Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Saturday, September 18, 2010

BONGKAR: 'Ustaz Kamal' masuk masjid - Pukulan maut buat penyokong totok Umno!


Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, tempat para imam dan para makmum sujud..nampaknya masjid ini tidak lagi 'suci' mengikut tafsiran otak2 Melayu jumud di dalam Umno...

Oleh: Pria Malaya

Teringat lagi, semasa berlangsungnya kempen Pilihan Raya kecil Hulu Selangor, naman calon BN 'Kamal' lebih banyak dari nama sebenarnya 'Kamalanathan'..bahkan para perayu undi Umno sering menyebut, "undilah abang Kamal, sokonglah abang Kamal"...nampaknya hari ini penyokong Umno bukan lagi menyebut 'abang Kamal', tapi 'Ustaz Kamal'..korang baca di sini..

Penulis tidak mahu mengulas panjang, rasanya ramai dah tau berita 'gempar' yang didedahkan Khalid Samad semalam..

Persoalan kini, dimana mufti Perak, dimana suara dari pihak istana, dimana pegawai JAIS dan MAIS, mana '40 ulamak' muda Umno, dimana PERKOSA, dimana kuncu2 Umno yang lain? apakah sedang rancak berkira2 untuk mengubah hukum dan fatwa yg baru? apakah selepas ini fatwa hanya orang bukan-Islam WANITA sahaja yang HARAM masuk ke masjid?? sila jawab!!

Jelaslah, betapa hipokritnya Umno dalam setiap isu yang dicetusnya sendiri..selapas satu persatu bala menimpa...yang nyata, penganut tegar parti perkauman itu terkedu kaku tidak mahu mengulas..kerana tepat terkena atas batang hidung mereka!

Akhir kalam, apakah korang nasih lagi percaya dengan Umno dan segala sekutu mereka?


Versi Malaysiakini

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"


Berkempen dalam kawasan masjid utk tujuan politik: Gambar menunjukkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bersama Ahli Parlimen P. Kamalanathan menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta majlis gotong royong di pekarangan Masjid Felda Soeharto.

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Versi Utusan Malaysia

p/s: maaf, Akhbar kami tidak menyiarkan berita seperti ini..tuan kami (Umno) marah nanti..lagi pun akan mengecilkan hati mufti Perak dan pihak istana....kami rela membodohkan penyokong kami dari menyiarkan berita seumpama ini...

Versi TheMalaysianInsider

Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

“Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Artikel berkaitan:
- Koleksi bergambar Umno/BN berpolitik di dalam masjid/surau!
- [Kemaskini] GEMPAR: Umno Kuala Langat anjur program 'maksiat' di rumah Allah!..(video inside)

15 comments:

drrita said...

at least dia pakai seluar panjang dan menutup aurat...!

tiada isu di sini..dulu orang MCA pun pernah masuk masjid..
cuma heran..dulu cina MCA masuk masjid heboh puak-puak lahanat PAS..
kata UMNO kapir..

sekarang PAS buat yang sama..
PAS nampak gelabah!!!!

Anonymous said...

sokong sangat2 pendapat drrita...pria malaya memang belum akil baligh lagi...masih pria(ke pariah?)...cakap tak pakai otak....

Anonymous said...

program tersebut adalah program gotong royong perpaduan bersepadu felda soeharto anjuran kelab motocross sg dusun & jkkr felda soeharto dimana Pengerusi MAIS dijemput untuk merasmikan. Yb Kamalanathan juga turut dijemput... penyerahan tulisan khat pula adalah utk surau-surau yg terdapat dalam kariah masjid tersebut...siapa yg fitnah siapa...dan siapa yg gila kuasa....

Pria_Malaya said...

kalaulah tempat kamalanathan tu digantikan karpal singh atau lim guan eng, lim kita siang, yb Teo atau sewaktu dengnnya, sudah pasti menjadi modal politik kaum umno, bahkan mendapat publisiti murahan dari media massa...

mereka semahunya mempertahankan 'ustaz' kamal, kononnya bukan bertujuan politik dan sebagainya..sedangkan Yb Teo yg masuk ke dlm surau yg bukan beragendakan politik pun, mereka sanggup pusing cerita dengan menyatakan YB Teo telah berpolitik dlm masjid, lebih teruk dari itu dituduhnya YB Teo menyampaikan tazkirah agama..

mungkin menurut fahaman Umno, ruang masjid hanyalah tempat yg berkarpet, sedangkan masjid adalah meliputi seluruh kawasan yang boleh sujud bersembahyang..

apakah tempat kaki kamalathan itu pijak tiada org sujud di situ?..fikir2lah wahai bangsaku dlm Umno..

kerenah anda sebanrnya hanya bertujuankan politik, kalian antara penyebab usaha dakwah terbantut di malaysia..

terimalah pandangan dan ijtihad dari ulamak Islam (yg membenar dan mengharuskannya)..jangan terkongkong dengan budaya umat Melayu yg ternyata menyesatkan (dlm hal2 tertentu)...

Anonymous said...

hek eleh... gambar edit bleh laa bro... jangan wat fitnah laa brader... wat malu agama aku jer...

hang pi laa masuk kristian or yahudi... wat semak jer dalam saf agama aku...

zsj said...

Diminta penulis menyiasat dahulu gambar yg diterima. Barulah menulis. Tulislah dgn kebenaran. Penulis mestilah professional. Tidak salah sekiranya aktiviti dijlnkan diperkarangan masjid. Lagi pula, Kamalanathan memakai pakaian yg sopan.

Anonymous said...

bai,lu tngok sikit blog gerakan antipkr bai....

gua rasa, antara lu berdua, gua percaya kat pihak GAP..sebab dia siap gamba semua....

lu hanya sekeping gambar je bai....

dan owh!!!! ni hanya pendapat seorang yang neutra, yang mana, aku cakap entry lu kali ni tak meyakinkan aku

panjiPerak

Anonymous said...

bro, video umno buat program maksiat kat surau tu ada org umno tengok tak lagi bro...

harap lu posting balik video tu, dorang tak tau lagi tu..

vateran_umngok said...

wth??

tutup aurat?

woitt...puteri umno mengaji tu tutup aurat ke woiii!!!

bik mama masuk masjid tutup aurat ke woi!!!

nk cakap pasal tutup aurat!!

nk suruh org kapir pakai tudung, yg islamnya tak tudung..wtf??

ejarll said...

kesian korang kene d bangangkn oleh kalid samad...

cbe la korg sruh kalid samad bg gmbr penuh, buat apa d potong gmbr sebenar...

kamalanathan bagi smbangan d beranda bkn d hadapan mimbar...

kamalanathan x pakai pakaian ketat, agak2nya imam pas/pmbangkang nie jd imam kt beranda kot...

pria malaya said...

FULLSTOP!!!
SEGALANYA SUDAH TERJAWAB DI SINI...

- Non-muslim masuk masjid: Penulis jawab bagi pihak Khalid Samad

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/non-muslim-masuk-masjid-penulis-jawab.html

p/s: jika ada bantahan/pembetulan, sila nyatakan, penulis akan jawab...

Topoy Melayu said...

macam gambar super impose jer..!! bro, kalau nak lawan pun biaqlah logik sikit... bila aku tunjuk gambar kat member2.. diorg gelak la bro.. diorg tau ni bukan gambar original.. lawan tetap lawan tp jangan buat silap bro.. nanti kena gelak jer.. aku tak berani nak sokong ko kali ni, aku tau ni tak betui.. aku taknak tambah dosa bro.. carilah isu yg kukuh sikit, jgn buat mcm ni lg.. aku nak berdebat dgn org umno ni pun mcm aku pulak yg salah... cari lain bro... LAWAN TETAP LAWAN..

pria_malaya said...

topoy Melayu..

soalan pertama aku, dah tengok jawapan aku kat bawah ni..

- Non-muslim masuk masjid: Penulis jawab bagi pihak Khalid Samad
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/non-muslim-masuk-masjid-penulis-jawab.html

baca dulu, aku dah dedah jawapan di situ..bukti blogger Umno terbabit yg sengaja sebarkan fitnah...

mana gambar edit atau dipotong2..tunjukkan, dan aku tunggu jawapan kamu...

Al-Maunah said...

kalau BN salah boleh ke PR buat salah jugak.. Jangan sempitkan fikiran anda semua.. Kembali pada Al-quran dan hadis.. salah tetap salah.. BN salah PR pun salah.. 2 wrong doesnt make one right..

Anonymous said...

FITNAH AKHIR ZAMAN DAH DEKAT. GAMBAR POTONG SEPARUH. PASTU KATA KAT MIMBAR MASJID. DUNIA SEMAKIN NAK KIAMAT. BANYAK DAJJAL DAH KELUAR...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin