Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Friday, October 22, 2010

[Kemaskini] Festival Fesyen Islam (IFF): Penulis jawab tuduhan blogger Umno...



Oleh: Pria Malaya

Nampaknya isu ini semakin panas...setelah penyokong Umno termasuk cybertoopers mereka mengambil masa yang lama (mendiamkan diri) utk bersuara, hari ini mereka mula muncul dengan 'doktrin2' penafian, mempertahankan Rosmah Mansor..

Namun sayang, ada di kalangan mereka cuba mengalih isu dan 'pusing cerita' seolah-olah mereka yang membantah ini jahil maklumat dan telah melamparkan fitnah..

Antara blogger Umno yang mula mengalih isu ini ialah Panglima Perang Cyber dan Pisau.Net...penulis jawab tuduhan mereka di bawah....

1. Tunjukkan bukti dakwaan blogger 'Panglima Perang' kononnya gambar yang didedahkan di dalam blog2 pembangkang seolah-olah gambar palsu dan fitnah, tunjukkan bukti gambar2 tersebut tidak berkaitan dengan Rosmah Mansor..melainkan ianya adalah gambar asal yang diperoleh dari sumber2 primer..

Boleh lihat antara sumber penulis di sini..


i. http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/14971336.html#next
ii. http://www.emirates247.com/islamic-fashion-on-monaco-s-ramps-1.277555

Sumber video pula di bawah..

i. http://naziehah.wordpress.com/2010/10/07/monte-carlo-islamic-fashion-festival/
ii. http://www.legendsmodelingagency.com/Legends_Modeling_Agency_Monaco/IFF_-_Movie.html
iii. http://www.youtube.com/watch?v=yE52iwr7UJw

Bukti apa yg bangkitkan di atas benar2 wujud di alam nyata, bukan edit, photoshop ataupun fitnah dari Pakatan Rakyat..

2. Dakwaan kononnya Rosmah tiada kaitan dengan IFF yang dianjurkan kali ini adalah tidak tepat, dan salah satu cubaan utk menyelamatkan diri..

Rosmah tetap merupakan PENAUNG utama IFF ini yang digelar sebagai 'Faunding Petron' walau program ini diadakan di mana2 sekalipun..ia tidak, dan belum 'berubah tangan'..buktinya..

"For One year, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor as the founding Patron, has helped establish the fashion festival as a landmark event in the history of global fashion"


Jelas, dari kenyataan di atas, beliau bukan sahaja bertindak sebagai penaung, tetapi juga sebagai orang yang bertanggungjawab tertubuhnya idea festival fesyen ini..

*Utk kefahaman lebih jelas tentang maksud 'penaung' ini, sila rujuk artikel penulis di SINI..dan fakta berkaitan IFF di SINI (mesti tengok)..

3. Sebagai 'orang penting' program ini, Rosmah diberi layanan istimewa di sana sehingga diberi keutamaan dalam menyampaikan ucapan dalam majlis sebeleum berlangsungnya acara 'menayang body'..ucapan beliau mendapat liputan media2 antarabangsa...boleh lihat antaranya di SINI..



Bukti pengaruh beliau begitu besar dan menonjol dalam FFI termasuk pada festival yg diadakan di luar negara!...x cukup bukti beliau sememangnya berkuasa?..lihat seterusnya...

4. Lagi bukti bahawa orang-orang 'kenamaan' dari Malaysia adalah antara majoriti yg terlibat dlm IFF ini..dan jangan terkejut anak Najib+Rosmah sendiri terlibat dlm IFF ini!...buktinya..



Sumber: http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=60&Itemid=75

5. Bukti Malaysia merupakan negara yang berperanan besar (paling menonjol berbanding lain2 negara penganjur) dalam festival ini dapat dilihat pada website rasmi IFF ini...

http://www.islamicfashionfestival.com.my/

Perkataan 'my' di atas menunjukkan IFF ini adalah berpangkalan di Malaysia, yg mana jelas ia dipolopori oleh Rosmah Mansor yg bertindak sebagai penaung..

Kerana itulah didahulukan perkataan 'KUALA LUMPUR' sebelum dituruti 'JAKARTA' dan 'MONTE CARLO'..

6. Kita lihat bagaimana Malaysia di beri tempat istimewa sehingga festival fesyen ini menampilkan pertunjukan pentas oleh penari dan penyanyi dari Malaysia, bukan Indonesia atau Carlo..so, negara manakah yg lebih menonjol? siapakah yg lebih berkuasa?
Bermula dengan pertunjukan kebudayaan Zapin Sarawak dan persembahan membanggakan dua penyanyi Malaysia, Syafinaz Selamat serta Datuk Shake yang kini kembali bermastautin di Perancis, paparan koleksi pereka IFF dengan penggunaan warna terang bersesuaian dengan cita rasa penduduk di selatan Perancis itu turut mencuri tumpuan. - Berita Harian
7. Fenomena mengkritik penganjuran festival kali ini yg jelas menghina Islam bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, bahkan 'pemerhati2' dari negara lain...mereka turut menyalahkan pihak penganjur sebagai pihak yg sepatutnya menggalas tanggungjawab apabila insiden ini berlaku...

Lihat contoh di sini, http://www.emirates247.com/islamic-fashion-on-monaco-s-ramps-1.277555

Apakah di sini, tiba2 kita 'tidak mahu' menyalahkan pihak penganjur dengan alasan mereka tiada kuasa, bukan berlaku di Malaysia maka tiada keperluan utk kita bersikap sensitif, terdapatnya wakil isteri Perdana Menteri kita yg 'kita sayangi' menyebabkan kita mengambil pendirian tidak mahu membantah??..sudah tentu tidak..

Memang jelas, pereka fesyen yang menyalahi Islam itu telah bertindak salah..namun apakah mereka shj perlu dipersalahkan, sedangkan pihak penganjurnya melepaskan tangan?..tidak mungkin sama sekali!...

8. Di sini, penulis juga ingin mempersoalkan, apakah kewajaran semua pereka2 fesyen dari Malaysia semuanya adalah dari kalangan non-muslim..
Melengkapkan IFF Monaco yang bertemakan The Beauty of Modesty, pereka Malaysia Melinda Looi, Michael Ong, Khoon Hooi, Variante dan Albert King, berkongsi pentas mempertontonkan rekaan kreatif diilhamkan daripada busana Muslimah menerusi tema Interpretations. - Berita Harian
Sebagai mewakili Malaysia, apakah Rosmah Mansor tidak tahu-menahu perkara ini? sudah tentu beliau tahu..namun apa tindakan beliau?..tiada...

9. Kita tidak membantah Festival pakaian Islam yg di adakan di tempat lain termasuk di Malaysia sebelum ini kerana ianya tidak keterlaluan dan hampir menepati ciri pemakaian Islam...bukti pembangkang tidak membantah membuta tuli, dan hanya membantah perkara yg jelas kesalahannya..(Mungkin kerana Rosmah Ketika itu tidak terlalu menonjol berbeza ketika beliau menjadi tetamu 'istimewa' di Carlo...)

Yang menjadi persoalan kini adalah apa yg berlaku di Carlo dimana Rosmah ketika itu masih memegang tittle 'penaung' IFF serta diberi penghormatan yg istimewa di sana...



Sila baca di sebelah, http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223

10. Adat kebiasaan...jika wujud kepincangan dan kelemahan dalam mana2 program, maka sudah tentulah pihak penganjur yang patut dahulunya dipersalahkan..dan di sini, kebetulan wakil dari negara kita turut terbabit, iaitu Rosmah Mansor, bukan sahaja sebagai penaung IFF, tetapi tetamu istimewa dlm festival itu..jadi, apakah salah jika orang ramai mengkritik penganjur termasuk Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah dan Penaung IFF, Rosmah Mansor??



Namun, mengikut faham penyokong Umno, Rosmah Mansor tidak boleh dipersalahkan, tidak boleh diusik, kononnya beliau tiada kuasa, tak tahu-menahu (atau tidak mahu ambil tahu?) tentang jenis fesyen dan pereka fesyen dan lain2 alasan...kalau ini benar, maka terbukti Rosmah telah lepas tangan...tujuannya rupanya hanya utk nama dan 'jenama', bukan penghayatan terhadap syiar islam sepertimana gahnya nama "Islamic Fasyion Festival"!...boleh baca di SINI (mesti baca)..

11. Utk yg terakhirnya...apakah semua di atas masih belum cukup utk menggambarkan 'kuasa' yg ada pada Malaysia, atau lebih tepat Rosmah Mansor?..apakah masih belum cukup menunjukkan Malaysia mempunyai peranan yg sangat besar walaupun diadakan di luar negara?..apakah masih belum cukup utk mengatakan Rosmah mesti bertanggungjawab terhadap insiden ini???...sila jawab penyokong tegar Rosmah Mansor!

Akhir kalam...bagi penyokong Umno yg masih terkial2 mencari alasan dan dalih utk mempertahankan Rosmah mansor, sila baca 'amanat' oleh blogger-blogger tegar umno pada link di sebelah, "Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno"...

Kalian juga diseru utk membaca pernyatan tegas oleh tokoh agama negara Dr MAZA di SINI, dan Ust Zaharudin di SINI...wallahua'lam..


p/s: Penulis akan kemaskini entry ini...

Artikel berkaitan (IFF):
- [Kemaskini] ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)
- Bukti 'Festival Fesyen Islam' hina Islam: Penaung FFI Rosmah Mansor harus bertanggungjawab!
- Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno
- Isu IFF: Penulis jawab ketua '40 ulamak muda' Umno...

Artikel berkaitan Rosmah Mansor:
- 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
- Koleksi entry berkiatan Rosmah Mansor yang mesti anda lihat

12 comments:

Cik Neutral said...

Terima Kasih banyak-banyak atas effort untuk menyatukan evidence. Tapi saya kira masih ramai lagi pro UMNO yang keras hati dan ego untuk tidak cuba mencari jawapan dan kepastian sendiri sebaliknya terus menyokong dan menyokong walaupun dengan hujah yang sangat-sangat dangkal. Paling tak boleh terima bila nak kaitkan dengan IFF di KL & Indon yang kononnya jauh lebih baik. Serius, saya tak faham apa motifnya. Pertikaian kita di sini ialah IFF di Monaco, bukan di KL atau di Indonesia. Walau di mana juga tempat berlangsungnya IFF, ia tetap IFF yang mana penaung, penasihat, style council masih juga orang yang sama.

Pelik juga bila penyokong tegar ini tak punya masalah pun dengan aurat yang terdedah2 malah rekaan menggunakan kalimah Muhamamad di majlis yang menggunakan nama Islam ini. Seolah menghalalkan yang haram pulak.

Btw, kalaupun sebenarnya individu2 kuat IFF termasuk RM tak bersalah atau terlepas lulus semua rekaan yang melampau itu, saya kira mereka tetap bersalah kerana diam membisu setelah melihat dengan mata kepala sendiri rekaan-rekaan yang terpesong dari ajaran Islam apatah lagi rekaan yang menghina Rasulullah s.a.w. Paling koman, kesalahan ini tetap atas bahu mereka. Noktah.

Anonymous said...

tahniah bro!

muse said...

good pria..

ISlam suruh sangka baik said...

yang kat kl masih ada gambar kontraversi lagi ker, apa mungkin diorang dah belajar dari kesalahan lalu sebab tujuan matlamat IFF ialah mendidik pereka mengenai fesyen Islam dan menterjemahkannya dalam budaya masing-masing. Apa mungkin diorang dah terdidik sebab tu kat KL takder fesyen yg kontraversi lagi.

eito said...

si dungu cuba menegakkan benang yang basah, tapi benang tak tegak kerana rambut rosmah terlalu berat..
tahniah krn berjaya menjawab semua yang disangkal oleh puak2 penyokong RM..
keep up your good work.

Anonymous said...

nice work pria malaya,,

ust Asri pun bantah kehadiran rosmah..umno masih nk tegak benang yg basah...

Usaha yang benar-benar terpuji said...

TAHNIAH bro diatas usaha membuktikan kontroversi ini bukan SATU FITNAH DARI PR.

Seihklas hati saya mengucapkan TAHNIAH.

normaPJ said...

semua maklumat ada kat blog ni...bagus2 pria...

puteri said...

salam. minta izin nak copy n paste :)

♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
"Ulama' atau ular dalam semak?"

Kama Irahsa said...

blogger pro PR pun sebenarnya dah bertukar nada. pada mulanya seperti 100% kesalahan diletakkan pada bahu rosmah. itu belum dicampur lagi pada mula isu ini dikeluarkan, tidak disebut pula IFF ini dianjurkan di monte carlo.

kita tak kata rosmah tak salah. sebab dalam suatu penganjuran, setiap yang terlibat mempunyai sumbangan masing2. tapi, meletakkan 100% kesalahan pada bahu rosmah adalah tidak munasabah. jika nak menuduh siapa yang salah, tentulah jawatankuasa penganjur (pengerusi, jawatan pemilihan busana) tentu lebih bersalah.

adakah kerana rosmah isteri PM, 100% kesalahan itu perlu diletakkan padanya? dah tentu kurang adil. melainkan di dalam tuduhan itu, terselit agenda untuk menjatuhkan imej najib sebagai suami rosmah.wallahualam.

Anonymous said...

nada penyokong umno je tetap sama..senyappp...sokong membuta tuli...

kalau x kerana PR, jangan harap penyokong umno nak ambil kisah..

Anonymous said...

http://www.freeimagehosting.net/uploads/a6962864b1.jpg

rupanya laki RM pun join gak...
so kita salahkan la laki dia sekali...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin