Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Wednesday, December 8, 2010

PANAS: Fitnah Tok Guru tenat, terbukti blogger Umno terdesak dan biadap!

Oleh: Pria Malaya

Dah berbuih mulut bercakap pasal FITNAH oleh penyokong Umno...selepas satu persatu berita berunsur fitnah direka dan dijaja...peliknya, ramai juga penyokong taksub Umno yang lain percaya...dah nama penyokong taksub+jumud..

Kali ini, blog2 pro-Umno menjaja pula fitnah tok guru sakit tenat..





(Antara portal dan blog Umno yg menyebarkan fitnah...)

Mungkin dah kemaruk (biasa) sangat dengan cerita fitnah, sampai Tok Guru sakit pinggang pun dikatakan Tok Guru nazak...

Tak cukup dengan itu dilontanya kata2 keji supaya cepat mati dan sebagainya..ini cara 'ketuanan melayu' ajar?..sebelum ini punyalah tunjuk 'alim..




Peliknya, dalam blog2 pro-Umno duk sibuk dengan berita fitnah tok guru sakit, tiba2 sebuah blog Umno, Ruang Bicara Faisal pula menjaja fitnah dalam bentuk yg lain..kali ini, difitnahnya Tok Guru berlakon sakit...


(Fitnah bertali arus dikalangan blog2 pro Umno..mungkin utk mengejar ranking blog..)

Ya Allah..apa nk jadi dengan penyokong 'ketuanan melayu' dlm Umno..ini ke cara Melayu kamu ajar? selepas satu persatu fitnah dan tohmah dilemparkan semata2 HASAD dan dengki dengan parti lawan..

Sebab itu penulis sudah katakan sebelum ini, blog2 Umno mendapat rangking yang tinggi (tak tinggi mana pun) adalah disebabkan berita2 FITNAH dan 'HEARSAY' seperti ini..berita seperti inilah yg jadi modal harian mereka utk menarik perhatian pembaca..sungguh tidak bertamadun dan profesional..

Akhir kalam, ternyata UMNO dan FITNAH tidak dapat dipisahkan..ingat Umno, ingat FITNAH...wallahua'lam..

p/s: Semoga Allah sembuhnya Tok Guru seterusnya kembali sihat seperti biasa..aminn...


Versi Harakahdaily

Nik Aziz sakit tenat, fitnah

KOTA BHARU, 8 Dis: "Selesai mengerjakan solat Zohor berjemaah di pejabat. Insya Allah sekejap lagi akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian Projek Nukleus Green Valley Lojing di Langgar," tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman twitter kira-kira jam 2.00 petang ini.

Katanya, perjanjian itu antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan Fresh Momentum Sdn Bhd.


(Gambar terbaru Tok Guru ketika turun dari rumah utk mengimamkan solat fardu Asar di masjid bersebelahan rumahnya..semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada Tok Guru...sumber..)

Sebelum ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof, menafikan khabar angin yang mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sakit tenat.

Beliau yang menghubungi HarakahDaily pagi tadi memberitahu, dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, sebaliknya berunsur fitnah.

Menurutnya, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan hanya kepenatan selepas menghadiri majlis besar dua hari berturut-turut ditambah pula sejak pulang dari Makkah menunaikan fardu haji baru-baru ini beliau belum berehat.

“Kerana itu beliau kepenatan, dakwaan mengatakan beliau ke hospital malam tadi kerana sakit tenat dan dikejarkan dengan ambulans hanya palsu semata-mata,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pagi tadi Tuan Guru menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka sebagaimana biasa.

Wan Nik seterusnya berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Khas MB, Rushdi bahawa Tuan Guru ingin ke pejabat hari ini sebagaimana biasa, apa lagi dua majlis sedang menunggu beliau.

“Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat di rumah sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai bertenang dan jangan menelan bulat-bulat khabar angin tersebut.

Versi BERNAMA

Nik Aziz bukan sakit tenat, kata anak

KOTA BAHARU: Khabar angin kononnya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini tenat di hospital adalah tidak benar dan beliau hanya mengalami sakit di bahagian pinggang, kata anak keduanya, Nik Omar.

"Ayahanda saya sihat, Alhamdulillah…kesan balik Makkah menunaikan haji ayahanda mengadu sakit di bahagian pinggang sahaja.

"Alhamdulillah (beliau) boleh ke masjid dan sembahyang berjemaah (tetapi) dalam keadaan duduk," katanya kepada pemberita di rumah Menteri Besar itu di Pulau Melaka di sini hari ini.


(Gambar ceria Tok Guru ketika menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah oleh KDYMM Sultan Muhammad V kelmarin..)

Nik Aziz bagaimanapun tidak menemui pemberita kerana sedang diurut.

Pada pukul 12 tengah hari, beliau dibawa ke Hospital Pakar Perdana di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mursyidul Am PAS itu sempat menunjukkan isyarat bagus kepada jurugambar ketika berada dalam kenderaan yang membawanya itu.

Beberapa blog sejak semalam melaporkan bahawa Nik Aziz tenat dan dimasukkan ke sebuah hospital di sini untuk rawatan.

Ini kerana beliau tidak hadir pada beberapa upacara rasmi, terbarunya malam tadi, bagi merasmikan pengisytiharan Majlis Daerah Ketereh sebagai Majlis Perbandaran Islam.

Nik Omar berkata masalah kesihatan ayahnya sebenarnya juga tidak mengganggu urusan kerajaan negeri.

"Kalau bercuti pun ayahanda tetap ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugasnya," katanya.

Nik Omar berkata sebagai anak beliau lebih mengetahui masalah kesihatan yang berlaku terhadap bapanya itu.

"Tak perlu sampai nak menerima rawatan di hospital sebelum ini. Kalau demam tu lainlah dan ini cuma sakit orang tua. Dan mengenai blog yang mendakwa ayahanda sakit tenat itu sayapun tak baca lagi," katanya.

Nik Aziz, 79, menjadi Menteri Besar sejak 1990 dan pernah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara beberapa tahun lalu. - Bernama

1 comments:

ijoks2009 said...

Tu semua menampakkan "bodo"nya penyokong umno

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin