Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Sunday, December 19, 2010

EKSKLUSIF: Gambar KM Serawak, Taib Mahmud kahwin gadis Lubnan berumur 28 tahun..



Oleh: Pria Malaya

'Besar sungguh' selera KM Serawak kita ni ya...sudah la orang pilihannya nun dari negara Lubnan, muda remaja plak tu, bekas pramugari katakan..;)

Utk makluman, isteri Taib sebelum ini, iaitu Allahyarhamah Puan Sri Laila telah meninggal dunia akibat kanser pada bulan April tahun 2009..beliau berasal dan berketurunan Poland..Taib telah mengahwininya ketika di Adelaide, Australia pada 13 Januari 1959..



Bicara mengenai bekas isteri Taib, teringat penulis dgn kata-kata Taib Mahmud apabila ditanya samada beliau akan berkahwin lagi selepas kematian isterinya itu..katanya:

"I am already 74. It's too old for me to get a new partner now." (Usia saya sudah mencecah 74 tahun. Terlalu tua untuk saya mendapat pasangan baru.)...
Apa pun, Alhamdulillah...kerja jodoh semua ditangan tuhan..tak salah berkahwin dgn pilihan hati, Islam tak melarang bahkan digalakkan berkahwin asalkan mengikut kehendak agama dan bukan melalui 'bomoh'..

Cuma, bolehlah nnt Taib Mahmud tarbiah isterinya itu agar mengikut hukum Islam dgn menutup aurat, lagi comel apabila dipandang..;)

Pada KM Taib Mahmud, selamat pengantin baru penulis ucapkan, semoga kekal sehingga ke akhir hayat..wallahua'lam..












Tan Sri Abdul Taib Mahmud kahwin wanita Lubnan

KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan gadis Lubnan berusia 28 tahun di Kuching , malam tadi.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.

“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.

Artikel berkaitan:
- [Kemaskini] Bung Mokhtar & Zizie Ezette 'berbulan madu' di nite club?...

9 comments:

Anonymous said...

slamat kawin taib.... ada harapan aku dapat janda muda. orangtua ni kalau kena kemut arab tu mau kiok cepat!!

JuTmnMatang said...

kah kah kah!
kahwin dgn bosnia habis tanah @ balak Sarawak di rembat si Taib maharaja brooke moden Sarawak.
kahwin dgn Lubnan adalah salah satu cara harta Taib akan habi dirembat si Arab lubnan ni.
Dunia ini bagaikan roda, berpusing-pusing .... tak percaya tengok ... perempaun mana sebenarnya igin kepada orang tua hampir nyanyok berumar 74 tahun, kecuali kerana inginkan harta yg dimiliki.
Semua ini jalan yg akan membawa si Taib hampir setapak ke kubur .......
Bini kau yang telah mati sedang tunggu di pintu kubur ....

Ayid said...

Sah! Pengantin Politik Polular yang dipegang Bung bersama Zizie selama ini akan bertukar tangan kepada Taib Mahmud. Amacam Bung! berilah peluang pada Taib merasa pula, tak gitu!

Anonymous said...

Hei PARIA MALAYA, Laila bukan asal Australia la, bagi malu je hang ni. Nampak sangat tak sekolah, sebab kurang buat penyelidikan. Tu sebab orang tak pecaya kpd blogger kiporewt macam hang ni. Hang kaji lagi dari mana asal Laila tu. Jangan memalukan diri sendirik lah baghal.

shah said...

Hai taib....
larat ke nak kayuh tu?
Sapu gambir satu lori pun belum tentu lepas...8). Nafsu je besar tapi hakikatnya tak mampu...

Anonymous said...

ops....if i not mistaken,klu saye masih tak buta huruf,penulis takde plak tulis si laila tuh asal australia..tulisan nye memberitahu mereka berkahwin di sana...tibe2 hang kate si penulis nih gtau si lailan asal australia nih pesal lak?kesian....buta huruf ke?

Anonymous said...

"Utk makluman, isteri Taib sebelum ini, iaitu Allahyarhamah Puan Sri Laila telah meninggal dunia akibat kanser pada bulan April tahun 2009..beliau berasal dan berketurunan POLAND..Taib telah mengahwininya ketika di Adelaide, Australia pada 13 Januari 1959.."


sape yg bghal sekarng ni?by the way..congrat si taib mahmud..hhehe

moonflags said...

dan jangan cuba bayangkan apa yg terjadi malam itu....barakallah ya akhi....

PutraRocker said...

politik kotor malaysia..hahahah

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin