Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Friday, October 30, 2009

Bertindaklah dari sekarang...



Jika dilihat, kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang baru-baru ini salah satunya adalah disebabkan oleh faktor atau isu 'kerajaan Perpaduan'/Kerjasama PAS-Umno dan segala yang berkaitan dengannya (selain faktor-faktor lainnya)..ini adalah antara analisis yang dibuat oleh beberapa individu, pemerhati politik dan golongan akademik..

Maka Alhamdulillah, kepimpinan PAS akhirnya mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu ini..diadangkan EGM, dibincangkan, akhirnya EGM digantikan dengan mesyuarat Khas, dibawa ke peringkat negeri (Selangor), kemudian akan diadakan seminar November ini...


Tidak mengapalah..buat lah apa pun, asalkan ianya baik buat PAS..PAS meraikan kepelbagaian pendapat dan pandangan..sudah lumrah dan fitrah manusia dicipta, wujudnya aliran pemikiran yang berbeza-beza diantara satu sama lain..ada masa bersetuju, ada masanya tidak bersetuju..

Jadi, berdasarkan faktor ini, maka PAS telah dan sedang bergerak dan berusaha untuk menyelesaikannya..PAS cuba memperbaiki kelemahan dan mengatasi faktor yg dikatakan antara punca kepada kekahalan PAS ini...

Tetapi PAS mungkin terlupa akan faktor yang lainnya, seperti kata Tok Guru Nik Aziz mengulas kekalahan PRK Bagan Pinang, katanya:

"Saya sendiri bertemu dengan tuan rumah yang saya pergi baru-baru ni dan
mengakui masih tak faham perjuangan PAS ni lagi," katanya.

"Ramai di antara orang melayu di sana masih beranggapan Islam itu ganas dan PAS juga ganas, ,jadi ini semua memerlukan masa untuk memberi pemahaman kepada mereka," ujar beliau lagi.

Menurut Nik Aziz, pengalamannya semasa turun di Bagan Pinang menunjukkan sebahagian pengundi di Dun itu masih belum mengenali PAS secara mendalam.

Dalam pertemuan dengan pengundi katanya, masih ada di antara mereka menganggap Islam dan PAS itu ganas dan kefahaman itulah menyukarkan PAS untuk menang pada pilihan raya kecil tersebut.
Berdasarkan 'analisis awal' TGNA diatas, jelas lah kepada kita bahawa, kita terlupa dan terleka untuk bertindak atas faktor dan punca yang lainnya, iaitu kurang menerangkan tujuan dan matlamat perjuangan parti..jika dikatakan faktor 'kerajaan perpaduan'/UG itu membawa kekalahan kpd PAS, maka PAS sudah dan sedang berusaha kearahnya (menyelesaikannya)..tapi faktor kurang penerangan perjuangan PAS seakan-akan diabaikan dan dilupakan...

Peranan penyokong dan pendokong jemaah

Perkara ini boleh dimainkan oleh Pemimpin dan penyokong PAS diperingkat bahagian, cawangan dan bawahan (akar umbi), termasuk dari pelayar ruang maya (blogger dll)..rasanya tidak bijak untuk memberi alasan untuk tidak bergerak dari sekarang...pelbagai isu termasuk isu UG bukanlah alasan untuk kita menangguh dan menarik diri dari membantu menerangkan hala tuju dan perjuangan PAS kepada umum..

Jelas, berdasarkan kenyataan dan pengalaman Tok Guru diatas, masyarakat bukan islam tidak faham dan tolak PAS bukan kerana tak faham atau pening dgn isu Kerajaan perpaduan atau UG, tetapi kerana tak faham dgn perjuangan Islam PAS sehingga dirasakan PAS itu ganas, pengganas dan sebagainya..dan menurut Tok guru, kefahaman itulah antara punca PAS sukar memenangi sesuatu kawasan (khususnya di kawasan non muslim)..

Jadi apakah tanggungjawab kita untuk berhadapan dengan isu ini..bagaimana tindakan kita untuk menyelesaikan masalah ini.?.apa peranan dan usaha kita?? perlukah mesyuarat atau seminar untuknya? atau ada cadangan dan pendapat lain?...tepuk dada, tanya 'selera'...wallahua'lam..



baca lagi [click here]...

Rapatkan Saff Mantapkan Ukhuwwah..



Rapatkan Saff Mantapkan Ukhuwwah, Melandasi Etika Memacu Gerakkerja

1. Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan lengah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas .

2. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama .

3. Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]

4. Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .

5. Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .

6. Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .

7. Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .

8. Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .

9. Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .

10. Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang . Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !



baca lagi [click here]...

Artikel pilihan: Tercabarnya Kewibawaan Tuan Ibrahim Tuan Man



Setelah semua perhatian dihalakan kepada mesyuarat Khas JK Pas Pusat malam tadi, ia kini berpindah kepada Naib Presiden Kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim adalah Naib Presiden paling kanan dalam parti ketika ini.

Semua mata dan telinga sedang meniti setiap butir perkataan yang bakal keluar dari mulut pemimpin masa depan tersebut. Berdasarkan latarbelakang keperibadian, Tuan Ibrahim di lihat pemimpin yang sangat layak menyelesaikan kemelut tanpa penghujung dalaman PAS sejak riak kemenangan sedang berkocak.

Tuan Ibrahim sedang diuji dengan ujian yang hebat yang bakal menentukan masa depan politiknya, jua masa depan parti Islam tertua di Malaysia. Tugas menyelesaikan kemelut parti bukan mudah. Ia membabitkan dua pihak yang sering dilihat bertelingkah...jika tidak antara pemimpinnya..tetap dilihat secara jelas di kalangan penyokongnya yang entah Abdullah bin Ubay mana yang mengecop mereka dengan puak tertentu... puak penyokong UG dan Penyokong pro Pakatan Rakyat. Cop tersebut seakan diterima hingga secara tak sedar di kalangan pemimpin mengakuinya... walaupun masing masing tercari cari bukti mengukuhkan dakwaan yang masih longgar dan penuh dengan prasangka.

Keputusan yang akan diambil oleh Jawatankuasa Disiplin juga belum tentu diterima sepenuhnya. Sebagaimana keputusan mesyuarat malam tadi yang sudah ada bunyi pahatnya yang entah datang dari luar atau di bawa dari dalam. Sesuatu yang sebenarnya sangat bercanggah dengan akhlak seorang yang mendakwa pejuang Islam...lainlah jika mereka menganggap mereka hanya ahli politik islam! Sudah ada pihak yang mempertikaikan keputusan malam tadi walaupun ianya keputusan yang dicapai setelah pemimpin seluruh negara terpaksa memaksa diri mereka untuk turut serta termasuk TGNA yang tentunya kepenatan apatah ditambah dengan masalah kesihatan beliau.

Jika keputusan yang mengambil masa sekitar empat jam yang melibatkan seluruh pemimpin tertinggi PAS masih belum memuaskan hati mereka, apalah diharap sangat dengan keputusan lembaga disiplin yang tentunya ahli jawatankuasanya tidaklah sehebat JK PAS Pusat itu sendiri. Persoalannya ...sejauh mana kita mampu menerima keputusan jamaah? Jika masih ada mesyuarat tingkap atau mesyuarat SMS lagi ,lebih baik tukar je colour baju tu...

Ulasan awal JK Bloger seluruh negara nampaknya sedang cuba menyelongkar keputusan PAS Pusat itu. Terpulanglah kepada ahli samada ingin akur dengan keputusan parti atau memilih untuk berseronok dengan sesetengah Bloger yang sengaja mencari keruh agar mendapat tumpuan demi mengejar hits mereka. Bagi mereka semakin keruh berlaku, semakin banyak ikan mabuk yang akan masuk ke lukah...Yang pasti...mereka terlupa dosa pahala!

Berbalik kepada JK Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, tentunya beliau sedang memohon kekuatan dari Allah untuk melaksanakan amanah parti. Umum mengenali ketokohan beliau sebagai ulama pelapis PAS, apatah lagi hubungan kekeluargaan dengan Ulama terkenal TGNA yang juga Mursyidul Am PAS . Tokoh yang dilihat mencetuskan kemelut ini. Tuan Ibrahim muncul ditengah gelombang kebangkitan PAS Pahang. Lama sebelum beliau memimpin PAS Pahang...saya telah diperkenalkan nama beliau sebagai tokoh masa depan PAS oleh Almarhum Tn HJ Idris Osman...Pesuruhjaya Hisbah pertama Trengganu.' Tuan Ibrahim ni mempunyai potensi cerah sebagai pemimpin utama PAS pada masa akan datang. Saya kenal beliau semasa bertugas di Pahang " demikian luah Almarhum HJ Idris ketika saya bersama beliau dalam satu sembang santai.

Jawatan Pengerusi disiplin adalah jawatan yang pernah disandang oleh TG Hj Hadi Awang semasa kemelut Syiah di dalam PAS. kemelut yang juga menggugat kestabilan parti. Ketegasan TGHH menyelesaikan kemelut tersebut dengan memecat beberapa tokoh syiah di dalam PAS. TGHH masa itu menjadi sasaran kelompok ini. Di suatu tempat, kehadiran beliau dinanti dengan lastik.... namun akhirnya ia selesai jua.. .dan sebahagian dendam dan ketidakpuasan hati tersebut masih menyala hingga kini...Itulah risiko tugas pengerusi Jawatankuasa Disiplin.

Apapun saya mendoakan Allah memberi kekuatan kepada Al Fadhil Tuan Ibrahim memikul amanah berat ini. Jangan dipeduli kekecewaan satu pihak yang pastinya akan menimbulkan polemik lain jika keputusan tidak berpihak kepada mereka. Jika keputusan Rasulullah yang maksum ketika membahagikan rampasan perang pun pernah dipertikai, Siapalah Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memuaskan hati semua pihak. Moga keputusan ini nanti akan menyerlahkan kepimpinan ulama muda yang sedang meniti mercu kepimpinan sebuah jamaah Islam yang berteraskan kepimpinan ulama.

Apa yang penting ...kini masanya kita menilai sikap kita sebagai pendokong jamaah Islam. Kita mesti belajar untuk mematuhi keputusan pimpinan. Jika kita merasa kita lebih bijak dari pimpinan sewajarnya kita menilai sejarah Iblis yang tak pernah akur kepada kelebihan Adam walaupun Allah yang memerintahkan demikian! Saya tahu siapa saya... SAYA HANYA SEORANG AHLI KEPADA JAMAAH ISLAM dan cuba menyumbang dengan gelaran SEORANG BLOGGER... yang entah dari mana asal usul ilmu dan kefahaman saya...saya berharap sahabat Blogger lain jua merasai apa yang saya rasa tentang kekerdilan diri lantas menginsafi apa yang kita miliki.


sumber, Anak Sengat
baca lagi [click here]...

Thursday, October 29, 2009

Pas tolak EGM, setuju adakan seminar politik



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat malam tadi memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) yang dicadangkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak perlu diadakan, sebaliknya digantikan satu seminar politik.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata mesyuarat itu dan Nik Aziz bersetuju seminar politik itu diadakan pada 7 November ini di Markas Pas Taman Melewar.

“Seminar yang akan dihadiri oleh 1,000 bertujuan memperkasakan Pas dalam menghadapi isu semasa.

“Ia dijangka dihadiri perwakilan parti, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan pensyarah Undang-Undang UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof Dr Abdul Aziz Bari,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung selama lebih empat jam di Ibu Pejabat Pas, di sini.

Mesyuarat bermula jam 9 malam, tetapi Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan mesyuarat itu kira-kira jam 10.45 malam.

Dalam mesyuarat itu, Nik Aziz turut menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan dalam blognya www.blog.tokguru.com.

Sementara itu, Hadi berkata, Jawatankuasa Pas Pusat menyerahkan isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap Pas Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diselesaikan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menyelesaikan secepat mungkin isu yang dilemparkan terhadap Pas Selangor.

Antara isu yang dibangkitkan Abdul Aziz dalam tulisannya ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali menyebabkan perpecahan parti pembangkang di negeri itu.

“Ia dijangka dihadiri perwakilan parti, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan pensyarah Undang-Undang UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof Dr Abdul Aziz Bari,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung selama lebih empat jam di Ibu Pejabat Pas, di sini.

Mesyuarat bermula jam 9 malam, tetapi Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan mesyuarat itu kira-kira jam 10.45 malam.

Dalam mesyuarat itu, Nik Aziz turut menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan dalam blognya www.blog.tokguru.com.

Sementara itu, Hadi berkata, Jawatankuasa Pas Pusat menyerahkan isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap Pas Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diselesaikan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menyelesaikan secepat mungkin isu yang dilemparkan terhadap Pas Selangor.

Antara isu yang dibangkitkan Abdul Aziz dalam tulisannya ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali menyebabkan perpecahan parti pembangkang di negeri itu.

Sementara itu, Pemuda Pas Pusat semalam memberi kata dua kepada pucuk pimpinan parti itu supaya tidak lagi membangkitkan isu kerajaan perpaduan kerana ia tidak lagi menjadi keperluan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan At-Tantawi, berkata pendirian Pemuda Pas selaras dengan isu dibangkitkan Nik Aziz yang tidak setuju penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Isu kerajaan perpaduan memang dibangkitkan kepemimpinan Pas ketika kerajaan BN diterajui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Jadi, apabila sekarang sudah bertukar Perdana Menteri, maka isu berkenaan (rundingan kerajaan perpaduan) tak berbangkit lagi,” katanya.

“Tok Guru Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai pencetus idea itu telah tutup buku... dah tak bincang lagi sebab suasana tidak mengizinkan dan syarat tidak dipatuhi (pemimpin Umno dan BN) dan keperluan pun tak wujud sekarang. Jadi, kerajaan perpaduan tidak lagi berbangkit.

“Malah, perkara ini juga diputuskan dalam Muktamar Agung Pas Pusat baru-baru ini yang mahu mengukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas pendirian Pemuda Pas Pusat mengenai penubuhan kerajaan perpaduan dengan BN seperti yang dicetuskan parti itu sebelum ini.

Kelmarin, Abdul Hadi berkata, Pas membuat keputusan untuk menutup pintu perbincangan dengan Umno dan BN berhubung kerajaan perpaduan bagi mengelak pemimpin parti itu terus bertelagah sesama sendiri.

sumber, Berita Harian
baca lagi [click here]...

Wednesday, October 28, 2009

Pendedahan 1 - Mohon penjelasan AJK Pusat !



Oleh : albanjari/MRK albanjari

RALAT : Berdasarkan kepada posting asal di sini, terdapat kecuaian yang tidak disengajakan terhadap nama blogger yang hadir. Dimaklumkan bahwa saudara MSO dan Azizi Abdullah tidak hadir ke majlis yg dianjurkan. Perkara ini dimaklumkan terus melalui email daripada saudara MSO pada petang tadi. Maka dengan ini, saya dengan penuh tanggungjawab memohon maaf diatas kecuaian yang tidak disengajakan.

Penjelasan Tepat kepada kekeliruan yang timbul :

Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.
(sumber asal dipetik : papa gomo )

Ulasan : Apa yang berlaku sebenarnya pada 9 March 2009 ( sehari selepas PRU 12) satu mesyuarat AJK PAS Pusat telah diadakan di Kota Baharu. Mesyuarat tersebut berbincang untuk menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri yang telah kita sedia maklum.

Mesyuarat itu juga telah memutuskan agar bersedia berunding dengan UMNO sekiranya segala syarat yang PAS letakan mendapat pertimbangan dari UMNO. Rundingan dengan UMNO itu bermaksud untuk memelihara agama, kerana apa yang ada pada PAS tiada pada UMNO dan apa yang ada pada UMNO tiada pada PAS kerana saling lengkap-melengkapi. Mesyuarat tersebut bukanlah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Sejurus mesyuarat selesai TGHH telah pergi ke Kedah, Dato' Husam Musa ke Perak, Hj Mohamad Sabu ke Pulau Pinang, Ustaz Nasa dan Dato' Mustafa Ali ke KL dan Selangor untuk membantu menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri tersebut.

Ustaz Nasa memaklumkan, selepas mesyuarat di KB, dan ketika dalam perjalanan beliau ke KL/Selangor mereka mula berhubung dengan Khair Toyo selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan pertemuan pertama berlangsung di Shereton Subang dan turut dihadiri bersama oleh Dr Hassan Ali. Tiada persefahaman yang dapat dibentuk dalam pertemuan itu dan segala usaha kerjasama berakhir dan tamat di situ juga.

Umno terus berikhtiar, hinggalah beliau di hubungi pula oleh Pak Lah untuk pertemuan yang selanjutnya. Perkara itu juga dimaklumkan terus kepada TGHH dan TGHH yang berada di Kedah terus pulang ke KL dan satu perbincangan atau Mesyuarat Khas telah diadakan diantara beliau dan AJK Pas pusat yang lain di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Diantara agendanya ialah untuk membuat persediaan bagi menemui Pak Lah dan Khair Toyo buat kali ke dua. Dinyatakan juga dalam pertemuan ini tiada persefahaman yang dapat dibuat kerana PAS tetap dengan prinsipnya sebagai parti Islam. Usaha Umno GAGAL.

Pertemuan ketiga yang dikatakan oleh Ustaz Nasa ialah semasa beliau sedang minum di kantin Parlimen, tiba-tiba beliau di sapa oleh Dato' Yaacob (bapa Fazly) yang menyampaikan salam pertemuan dari Pak Lah dari pejabatnya ditingkat Parlimen. Menurut Ustaz Nasa pertemuan itu tiada langsung membincangkan mengenai perpaduan atau penyatuan yang telah gagal dalam pertemuan sebelum ini dan selepas itulah Pak Lah telah menyatakan kepada press(Media) tentang pertemuannya sebanyak 3 kali dengan Ust Nasa.

Bermula dari kenyataan Pak Lah itulah keadaan PAS mula menjadi haru biru. Lalu ustaz Nasa terus terfitnah sehingga sekarang. Dan fitnah itu pula berterusan dimainkan oleh blogger-blogger di blog.

Ustaz Nasa dan Dato' Hassan melontarkan persoalan, mengapakah hanya dipersalahkan ustaz Nasa, Dato' Mustafa Ali dan TGHH dalam isu rundingan ini ? Tidakkah keputusan ini telah dicapai dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat di Kota Baharu pada 9 March 2008 lalu ?

Saya(MRK albanjari) bertanya, apakah dan mengapa TGNA tidak dimaklumkan akan butir keputusan mesyuarat tersebut ? Jawapnya kerana TGNA tidak hadir. Walaubagaimanapun menurut Ustaz Nasa segala keputusan itu telah pun dipersembahkan dan dimaklumkan kepada TGNA.

Maka dari itu ustaz Nasa dan Dr Hassan Ali, meminta mohon penjelasan daripada AJK PAS Pusat yang terlibat, sila nyatakan pendirian anda samada kenyataan ini benar atau tidak ! Jika anda ingin melihat keadilan dan perpaduan terus kukuh dalam PAS.

Isu yang kedua terhadap Ustaz Nasa ialah apabila beliau respons terhadap kenyataan Najib Razak di Parlimen. Dan beliau hanya menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan kenyataan tersebut dan akan menyampaikan kepada Presiden PAS yang ketika itu berada di London.

Ujar ustaz Nasa salahkah beliau mengungkapkan demikian, ini kerana sudah menjadi akhlak Islam apabila orang memberi salam kita wajib jawab salam tersebut, dan apabila orang menyatakan hasrat kita sambut hasrat itu dengan sopan, dan beliau juga tidak memutuskan sebarang pelawaan dari Najib bahkan beliau mengambil sikap untuk membawa perkara itu kepada bosnya terlebih dahulu, maka salahkah sikap yang telah beliau ambil ?

Dan selepas itu timbul pula isu UG yang menjadikan jemaah dan ahli PAS semua menjadi bertambah haru-biru. Dari apa yang disampaikan oleh beliau, idea UG ini timbul bagi menjaga kepentingan Islam dan Bangsa Melayu tetapi malangnya belum sempat ianya diseminarkan dan dibincangkan secara serius, ramai yang membantah dan menyuarakan bantahan. Maka ia terus ditarik balik oleh TGHH dan mati begitu sahaja sehinggalah ia hangat kembali selepas Muktamar PAS baru-baru ini.

Soalnya siapa yang menghidupkan kembali isu UG ini ? Siapakah yang ingin melompat katak masuk UMNO ? Menurut Dato' Dr Hassan Ali lagi, kepada kami dan kepada anda semua sila nyatakan bila dan dimana beliau pernah mengatakan akan melompat masuk UMNO dan membawa orang-orang PAS Selangor bersamanya ? Bahkan beliau menyatakan beliau dari awal lagi tidak pernah membicarakan tentang isu UG ini secara terbuka dan bagaimana beliau pula yang dikaitkan dengan isu tersebut. bersambung siri ke-2.

sumber, al-Banjari

[[ Terasa tenang setelah membaca dan meniliti kronologi kisah sebenarnya..kalau pun tidak 100%, ia sudah mampu membuatkan penulis sedikit lega dan puas..inilah reaksi segera dari penulis setelah membaca entri terbaru dari wak al-Banjari..

Timbul persoalan dikalangan kita, apakah ini sebenarnya yang berlaku..jawapannya, mungkin ya, mungkin tidak..bagi penulis sendiri kuat untuk menyatakan ianya adalah benar!..apa yang diluahkan oleh Ust Nasarudin kepada blogger diatas adalah perkara yang benar-benar berlaku..

Mungkin inilah saat yang ditunggu oleh mereka untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku..mungkin ketika itu (sewaktu mula-mula isu kerajaan perpaduan 'panas' dan menggegelak), mereka iaitu Ust Nasyarudin dan Hassan Ali tiada 'keizinan' dan kemampuan untuk menjelaskan perkara ini sebaiknya..

Ada banyak sebab, mungkin kerana ketiadaan masa yang tepat ketika itu, wujud kekangan dan halangan2 tertentu, bimbang dimanipulasi media dan agen pihak lawan, bimbang makin mengeruhkan dan merumitkan keadaan, terkeliru sama ada mahu menjelaskan perkara sebenar atau lebih baik diam sahaja, tidak tahu dimana harus dimulakan dahulu sebagai mukaddimah penjelasan, dan pelbagai perkara lagi..

Ini adalah pada jangkaan dan firasat penulis semata..penulis dapat merasakan logiknya jika itu adalah alasannya, kerana penulis juga pernah berhadapan dengan situasi seperti itu..tertekan+keliru+dan sebagainya....kerana itulah, penulis cuba juga gagahkan diri untuk bersangka baik dalam isu ini..

Berbalik kepada isu tadi, jelas apa yang disebut diatas adalah suatu yang penulis kira menggemparkan..satu perkara yang bersifat 'pendedahan' yang selama ini tidak dimaklumi umum..rupanya perjumpaan tertutup/majlis dialog bersama blogger itu mewujudkan polemik baru dalam politik PAS..

Penulis tidak mahu menelah awal, apatah lagi menghurai panjang berkaitan isu ini..ianya bukan tanggungjawab penulis...kita serahkan kepada mereka2 yang terlibat dalam perjumpaan itu untuk menerangkan apa yang berlaku, seterusnya membuat rumusan terhadap isu UG/masuk Umno/keluar PAS dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya....

Mengikut wak al-Banjari, ini hanyalah pendadahan sulung, terdapat lagi sambungan untuk entri2 selanjutnya..apakah ada suatu yang menggemparkan selepas ini, atau sebaliknya, kita tunggu dan lihat...akhir kalam, kredit untuk wak al-Banjari dan rakan2 beliau...wallahua'lam...

p/s: sebagaimana wak, penulis turut ingin menuntut penjelasan dari AJK PAS Pusat dari isu ini...apakah benar, atau pun sebaliknya...berani kerana benar..tidak perlu takut atau perlu berselindung..insyallah, ini adalah hikmah yang baik demi masa depan PAS..semoga Allah merahmati perjuangan kita.]]


baca lagi [click here]...

Tuesday, October 27, 2009

Syed Ali perlu faham sejarah Islam-Nik Aziz..(video inside)



KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kata-kata Ketua Umno Bahagian Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa beliau adalah ulama' akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Syed Ali terlebih dahulu harus menyedari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab di atas perpecahan umat Islam yang berlaku di dunia ini, sebelum menuduhnya demikian.

"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"

"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad,"katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Ujar Nik Aziz, beliau hanya menjalankan amanah sebagai umat Nabi Muhammad di muka bumi ini untuk menyampaikan ajaran Islam.

"Kalau dia cakap soal perpecahan jangan tuju kepada saya. Saya hanya tolong datuk nenek dia Nabi Muhammad. Dia yang melawan datuk nenek dia sendiri. Itu kena faham," tegasnya.

Syed Ali seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian kelmarin juga mendakwa Nik Aziz menentang segala usaha untuk menyatu padukan umat Islam sebaliknya bersubahat dengan bukan Islam.

Beliau juga mendakwa Nik Aziz harus dipersalahkan kerana kononnya beliau tidak boleh ditegur dan enggan menerima perubahan dan pembaharuan.

Tuduhan Syed Ali itu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas isu cadangan Nik Aziz agar diadakan Muktamar Khas (EGM) untuk menyelesaikan masalah kepimpinan parti sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak khususnya Umno Barisan Nasional yang sentiasa mencari kesilapan PAS.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin Isnin lalu membuat kenyataan bahawa rundingan Umno-PAS masih terbuka.

Sedangkan bagi PAS sendiri, isu itu sudah selesai dalam muktamar PAS Jun lalu.

Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS hanya boleh menerima Umno jika parti itu menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.

Namun, Umno enggan berbuat demikian sebaliknya terus mendakwa PAS tidak mahukan perpaduan di kalangan orang Melayu.

sumber, Harakahdaily



baca lagi [click here]...

Gempar dari program dialog Hassan Ali dan Blogger !



Soalan mengenai tektikal program dialog.

1. Apa tujuan pihak penganjur menjemput para blogger dalam membincang/menjawab isu UG/EGM ini? bukankah Presiden sudah mengarahkan isu ini tidak sepatutnya diwar-warkan dalam media termasuk media baru?

"Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang."
2. Kenapa dijemput blogger dari kalangan penyokong Umno/BN dlm membincangkan masalah dalaman PAS?

3. Program dialog ini difahamkan sebagai program tertutup. Apakah bermaksud ianya suatu yang bersifat sulit/rahsia (tidak boleh didedahkan kepada umum kecuali atas izin dan sebab tertentu), atau pun ia sememangnya untuk tujuan penyebaran?


(gambar: Majlis diaolog Hasan Ali, Nasyarudin bersama blogger)

4. Jika ianya suatu yang sulit/rahsia, bagaimana isi kandungannya boleh tersebar dengan meluas ketika ini?

5. Apakah hukuman/balasan yang akan dikenakan kepada mereka yang menyebarkan maklumat kandungan dialog tersebut sudah difikirkan pihak penganjur?

6. Apakah sebenarnya natijah yang diharapkan penganjur selepas berakhirnya program bersama bolgger ini?

Soalan mengenai isi kandungan dialog (khas untuk mereka yg menyertai sesi dialog tersebut)

1. Apakah benar apa yang diutarakan blogger umno/BN, "PAPA GOMO" di dalam blognya? (boleh dilihat di sini).

2. Berapa peratuskah kebenarannya, dan berapa peratuskah kepalsuannya?

3. Apakah benar dikatakan seluruh kepimpinan tertinggi PAS sudah mengetahui dan berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan tanpa pengetahuan TGNA?

4. Apakah benar TGHA bersama seluruh kepimpinan tertinggi PAS yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan?

5. Apakah benar Husam dikatakan yang berperanan memasukkan pengaruh dan agenda Anwar ke dalam PAS?

6. Apakah kalian merasakan ia (maklumat dialog) sebenarnya adalah suatu yang gempar, dan sepatutnya dirahsiakan?

7. Apakah tindakan atau cadangan kalian untuk menjawab/menyelesaikan isu berbangkit ini?

Berikut adalah artikel terbaru oleh blogger wak Albanjari dan Cenangau berkaitan isu ini..

BONGKAR - Artikel gomo yang dipertikaikan. Bawalah sifat amanah ketika menulis !

Malam kelmarin telah dilangsungkan satu majlis pertemuan tertutup di kediaman Dato' Dr. Hassan Ali di kediaman beliau di TTDI. Satu pertemuan sulung beliau bersama bloggers. albanjari Online [ABO] diwakili oleh Ustaz MRK albanjari, penolong editor blog ABO. Wak tak dapat untuk hadir. Ada program lain.

Diantara bloggers yg turut hadir ialah saudara MSO, Azizi Abdullah, Ahmad Lutfi, Mohd Hanif, Kamarul Hisham, Yamin Yahya, Roslan SMS, alBrangi dan beberapa lagi blogger dari BPN (pro-Umno) ?? - artikel berkaitan di sini dan di sini

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dari apa yg dilaporkan hasil pertemuan itu ke meja editor pagi ini, terdapat beberapa KEJUTAN maklumat yang sebelum ini tidak disebut-sebut dan diwar-warkan di media telah disebutkan oleh Ustaz Nasha dan Dato' Hassan sendiri. Kandungan penuh KEJUTAN itu akan dimuatkan pada artikel KHAS yg akan diterbitkan pada khamis ini, selepas Sidang Mesyuarat Khas Pusat yang akan berlangsung esok, rabu 28hb. Oktober. InsyaAllah ! Alhamdulillah, hasil bicara yg diadakan malam kelmarin telah dirakam untuk rujukan.

Pagi ini blog gomo nampaknya mendahului untuk mencetuskan KONTROVERSI. Bukan saya mahu menidakkan apa yang dilontarkan beliau, namun banyak perenggan yg ditulis di dalam artikel ini diragui kebenarannya justeru dipertikaikan akan sohihnya. Lihat dibawah saya copy pastekan artikel tersebut untuk rujukan.
...Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas. Dengan kenyataan Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku.

Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini. Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. campur Tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini.

Nik Ajis telah menuduh ada individu dalam Pas yang cuba bargabung dengan Umno. Dan ternyata Nik Ajis telah silap dalam kenyataan nya. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

Hussam Musa yang mana merupakan ketua Puak Edroganlah yang telah meracuni Nik Ajis agar menolak dengan keras cadangan Kerajaan Perpaduan ini. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas. Oleh sebab itu lah Individu seperti Haji Hadi, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas telah di jadikan target utama Hussam Musa untuk menghancurkan Pas.

Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno akan berlaku dalam masa terdekat ini. Jadi marilah kita sama-sama mendoakannya agar Islam bersatu dalam membangunkan Malaysia ini. Dalam itu juga jangan kita memberi peluang kepada Musuh yang cuba menghancurkan perpaduan Islam ini. Puak Edrogan dalam Pas dan Anwar mesti ditentang agar mereka tahu kekuatan kita yang ingin lihat Perpaduan antara Islam terjalin.
(*) hanya penulisan yg diboldkan dengan warna kuning ada disebutkan pada pertemuan itu oleh Ustaz nasha dan Dato' Hassan, yang lain adalah TIDAK BENAR. Dan sangat dipertikaikan !! Saya pun tidak tahu dari mana sumber yg beliau perolehi, tapi rasanya pembaca boleh membuat tekaan tepat. wallahuaklam. Pesan saya buat saudara gomo, beramanahlah ketika menulis !

Kandungan penuh dan rumusan dari ABO akan kita terbitkan seawal hari khamis ini. Kita lihat dahulu apa yg mereka tuliskan menerusi blog-blog mereka, jika benar mereka berbohong dan memutar belit fakta, rakaman audio kita junjung untuk dijadikan bukti kejahatan mereka ketika menulis.

(*) wak - no komen setakat ini, tunggu ajelah..!!

sumber, al-Banjari

Bongkar!!! Isi sebenar dialog Dr. Hasan Ali dengan bloggers

Sebenarnya lepas subuh tadi aku call Wak Banjari. Dia nak ajak aku pi KL hari ni pasai katanya ada program khas dengan pimpinan tertinggi Pas malam ni. Rupa-rupanya program tu ditangguhkan.

Dia jugak ada bagitau aku yang dia pun dijemput pi program dialog dengan Dr. Hasan Ali semalam tu tapi dia tak pi, pasainya dia dah wakilkan kat MRK dan dia dah buat keputusan hanya nak pi hari ni untuk program malam ni tapi tak jadi la pasai dah ditangguhkan.

Dia pun ada cerita sikit pasai hasil dialog tu. Pada aku apa yang dia sampaikan tu sangat mengejutkan dan aku hampir tak boleh terima. Dan aku cadangkan kat dia kalau nak bukak cerita pasai tu, seeloknya lepas keluar keputusan Mesyuarat Khas Pas Pusat malam esok. Kalau boleh dapatkan maklumat setepat-tepatnya dari wakil dia di program dialog tu.

Masalahnya bila boleh bukak internet pagi ni (dengan connention GPRS 3 bar celcom yang macam lahanat) rupa-rupanya Gomo si lahanat Umno tu dah tulis pasai dialog tu. Panjang pulak dia hurai dan dia goreng. Aku pun taktau setakat nama yang dia tulis tu betui dan setakat mana pulak dia mereka-reka fitnah.

Wak Banjari memang ada cadangkan aku mula belasah dulu pasai dialog tu tapi disebabkan dia tak pi program tu dan dia pun kata dia belum dapat laporan penuh, apa sangat yang aku boleh tulis hasil maklumat dari dia. Tapi bila Gomo si lahanat tu dah start tulis aku rasa baik aku pun tulis sama, setakat yang aku boleh la..

Aku taktau sebab que aku ka sebab apa, blog Al-Banjari pun lepas tu ada keluarkan satu entry pasai dialog tu. Dia tak tulis apa sangat pun, cuma sikit-sikit counter apa yang Gomo si Lahanat tu tulis. Hangpa boleh baca kat sini.

Macam yang wak tulis, apa-apa pun kena tunggu dulu keputusan mesyuarat khas Pas malam esok.

sumber, Cenangau




baca lagi [click here]...

Monday, October 26, 2009

Selesai secara musyawarah: Hadi



Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Ini merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya www.bloktokguru.com supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Abdul Hadi berkata beliau telah pun mengarahkan Mustafa supaya menentukan tarikh yang sesuai dalam masa terdekat untuk diadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang timbul.

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.

Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula hari ini dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu semalam. BERNAMA

sumber, Malaysiakini
baca lagi [click here]...

Saya sudah tua untuk didalangi — Nik Aziz



KOTA BHARU, Okt 25 — “Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.

Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.

Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.

Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.

“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.

sumber, themalaysianinsider
baca lagi [click here]...

Saturday, October 24, 2009

Muktamar Agung Khas PAS (EGM) : 12 persoalan 'panas' yang perlu dijawab..



1) Apakah keputusan PRK Bagan Pinang tempoh hari adalah faktor UTAMA kepada timbulnya isu Kerajaan Perpaduan dan EGM?

2) Apakah benar artikel yang dikeluarkan oleh Prof. Aziz Bari dalam Sinar Harian punca Tok Guru menimbulkan isu EGM di dlm blognya?

3) Apakah TGNA benar-benar telah menjalankan siasatan mengenai kenyataannya yang mengatakan kem Pro UG menimlbukan balik isu kerajaan perpaduan?

"Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.
4) Apakah benar kem pro UG masih membangkitkan hal-hal yang menjurus kepada kerajaan perpaduan/UG ketika ini?

5) Apakah salah TGNA menimbulkan/mencadangkan 'usul' supaya diadakan Muktamar Agung Khas atau EGM?

6) Apakah benar dakwaan TP PAS Nasharuddin Mat Isa bahawa EGM ini hanya bergantung kepada keputusan Majlis Syura?
Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menggantikan pucuk pimpinan Pas bukan boleh ditentukan oleh sesiapa termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya ia bergantung kepada hasil mesyuarat Majlis Syura parti tersebut.
7) Apakah Nasharuddin berhak mengeluarkan kenyaatan seperti itu, atau sepatutnya orang atau pihak lain?

8) Apakah tindakan Nasyarudin seperti dibawah ini adalah betul, atau ia tidak menjejaskan apa-apa termasuk kenyataan asal beliau?
Timbalan presiden PAS berkata beliau belum membaca tulisan kontroversi Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menggesa muktamar khas diadakan untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin parti yang pro-kerajaan perpaduan.
9) Apakah jalan terbaik bagi menyeselsaikan polemik/ isu berbangkit ini?

a) adakah EGM dengan segera
b) tangguh dan berbincang terlebih dahulu
c) tidak perlu sama sekali

10) Jika pilihan jawapan anda adalah (a), apakah jangkaan anda dari hasil EGM itu nanti? PAS masih kekalkan status quo, atau berlaku rombakan dalam saf kepimpinan?

11) Jika PAS masih kekalkan status quo selepas EGM (tiada perubahan), apakah reaksi anda?

12) Jika berlaku rombakan kepimpinan selepas EGM, apakah pula reaksi anda?

# soalan tambahan: Apakah pandangan, pendapat, hajat dan harapan anda dalam polemik/isu yang berbangkit ini?

baca lagi [click here]...

POLL: Apakah kefahaman korang tentang 'Kerajaan Perpaduan'??



Alang-alang isu kerajaan perpaduan/United Government (UG) muncul balik (tak tahu bila plak kem UG ni buat hal balik sampai timbul isu ni), so ada baiknya penulis sertakan Poll yang pernah penulis wujudkan ketika isu UG ni hangat diperkatakan dulu..


Seramai 375 responden telah mengambil bahagian dalam survey yg diadakan secara terbuka dan 'bebas' ini..soalannya berbunyi...


SOALAN: Apakah kefahaman korang ttg 'kerajaan perpaduan'??

PILIHAN JAWAPAN:

1)PAS akan menyertai UMNO..
2)PAS akan menjadi salah satu parti kompenan BN...
3)PAS dan PR akan bergabung bersama BN untuk memerintah negara..
4)Pas tetap berada dlm saf PR, tetapi diminta diberi kerusi atau jawatan dlm kerajaan dlm sektor2 sertentu...
5)PAS tidak akan sesekali menyertai Umno, tetapi hanya bekerjasa dlm hal2 tertentu demi kemaslahatan agama dn negara...
6)Ntah...aku xpaham.....

Jawapan bagi soalan "Apakah kefahaman korang ttg 'kerajaan perpaduan'??" mengikut turutan peratusan tertinggi..

1) PAS tidak akan sesekali menyertai Umno, tetapi hanya bekerjasa dlm hal2 tertentu demi kemaslahatan agama dn negara...213 (56%)

2) PAS dan PR akan bergabung bersama BN untuk memerintah negara..47 (12%)

3) Ntah...aku xpaham.....43 (11%)

4) Pas tetap berada dlm saf PR, tetapi diminta diberi kerusi atau jawatan dlm kerajaan dlm sektor2 sertentu...30 (8%)

5) PAS akan menjadi salah satu parti kompenan BN...26 (6%)

6) PAS akan menyertai UMNO..16 (4%)

Penulis tak mahu mengulas lanjut hasil dari poll diatas, terserah pada korang untuk menilai, menafsir tentang apa yang berlaku..mungkin culaan ni boleh dijadikan sandaran hujah, dan mungkin juga boleh dipertikai dan disanggah...

Apa yang nak dinyatakan disini, ada sesetengah dari kita yang memekik mengenai UG/kerajaan perpaduan, tetapi apabila ditanya, apa yg dimaksudkan dgn UG, apa kefahaman dia ttg UG, maka dia diam seribu bahasa..hanya apabila disenaraikan pilihan jawapan seperti diatas barulah sesetangah dari mereka akur untuk mengatakan yang sebenarnya mereka "tak tahu", atau "tak faham"..

Tidak hairanlah, terdapat 'mereka' yang menjadi batu api memporak perandakan keadaan..dicucuknya pihak disebelah sini, diprovoknya pihak disebelah sana..ini semuanya lumrah, apatah lagi dalam berpolitik...disinilah kekuatan dan kelebihan akal yang agresif, kritis, proaktif dapat membezakan kenyataan manakah yang bersifat 'ikhlas', 'emosi', dan juga 'provokasi' (dari ejen musuh)...

Bagi penulis sendiri, seperti yang dimaklumi sudah, jika UG itu bermaksud PAS menyertai, menyokong, bersatu, bekerjasama dengan Umno (dalam situasi ketika ini) baik secara langsung atau tidak, penulis menolak dengan sekeras-kerasnya..penulis masih dengan pendirian penulis yang menyokong kenyataan TGNA bahawa, PAS sesekali tidak akan menyertai Umno, dan PAS hanyasanya akan menyertai Umno sekiranya Umno mengubah dasarnya kepada Islam...wallahua'lam...

p/s: Penulis tak de masa nk ulas panjang lebar..apa pun, undian masih lagi berjalan..up 2 u..:)
baca lagi [click here]...

Friday, October 23, 2009

Maaf, saya bimbang mood menjelang PRU13 memihak BN — Ahmad Lutfi Othman



OKT 23 — Aidilfitri yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan.

Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya-Allah.

Pengajaran pilihan raya kecil Bagan Pinang dan iktibar “kekalahan besar” masih diperkatakan. Begitu juga dengan impak perhimpunan Umno dan pergolakan politik semasa, termasuk kemungkinan sidang DUN Perak dibubarkan.

Bedah-siasat kegagalan di Bagan Pinang secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan niat mahu meletakkan kesalahan ke bahu pihak lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.

Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang, di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.

Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Dr Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.

Perangi rasuah

Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah, juga diperkecilkan.

Gerakan pembangkang ketika itu masih tidak berubah temponya bila berdepan Abdullah, berbanding era Mahathir dulu, gaya serangan hampir sama. Tiba pilihan raya 2004, BN mencatat kemenangan paling bersejarah. Kelantan yang dilihat kebal hampir tumbang. Terengganu, yang baru sepenggal dikuasai PAS, luruh mudah.

Memang regim Abdullah hanya bermain retorik, intinya tetap sama, membusuk dan menanah denganrasuah, egois, rakus, pilih kasih dan lupa diri. Namun, masyarakat amat dahagakan pembaharuandan perubahan imej dari “zaman gelap” Mahathir. Dengan penuh bergaya, Abdullah mengisi kekosongan itu, sedangkan prestasi kerja beliau dalam kabinet Mahathir tidaklah sehebat mana.

Apakah pandangan rakyat Malaysia begitu mudah dikelirukan atau Abdullah terlalu cekap mengatur langkah — dengan bantuan tukang-tukang spinnya — menambat hati rakyat? Bibit-bibit reformasi 1999 bagaikan dicantas.

Umno-BN sendirimungkin terkejut, bagaimana dalam masa singkat, pengundi kembali semula kepadanya, sedangkan perubahan hanya kosmetik tipis. Tapi, bukankah politik itu dikuasai persepsi?

Sering saya ulangi, tsunami Mac 2008 cukup mengejutkan semua pihak, hamper tiada siapa menjangkakan hal itu. Pemimpin komponen BN di Semenanjung, terutama MIC, MCA dan Gerakan yang menimpa bencana, kehilangan punca.

Saya masih ingat keluhan seorang ADUN Umno Selangor, yang cukup rapat dengan Dr Mohd Khir Toyo: "Lutfi, kau buatlah kajian mengapa pengundi India dan Cina tidak lagi sokong BN. Rasanya,macam di kawasan aku, masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan protes, bila aku jamu makan semasa kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan dari sepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"

Bimbang dengan rentak sokongan

Kini, apabila saya bimbang dengan rentak sokongan pengundi bukan Melayu — yang mungkin terikat dengan teori pendulum — bukanlah bermakna saya menjadikan kes Bagan Pinang sebagai satu-satunya rujukan. Bagan Pinang boleh saja dikatakan kes terasing, tapi saya lebih sukakita menggali iktibar untuk merencanakan gerak kerja lebih tersusun.

Kebimbangan saya lebih mendalam apabila ada pihak mendakwa kehadiran masyarakat bukan Melayu pada majlis rumah terbuka agak merosot berbanding tahun-tahun lalu, termasuk tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Mungkin ia juga kes terasing, tetapi rasanya tidak salah untuk kita turut risau dan cuba menjejaki masalah sebenar, 'kan? (Saya tidak mahu kita mengambil mudah dengan petanda kecil di hadapan kita).

Apabila Datuk Seri Najib Razak menjanjikan perubahan dalam Umno, saya lebih suka untuk tidak memandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya untuk menarik sokongan dan gimik, tetapi bukankah itu satu permainan politik yang lazim?

Majoriti rakyat mungkin melihatnya dari kacamata berbeza, dan mereka dengan mudah dapat dipengaruhi dengan imej-imej palsu itu. Jika factor populariti Tan Sri Isa Samad berjaya di Bagan Pinang, tidak mustahil sosok Najib mampu meleraikan sokongan buat Pakatan.

Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi dari dekat prestasi Pakatan, cerewet tentang calon-calon yang ditampilkannya, mengungkit janji manfesto yang mungkin belum dapat dilunasi, dan tidak puas hati dengan persefahaman sesama parti.

Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.

Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal agar persiapan dapat dilipatgandakan. Tanggungjawab besar dipikul oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dan pemimpin utama pusat yang menjadi simbol dan lambing keupayaan kita untuk menerajui kerajaan persekutuan, bagi memungkinkan terlaksananya satu perubahan mendasar yang diimpikan semua.

Tanpa mengambil alih kerajaan pusat, sekatan dan halangan terhadap kerajaan negeri Pakatan akan terus bertindan-tindih. — harakahdaily
baca lagi [click here]...

Terima kasih Aziz Bari atas kritikan anda— Mohd Hanipa Maidin



OKT 23 — Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh Okt 19 (“Pengajaran dari Bagan Pinang”). Saya percaya Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Aziz yang kita tahu seorang profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Idris menyanggah tulisan Aziz bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Azizi pula mengkritik PAS. Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Aziz. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau. Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsure mala fide (niat jahat).

Tulisan tersebut , bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang. Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Aziz adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa “Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka” agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Azizi sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Aziz malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Aziz iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja ? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS — melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari “siege mentality (mentality terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aziz. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati. — harakahdaily.net

Mohamed Hanipa Maidin adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat. Artikel ini disiarkan pertama kali di HarakahDaily pada Okt 22.


baca lagi [click here]...

Sunday, October 18, 2009

Transformasi perlu melibatkan dasar – Nik Aziz



KOTA BARU, Okt 18 – Beberapa pindaan dibuat terhadap perlembagaan parti di dalam Umno telah digambarkan ia sebagai satu perubahan secara tuntas dan signifikan dalam usaha barisan kepimpinan parti tersebut ingin menjadikan Umno sebagai sebuah parti inklusif dan demokratik mendapat pelbagai reaksi ahli politik.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas perkara itu berkata, transformasi politik seharusnya dibentuk secara komprehensif mengikut aspirasi seluruh rakyat tanpa mengira apa jua bangsa. Sebab itu penterjemahan sebenar anjakan transformasi mestilah melibatkan dasar.

“Kalau setakat perubahan luaran tapi dasarnya masih tetap sama, itu orang panggil perubahan kosmetik. Tidak konkrit” katanya semasa ditemui selepas majlis perasmian sambutan Hari Keluarga Halaqat Negeri Kelantan di Gelora Beach Resort, Bachok, dekat sini petang semalam.

Umno dilapor sekaligus telah melakukan perubahan apabila membuat tujuh pindaan terhadap perlembagaan parti yang diluluskan dengan sebulat suara dari para perwakilan setelah dibentang Naib Presidennya, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, di Perhimpunan Agungnya 2009 yang berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober.

Antara pindaan tersebut ialah meningkatkan bilangan perwakilan bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti termasuk peringkat bahagian daripada 2,500 kepada 146,500 perwakilan. Dan dalam usaha merealisasikan Umno sebagai sebuah parti berdemokratik, sistem kuota juga turut dihapuskan bagi membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding.

Semasa menjawab kemungkinan perubahan itu hanya retorik Umno dalam usaha menawan hati rakyat selepas menyedari hampir seluruh rakyat menolak kepimpinannya Nik Aziz menegaskan, transformasi ke arah memperjuangkan dasar Islam itu sesungguhnya satu ciri reformasi yang paling waras. Sebaliknya adalah retorik semata-mata.

Sementara itu bagi veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah, yang pernah mencadangkan pindaan perlembagaan dilakukan sejak tiga tahun lalu berkata perubahan dalam parti bukan setakat membabitkan pindaan perlembagaan tetapi menuntut kepada perubahan personaliti, sikap dan kelakuan pemimpin.

Katanya, tahap ketamadunan rakyat yang cukup tinggi sekarang ini memerlukan kepada pemimpin yang juga cukup bertamadun, yakni pemimpin yang bersih, bebas daripada amalan rasuah serta peka terhadap aspirasi semua kaum.

Sehubungan itu beliau turut menggesa ruang kebebasan bersuara dibuka secara adil dan saksama dengan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan sekali gus memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana senario itu adalah satu gambaran besar ke mata dunia tentang kekuatan prinsip demokrasi negara yang terdiri daripada berbilang parti politik.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR, Azmin Ali, ketika mengulas agenda perubahan Umno itu dilaporkan berkata, transformasi mestilah didorong oleh wadah dan pemimpin yang percaya dengan perubahan boleh memberi kesan kepada rakyat sejagat.

sumber, The Malaysian Insider
baca lagi [click here]...

Saturday, October 17, 2009

Semoga usul Dewan Ulamak Umno menjadi kenyataan..



versi Berita Harian

"Shabudin turut mencadangkan agar Umno mendekati ahli agama, dan jika sekiranya perlu, mewujudkan Dewan Ulama Umno bagi menjawab isu-isu tertentu.

Pada masa ini, katanya, apabila timbul isu, agensi rasmi agama mengambil jalan selamat dan tidak menolong untuk menjawab."

versi The Star

Proposal to set up Umno Foundation and Dewan Ulamak

KUALA LUMPUR: An Umno Foundation should be established to provide financial aid to needy members, especially to help them pay their medical bills and for children’s education, the Umno general assembly was told Friday.

An Umno delegate from Penang, Shabudin Yahaya, said that although many foundations had been formed, they did not operate in Umno’s name.

“We want a foundation with Umno’s brand so that the party remains relevant. Only then would Umno’s presence reach the grassroots and be accepted by the people,” he said when debating the presidential address in conjunction with the Umno general assembly.

He said Umno had helped many people in need, but had forgotten its own members.

“That is why we need a foundation to help the Umno members,” he added.

Shabudin also suggested that Umno set up its own “Dewan Ulamak” to tackle issues on Islam.

“Today (Kelantan Mentri Besar Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) only rambles, while official religious agencies play safe when there are issues (on Islam),” he added.

Perlis delegate Ahmad Bakri Ali hoped Umno would continue to make poverty eradication its main agenda to win the people’s heart.

“Poverty is not a new problem. The poor and the backward are not only in the rural areas, but also in town. Poverty is not only measured in terms of income alone, but also lack of basic facilities.

“Health and education aid for the poor should be given priority. The poor should be given fish first, only then the fishing rods,” he added.

[[ Penulis doakan usul perwakilan dari Umno Pulau Pinang ini menjadi kenyataan..penulis yakin, tidak kurang dari kalangan ahli dan penyokong tegar umno yang mahu umno mewujudkan dewan ulamak ini, apatah lagi ditengah kegawatan isu-isu agama dikalangan parti Kebangsan Melayu Bersatu ini..sedangkan Islam hadari boleh dicipta, apalah sangat dewan ulamak ni..

Ia juga bertepatan dengan saranan dan dakwaan Najib sebelum ini yg mengatakan Umno adalah parti Islam, maka amat janggal tokoh2 agama, alim ulamak masih dipinggirkan dari arus politk negara, amat malang jika agamawan ini masih ditakuk lama, hanya sekadar 'alat' apabila diperlukan sahaja..

Kita akan lihat, siapakah yang akan menjadi ketuanya, timbalan, serta exco2nya..apakah bekas mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, atau ustaz Firdaus, Zahid Hamidi, atau mungkin Pak Lah, seorang cucu ulamak yang juga pelopor Islam Hadari...kemudian apakah bentuk tugas2 dan peranan yang akan diwujudkan nanti...apakah mereka2 ini akan turut tersenrai menjadi calon dlm pilihan raya, atau bagaimana?

Insyallah, ia akan memulangkan modal yang baik kpd mereka..mungkin selepas terwujudnya dewan ulamak ini, maka akan kuranglah memakihamun terhadap golongan ulamak, mereka akan segan untuk memperlekeh sunnah nabi seperti berjanggut dan lain-lain..dengan kata lain, mereka akan lebih menghargai golongan ulamak (alim dan pakar pemasalahan ilmu agama) ini....apakah ianya akan menjadi kenyataan?

Penulis menunggu dengan penuh minat..wallahua'lam..]]

baca lagi [click here]...

Thursday, October 15, 2009

'Post Mortem' kekalahan PAS: Komen pembaca Harakahdaily...



komen 1.

Disarankan 'think tank' PAS jangan hanya mendengar komen dan analisa di kalnagan pimpinan tetapi juga menilai pandangan rakyat bawahan melalui media seperti Harakah, Harakahdaily, blog dsb. -teropong jauh, shah alam.

komen 2.

Tuan, berikut dikenalpasti beberapa punca PAS kalah di Bagan Pinang:

i)Calon PAS kurang Popular,banyak yang tidak mengenali beliau.
ii)Kekurangan orang tempatan ke depan salah satu sebab punca kekalahan,orang luar sukar mempengaruhi orang tempatan
iii)Rasuah yang berleluasa
iv)Peras ugut
v)Kurang isu tempatan di ketengahkan
vi)Popularity ISA dikalangan orang tempatan,sebenarnya bukan BN menang tapi ISA ATAU RASUAH yang menang. - said dali.

komen 3.

Pandangan saya:
# Petugas PAS yg berasal dr kawasan Telok Kemang dan Bagan Pinang amat sedikit. perlu tubuhkan lebih banyak cawangan dan latihan gerak kerja berhadapan masyarakat awam.
# Calon PAS kurang dikenali di kalangan rakyat NS.
# PAS silap tanggapan terhadap rakyat di bahagian selatan. PAS menganggap strategi di kawasan utara dan timur boleh digunakan di selatan.
# PAS dan Harakah memainkan isu calon BN.
# PAS tidak mengambil berat pendapat penganalisis politik. Mereka berkata bahawa isu peribasi bukan senjata utama dalm PRK Bagan Pinang.
# PAS gagal mempengaruhi orang Melayu.
# Ugutan BN buat rakyat takut undi PAS.
# PAS terlupa di sebalik isu calon BN, takkan tiada langsung kebaikan atau jasa yang calon BN pernah lakukan.
# PAS sepatutnya memilih calon yg berasal dari Telok Kemang/Bagan Pinang sebagi calon PAS. -an,mohd.

komen 4.

Salam. Elok juga bermuhasabah selepas kekalahan. Ada hikmahnya tewas kerana sekurang - kurangnya semua pihak di dalam parti akan terus berkerja. Mudah - mudahan kita akan sedar dari lamunan. Wassalam. -BUDAK LARKIN.

komen 5.

Pandangan saya kekalahan PAS:

1. Rakyat masih boleh menerima UMNO.
2. Pakatan Rakyat gagal mematahkan serangan media dari UMNO.
3. Perjuangan mendapatkan keadilan bagi daftar pemilih belum tercapai.
4. DAP jangan mengeluarkan isu sensitif mengenai Agama Islam.
5. PAS mesti bijak dalam melaksanakan perkara yang melibatkan Agama Islam kerana orang Melayu Islam sendiri lemah dalam ilmu.
6. Pemimpin-pemimpin PR belum mendapat keserasian lagi dalam pakatan dan saling serang menyerang di dalam media.
8. Pakatan Rakyat mesti mempunyai satu medium supaya suara rakyat dapat disalurkan terus kepada pimpinan tertinggi PR dan bukannya rakyat bebas menggunakan blogger menghentam pemimpin sendiri.Akibatnya isu yang kecil menjadi barah kepada penyokong sendiri dan menjauhkan rakyat mendekati PR. - meriam buluh.

komen 6.

Salam,Sedikit komen membina untuk parti PAS:

1. Untuk next election (no matter which DUN/Parlimen) jgn mulakan provokasi terhadap parti lawan, tangani setiap provokasi pihak lawan dgn bijak dan berilmiah.

2. Seperti komen an.mohd, guna pakai strategi yang berlainan di setiap kawasan/negeri kubu kuat jentera pihak lawan (sekadar peringatan semula)

3. Hormati pihak lawan, lebih guna perang psikologi berbanding perang botol dan parang. Jentera pilihanraya di nasihatkan supaya lebih peka dengan isu provokasi pihak lawan tetapi bukan atasinya dengan provokasi semula atau peperangan. Tunjukkan sifat yang murni dan baik untuk pihak lawan berasa hormat sehingga pihak lawan berasa segan dan malu untuk terus berprovokasi. Seperti yang diamalkan oleh Rasullulah dalam berdakwah (Why not kita contohi baginda?)

4. Sememangnye pihak lawan sanggup buat apa sahaja untuk menang (fitnah & janji palsu) tetapi JANGAN SEKALI KALI SAMPAIKAN PADA MANA-MANA PENGUNDI TENTANG KEBURUKAN PIHAK LAWAN. Ape yang perlu disampaikan ialah cuma menyatakan harapan sokongan dari mereka dan akan melakukan yang terbaik samada dari segi pembangunan dan ekonomi kawasan terbabit. Pengundi kini semakin bijak. Pihak lawan fitnah kita atau berkata buruk tentang kita tetapi kita bersikap sebaliknya, Pengundi akan menilai siapa yang buruk sebenarnya (what comes around goes around). Berpolitik lah dengan jujur.

Apa yang baik sama-sama kita amalkan semoga mendapat keredhaaNya. - Gold Digger-KL.

komen 7.

Saudara,Antara punca kekalahan PAS di bagan Pinang adalah:-

1. PAS tidak membuat groundwork menyantuni hati rakyat disana.Program program kebajikan perlu dipergiatkan disana.Kekutan Hamas dan HIsbollah adalah disebabkan aktiviti aktiviti begitu.

2. Tiada teamwork.PAS dilihat bekerja sendirian dan kurang penglibatan dari komponen PR yg lain.Pasal apa? Adakah sebab ego?

3. Gagal menyampaikan mesej kepada rakyat.Malahan isu isu penting saprti kematian Teoh Beng Hock dan isu memijak kepala lembu oleh UMNO di Shah Alam pun tidak menarik perhatian rakyat tempatan.Perlu bua tkajian utk memahami stail pemikiran rakyat sana.Wallahualam. - rozlan abdullah.

komen 8.

As'kum,Saya saadin, asal kg Salor, Kota Bharu dan menetap di Kuala Lumpur.

Saya ingin melahirkan kekecewaan terhadap kekalahan untuk memenangi DUN Bagan Pinang. Kata orang takdir itu ditentukan oleh Allah SAW, namun begitu, setiap kejadian tentu ada sebab musababnya.

Terlintas di fikiran untuk berkongsi bersama dalam menterjemahkan situasi yang berlaku di Bagan Pinang. Dari pengamatan yang sayup sayup, Pemilihan DUN Bagan Pinang diibaratkan seperti pertempuran antara kuasa Negeri dan Pusat. Jarak antara Bagan Pinang dengan Putrajaya dekat sekali berbandingkan dengan Kelantan, yang mana kuasa PAS yang terdapat di Kelantan. Faktor kesedaran dalam pemikiran terhadap pengundi di Bagan Pinang telah awal awal lagi dipengaruhi oleh agen Barisan Nasional.

BN tak sepatutnya menang. Ungkapan ini telah terlintas difikiran saya selepas percalonan TS ISA di pilih untuk mengekalkan DUN Bagan Pinang. Faktor tersebut makin bertambah yakin selepas mantan PM Tun Dr Mahathir, tidak menyukai terhadap percalonan tersebut. Bagi saya, secara jujur berpendapat bahawa, setiap Ahli DUN atau Parlimen yang telah melakukan kesalahan seperti korupsi, sex, jenayah, pecah amanah dan lompat parti, TIDAK perlu memberi pengampunan jika disabitkan kesalahannya dan di jatuhkan hukuman.

Persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku akan sedikit sebanyak mempengaruhi kepimpinan beliau kelak. Justeru itu, tiada pengampunan terhadap beliau, meski pun dalam ugama kita, ianya masih diberi peluang terhadap kesalahan yang dilakukan untuk bertaubat.

Punca kemenangan BN, antara yang saya fikirkan adalah:

1) Pengaruh MEDIA terhadap BN, yang sekali gus ianya berjaya menambat hati pengundi
2) Pengaruh TS ISA terhadap rakyat yang mengenalinya dari segi mengambil tahu permasalahan penduduk Bagan Pinang.
3) 35% pengundi pos, yang mana pada awal awal lagi ianya menjadi strategi BN untuk mendapatkan bonus kemenangan BN
4) Pengaruh turun padang yang dilakukan oleh BN dikalangan MT dan Menteri/Timbalan, sekali gus berjaya menambat hati pengundi.

Apabila rakyat dipengaruhi, segala apa boleh berlaku. Itulah yang terjadi di Bagan Piang. Soal betul atau fitnah tidak menjadi soal, asalkan ianya berjaya menambat hati pengundi. - saadin.

komen 9.

Salam,

1] Syabas dan taniah kepada semua pengundi2 dan penyokong Pas kerana kekalahan itu sebenarnya adalah kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
2] Punca kekalahan Pas sebenarnya adalah bukan kerana faktor calon itu yang tidak dikenali, yang tidak bersih tapi bersih dari segi rasuah dan juga berpendidikkan.Ia nya berpunca daripada kejahilan penggundi2 itu sendiri yang tidak kenal mana kaca mana permata.
3] Punggundi yang menggundi Isa Samad telah jauh daripada rahmat Allah s.w.t.

Kesimpulannya, kekalahan Pas sebenarnya adalah kejahilan agama penggundi2 BN itu sendiri.Semoga Allah memberi segala taufik dan hidayah kepada penyokong2 BN semuanya. - Pas for All,ahmad syukri.

komen 10.

Assalamualaikum, sebenarnya sebelum pilihan raya bermula, saya sudah beranggap bahawa PAS akan kalah. Bukan saya mahu PAS kalah, tetapi dgn isu yang pihak PAS mainkan tak ubah seperti isu yang UMNO/BN mainkan di semua pilihan raya kecil sebelum bagan pinang. Saya membaca response dari pembaca dan saya bersetuju dengan pendapat Gold Digger-kl. bagi saya PAS kali ini:

- Menyerang Peribadi seseorang.
- Kurang mempromosi calon PAS di ONLINE sampai ramai yg tertanya-tanya siapa calon PAS tuh.
- PAS sepatutnya bersatu padu. Biarlah segala apa keputusan adalah sebulat suara dari semua negeri, Bukannya PAS kedah dgn kedahnya, kelantan dgn kelantannya, selangor dengan selangornya.
- Mungkin PAS dapat ketengahkan calon yang akedamik dan agama nya kuat. Orangnya perlulah fresh bukannya dari bekas mana-mana parti politik seperti di parlimen pasir mas.

sebenarnya banyak lagi yang saya fikirkan. tetapi saya rasa cukuplah setakat ini sahaja. mungkin lain kali saya akan meluahkannya lagi.sekian terima kasih. - m arif.

komen 11.

Tak mengapa kalah sekali sekala, bukankah kekalahan itu anak tangga pertama untuk menuju kejayaan. Jangan menjadi seperti Yahudi, langsung tidak boleh menerima kekalahan. Dah cukup 7 kemenangan yang ada sebelum ini, cuba lah bersyukur. Malah Nabi kita baru perang ke 3 dah kalah.. apatah kita� dah 7 kali menang� tak usah laa tamak seperti UMNO tu..!! - Azman Hashim.

komen 12.

Salam.saya cuma nak tambah satu sahaja.antara punca yang saya rasa paling utama kekalahan pas ialah kita kurang melibatkan Allah dalam prk ini dan juga prk2 atau pru kebelakangan ini.kita lebih tumpu kepada persiapan material dan fizikal sahaja.kalau setakat itu sahaja kita tidak jauh beza dengan amno.kita kena libatkan Allah,jangan dipinggirkan Dia.maksud saya Allah melihat tindakan kita betul2 hendakkan islam atau tidak.

Bukan sekadar ceramah,kempen,penerangan,tapi yang lebih penting,solat hajat,doa,munajat,zikir,tahajud,kehadiran kita ke masjid dan pelbagai amalan lagi yang menunjukkan kita ini benar2 hendakkan islam.bukan hanya melaungkan takbir,nak kepada islam,tetapi muka kita tak pernah nampak di masjid.hanya nampak di tempat ceramah sahaja.Kalau kita cuma mengatakan kita nak kepada Islam,tapi tindak tanduk kita menampakkan kita pun lebih kurang dengan orang amno,orang amno tak pi masjid,kita pun tak pi masjid,anak bini orang amno tak tutup aurat kita yang pas pun tak kisah juga,maka kita akan berdepan dengan banyak kekalahan lagi. - Mat Lah.

komen 13.

PAS perlu mengambil ikhtibar di atas kekalahan yang berlaku, selain itu suara di pihak bawahan perlu juga di ambil kira ini kerana bila berlakunya pilihanraya bukan sahaja pertandingan di antara PAS dan UMNO tetapi melibatkan Pakatan rakyat dan BN. Ahli-ahli PAS mungkin setia pada pemimpin atasan tetapi bagaimana pula dengan parti-parti lain yang ada di dalam PR, adakah calon yang dipilih sesuai ataupun tidak, popular ataupun tidak dan factor-faktor lain perlu di ambil kira oleh PAS khususnya dan PR amnya. Gerak kerja kempen perlu diperkemaskan lagi dan tidak tertumpu pada sesuatu isu sahaja sedangkan mungkin rakyat ingin mengetahui apa kebaikan atau kebajikan yang mereka perolehi sekranya mengundi PAS. Jadi sama-sama kita fikirkan dan terus berjuang memartabatkan bangsa dan agama Insyaallah. - Orang muda.

komen 14.

Elok sangatlah jika buat Post Mortem, tapi setahu sayalah... memang susah nak matikan Mat Isa, macam saya kata tempuhari.. samalah macam nak rampaih Kepala Bataih dari Pak Lah... memang tak boleh.. kerana otai-otai sana respect abis kat aruah Mat Bedui (Ahmad Badawi) dan memang pun patut di hormati... kerna Mat Bedui ini sekolah pondok... baca khutbah tak pernah ada teks di tangan.... mau jumaat atau pun raya... itu lah kekuatan Mat Bedui... oleh kerana sikap bapak dia maka anak pun di hormati macam bapak dia...

Samalah dengan Mat Isa, hangpa toksah duk kata apa lah... depa cuma nampak Mat Isa tu bagiuh, kerana orang kampong depa, kenduri kendara kampong dia tak pernah miss.. tu saja.. Kg Bgn Pinang duk macam tu dah 21 tahun aku di sini..., sama lah dgn Kg Baru Sirusa.... yg banyak tanah kena juai kat orang pendatang... last2 Kg Bgn Pinang dan Sirusa jadi hak milik orang pendatang... sama lah macam Kg Paya di PD..

Rasuah.. semua oghang tau, lani duk jaja.. kalau kat Bgn Pinang tak ada istilah RASUAH.......

Tu tak cerita lagi pasai genster depa... nak cakap pun malaih... bagi depa Subuh ka, zohor ka, maghrib ka, isya ka... sama saja.. tapi kalau raya gerenti ada. - Ayahcu.

komen 15.

PAS harus berubah. PAS dilihat tenggelam di dalam arus PAKATAN RAKYAT. PAS dilihat semakin jauh dari apa yang diperjuangkan. INGAT hanya ISLAM yang mengukuhkan PAS. Kembalilah memperjuangkan ISLAM tanpa kompromi baik dari kawan atau lawan. KEMPENLAH dengan Kekuatan PAS bukan Kelemahan org lain. - Lord.

komen 16.

Dalam kita bermuhasabah di atas kekalahan di Bagan Pinang, kita juga perlu menilai tahap penerimaan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya di negeri-negeri yang diterajui oleh PR. Saya nampak salah satu sebab yang menyumbang kepada kekalahan PAS ialah rakyat Bagan Pinang tidak dapat menjiwai idealogi PR. Saya juga risau, sekiranya masalah dalaman PR tidak ditangani dengan baik, ia akan menterbalikkan sokongan rakyat dari mengudi PR. Dakyah BN untuk memburukkan PR ternyata berjaya dengan bantuan media perdana, dan kita perlu lebih bijak dalam menangkis serangan mereka.InsyaAllah, Islam akan berjaya menakluki Malaysia suatu hari nanti. Amin. -Mohd Kamal Fikri.

komen 17.

Pada pendapat saya:-

i) Semua kerjasama (khasnya dihari penamaan calon dan hari mengundi) yang telah ditunjukan dalam PR adalah pada tahap yang baik dan perlu diteruskan.
ii) Undi POS perlu di perbaiki SPR dah perlu terus diperjuangkan agar UMNO (BN) khususnya tidak dapat diexplotasikan iii) Kita (PR) memerlukan cara untuk bersaing dengan kuasa yang dimiliki kerajaan (Polis, SPRM, SPR, TV1, TV2, TV3, Astro) dalam menangkis semua provokasi.
iv) Kemahiran berkomunikasi dikalangan petugas-petugas.
v) Provokasi UMNO dimulai dengan "sandiwara" abd. Azeez (Putera UMNO) hingga kepada hari membuang undi tu perlu ditangani...
vi) Mereka dah dapat mengimbangi "Blogger PR" dengan mengujudkan blogger upahan.. Kita mesti cari jalan lain pulak..
vii) Perbincangan mengenai pengagihan kerusi dalam menyesuaikan komponan PR yang bertanding selain memperkenalkan calon.. Calon PR dah terbukti terbaik.. (bebas sogokan). -Abdullah Abd Jamil.

dipetik dari 'komen pembaca' melalui artikel, "Kalah di Bagan Pinang, PAS akan post mortem"..
baca lagi [click here]...

Kalah kerana belum cukup terangkan perjuangan parti-Nik Aziz



KOTA BHARU, 14 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kekalahan di Bagan Pinang kerana jentera PAS tidak mempunyai cukup masa menerangkan dasar dan perjuangan parti dan melebihkan serangan peribadi terhadap calon Umno.

Menurut Nik Aziz, pengalamannya semasa turun di Bagan Pinang menunjukkan sebahagian pengundi di Dun itu masih belum mengenali PAS secara mendalam.

Dalam pertemuan dengan pengundi katanya, masih ada di antara mereka menganggap Islam dan PAS itu ganas dan kefahaman itulah menyukarkan PAS untuk menang pada pilihan raya kecil tersebut.

"Saya sendiri bertemu dengan tuan rumah yang saya pergi baru-baru ni dan mengakui masih tak faham perjuangan PAS ni lagi," katanya.

"Ramai di antara orang melayu di sana masih beranggapan Islam itu ganas dan PAS juga ganas, ,jadi ini semua memerlukan masa untuk memberi pemahaman kepada mereka," ujar beliau lagi.

Nik Aziz berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dekat sini hari ini.

ImageBeliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan,Abdul Fatah Harun sebelum ini yang mengakui teknik menyerang pribadi calon tidak diterima oleh pengundi Bagan Pinang.

Beliau juga berkata rakyat di Negeri Sembilan juga masih jauh untuk memahami perjuangan PAS.

Kehadiran jentera PAS dari seluruh negara juga mungkin membuatkan mereka berada dalam kebingungan apatah lagi diasak tekanan dari parti lawan dengan hebat.

Pada PRK Bagan Pinang 11 Oktober lalu, calon PAS, Zulkifly Mohd Omar tewas kepada Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dengan majoriti 5,435.

Terdahulu, sewaktu berucap pada perasmian Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, Nik Aziz telah menyelar golongan yang meminggirkan bahasa kebangsaan dan mumuja bahasa lain dalam kehidupan mereka.

"Bahasa Kebangsaan seharusnya dimartabatkan di seluruh pelusuk negeri dan saya terkilan kerana kini semakin ramai pihak yang tidak bertanggung jawab cuba menaikkan bahasa asing dalam kehidupana harian.

"Kalau mereka dah sendiri tak peduli bahasa melayu,akhirnya ia akan lenyaplah," ujar beliau lagi.

Selain penggunaan bahasa asing, pemansuhan tulisan jawi juga turut mengecewakan beliau.

"Amat dukacita sekali kerana ada menteri berbangsa melayu yang telah membuang tulisan jawi yang jelas merupakan satu ciri bahasa kebangsaan kita," katanya.

Beliau yang mengakui penggunaan bahasa asing di negeri Kelantan juga sedang berlaku dan berharap pihak kerajaan tempatan mengkaji semula perkara tersebut agar ia tidak berleluasa.

Turut hadir dimajlis pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat Negeri Kelantan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan negeri,Datuk Mohd Aiseri Alias, Ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan serta pelajar sekolah.

sumber, Harakahdaily
baca lagi [click here]...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin