
Kes Duit Haram : Mohamad Hasan akan ditendang turun oleh kawan-kawannya..
Khabarnya.. pemimpin-pemimpin UMNO Negeri Sembilan akan menggunakan dakwaan pemindahan wang secara haram sebagai senjata untuk menendang turun Menteri Besar mereka Datuk Seri Mohamad Hasan , yang kesnya sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia.
"Kami percaya bahawa tidak ada gunanya membiarkan isu ini dieksploitasi oleh pihak pembangkang, pimpinan harus mengambil tindakan, sekarang kita hanya menunggu presiden kembali," kata seorang ketua bahagian Negri Sembilan .
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sekarang menghadiri Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 di Port of Spain, Trinidad dan Tobago.
Mohamad, yang menjadi Mentri besar pada tahun 2004, sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana dipercayai secara haram telah memindahkan dana sebanyak RM10 juta yang entah dari mana diperolehinya ke London melalui money changer, Salamath Ali.
Seorang pembantu Mohamad berkata siasatan BNM ini tidak ada kaitan dengan majikannya.
"Siasatan terhadap Pengurup Wang itu tidak melibatkan Datuk,” kata seorang pembantunya.
Seperti biasa yang diamalkan oleh UMNO/BN yang sering menyalahkan pihak lain bila timbul sesuatu masaalah, Mohamad juga dikatakan telah menyalahkan kakitangannya kerana menggunakan khidmat Penggurup Wang tersebut.
MP Batu Tian Chua mendedahkan perkara tersebut setelah pihak dari Bank Negara Malaysia berkata Money Changer Salamath Ali telah melanggar Pasal 30 dari Undang-Undang Mengubah wang 1998 dan lesennya telah dilucutkan pada 26 Okt.
Pemimpin-pemimpin UMNO telahmemulakan gerakan mereka sekarang untuk mengelakkan masalah ini daripada dieksploitasi oleh pihak pembangkang.
"Dia sudah tidak disukai oleh 80 peratus daripada ahli UMNO di sini, jadi kes ini tidak akan diabaikan," kata ketua bahagian.
Pemimpin UMNO Negeri juga telah berkata “Meskipun berita tentang isu pemindahan Wang secara haram ini telah digelapkan oleh Media-media Pro BN, Isu ini telah sampai keakar umbi melalui sms.
"Ahli UMNO Jempol, Jelebu, Rembau mereka ini tidak mengakses internet, jadi pada awalnya hanya pegawai kerajaan negeri memperkatakannya, kemudian mereka mula menghantar SMS pada 'kes duit haram MB'," katanya.
Berita asal dari sini..
sumber, Anak Sungai Derhaka
Sementara blog Paradigma melaporkan..
POLITIK NEGERI SEMBILAN BERGOLAK: KEDUDUKAN MOHAMAD HASAN TERGUGAT?
Monday, 30 November 2009
KEDUDUKAN Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kini didakwa tergugat berikutan tindakan sekumpulan pemimpin UMNO negeri yang cuba menyingkirkannya susulan isu pemindahan wang RM10 juta ke London, yang menyebabkan menteri besar itu kini disiasat oleh Bank Negara Malaysia.
Pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan dikatakan hanya menunggu kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dari CHOGM 2009 untuk menggesa beliau mengambil tindakan terhadap Mohamad.
“Kami percaya isu ini tidak boleh dibiarkan dieksploitasi oleh pembangkang, kerana itu pucuk pimpinan harus bertindak,” kata seorang ketua bahagian sebagaimana dilaporkan oleh The Malaysian Insider.
Perlu disebut, Mohamad bukanlah pemimpin yang popular di Negeri Sembilan. Beliau dilantik menjadi menteri besar pada tahun 2004 bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang dibawa ke pusat. Banyak pihak mengaitkan perlantikan Mohamad dengan pengaruh Khairy Jamaluddin terhadap pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun).
baca seterusnya di sini..
Hakikat bahawa MB Negeri Sembilan kini tidak disukai oleh orang Umno sendiri diakui oleh seorang blogger Umno..
Dakwa blog Paneh Miang..
Ado orang koba an kek den maso zaman Tok Isa mentadbir N9 selamo lobih 22 tahun dulu, hanyo 2 kali yo BPR masuk siasat dio. Tapi Tok Mad ni orang koba baru masuk 5 tahun mentadbir, dah 10 kali SPRM datang siasat. Walaupun kekurangan bukti, tapi den polik pasal apo rajin bonar plak orang SPRM datang jongok Tok Mad. Hairan bin Ajaib.
Ramai orang puji Tok Mad sobab bagus mentadbir negori. Rancangan pembangunannya memang kelas. Nampak la perubahan yang dio buek. Cumo orang Umno yor yang tak suko dio. Tu kono tanyo orang Umno sendiri pasal apo tak suko Tok Mad. Yang banyak didongar ialah pasal N9 ado 2 menteri bosar. Sorang yang rasmi dan sorang lagi disebalik tabir. Tu bolum lagi cerito perihal pengumpulan kekayaan adik beradik sebagaimano yang sering orang ramai bualkan. Tapi sobab takdo bukti, mako boleh la kisah tu ditolak ketopi.
baca lagi [click here]...
NOTIS: Entry yang mesti kalian lihat dan sebarkan..(isu semasa)
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
2. Isu HANGAT 2
BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!
3. Isu HANGAT 3
Isu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..(sila sebarkan!)
4. Isu HANGAT 4 [TERBARU]
Koleksi berita sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!
Monday, November 30, 2009
Umno N.9 bergolak : Mohamad Hasan akan 'ditendang' oleh rakan-rakanya?
Sejuta keluarga miskin dan miskin tegar!

Sejuta keluarga miskin dan miskin tegar! Betul ke ni?
Sejuta keluarga layakSejuta keluarga? Kalau di darab pukulrata empat isi rumah dalam satu keluarga ini bermakna 3 juta populasi rakyat negara ini berada dalam tahap miskin dan miskin tegar. Satu angka yang cukup menakutkan di dalam negara yang kita laung-laungkan sedang maju atau negara yang sedang menuju kemajuan.
JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.
“Tetapi apabila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.
Sumber sini...
Persoalannya apa yang telah kita lakukan sepanjang 52 tahun Merdeka? Adakah ini hasilnya? Di mana usaha-usaha merapatkan jurang kaya dan miskin yang kita laung-laungkan selama ini?
Apakah untuk popular di dalam politik kita harus menyogokkan subsidi demi subsidi ?
Skim SUBUR nampaknya tidak praktikal dan bakal mengundang penyelewengan kupon dan membaja kemalasan di kalangan rakyat khasnya orang-orang Melayu dan UMNO.
sumbser, Mummy Rokiah
Sementara itu dalam Harian Metro melaporkan di negeri paling kuat 'utra Melayu' dan paling kebal 'biru'nya....
'Kami terhina' - Mualaf

JOHOR BAHRU: Disebabkan kedaifan hidup, sepasang suami isteri mualaf yang mempunyai 12 anak terpaksa bergantung pada sumber air parit dicemari sisa baja dan bangkai untuk kegunaan seharian, termasuk membancuh susu bayi mereka yang baru berusia sebulan.
Akibatnya, 14 beranak itu kini digelar ‘keluarga jijik’ oleh segelintir penduduk di sekitar penempatan setinggan Kampung Sungai Plentong di sini, semata-mata kerana mereka sanggup menggunakan sumber air kotor untuk kegunaan harian sejak lebih 16 tahun lalu.
Ketua keluarga berkenaan, Mohamad Jeeva Abdullah, 43, berkata meskipun menyedari penggunaan air parit boleh memudaratkan kesihatan dirinya dan anak-anak, keluarganya tidak mempunyai pilihan kerana tidak berkemampuan mendapatkan bekalan air bersih dari luar.
Menurutnya, penduduk lain berkeupayaan mendapatkan air bersih bagi kegunaan seharian biarpun kampung berkenaan tidak disalurkan bekalan air bersih oleh pihak berkuasa, sedangkan keluarganya bergantung pada air parit berhampiran termasuk untuk mandi, mencuci pakaian, memasak serta minuman.
“Kami digelar keluarga jijik oleh penduduk kampung dengan alasan kami minum air kotor dan berbau busuk. Namun, bagi saya dan isteri, Salmah Abdullah, 40, serta anak-anak, kami lali dengan keadaan ini kerana hanya air parit dan air hujan saja boleh diperoleh secara percuma.
“Sebelum ini kami menggunakan air perigi, tetapi kini airnya berkeladak dan mengeluarkan bau busuk sehingga tidak boleh digunakan.
“Kebiasaannya kami akan memasak dulu air diambil dari parit kerana warnanya agak keruh dan kadangkala tercemar sehingga mengakibatkan anak-anak mudah mengalami alahan selain demam dan cirit-birit.
“Apa yang mengecewakan, biarpun rata-rata penduduk di perkampungan setinggan ini menyedari keluarga saya bergantung pada bekalan air berkenaan, mereka sanggup membuang sisa baja mahupun bangkai haiwan ke dalam parit,” katanya.
Mohamad Jeeva memeluk Islam sembilan tahun lalu manakala hati Salmah terbuka untuk menerima agama Islam pada Oktober lalu.
Menyingkap sejarah hidupnya memeluk Islam, Jeeva berkata, dia ingin mencari kebenaran dan petunjuk dalam hidupnya.
Menurutnya, dia dan isterinya tabah menghadapi pelbagai dugaan termasuk bagi menyara kehidupan 12 cahaya mata termasuk anak ketiga mengalami masalah lembam.
“Isteri saya juga terpaksa membanting tulang bagi menambah pendapatan keluarga dengan menjadi buruh kontrak mengecat bangunan biarpun dia masih dalam pantang kerana pendapatan bersih saya RM200 yang diperoleh hasil bekerja sebagai buruh ladang tidak mencukupi.
“Manakala bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan hanya mampu menampung perbelanjaan dapur selain persekolahan anak,” katanya ketika menerima kunjungan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pasir Gudang, kelmarin.
Hadir menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada keluarga itu, Bendahari Umno bahagian Pasir Gudang, Rosli Mohamad dan Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda bahagian itu, Mohd Khalimi Mohd Lia Khad Ali.
Pasangan berkenaan dikurniakan tujuh anak perempuan dan lima lelaki termasuk Raju, 16, Shalini, 11, Sarla, 11, Sakti, 9, Visali, 9, Tavita, 8, Roja, 7, Deevankumar, 6, Uganindran, 4, Priya, 2, Selvakumar, berusia setahun dan Arvind, bayi berusia sebulan.
Akibat kesempitan hidup, Jeeva berkata, dua daripada cahaya matanya terpaksa menumpang di kediaman saudara-mara bagi memudahkan mereka ke sekolah memandangkan dia tidak dapat menghantar mereka kerana tidak berkemampuan memperbaharui cukai jalan dan insurans motosikalnya.
“Sudah lebih empat tahun saya dan isteri tidak membelikan baju baru pada anak dan mereka masih memakai baju terpakai yang disumbangkan kenalan mahupun baju kakak dan abang mereka,” katanya.
Sementara itu, Salmah berkata, dia yang memeluk Islam sehari sebelum melahirkan anak bongsunya juga berhajat mengislamkan semua anaknya dengan secepat mungkin.
Bagaimanapun, katanya dia sekeluarga menghadapi kesulitan hendak ke pejabat agama di pusat bandar raya bagi menyelesaikan urusan kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk tambang pengangkutan awam ke sana.
“Saya boleh mengucap kalimah syahadah dan begitu juga dengan anak-anak yang tidak sabar menjalani kehidupan sebagai umat Islam.
“Kami berharap pihak berkuasa menyediakan bimbingan dan panduan agama selain sayangi kami sebagai saudara Islam.
“Kami berharap mampu menjalani kehidupan yang lebih bermakna pada tahun depan di mana anak-anak turut menunjukkan minat bagi mengikuti kelas Fardu Ain secepat mungkin,” katanya sambil menunjukkan sijil perakuan Islamnya yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam negeri.
- HARIAN METRO
baca lagi [click here]...
Umno Selangor akui sukar rampas Selangor..blogger Umno 'cacing kepanasan'!
Berdasarkan berita dari Sinar Harian..
Bukan senang mahu rampas Selangor
SHAH ALAM – Usaha untuk merampas kembali negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu tugas yang mencabar.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata demikian ketika mengulas kenyataan dalam satu blog yang mempersoalkan ADUN BN Selangor hari ini hanya dilihat ‘tidur’ dalam usaha merampas kembali Selangor terutamanya ketika PR dilihat aktif menggerakkan jenteranya.
Menurut Suhaimi, beliau percaya barisan pimpinan Barisan Nasional (BN)-UMNO terutamanya di Selangor sedang giat menjalankan pelbagai usaha masing-masing baik di peringkat bahagian dan kawasan mereka.
“Kita tidak akan ambil mudah kerana kita perlu bina semangat anggota dan strategi untuk mendapat balik Selangor. Kita tidak terlalu yakin tetapi InsyaAllah kita akan dapatkan Selangor.
Baca seterusnya di sini..
Maka, blogger gerombolan membalasnya...
Bodoh macam Lembu…
Malas macam Keldai….
Diantara dua darjat si Lembu dengan si Keldai ini terdapat seekor lagi haiwan yang memiliki kedua-dua sifat yang disebutkan tadi. Haiwan ini dipanggil BAGHAL..!
Tatkala ada kumpulan Bloggers yang terlalu peka dan sayangkan nasib sedang dan bakal menimpa UMNO-BN Selangor, namun agak menyedihkan apabila muncul pula seorang anak muda yang memikul tanggungjawab sebagai ketua salah satu sayap kepada parti lambang keris ini untuk membuat kenyataan yang lebih lesu…!!
Kenyataan yang nampak lesu, letih, lemah longlai ini TIDAK sepatutnya lahir dari seorang anak muda yang diharapkan mempunyai nada yang lantang, vokal, ofensif apatah lagi beliau sebagai Ketua kepada benteng parti melayu terunggul dinegara ini..!!
Seperti dijangkakan, setelah Bloggers menyiarkan artikel artikel yang kritis keatas UMNO-BN Selangor, sudah pasti respon yang akan diberikan bersifat “stereo-type”. Maka, Suhaimi pun turut sama “menjiwai watak” tersebut apabila menyatakan bahawa beliau “percaya” UMNO-BN Selangor sedang bergiat aktif dengan program di Bahagian dan kawasan masing masing dan tidak perlu dihebohkan… Inilah dia yang Bloggers maksudkan Program SYOK Sendiri…, yang hadir hanya ahli ahli UMNO untuk duduk diatas kerusi dalam dewan berhawa dingin, menjamu selera “bihun UMNO”, "karipap UMNO", ada yang juga yang berharap dapat “salam isi” daripada ketua cawangan mereka agar boleh cover duit minyak setelah hadir ke program tersebut…!
Baca seterusnya di sini..
baca lagi [click here]...
Terbaru dari blog Tun M: "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya)

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
sumber, chedet
baca lagi [click here]...
Inul dibenarkan 'goyang gerudi' ketika umat Islam negara ini menyambul Aidil Adha

Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.
Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton. Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.
Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di negara ini. Siapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini?
Adakah kerajaan 1Malaysia yang diterajui Umno yang mendakwa mereka parti Islam tidak mengetahui bahawa Majlis Ulama Indonesia sendiri telah memberi fatwa bahawa goyang gerudi adalah haram? Kenapa ulama Umno yang mengampu pemimpin mereka dalam isu doa Tuan Guru Nik Aziz senyap seolah-olah buta dan tuli dalam isu goyang gerudi ini? Adakah mereka sudah jumpa fatwa dan hujah yang menghalalkan dan mengharuskan goyang gerudi ini?
Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini semalam merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.?Jika itu syaratnya, maka dengan konsert ini semalam lengkaplah 'rukun' korban yang dilakukan oleh pemimpin Umno untuk tahun ini.
sumber, Angkasanuri
baca lagi [click here]...
Sukan: Kerajaan Kedah sumbang sebidang tanah kepada Skuad Bola Sepak Kedah Musim 2007-2008

Skuad Bola Sepak Kedah Musim 2007-2008 Dapat Tanah
ALOR SETAR: Pemain bola sepak Kedah musim 2007-2008, termasuk semua pegawai dan jurulatih pasukan itu, menerima hadiah sebidang tanah daripada kerajaan negeri, di atas kejayaan mereka meraih tiga kejuaraan dalam liga Malaysia pada musim berkenaan. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak berkata keluasan tanah yang diberikan kepada setiap pemain dan pegawai ialah antara 6,000 hingga 8,000 kaki persegi.
"Pemain dan jurulatih yang tidak lagi bersama pasukan pada masa sekarang juga akan menerima ganjaran berkenaan kerana itu janji yang dibuat dahulu dan kita akan tunaikan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Azizan berkata, kawasan tanah yang akan diterima oleh skuad berkenaan terletak di sekitar daerah Kuala Muda dan Pokok Sena. Pada musim 2007-2008 skuad hijau kuning menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia yang ketika itu dibimbing jurulatih Azraai Khor Abdullah. BERNAMA
sumber, mStar Online
[[ Tahniah dan syabas kerajaan PAS/PR Kedah..semestinya dikalangan anak muda, khususnya gernerasi 'fanatik bola' Kedah akan mengingati jasa dan sumbangan anda..bahkan jauh dari itu, mampu menarik sokongan dan penghargaan dari penyokong parti lawan..bak kata seorang blogger Umno, Lagenda baling...Buat kerajaan PR pula khususnya kerajaan PAS ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi habuan yang lumayan terhadap Pasukan Bolasepak Kedah yang berjaya menjurai banyak piala tahun 2007 2008 yang lalu.Diharap dengan pemberian ini tahun 2009 dan 2010 Kedah akan terus mantap jangan campuradukan politik dan sukan.....Apa pun Terima Kasih UMNO Terima Kasih PAS....
Begitulah seadanya..ternyata pimpinan di bawah MB ust Azizan dikagumi dan mendapat sambutan yang baik dikalangan rakyatnya termasuk dari puak gerombolan sendiri..ini sekaligus menolak dakyah dan mitos 'lagenda' mereka bahawa Umno/BN sahaja layak dan mampu memerintah, pembangkang (PR) tidak mampu memerintah dan sebagainya..
Insyaallah..dengan gaya pentadbiran MB kedah yang baik dan sederhana, dengan strategi dan pendekatannya yang tersendiri (sedikit berbeza dgn negeri PR lain), insyaallah mampu terus mengekalkan kerajaan PAS/PR disana..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Ketua Cawangan UMNO desak Musa Aman bersumpah

Ketua Cawangan UMNO Kampung Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul mendesak Ketua Menteri Sabah bersumpah di Dewan Undangan Negeri Sabah pada Sidang Dewan Undangan Negeri esok (24 Ogos 2008) bagi membersihkan namanya yang di dakwa terlibat dengan penyeludupan wang RM16 juta di Hong Kong.
"Jika beliau masih ingin menerajui UMNO Sabah beliau harus bersumpah di Dewan Undangan Negeri bahawa beliau tidak terlibat dengan Skandal Penyeludupan Wang dan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong," ujar Azizul yang kecewa kerana Musa masih menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan faedah kepada dirinya.
Penafian Musa di akhbar tempatan tidak membersihkan namanya kerana di buat secara tidak ikhlas dan mengelirukan sedangkan umum mengetahui bahawa Musa mempunyai hubungan rapat dan peribadi dengan tertuduh iaitu Michael Chia Tien Foh yang di tangkap bersama wang tunai sejumlah RM16 juta yang cuba di seludup ke luar Hong Kong kononnya untuk kegunaan pilihanraya Permatang Pauh.
"Semua pembalak kenal siapa Musa dan siapa Michael Chia dan apa hubungan mereka. Jika mereka menafikan tidak mengenali antara satu sama lain adalah dusta kerana saya sendiri pernah melihat Musa dengan Michael Chia yang begitu mesra," ujar Azizul yang pernah terserempak dengan mereka di Hotel Mandarin Oriental iaitu berdekatan dengan Ascot Villa yang menjadi kediaman Musa di Kuala Lumpur.
Tegas Azizul lagi, adalah lebih baik Musa mengakui hubungannya dengan Michael Chia daripada berdolak dalih dan menyelamatkan Michael Chia daripada tindakan sedangkan umum mengetahui bahawa Michael Chia adalah Wakil Khas Musa untuk merundingkan konsesi pembalakan.
"Saya sendiri pernah menemani saudara memohon konsesi pembalakan di Yayasan Sabah dan kami dikehendaki menghubungi Michael Chia setelah mendapat surat kelulusan daripada Musa Aman," ujar Azizul yang turut mendesak Musa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah jika gagal membersihkan namanya.
Azizul turut menggesa Wakil Tunggal DAP, Jimmy Wong agar mengedarkan salinan laporan polis yang mereka buat di Balai Polis Sentul pada jam 11.44 pagi, 22 Ogos 2008 bernombor SENTUL/011166/08 yang antara lain menyebut bahawa skandal berkenaan amat serius kerana melibatkan Ketua Menteri Sabah dan telah mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.
"Inilah peluang rakyat Sabah menilai kepimpinan Musa yang semakin hipokrit dan masih terpalit dengan Skandal 81 Dalil yang dilaporkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan," ujar Azizul yang tidak gentar sekalipun menerima pelbagai ugutan sejak menulis surat bantahan kepada Musa berhubung beberapa perkara.
Source: Malaysia Today
baca lagi [click here]...
Pertikaian surat terbuka Nik Amalina - Jawapan penulis..

Maka bertanyalah seorang pembaca blog penulis, Gok Wan..
Adakah tuan blog tidak membaca tulisan Nik Amalina?
Tidak nampak ke unsur2 riak,hipokrisi dan fitnah dalam tulisan itu?
Ditonjolkan persepsi bahawa Kickdefella peminum arak secara halus.
Sempat menasihatkan supaya aib orang jangan didedahkan.
Dituduhnya 'bos lain",tapi tak berani sebut namanya.
Dan lain2.
Topik tuan blog pun serupa,memberi persepsi yang Tok Guru dihina oleh cybertroopers Umno.
-Gok Wan
Penulis menjawab..
salam gok wan..terima kasih kerana meninggalkan komen..
utk pengetahun saudara, saya sudah baca sepenuhnya surat terbuka oleh ank Tok guru tersebut..sy juga akui 'orang2' seperti sedara sudah awal2 lagi membaca artikel yg dikeluarkan oleh kicdefella, benar bukan..penulis tak hairan..:)
ya, tidak dinafikan, beliau ternyata begitu 'marah' ketika mnulis surat tersebut..sehinggalah terpacul apa yg tidak sepatutnya..
tapi itu bukan persoalannya..tidak kiralah sama ada 'akhlak penulisannya' begitu dan begini... 'akhlak penulisan' kdg2 berbeza dgn akhlak sebenar diluar, walaupun ianya mempunyai perkaitan..
mungkin 'akhlak penulisannya' tampak nakal, tapi hakikatnya akhlak dirinya diluar adalah baik..begitu juga sebaliknya, 'akhlak tulisannya' tampak baik, tapi akhlaknya diluar ternyata akhlaknya hodoh..setuju saudara?
jadi, isunya skrang ialah motif dan sebab beliau menulis surat terbuka..itu sebenarnya..
beliau merasakan diri beliau bersalah dan mempertahankan suaminya dari dijadikan 'kambing hitam'..so, itu hak dan luahan hati beliau..tiada siapa yg boleh menghalang...sebagaimana ahli Umno mengamuk membaling kerusi dan bertumbuk ketika mesyuarat akibat tidak dpt mengawal perasaan..itu dlm bentuk perlakuan, semtara ini dalam bentuk penulisan..
apa pun penulis tetap menegur beliau..kerana itulah penulis dalam entri yg terbaru menggelarkan tindakan mereka yang masih mengungkit keputusan yg diputus jemaah yang lalu adalah 'degil'..
pasal ayat kurang manis dan sebagainya, itu lain cerita..penulis tidak berhajat menyentuh perihal peribadi anak tok guru sepertimana penulis tidak menyentuh dan menyelongkar kish peribadi Kicdefella dlm isu ini..
utk pengetahuan saudara, dlm dunia penulisan wujud dua situasi..
pertama, tulisannya tampak kemas, tiada caci maki, tiada unsur hentam-menghentam dan baik susun atur katanya..tetapi hakikatnya, disana wujud agenda untuk merosakkan/menghancurkan/menyelit agenda jahat dan buruk..
kedua, tulisannya dilihat mata kasar wujud unsur maki hamun, mengutuk, hasad dan sebagainya..tetapi hakikatnya dia berada dalam situasi yang benar, tidak bersalah, cuma gaya penulisannya shj yg perlu ditegur..
jadi, berdasarkan situasi diatas, 'lumrahnya' orang akan memandang keji pd jenis tulisan yg kedua, memandang mulia tulisan yang pertama...sedangkan hakikatnya, org kedua adalah pihak yg benar, dan yg pertama adalah batil..saudara mahu menafikan wujudnya hakikat ini?
saudara, penulis tidak sukar utk menyatakan salah andai ianya jelas kesalahannya..tidak perlulah saudara bimbang akan penulis..
utk pengetahuan saudara juga, tujuan utama penulis mengeluarkan artikel ini sebenarnya mahu menegur tindakan kicdefella yg dilihat penulis lebih 'menguntungkan' umno dan dlm masa yg sama 'merugikan' PAS..perbahasan lanjut mengenainya rasanya tidak perlu dicerita kepada saudara..ini adalah masalah dan isu dalaman PAS..
ada pun pasal tajuk, penulis sudah awal2 lagi meletakkan tanda soal..mknanya boleh jadi betul, boleh jadi tidak..kemudian di dalamnya disertakan bukti dan alasan penulis...so, ia tidak bercanggah dgn etika penulisan..
penulis yakin, sudara turut meyakini bahawa orang umno sendri ada memberi komen disana, betul bukan?..jadi ia tidak dinamakan perspsi, ianya adalah hakikat..saudara titak percaya, saudara boleh rujuk komen2 disana..
akhir kalam, jika pihak saudara 'terasa', mohon ampun dipinta..wallahua'lam.
p/s: dicopy paste tanpa edit (walaupun ada banyak nak tambah sebenarnya) dalam ruangan komen, pada entri penulis bertajuk, "PANAS: Tok Guru dan keluarga diserang dan dihina! Blog Kickdefella jadi tumpuan cybertroopers Umno?"..
baca lagi [click here]...
Sunday, November 29, 2009
Syeih of Kickdefella..Harapan kini di tangan anda..

Tidak semena-mena 'Kelantan' kini menjadi tumpuan umum..isu demi isu diselongkar tidak kurang direka-reka..setelah 'isu' mengenai Ariffahmi-CEO PMBK dan apa yang berkaitan dengannya selesai, kini timbul pula 'isu' berkaitan Kickdefella-'Kolenal Mat' yang mula menjadi perbahasan dan perdebatan oleh politikus-politkus termasuk para bloggers..penulis akui penulis tidak terkecuali dari memperkatakan perihal ini..
Ariffahmi-CEO PMBK
'Isu' Kickdefella ini sebenarnya bermula dari 'isu' Ariffahmi-CEO PMBK sendiri..penulis akui, bahawa penulis awalnya terpengaruh dengan penulisan Kickdefella sehingga pernah mengeluarkan artikel bersetuju dan menyokong Ariffahmi meletakkan jawatan (selain atas desakan pihak-pihak lain)..ianya boleh dirujuk di sini..
Walaupun yakin beliau (Ariffahmi) sememangnya berkelayakan untuk menjawat amanah sebagai CEO PMBK, dan tiada unsur-unsur salahguna kuasa oleh Menteri Besar yang merestui dan mengizinkan beliau untuk ke jawatan itu, (setelah diperkenankan oleh lembaga pengarah PMKB)..
Tetapi diatas desakan pelbagai pihak, demi menjaga dan 'mengawal' persepsi, demi menjaga kepentingan jemaah dan kerajaan negeri, maka beliau seharusnya meletakkan jawatan sbegai CEO PMBK..ini dirasakan jalan hikmah yang terbaik apabila keadaan atau situasi berdepan dengan dengan 'kemelut' persepsi dan terdedah dengan bencana fitnah..
Demi mengurus persepsi...
Alhamdulillah..akhirnya dengan kerjasama PAS Pusat, dengan kesedian Tok Guru dan Ariffahmi sendiri, akhirnya persepsi negatif berjaya didepani..Ariffahmi akhirnya meletakkan jawatannya atas nasihat Tok Guru sendiri..isu berkaiatan Ariffahmi, CEO PMBK, 'salahguna kuasa', 'Kronisme' telah selesai dan sepatutnya tidak terungkit lagi..
Walaupun masih wujud suara atau pandangan yang masih tidak berpuas hati dan kecewa dengan tindakan ini, seperti luahan anak Tok Guru a.k.a Isteri kepada Ariffahmi (Nik Amalina Nik Aziz), atau berkecainya harapan Dinsman terhadap pengunduran Ariffahmi, TETAPI bagi penulis ia tetap satu keputusan yang terbaik yang telah ditetapkan oleh pimpinan tertinggi jemaah..ia seharusnya dihormati dan dipatuhi.
Ya, penulis seperti sebahagian dari mereka, merasakan Ariffahmi tidak bersalah dan kedudukan beliau pada kerusi CEO PMBK adalah bertepatan dengan kelayakan dan status terkini yang dimiliki beliau sendiri..beliau bukan naik melalui 'cara belakang' atau melalui tipu muslihat yang diatur bersama Menteri Besar Kelantan, tetapi ia diukur melalui merit dan kelayakannya..(adapun wujud pertikaian lain mengenai beliau, mengenai perihal peribadi Ariffahami, ia tiada kaitan dengan isu perlantikan oleh Menteri Besar atau apa yang disebut 'kronisme' atau 'nepotisme', seperti isu 'kerajaan perpaduan' dan lain-lain)..
Hikmah disebalik kejadian..
Tetapi, demi mengurus persepsi, demi mencegah dari tersebarnya fitnah dan prasangka negatif, demi menjaga maruah Tok Guru dan Kerajaan Islam Kelantan, beliau seharusnya melatakkan jawatan, dan keputusan ini haruslah dihormati dan difahami oleh mereka-mereka ini..percayalah, wujudnya hikmah yang baik disana..dan antara hikmah yang boleh dilihat, keputusan ini bakal 'mematikan' hujah dan modal pihak gerombolan untuk terus mengasak dan menjatuhkan kerajaan Kelantan sehinggalah pilihan raya akan datang..ia keputusan yang bersifat jangka masa panjang...
Baiklah, isu berkaitan Ariffahmi dan segala perkara yang berkaitan dengnnya sudah selesai, dan penulis merayu dan berharap, agar semua pihak mematuhi dan akur akan keputusan ini..janganlah ada yang masih 'degil ' untuk menerima keputusan ini..janganlah ada suara-suara kesal dan kecewa yang diluahkan secara terbuka dan beremosi..janganlah ada yang cuba memanaskan isu ini dari terus menggoncang tiang seri jemaah dan pentadbiran elentan..jika surat terbuka yang diluahkan isteri Ariffahmi dibaca sebagai masih 'degil' untuk menerima takdir, maka biarlah ia sebagai kalam yang terakhir memperkatakan perihal ini, ia hanyalah berbentuk luahan peribadi, beliau tetap menerimanya sebagai takdir Ilahi..ada pun kita semua, janganlah turut 'teremosi' dengan mengambil bahagian menghangatkan kembali isu yang sebenarnya telah selesai ini..
'Kolenal Mat'
Sekarang isu tertumpu pula pada isu 'Kolenal Mat' yang dicetuskan Tok Guru..ramai yang tertanya-tanya siapakah 'Kolenal Mat' yang dimaksudkan Tok Guru..ada pelbagai versi..mengikuti tulisan MSO, istilah 'Kolenal Mat' adalah simbolik atau kiasan semata2, tetapi tidak menafikan wujudnya bantang tubuh yang berperangai seperti 'Kolenal Mat' yang dimaksudhkan Tok Guru...
Namun, tidak semena-mena Kickdefella 'terlompat' kononnya 'Kolenal Mat' yang disebut Tok guru adalah merujuk bapanya..habis dicanangnya di dalam blog peribadi beliau bahawa 'Kolenal Mat' adalah panggilan kepada ayahandanya..dan tok guru dilihat seolah-olah mahu memburuk-burukkan ayahnya yang telah pun meninggal dunia..gaya persembahan 'ceritanya' seolah-olah Tok Guru telah 'mengata' kepada ayahnya..
Kerana itulah penulis tidak hairan jika pengunjung dan pembaca memberi komen negatif kepada Tok Guru dalam artikel berkenaan..penulis tidak pelik jika artikel/blog berkenaan mula mendapat perhatian oleh puak gerombolan, sehingga dijadikan modal dan bahan kempen untuk memburuk2kan Tok guru dan PAS..ini kerana artikel berkenaan sudah awal-awl lagi mahu 'menyatakan' kepada umum bahawa Tok Guru seolah-olah memburuk2kan dan menfitnah ayahandanya..
Mereka (puak gerombolan) semestinya kagum dan 'gembira' dengan penulisan Kickdefella yang tersiratnya telah merendah-rendahkan Tok Guru, walaupun tiada ayat yang secara jelas memburukkan Tok Guru...hanya orang yang cerdik sahaja yang dapat menelah mesej yang cuba disampaikan..pendekatan ini sebenarnya dapat dihidu dan dikesan..
Tidak mengapalah, biarlah isu samada blog berkenaan dikunjungi puak gerombolan, atau tidak..samada ia dijadikan medan tempat menghasut, 'membatu api' dan memprovokasi untuk memburukkan imej Tok Guru dan PAS ataupun tidak..penulis sudah jelaskan pada entri penulis berkaiatan hal ini di sini..
Kickdefella...
Jika sebelum ini, dalam 'isu' Ariffahmi, penulis mengeluarkan artikel, "Ariffahmi, harapan kini di tangan anda"....pada kali ini, entry atau artikel penulis pula berbunyi, "Kickdefella, harapan kini di tangan anda"....sebegaimana penulis mencadangkan Ariffahmi meletakkan jawatan demi mengurus persepsi, begitulah juga kepada bro Kicdefella..beliau sebenarnya kini dibelenggu persepsi yang bersifat negatif..
Jadi, saudara sebenarnya mempunyai peluang untuk mengurus dan mengawal persepsi dan prasangka ini..Bagaimana? terpulang pada saudara untuk menentukannya..umum kini sedang memerhati gerak dan tindak tanduk saudara..penulis tidak mahu berburuk sangka terhadap saudara, adapun yang diperkatakan diatas dan sebelum ini adalah krtikan atau teguran terbuka penulis terhadap saudara, yang mana penulis merasakan tindak tanduk termasuk artikel mutakhir saudara kini dilihat lebih menguntungkan puak gerombolan, dalam masa yang sama meletakan PAS dalam kedudukan bersalah.
Jika perlu, saudara boleh mencontohi atau belajar dari blogger Tulang Besi dan seangkatan dengannya, bagaimana mahu dilihat 'pengkritik tegar' PAS, dalam masa yang sama 'penyelamat' PAS dan 'penyerang utama' Umno...sekurang-kurannya mampu membetulkan persepsi negatif terhadap saudara, termasuklah diri penulis bahawa saudara tidak 'memusuhi' Tok Guru dan PAS Kelantan, dan jauh dari itu, saudara bukanlah egen Umno! termasuk juga menyanggah kata-kata nakal bahawa saudara 'benci' tok guru kerana Tok Guru meng'hina' golongan perokok..
Atau jika saudara merasakan ianya 'sukar', penulis cadangkan kepada saudara 'bersara' sahaja dari terlibat dengan politik kepartian sebegini..bak kata saudara,
Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya.Jadi, ada baiknya saudara yang tinggalkan apa2 yang berkaitan dnegan politik pentadbiran di Kelantan..cukuplah sekadar ini..mungkin ini jalan terbaik buat saudara..saudara boleh menumpukan kepada profesion lain saudara sebagai seorang jurukemera dalam blog kickdefellaphotos atau lainnya..
Dan ketika itu, sebagaimana dalam 'isu' Ariffahmi meletakkan jawatan, yang mana bagi penulis tidak perlu ada suara-suara 'degil' yang mahu mempertahankannya dari meletak jawatan, begitu juga terhadap 'isu' Kicdefella ini, tidak perlulah wujud individu2 yang tampil memberi pembelaan dan mempertahankan beliau (Kicdefella) untuk melepaskan jawatan, atau 'bersara' dari arena politik kepartian, termasuklah Husam Musa sendiri...insyallah, disana ada hikmah yang baik buat bro Kicdefella andai beliau 'bersara' dalam memperkatakan hal politik..semoga Allah merhamti saudara bro Kickdefella..
Ayuh menjernihkan keadaan..
Untuk yang terakhirnya, 'isu' Ariffahmi/CEO PMBK/'salahgunakuasa' dan segala yang berkaitan dengannya sudah tidak timbul dan selesai..penulis berharap agar pendokong dan penyokong PAS tidak mebimbulkan lagi isu ini..sebagaimana susah payah PAS Pusat, Tok Guru, Ariffahmi sekeluarga terpaksa bekorban semata-mata untuk 'mengurus' persepsi, maka kita sewajarnya turut 'bekorban' dengan membantu mereka dengan mempertahankan dan mengharmonikan maruah dan Kerajaan Islam Kelantan, PAS dan Tok Guru sendiri..
Ada pun berkaitan 'isu' Kicdefella dan 'kolenal Mat'...terserah pada kalian untuk terus 'bercakap' mengenainya , sama ada 'mengasaknya' sehingga berjaya membetulkan persepsi, atau sebagainya..apa pun, 'diam' itu lebih baik dari banyak berbicara..dan bagi penulis, ini mungkin artikel terakhir berkaitan dengan Ariffahmi dan Kicdefella...
Penutup..
Apa yang dinyatakan penulis diatas bukanlah bermaksud penulis ingin menyekat kebebasan mengkritik dan menegur..jauh sekali mahu mengangkat dan men'dewa'kan tokoh2 tertentu di dalam PAS..penulis percaya, wujudnya mereka baik ulamak, tokoh agama dan seangkatan dengannya turut disertakan dengan kesilapan, kesalahan, dan dosa, apatah manusia biasa seperti kita..tiada yang maksum yang bebas dari dosa melainkan nabi dan rasul Allah...
Sesungguhnya menegur dan mengkritik adalah perkara yang cukup sinonim dengan PAS, bahkan PAS bukan sahaja dikritik, malah difitnah, dituduh dan diperlakukan pelbagai perkara..namun PAS tetap utuh sehingga ke hari ini..tidak salah menerima konsep kritik dalam kritik, atau tegur dalam menegur..penulis juga bersedia untuk dikritik dan ditegur..
Akhir kalam, pengkritik yang baik ialah, mengkritik dan dalam masa yang sama memberi harapan, galakan, kepercayaan, dorongan kepada yang dikritik..itulah sebenarnya dinamakan 'kritikan membangun'..
Wallahua'lam...
p/s: Oleh kerana isu ini adalah isu/masalah dalaman PAS..maka, penulis tidak berminat dan berhajat untuk menjawab, membalas dan berdebat dengan puak gerombolan dalam hal ini, walaupun sebenarnya penulis mempunyai keupayaan dan keinginan untuk menjawbnya..penulis mahu menumpukan perhatian dalam isu rumahtangga penulis..maaf penulis ucapkan kepada mereka khususnya di dalam laman forum TKO, Utara Online dan Detik Daily..kita berjumpa lagi..
baca lagi [click here]...
Saturday, November 28, 2009
PANAS: Tok Guru dan keluarga diserang dan dihina! Blog Kickdefella jadi tumpuan cybertroopers Umno?

Terus terang penulis katakan, penulis agak 'terganggu' dengan isu yang berlaku di Kelantan ketika ini..selepas satu persatu isu yang timbul dan SENGAJA ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu! ianya sebenarnya bukan kebetulan, tetapi merupakan sebahagian dari 'perancangan'!
Penulis tidak berhajat mengulas panjang berkaitan isu ini walaupun penulis sebenarnya mempunyai idea dan pandangan sendiri..apa pun, di akhir kalam ini nanti, penulis akan sertakan, apakah pendapat, pandangan dan pendirian 'ringkas' penulis terhadap blogger Syed Azidi Syed Aziz.
Kembali kepada tajuk diatas, selepas meneliti komen-komen di dalam blog Kickdefella, penulis cukup yakin bahawa sebahagian besar dari komen tersebut datangnya dari puak gerombolan! cuba teliti komen yang terdapat di dalam blog Kickdefella di dalam dua entry/artikel terbaru beliau dibawah,
1) Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz
2) Kolenal Mat
Hampir 90% komen dalam artikel diatas menyerang,menghina dan menjatuhkan maruah anak tok guru Nik Aziz, Nik Amalina bt Nik Aziz, termasuklah yang menjadi sasaran makian dan cercaan, Tok Guru sendiri! yang pastinya, sebahagian besar dari mereka adalah dikalangan puak gerombolan!
Pihak gerombolan yang dimaksudkan penulis ialah,
1) Yang jelas memaparkan wajah seorang penyokong/pendokong Umno
Komen jenis ini akan secara lansung (direct) menghina, memakihamun, membelasah, menghentam Tok guru, keluarganya, pentadbiran Kelantan dan PAS itu sendiri..ia mudah dikesan dan diketahui...
2) Penyokong/pendokong Umno yang menyamar sebagai ahli dan penyokong PAS(?)..
Komen jenis ini mungkin bagi sesetengah orang sukar dikesan di jejak..tapi bagi penulis, ia suatu yang tidak sukar sebenarnya..penulis banyak pengalaman dalam berforum, berhujah, berdebat dengan penyokong PAS mahupun Umno di laman2 forum politik baik di Terangganukite Online, MYKMU, Utara Online dan lain2..disinilah penulis mengenali metodologi atau kaedah dalam berhadapan dengan lawan..kerana itulah penulis mudah mengesan apakah ayat/komen yang mempunyai ciri2 ayat provokasi, batu api, ayat 'makan dalam' dan lain2..ini semua dilakukan demi untuk menjatuhkan maruah Tok guru dan PAS di mata pembaca blog berkenaan..
Ia sebenarnya mempunyai kebarangkalian yang besar untuk berlaku..
Buktinya, kebanyakan 'pengkomen-pengkomen' tersebut hanya menyertakan nama samaran yang tidak mempunyai link atau sumber dari mana mereka datang..ini membuka ruang kepada seseorang untuk memberi komen sebanyak mungkin dengan menggunakan nick name yang berbagai, seterusnya menghina Tok guru sekeluarga..
Kedua, ada pun 'pengkomen' yang menyertakan link, tetapi setelah dicari sumber link tersebut, ternyata hanyalah palsu dan direka-reka..
contohnya seperti dibawah,
http://www.-.com/
http://www.anugerah-euforia.com/
http://ptsb.edu.my/
http://none.a.com/
dan banyak lagi...
3) Golongan 'tikam belakang' di dalam PAS...
Tidak dinafi, wujudnya golongan seperti ini di dalam PAS..yang bahasa Melayunya dipanggil hipokrit, bahasa Arabnya dipanggil munafiq!..bagi penulis, golongan ini layak digelar 'puak gerombolan' kerana tindak tanduk dan pemikiran mereka dilihat menguntungkan Umno, disamping merosakkan PAS..
Pendek kata, sebagai rumusan, majoriti atau hampir keseluruhan komen yang wujud di dalam blog berkenaan dilakukan oleh mereka yang tidak menyenangi Tok Guru dan PAS, iaitulah puak gerombolan..mereka berbuat demikian dengan harapan seluruh rakyat terutama pengunjung blog berkenaan melahirkan rasa benci dan menyampah terhadap Tok Guru dan sekeluarga, seterusnya cuba menyamakan PAS dan Umno..ini mungkin sebahagian percaturan mereka, siapa sangka?
Ya, tidak dinafi wujudnya 'pengkomen' yang ikhlas meninggalkan komen disana..baik dari kalangan 'orang' PAS mahupun 'orang' Umno...tetapi firasat penulis kuat menyatakan SEBAHAGIAN BESARNYA adalah dari pihak gerombolan! samada secara 'bekerjasama' (usaha terancang), mahupun bersendirian..penulis akui, jika penulis dari puak gerombolan, penulis juga akan bertindak seperti mereka! mengambil peluang terhadap isu yang berlaku..memburuk2kan tok guru dan keluarganya demi menjatuhkan maruah beliau seterusnya parti PAS itu sendiri..
Ini semua dilakukan kerana umum melihat Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang sgt berpengaruh di dalam PAS/PR, bahkan juga dikalangan rakyat Malaysia..mereka ini (puak gerombolan) merasakan sukar untuk meruntuhkan kerajaan Kelantan dan PAS selagi Tok Guru tidak 'dijatuhkan' terlebih dahulu..maka, apabila wujud peluang dan ruang yang cukup terbuka ini, maka mereka sepastinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini..
Persoalannya, kenapakah mereka (puak gerombolan) memilih blog berkenaan? jawapannya kerana artikel yang dihasilkan oleh Kickdefella sebenarnya memberi ruang dan modal kepada mereka untuk menghentam dan menjatuhkan maruah Tok Guru dan Kerajaan Kelantan..oleh kerana Kickdefella dilihat umum sebagai 'orang' PAS, maka mereka merasakan kenyataan yang dicoretkan oleh Kickdeflla adalah sumber 'firsthand' atau sumber dalaman PAS yang menjadi rujukan dan tumpuan ramai....
Syieh of Kickdefella...
Kepada Kickdefella, selepas diteliti kisah-kisah yang berlaku, selepas meneliti kronologi peristiwa ini, berdasarkan 'firasat' dan rasa hati penulis, setelah ditepuk dada dan ditanya iman ini, penulis kali ini secara rendah diri bermufaroqah dalam 'menyokong' dan bersama saudara..bagi penulis, saudara adalah sebahagian daripada SEBAB dan PUNCA utama timbulnya 'kekacauan' terhadap PAS Kelantan (khususnya)! ternyata lagak dan tindak tanduk saudara kini berbeza dengan dahulu..saudara dilihat terlalu gelojoh dan membelakangkan jalan hikmah yang dituntut Islam..
Bagi penulis, cukuplah hanya puak gerombolan yang menyanjungi dan 'gembira' dengan kehadiran saudara..mereka semestinya cukup ternanti-nanti setiap posting saudara..artikel saudara kini dijadikan sumber utama untuk menghentam Tok Guru dan PAS..saudara boleh melihat dalam blog2 umno termasuklah dalam laman web berbentuk forum..contohnya di mana forum MYKMU..
- 'KOLONEL MAT' MEMANG WUJUD...DAH ARWAH PON
- BAPAK BOREK,ANAK RINTIK...SAMA RIAK SAMA TAKBUR
Ini hanyalah pendapat dan pandangan penulis semata-mata..pastinya ada pro dan kontra dalam hal ini..penulis dahulunya meminta maaf jika entry penulis kali ini bersifat 'serkap jarang'..pun begitu, penulis tetap menyertakan alasan dan hujah penulis...wallahua'lam..
baca lagi [click here]...
"Saya tidak halal dunia akhirat" - Tok Guru Nik Aziz
Berikut adalah ucapan Tok Guru Nik Aziz di majlis penghayatan Hari Wukuf di Putik Pengkalan Chepa pada 26 November 2009.
“Ambo (saya) tidak halal dunia akhirat. Kalau datang meminta maaf pun, kalau saya tidak beri boleh buat apa”. Demikian kenyataan kesal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap dalang yang menghalangnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Beliau mendakwa tindakan tersebut dibuat oleh dalang terbabit dengan terancang dan ia sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkan kerajaan PAS di Kelantan.
“Mereka ini merancang nak runtuhkan Islam, nak lawan agama (secara langsung) mungkin mereka rasa tak kena.”
“Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo (saya) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui sebaran di internet dan sebagainya”. Katanya semasa berucap pada majlis penghayatan Hari Wuquf di Pusat TarbiahIslamiah (PUTIK), Pangkalan Chepa hari ini.
sumber keratan Akhbar, RBF
[[ Dua 'peringatan' penting dari kenyataan Tok Guru diatas..pertama, Tok guru tidak halal dunia akhirat mereka yang menjadi dalang menghalangnya dari menunaikan Haji (Umrah sebenarnya) pada tahun ini, termasuk yang bertindak mencemarkan maruah beliau seolah2 menerima rasuah, adanya agenda tertentu dan sebagainya..
Kedua, Tok Guru membayangkan terdapatnya usaha dari individu/kumpulan yang cuba hendak meruntuhkan kedudukan beliau dan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, terutama melalui medium internet! Ternyata tindak tanduk 'mereka' diibaratkan Tok guru seperti ingin meruntuhkan Islam dalam sedar mahupun tidak..
Ini adalah apa yang difahami penulis..terserah pada kalian untuk menilai dan memahami kenyataan Tok guru Nik Aziz diatas, termasuklah sumber berita ini diperoleh ('sumber' tidak menyertakan akhbar manakah yang dirujuk)...apa yang jelas dari berita diatas, Tok Guru jelas kesal terhadap pihak yang cuba men'sabotaj' beliau serta pentadbirannya..beliau juga mempertahankan Tuan Guru Presiden PAS dari diserang 'musuh' dalam dan luar, samada melalui sebaran internet dan sebagainya...wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Hafiz Quran lahirkan insan yang berintigriti, harmoni dan dinamik - Lim Guan Eng..(video inside)

Pulau Pinang Beri Anugerah Kepada 137 Penghafaz Al-Quran Negeri
Seramai 137 penghafaz Al-Quran atau Hafiz di Pulau Pinang diberi penghargaan oleh kerajaan negeri dalam satu Majlis yang diadakan di Dewan Seri Pulau Pinang, kelmarin.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang,YAB Lim Guan Eng, pemberian anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya menghafaz sepenuhnya AL-Quran dalam membentuk insan yang bertaqwa, sebagai pemangkin ekonomi negeri.
Jelas beliau, walaupun wujud kepelbagaian agama di negara ini khususnya di Pulau Pinang tetapi beliau berpegang kepada hakikat bahawa kesemua agama mengajak penganutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan.
Tambah beliau, Kerajaan negeri memberi pengiktirafan ini kerana percaya bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penghafal Al-Quran kerana ia memerlukan disiplin dan komitment yang tinggi dan hanya insan-insan berjiwa besar serta berkeperibadian mulia mampu melakukanya.
Penyampaian anugerah kepada para hafiz dan hafizah ini telah dimulakan sejak tahun 2008 dalam usaha melahirkan ramai para hafiz di negeri ini.Setiap penerima anugerah diberikan sijil penghargaan dan wang tunai RM 500 setiap seorang
Turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah kepada 137 para hafiz dan hafizah, Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Bin Abbas,Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Haji Mohamad Sabu.
Lim Guan Eng percaya dengan lahirnya para hafiz dan hafizah di negeri Pulau Pinang ini akan dapat melahirkan insan yang berintegriti tinggi serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan dinamik.
sumber, TVSelangor
[[ Tahniah dan syabas penulis ucapkan kepada YB Lim Guan Eng!..sebelum berakhir, korang boleh baca sedikit alkisah mengenai Lim Guan Eng di sini dan di sini, sebagai perbandingan dengan pemimpin2 Umno/BN..
Akhir kalam, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada individu seperti beliau untuk menerima Islam suatu tika nanti..insyallah..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Muhyiddin ingin gagalkan tuntutan royalti - Husam

KOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.
Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas.
“Kaukus Parlimen yang ditubuhkan bukannya untuk kepentingan parti tetapi ia adalah satu tindakan bersama ahli parlimen tanpa mengira parti dalam sesuatu isu yang membabitkan parlimen dan dalam hal petroleum ini ia amat bertepatan kerana ia dibentangkan di parlimen sebelum ini”ujar beliau.
Sebelum ini pihak pembangkang juga sering bersama kerajaan dalam sesuatu isu yang berkaitan negara dan juga luar negara seperti dalam isu menentang kezaliman Israel terhadap Palestin,bantuan bencana alam dan sebagainya.
Husam juga berharap selain dari Ku Li yang menyertai Kaukus Parliemen ini,wakil-wakil rakyat dari negeri lain yang terlibat dalam isu petroleum juga patut menyertainya kerana ia melibatkan hasil sesebuah negeri.
Menyentuh tindakan Muhyiddin yang mengganggap Ku Li melanggar prinsip BN,Husam berkata ini tidak timbul kerana Kaukus Parlimen sememangnya melibatkan semua ahli Parlimen dan Muhyiddin boleh dianggap tidak menghormati institusi Demokrasi Berparlimen.
Sebelum itu,Husam telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 32 penerima dalam kategori sumbangan sosio –ekonomi kepada Armalah,Orang Kurang Upaya dan mangsa kebakaran dengan melibatkan RM 14 ribu yang telah mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Bharu.
Husam berharap dengan sumbangan tersebut mereka yang menerima akan menjadikan ia sebagai modal untuk membuat sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dan sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha esok, beliau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.
sumber, Harakahdaily
baca lagi [click here]...
Thursday, November 26, 2009
Salam Eidul Adha buat semua pengunjung blog Pria Malaya.

Selamat hari raya eidul adha diucapkan kepada suluruh muslimin dan muslimat, khususnya pengunjung blog Pria Malaya..maaf zahir dan batin penulis ucapkan...
Dikesempatan ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan memuji dan memperbesarkan Allah taala dengan bertakbir kepada-Nya..Sambutlah raya ini dengan penuh jiwa yang taat dan sanggup berkorban sebagaimana Nabi Ibrahim a.s yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s demi tuntutan Allah Yang Maha Esa..
(best video bawah ni, korang dengar la..Allahyarham Ust Asri..)
Di kesempatan juga, penulis ingin mengajak korang untuk sama-sama mengingati kembali pesanan Nabi Muhammad s.a.w dalam khutbahnya yang terakhir dalam bulan Zulhijjah..
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.."...so, harap korang dapat sebarkan la ye..insyaallah ada fadilat dan hikmah disebaliknya..amin..
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Ok, yang terakhirnya, mintak ampun andai wujud artikel, posting, komen atau entry penulis yang kurang disenangi dan menyakiti hati korang..mohon ampun dipinta...Selamat Hari raya Eidul Adha, Maaf Zahir dan Batin..wallahua'lam.. baca lagi [click here]...
Buku panas! Negara 'hilang' RM100 Billion di bawah pemerintahan Mahathir?

Oleh: Haji Banang
Sebuah buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times mendakwa Malaysia mengalami kerugian kewangan secara langsung berjumlah kira-kira RM50 billion sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir.
Jumlah itu bertambah sekali ganda jika diambil kira kerugian lain yang ditanggung, seperti pelupusan hutang tanpa rekod.
Berasaskan nilai pertukaran matawang, ‘kerugian’ RM100 billion itu bersamaan dengan AS$40 billion.
Buku itu, yang ditulis oleh bekas editor Asian Wall Street Journal, mendakwa kebanyakan kerugian berlaku pada sekitar tahun 1980-an dan antara penyebabnya ialah percubaan kerajaan untuk memanipulasi pasaran timah dan pertaruhan Bank Negara dalam pasaran matawang.
Penulis itu, yang kini menjadi penulis residen di the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore turut mendakwa Mahathir menggunakan sumber kewangan rahsia untuk membolehkan UMNO, yang diterajuinya ketika itu berkembang menjadi sebuah kolongmerat besar dengan pelaburan dalam setiap cabang ekonomi.
Sumber, Paradigma
From Malaysiakini
Malaysia has squandered an estimated RM100 billion on financial scandals under the 22-year rule of Dr Mahathir Mohamad, according to a new book about the former prime minister.
According to Barry Wain, author of the soon-to-be launched ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, direct financial losses amounted to about RM50 billion.
This doubled once the invisible costs, such as unrecorded write-offs, were taken into account. The RM100 billion total loss was equivalent to US$40 billion at then prevailing exchange rates.
Barry, who is a former editor of the Asian Wall Street Journal, says most of the scams, which included a government attempt to manipulate the international tin price and gambling by Bank Negara on global currency markets, occurred in the 1980s.
‘Malaysian Maverick’ is the first independent, full-length study of Mahathir, who retired in 2003 after more than two decades as premier. The book will be published globally next week by Palgrave Macmillan.
Wain writes that the Mahathir administration, which took office in 1981 with the slogan, “clean, efficient, trustworthy”, was almost immediately embroiled in financial scandals that “exploded with startling regularity”.
By the early 1990s, he says, cynics remarked that it had been “a good decade for bad behaviour, or a bad decade for good behaviour”.
Sementara blog Tukar Tiub mendedahkan..
Barry Wain penulis : Mahathir Muhamad in Turbulent Time membocorkan bahawa:
Madey membuat perjanjian rashia pada tahun 1984 dengan Amerika. Perjanjian ini membenarkan tentera Amerika berlatih di pusat latihan hutan di Johor.
Madey juga membuat perjanjian rashia untuk membenarkan kapal terbang C-130 Amerika berhenti di Kuala Lumpur. Juga kapal laut Amerika mendapat tempat bengkel untuk diperbaiki.
Mahathir, despite his nationalistic rants, signed a secret security agreement with the United States in 1984 that gave the Americans access to a jungle warfare training school in Johor and allowed them to set up a small-ship repair facility at Lumut and a plant in Kuala Lumpur to repair C-130 Hercules transport aircraft.
sumber, Tukar Tiub
baca lagi [click here]...
Wednesday, November 25, 2009
Permohonan maaf blogger Umno terhadap kerajaan Pulau Pinang

Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Phee Boon Poh,
Penulis mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal memohon maaf diatas artikel pada 16/11/2009 yang lalu bertajuk
APAKAH AGENDA DAP BERI BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN DI TOKONG.
Pihak kami telah memadam artikel tersebut setelah didapati ia agak mengelirukan dan seolah-olah pihak kami menuduh kerajaan negeri sebagai penganjur majlis sumbangan tersebut.
Pembantu Khas kepada YAB Lim Guan Eeng dan YB Phee Boon Poh telah membuat laporan polis diatas tersebarnya SMS berkaitan penyampaian bantuan di tokong.
Dari berpuluh-puluh blog yang menyiarkan artikel berkenaan penyampaian sumbangan di tokong ini, Phee Boon Poh nampaknya menjadikan blog pemuda UMNO Nibong Tebal untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis.
Namun, penulis bertanggungjawab atas apa jua artikel yang disiarkan.Penulis telah memberi keterangan bagi membantu siasatan kepada Pegawai Polis dari IPD Timur Laut. Penulis memberikan kerjasama yang cukup baik bagi membantu siasatan.
NAMUN, MERUJUK KEPADA DUA KERATAN AKHBAR DIATAS, KAMI MENDESAK SEKALI LAGI TOLONG BUKTIKAN JIKA KERAJAAN NEGERI TIDAK TERLIBAT. SILA BERI PENJELASAN YANG SEWAJARNYA BAGI MEMBUKTIKAN KEBENARAN. ITU SAHAJA.
KAMI TIDAK SEKALI-KALI TERLINTAS UNTUK BERNIAT JAHAT BAGI MENIMBULKAN PROVOKASI KEPADA KERAJAAN NEGERI YANG DITERAJUI DAP JAUH SEKALI CUBA UNTUK MENIMBULKAN KETEGANGAN KAUM.
sumber, Pemuda Umno Nibong Tebal
Ulasan oleh blog Pas cawangan Bukit Sentosa 2..
Apabila blog Pemuda UMNO Nibong Tebal, yang merupakan antara pihak terawal yang menulis tentang pemberian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada fakir miskin di sebuah tokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam artikelnya bertarikh 16 November 2009, saya merasa teruja dan berbangga. Inilah barisan Pemuda UMNO yang kita perlukan. Pemuda yang menyuarakan suara keramat mereka. Pemuda UMNO yang memperjuangkan nasib anak bangsa.
Apabila saya melawat kembali blog mereka Pemuda UMNO Nibong Tebal (lihat di sini) semalam, perasaan saya merasa amat jengkel dan meloyakan. Keberanian mereka yang saya sangka, pengecut mereka yang saya terima. Artikel berkenaan telah dibuang oleh pentadbir blog berkenaan. Amat memalukan lagi apabila Pemuda UMNO Nibong Tebal telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh. Ini rentetan laporan polis yang dibuat ke atas mereka oleh pembantu-pembantu peribadi kepada kedua-dua wakil rakyat berkenaan.
Baca seterusnya disini, pascawanganbukitsentosa2
[[ Lagi pengajaran buat media umno termasuk media baru mereka..fitnah membawa padah!..ambil pengajaran dari kes saman fitnah Anwar terhadap NST hari ini...Media ampu umno, NST telah diarahkan membayar RM 100 000 kepada Anwar Ibrahim atas fitnah dan salah lapor yang dilakukan mereka, baca di sini..
Apa pun tahniah diatas keberanian blog Pemuda Umno Nibong Tebal, kita masih tertunggu2, apakah blog Ruang Bicara Faisal akan memohon maaf atas fitnah yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim, boleh rujuk di sini..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Saman NST dan Berita Harian Singapura: Apakah Nasib Husam Musa senasib mereka??

Apakah nasib Husam Musa senasib mereka?
1) 19 Ogos 2009: Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada MAHFUZ OMAR (klik di sini)
2) 26 Ogos 2009: Mahkamah putus DR HATTA tidak bersalah, arah bayar gantirugi (klik di sini)
3) 7 September 2009: Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada MUSTAFA ALI (klik di sini)
4) 25 November 2009: Mahkamah Tinggi arah NST bayar saman RM100 000 kepada ANWAR IBRAHIM (kilik di sini)
Terkini..
Husam saman NST dan Berita Harian Singapura
KOTA BHARU, 25 Nov: Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa telah memfailkan saman kepada NST Malaysia dan juga Berita Harian Singapura kerana memfitnah beliau.
Dalam muka hadapan akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri.
“Saya hari ni melalui peguam Asri & Associate telah menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST untuk dia minta maaf ‘front page’ dalam masa tujuh hari, termasuk berita harian di Singapura," katanya.
Husam memberitahu, beliau menerima panggilan dari pelabur dari Singapura, Indonesia dan Mekah kerana telah membaca NST dan Mingguan Malaysia.
“Dalam Letter Of Demand ni, empat lima ayat yang digunakan tu ternyata fitnah,” tegasnya.
Sambungnya lagi, pada pagi hari Selasa beliau tidak berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana berada di parlimen.
“Pada hari Rabu pula ada mesyuarat exco dan Tok Guru keluar lebih awal,” katanya lagi.
Beliau menambah, pada hari Khamis, beliau merasa kurang selesa pada bahagian kaki dan telah mendapatkan rawatan di hospital.
“Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat selama lima hari.
“Saya hanya boleh masuk hospital pada hari Isnin kerana hari Sabtu saya seminar di Kuala Lumpur dan malam Ahad saya ada mesyuarat PAS Pusat yang saya hadir ke dua-dua program tersebut,” ujarnya lagi.
Pada hari Isnin, beliau telah bercadang untuk masuk ke hospital untuk berehat.
“Tiba-tiba pada hari Ahad telah keluar cerita dalam Mingguan Malaysia,kononya saya telah diarahkan bercuti kerana dalam proses hendak dipecat dan mengugut untuk letak jawatan. Saya rasa amat dukacitalah,” katanya lagi.
Husam ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke atas pelajar miskin, Siti Zamanira Mat Zaib, pelajar tahun tiga jurusan Fiqh dan Fatwa, Falkulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, di Kampung Bechah Keranji, Melor.
Sebuah rumah baru akan dibina untuk keluarga pelajar berkenaan berharga RM40,000 yang disumbangkan oleh seorang penderma.
Sumber, Harakahdaily
[[ Jelas media perdana (media milik rakyat sebenarnya) yang ada hari ini membawa 'imej' Umno..tidak cukup dengan jentera kerajaan diperkudakan, media arus perdana 'dipergunakan' sebaik mungkin..
Ini hanyalah secebis dari peristiwa yang berlaku pada tahun 2009..dan penulis yakin ianya tidak akan terhenti setakat ini..pengalaman dan kisah lalu tidak dijadikan pengajaran buat mereka setiap kali menerbitkan berita/artikel berkaitan pembangkang...
Mungkin kerana mereka punyai wang, apatah lagi merasakan kerajaan (termasuk institusinya) akan membela dan mempertahankan mereka..kerana itulah mereka tanpa segan silu, tanpa rasa takut dan bimbang mengeluarkan artikel fitnah dan 'menyeleweng' begini..semoga menjadi pedoman buat kita semua..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
TERBARU: Keputusan Mahkamah - DSAI menang saman New Straits Times!

Keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim saman New Straits Times, hakim telah memerintahkan New Straits Times bayar DSAI ganti rugi sebanyak RM100 ribu dan kos mahkamah sebanyak RM 20 ribu.
Sumber, Skuad batu cave
Court Orders NSTP To Pay RM100,000 to Anwar
The High Court today ordered New Straits Times Press (M) to pay RM100,000 in damages to Anwar Ibrahim over a defamatory article published in 2002.
The court also ordered the media giant to pay RM20,000 in costs to the PKR leader.
Earlier the court ruled that NSTP had defamed Anwar in its article published in the New Straits Times on March 2, 2002.
The article, titled ‘Anwar’s link to US lobbyist’, claimed that the opposition leader had stashed RM3 billion in foreign accounts and had foreign links to Western interests. The article was based on a report which was carried in the New Republic magazine.
In making his decision, judicial commissioner Harminder Singh Dhaliwall said that NSPT could not rely on the defence of qualified privilege as the “article was sinister and more than a reproduction of the New Republic article”.
“The said article is far more sinister than the reproduction,” he said.
“Hence, the court finds the article to be libellous and the defendants have to pay the damages to the plaintiff (Anwar),” he added.
Anwar had sued New Straits Times Press (M) Bhd and its former group editor-in-chief Abdullah Ahmad for RM100 million over the defamatory article.
The NSTP article was based on another article – ‘The Bush Administration’s dubious envoy to Taiwan’ – that was published in the political weekly magazine New Republic’s March 2002 issue. Anwar filed the suit on July 4, 2003.
sumber, Malaysiakini
[[ Menang lagi...patutnya saman juta2 Datuk, biar jadi pengajaran kat media-media ampu Umno yang lain...;D
Satu lagi Datuk, jangan lupa ambil tindakan pada sebauh laman blog Umno, Ruang Bicara faisal yang telah menfitnah Datuk tawar RM 5 Juta pada Saiful untuk tarik kes..kalau perlu saman, saman Datuk...baca kat sini...wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Bekas Presiden PRM, Hassan Karim Sertai PKR..(video inside)

KUALA LUMPUR, 25 Nov [10.32 am] - Bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim secara rasmi mengumumkan kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kemasukan beliau itu memberi makna baru kepada perjuangan parti. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat.
“Kemasukan Hassan Karim ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.
Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat, tambahnya lagi. Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR. Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini.
“Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap".
“Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor"“Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan Syed Hussin Ali sebenarnya.
Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor” Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak. Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.
sumber, Pahang Daily Online
baca lagi [click here]...
SPRM tutup pintu selepas pukul 5.30 petang

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengarahkan semua cawangannya di seluruh negara untuk menghentikan proses merekodkan kenyataan daripada saksi selepas waktu pejabat dengan segera.
( Gambar: Kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula meninggalkan pejabat pada pukul 5.30 petang. Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD. DARUS)
Pengarah Bahagian Siastan, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata beliau telah mengeluarkan arahan pada Isnin, yang mengarahkan semua proses soal siasat saksi perlu bermula dan berakhir semasa waktu pejabat sahaja - iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
"Kami meminta orang ramai yang mahu membuat laporan atau memberikan kenyataan perlu datang ke pejabat SPRM awal pagi atau petang bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya.
Tambah Shukri, jika seorang individu membuat laporan pada petang hari Jumaat, kenyataan beliau akan hanya direkodkan pada hari Isnin atau hari bekerja keesokannya.
"Bukan kami tidak mahu melayan orang awam mengikut kesesuaian masa mereka, namun kita perlu melaksanakan perintah mahkamah yang melarang kami merekodkan kenyataan saksi selepas waktu pejabat," katanya.
Minggu lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Ariff Md Yusof mengisytiharkan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.
Keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah menerima permohonan saman, anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah yang mendakwa penahanan dan soal siasat yang dilakukan selama 16 jam sehari oleh SPRM, menyalahi undang-undang dan menyebabkan beliau mengalami kerugian serta kesan buruk.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, peguam veteran, Karpal Singh berkata suspek jenayah dan saksi boleh melepaskan diri sekiranya polis menjalankan proses soal siasat selepas waktu pejabat.
Karpal Singh berkata terdapat satu kes pada tahun 1983 di mana, Rahmat Satiman bersama bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim yang dituduh bersama membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib, dibebaskan selepas Mahkamah Pesekutuan menerima rayuannya.
sumber, mStar Online
baca lagi [click here]...
PAS Pusat berhak tegur pentadbiran negeri

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tertekan ataupun pun tergugat dengan tindakan Pas Pusat menasihatinya supaya menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berundur dari jawatan ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Menyifatkan perkara tersebut lumrah dalam sebuah parti, Mursyidul Am Pas itu berkata, apa yang dilakukan oleh Pas Pusat itu adalah adil memandangkan beliau sendiri menegur kepimpinan pusat supaya mengadakan Muktamar Khas Agung (EGM) baru-baru ini.
“Tak ada tekanan, biasa la, sebelum ini saya tekan (Pas) pusat melalui cadangan pemilihan baru parti, sekarang pusat tekan saya, pakat tegur menegur, asas Islam begitu,”katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di kediaman rasminya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kewajaran tindakan Pas pusat yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din membuat kunjungan serta memberi nasihat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda perbadanan tersebut kelmarin.
sumber, Sinar Harian
baca lagi [click here]...
Popular Posts
-
Oleh: Pria Malaya Berita semalam melaporkan pendedahan BBC tentang ijazah palsu Dr Fazley..boleh baca dalam blog "ohbulan.com" ...
-
Oleh: Pria Malaya 'Besar sungguh' selera KM Serawak kita ni ya...sudah la orang pilihannya nun dari negara Lubnan, muda remaja pl...
-
Gambar dahulu... Gambar kini... Lagi gambar-gambar RM terkini boleh rujuk pada entry penulis, " Koleksi berita/isu berkaita...
-
Oleh: Pria Malaya Berita ini menggegarkan tanah air Disember tahun lalu..namun sehingga kini yang tertuduh tidak tampil membersihkan diri...
-
Selamat Menimang Cucu, Rosmah KUALA LUMPUR 29 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi nenek bagi kali kedua apabila ...
-
p/s: Korang diwajibkan untuk membaca 2 entry penulis terdahulu mengenai siapa Ummi Hafilda..baca pada tajuk di bawah.. 1. Siapa Ummi Haf...
-
Oleh: Pria Malaya Malaysiakini 9 September lalu melaporkan: During a speech at The Annexe Gallery in Kuala Lumpur last year, Marina Maha...
-
Oleh: Pria Malaya Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPN) menunjukkan negeri Kelantan berada pada tahap...
-
Oleh: Pria Malaya Apa yang bakal anda saksikan dibawah adalah isu yang berkaitan dengan pemimpin 'parti gerombolan' dan arak dari ...
-
Oleh: Pria Malaya Fuh, berseri dahi RM kita ya...siap bermanik lagi.. (Klik gambar utk paparan lebih jelas) Gambar ni dirakam ketika Ma...








