Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Saturday, December 4, 2010

HANGAT: Kerajaan Pulau Pinang beri bantuan RM800..penyokong Umno negeri tolak sebab haram?



Oleh: Pria Malaya

Sebelum ini heboh di blog2 dan media pro Umno tentang isu sumber bantuan kerajaan negeri Pulau Pinang haram..mereka inilah yang menghasut rakyat supaya memulangkan wang sumbangan kerajaan negeri kononnya dari sumber judi dan lain2...

So, rasa2 mereka ini terima tak bantuan RM800 utk kakitangan kerajaan di PP ni? mereka bantah tak atas alasan wang judi dan lain2??..Kalau dorang terima, betullah dorang tu hipokrit dan dasar tak sedar diri!..

Pada rakyat Pulau Pinang yg tak mudah terhasut dgn dakyah Umno, sesungguh2nya kalian beruntung dan bertuah..sudahlah bonus hari raya RM500 September lepas, ditambah pula dgn RM 800 bonus akhir tahun sebagai tanda penghargaan dari kerajaan negeri..

Akhir kalam..kita tunggu sama ada kerajaan Najib-Rosmah 'berani' tiru atau tidak langkah kerajaan PR Pulau Pinang ini seperti sebelum ini..nantikan..wallahua'lam...


Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat durian runtuh

Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.


(Walaupun Umno sering menfitnah, KM Lim Guan Eng terus mendapat sokong dari orang Melayu PP..)

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.

Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.

1 comments:

pakwe said...

guan eng makan pakai tangan..kalah aku..ahahahahaha

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin