
Aura Si Tok Guru, Bekas Model Sambilan Kartika Saridewi Mengadakan Pertemuan Dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat !!
KOTA BHARU, 28 Dis [11.32 am] - Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor (foto), yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.
Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun. Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan. Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut.
Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alasan bertentangan dengan hak asasi manusia.
Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sumber, Pahang Daily
[[ Sejuk mata memandang Kartika kini sudah bertudung dan berubah penampilan..dari seorang insan yg pernah terhimpit dgn belenggu dosa, kini sudah berubah penampilan dan perwatakan..dari seorang manusia yg pernah dicaci dan dihina, kini mendapat pembelaan dan pengiktirafan..
Teringat pula tidak lama dahulu, wajah Dato' Siti Nurhaliza dan Maya Karin lengkap bertudung litup tatkala bertandang ke Kelantan bertemu Tok Guru..dan ramai lagi contoh wanita dari kalangan artis, ahli politik dan lain2..terfikir juga penulis, bagaimana jika Rosmah Mansor bertandang ke Kelantan menemui Mb Kelantan, apakah berubah penampilan?..:) ]]
baca lagi [click here]...
NOTIS: Entry yang mesti kalian lihat dan sebarkan..(isu semasa)
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
2. Isu HANGAT 2
BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!
3. Isu HANGAT 3
Isu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..(sila sebarkan!)
4. Isu HANGAT 4 [TERBARU]
Koleksi berita sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!
Monday, December 28, 2009
'Aura Tok Guru': Bekas Model Sambilan, Kartika Saridewi bertemu dgn MB Kelantan
'Demo tutup muka' : Jangan disangka rakyat begitu bodoh..

Oleh: pria_malaya
Penulis hanya mampu tersenyum sahaja tatkala membaca berita mengenai sekumpulan manusia 'tanpa muka/kepala' berdemo..sungguh jelek dan memalukan...begitu naif dan lemah sekali percaturan politik mereka..barangkali difikirkan penyokong dan pendokong PAS begitu mudah diperbodoh seperti rakan2 mereka..mungkin disebabkan mereka tidak biasa dengan berdemo, kerana itulah mereka malu2 kucing apabila berdemo di depan khalayak sehingga terpaksa menyorokkan muka..
Bagi penulis, isu perhimpunan ini sama dengan isu perhimpunan mengarak kepala lembu, himpunan memijak dan 'mengencing' pada gambar peimpinan DAP, perhimpunan mendesak TGNA letak jawatan di Kota Bharu, dan terkini di Selangor..mereka yakni puak gerombolan dgn kerjasama media mereka begitu bersungguh2 menafikan bahawa dari kalangan merekalah (umno) yang terlibat, tetapi umum tetap memandang merekalah sebenarnya yang terlibat..
Pusing dan spin la setakat mana sekalipun, rakyat yg cerdik tetap boleh berfikir siapakah dalang perhimpunan tersebut..bahkan isu ini sebenarnya mampu mendatangkan kebaikan kpd PAS/PR, dan keburukan kpd Umno/BN secara tidak langsung...
Dari kumpulan yang dinamakan 'pro UG', kumpulan 'anti-UG', kumpulan 'endergon' atau bukan kumpulan endergon, atau lain2nya, semua dari kami telah menunjukkan kesepakatan menolak untuk menghadiri dan menyokong perhimpunan tersebut, serta sepakat mendakwa ia datangnya dari puak gerombolan sendiri..ini sekaligus menguatkan azam penyokong dan pendokong PAS untuk sama2 menguatkan parti seterusnya kekal bersama perjuangan Pakatan Rakyat..terima kasih atas bantuan kalian secara tidak langsung...
Untuk yg terakhirnya, kepada tukang catur atau cybertrooper Umno, terutama para blogger mereka, janganlah disangka dibenak kalian bahawa isu ini akan menjatuhkan moral dan semangat juang penyokong dan pendokong PAS..janganlah difikiran kalian, PAS dan PR akan jatuh dengan wujudnya perhimpunan tersebut..jika kalian beranggapan begitu, kalian sebenarnya silap...bahkan dgn isu ini moral penyokong PAS/PR akan terus melonjak sepakat untuk sepakat melawan Umno/BN..
Akhir kalam, janganlah sampai terpaksa diadakan perhimpunan berskala besar di Selangor gara2 pehimpunan 20 orang 'budak nakal' ini, sepertimana yg terjadi di Kota Bharu, perhimpunan 200 orang, akhirnya dibalas dgn perhimpunan lebih 5 000 orang..wallahua'lam..:) ]]
baca lagi [click here]...
Saturday, December 26, 2009
Sejarah tercipta di Dewan Chong Kuang - Ruang dakwah di Pulau Pinang semakin terbuka!
YB Law Choo Kiang berhijrah...
Semalam tercipta sejarah di Dewan Chong Kuang Sg Bakap di mana buat julung kalinya program Forum Perdana Ma'al Hijrah telah diadakan bertajuk HIJRAH MEMBENTUK PERIBADI UMMAH.
Ahli Panel:
1. Ustaz Ismail bin Kamus (digantikan dengan Ustaz Dr Jamnul Azhar)
2. Ustaz Dr Badrul Amin bin Baharom
3. Ustaz Mahizam bin Md Lazim
Pengerusi Forum: Ustaz Anuar bin Hussain (turut digantikan kerana terima amaran dari Kementerian Pelajaran)
Anjuran:
Surau Tmn Murai Jaya, Simpang Ampat, SPS
JKKK Simpang Ampat, SPS
dengan kerjasama:
MMK Pembangunan Luar Bandar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kehadiran muslimin dan muslimat dalam dewan dan ramai lagi di luar dewan.
Kaum berketurunan Cina juga turut hadir. Mereka juga berminat untuk mengetahui tentang peristiwa serta pengajaran Hijrah.
YB Law Choo Kiang (4 dari kanan gambar) selaku Adun Bukit Tambun merangkap Exco Kerajaan Negeri turut hadir dari awal hingga akhir. Inilah bezanya YB Pakatan Rakyat berketurunan Cina dengan YB BN.
YB Law Choo Kiang bukan sahaja hadir mengikuti Forum Perdana malah beliau turut menyumbang RM5,000 untuk menjayakan program ini.
Ustaz Badrul Amin berpesan agar peristiwa Hijrah ini bukan hanya untuk mendengar satu cerita tetapi yang lebih penting pengajaran dari peristiwa Hijrah. Mengapa Allah tidak permudahkan sahaja Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan menghantar borak seperti peristiwa Israq dan Mikraj?
Di antara pengajarannya adalah :-
1) Dalam perjuangan strategi perlu ada memerlukan pengorbanan.
2) Dalam perjuangan orang muda amat diperlukan seperti Saidina Ali yang baru berusia 12 tahun sanggup menggantikan tempat tidur nabi diketika Nabi mahu dibunuh.
3) Dalam perjuangan orang bukan Islam juga diperlukan seperti Abdullah Uraiqit yang menjadi penunjuk jalan kepada Nabi dari Mekah ke Madinah.
4) Dalam perjuangan wanita juga diperlukan seperti Asma' Abu Bakar yang sanggup menyedia dan menghantar makanan ketika nabi di gua Thur selama 3 hari.
Sewajarnya umat Islam di semua peringkat pada hari ini menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti umat banyak bergantung kepada potensi anak muda.
Dengan sokongan dan pengorbanan mereka, banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang telah mengubah perjalanan masa depan dunia dan tamadun kemanusiaan. Itulah hasilnya jika anak muda dididik dengan akidah dan akhlak yang mantap bukan dengan hiburan yang terlampau.
Sumber, Sharshooter
baca lagi [click here]...
Syabas Husam : Usaha Husam Akhirnya Kelantan Dapat RM10juta Dari Felcra

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Felcra Berhad menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.
Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di sini semalam.
Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.
Kawasan terlibat yang telah dimajukan ialah di jajahan Gua Musang Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.
Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.
Berikutan itu katanya, kerajaan Kelantan mahu supaya kawasan berkenaan dibahagikan secara fizikal 70:30 iaitu 70 peratus menjadi bahagian Kelantan melibatkan 20 projek dengan keluasan 4,247 hektar.
''Sebanyak 30 peratus melibatkan 11 projek dengan keluasan 1,818 hektar menjadi milik Felcra," katanya.
Dengan persetujuan itu juga katanya, kerajaan negeri mengeluarkan 25 lot hak milik tanah bagi 11 projek berkenaan dan Felcra telah membayar premium ke atas tanah berkenaan.
''Dalam masa yang sama, Felcra membayar sejumlah RM10 juta kepada pihak berkuasa negeri sebagai bayaran lebihan pendapatan bahagian 70 peratus projek yang dibahagikan kepada kerajaan negeri," ujar beliau.
Persetujuan itu katanya, dapat membantu Felcra menampung kos pengurusan yang kemudiannya berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat demi kesejahteraan warga peserta.
Ia adalah hasil usaha Husam yang penyabar (kulu kilir) menjalankan usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat, jiwokelate dipetik.
Daripada berhiruk-pikuk dengan masalah UG, masalah arifahmi, masalah itu dan ini di dalam parti, Husam menunjukkan langkah apa yang sepatutnya dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti. Tewas di dalam pemilihan jawatan bukan bererti kebajikan dan kebaikan juga dihentikan lantarannya tetapi terus disemrakkan lagi sehinggalah nanti, ahli-ahli menyaksikan sendiri, mana permata, mana kaca di dalam parti.
Itu belum lagi mengenai usaha yang dilakukan untuk merebut kembali royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan.. dan insyaAllah berkat doa kita semua usaha Husam itu tidak akan disia-siakan Allah s.w.t.
Tinggalkan saja mereka yang irihati, yang dengki, yang berdaki di hati terhadap manusia yang bernama Husam ini.
Baca sepenuhnya disini Kelab Greenboc
baca lagi [click here]...
PAS tidak akan kecundang - Penganalisis politik

SHAH ALAM – Pas Kelantan tidak akan kecundang jika mereka memberi keutamaan kepada anak tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Penganalisis politik, Asri Salleh berkata, istilah ‘kecundang’ tidak ada dalam diari Pas Kelantan.
"Pengundi negeri itu akan tetap memilih calon Pas, tidak kira mereka anak tempatan atau orang luar," katanya, semalam.
“Politik Pas Kelantan sangat berbeza dengan politik Pas di negeri lain. Rakyat Kelantan terlalu taksub dengan parti itu dan Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).
“Mereka tidak kisah sama ada calon itu berasal dari Kelantan atau tidak. Paling penting, mereka bertanding atas nama Pas dan mampu menggalas tugas yang diamanahkan sebaik mungkin,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.
Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud supaya anak Kelantan diberi keutamaan menjadi calon di negeri itu pada PRU-13.
Berikutan itu, Nik Aziz berkata Pas Kelantan akan menimbangkan perkara itu.
Pada pilihan raya umum lalu, Kelantan membuka ruang kepada pemimpin Pas dari luar Kelantan untuk menjadi calon Parlimen di negeri itu.
Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) dan Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), di samping Saifuddin Nasution (Machang) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga orang luar Kelantan.
“Yang menjadi persoalan, apakah Pas Pusat berani melaksanakan cadangan itu, memandangkan calon import adalah nama-nama besar dan berpengaruh?" katanya.
Beliau tidak pasti Pas Pusat akan menerima cadangan mengutamakan anak Kelantan menjadi calon di negeri itu. Ada kemungkinan ditolak.
“Pas Pusat pernah menolak cadangan Nik Aziz supaya mesyuarat agung luar biasa diadakan untuk menimbang kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan bermasalah dan yang pro-UMNO," katanya.
Ditanya sama ada isu keutamaan kepada calon tempatan ini boleh menimbulkan masalah dan memerlukan campur tangan parti komponen Pakatan Rakyat lain, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Asri berkata, perkara itu bergantung kepada tindakan pemimpin masing-masing.
“Pandangan saya cukup mudah. Bagi menyelesaikan isu calon ini dan memperkuatkan kerjasama antara mereka, PKR dan DAP perlu campur tangan,” katanya.
Sumber, Sinar harian
baca lagi [click here]...
Apabila fitnah bermaharajalela: Hasan Ali nafi keluar Pakatan, jadi Adun Bebas

PETALING JAYA, Dis 26 — Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (gambar) menyangkal spekulasi yang beliau telah memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat (PR) negeri, sekali gus akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri menegaskan beliau dan PAS Selangor akan tetap bersama PR untuk meneruskan kerajaan negeri, pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR, yang dibentuk selepas pilihan raya umum Mac 2008.
"Itu (khabar angin) tidak benar... itu adalah maklumat jahat untuk merosakkan nama saya. Saya tidak ada niat semacam itu (untuk keluar Pakatan dan bertindak sebagai Adun Bebas)," kata Hasan kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini. Hasan menegaskan pihaknya akan kekal dalam PR dengan memerlukan barisan wakil rakyat berkualiti yang "tidak akan melompat ke mana-mana parti yang lain."
PR Selangor terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
Sambil merujuk kepada situasi yang pernah dilalui PAS Kelantan, Hasan yang merupakan Adun Gombak Setia menambah, "walaupun di Kelantan PAS hanya pernah mempunyai majoriti satu kerusi tetapi berupaya mempertahankan kerajaan negeri, walaupun salah seorang wakil rakyatnya secara terus-menerus dipujuk, tetapi mereka kekal bersama."
"Ini merupakan prinsip berkualiti yang ada pada mereka. Jadi, kami pun mahukan wakil rakyat yang berkualiti macam itu.
"Sepanjang satu setengah tahun kami memerintah Selangor, kami sudah membuktikan satu kerajaan yang bersih, dan kami mahu mengekalkannya," kata Hasan yang merupakan exco yang bertanggungjawab kepada portfolio agama.
Desas-desus itu disebarkan sehari selepas jawatankuasa disiplin mengadakan mesyuarat untuk menyiasat Hasan dan bekas timbalannya Khalid Samad.
Jawatankuasa disiplin yang mendapati adanya kes kukuh terhadap mereka akan memanggil Khalid iaitu Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Hasan pada 7 dan 9 Jan ini.
Desas-desus menyebut Hasan sudah dijatuhkan hukuman digantung daripada semua jawatan parti selama dua penggal. Ia disebarkan sejak awal pagi Khamis iaitu beberapa jam selepas jawatankuasa disiplin PAS yang dipengerusikan oleh naib presidenya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bermesyuarat.
Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider, Hasan juga menafikan satu perhimpunan akan diadakan di pekarangan Pejabat PAS Selangor, Shah Alam untuk menyerahkan memorandum menjalin kerjasama dengan Umno negeri itu.
"Tidak, tidak ada sebarang majlis seumpama itu di PAS Selangor esok. Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, jika ada majlis sedemikian sudah pasti saya tahu... tidak ada majlis macam itu," katanya.
Laporan Harakah Daily hari ini yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor, Shah Alam esok.
Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.
"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu dipetik portal tersebut.
Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS.
Mengenai keputusan jawatankuasa disiplin yang akan memanggil beliau untuk memberi keterangan susulan, Hasan berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama sebaik mungkin.
"Saya sedia untuk memberikan kerjasama penuh, memberi keterangan yang diperlukan oleh jawatankuasa disiplin.
"Bagaimanapun sehingga kini saya belum menerima apa-apa makluman daripada jawatankuasa disiplin, saya tak dengar apa-apa," katanya.
Sumber, TheMalaysianInsider
[[ Penulis mengutuk sekeras2nya pihak yang membuat dan menyebarkan berita berunsur fitnah baik ianya dari pihak lawan mahupun kawan!...walau sebenci mana pun kita terhadap orang lain, apatah lagi dari kalangan kita, tindakan fitnah adalah jelas suatu dosa besar yang tidak boleh diterima sama sekali..
Janganlah kerana berbeda pandangan dan haluan, fitnah dijadikan sumber dan metodologi 'perjuangan' kita untuk menjatuh dan mengaibkan seseorang...ingat! dosa besar fitnah lebih besar (azabnya) dari dosa membunuh!!..apakah kita tergolong dalam golongan umat akhir zaman seding melakukan dosa fitnah sepertimana yg diceritakan nabi ribuan tahun dahulu?..wai'yazubillah...semoga mengambil iktibar dan pengajaran..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Nazri dicabar letak jawatan Ketua Whip BN

KUALA KANGSAR 25 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim berkata, tugas serta tanggungjawab itu amat penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.
''Saya kesal, saya rasa beliau (Mohamed Nazri) patut letak jawatan kerana kegagalannya sebagai Ketua Whip BN amat ketara.
''Dalam keadaan politik sekarang, semua wakil rakyat dan Datuk Seri Mohamed Nazri perlu berada di dalam negara dan tak perlu cuti, tumpukan kepada kerja. Saya sangat kecewa, bayangkan kalau bajet tak lulus," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Program lman 'Remaja Bebas Dadah' di Sekolah Kebangsaan Sayong dekat sini semalam.
Pada insiden 14 Disember lalu, pembangkang hampir berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan ekoran ramai wakil rakyat BN tidak berada di dalam Dewan ketika pengundian hendak dijalankan.
Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan kelebihan tiga undi (66-63) bagi membolehkan Bajet 2010 diluluskan.
Mengulas lanjut, Kamilia berkata, berbanding Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum ini yang turut meluluskan Bajet Perak 2010, semua wakil rakyat BN dan Bebas berasa bimbang kerana hanya mempunyai majoriti yang tipis.
''Saya mendapat maklum balas jelas daripada ahli UMNO di peringkat bawah yang tidak puas hati terhadap ahli-ahli Parlimen kita ekoran insiden tersebut," ujar beliau.
Kamilia berpendapat, bagi menangani masalah tersebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan tegas terhadap semua wakil rakyat BN berkenaan.
''Kalau bajet tidak lulus bermakna kerajaan tidak boleh memerintah. Saya harap perkara serius macam ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
''Saya tidak halang wakil rakyat BN bercuti ke luar negara selepas kerja mereka selesai terutama sekali dalam urusan meluluskan bajet negara demi keutuhan BN," katanya.
Sumber, Utusan Malaysia
baca lagi [click here]...
Kutipan zakat Kedah meningkat RM11 juta

ALOR SETAR - Jumlah kutipan zakat di negeri ini meningkat sebanyak RM11 juta apabila mencatatkan kutipan RM68 juta tahun ini, berbanding RM57 juta pada tahun sebelumnya.
Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kutipan tahun ini adalah kerana ramai pembayar zakat memilih skim Zakat Pendapatan Potongan Gaji.
“Skim ini mendapat sambutan majikan dan pekerja kerana memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Sehingga kini, terdapat 37,000 pembayar zakat yang memilih skim ini, terutama kalangan kakitangan awam dan Kerajaan Negeri,” katanya pada majlis penyampaian bantuan zakat kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di sini, semalam.
Sheikh Ghazali berkata, zakat perniagaan antara penyumbang terbanyak tahun ini dan antara penyumbang terbesar ialah institusi perbankan, Lembaga Tabung Haji dan syarikat korporat.
“Begitu pun, masih banyak syarikat tidak menunaikan zakat perniagaan, kita sekadar boleh memberi nasihat kerana tiada peruntukan yang membolehkan kita mengambil tindakan perundangan,” katanya.
Menurutnya, Jabatan Zakat Negeri Kedah memperuntukkan RM9.2 juta derma siswa melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan kepada 12,811 pelajar tahun ini.
“Hari ini sahaja kita menyerahkan RM973,600 kepada 1,249 pelajar antaranya dari daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Kubang Pasu dan Padang Terap. Setiap pelajar peringkat Ijazah menerima RM1,000 manakala Diploma RM600,” katanya.
Derma siswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, iaitu Mesir, Jordan dan Syria pula berjumlah RM1.2 juta memanfaatkan 306 pelajar, dengan bantuan RM4,000 setahun.
“Memandangkan kutipan zakat meningkat, jabatan zakat membuka permohonan pembiayaan pelajaran ini sepanjang tahun, berbanding sebelum ini diadakan secara bermusim kerana terhad kepada kuota 7,000 penerima bantuan sahaja,” katanya.
Sumber, Sinar harian
baca lagi [click here]...
PANAS: Anwar 'agen' dunia Islam!..Anwar 'talibarut' ulamak Islam!..Anwar bersetongkol dgn tokoh dunia Islam!

Oleh: pria_malaya
Mungkin itu yg terlintas di fikiran puak gerombolan tatkala melihat situasi dan keadaan ketika ini memihak kepada Anwar Ibrahim..
Jika dahulu, mereka sering melaung2kan Anwar adalah agen barat, Anwar adalah agen Amerika, Anwar talibarut dunia barat, Anwar pengkhianat kerana berhubung dgn tokoh barat (kafir) dan bermacam2 lagi..
Pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan tokoh dan dunia barat terhadap Anwar sebelum dan baru2 ini semakin membenarkan telahan mereka..mereka semakin galak mengarang artikel dan berita berkaitan Anwar sebagai agen dan talibarut dunia barat..
Perihal Tokoh Maal Hijrah...
Tiba2, kehadiran tokoh ulamak dunia ke Malaysia baru2 ini telah mengubah segala2nya..
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang diundang sebagai penerima anugerah tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1431 H telah mengeluarkan kenyataan membela Anwar Ibrahim..malah beliau berjanji akan mempertahankan Anwar dengan membawa isu ini ke peringkat antarabangsa (dunia Islam). beliu sendiri akan menggunakan pengaruhnya untuk membela Anwar supaya beliau diadili mengikut hukum syarie...
Dan yang terbaru, seorang lagi tokoh ulamak dan cendekiawan Islam terkenal dunia, Dr. Wahbah as- Zuhaily juga mengeluarkan kenyataan mempertahankan Anwar Ibrahim..beliau menasihati Anwar supaya bersabar dan mencontohi nabi Yusuf yang difitnah oleh sang penguasa..malah beliau turut melahirkan perasaan kurang senang terhadap apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim..
Menariknya, Dr Wahbah as- Zuhaily adalah penerima anugerah tokoh Maal Hijrah pada tahun lepas, 1430 H...ini bermakna, dua orang tokoh Maal Hijrah bagi dua tahun berturut2 telah memberi kepercayaan dan pernghormatan kepada Anwar Ibrahim..
Sebelum itu, dua ulamak luar negara, iaitu Sheikh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti dari Universiti Damsyik dan Habib al-Jifri dari Yayasan Tabah Emiriah Arab Bersatu telah menarik diri dari Persidangan Perpaduan ummah Antarabangsa di Kuala Lumpur gara2 pihak menganjur tidak menjemput sama Anwar Ibrahim dalam persidangan itu..menurut mereka, persidangan tersebut tidak sempurna tanpa kehadiran Anwar Ibrahim dan TGNA yang meruapakan antara tokoh penting dan berpengaruh di Malaysia..
Tokoh berpengaruh dunia Islam
Sebelum itu juga, Anwar turut tersenarai antara 500 tokoh Islam berpengaruh dunia dalam bidang siyasah kenegaraan..bersama beliau adalah Tok Guru Nik Aziz yang juga ternarai dlm kalangan 50 tokoh Islam yang sangat berpengaruh....ini semestinya suatu diluar jangkaan pengikut gerombolan..apatah lagi, menurut Yusuf Qardawi, beliau akan menyampaikan berita ini kepada para ulamak2 lain..ini bermakna isu ini tidak akan terhenti setakat ini..berita mengenai Anwar akan terus mendapat perhatian tokoh2 Islam dunia yang lain!
Isu ini menjadi 'panas' kerana tokoh ulamak tersebut bukan calang2 orang, mereka adalah tokoh utama dunia yang sangat berpengaruh dan disegani oleh masyarakat muslim..mungkin jika ianya 'ulamak biasa', atau hanya bertaraf 'ulamak negeri', puak gerombolan pasti tidak akan hiraukan..tetapi mereka adalah ulamak besar dunia, yang mereka sendiri memberi pengiktirafan (sebagai tokoh maal hijrah)..ini bermakna tokoh tersebut sangat berpengaruh, berpengetahuan luas, kaya dengan ilmu dan berjasa kepada Islam..
Puak gerombolan mati akal?
Jika diperhati, di hari dan waktu berita mengenainya (Yusuf Qardawi membela Anwar) tersebar, blog2 mereka seolah2 tidak berfungsi, tiada posting terbaru, tiada artikel yang dikeluarkan..berita mengenai tokoh berpengruh dunia itu membuatkan mereka seolah2 tidak ternafas..mereka terkedu, mereka terkasima seketika..
Bagaimana Anwar yang dilabel mereka selama ini sebagai agen dunia barat, talibarut Amerika dan sebagainya akhirnya disegani ulamak dunia Islam..bagaimana Anwar yang dituduh bersetongkol dgn dan bersubahat tokoh barat akhirnya dihormati oleh ulamak terkemuka dunia sendiri..bagaimana istilah 'agen/talibarut barat' yang sifatnya merosak dan menghancukan Islam boleh sebegitu mudah dipercayai dan dihormati tokoh besar dunia Islam..ianya suatu yang diluar jangkaan pengikut gerombolan..ianya tidak masuk akal bagi mereka..
Pandangan negatif terhadap ulamak
Akhirnya selang berapa lama, mereka bersuara..pelbagai pandangan, pelbagai tafsiran..
Ada dikalangan mereka masih tidak percaya kenyataan itu dikeluarkan oleh tokoh besar dunia..mana boleh ini terjadi..dikatanya Anwar mereka2 cerita, didakwanya PR dan PAS memutarbelit kenyataan tokoh Islam itu..mereka tidak boleh menerima hakikat ini sampai lah mereka sendiri melihat dan mendengar dari mulut ulamak itu sendiri..
Ada juga dari kalangan mereka memberi alasan orang luar tidak boleh mencampuri urusan negara malaysia..ulamak luar tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan yg bercanggah dgn perjuangan dan hasrat kerajaan Malaysia..ulamak ini tidak menghormati udang2 negara Malaysia dan pelbagai lagi...maka, hujah dan kata2 ulamak tadi dianggapnya pandangan peribadi yang tidak releven dan tidak perlu dilayan sama sekali..
Dikalangan mereka juga ada yang cuba menuduh Anwar telah 'mempergunakan' ulamak ini..ada yang mendakwa Anwar telah 'menunggang' ulamak ini..ada yang menfitnah ulamak tersebut telah diupah untuk menyokong Anwar, dan pelbagai fitnah dan tohmah terhadap Anwar termasuk ulamak tersebut..tidak kurang yg mengeluarkan kenyataan tidak sopan terhadap ulamak tersebut sebagai 'balasan' tindak tanduk mereka menyokong Anwar...
Boleh lihat contoh di bawah ini..
- Qardawi (upahan) membela anwar
- Saat menjelang 25 Jan - Giliran ulama pula ditunggangi Anwar!
Dan pelbagai lagi artikel dan posting yang menjurus kepada mempersoalkan kewajaran tindakan Yusuf al-Qardawi dan ulamak lain mempertahankan Anwar....
Persoalannya kini, apakah puak gerombolan akan menggelar Anwar selepas ini sebagai 'agen' dunia islam, 'talibarut' tokoh Islam atau yg sama waktu dengannya kerana Anwar dilihat begitu akrab dgn tokoh dan dunia Islam? ataupun mereka 'menduakan' Anwar Ibrahim sebagai seorang 'talibarut' barat dalam masa yang sama juga 'talibarut' dunia Islam? atau bagaimana..sama-sama kita nantikan karangan jawapan dan alasan dari mereka...
Akhir kalam, penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan Anwar sebagai seorang tokoh hebat atau lain2, apatah lagi mahu mendewakan Anwar...yang benar tetap benar, yang salah tetap salah...tetapi tujuan sebenar penulis mengeluarkan artikel ini adalah untuk 'menguji' puak gerombolan, apakah jika dahulu Anwar digelar sebagai 'agen' barat disebabkan faktor2 tertantu, apakah perkembangan terbaru ini membolehkan Anwar juga dicop sebagai 'agen' dunia Islam?..
wallahua'lam...
Artikel berkaitan:
1. PANAS! Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia akan mempertahankan Anwar Ibrahim!!..(video inside)
2. Permintaan Dr. Yusuf Al-Qaradawi: "Saya minta tuan2 bersama Anwar untuk mengangkat martabat kemanusian.."
3. Gambar sekitar syarahan perdana oleh Sheikh Yusuf Al-Qardhawi di Masjid Shah Alam..(Gambar bersama pimpinan PAS/PR di dalam)
baca lagi [click here]...
'Timbalan Menteri haram' dalam kabinet Najib?

PPP anggap Murugiah 'Timbalan Menteri haram'
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.
Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.
"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.
Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Sumber, TheMalaysianInsider
[[ Lagi kriris Barisan Nasional...dari Gerakan-Umno, MCA, PPP, MIC, dan lain2 kompenan BN...ternyata kedudukan BN kini bukanlah sepertimana yg digembar gemburkan media mereka..kononnya BN adalah barisan parti yang kuat dan bersatu padu, kononnya BN berdiri atas dasar muafakat yg jitu, BN tertegak atas konsep hormat-menghormati antara satu sama lain..rupanya itu hanya lakonan dalam wayang 1Malaysia....
Apapun, isu ini bakal mencemas dan merisaukan Najib..pergolakan dlm kompenan BN seterusnya akan memberi impak kepada barisan kabinet Najib..Najib harus memikirkan kesemua ini...
Beliau bukan shj harus memikirkan desakan dan cabaran Tun M supaya mengadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kes kerugian RM 1 bilion dibawah pentadbirannya, Najib bukan sahaja perlu berdepan dgn isu kehilangan 2 enjin pesawat tempur TUDM dan lain2 masalah yang makin berlonggok dan membukit...tapi Najib juga perlu berhadapan dgn belasan parti kompenan BN yg sering membuat onar dan masalah..apakah Najib memikirkannya? ]]
baca lagi [click here]...
Lagi kes rosakkan gambar/papan tanda MB Kedah..

JERLUN, 23 Disember 2009 – Papan iklan yang memaparkan gambar YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah disabotaj sekali lagi oleh beberapa pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Motif kejadian yang berunsurkan khianat itu telah dipercayai dilakukan pada 22 Disember 2009 yang mana kejadian kali ini melibatkan papan iklan tersebut telah disembur dengan cat berwarna merah. Menurut penduduk setempat, selain papan iklan gambar MB, beberapa notis iklan yang lain juga seperti kain rentang telah diconteng dengan cat dan dipercayai didalangi oleh individu yang sama.
Papan iklan gambar MB ini telah dirosakkan untuk kali kedua dalam tempoh sebulan yang mana papan iklan tersebut sebelum ini telah ditoreh. Kejadian yang berlaku pada 25 November lalu melibatkan beberapa papan iklan sekitar Alor Setar dan Jitra.
KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)
Sumber : Kedah Lanie
Berita terdahulu...
PAPAN TANDA PAS DISABOTAJ- MEMANG DEPA DAH CUKUP KRITIKAL LA NIE !!!
KOTA SIPUTEH: Ketika punca kejadian ‘billboard’ gambar Menteri Besar Kedah di sekitar Bandaraya Alor Setar dan Jitra yang dikoyak pihak tertentu masih menjadi tanda tanya, perbuatan seumpama berlaku di Jerlun bagaikan memberi jawapannya.
Papan-papan tanda PAS di sekitar Jerlun di mana terletaknya Dun Kota Siputeh telah diconteng dengan cat merah, manakala ‘billboard’ gambar Adun Ayer Hitam dan Menteri Besar ditoreh koyak.
Biarpun Mahkamah Rayuan baru-baru ini membenarkan penangguhan untuk diadakan Pilihan Raya Kecil di Dun tersebut, ternyata gelora keyakinan untuk pihak-pihak tersebut menghadapi satu lagi PRK semakin tergugat.
Apatah lagi jika dilihat kepada beberapa pilihan raya lalu, gelombang sokongan kepada PAS semakin membesar hingga berpeluang membadai lawannya ke tepian.
Bukan sahaja majoriti Dun Kota Siputeh berjaya diturunkan, laporan dari Bilik Gerakan Pusat mereka juga menukar status Parlimen Jerlun dari putih kepada kelabu gara-gara sabotaj kepada calonnya oleh rakan saingannya dalam sayap parti tersebut.
Mujurlah bapa kepada calon yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Parlimen itu datang membantu kempen dan memutihkan kembali status tersebut.
Apapun, sikap bebal diluahkan kepada papan-papan tanda itu melambangkan mentaliti terdesak pihak tersebut ekoran terhakisnya sokongan dan tidak dapat menerima hakikat kemungkinan tewas di medan demokrasi yang sering mereka tunggangi dan manipulasikan selama ini.
Sumber, Dewan Pemuda PAS Kedah
baca lagi [click here]...
Friday, December 25, 2009
Lagi cerita rasuah: Ahmad Said rasuah ibubapa pelajar cemerlang supaya undi BN!

Pelajar cemerlang dirasuah Ahmad Said
KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."
Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.
Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.
Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.
Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.
Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.
"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.
Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.
Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.
Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.
"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.
Sumber, Harakahdaily
[[ Alahai MB Ganu kiter ni tak tahu ke mana satu program kerajaan (negeri), mana satu program parti?..dah bergelumang dgn politik berpuluh tahun pun masih tak arif2 lagi benda mcm ni?..kan dah cari nahas...
Memang jelas kalau dilihat dari kenyataan diatas adalah berunsur rasuah, atau dlm bahasa lainnya, 'politik wang'..perkataan yang melibatkan segala yg berkaitan dgn usaha/bantuan/sumbangan (dan lain2) apabila disertakan dgn ayat "saya minta", "saya harap" (dan lain2 untuk tujuan peribadi/sendiri) adalah jelas mempunyai unsur rasuah disana..
Dan dlm situasi ni, memang jelas rasuahnya, satu disebabkan apa yg disebut tadi, satu lagi disebabkan ianya ungkap di dalam majlis kerajaan...wallahua'lam...]]
baca lagi [click here]...
AWAS: Rosmah isteri PM 1Malaysia mempunyai misi 'khas' tahun hadapan!

Misi tonjol Malaysia
Rosmah azam perkenal nama negara di dunia
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berazam menaikkan nama Malaysia pada peringkat global bagi memudahkan rakyat negara ini, terutama wanita meluaskan rangkaian perhubungan pada peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, ia sebahagian daripada misinya tahun depan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri pemimpin utama negara.
"Apabila saya mengiringi Perdana Menteri ke luar negara saya bukan hanya memperkatakan pencapaian wanita di Malaysia, tetapi lebih penting saya mahu meletakkan negara di peta dunia.
"Tidak ramai penduduk dunia mengetahui mengenai kedudukan Malaysia dan keistimewaannya. Pada saya, saya mempunyai misi untuk letak Malaysia di peta dunia dan itu yang saya patut buat tahun depan," katanya pada sidang media sempena Program Penyerahan Bantuan Khas Perbendaharaan bernilai hampir RM1.8 juta kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, semalam.
Pada sidang media itu juga, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pelantikan Rosmah sebagai 'pejuang' isu wanita, keluarga dan kanak-kanak.
Hadir sama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Selepas sidang media itu Rosmah menghadiri Majlis Penghargaan Nur Mutiara bersama 200 wakil NGO wanita dari seluruh negara.
Rosmah berkata, menyedari Malaysia sebuah negara kecil, semua pihak perlu memperluaskan potensi dan lebih berwawasan untuk meneroka peluang di luar negara, sekali gus mewujudkan kerjasama dengan negara luar.
"Saya mahu melihat wanita berjaya dan peroleh pencapaian, selain menerajui pelbagai bidang," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa semua pihak, terutama wanita dan NGO supaya lebih peka terhadap perkembangan semasa, termasuk isu perubahan iklim selain memperjuangkan ekonomi hijau.
Sambil merujuk pengalaman dua anaknya yang terkandas enam jam dalam kapal terbang akibat cuaca buruk di Amerika Syarikat baru-baru ini, Rosmah berkata, perubahan iklim adalah perkara serius yang perlu ditangani bukan saja oleh negara maju, bahkan negara membangun seperti Malaysia.
Sumber, Berita Harian
[[ Wah2..dasyat c Rosmah ini..bukan shj 'aktif', malah 'hyperactive' sebagai perempuan no. 1 negara, siap memperkenalkan misi tahunan sendiri lagi..he2..hampir2 menenggelamkan PM 1Malaysia dgn masalah kehilangan enjin pesawat tempurnya...jangan sampai 'ter'ambil alih peranan Perdana Menteri sudah la ye..;D ]]
baca lagi [click here]...
PKR Pahang gerak Gelombang Oren hadapi PRU-13

PETALING JAYA, Dis 25 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyambut tahun baru 2010 dengan melancarkan gerakan revolusi — Gelombang Oren bagi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda menjelang pilihan raya umum ke-13.
Ia akan dimulakan di Pahang dijadikan sebagai negeri asas, kata Timbalan Pengerusi PKR negeri Azan Ismail.
“Kami akan melancarkan dengan menyambut tahun 2010 minggu depan,” katanya.
“Gagasan revolusi oren bukanlah sesuatu yang khusus untuk negara Ukraine (yang pernah gunakannya), revolusi oren adalah konsep yang sesuai untuk semua perjuangan politik dalam kerangka demokrasi.
“Di Malaysia, revolusi oren patut dilancarkan sekarang dengan tema kebangkitan anak muda,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota ketika dihubungi The Malaysian Insider.
“Ekoran pelbagai kejadian sejak kebelakangan ini, nampaknya rakyat khususnya generasi masih tidur. Kita hendak mencetuskan kebangkitan baru di kalangan mereka... kita tidak perlukan slogan lagi, slogan tidak akan memberi kesan, kita mahu simbol dan gerakan baru... ini akan dinamakan Gelombang Oren,” katanya.
Idea mengenai keperluan Gelombang Oren dibangkitkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berucap pada konvesyen sulung Pakatan Rakyat (PR) di Shah Alam, Sabtu lalu.
Kata Shamsul Iskandar, pihaknya berharap PR akan menggunakan gerakan itu bagi memperkuatkan kedudukannya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Beliau mahu warna oren dijadikan warga rasmi PR apabila didaftarkan kelak.
Keanggotaan PR terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Mengenai pemilihan Pahang, Azan menjelaskan, ia sangat sesuai untuk menyuntik semangat di kalangan rakyat negeri itu berbanding negeri-negeri lain.
Azan menambah ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain selepas Pahang.
Oleh itu beliau menyeru anak-anak muda agar bangkit memulakan revolusi oren dengan meletak pilihan raya umum ke-13 sebagai sasaran terakhir.
Ditanya mengenai warna oren, Azan menjelaskan, oren adalah warna yang dekat dengan anak muda dan warna yang segar.
“Analisis saya terhadap kemenangan saya di Indera Mahkota, didapati hampir 70 peratus penyumbang kemenangan adalah anak muda. Maka wajarlah anak muda yang menjadi fokusnya untuk menggerakkan gagasan revolusi oren ini,” katanya.
Sumber, MalaysianInisder
[[ Satu cadangan yg agak menarik..salah satu pendekatan psokologi dan strategi moral yang tepat untuk berdepan dgn pilihan raya tak lama lagi, sekaligus boleh membangkitkan sokongan anak muda bersama PR...sokong!..:) ]]
baca lagi [click here]...
"Kemungkinan lebih banyak kes penyelewengan akan dibongkar selepas ini" - Zahid

Lebih banyak kes seleweng alat tentera dibongkar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap lebih banyak kes penyelewengan peralatan ketenteraan berikutan penemuan maklumat baru kehilangan pelbagai kelengkapan, selain dua enjin jet tempur F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini.
Ia susulan pendedahan kehilangan dua enjin itu ketika proses penyelenggaraan rutin yang dilaporkan berlaku dua tahun lalu.
Malah, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak menolak kemungkinan lebih banyak kes penyelewengan akan dibongkar selepas ini.
"Selain dua enjin berkenaan, beberapa peralatan dan kelengkapan lain lesap. Kita sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung perkara itu," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan dan Keselamatan Sosial Maldives, Ameen Faisal, di sini semalam.
Beliau mengulas pendedahan akhbar ini semalam mengenai kehilangan satu lagi enjin pesawat F-5E ketika dihantar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara pada 2007.
Mengikut fail siasatan, enjin pertama dibawa keluar dari pangkalan pada 26 Jun 2007 diikuti enjin kedua lima bulan kemudian (1 November 2007) tetapi kehilangan hanya disedari pada Mei 2008 sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos 2008.
Ahmad Zahid berkata, sistem rekod termasuk prosedur inventori di Kementerian Pertahanan dan tiga ketumbukan tentera sangat kemas, tetapi ia bukan jaminan tidak boleh dibolosi.
Beliau mengesahkan identiti pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu sudah dikenal pasti berikutan penahanan empat anggota pangkat rendah di Lembah Klang dan Butterworth yang memantau proses penghantaran enjin berkenaan.
"Keempat-empat anggota masih dalam perkhidmatan tetapi sedang ditahan di sebuah tempat. Mahkamah Tentera sedang menjalankan siasatan lanjut, selain meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil.
"Kementerian juga sedang mengkaji untuk mengambil tindakan terhadap pegawai atasan pasukan yang bertugas ketika kejadian berlaku," katanya.
Sementara itu, beliau memaklumkan kedua-dua enjin terbabit tidak hilang dari gudang simpanannya tetapi besar kemungkinan dilarikan ketika proses penghantaran.
"Kita juga akan menyiasat sebuah syarikat di ibu negara, dipercayai ejen jualan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu siasatan," katanya tanpa mendedahkan ke mana enjin kedua itu dijual.
Beliau berkata, walaupun harga kedua-dua enjin itu agak tinggi, suspek dipercayai menjual pada harga rendah berikutan susut nilainya di pasaran semasa.
"Hasil siasatan akan diumumkan kepada umum sebaik segala urusan selesai... selepas semua suspek didakwa. Kita telus dalam hal ini dan tidak berniat menyembunyikan apa-apa. Rakyat perlu tahu... ini satu pengkhianatan kepada negara," katanya.
Zahid juga berkata, pihaknya tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kehilangan enjin terbabit.
"Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada polis kerana mereka mempunyai pengalaman dan kredibiliti dalam bidang penyiasatan," katanya.
Sementara itu, Bukit Aman akur dengan tindakan Pejabat Peguam Negara memulangkan semula fail siasatan kehilangan dua enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), F-5E, atas alasan siasatan tidak lengkap.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, ketika mengesahkan sudah menerima fail siasatan yang dikembalikan itu, berkata pihaknya akan berusaha sebaik mungkin dalam menyelesaikan kes berkenaan.
"Kita akan lakukan yang terbaik dalam melengkapkan siasatan kes ini untuk tujuan pendakwaan," katanya.
Berita Harian semalam melaporkan Pejabat Peguam Negara di Putrajaya terpaksa menyerahkan semula fail siasatan kes kehilangan dua enjin berkenaan kerana tidak lengkap.
Ini termasuk ketiadaan butiran terperinci mengenai spesifikasi enjin berkenaan termasuk jenisnya.
Sumber, Berita Harian
[[ Lepas satu-satu barang hilang didedahkan..mula2, satu enjin shj dilaporkan hilang, kemudian dilaporkan pula terdapat dua sebenarnya enjin pesawat tempur yang 'hilang'..kemudian didedahkan bukan setakat dua enjin hilang, malah banyak pekakas dan alat ganti pesawat tersebut juga hilang...dan hari ini mengikut Zahid, kemungkinan ada lagi yg hilang...
Menurut firasat penulis, mungkin yg akan didedahkan selepas ini ialah, beberapa buah tayar pesawat hilang, dua bilah sayap pesawat hilang, cermin pesawat yang hilang, 'stereng' alat pemandu yg hilang, beberapa biji skru hilang dan bla bla bla...akhir sekali, barulah menteri berkenaan buat pengakuan, sebenarnya selepas dihitung dan dianalisis, yang hilang adalah DUA BUAH pesawat tempur milik TUDM...itulah tanah airku Malaysia, 'Malaysia Boleh'...wallahua'lam...]]
baca lagi [click here]...
Kerajaan Kedah dibawah pimpinan Ust Azizan: Satu penilaian..

DS Ustaz Azizan Abdul Razak and the Good Political Practice
Sebaik sahaja berlaku pengistiharan pada malam keputusan Pilihanraya Yang Ke 12 bahawa Negeri Kedah Darul Aman telah ditawan oleh PAS, Keadilan, Bebas dan DAP berbagai-bagai andaian, persepsi dan momokan dibuat terhadap bagaimana akan jadi kepada Negeri Kedah di bawah pemeritahan pembangkang.
Cerita-cerita tersebar luas bahawa berlaku rampasan di Wisma Negeri, perarakan besar-besaran di ibu negeri Alor Setar, dewan-dewan orang ramai dirampas kunci, tadika-tadika akan dihalau, mesjid-mesjid akan ditawan dengan khutbah Jumaat yang berapi-api, ceramah-ceramah umum akan berleluasa, penyelewengan Kerajaan Negeri BN di bawah Mahadzir Khalid akan dibongkar dan berbagai-bagai lagi seperti apa yang berlaku di Terengganu semasa Hadi Awang naik berkuasa.
Gambaran, situasi dan persepsi tak ubah seperti Garuda Hijau melanggar negeri Kedah Darul Aman yang dahulukala dikenali sebagai Kedah Langkasuka seperti didalam cerita Hikayat Merong Mahawangsa.
Tetapi persepsi-persepsi ini ternyata meleset, penantian demi penantian situasi sebegini akan berlaku rupa-rupanya tidak berlaku. UMNO dan BN yang sedang menunggu untuk mengeksploitasikan situasi cempera ini terpaksa pulang ke rumah dengan tangan kosong. Tidak ada bahan untuk “attack”.
Inilah kebijaksanaan, diplomatik, kemesraan pendekatan yang diambil oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah dari parti PAS Kedah.
Dasar, sikap dan polisi yang diambil oleh beliau di negeri Kedah ternyata berbeza dari negeri-negeri di bawah Pakatan Pembangkang yang lain.
Beliau bijak “to customised” corak pemerintahan Negeri Kedah dengan acuannya sendiri. Beliau dilihat bersih, tidak bermusuh, diplomatik, mesra rakyat, lendit dan tidak banyak isu.
Mungkin cara beliau diambil dari pengalaman beliau bercampur-gaul dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu.
Berbalik kepada UMNO Kedah pula, setelah tidak ada banyak isu untuk “attack” Kerajaan PAS Kedah, mereka balik bercakaran sesama sendiri. Perebutan pengagihan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk setiap kawasan Parlimen yang diamanahkan kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian nampaknya tidak akan habis sehingga PRU yang akan datang.
Telah wujud kelompok-kelompok “orang ini” “orang itu”, “itu orang dia” ”ini orang aku”, “mengapa jemput dia? mengapa tidak jemput aku?”, “mengapa nama dia ada? Mana nama aku?” , “ini program mengapa tak bagi tahu aku?”, “kalau nak aku pergi program ini jangan jemput dia”, “mengapa Menteri turun aku tak tahu?” inilah yang berlaku di kalangan UMNO Kedah hari ini.
Macam kata orang Kedah “Hang, Hang. Aku, Aku”, “Tak dapat kepala telinga aku pulas”. Jika ditanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah tentang masaalah ini, kesemuanya akan kata “siapa kata UMNO Kedah ada problem? Kami tidak ada problem?”.
Setiap perjumpaan, mesyuarat dan majlis mereka akan bersalaman dan berdakapan yang cukup erat, tetapi sebaik selepas sahaja perjumpaan tersebut masing-masing mereka akan mecebir bibir masing-masing dengan kata-mengata, kutuk-mengutuk dibelakang. Kata orang Kedah juga “depa tutuh sesama depa dibelakang”.
Kesimpulannya? UMNO Kedah tidak ada kesimpulan kerana semuanya “no problem”.
Sumber, Mummy Rokiah
[[ Tahniah ust Azizan..anda kini disegani kawan dan lawan...teruskan berkhidmat kpd rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, agama mahupun ideologi parti..insyallah, Allah akan membantu permudahkan pentadbiran ust...wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Thursday, December 24, 2009
Mansuh tidak, pinda pun tidak..ISA terus dikekalkan!

Enam Sesi Pertemuan Awam, KDN Setuju ISA Dikekalkan
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan enam sesi Pertemuan Awam dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan masing-masing bersetuju akta itu dikekalkan bagi tindakan pencegahan awal sebarang perbuatan atau tindakan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima isu pokok telah dikenalpasti yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap penguatkuasaan dan pelaksanaan akta tersebut.
Aspek-aspek tersebut melibatkan kuasa-kuasa menteri, tempoh tahanan, hak-hak dan layanan terhadap orang tahanan, persepsi umum bahawa pelaksanaan akta itu bagi tujuan politik dan penahanan tanpa bicara, menurutnya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, enam sesi pertemuan itu melibatkan agensi penguatkuasa, badan bukan kerajaan, pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli politik, anggota parlimen, pengamal media dan orang awam bagi mendengar pandangan serta mendapatkan buah fikiran daripada semua pihak berkenaan.
Katanya, tindakan itu dibuat selaras dengan pengumuman dan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar akta itu dikaji semula secara terperinci dan sehubungan itu KDN telah menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang yang bertanggungjawab untuk menyemak dan mengkaji peruntukan-peruntukan dalam akta itu, prosedur pelaksanaannya serta isu-isu yang berkaitan dengannya.
Hishammuddin berkata, KDN telah mengambil langkah lanjut dengan mengadakan lima sesi perbincangan bersama kumpulan-kumpulan fokus yang telah dikenal pasti bagi memberi peluang dan ruang yang lebih kepada ahli-ahli kumpulan tersebut bagi meneliti serta mengemukakan pandangan dan cadangan terhadap isu-isu yang telah dikenal pasti serta cadangan terhadap pindaan akta itu.
"Saya ingin memaklumkan bahawa hasil daripada pertemuan itu, Jawatankuasa Teknikal sedang di peringkat akhir untuk meneliti setiap pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan semasa sesi-sesi tersebut sebelum sebarang pindaan dibentangkan di Parlimen," katanya.
Beliau berkata, ISA merupakan undang-undang pencegahan yang sangat penting dan sebarang penggubalan atau pindaan berhubung kait dengannya memerlukan kajian serta penelitian yang terbaik.
Jawatankuasa teknikal itu juga katanya turut membuat perbandingan undang-undang sedia ada yang diamalkan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat (USA Patriot Act 2001 & Homeland Security Act 2002),Australia (Terrorism Act 2005), United Kingdom (Terrorism Act 2000), Singapura (Internal Security Act 1963), Tanzania (Tanganyika Preventive Detention 1962), Bangladesh (Special Powers Act 1974), Ghana (Preventive Detention Act 1958), Israel (Emergency Powers [Detention] Law) dan Sri Lanka (Prevention Of TerrorismAct 1982).
Menurutnya, kajian itu turut meneliti hasil-hasil kajian dan penulisan oleh ahli akademik, pengamal undang-undang dan sebagainya, khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan ISA.
"Saya merasakan bahawa pindaan ini lebih sesuai dibentangkan dan dibahaskan terus pada sidang Dewan Rakyat akan datang kerana jika dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini ia hanya dapat dibentangkan semata-mata tanpa boleh dibahaskan," katanya.
Menurut beliau, pertemuan awam yang dilaksanakan telah berlangsung dengan jayanya serta terdapat permintaan daripada anggota parlimen pembangkang agar mereka turut dilibatkan dalam pertemuan awam seterusnya.
"Permintaan ini disuarakan kepada saya ketika penggulungan Bajet 2010 KDN pada 10 November lepas, malah permintaan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan sesi-sesi penerangan dan perbincangan awam untuk mendapat respons juga perlu diberikan perhatian dan ruang masa secukupnya," jelasnya.
Katanya, setiap kajian dan penelitian terperinci yang dilakukan sentiasa mengambil kira lima isu pokok yang telah dikenal pasti bagi memastikan sebarang pindaan atau penambahbaikan yang dilakukan terhadap ISA adalah adil dan saksama serta tidak akan menimbulkan sebarang salah faham atau persepsi negatif apabila pindaan tersebut dikuatkuasakan kelak.
Pihak kerajaan sentiasa berpendapat bahawa ISA adalah yang terbaik dan berupaya untuk mengekalkan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat daripada sebarang ancaman atau tindakan yang boleh menggugat kestabilan negaradan rakyatnya. - BERNAMA
Sumber, mStar Online
baca lagi [click here]...
Rampas buku: Kerajaan Najib ingkar pesanan Mahathir tidak mahukan perlindungan!

The Malaysian Insider melaporkan...
Malah beliau (Mahathir) juga mahu kerajaan membenarkan buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang mendedahkan maklumat dibenarkan untuk jualan di Malaysia.Dengan sepantas kilat...belum sampai seminggu.....
"Jika kerajaan menahan buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, saya meminta kerajaan melepaskannya (untuk jualan). Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan," katanya.
Kementerian Dalam Negeri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata pihaknya akan memutuskan sama ada boleh membenarkan pasaran buku itu atau tidak minggu depan.
Buku “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” Dirampas
PETALING JAYA: Buku kontroversi terkini berkaitan era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” telah dirampas di gudang Pelabuhan Klang oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran Kementerian Dalam Negeri.
Perkara ini disahkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Ketua Penolong Pengarah I, Bahagian Perhubungan Awam KDRM, Zazuli Johan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, buku tersebut bukannya dirampas oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran Kementerian Dalam Negeri, Cawangan Pelabuhan Klang.
Buku tersebut hasil karya wartawan veteran Australia Barry Wain mencetus kontroversi baru apabila beliau cuba menganalisis bagaimana sepanjang tempoh perkhidmatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003, beliau telah membawa kejayaan ekonomi yang besar kepada Malaysia tetapi pada masa yang sama turut menyebabkan pembaziran sehingga RM100 bilion kerana melaksanakan projek-projek mega.
Tulisan wartawan itu telah mendorong Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera melantik sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Dr Mahathir dalam reaksi balas dalam laman blognya mengalu-alukan saranan Lim Kit Siang itu tetapi meletakkan syarat suruhanjaya diraja itu tidak seharusnya menyiasat dirinya sahaja tetapi juga seorang lagi bekas perdana menteri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu edaran buku tersebut disekat atau dirampas dan menegaskan yang beliau juga tidak memerlukan perlindungan daripada sesiapa.
Sumber, mStar Online
baca lagi [click here]...
PANAS: Mahathir akhirnya mengaku negara kerugian RM10 bilion dizamannya.

Dr Mahathir menafikan jumlah kerugian akibat kes-kes yang disenaraikan oleh Wain dalam bukunya boleh mencecah RM100 bilion.
"Kesemuanya sekali, saya ingat jumlah kerugian jika dijumlahkan kemungkinan mencecah RM10 bilion. Jika kita rugi RM100 bilion, kerajaan sudah tentu berada dalam masalah yang teruk.
Berita penuh...
Dr M rayu ditubuh suruhanjaya, Kit Siang cabar Tun
PETALING JAYA, Dis 24 — Buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times tulisan Barry Wain terus menghangatkan polemik dengan dua personaliti — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) dan Lim Kit Siang masing-masing berbalas kenyataan menerusi blog masing-masing hari ini.
Ini kali kedua dalam tempoh tiga hari Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan mempertahankan diri beliau.
Dr Mahathir, bekas perdana menteri, mahu kerajaan memberi kerjasama dengan menubuhkan suruhanjaya diraja dengan membuka "semua buku" yang berkaitan.
"Saya mempunyai hak untuk membersihkan nama saya. Tun Abdullah (Ahmad Badawi) juga mempunyai hak untuk membersihkan nama beliau. Kerajaan seharusnya bekerjasama dan membuka semua buku (dokumen).
"Tidak harus ada sebarang langkah menutup (kes). Kerajaan telah menyatakan komitmen untuk amalkan ketelusan. Ia harus bertindak untuk menunaikan janji-janjinya," kata bekas presiden Umno ini dalam tulisan blognya hari ini.
Dr Mahathir menafikan jumlah kerugian akibat kes-kes yang disenaraikan oleh Wain dalam bukunya boleh mencecah RM100 bilion.
"Kesemuanya sekali, saya ingat jumlah kerugian jika dijumlahkan kemungkinan mencecah RM10 bilion. Jika kita rugi RM100 bilion, kerajaan sudah tentu berada dalam masalah yang teruk.
"Walaupun kita pernah alami pertumbuhan buruk dalam beberapa tahun tetapi kerajaan tidak pernah gagal untuk memenuhi komitmen kewangan termasuk membayar balik pinjaman.
"Sebaliknya kita telah memiliki wang secukupnya untuk membayar balik hutang. Projek-projek (yang dijalankan semasa era Dr. Mahathir) sudah tentu menelan banyak wang," kata beliau merujuk kepada antaranya jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang, Putrajaya, Cyberjaya dan Menara Berkembar Petronas.
Bagaimanapun kata beliau, beliau tidak terfikir Wain merujuk kepada projek-projek berkenaan apabila merujuk "saya telah meleburkan RM100 bilion wang kerajaan."
Katanya, dalam tempoh lima tahun kepimpinan Abdullah Petronas telah membayar RM270 bilion kepada kerajaan sedangkan sepanjang 22 tahun menerajui beliau hanya menerima RM126 bilion daripada syarikat petroleum negara.
"Saya tahu usaha-usaha telah dijalankan untuk mencari sama ada saya telah menyalahgunakan wang kerajaan.
"Selepas gagal menemui apa-apa, kerajaan Abdullah (pengganti Dr. Mahathir) telah menubuhkan suruhanjaya diraja dan saya dituduh telah dipengaruhi dalam urusan pemilihan hakim," katanya.
Lim pula memberitahu oleh kerana Dr. Mahathir mengatakan bahawa beliau ada hak untuk menyamannya termasuk Wain dan Malaysiakini, bekas perdana menteri itu wajarnya mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sekarang.
"Mengapa tidak Mahathir menyaman saya sekarang jika saya telah memfitnah beliau," kata beliau merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir kelmarin bahawa jika suruhanjaya diraja ditubuhkan nanti mendapati dakwaan Wain tidak benar, beliau akan mengambil tindakan perundangan.
Kelmarin Dr Mahathir menyambut baik syor Lim agar diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat sama ada beliau telah menyebabkan 'kehilangan' lebih RM100 bilion menerusi projek-projek raksasa dan rasuah sepanjang 22 tahun kepimpinannya.
Malah beliau juga mahu kerajaan membenarkan buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang mendedahkan maklumat dibenarkan untuk jualan di Malaysia.
"Jika kerajaan menahan buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, saya meminta kerajaan melepaskannya (untuk jualan). Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan," katanya.
Kementerian Dalam Negeri ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata pihaknya akan memutuskan sama ada boleh membenarkan pasaran buku itu atau tidak minggu depan.
Sumber, TheMalaysianInsider
baca lagi [click here]...
Antara kehilangan kereta kerajaan negeri dan kereta YB: Mana satukah yang lebih rakyat bimbangkan?

Kes 1:
Tiga kereta Perdana V6 Terengganu hilang
KUALA LUMPUR: Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali inio di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.
Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.
Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.
Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.
''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.
Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.
''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.
''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.
Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.
Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.
Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta.
Kes 2:
Kereta Khalid Samad hilang
KUALA LUMPUR : Kereta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hilang dan difahamkan ia berlaku antara 10 pagi hingga 6 petang semalam.
Khalid berkata, kereta itu yang baru dibeli empat bulan lalu telah diletakan di tempat meletak kereta berhampiran pejabat beliau di Seksyen 13, Shah Alam sekitar 10 pagi sebelum memasuki pejabatnya di tingkat 13.
Menurutnya, itu merupakan pertama kali beliau kehilangan kereta dan meyakini perkara itu langsung tiada kaitan dengan politik.
“Apa yang nak dihairankan, kalau Jet bernilai jutaan ringgit pun boleh hilang, apalah sangat kereta,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Seksyen 11, di Shah Alam.
Menurutnya, polis memaklumkan kes berkaitan jenayah kecurian kereta sesuatu yang biasa dilaporkan dan antara dua hingga tiga kereta samada yang masih baru atau yang lama hilang setiap hari di negara ini.
Beliau menambah, sehari sebelum kahilangan itu, beliau telah mengemaskan semua barang-barang penting dalam keretanya itu termasuk dokumen-dokumen penting.
“Walaupun sebelum kehilangan kereta saya itu ia dipenuhi dengan ratusan dokumen penting, namun saya sempat mengemasnya,” katanya yang redha dengan kehilangan kereta Toyota tersebut.
Mengulas berkaitan kehilangan enjin jet milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), beliau berkata, rakyat menuntut siasatan telus dari setiap peringkat termasuklah orang atasan yang mungkin terlibat semasa kehilangan itu.
Enjin pesawat tempur F-5E TUDM itu dikatakan hilang pada 26 Jun 2007 tetapi hanya disedari pada Mei 2008.
Sumber, erapakatan
Sementara Khalid Samad di dalam blognya mendedahkan..
Dari Enjin Jet ke Kereta: Semua (Malaysia) Boleh Hilang!
Kereta saya telah dicuri di hadapan pejabat pada siang hari tadi di Shah Alam. Walaubagaimanapun, di bumi di mana enjin jet pun boleh hilang, apalah sangat sebuah Toyota 4x4?
My car was stolen today in broad daylight in front of the office in Shah Alam. However, in a land where jet engines goes missing, what is a mere Toyota 4x4?
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Sumber, Khalid Samad
[[ Ternyata, 'mitos' bahawa hanya Umno/BN sahaja layak memerintah, hanya Umno/BN cekap memerintah, hanya kerajaan Umno shj pandai mentadbir dan mengurus negara sudah tidak releven dan tidak berguna di zaman ini!...bahkan mereka rupanya adalah penyebab negara mengalami ke'hilang'an dan ke'rugi'an berbilion ringgit wang rakyat...apakah rakyat memikirkan tentang ini..ya, jika maklumat seperti ini terus disebarkan hingga ke pelusuk jajahan negeri dan kawasan...
Penulis juga ingin mengucapkan tahniah kepada kepada Yb Kalid Samad..walaupun sedang berduka dgn kes kehilangan keretanya, kes kehilangan wang rakyat lebih beliau diutamakan, beliau tetap memikirkan soal yg lebih besar dari itu (kes kehilangan keretnya), iaitulah isu 'kehilangan' wang rakyat..syabas penulis ucapkan kepada beliau..semoga Allah tabahkan hati beliau menempuh cubaan dan ujian hidup ini..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
Lagi pengiktirafan PAS terhadap blogger...tahniah PAS kawasan Lumut..
Perjumpaan blogger dan pimpinan kawasan lumut
Bertempat di Kedai Air kelapa abg wan,pertemuan kali ke-2 secara santai mendapat sambutan walaupun beberapa orang blogger dari lumut tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lebih mustahak,antara blogger yang hadir pada hari tersebut ialah Habluminannnas,pejuang muda,infosendiri,n51 pasir panjang,manjungcorner/ex-lynxcrew serta kelab penyokong pas.
Pimpinan yang hadir pulak ialah YDP,ketua penerangan serta kepimpinan dari angkatan muda keadilan dan cabang keadilan kaw lumut.
Sumber, Dewan Pemuda PAS Lumut
[[ Setelah PAS pusat melancarkan Konvensyen Blogger PAS peringkat kebangsaan beberapa hari yg lalu, kini PAS kawsan Lumut mengambit pendekatan serupa dgn menganjurkan perjumpaan pemimpin kawasan bersama blogger PAS...
Tahniah penulis ucapakan kepada PAS kawasan Lumut..diharapkan kawasan2 lain dapat mencontohi pendekatan PAS kawasan Lumut dalam mendekatkan diri dgn masyarakat 'maya' seterusnya mengiktiraf sumbangn dan peranan para bloggers selama ini...semoga ianya bermanfaat bagi semua pihak..wallahua'lam..]]
baca lagi [click here]...
PANAS: Fitnah Raja Muda Selangor - Blogger Umno buat pengakuan maaf!

Merapak sembah memohon ampun
Kami The Unspinners diberitahu petang semalam melalui sebuah e-mel yang diterima bahawa posting kami berjudul "Istana Selangor anggap Anwar Punah-sihat?" adalah tidak sesuai untuk disiarkan. Kami difahami juga bahawa Facebook yang dikatakan sebagai kepunyaan Yang Mulia Raja Muda Selangor tidak wujud dan adalah palsu.
Menyedari ini, kami telah menarikbalik posting semalam.
Dalam posting tersebut, kami menimbulkan persoalan bahawa ada kemungkinan pihak Istana Selangor tidak mempersetujui perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan Selangor berdasarkan maklumat yang disiarkan di blog WBHim.
Sebelum ini kami pernah menulis dan menyatakan sumber-sumber kami memberitahu istana tertentu tidak bersetuju dengan perkembangan ini dan itu. Ada kala ia berdasarkan berita dan adakala hanya disebut sumber kerana tidak boleh didedahkan.
Tetapi posting kali ini amat tidak sesuai langsung hingga perlu ditarikbalik kerana ia bercanggah dengan peranan institusi raja yang seharusnya berada di atas politik.
Kami The Unspinners merapak sembah memohon ampun dan maaf daripada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan keluarga di atas kesilapan kami. Kesilapan terlepas pandang dari pihak kami itu amat kami kesali.
Terlanjur kami sudah tersentuh mengenai perkara peranan Raja dalam kerajaan, kami The Unspinners beranggapan tidak salah untuk Sultan sebagai Ketua Negeri mencampuri hal-hal pentadbiran kerajaan melalui teguran, nasihat, dan pandangan, terutama sekali jika ianya merupakan hasrat hati rakyat jelata.
Malahan kami percaya bahawa tidak salah jika pihak istana mengeluarkan arahan tertentu yang melibatkan kepentingan, kesejahteraan dan keselamatan negara dan rakyat.
Pada pemahaman kami, peranan istana dalam pentadbiran kerajaan tidak pernah berakhir dan sistem pentadbiran berasaskan pilihan rakyat sekarang masih memerlukan kuasa oleh pihak DYMM Raja-Raja Melayu.
Ungkapan Ketuanan Melayu yang sering disalaherti sebenarnya merujuk kepada Institusi Raja-Raja Melayu.
Atas perkenan Raja-Raja Melayu sebagai ketua dan tuan rumah dan dimana terletak kesinambungan sejarah Melayu dari lepas ke sekaranglah, rakyat bukan Melayu diberi hak sebagai rakyat dan penghuni rumah yang dipanggil Malaysia. Atas perkenan Raja-Raja Melayu, rakyat bumiputera berlindung, dianugerahkan hak keistimewaan dan ciri-ciri budaya Melayu menjadi asas kenegaraan.
Kesediaan pihak istana memberikan kuasa kepada rakyat mentadbir sendiri melalui sistem demokrasi yang dimetrai dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidak bererti pihak istana telah melepaskan tanggungjawab sepenuhnya.
Peranan Raja masih diperlukan dan ianya sangat diperlukan dalam keadaan di mana sistem demokrasi sudah tidak berfungsi, keamanan tergugat, dan sistem rakyat mentadbir sudah tidak berfungsi.
Sekian saja dari kami.
Sekiranya ada kurang bahasa dari kami, kami memohon ribuan ampun dan maaf.
Ampun Tuanku.
Sumber, The Unspinners
Artikel berkaitan:
- Kantoi!: Cubaan penyokong gerombolan menfitnah Lim Guan Eng dan PR digagalkan oleh penyokong gerombolan sendiri!
baca lagi [click here]...
TERBARU: Seorang lagi ulamak besar dunia mempertahankan Anwar Ibrahim!!

Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah, Dr. Wahbah as- Zuhaily, Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Universiti Damsyik, Syria!....beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dunia, pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami) serta antara ulamak muktabar dunia dalam bidang pengkhususan fiqah..
Malah lebih dari itu, beliau juga adalah seorang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkt Kebangsaan pada tahun 2008!! (boleh baca di sini)...Ini bermakna, dua orang Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dari luar negara iaitu Dr Wahbah (2008), dan Syiekh AL-Qaradawi (2009) telah mempertahankan Anwar Ibrahim!...
Anwar dinasihat ambil iktibar dari kisah Nabi Yusof a.s!
CENDEKIAWAN Islam Dr. Wahbah az-Zuhaily malam tadi menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa.
Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di Bukit Segambut, di sini.
Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.
“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh,” jelasnya.
Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.
“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya.
“Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”
Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.
“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil,” jelasnya.
“Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.”
Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.
Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.
Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.
Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.
Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. -END
PENJELASAN Dr. Wahbah az-Zuhaily tentang kisah Nabi Yusof di penjara menggamit perhatian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim | 23 Dis.'09
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad sedang menjelaskan sesuatu kepada Anwar, sambil diamati oleh Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar
Dr. Wahbah az-Zuhaily menyampaikan firasat penting kepada Anwar sambil dibantu oleh Ajk PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin selaku penterjemah
KELIHATAN beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tidak turut menyertai majlis bermakna tersebut.
TIDAK kurang 50 sahabat-handai Anwar tidak melepaskan kesempatan bersolat hajat bersama Dr. Wahbah az-Zuhaily supaya mendoakan Gerakan Reformasi Rakyat di Malaysia dipelihara Allah s.w.t.
Tetamu Anwar merentasi parti dan usia!
Sumber, Zainulfaqar
Blog AnwarIbrahim pula melaporkan..
Doa Syeikh Wahbah Buat Anwar Ibrahim
Beruntungnya kami sekeluarga kerana minggu ini dirahmati dengan kunjungan dua orang ulama tersohor; Syeikh Yusuf al Qaradawi dan Syeikh Wahbah al Zuhaili, ulama asal Syiria. Syeikh Wahbah, pengarang tafsir Al Munir yang terkenal itu, mendoakan saya dan pendokong keadilan lainnya untuk terus istiqamah dengan perjuangan bagi membawa kemaslahatan buat rakyat keseluruhannya.
Ujian terhadap mereka yang ingin melawan kebatilan sebenarnya dirasai malah dikongsi oleh para pendokong kebenaran baik dari timur hingga ke barat. Beliau malah menyeru agar terus bermuafakat dan bekerjasama untuk mengembalikan negara ini ke haluan asalnya; agar rakyat merdeka dari kebobrokan.
Syeikh Wahbah menukilkan pesanan Syeikh Rashid Redha buat renungan hadirin sekalian agar bekerjasama di atas apa yang kita sepakati dan meminggirkan apa yang kita perselisihkan. Saya sangat menghargai keperihatinan beliau terhadap fitnah yang menimpa. Syeikh Wahbah bertegas agar fitnah terhadap saya ditentang habis-habisan. Pesan beliau seseorang muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain maka perteguhkan lah tekad demi membenam kebejatan yang mendatang.
Nabi Yusuf a.s dijadikan iktibar kerana baginda menjadi mangsa fitnah namun tetap beriltizam membuktikan kebenaran dan menyampaikan yang hak. Syeikh Wahbah menasihati bahawasanya ujian fitnah itu, insyaallah akan menjadi pelantar buat kita melonjak lebih jauh demi kesejahteraan negara yang dicintai. Di akhir majlis, beliau pohon hadirin bersama menunaikan solat hajat khas – membebaskan saya dari penindasan dan mengangkat ke tempat sewajarnya.
Sumber, ANWAR IBRAHIM
Versi Harakahdaily....
Anwar dinasihat ambil iktibar kisah Nabi Yusof
BUKIT SEGAMBUT, 24 Dis: Dr. Wahbah Az-Zuhaily menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa yang tidak senang baginda.
Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di sini malam tadi.
Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.
"Tidak semua yang diperjara itu bersalah...seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh," jelasnya.
Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.
"Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya...semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s," jelasnya.
"Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini."
Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.
"Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil," jelasnya.
"Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat."
Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.
Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.
Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.
Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.
Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.
Artikel berkaitan (mesti baca!):
- PANAS! Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia akan mempertahankan Anwar Ibrahim!!..(video inside)
- "Perjuangan PAS adalah penerusan perjuangan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW"- Yusuf Qardawi
baca lagi [click here]...
Popular Posts
-
Gambar dahulu... Gambar kini... Lagi gambar-gambar RM terkini boleh rujuk pada entry penulis, " Koleksi berita/isu berkaitan Ros...
-
p/s: Korang diwajibkan untuk membaca 2 entry penulis terdahulu mengenai siapa Ummi Hafilda..baca pada tajuk di bawah.. 1. Siapa Ummi Haf...
-
Oleh: Pria Malaya Berita semalam melaporkan pendedahan BBC tentang ijazah palsu Dr Fazley..boleh baca dalam blog "ohbulan.com" pada tjuk,...
-
Oleh: Pria Malaya "Badan bersaiz badak sumbu"...begitulah antara bunyi kutukan seorang blogger otai Umno terhadap Ketua Puterinya...penyoko...
-
Oleh: Pria Malaya Nampaknya hubungan 'istimewa' antara seorang artis tanah air, Zahida Rafik dengan seorang VVIP merangkap menteri dan pemim...
-
*p/s: Sesiapa yang ada memiliki/terjumpa gambar 'gerombolan tayang punggung' dan sewaktu dengannya, si...
-
[PEMBETULAN] Oleh: Pria Malaya Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara ...
-
Oleh: Pria Malaya Gambar2 ini dirakam ketika sambutan ulang Tahun yg ke-22 Dafi, anak menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.. Me...
-
Oleh: Pria Malaya Nampaknya isu ini semakin panas...setelah penyokong Umno termasuk cybertoopers mereka mengambil masa yang lama (mendiam...
-
Oleh: Pria Malaya Tunjukkan mana bini/isteri Perdana Menteri Malaysia yang pandai menyanyi dan menari di depan orang ramai?..tunjukkan ma...









