Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Monday, December 6, 2010

"Mahasiswa boleh serta demontrasi yg dianjurkan kerajaan negeri" - Ketua Jabatan Pengajian Tinggi..



Tindakan Unisel benarkan penuntut berdemonstrasi diteliti

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Radin Umar Radin Sohadi berkata, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) melarang mahasiswa menyertai sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh parti politik.

Namun jelasnya, golongan mahasiswa boleh menyertai sesuatu demonstrasi sekiranya ia dianjurkan oleh sesebuah kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat.

"Buat masa ini, kita masih lagi belum tahu perinciannya (pembabitan pelajar Unisel) dan kita akan sandarkan perkara itu sama ada ia selaras atau bercanggah dengan Akta 555.

"Antara perkara yang akan diperhatikan adakah sepanduk parti politik dibawa (dalam demonstrasi) dan sebagainya. Dalam konteks ini kita ada kerajaan negeri di pihak Barisan Nasional (BN) dan pembangkang," katanya.

Radin Umar mengulas tindakan Naib Canselor Unisel, Prof. Datuk Dr. Rosti Saruwono membenarkan para penuntutnya menyertai demonstrasi itu seperti dipetik daripada laporan portal propembangkang, Malaysiakini kelmarin. - Utusan Malaysia

p/s: Lagi gambar dan video 'demo air' oleh mahasiswa2 dari lensa kamera minaq jinggo...





















VIDEO: Mahasiswa UNISEL - demo bantah kenaikan tarif air SYABAS



Artikel berkaitan:
1. [Kemaskini] VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3..
2. PANAS: Kelab Umno luar negara puji pemimpin PR dan Anwar, hentam pemimpin Umno!
3. Koleksi bergambar (bukti), Umno politikkan mahasiswa dan IPT!!
4. 'Halal' bagi Umno, 'Haram' bagi PR: Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno..(video inside)

1 comments:

otaklunyai said...

kat malaysia ni kalau lawan apa pun tak pa, nak lawan hukum Allah ke nak lawan Islam ke nak lawan Al-Quran dan Hadith ke tak kan jadi salah pun. yang jadi satu kesalahan besar adalah jika lawan kebejatan umgok dan kerajaan. pasti akan diambil tindakan. malaysia bollleh

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin