
Gambar di atas menunjukkan sebuah masjid, bukan sahaja dijadikan tempat untuk menggantung banner Umno/BN di pagar kawasan masjid, malah bendera BN turut digantung di tingkap2 masjid..mentang2 mereka kerajaan, maka ianya halal bagi mereka...
Gambar UMNO berak merata-rata. Apa kata Sultan & Mufti
Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.
Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.
1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...
5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.

12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?

13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.
Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.

14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.


15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?
Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.
Kredit pd ustsaifulbahri
1. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?
2. Cakap tak serupa bikin: Lagi bukti Umno salahguna masjid untuk tujuan politik sempit mereka
3. Umno: Berpolitik dalam masjid tak boleh, konsert depan masjid boleh..(video inside)
4. Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!
5. GEMPAR: Umno Kuala Langat anjur program 'maksiat' di rumah Allah!..(video inside)
6. Umno/BN berpolitik dalam masjid: Bawa calon MIC masuk dalam ruang utama solat!
7. TERBARU: Lagi bukti bergambar Umno berpolitik dalam kawasan masjid!
8. BONGKAR! Bukti jelas Umno berpolitik dalam masjid: Wujud dana JIHAD menentang PAS!
9. TERDESAK tarik pengundi Melayu: Umno sedia gadai prinsip benarkan politik di Masjid
10. GEMPAR: Umno jadikan Masjid Tenang sebagai markas kempen politik BN!
Juga boleh lihat di sini:
- Pendedahan oleh Khalid Samad, non-muslim masuk masjid dan berpolitik!
p/s: Entry khas ini (Umno berpolitik dlm masjid) akan sentiasa dikemaskini, insyaAllah...









14 comments:
dizaman moden ini banyak perkara benar jadi tak benar dan yang tak benar jadi benar. telah menjadi slogan UMNO 'menghalalkan cara' jadinya, apa yang mereka buat semuanya betul kalau orang lain buat
semuanya tak betul dan tak boleh. INSYAALLAH satu hari nanti ALLAH akan
tunjukkan kepada mereka setiap KEBENARAN.
peeellaaaaq.
woi..bulum tau ka? sini ma...UMNO bikin suma butul...lain bikin tara butul....
salam.
1. isu utama: ceramah di masjid di selangor diharamkan oleh sultan selangor. Di tempat lain tu, ikut suka hangpa la selagi sultan tak kata apa-apa.
2. Ceramah politik tak sama dengan ucapan perasmian, ucapan penutup dll yang biasa ada dlm sesuatu majlis. Walhal, ceramah politik kenegaraan tanpa mengaitkan dan mengaibkan orang lain atau pihak lain ( tidak menjurus kerosakan ummah ) masih dibolehkan.
3. anda dapat jamin ker nik ajis masuk syurga??? anda rasul yang nombor berapa???
Pria, tok sohlah jadi batu api.
Nik Aziz setiap hari beri ceramah di Masjid di negeri dia, orang UMNO tak bising dan tak kata dia gunakan masjid pun untuk berpolitik.
Pergi ke Masjid Rusila, setiap hari Jumaat Hadi Awang akan memberi ceramah, orang UMNO tak bising pun dan tak pernah halang.
jadi, tolong jangan jadi batu api.
Salam,
Bro,
Tolong tunjukkan kat aku dalam banyak2 gamba2 ni, gamba mana yang ada muka pemimipin BN yang bukan islam dok kat saf depan sekali sambil pegang mikrofon dok berucap???
Tolong tunjuk sat...
Kalau setakat tunjuk gamba orang islam tengah makan, wat press statement, majlis kat perkarangan masjid, kat luar masjid tak payah la bro...tunjuk function apa dia tengah buat.yang kj dok cakap tu saf depan tu ntah program apa ntah..silap2 program bersih kubur...
kalau nak compare pun apple to apple la bro...
ade ke dalil haram org bukan islam msuk masjid??
Dalam mazhab Syafie orang kafir haram dan di tegah sama sekali memasuki masjidil haram sebagaimana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat :28.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Ni aku copy paste je, ilmu yang sebetulnya kena tanya orang yang lagi power...
kalau salah minta maaf,kalau betul minta sebar...
COPY PASTE DARI LAMAN JAKIM.....
Persoalan besar timbul ialah apakah hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Berdasarkan
pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28)
Masjid lain pula pada pandangan ulama Syafi’iyah adalah diharuskan jika bertujuan baik. Ulama ini berpegang pada hadis sahih diriwayatkan Bukhari, menjelaskan bahawa sekumpulan tentera Islam yang baru kembali dari medan perang Nejad membawa seorang tawanan perang bernama Tsumamah Utsaal dari Bani Hanifah yang ketika itu belum beragama Islam dan mengikatnya pada tiang dalam sebuah masjid....
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3176
wakakaka!!
mamat gapodio nie..
sampai kesini menunjukkan kebodohannya!!
wakakakaak!
kah kah kah...
sunsnake sampai ke sini nak tunjuk pandai tapi tak sedar diri sendiri lagi tak pandai dari orang lain...kah kah kah...
pulak?? waakkakakak!
haha .. bila tak leh jawab .. maka bermula "character assasin" ajaran PR
contoh : sunsnake
pria 1 malaya
ayat yang gapodio quote tu untu masjdil haram di mekah..
itu memang la tanah haram..
diharamkan bukan Islam masuk..
bukan masjid di malaysia!!!
politik adalah perkataan. tetapi politik cara kafir atau cara islam. ia adalah luas. yang tiada benci membenci atau maki hamun yang menyebabkan keadaan kurang selesa dan meecahbelahkan ummah didalam masjid seperti edaran selangorkini di seluruh masjid di selangor 2 minggu sekali...yg non muslim boleh masuk masjid tetapi tertakluk pada pihak pentadbiran masjid yg diketuai sultan selaku amir. ia perlulah dipatuhi kerana ada kemaslahatannya. zaman ini umat islam perlu bijak antara yng benar2 minat mendalami islam atau menggunakan orang islam untuk kepentingan mereka kerana perpaduan ummah bukan keutamaan mereka.
Post a Comment