
Oleh: Pria Malaya
Bukan sahaja mempunyai kaitan dengan politik, malah demi politik seorang calon bukan Islam! (melawan calon seorang Islam).. mana mufti tersebut..apa komen beliau? bagaimana pula reaksi jika TGNA dan pemimpin2 PAS yang mengetuai pragram seperti ini? apakah akan dicop menguasai masjid demi kepentingan politik atau memecahbelahkan rakyat dan sebagainya?
Tidakkah program diatas juga boleh menimbulkan rasa tidak puas hati/rasa kecewa bagi ahli kariah yang bukan penyokong calon India/BN ini? bukankah ia juga boleh dikatakan boleh menimbulkan rasa tidak senang dan huru hara apabila di dapati terdapat majlis politik di dalamnya?
Kalau dikatakan masjid adalah tempat penyatuan dan haram berpolitik di dalamnya dibimbangi mencetuskan pergaduhan dan sebagainya, adakah berpolitik di luar masjid yang boleh mencetuskan huru hara dan sebagainya dibenarkan di dalam Islam?.. kenapa tidak diharamkan terus POLITIK itu samada dalam masjid atau diluar masjid jika hujah ini dihgunakan?
Memetik petikan dari Suara Keadilan..
...Tidak cukup dengan itu, PM 1Malaysia berjemaah di surau kampung dan mengisytiharkan peruntukan RM100,000 untuk bantuan masjid dan mendermakan sebuah van jenazah di surau berkenaan. Kalau Najib jujur kenapa tidak derma selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor? Beliau boleh pula cakap politik di rumah ibadat? Kalau Umno-BN semua halal dan ok.Apakah ini semua bukan politik?..apakah jika ada pengishtiharan peruntukan/hadiah/kewangan oleh pemimpin parti politik semasa musim pilihanraya di masjid baru dikira 'tidak politik' kerana 'menceriakan' wajah ahli kariah? kalau hanya memberi ceramah/kuliah tanpa sebarang tawaran dan janji wang, ia dianggap sebagai politik?..
Hanya mereka yang tidak waras shj akan memandang isu diatas tidak kaitan dengan politik..walhal jelas, ianya juga ada perkaitan dengan politik, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung..
Untuk yang terakhirnya, penulis menuntut pihak kerajaan, khususnya mereka yang mempunyai kuasa agama supaya mendefinisi maksud POLITIK yang sebenarnya...POLITIK mana yang dibenarkan dibicarakan/dilakukan di dalam masjid, dan POLITIK yang bagaimana diharamkan di dalam masjid...
Akhir kalam, penulis tetap dengan pandangan penulis, bahawa memisahkan politik dari Islam, atau kefahaman politik suku agama suku adalah membawa kepada kekufuran!..wallahua'lam...









3 comments:
hang ni memang bebal betul ...haha
Sultan Selangot bertitah agar jgn menggunakan masjid utk tmpat politik dan menabur fitnah yg boleh mengakibatkan pepecahan umat islam .
masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk berlindung dan Rasullullah tidak pernah menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.
Najib membaca surah yassin di masjid itu politik ke ?? itu adalah salah satu ibadah bukan mcm PAS guna khutbah terus utk berkempen !!! ...
Pakcik anynomous...
Yasin yang dibaca oleh najib itu untuk pilihanraya. politik la tuh.
pilihanraya = politik.
aku nk tanya ko, kalau nik aziz n pemimpin2 PAS lain pergi ke seluruh masjid n surau seluruh Hulu Selangor buat program mcm najib buat ni tiga malam berturut2, ko rasa pihak polis/Umno marah tak? ko rasa media sebarkan x berita PAS cuba kuasai masjid seluruh hulu selangor bla bla bla...
kalau ada ahli kariah yg mrah PAS buat program dlm masjid tu, apa reaksi ko, nk sokong pemimpin PAS, atau nk sokong ahli kariah Umno tu?..pikir molek2..dah jelas, tu pun program politik!...
hampeh punye umco!
Post a Comment