Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Friday, December 10, 2010

Lagi RAKYAT didahulukan: Tarif elektrik pula bakal dinaikkan!



Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.


(Sekadar gambar hiasan: Mahasiswa Indonesia mengadakan protes tanda bantahan tarif elektrik di nagara terbabit pada awal Jun yang lalu..apakah rakyat Malaysia berani seperti mereka?..)

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.

Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat. - BERNAMA

Berita terdahulu...

TNB Mahu Kerajaan Semak Semula Tarif Gas Untuk Tangani Ebbas Harga Arang Batu Yang Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan meminta kerajaan menyemak semula tarif gas asli jika harga arang batu meningkat ketara dan menyebabkan beban kewangan.


(Kemenangan selesa Umno pada 2 PRK yg lalu diambil kesempatan oleh Umno utk membalas undi mereka dengan menaikkan harga barang..bagaimana jika mereka menang selepas PRU ke-13 kelak?..)

Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata syarikat akan meminta semakan semula memandangkan tidak ada cara ia dapat menyerap kenaikan harga arang batu.

"Pada puratanya harga arang batu meningkat kepada lebih AS$110 (AS$1=RM3.10) satu tan dan ini pastinya akan menjejaskan hasil kami," katanya pada taklimat media di sini Khamis.

Che Khalib berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk menangguhkan kenaikan tarif bekalan elektrik.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd, institut latihannya dan Tyco Electronics Energy Division, di sini hari ini.

Menurutnya kerajaan kebiasaannya menyemak tarif gas pada Januari dan Julai.

"Saya tidak tahu apa yang akan diputuskan oleh kerajaan. Pada dasarnya, sesuatu perlu dilakukan bersabit harga gas kerana ia terlalu rendah.

"Harga semasa pada RM10.70 mmBTU adalah terlalu rendah berbanding harga pasaran sebanyak RM30 mmBTU," katanya.

Mengenai prospeks pendapatan bagi 2011, beliau berkata: "Kami harap dapat mengekalkan keputusan 2010," katanya.

Keuntungan bersih TNB sebelum keuntungan tukaran mata wang asing bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2010, meningkat 22.6 peratus kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM30.32 bilion berbanding RM28.785 bilion sebelumnya.

Che Khalib sebelum itu berkata MoU itu akan menawarkan TNB ILSAS dengan peluang untuk meningkatkan pertumbuhan, meningkatkan pendedahan serantau dan memperbaiki penebusan dalam pasaran Asia dan antarabangsa.

"Kerjasama teknikal ini akan memacu TNB ILSAS sebagai Pusat Kecemerlangan untuk Latihan di Asia," katanya.

Pengarah Urusan Tyco Electronics Energy Division Asia Bastian Willenbuecher berkata usaha sama itu akan menjadi platform untuk syarikat menyumbang dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan industri tenaga elektrik. - BERNAMA

Artikel berkaitan:
- BN=Beban Negara: Harga RON95, Diesel, gula & gas naik lagi, BN menipu rakyat!
- Naikkan harga minyak: Bukti kerajaan Umno di bawah Najib menipu rakyat!

0 comments:

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin