Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Sunday, December 26, 2010

HASAD: Gambar MB Kedah diharamkan digantung di sekolah-sekolah kerajaan!



Oleh: Pria Malaya

Selangor haram logo 1Malaysia Najib-Rosmah, kerajaan pusat kecoh, blogger Umno 'merusuh'..sekolah bawah kementerian kerajaan pusat haram gambar Menteri Besar Kedah di sekolah-sekolah, kerajaan pusat senyap menikus..

Sedangkan MB Azizan adalah ketua kerajaan negeri yang sah utk seluruh rakyat Kedah yang dilantik oleh tuanku sultan Kedah sendiri..jadi, dimanakah salahnya?..apakah Umno mesti terus dengan mempolitikkan setiap perkara?..

Cuba anda bayangkan, jika hal sekecil ini pun boleh dilarang dan dihalang dgn kuasa yg mereka miliki, bagaimana dengan peruntukan2, sumbangan2 dan lain2 agihan dana negara utk negeri Pakatan Rakyat..sudah pasti sekatan demi sekatan terpaksa dilalui oleh kerajaan yg ditadbir oleh kerajaan PR..

Diskriminasi ini telah terbukti dan dahulunya dilalui oleh kerajaan negeri Kelantan sejak belasan tahun yang lalu..fikir2kan...wallahua'lam..


Sekolah larang gambar Azizan

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


(Gambar hiasan: MB Kedah, Ust Azizan langsung tidak memilih bulu ketika menyampaikan apa2 sumbangan/pengiktirafan..tetapi Umno begitu kuat sifat hasadnya sehingga soal gambar MB Kedah pun turut dipolitikkan (dinafikan haknya)..)

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah. Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. - HD

p/s: Selepas ini, pendedahan tentang bekas MB Kedah yg panas....

0 comments:

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin