Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Sunday, December 5, 2010

Kenapa demo rakyat 5 Disember dianggap berjaya?



Oleh: Pria Malaya

1. Pertama kalinya, tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor atas kejayaan menyampaikan memorandum kepada pihak istana...inilah tujuan dan matlamat yang sebenar..

2. Terima kasih juga diucapkan kepada wakil istana yang menyambut baik memorandum yang disampaikan..




3. Kandungan penuh memorandum yang disampaikan boleh dirujuk di SINI..

4. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada seluruh hadirin dan peserta demo rakyat 'kembalikan hak air' yang turut serta bersama kerajaan negeri!..(gambar dan video perhimpunan sila rujuk di SINI..)

'Perhimpunan peringkat negeri'

5. Kehadiran lebih kurang 10,000 dalam satu perhimpunan 'peringkat negeri' adalah suatu yang amat membanggakan!..tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendesak supaya pihak SYABAS (dan berkaitan) mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor..




6. Maka sudah pastilah majoriti peserta yang hadir adalah terdiri dari rakyat Selangor yang semestinya terkesan dengan 'muslihat' Syarikat Air Selangor (SYABAS)..termasuklah dari kumpulan ini adalah dari golongan mahasiswa2 dan pekerja luar Selangor yg bekerja dan menetap di Selangor..

6. Perhimpunan kali ini berbeza dengan perhimpunan 'mega' rakyat sebelum2 ini yang biasanya dibuat pada peringkat Nasional, seperti perhimpunan BERSIH, Anti-ISA, Anti-PPSMI, perhimpunan bantah TOL, bantah minyak naik dan lain2..

'Lokasi tunggal'

7. Kerana itulah perhimpunan kali ini hanya menumpukan kepada satu lokasi (tempat berkumpul) iaitu di Masjid Negara memandangkan ianya adalah perhimpunan peringkat negeri, tidak seperti demo atau perhimpunan peringkat nasional sebelum2 ini yang biasanya melibatkan 3 atau 4 lokasi berkumpul (sbg strategi)..






8. Ini sekaligus memudahkan pihak polis dan FRU membuat sekatan bagi menghalang orang ramai dari memasuki kawasan terbabit...dilaporkan banyak sekatan2 jalan raya menghala ke Masjid Negara..mereka yang disyaki akan terlibat dgn demo ini akan ditahan atau diarah untuk mengubah laluan...

9. Selain itu, lokasi tunggal yg ditetapkan penganjur menyebabkan ribuan hadirin 'terperangkap' di dalam satu kawasan...kesannya, pihak polis berjaya memecahkan kumpulan besar peserta kepada kumpulan2 yang kecil apabila mereka mula berarak keluar dari Masjid Negara...












10. Tembakan gas pemedih mata dan water cannon secara berterusan sehingga setengah jam lamanya ternyata telah memecahkan kumpulan besar orang ramai menyebabkan hadirin bertebaran di merata2 tempat..kerana itu gambar dalam posisi menarik iaitu ketika rakyat sedang berarak secara beramai2 gagal dirakamkan...

Pihak polis dianggarkan berjumlah lebih 300 berjaya memecahkan kelompok besar mereka tidak sampai 5 minit berarak selepas mereka keluar dari Majis Negara..




Matlamat tercapai!

11. Apa pun, perhimpunan hari ini dianggap berjaya mencapai matlamatnya apabila berjaya menghimpunan ribuan rakyat Selangor (termasuk yg terkesan dengan air Selangor) untuk bersama2 MB Selangor menyerahkan memo kpd pihak istana...




12. Itu belum lagi kehadiran ketua dan pemimpin2 utama PAS, PKR dan DAP (Pakatan Rakyat)..itu belum lagi dikerahkan kehadiran rakyat dari seluruh negara seperti lazim perhimpunan rakyat sebelum ini...namun, kempen yang tidak sampai 2 minggu ternyata mampu menggerakkan ribuan warga Selangor dan rakyat prihatin pada perhimpunan kali ini...

13. Kehadiran sebahagian kecil pemimpin2 kanan Pakatan Rakyat (luar Selangor) adalah tanda solidariti dan cakna mereka terhadap kerajaan negeri Selangor yg ditadbir Pakatan Rakyat...kesatuan yang dipamerkan menunjukkan setiap pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa saling membantu di atas semangat setiakawan..Syabas diucapakan kepada wakil pemimpin2 ini...

Apa khabar demo GAPS (pro-Umno)?

14. Sementara di satu lokasi yang lain, iaitu di Stadium Merdeka, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor, GAPS (ada juga yg menggelarkan mereka sebagai Gabungan Anak Pondan Selangor) telah awal2 lagi mengangkat 'bendera putih' walaupun beberapa hari sebelum itu berlagak di media2 kononnya mampu menghimpunan ribuan penyokong...






15. Dilaporkan mereka hanya mampu mengumpulkan puluhan orang sahaja walaupun blog2 otai Umno sejak dari beberapa hari lalu bertungkus lumus berkempen di dalam blog2 dan facebook mereka supaya rakyat Selangor turun sebagai tanda sokongan kepada GAPS..namun ternyata mereka gagal-segagalnya..

16. Dua hari sebelum itu, iaitu Jumaat petang 3 Disember, mereka telah mengadakan demontrasi dan berarak di jalanan secara beramai2 sehingga berjaya menghantar memorandum kepada pihak istana..boleh lihat artikel penulis terdahulu di SINI..

Bukti GAPS turut berdemo dan berarak secara haram tanpa permit polis boleh rujuk dllm blog2 pro-Umno di SINI, di SINI, dan di SINI...








17. Lihatlah, dua suasana demo yang berbeza...satu demo (pro-Umno) mendapat layanan yang baik dari polis walaupun mereka berarak beramai2 di tengah2 jalan...satu lagi kumpulan (pro-PR) dilayan dengan gas pemedih mata dan water cannon walaupun ianya berlangsung secara aman, dan diberi jaminan sendiri oleh kerajaan negeri...

Demo bantah "BN" (Barang Naik)

18. Untuk yang terakhirnya..penulis menyeru pemimpin PR supaya memikirkan utk mengadakan satu siri demo besar membantah kenaikan harga minyak dan barangan yang lain sebelum Mac tahun depan (tarikh kemungkinan PRU diadakan)...

19. Selain mengunjuk rasa menzahirkan perasaan tidak senang dengan kenaikan harga2 barangan, termasuk minyak RON95 yang awalnya dijanjikan tidak dinaikkan tahun ini, perhimpunan peringkat nasional ini juga sebagai menjawab tohmahan segelintir penyokong Umno bhw demo rakyat anjuran PR kini semakin tidak mendapat sokongan rakyat...(penyokong Umno berani cabar tak kali ni??..)

20. Akhiru kalam, tahniah sekali lagi kerajaan negeri Selangor yg bersungguh2 mempertahankan hak rakyat mereka..syabas juga kepada peserta2 yg berani turun sehingga ada yg dikasari, ditangkap, disembur gas dan lain2..kamulah hero dan pejuang rakyat!..semoga rakyat Selangor sejahtera dibawah pimpinan kerajaan negeri PR dan tuanku Sultan Selangor....wallahua'lam...


p/s: Gambar dan video perhimpunan rakyat boleh dirujuk pada artikel penulis di bawah:
- [Kemaskini] Laporan berGAMBAR sekitar demontrasi rakyat bantah SYABAS!..(video inside)

11 comments:

Anonymous said...

tahniah bro teruskan perjuangan

kerispuaka said...

tahniah kepada peserta perhimpunan..
teruskan perjuangan menentang kezaliman..

Pak Tam said...

Ya teruskan perjuangan bodoh anda semua...demokrasi ala Pakatan Tipu Rakyat. Khalid Gagap, pemimpin No1 Selangor sebagai pemerintah masih berfikiran pembangkang.

phfi said...

Tahniah Semua,

Kita fokus kembali kpd perjuangan asal reformasi utk menjatuhkan Umno, kurafat terbesar org Melayu hari ini. Bimbing kebangkitan anak muda sbg pewaris reformasi kita.

Anonymous said...

tahniah bro...
gua rasa rugi sangat tak dapat join...
takpa kali ni demo BERSIH gua pasti akan datang...
hebahkan bila tarikh demo...
gua nak beli tiket awal2..

PERSATUAN ANAK MUDA REFORMASI
TAWAU,SEMPORNA,LAHADDATU, SANDAKAN, KUNAK, KOTA BELUD, KENNGU, TENOM, KK.

Kamal Sanusi said...

Biarlah dikatakan perjuangan bodoh tapi hakikatnya kita berusaha walaupun hanya Dia yang menentukannya.

Kalaulah ditakdirkan berjaya mendapat perhatian Tunku Mizan, ditakdirkan harga air tak jadi naik, org yg mengatakan ini perjuangan bodoh jugak yg turut menikmatinya melainkan dia bayar rate lain lor...

Aku cabar penjawat awam yg berkenaan di Penang agar mengembalikan semula wang RM800/= kerana dikhuatiri dtg dari sumber yg tidak halal....



Wakakakakakakaka.........

mohd hafiz said...

sedap bahasa pak tam..
bodoh2 pun ada maruah tau..dari duk menikus mengangguk mengiya..last2 diri sengsara..org tua2 ada cakap..cakap pandaila..buat tengok!!!

p/s:aku paling geli bab ketuanan melayu umno lu orang..apa bukti perjuangannya..melayu merempit,hisap dadah,berzina,buang anak,minum arak dan sebagainya yg dilaknat tuhan..lu pikir la sendiri..

aku said...

Jangan biarkan minda anda dijajah media arus perdana.

Fikirlah dengan waras. Asyik2 penang dan selangor je yang salah.

Negeri BN macam malaikat.

Teruskan perjuangan anda.

Anonymous said...

SAYA BENCI UMNO BELIA BENCI BN RAKYAT SOKONG PAKATAN MENENTANG KE...KRONI....AN DALAM BARISAN....BUDAK SENTUL

Azam said...

Pak Tam yg lebih lembab dari siput...

Anonymous said...

Pak Tak Lembu BN.

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin