Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Wednesday, December 8, 2010

Hasil JUDI bertambah: "Kerajaan digesa asingkan sumber 'haram' dalam akaun berasingan" - DAP



Oleh: Pria Malaya



Tahniah DAP! Syabas Pakatan Rakyat!!..ternyata Pakatan Rakyat prihatin terhadap isu Integriti dan moral yang melanda negara kita..inilah yang kita mahukan!!

Dalam video di atas, YB Chong jen Chieng (DAP-Bandar Kuching) telah mendedahkan bahawa pendapatan kerajaan dari cukai judi semakin bertambah setiap tahun, dan beliau seterusnya menggesa kerajaan supaya mengasingkan sumber 'haram' ini dalam akaun yg berasingan..

Sumber halal dan haram bercampur

Sebelum ini penulis ada mengulas laporan terbaru dari parlimen mengenai dana judi yang bercampur dengan sumber yg halal..ianya telah disahkan oleh menteri bertanggungjawab...kalian boleh rujuk pada tajuk, "TERBARU: Kerajaan Najib-Rosmah akui dana negara bercampur dengan sumber JUDI!"...



Ternyata sebuah parti non-muslim yang sering diserang dan difitnah media Umno, lebih terkehadapan dari parti melayu/Islam Umno dalam isu judi dan sumber haram ini..sungguh memalukan parti yang kononnya memperjuangkan KETUANAN MELAYU!!..

DAP dan PR konsisten

Sudah banyak contoh sebelum2 ini, dimana parti DAP dengan tegas menyeru kerajaan memngurangkan kegiatan dan aktiviti perjudian negara dgn alasan ia adalah amalan tidak sihat yg boleh menimbulkan gejala2 negatif..antara contoh terbaru adalah seperi di bawah..


1. DAP bantah lesen judi sukan Piala Dunia 2010



2. DAP bantah hasrat sekutu Umno (MCA) beli firma judi



3. DAP gesa kerajaan Umno kurangkan lesen2 judi



Dan banyak lagi..inilah hasil muafakat dan kerjasama 'tahalluf siasi' PAS bersama rakan bukan Islam, DAP dan sebahagian dalam PKR...

Penulis petik kata-kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen mengulas kesungguhan pemimpin DAP membantah kegiatan judi, katanya:

"Kesungguhan pemimpin DAP mendesak Kerajaan untuk mengurangkan lesen judi dan hari perjudian menunjukan bahawa kerjasama PAS dan DAP bersama PKR dalam Pakatan bukannya kerjasama yang sia-sia.

Umno sering menyebarkan pembohongan bahawa PAS tidak mampu untuk mendaulatkan Islam kalau berkawan dengan DAP. Tetapi apa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini adalah bukti terbaru, bagaimana DAP membuka mata dan duduk bersama PAS untuk menentang Judi yang diharamkan Islam walaupun dihalalkan oleh Umno.

Umno yang memerintah selama 12 penggal kini terdesak untuk menambahkan pengeluaran lesen judi bagi menampung kos perbelanjaan pengurusan Kerajaan, walhal banyak lagi sumber lain yang boleh diperolehi dan dimajukan bagi mendatangkan hasil kepada negara."
Terdahulu, sekitar bulan Mac yg lalu, YB Lok Siew Fook dalam temuramah bersama Harakah berkata:
“Kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan akan meminta tandatangan semua ahli parlimen dan kita harap ahli parlimen Umno yang memperjuangkan agama, bangsa, dan negara akan menyokong memorandum bagi mengurangkan perjudian di negara kita.

“Pakatan Rakyat berpendapat kerajaan tidak sepatutnya menambah hari cabutan khas ini kerana ini menyebabkan masyarakat kita lebih banyak mengeluarkan wang untuk dipertaruhkan dalam perjudian dan memberi impak kepada masalah sosial yang semakin meningkat hari ini.

“Pakatan Rakyat mahu kerajaan menghapuskan kesemua cabutan khas ini dan. Kita juga berpandangan kerajaan seharusnya mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu,” katanya.
Tahniah sekali lagi buat ahli2 parlimen DAP yg tegas memperjuangkan isu ini..kalian adalah lebih bermaruah dari sebilangan pemimpin Islam yg terdapat di dalam Umno...

Untuk yg terakhirnya, penulis ingin menyoal penyokong2 parti 'ketuanan Melayu', apa reaksi kalian? apakah kalian akan mendesak Najib mengasingkan dana halal dan haram? apakah kalian akan berdemontrasi selepas ini?apakah kalian akan memulangkan kembali wang dan gaji yang diberikan oleh kerajaan kerana ianya haram?..fikirk2kan ..


Artikel berkaitan:
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
- Jawapan KM Lim Guang Eng mengenai isu sumbangan judi Pulau Pinang yang gagal disangkal penyokong Umno..
- Koleksi wakil rakyat PR santuni dan hormati kesucian Islam

0 comments:

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin