
Oleh: Pria Malaya
Sebelum ini beberapa aktivis dan persatuan pelajar antaranya Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) dan lain2 telah menyatakan kesedian untuk turun bersama rakyat selangor bersama kepimpinan kerajaan negeri Selangor..
Hari ini Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula turut menyatakan persediannya untuk sama-sama turun di bandar raya Kuala Lumpur esok untuk menyatakan hak dan suara mereka..
Ayuh, anak muda..jika pihak pro-Umno boleh dan di'halal'kan berdemo dan berarak semalam (Jumaat petang), kita buktikan kita juga berhak berdemo Ahad ini..ayuh raikan pesta demokrasi secara sah menurut perlembagaan...kita jumpa di sana!
BERITA 1 - Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Kenyataan Media
Mahasiswa Menyokong Usaha Menjaga Kebajikan Rakyat
04 Disember 2010 (Sabtu)
UNTUK EDARAN SEGERA
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Seluruh mahasiswa akan bersama mempertahankan hak-hak rakyat dan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat. Langkah Kerajaan Selangor dalam member 20 m air percuma kepada rakyat negeri Selangor adalah salah satu usaha murni yang sewajarnye diikuti oleh semua kerjaan negeri yang lain.
Dalam keadaan harga barang, minyak semakin hari semakin meningkat, sudah tentu taraf keperluan rakyat semakin meningkat dan langkah memberikan air percuma sedikit sebanyak dapat meringankan beban tanggungan rakyat Selangor khususnya.
Tetapi, amat malang SYABAS seboleh mungkin terus-terusan ingin menaikkan kadar tariff air yang sekaligus membebankan rakyat Selangor. SYABAS adalah syarikat kerajaan negeri tetapi tidak menjalankan dasar-dasar kerajaan negeri.
Oleh itu, saya selaku Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa dan menyeru mahasiswa Selangor terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan hak rakyat untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertuan Agung esok.
Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada Kerajaan bahawa mahasiswa akan mempertahankan hak-hak rakyat dan mengutuk keras tindakan mana-mana pihak yang membebankan rakyat secara terus-terusan.
Di peringkat mahasiswa, saya mengharapkan seluruh mahasiswa bergabung bersama dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMASIS) yang diketuai oleh Saudara Izzudin Hilmi dan beberapa gerakan mahasiswa yang lain.
MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN
SETIAUSAHA GERAKAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
BERITA 2 - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Menurut kenyataan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Ahmad Syazwan berkata,”Kami tetap akan menghantar jentera mahasiswa seramai mungkin untuk sama-sama membantah kenaikan barang dan juga kenaikan tarif air.”
“Kami tidak sama dengan penganjur yang asal, kami akan membantah 2+1 (bantah harga barang naik dan tarif air), cumanya kami di tempat yang sama kerana matlamat yang sama (serah memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong).”
Tambahnya,”Kami tetap akan teruskan himpunan ini walaupun ada ancaman daripada pihak polis yang menyatakan haram, ini hak rakyat, semakin dicabar semakin ramai la yang tidak puas hati, jadi semakin ramai la yang akan turun esok.”
Mahasiswa Cadang Himpunan Aman 2+1
Berikutan kerajaan menetapkan harga baru barangan tempatan seperti minyak, gula dan gas mulai esok (4 Disember 2010), mahasiswa Universiti Malaya mencadangkan agar himpunan 5 Disember ini (Ahad) diselaraskan Himpunan Aman 2+1.
Menurut YDP PMIUM, Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, ada beberapa mahasiswa mencadangkan agar penganjur ‘menambah’ satu lagi bantahan dalam himpunan aman itu.
‘Tambahan’ yang dimaksudkan adalah menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong membantah kenaikan harga barang yang dinaikkan oleh kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Sumber hari ini memaklumkan kerajaan telah menaikkan beberapa harga barang mulai tengah malam ini (12:01 pagi Sabtu).
Antaranya harga minyak Petrol RON 95 yang dinaikkan sebanyak RM 0.05 sen kepada RM 1.95 seliter, harga GAS LPG dinaikkan sebanyak RM 0.05 kepada RM 1.90.
Manakala harga gula pula dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM 2.10 sekilogram dan harga minyak diesel dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM 1.80 mulai esok (Sabtu).
1 Disember lalu, kerajaan mengumumkan telah menaikkan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 seliter.
“Ada sahabat mahasiswa mencadangkan kepada saya, himpunan aman nanti patut ‘ditambah satu’ lagi, bantah kenaikkan harga barang. Menurutnya lagi, kos sara sekarang memang sudah tinggi, jadi semakin tinggi la selepas ni kalau dinaikkan lagi.”, ujarnya.
Tambah Ahmad Syazwan yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS), “Sepatutnya kita sebagai sedar tentang kepentingan menyuarakan pendapat, jangan hanya simpan dalam hati sekiranya ada perkara yang kurang berpuas hati.”
“Saya bersetuju andai himpunan aman itu nanti ditambah lagi satu bantahan walaupun polis kata haram himpunan aman itu. Kita bantah tarif air, campur bantah harga barang naik.”
Kerajaan Selangor sebelum ini menyatakan persepakatan untuk membantah tindakan Syarikat Air Selangor (SYABAS) yang mencadangkan untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 % walaupun kerajaan negeri sudah memberikan 20 liter air percuma kepada rakyat.
Himpunan aman membantah tindakan SYABAS itu dikhabarkan akan diadakan pada pukul 12 tengahari 5 Disember ini (Sabtu) di Istana Negara. – UMtoday.
Artikel berkaitan:
- Demo bantah SYABAS Ahad ini : Ayuh anak muda sertai demo rakyat!
- Mereka sudah berdemontrasi....pastikan Ahad ini kita merahkah KUALA LUMPUR!!!
AKU BACA PUN TERKEJUT, KALAU ORANG UMNO BACA LAGILAH TERKEJUT ( GAMBAR )
-
[image:
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/560134_425386277491815_100000613380318_1323300_1380257436_n.jpg]
Kalau beginilah gayanya meman...
1 hour ago









0 comments:
Post a Comment