulkan oleh media akan diselesaikan. Tidakjadi masalah."
Hadi juga ditanya mengenai peluang PAS menang dengan meletakkan pesuruhjaya negeri itu sendiri bertanding di Bagan Pinang, memandangkan dalam pilihanraya umum tahun lalu, parti itu tewas di 12 daripada 13 kerusi DUN yang ditandinginya di Negeri Sembilan.
Dalam jawapannya, presiden PAS itu berkata: “Kita melihat perubahan, tujuh daripada lapan pilihanraya kecil (sejak pilihanraya umum tahun lalu) kita menang, ini satu perubahan, adanya anjakan paradigma di kalangan pengundi di Semenanjung.”
Ditanya mengenai pengundi pos yang berjumlah lebih 4,000 orang dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, Hadi berkata, terserah kepada pemilih yang mempunyai hak untuk mengundi.
sedikit info mengenai calon PAS..
Hj Zulkifli Mohamad Omar Calon PAS Bagan Pinang
Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi. Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :
NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN
JAWATAN DALAM PAS:
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)
LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.
blog Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Hj Zulkifli Mohamad Omar,
zulkeflyomar.blogspot.com
baca lagi [click here]...
NOTIS: Entry yang mesti kalian lihat dan sebarkan..(isu semasa)
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
2. Isu HANGAT 2
BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!
3. Isu HANGAT 3
Isu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..(sila sebarkan!)
4. Isu HANGAT 4 [TERBARU]
Koleksi berita sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!
Wednesday, September 30, 2009
DUN Bagan Pinang: PAS pertaruh Pesuruhjaya PAS Negeri, Hj Zulkifli Mohamad Omar..Allahuakbar!
Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.
"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.
"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.
Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.
Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.
sumber, Malaysiakini
baca lagi [click here]...
Friday, September 25, 2009
Umno tidak belajar dari pengalaman - Dr M

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.
"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.
"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.
Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.
"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).
"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.
Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.
Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).
Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.
Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.
Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.
Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.
BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos.
sumber, Harakahdayli
baca lagi [click here]...
PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.
PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.
"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.
Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.
"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.
PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.
sumber, Harakahdaily
baca lagi [click here]...
Saturday, September 19, 2009
Selipar: Mahathir sedih dikecam Umno

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".
Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.
"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya.
"Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.
"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.
Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.
Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.
Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.
Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya.
"Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)."
"Pasal apa dulu tak react, kali ini react.
"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.
Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.
"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.
Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."
Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.
Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu. BERNAMA
Sumber, Malaysiakini
baca lagi [click here]...
Sunday, September 13, 2009
Mirzan dilantik ahli lembaga pengarah pengeluar arak terbesar Filipina

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah Iklan dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.
"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.
Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.
San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.
Menurut Mirzan dalam suratnya itu, syarikat itu sedang berubah haluan ke infrastruktor, kemudahan awam dan tenaga yang diperlukan oleh negara Filipina.
Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini.
Namun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu.
"Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," kata Mirzan.
Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.
Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja.
Usaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam.
Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.
Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi.
sumber, Harakahdaily
[[ Hanya urusan perniagaan?..astaghfirullah..apakah beliau tidak tahu terdapat 10 golongan yang dilaknat oleh Allah berkaitan isu arak ini?antaranya ialah berniaga arak..korang pikir la sendiri..]]
baca lagi [click here]...
"Terima kasih Tun Mahathir" - Mahfuz Omar

Mahfuz ucap terima kasih kepada Dr M
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa kemenangan yang akan diperolehi tidak akan kekal jika prestasinya lemah.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang memotivasikan lagi rakyat yang cintakan demokrasi dan kedaulatan undang-undang apabila bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyatakan Umno dan BN mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.
"Dr Mahathir kata, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.
"Apa yang beliau nyatakan itu merupakan peringatan yang sangat berguna kepada Pakatan. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Serentak dengan itu, beliau menggesa para pemimpin Pakatan mengingati kembali kenyataan Dr Mahathir November lalu di mana bekas Perdana Menteri menyatakan bahawa parti-parti lawan BN sedang memberikan 'preview' jenis pemerintahan yang akan didirikan.
"Kita bertanggungjawab memberikan 'preview' yang menyenangkan hati rakyat dan bukan 'preview' yang menyebabkan mereka meluat untuk melihatnya," Mahfuz mengingatkan.
Walaupun Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menunjukkan contoh yang baik dengan kehidupan sederhananya, kata beliau, ia tidak akan memberikan apa-apa makna jika tidak diikuti dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin yang lain.
Mahfuz menyeru kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR dan para pemimpin PR memastikan diri mereka bersih dari gejala-gejala yang melanda Umno yang dinyatakan oleh Dr Mahathir.
"Ketika (Presiden MIC, Datuk Seri S) Samy Vellu semalam menyatakan orang-orang India menyampah dengan BN, para pemimpin PR mestilah sedar bahawa bukan orang-orang India sahaja yang menyampah dengan BN malah sukar dinafikan bahawa majoriti rakyat negara ini menyampah dengan BN.
"Oleh itu, jika para pemimpin PR dilihat tidak berbeza dengan para pemimpin BN, rakyat akhirnya akan menyampah dengan PR," beliau mengingatkan.
Ketika mengulas penolakan rakyat Jepun terhadap LDP yang memerintah negara itu sejak Perang Dunia Kedua, Dr Mahathir berkata, fenomena tersebut tidak mustahil berlaku terhadap BN.
Jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, beliau tidak menolak kemungkinan para pengundi yang kecewa akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad.
"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.
"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.
"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.
Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.
Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".
Dr Mahathir berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.
Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan LDP apabila memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.
sumber, harakahdaily
baca lagi [click here]...
Pemuda mahu calon pilihan raya temui pengundi pos

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Dewan Pemuda PAS mahu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membenarkan calon PAS yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bertemu dengan pengundi pos di kawasan itu.
Timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, calon PAS perlu bertemu dengan pengundi pos yang terdiri daripada anggota tentera bagi memastikan mereka mengenali calon yang bertanding.
Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga perlu diberi kebenaran untuk berkempen kepada pengundi pos bagi memastikan segala maklumat sampai kepada pengundi pos yang merupakan kumpulan pengundi terbesar di Dun berkenaan.
"Kalau menteri pertahanan dan jabatan kerajaan lain boleh bertemu mereka, mengapa kami dari Pakatan Rakyat tak boleh bertemu dengan mereka?" soalnya.
Bercakap pada satu sidang media selepas mesyuarat exco pemuda tengahari tadi, Azman berkata, Pemuda akan menghantar tuntutan kepada SPR agar memansuhkan Borang Lampiran 2 yang memuatkan butiran peribadi pengundi pos.
"Borang yang tulis maklumat peribadi pengundi pos itu sendiri yang mungkin menyebabkan mereka takut kedudukan mereka terjejas kalau undi Pakatan Rakyat," tegasnya.
Pada sidang media yang sama, Azman juga memaklumkan Pemuda sedang menyediakan satu cadangan untuk diserahkan kepada negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat berkaitan dengan penjualan arak.
Pemuda dalam masa terdekat ujarnya akan mengadakan seminar atau perbincangan meja bulat untuk membincang dan mengemukakan cadangan berhubung isu berkenaan.
"Pemuda berpandangan isu ini sangat penting bukan sahaja kepada negeri Selangor tetapi juga negeri-negeri Pakatan lain termasuk Perak yang kita anggap masih di bawah Pakatan Rakyat," katanya.
Jelasnya, Pemuda akan menyediakna garis panduan bekenaan penjualan arak di negeri Pakatan, bukan mengharamkannya secara total seperti yang disalaherti oleh banyak pihak.
"Kita akan beri garis panduan dan pandangan daripada Pemuda PAS. Bukan haram secara total kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum (arak)."
Selain itu, DPP juga menyokong usaha sayap pemuda anggota Pakatan Rakyat untuk menubuhkan satu sekretariat pemuda Pakatan untuk menyelesaikan segala isu yang timbul secara bersama tanpa berlakunya salah faham.
"Pemuda Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan mesyuarat setiap bulan untuk menangani isu-isu yang berlaku dalam negara kerana kita rasa perjumpaan yang kerap paling kurang sekali sebulan dapat menyelesaikan banyak masalah yg berlaku."Katanya.
Pada masa yang sama, pemuda Pakatan Rakyat sedang merancang untuk mengadakan konvesyen pemuda Pakatan Rakyat di seluruh negara untuk menghimpunkan seluruh Pakatan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
sumber, Harakahdaily
[[ Antara cadangan yang bijak lagi bernas!..tahniah pemuda PAS..]]
baca lagi [click here]...
Ihya' Ramadhan: RM 12 000 untuk masjid dan surau sekitar DUN Kinrara - Teresa Kok
Teresa pilih ‘masjid kontroversi’
BANDAR KINRARA – Seperti tahun sebelumnya, empat masjid dan 16 surau di bawah kawasan Dewan Negeri (DUN) Kinrara tetap menerima sumbangan bulan Ramadan daripada wakil rakyat mereka.
Namun apa yang berbezanya tahun ini, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim memilih Masjid al Ehsan di Bandar Kinrara Lima sebagai lokasi penyerahan sumbangan berikutan digelar ‘masjid kontroversi’ gara-gara wakil rakyat itu dikatakan pernah melarang laungan azan di situ setahun lalu.
Teresa ketika ditemui berkata, beliau sehingga kini tidak percaya bahawa pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana isu larangan laungan azan yang tidak pernah dilakukan.
“Saya masih ingat lagi pada 12 September tahun lalu, saya ditahan di bawah ISA kerana dikatakan bersama beberapa penduduk menghantar petisyen ke masjid itu untuk meminta suara azan diperlahankan.
“Mengingatkan perkara itu, saya sendiri tidak tahu bagaimana tiada siasatan dijalankan sehingga menyebabkan saya ditangkap sedangkan tidak pernah mengetahui lokasi masjid atau menjejakkan kaki ke masjid itu sebelum ditahan,” katanya yang mendakwa semalam genap setahun beliau ditahan dan dibebaskan.
Teresa berkata, lebih mendukacitakan beliau ketika itu adalah selepas dibebaskan, pihaknya diberitahu penahanannya adalah berikutan khabar angin yang disebarkan.
“Memang tidak menafikan ada penduduk yang menghantar petisyen berhubung perkara itu namun ia tiada kena-mengena dengan saya kerana pembantu saya ketika itu telah meletakkan cop pusat khidmat DUN tanpa diketahui saya.
“Namun selepas dibebaskan, saya berterima kasih kepada bekas nazir masjid itu sebelum ini yang bercakap benar dan menyatakan saya tidak pernah terlibat dengan bantahan laungan azan itu,” katanya.
Dalam majlis itu, Teresa memberi sumbangan RM1,000 kepada pengerusi masjid manakala RM500 kepada pengerusi surau untuk membantu menampung perbelanjaan di rumah ibadat pada bulan Ramadan.
sumber, Sinarharian Online
[[ Peruntukan khas Ramadhan sebanyak RM 12 000 untuk surau dan masjid sekitar DUN Kinrara..
RM 1000 x 4 (masjid) = RM 4000
RM 500 x 16 (surau) = RM 8000
Tahniah ADUN Kinrara..satu permulaan yang baik oleh seorang ADUN bukan Islam..mungkin di tahun2 hadapan, boleh digandakan jumlah peruntukan itu mengikut keadaan dan keperluan...satu usaha yg mungkin tidak dilakukan atau 'terlupa' dilakukan oleh ADUN-ADUN yang beragama Islam itu sendiri..hanya mengharapkan peruntukan pusat dan sebagainya...
Apa pun, secara tidak langsungnya mampu 'mengharmonikan' kewujudan kepelbagaian kaum dan agama dlm negara ini, seterusnya mematikan dakwaan2 nakal bahawa DAP khususnya beliau sendiri anti Islam dan sebagainya..
Insyaallah, berbaik sangka dalam masa yang sama berwaspada..itu lebih baik dari selamanya berburuk sangka, perkauman dan hasad..disitulah terdapatnya unsur dakwah yang diajar Islam ketika berhadapan dengan mereka yg bukan Islam...wallahua'lam...]]
baca lagi [click here]...
Ramadhan Karim - Kelantan Membina Generasi Al Quran

Dinsman telah menulis….
” Ramadhan juga adalah bulan al-Quran, kerana al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bulan Ramadhan. Mengambil sempena itu Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz mengeluarkan kain-kain banner yang menunjukkan orang membaca Quran, dan memasangnya di merata-rata tempat yang strategik. Tujuannya sebagai kempen supaya orang membaca Quran dengan lebih rajin di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kata Tok Guru, “kita tengok pun senang rasa hati.”
Tetapi hatinya yang senang itu pula mengusik mindanya menjadi kritis dan kreatif. Maka dilihatnya dalam imaginasinya ada gambaran lain yang lebih wajar, bagi menampilkan mesejnya. “Tolong buat banner lain,” kata Tok Guru yang kreatif ini, “orang baca Quran itu, kalau boleh, ada anak atas ribanya.
Menandakan kita di Kelantan mendidik generasi Quran. Aku baca Quran, anak aku dengar. Walaupun anak baru berumur sebulan atau setahun, tapi Islam menetapkan apabila anak dilahirkan, kita diminta azan di telinganya, biar nama Allah dan Nabi Muhammad dalam azan itu masuk ke dalam telinga anak kita. Dia fahamkah tak fahamkah, tak mengapa, kita hanya turut Nabi Muhammad saw.”
Sangat menarik! Rupa-rupanya sampai kepada rekabentuk banner pun turut difikirkan oleh pemimpin ini. Lihatlah gambaran terperinci yang diberikannya: “Waktu dia baca Quran dan anak di atas riba itu, isterinya juga ada dalam gambar, membawa anak-anak pergi ke masjid. Dan anak-anak itu, waktu pergi ke masjid, dipimpin oleh emaknya, dia melompat dan menjerit suka tengok orang ramai di masjid, dan di masjid pula nampak ramai orang sedang mengambil wudhuk dan sebagainya.” - Dinsman
Saranan dan hasrat tok guru itu telah diterjemahkan oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) melalui billboard dan banner yang telah dipasang dijalan-jalan utama di seluruh Kelantan…


sumber, pinkturtle2
baca lagi [click here]...
Artikel pilihan: Kenaikan harga minyak menggembirakan rakyat?

Pada 23 Ogos tahun lalu, kerajaan menurunkan harga bahan api seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55 untuk RON97, daripada RM2.62 kepada RM2.40 untuk RON92, dan daripada RM2.58 kepada RM2.50 untuk diesel. Alasan penurunan harga bahan api ini adalah kerana penurunan harga minyak mentah dunia dan untuk mengekang inflasi apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 8.5 peratus pada Julai. Di samping itu, kerajaan terus menetapkan pemberian subsidi 30 sen seliter.
Orang ramai memberikan pelbagai respons terhadap penurunan ini. Ada yang lega, ada pula yang belum berpuas hati kerana penurunan harganya masih rendah berbanding kenaikannya pada 4 Jun 2008 apabila harga petrol meningkat 78 sen dan diesel RM1 seliter.
Berkuat kuasa 25 September 2008, harga minyak diturunkan lagi 10 sen seliter untuk semua jenis. Dalam tempoh kurang sebulan, kerajaan mengumumkan berkuat kuasa 15 Oktober, harga bahan api - petrol RON97 dikurangkan 15 sen, daripada RM2.45 kepada RM2.30 seliter, RON92 dikurangkan 10 sen, daripada RM2.30 kepada RM2.20 seliter, dan diesel 20 sen – daripada RM2.40 kepada RM2.20 seliter.
Seterusnya, mulai 1 November, kerajaan menurunkan lagi harga bahan api 15 sen seliter bagi semua jenis. Berkuat kuasa 18 November, harga bahan api 15 sen seliter untuk semua jenis. Harga minyak turun lagi 10 sen seliter setiap jenis masing-masingnya pada 3 dan 15 Disember.
Dengan penurunan yang berterusan itu, rakyat dapat menarik nafas lega kerana kenaikan harga komoditi ini, krisis makanan dan tekanan inflasi membebankan mereka. Sebelum penurunan ini tidak ada seketika pun minyak terpisah daripada kehidupan harian lebih-lebih lagi apabila harganya meningkat ke paras tertinggi, iaitu AS$147 setong, Julai tahun lalu.
Setelah kira-kira setahun tidak kedengaran bahawa segala-galanya minyak, tiba-tiba kerajaan mengumumkan berkuat kuasa pada 1 September lalu, harga petrol RON95 yang akan dijual pada RM1.80 seliter dan petrol RON97 pula dijadikan petrol premium dengan harga ditetapkan RM2.05 sen seliter.
Kenaikan harga itu pastinya memeranjatkan kebanyakan rakyat kerana diumumkan ketika mereka sedang keriangan menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-52 tahun. Meskipun sejak awal pagi tersebar berita bahawa kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga komoditi itu, mereka tidak menjangkakan bahawa kerajaan sanggup ‘menghadiah’ mereka dengan sesuatu pada hari yang bersejarah dan sesuatu yang agak lama tidak kedengaran.
Setelah memberikan pelbagai hadiah sempena 100 hari Najib sebagai Perdana Menteri, dan yang terbaru, peruntukan RM100 juta saham amanah untuk golongan miskin di bandar, dengan kenaikan harga minyak itu seolah-olahnya kerajaan ingin ‘menuntut semula’ apa yang diberikan sebelum ini. Dengan kata lain, kerajaan mula menghantar isyarat kepada rakyat bahawa “tidak ada makan tengah hari percuma.”
Alasan yang diberikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa “penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009” boleh mengundang persoalan dan menimbulkan sedikit keraguan.
Setelah harga minyak jatuh di bawah US$33.58 setong pada bulan Januari tahun ini – kali pertama terendah sejak 2004, kini harga komoditi ini hanya berlegar-legar sekitar AS$70 setong. Malah, pada hari Ismail Sabri membuat pengumuman, harga minyak berada pada AS$69.96 setong, dan diniagakan antara AS$68.85 hingga AS$72.95 setong. Yang ingin ditegaskan ialah dalam tempoh setahun seperti yang dirujuk menteri berkenaan harga minyak belum lagi mencecah AS$80 setong.
Oleh sebab berlaku percampuran antara berita baik dan berita buruk di peringkat antarabangsa, Associated Press, pada 3 September menjangkakan bahawa untuk bulan ini, minyak diniagakan pada harga antara AS$65 hingga AS$75 setong. Agensi berita itu juga memetik Morgan Stanley yang menjangkakan bahawa harga purata minyak untuk tahun 2010 adalah AS$85 setong. Sementara Reuters melaporkan bahawa harga minyak jatuh pada hari itu, berada pada harga US$67.96 setong.
Seperti lazim, setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, kerajaan memberikan alasan mengenai subsidi yang tinggi yang terpaksa ditanggung. “Dengan jangkaan jualan RON95 sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan jualan petrol di Malaysia, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan untuk rakyat negara ini, manakala subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON97 ialah 42.72 sen seliter,” kata Ismail Sabri.
Susulan kenaikan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan komited untuk terus memberi subsidi 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual, seperti dijanjikan kepada rakyat sebelum ini. Walau bagaimanapun, kata beliau, rakyat ketika ini menikmati subsidi lebih daripada kadar tersebut dan keadaan ini menyebabkan penyelarasan kecil pada harga minyak.
sumber, Sinarharian Online
baca lagi [click here]...
Tolak permohonan guna stadium: Pembohongan yang amat nyata! - Dewan Pemuda Pas Perak

MBI tolak permohonan Pas
IPOH - Hasrat tidak kesampaian. Begitulah boleh diibaratkan apabila permohonan Dewan Pemuda Pas Perak (DPPN Pk) untuk mengadakan perhimpunan aman bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Stadium Perak 17 Oktober ini, ditolak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa yang tidak begitu mengizinkan perhimpunan sedemikian dibuat.
Selain itu katanya, perhimpunan berkenaan juga dikhuatiri bakal meninggalkan kesan kepada struktur ekonomi, politik serta sosial masyarakat bandar raya ini.
“MBI telah menganalisis terlebih dahulu berhubung permohonan berkenaan dan setelah bermesyuarat, pihak MBI telah memutuskan agar perhimpunan itut tidak diluluskan berdasarkan faktor-faktor tertentu.
“MBI yakin bahawa keputusan pembatalan itu bakal memberi banyak kebaikan kepada orang ramai.
“Kami (MBI) juga yakin bahawa ini adalah keputusan terbaik yang dapat dilaksanakan dan berharap agar semua pihak akur dengan keputusan berkenaan demi kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Roshidi berkata, permohonan DPPN Pk itu dibuat berikutan tawaran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataannya yang mengatakan kerajaan sedia membenarkan perhimpunan aman selain turut menyediakan kawasan yang bersesuaian bagi tujuan tersebut.
Berdasarkan tawaran itu, Najib mahu pihak berkenaan menganjurkan perhimpunan sedemikian di tempat tertutup bagi mengelakkan perhimpunan jalanan yang dikhuatiri boleh menggugat ketenteraman awam.
“Pada asasnya perhimpunan di kawasan berkenaan didapati lebih baik berbanding di tempat terbuka kerana ianya lebih aman dan memudahkan pihak polis bagi mengawal keadaan.
“Bagaimanapun, ianya tidak dapat diluluskan berdasarkan situasi semasa yang tidak menentu selain dikhuatiri bakal menimbulkan insiden-insiden yang tidak diingini seperti mana yang berlaku pada beberapa perhimpunan seumpamanya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, DPPN Pk telah memohon kebenaran bagi menganjurkan perhimpunan bubar DUN Perak ini pada 11 dan 19 Ogos lalu menerusi surat yang diserahkan sendiri kepada Datuk Bandar Ipoh di pejabatnya oleh wakil Pemuda Pas Perak, Safarizal Saleh; Penolong Setiausaha DPPN Pk, Mohd Akmal Kamarudin; Ketua Penerangan DPPN Pk, Shamsul Anuar dan Ketua Pemuda Pas Tapah, Shamsul Anwar Busro.
Sementara itu, Setiausaha DPPN Pk, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya kecewa serta merasa tertipu dengan tawaran Perdana Menteri itu selain mendakwa pembatalan permohonan sebagai cubaan bagi menutup ruang demokrasi di negara ini.
DPPN Pk turut mempersoalkan keputusan Roshidi yang membelakangi keputusan PM sebelum ini.
“Kami (DPPN Pk) telah memohon secara rasmi menggunakan Stadium Perak bagi tujuan menganjurkan perhimpunan, hasil kenyataan Perdana Menteri itu.
“Bagaimanapun, kami amat kecewa dengan penolakan itu dan menganggapnya sebagai satu pembohongan yang amat nyata,” katanya.
Menurutnya lagi kerajaan juga dilihat sebagai tidak memberikan ruang demokrasi seperti yang dinyatakan sebaliknya memberikan pelbagai alasan bagi menafikan kebenaran sebenar.
Raja Ahmad Al-Hiss berkata, DPPN Pk, turut melihat keadaan ini sebagai bakal membunuh demokrasi di negeri Perak selain rakyat bakal berdepan dengan kemelut yang berpanjangan berikutan krisis rampasan kuasa yang dilihat sebagai tidak menghormati amalan demokrasi negara.
“Secara profesionalnya, kita berharap permohonan itu mendapat kelulusan bagi memudahkan kami menganjurkan perhimpunan Bubar DUN Perak pada 17 Oktober ini di Stadium Perak.
“Bagaimanapun perhimpunan berkenaan tidak mendapat kelulusan dan ini sekali gus membuktikan bahawa demokrasi tidak lagi diamalkan di negara ini,” katanya.
Menurutnya, kemarahan rakyat Perak mengenai rampasan kuasa yang berlaku mungkin dapat diredakan sekiranya perhimpunan itu dianjurkan dan memberi peluang kepada mereka meluahkan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu.
“Pihak kami akan terus mendesak kepada Perdana Menteri agar memberi kebenaran kepada DPPN Pk meneruskan himpunan berkenaan bagi DUN Perak dibubarkan segera,” katanya.
sumber, Sinarharian Online
[[ Perkara yang tidak pelik dan sudang dijangka...penulis tidak hairan sekiranya permohonan Pemuda PAS selepas ini untuk berhimpun di Stadium Bukit Jalil tidak dilayan oleh pihak kerajaan..alasannya seperti alasan yang diberikan oleh MBI diatas..
Jadi, dimanakah janji2 manis Najib dan Hisyamudin yg membenarkan pihak terntu menggunakan tempat tertutup seperti Stadium untuk mengadakan perhimpunan?..dimanakah slogan keramat Najib, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan di dalam kes ini? apakah kerajaan Najib ingin menafikan hak pembangkang sebagai rakyat di dalam negara ini?..melainkan ia hanyalah retorik seorang penguasa ketika mula mengambil alih pemerintahan..
Ternyata pihak kerajaan (Umno) terlalu takut dengan kuasa rakyat...insyallah, seperti kata Tun Mahathir, Umno mungkin mengikuti jejak langkah Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yg ditolak rakyat negara itu...wallahua'lam...]]
baca lagi [click here]...
Pembangkang anggap pandangan Tun Mahathir logik

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pada pilihan raya umum negara itu 30 Ogos lalu sebagai petanda awal Pakatan Rakyat (PR) menawan Malaysia.
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, kemenangan DPJ jelas membuktikan rakyat negara itu menaruh keyakinan dan kepercayaan pada parti yang dipilih.
Menurutnya, sebagai parti pembangkang, DPJ membuktikan parti itu mampu mentadbir Jepun dengan baik sama seperti PR yang kini semakin diterima rakyat. Buktinya, berjaya mentadbir beberapa negeri di negara ini.
“Saya juga berpendapat, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya adalah satu tanggapan munasabah iaitu UMNO dan Barisan Nasional mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang di tolak rakyat negara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan BN mungkin mengalami nasib sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.
Mustaffa berkata, bukan mudah PR menawan Malaysia pada masa sekarang.
“Amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Di Malaysia, penggunaan media dikawal ketat oleh UMNO dan BN dan jelas tiada keseimbangan untuk pihak lain menegakkan keadilan.
“Bagaimanapun, PR akan tetap teruskan gerak kerja dalam memastikan kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP Malaysia, Teresa Kok Suh Sim berpendapat, jika UMNO dan BN terus memainkan sentimen isu menyakitkan hati rakyat dan mengamalkan dasar tidak adil, tidak mustahil parti itu mengalami nasib sama dengan LDP.
sumber, Sinar harian Online
berikut adalah luahan terbuka oleh seorang blogger yang juga penyokong Umno berkaitan isu ini..sama-sama renunginya..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Nampaknya sudah berlaku satu sejarah dalam pilihanraya di Jepun..Kemenangan parti DEMOKRAT PARTY OF JAPAN (DPJ) atau dalam bahasa Jepunnya 民主党 dalam pilihanraya menumbangkan parti Liberal Demokratik Japan (LDP) atau dalam bahasa Jepunnya 自民党 yang telah memerintah Jepun secara perkongsian kuasa dengan parti-parti kecil selama 54 tahun.. Ini adalah satu bentuk sejarah bagaimana sebuah parti politik yang asalnya kuat, mempunyai asas yang kukuh dan menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara boleh tumbang sekelip mata jika dipimpin oleh mereka yang lemah dan tidak berwibawa..
Berikut adalah analisa daripada Utusan Malaysia..Agenda rakyat bawa kemenangan DPJ
Corak kekalahan parti LDP di Jepun seolah-olah memberikan satu petanda yang sama kepada UMNO jika tidak berhati-hati dan masih mementingkan kepetingan golongan tertentu di dalam parti.. Setakat manakah UMNO mengambil iktibar daripada kekalahan LDP di Jepun? Entahlah.. Masa yang tinggal untuk UMNO sebenarnya tidak lama lagi.. Hanya sekitar dua tahun sahaja.. Rasanya UMUM mengetahui samada UMNO semakin kuat atau sebaliknya..
Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI
luarnegara@utusan.com.my
AKHIRNYA, Parti Liberal Demokratik (LDP), yang telah memerintah Jepun secara terus-menerus selama 54 tahun dan banyak berjasa membawa negara Matahari Terbit itu menjadi kuasa besar ekonomi dunia, kecundang di tangan parti pembangkang baru - Parti Demokratik Jepun (DPJ), sebuah parti berhaluan tengah-kiri.
Kekalahan dramatik LDP itu, sekali gus mencatat sejarah dalam politik Jepun, apabila sebuah parti paling kuat dan berpengaruh tumbang di tangan parti baru, yang tidak pernah mempunyai pengalaman memerintah.
Kekalahan itu turut menamatkan krisis dalaman LDP, yang menjadi antara punca utama kekalahan parti itu, apabila Perdana Menteri Jepun Taro Aso yang memimpin LDP dan beberapa pemimpin kanan parti itu mengumumkan akan meletakkan jawatan bagi memikul tanggungjawab atas kekalahan teruk LDP pada pilihan raya Jepun, Ahad lalu.
Kejatuhan LDP adalah akibat kemarahan rakyat dan kekecewaan rakyat yang meluap-luap setelah parti itu mengabaikan kepentingan rakyat dan lebih memberi tumpuan kepada golongan korporat dan birokrat.
Kelemahan kepimpinan Aso serta pelbagai skandal yang melingkari Kabinetnya, sejak dia mengambil alih teraju parti dan kerajaan tidak sampai setahun lalu, turut menyumbang kepada kekalahan LDP.
Tanda-tanda kekalahan LDP telah bermula sejak 2006, selepas Perdana Menteri Jepun yang berpengaruh, Junichiro Koizumi meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, bayang-bayang kekalahan LDP sebenarnya telah bermula lebih awal sejak 1990-an lagi, apabila dasar pasaran bebas yang diperkenalkan oleh parti pemerintah itu memakan diri apabila dasar itu mewujudkan jurang ketara antara golongan miskin dan kaya di Jepun.
Kesilapan LDP ialah apabila dasar itu yang telah mewujudkan kebencian di kalangan rakyat terhadap parti pemerintah itu, diteruskan oleh Aso melalui kempen 'mesra perniagaan' yang diperjuangkannya pada pilihan raya Ahad lalu, yang akhirnya membawa padah.
Sejak Koizumi meletakkan jawatan pada 2006, LDP telah melantik tiga Perdana Menteri termasuk yang terakhir Taro Aso.
Segala dasar mengenai ekonomi yang dirancang LDP menemui jalan buntu kerana kedudukan LDP yang lemah di Dewan Tinggi yang dikuasai DPJ.
Ketika inilah DPJ yang ditubuhkan pada 1998, memperluaskan pengaruhnya. Rakyat mula melihat DPJ yang dipimpin Yukio Hatoyama, sebagai pilihan untuk membawa Jepun keluar daripada kemelut ekonomi.
Kemenangan DPJ pula banyak dipengaruhi oleh janji-janji Yukio Hatoyama yang mendokong agenda rakyat dan lebih memandang kepada Asia berbanding kempen 'mesra perniagaan' yang dibawa LDP.
Hatoyama antara lain berjanji untuk mengurangkan pergantungan Jepun kepada Amerika Syarikat (AS), sebaliknya mahu berkerja rapat ke arah pembentukan Komuniti Asia Timur berdasarkan model Kesatuan Eropah, yang turut diperjuangkan oleh ASEAN.
Hatoyama Yukio pemimpin DPJ sebenarnya pernah mengalami jatuh bangun semasa memimpin DPJ.. Malah sebenarnya ini adalah kali kedua beliau dilantik mengetuai DPJ selepas beliau meletakkan jawatan tahun 2001 kerana masalah dalaman DPJ.. Dengan kata lain, Hatoyama sebenarnya sudah menghadapi cabaran sebelum akhirnya bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.. Kemenangan besar DPJ sebenarnya turut dibantu oleh persaraan pemimpin LDP yang amat berpengaruh iaitu Junichiro Koizumi.. Selepas persaraan beliau, hampir tidak ada pemimpin LDP yang mampu memberikan tahap kepimpinan setanding beliau.. Semua 3 Perdana Menteri selepas beliau memegang tampuk kuasa lebih kurang setahun aje..
Mungkinkah perkara yang sama berlaku dalam UMNO? Nampaknya macam tu lah.. Tanda-tanda dah ada pun.. Dengan sekali kejatuhan, segala jasa-jasa UMNO dan segala pengorbanan pemimpin terdahulu boleh jadi habuk sekelip mata.. Untuk membina kembali UMNO adalah satu perkara yang mustahil.. Tidak ada siapa lagi yang mampu membantu UMNO melainkan semua di dalam UMNO berubah sebelum rakyat mengubah segala-galanya..
Wallahualam..
sumber, sensecredaccountability.blogspot.com
baca lagi [click here]...
Saturday, September 12, 2009
BN akan hancur dan mungkin akan ditolak seperti LDP - Dr M

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali," kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.
Para pengundi muda, katanya, dikatakan kecewa dengan "parti yang mendapatkan kemerdekaan" kerana perkara itu telah menjadi sejarah dan tidak begitu bermakna kepada mereka.
Menurut beliau, di beberapa negara lain, parti-parti yang "berjuang dan mencapai kemerdekaan" telah hilang lenyap seolah-olah rakyat tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli "pejuangan dan pengorbanan" parti-parti tersebut dan para pemimpinnya.
"Adakah mereka tidak tahu berterima kasih? Ada kebenarannya tetapi jika kita mahu mengkaji, kita akan dapati sikap para pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang mengggantikan para pejuang tersebut telah berubah hampir sepenuhnya," kata beliau dalam blognya.
Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.
Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.
Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.
"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan. "Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan.
Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat. "Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.
Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.
Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".
Beliau berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.
"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, pera pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.
Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.
Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu. _
sumber, harakahdaily
baca lagi [click here]...
Samy Vellu bidas Dr M, selar Utusan..(video inside)

Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".
Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.
"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"
Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.
Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.
Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.
Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".
Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.
sumber, Malaysiakini
baca lagi [click here]...
Thursday, September 10, 2009
Calon Umno - Najib bertanding di Bagan Pinang?

Mohd Najib Isa - anak kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad - adalah antara nama yang kini disebut-sebut dicalonkan mewakili BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Pilihan itu dibuat kemungkinan kerana beliau mampu menarik sokongan pengundi terutama anak muda di kawasan tersebut dan juga menumpang tuah bapanya yang cukup berpengaruh di Teluk Kemang.
Isa yang juga bekas naib presiden Umno adalah ketua Umno bahagian di Teluk Kemang dan Najib adalah ahli jawatankuasa bahagian merangkap naib ketua Pemuda bahagian.
Sebelum ini, nama Isa juga disebut-sebut mungkin dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu kerana mempunyai ramai saudara mara di Bagan Pinang.
Sekiranya Mohd Najib dipilih, ia juga secara tidak langsung boleh memberi kemenangan kepada anaknya untuk mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.
Azman yang juga bekas naib ketua bahagian itu, meninggal dunia Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.
Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.
Selain Isa dan Najib yang disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding di kerusi tersebut, ada beberapa calon lagi, yang akan dipertimbangkan untuk menjadi calon.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha bahagian Mansor Ibrahim berkata terdapat tujuh atau lapan ahli jawatankuasa bahagian yang disenaraikan untuk pertimbangan bahagian untuk dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
Bahagian itu akan bermesyuarat untuk membincangkan pemilihan calon dan persiapan jentera pilihan raya BN, di Kelab Golf Port Dickson jam 5 petang ini.
Manakala Pesuruhjaya PAS, Zulkefly Mohamad Omar pula adalah antara tiga pemimpin PAS yang diura-urakan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.
sumber, Malaysiakini
baca lagi [click here]...
Papan iklan wajib ada tulisan jawi - Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU -Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan penguatkuasaan tulisan jawi pada papan iklan di premis di negeri tersebut, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurut Takiyuddin, Kerajaan Negeri menetapkan bagi papan iklan yang lama iaitu sebelum penguatkuasaan tulisan itu, dibenarkan pihak pengusaha perniagaan meletakkan tulisan jawi apabila mereka bercadang untuk menukar papan iklan mereka nanti.
“Kita mengambil kepu-tusan untuk lebih fleksibel. Jika papan iklan lama kita tidak akan ambil tindakan sehingga mereka bercadang untuk menukar kepada papan iklan baru.
“Atau perniagaan mere-ka diambil alih oleh pihak lain dan mereka ingin memasang papan iklan baru, maka barulah mereka kena pasang papan iklan yang ada tulisan jawi selain penggunaan bahasa rumi atau mana-mana tulisan bahasa lain pada papan iklan tersebut,” katanya.
Menurutnya, kewajaran penguatkuasaan itu ialah kerana bahasa Melayu tulisan aslinya adalah tulisan jawi dan tulisan rumi bukan mewakili tulisan bahasa Melayu.
“Ada pihak mengatakan penguatkuasaan tulisan ini dianggap sebagai perkauman namun hakikatnya Kerajaan Negeri membenarkan tulisan bahasa cina, bahasa India dan lain-lain bahasa pada papan iklan.
“Cumanya tulisan jawi perlu disertakan sekali pada papan iklan itu dengan saiz yang sama besarnya dengan tulisan bahasa lain,” katanya.
Beliau berkata, penguat-kuasaan itu adalah mengikut Undang-Undang Kecil Iklan 2007.
sumber, Sinarharian Online
sementara mStar Onlie melaporkan..
Semua pasar raya di Kelantan dilarang operasi pada raya pertama
KOTA BHARU: Semua pasar raya di Negeri Kelantan telah diarah menutup premis perniagaan masing-masing pada hari raya pertama tahun ini sebagai tanda menghormati hari kebesaran perayaan umat Islam.
Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tahun lalu, Kerajaan Negeri membenarkan semua pasar raya membuka premis perniagaan mereka dari tengah hari sehingga tengah malam.
“Bagaimanapun, kami telah menerima pelbagai aduan dan rungutan termasuk majikan enggan membayar kerja lebih masa pada hari cuti am dan pada masa yang sama kami juga turut menerima aduan daripada pekerja Islam bahawa mereka telah didenda kerana enggan bekerja pada hari raya pertama,” ujarnya.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco petang Rabu, Takiyuddin menambah, pihak berkuasa tempatan akan mengedarkan pekeliling memaklumkan kepada semua pengusaha pasar raya akan peraturan baru ini.
Sementara itu, Takiyuddin juga memaklumkan mulai 1 Januari tahun hadapan, semua papan tanda baru (billboard) mestilah mempamerkan tulisan Jawi yang sama ada sama besar atau lebih besar daripada Bahasa Malaysia, Cina, Tamil ataupun Siam.
Langkah terbaru ini adalah untuk memastikan tulisan Jawi mendapat kedudukan yang sewajarnya dan juga sebagai satu langkah untuk mempopularkan tulisan Jawi.
Kata Takiyuddin semua peniaga dibenarkan mengguna bahasa Ibunda masing-masing selagi Jawi diberikan kedudukan yang utama pada papan tanda iklan.
baca lagi [click here]...
Tuesday, September 8, 2009
Surat terbuka buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Rodziah Ismail dan Khalid Samad

8hb September 2009 M
18 Ramadan 1430 H
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kehadapan tuan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Rodziah Ismail dan Khalid Samad,
Apa khabar tuan semua? semoga sihat sahaja hendaknya...
Tanggal 5 September 2009, bersamaan 15 Ramadhan1430 H, negara kita telah digegarkan dengan satu peristiwa 'hitam' di dalam satu majlis dialog yang berlangsung di Shah Alam. .majlis dialog yang yang diadakan atas inisiatif pihak tuan (kerajaan negeri Selangor) dengan penduduk seksyen 23 bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan respon dari penduduk setempat berkaitan cadangan membina kuil di kawasaan itu.
Tetapi malang, program baik yang dirancang oleh pihak tuan itu telah di'porak perandakan' oleh segelintir hadirin yang emosional dan entah dari latar keluarga yang bagaimana..tujuan asal untuk berbincang secara harmoni diantara wakil kerajaan negeri dengan penduduk setempat telah dicemarai insiden yang tidak tergamak untuk dilihat..
Semuanya sudah sedia maklum apa yang berlaku di dalam majlis dialog tersebut..bagaimana lagak dan perangai segelintir manusia yang seolah2 tiada sifat seorang manusia..memaki hamun, tidak beradap sopan di dalam majlis rasmi, membuat kacau, terlompat-lompat sambil melepaskan sumpah seranah kepada pemimpinnya dan lain-lain..ada pula yang mengeluarkan kata-kata kesat seperti ingin merogol seorang YB wanita, tidak kurang pula terdapat kata-kata berbentuk ugutan seperti mengugut untuk membunuh YB ini jika menjejakkan kaki ke Seksyen 23, dan pelbagai lagi..
Profesonal, matang...
Penulis cukup faham apa perasaan dan rasa hati tuan ketika itu..kecewa, sedih, terkejut, malu, marah dan sebagainya. tetapi semua perasaan itu berjaya tuan sorokkan disebalik wajah tenang dan bersahaja tuan.. penulis cukup terharu dan bangga dengan tuan..
Penulis tidak tahu, apakah yang terjadi jika penulis ditempat tuan.. mungkin penulis akan bertindak seperti MB Pahang, menjerit " Go to hell" kepada mereka-mereka yang membuat kecoh sambil pengarahkan pihak keselamatan mengheret keluar mereka ini dari dewan..Atau penulis tidak semena-mena akan mengeluarkan kata-kata, "mu nok (gocoh) ke, bila2 masa je, kabo je nok kat mana" kepada samseng-samseng di dalam dewan tersebut sepertimana yg dihemburkan MB Terengganu Mad Said, suatu ketika dahulu...atau mungkin penulis akan beradu kekuatan secara fizikal dengan mereka dek kerana tidak tahan dengan tindakan provokasi ganas mereka..
Tetapi ternyata pihak tuan begitu tenang, sabar dan bersahaja berhadapan dengan adegan-adegan terancang seperti ini. .kalian telah bertindak profesional dan matang. walaupun berkuasa tidak sampai satu penggal, tp pihak tuan telah menunjukkan tahap kematangan yg begitu tinggi berbanding sesetengan pemimpin politik disebelah sana. tahniah penulis ucapkan.
Di mana pihak Polis/ FRU?
Disini, penulis juga ingin melahirkan rasa 'simpati' penulis terhadp pihak tuan, kerana sepanjang sesi majlis dialog ini, penulis tidak langsung ternampak kelibat pihak polis dan FRU untuk membantu menenangkan keadaan..kemanakah mereka disaat-saat ini? apakah pihak tuan tidak menjemput dan menggarahkan pihak keselamatan ini untuk menjaga kemananan dan keselamatan majlis tersbut termasuk diri tuan2? apakah pihak tuan mahu melepaskan peluang 'memperguna' polis untuk melindungi pihak tuan sepertimana pemimpin2 BN yg sentiasa dikawal rapi pihak polis? kenapa program kerajaan seperti ini tidak dikawal pihak polis, sedangkan program politik, contohnya Perhimpunan Agung Umno, sentiasa dikawal sebaiknya oleh pihak polis?
Atau mungkin pihak polis ini hanya bekhidmat untuk kerajaan Malaysia, bukannya kerajaan diperingkat negeri? atau pihak keselamatan ini hanya menjaga keselamatan pemimpin Umno/BN, tetapi tidak pemimpin2 PR..apa pun hakikatnya, pihak tuan telah mmbuktikan kepada dunia, bahawa pihak tuan ingin dilihat bersama dengan rakyat, bukan kelihatan 'bersama' dengan pihak keselamatan sepanjang masa..ia juga menunjukkan pihak tuan tidak mempergunakan pihak polis dan FRU sesuka hati, termasuk mengheret dan menggari peserta2 majlis tempoh hari sesuka hati..
Hikmah dan natijah yang baik..
Kerana itulah, penulis begitu terharu dan bangga dengan pihak tuan..penulis yakin, isu ini akan memberi natijah yang baik bagi pihak tuan, umumnya kerajaan negeri Selangor di mata rakyat..
Mungkin penulis boleh kaitkan peristiwa ini dengan satu isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa suatu ketika dahulu. bagaimana kita dipertontonkan oleh media2 ampu umno/BN tentang seorang penduduk disitu melepaskan geram secara 'bertubi-tubi' tanpa belas kasihan kepada YB Azmin Ali.. beliau ditengking, dihina dan dicaci, kemudian dipertontonkan kepada khalayak ramai oleh media2 BN..pun begitu, yb Azmin Ali tetap tenang dan sabar melayani kerenah penduduk...mungkin pd perkiraan media ampu Umno/BN ini, dengan menayangkan adegan ini, rakyat akan mengkertawa dan memperlekeh YB dari pakatan kerana gagal menguruskan masalah penduduk dan sebagainya..
Tetapi mereka lupa, di sebalik kejadian ini, rakyat dan penduduk dikawsan itu termasuk dari kalangan Umno bersimpati dengan YB Azmin Ali..sudahlah turun padang meninjau masalah yg dihadapi penduduk disitu selama berhari2, kemudian terpaksa membatalkan segala atur cara lain semata2 untuk bersama penduduk disitu, tetapi ianya dibalas 'duri' dan 'racun' oleh segelintir penduduk..penulis tidak menyalahkan penduduk disitu, tetapi penulis lebih merasakan media lah yg patut dipersalahkan ketika itu...hasilnya, ramai yang memarahi dan mengutuk tindakan penduduk yg begitu keterlaluan itu, seterusnya bersimpati dgn YB Azmin Ali..
Ini sekadar contoh yg mungkin penulis boleh kaitkan dengan apa yg berlaku pada pihak tuan..percayalah, pihak tuan sebenarnya mendapat kepercayaan dan pernghargaan dari rakyat atas isu ini..rakyat bukan sahaja bersimpati kepada pihak tuan, tetapi mengutuk sekerasnya tindakan segelintir manusia yg membuat 'onar' pada hari kejadian..semuanya tahu, siapakah dibelakang mereka-mereka yg mencetuskan kekacauan pada hari itu..
Penulis pasti, ramai yg beranggapan tindakan pihak tuan mengadakan perbincangan dgn penduduk dan rakyat sendiri adalah suatu yg patut dipuji dan diberi pengiktirafan..Menteri Besarnya sendiri sanggup turun padang dlm majlis dialog ini, ianya semata2 utk mendengar masalah rakyat..perkara ini terlalu asing berlaku pada parti yg satu lagi..nak harapkan Menteri Besar atau Ketua Menterinya turun padang seperti ini dlm majlis dialog, jangan haraplah..semua pusat2 hiburan, disko, pusat perjudian, termasuk kuil2 dan lain2 yg bertapak di dalam negara ini adalah hasil drpd pemerintahan kerajaan lalu, tapi mereka langsung tidak terfikir untuk mengadakan perbincnagan/ dialog dengan penduduk seperti yg dilakukan oleh pihak tuan...kerana itulah, pujian dan perghargaan patut dilabuhkan kepada pihak tuan..
Terbawa-bawa ajaran parti..
Mungkin mereka (yg membuat kecoh tempoh hari) tidak sedar, ini adalah program di peringkat kerajaan negeri, program rasmi antara kerajaan dan rakyat..ia bukanlah program kumpulan parti-parti politik atau mesyuarat diperingkat pelajar-pelajar sekolah rendah..atau mungkin mereka masih terbawa-bawa perangai dan sikap mereka ketika bermesyuarat sesama ahli dan penyokong mereka..bagaiman kita lihat suatu ketika dahulu, adegan kerusi terbang, kayu golf melayang, bertumbuk, sumpah seranah sesama sendiri dan lain2 sehingga terpaksa digerakkan polis dan FRU untuk mengawal mesyuarat mereka..jadi, mungkin kerana inilah mereka terbawa2 perangai dan sikap buruk mereka ke dalam majlis orang....
Akhir kalam, penulis mengharapkan pihak tuan tabah dan cekal menghadapi ujian ini..janganlah ada di fikiran tuan untuk mengalah dan putus asa terhadap apa yang berlaku..rakyat tetap dibelakang kalian..yakin dan percayalah, peristiwa ini akan membuahkan natijah dan hikmah yang buat buat pihak tuan, termasuk kerajaan negeri pimpinan tuan..semoga Allah merhamati kita...wallahua'lam..
Yang ikhlas,
pria malaya
baca lagi [click here]...
Lagi pemimpin PAS menang saman: Selepas Mahfuz, kemudian Dr Hatta, kini Mustafa Ali !

Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.
(Gambar: Inilah aksi ketika Mustafa ditahan dahulu. Kerajaan setuju bayar gantirugi kepada Mustafa kerana kejadian ini)
Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.
Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.
Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.
Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.
Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.
Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.
Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.
Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.
Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.
Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.
"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.
Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.
Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.
Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.
"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.
Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis.
sumber, Harakahdaily
[[ Bukti media dan polis telah di salah guna dan di'alat'kan oleh kerajaan Umno/BN....berita terdahulu (tahun 2009)...]]
- 19 Ogos: Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz (klik di sini)
- 26 Ogos: Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar gantirugi (klik di sini)
- 7 September: Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali (terbaru!)
baca lagi [click here]...
Peserta demo kepala lembu didakwa

Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam akan didakwa bawah Seksyen 27(5) Akta Polis atau berhimpun secara haram.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Abdul Gani berkata beliau berpuas hati dengan siasatan polis berhubung insiden tersebut setelah meneliti kertas siasatan yang diterimanya tengah hari tadi.
Pada 28 Ogos lalu, sekumpulan penduduk seksyen tersebut dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan tersebut sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka dari Seksyen 19 Shah Alam.
Mereka yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berarak dari masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat.
Mereka menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.
Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.
Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".
Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.
Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.
"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.
"Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."
sumber, Malaysiakini
[[ Nak tengok je apa hasilnya nanti..siapa yg didakwa, siapa yg dihukum, siapa pula yg terlepas?..kalau pembangkang, komfem dibawak ke balai hari kejadian lagi, ada yg terpaksa tido lokap..tapi kalau geng 'depa', pehh 'layan' bukan main, macam anak raja...
Apa pun, jelas terbukti, mereka termasuk pemimpin Umno bawahan itu melakukan provokasi perkauman! langsung tak kene dengan 1 Malaysia Najib, cakap je perjuangkan 1 Melayu, senang, orang pun faham...itulah bahana perjuangan berasaskan kebangsaan..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Mahasiswa Ulangi Desakan Bubar DUN Perak

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) hari ini mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan segera dan pilihanraya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.Desakan ini adalah susulan daripada kekecohan yang berlaku di negeri Perak sejak krisis 12 Mac dan yang terbaru pada 2 September lalu
apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat telah mengadakan Sidang DUN di Hotel Heritage selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK).
Timbalan Pengerusi MPMN, Hisyamuddin Che Ali berkata, hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, demokrasi dan ketertinggian perlembagaan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.
Ia untuk membolehkan pemilihan semula, agar pengundi negeri Perak mengundi memilih kerajaan mereka.
Majlis yang menghimpunkan MPP Pro Mahasiswa seluruh negara ini turut berpendapat, kemelut politik negeri Perak itu telah membawa kesan dan risiko terhadap undang-undang Perlembagaan yang amat serius.
“MPMN melihat krisis perlembagaan Perak telah menyebabkan sistem perundangan negara ini semakin hilang kehormatannya manakala doctrin separation of power (doktin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan”, ujarnya merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 16 April lalu yang membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker V. Sivakumar terhadap Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir.
Ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan keputusan mahkamah ini boleh menyebabkan persidangan Dewan Rakyat mahupun DUN boleh dicabar di mahkamah selepas ini. Sebab itulah menurut MPMN, baginda Sultan Perak perlu membubarkan DUN.
Sebelum ini dilaporkan bahawa sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan dan ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.
“Bubarkan DUN adalah langkah paling bijaksana dan bertamadun kerana ia cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka meraikan demokrasi selari dengan Artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan”, tegasnya (Gambar kanan - Hisyamuddin Che Ali.)
Katana lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional Perak yang ada pada hari ini perlu malu untuk memerintah kerana walaupun ketiga-tiga ADUN Bebas menyokong Kerajaan Dr Zambry, tetapi undi popular masih tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat iaitu kira-kira 442,660 undi manakala BN mendapat 399,565 undi, majoriti sebanyak 43,095 undi.
“Adakah kerajaan BN Perak tidak malu memerintah Perak dengan cara gestapo (haram) walaupun seramai 400 ribu lebih rakyat Perak telah menolak mereka dan dalam konteks pemikiran masyarakat intelektual, sepatutnya kerajaan Perak perlu malu alah dan bubarkan DUN untuk menguji penerimaan rakyat terhadap mereka ini”, ujarnya.
"Kita tentu masih ingat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan ini mewujudkan persepsi bahawa menteri besar yang ada pada hari ini adalah haram walaupun disucikan oleh Mahkamah Rayuan”, katanya lagi merujuk kepada pengiktirafan Mahkamah terhadap Dr Zambry sebagai menteri besar Perak.
Hisyamuddin juga turut yakin pihak Pakatan Rakyat boleh menerima cadangan bubarkan DUN walaupun dari sudut majoriti dan perundangan, mereka masih boleh memegang tampuk pemerintahan Perak sekiranya tiada campurtangan tangan ghaib daripada mahkamah.
Mengulas mengenai sidang DUN rabu lalu sama ada sah dari segi Perlembagaan atau tidak, Hisyamuddin berkata bahawa ia sah.
“Apa yang saya belajar serta menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri”
“Jadi tindakan melantik A Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas bahkan beliau jelas melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa,” ujarnya merujuk kepada jawatan Ganesan yang masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan secara haram pada 7 Mei lalu.
Justeru katanya MPMN berharap agar Sultan yang juga bekas Ketua Hakim Negara menggunakan peruntukkan undang-undang untuk perkenankan pembubaran DUN demi kebajikan rakyat Perak dan juga memulihkan integriti badan kehakiman itu sendiri.
“Bubar DUN sebenarnya dapat mengelakkan rakyat Perak daripada terus ditindas kerana percakaran politik PR dan BN ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit”
“Dan kepada BN Perak, mereka sepatutnya menyahut seruan Perdana Menteri yang baru untuk mendahulukan rakyat dan dalam isu ini, jelas rakyat telah diterkebelakangkan dan kepentingan politik lebih diutamakan”, ujarnya lagi dalam satu kenyataan rasminya.
sumber, Buletin Online
baca lagi [click here]...
Sunday, September 6, 2009
Ini bukan budaya kita..lagi video tunjuk wajah sebenar dalang kecoh majlis dialog !

"Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agamalah pukimak!" cemuhnya.
Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayai dari kenalan rapat Hj. Azmir.
"Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk," cemuhnya.
"Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!"
"Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!"
baca lagi [click here]...
Popular Posts
-
Oleh: Pria Malaya Berita semalam melaporkan pendedahan BBC tentang ijazah palsu Dr Fazley..boleh baca dalam blog "ohbulan.com" ...
-
Gambar dahulu... Gambar kini... Lagi gambar-gambar RM terkini boleh rujuk pada entry penulis, " Koleksi berita/isu berkaita...
-
Oleh: Pria Malaya Berita ini menggegarkan tanah air Disember tahun lalu..namun sehingga kini yang tertuduh tidak tampil membersihkan diri...
-
Selamat Menimang Cucu, Rosmah KUALA LUMPUR 29 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi nenek bagi kali kedua apabila ...
-
Oleh: Pria Malaya 'Besar sungguh' selera KM Serawak kita ni ya...sudah la orang pilihannya nun dari negara Lubnan, muda remaja pl...
-
Oleh: Pria Malaya Tatkala penyokong dan blogger Umno Kedah bertungkus lumus siang dan malam, merangka strategi, dakyah dan fitnah untuk m...
-
Oleh: Pria Malaya Fuh, berseri dahi RM kita ya...siap bermanik lagi.. (Klik gambar utk paparan lebih jelas) Gambar ni dirakam ketika Ma...
-
Oleh: Pria Malaya Apa yang bakal anda saksikan dibawah adalah isu yang berkaitan dengan pemimpin 'parti gerombolan' dan arak dari ...
-
Oleh: Pria Malaya Hari ini kita didedahkan dengan rakaman audio MP Pasir Salak, Tajuddin yang bertengkar dengan seorang pemandunya..sunggu...
-
Oleh: Pria Malaya Malaysiakini 9 September lalu melaporkan: During a speech at The Annexe Gallery in Kuala Lumpur last year, Marina Maha...









