Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Friday, December 17, 2010

Berita malang buat Umno: "Tiada kes rasuah MB Kelantan" - SPRM



SPRM tutup kes terhadap Nik Aziz, menantu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail tiga kes membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman serta seorang timbalan menteri.

Timbalan Menteri terbabit ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong berhubung kedudukannya dalam sebuah syarikat.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, Pejabat Peguam Negara mendapati tiada kes untuk pertuduhan membabitkan Nik Aziz dan menantunya itu.


(Berita ini pastinya mengundang perasaan kecewa dan perit buat penyokong Umno khususnya blogger fanatiknya..)

Nik Aziz sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu, manakala Abdul Ariffahmi pula berhubung pelantikannya sebagai CEO PMBK.

“Peguam Negara mendapati tiada kes untuk disabitkan tuduhan terhadap Nik Aziz kerana beliau tidak pernah meminta untuk ditaja menunakan haji dan perjalanan menunaikan haji ke Makkah juga tidak dibuat.

“Peguam Negara juga mendapati pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO lebih bersifat penukaran nama jawatan dan Menteri Besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik mana-mana pegawai," katanya.

Beliau juga berkata, SPRM juga mendapati tiada kes membabitkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong daripada tuduhan berlaku percanggahan kepentingan dengan memegang jawatan dalam sebuah firma arkitek berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - BH

Artikel terdahulu:
- SYABAS kerajaan PAS Kelantan: "Penjawat awam Kelantan bersih rasuah" - SPRM

0 comments:

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin