Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Thursday, December 23, 2010

Ketua Wanita Umno langgar garis panduan JAKIM: Apa reaksi penyokong Umno?



OLeh: Pria Malaya

Kalau berlaku pada PAS, laju je puak2 Umno blame dan hebohkan dlm media..kalau berlaku pada pemimpin dorang sendiri..senyap menikus...hipokrit sungguh..

Baca artikel blogger 'manjungmari' dibawah...wallahua'lam..


Apa Kata UMNO !! Ketua Wanita Berpakaian Santa Claus...

MasyaAllah...

Apakah yang akan terjadi kepada umat Melayu UMNO ni... semakin hari semakin karut-marut...

Ulama Muda Ustaz Fathul Bari, tolonglah..... Brig.Jen (B) Jamil Khair tolong..., Tan Sri Harussani tolonglah. Kalau Tok Guru Nik Aziz yang cakap hangpa nanti itu fatwa kepentingan Politik sempit.......

Silalah baca kenyataan dari web Jakim.... Bukan Laman web PAS.... kalau PAS nanti hangpa kata kepentingan politik...

4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
Baca sepenuhnya Di: islam.gov.my/

Sementara Berita Harian melaporkan....

Haram pakai baju samai Santa Claus
2010/12/24

JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.

Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya. - Berita Harian

1 comments:

Anonymous said...

Terbatalnya akidah orang islam itu dengan 3 perkra
1. niatnya
2. Perbuatannya
3. Pecakapannya

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin