Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Monday, June 21, 2010

Edisi Mesti Baca: "Kami sokong PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam" - N. Balasubramaniam



”Cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong..saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS.."

"Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS..sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama.."
- Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS

Baca seterusnya di bawah...

“Saya Nasihatkan Orang Umno Bertaubat dan Sokong PAS “N.Balasubramaniam

KUALA NERUS – “Pada tahun 1980 hingga 1987, saya ahli MIC, dalam masa itu saya jadi Bendahari, Bahagian Jerantut, lepas itu saya belajar ugama,

”cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong,

”saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS,”kata N. Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, mengakhiri kata-katanya, ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu Enam, dekat sini, semalam.

Menurut Bala, beliau redha dan memadai duduk dalam PAS, menjadi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), walaupun dianggap sebagai ahli kelas kedua, oleh orang-orang lain.

Katanya, beliau sendiri tidak mahu bertanding dan dipilih menjadi pemimpin PAS kerana beliau belum mempunyai ilmu Islam bagi menguruskan organisasi PAS.

Dalam ucapannya sebelum itu, Bala berkata, beliau menerima dan menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi

”Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS,

”sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama,”tegasnya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 60,000 ahli-ahli DHPP yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam.

Beliau memaklumkan, DHPP Pusat sedang menggerakkan DHPP negeri-negeri membentuk jentera-jenetra pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Katanya, persiapan awal adalah penting bagi memastikan kemenangan PAS diperingkat Negeri dan Parlimen.

“Kami sekarang buat (menyusun) jentera-jentera pilihanraya, kerana tidak lama lagi akan ada pilihanraya,

“ini (ia) adalah mustahak (bagi kami) melantik jentera-jentera pilihanraya supaya kita bagi mesej-mesej (maklumat) yang mana boleh (disalurkan) terus ke akar umbi,”jelasnya

Katanya, beliau memastikan supaya ahli-ahli DHPP dapat bergerak meraih sokongan dikalangan masyarakat diperingkat paling bawah.

Menurutnya, DHPP yang dirasmikan pelancarannya oleh Presiden PAS pada 24 Mei lalu, kini telah melengkapkan organisasinya sehingga ke peringkat negeri.

“Baru ni kami telah mendakan mesyuarat di peringkat Pusat, kami telah lantik semua AJK bagi negeri-negeri dan semua negeri telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS,

“tapi yang paling aktifnya ialah di negeri Pahang, Selangor Perak dan Kedah serta Johor, negeri-negeri lain, sudah ditubuhkan dan sedang diaktifkan,”jelasnya, yang berharap semua ahli-ahli dapat meningkatkan daya juang bersama-sama dengan PAS. - Dewan Muslimat PAS Tapah

Artikel berkaitan:
- PAS di mata orang bukan Islam: Ahli Dewan Penyokong PAS mati dengan memakai Baju PAS..
- TERBARU: Dewan penyokong PAS cadang bantu PAS terang keadilan hukum Islam pada non-muslim!
- PRK Galas: "PAS lebih layak menangani Islamofobia berbanding Umno" - N. Bala Subramaniam

7 comments:

Anonymous said...

Tok Hadi kau baru cakap PAS gagal nak laksanakan negara Islam,mana pergi perjuangan menegakkan hudud, murtad kenapa senyap sunyi masa muktamar PAS....setuju ke Anwar jadi murshid am hehehe huhuhuhuh....Masa PR menang 5 negeri depan batang hidung Tok Nik dia speaking " there is no islamic state will discuss ( not implementation ok !!!!)"....

Anonymous said...

aku yakin PAS ada strategi, utk jangka masa panjang..

aku lebih yakin Islam yg dibawa PAS dr Islam yg dibawa Umno baik dari segenap isu..aku tersangat yakin dan pasti buat ketika ini..

aku dah pernah berteduh dibawh kedua2 parti Umno dan PAS, dan aku sudh rasakan kelainannya..

pada PAS, teruskan perjuanganmu..rakyat sentiasa memerhatimu..

Semoga Islam akan berdaulat di tanah air ini..

- agamawan_muda

Anonymous said...

poodahh..bleh percaya ke berita ni...ntah2 reka sendiri..

Anonymous said...

podahh wak lu, jgn jd mcm org dungu. Ble kaji sendiri berita di atas tu betul ke reka sendiri.

kalt said...

Negara Islam bukan sekadar laungan slogan "Malaysia sebuah Negara Islam", tapi yang lebih penting adalah pengisiannya. PAS/PR dalam landasan menuju kearah pemerintahan yang berintegriti, membina modal insan dan menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya.

Sudah tentu dasar-dasar tersebut lebih baik dari sekular UMNO/BN yang bersifat kapitalis. Yang kaya boleh beli undi/pengaruh untuk kekal kuasa, setelah berkuasa berusaha menambahkan kekayaan. Keburukan yang dilindungi sekian lama takkan mampu disembunyikan sampai bila-bila.

Anonymous said...

dey tamby..bila macha mau masuk islam? lu cakap islam PAS byk bagus siap lu suruh org bertaubat tapi lu sembah patung jugak?

lu suruh org bertaubat tp lu kaki todi jugak?

lu ingat ini Islam serupa itu ajaran PAS kah?

lu nak bodoh2 kan org PAS lu punye pasal la dey tamby!

bodoh la lu tambey!..

nazram said...

sedih tgk org melayu xde adab,
padahal sepatutnye melayu la yg paling beradab...

teringat dgn satu lagu..
"kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul..."

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin