Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Monday, December 20, 2010

PAS wakili Pakatan DUN Tenang: Persiapan Pemuda PAS Johor bermula!






(Bilik Gerakan Pemuda PAS DUN Tenang mula beroperasi..)



p/s: Laman rasmi PRK N.05 Tenang (Facebook)>>> "PRK N.05 Tenang"

Calon PAS wakili Pakatan di DUN Tenang

Calon daripada PAS akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, sebagai mewakili pakatan pembangkang, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




(Bekas calon PAS DUN Tenang PRU 12...)



Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama pemimpin pakatan pembangkang yang diadakan hari ini.

"Semua pemimpin pakatan juga bersetuju untuk bersama-sama membantu calon yang akan dipilih itu merampas kembali kerusi itu daripada Barisan Nasional," katanya ketika menggulung perbahasan di konvensyen pakatan pembangkang kali kedua di Dewan Millenium, di Kepala Batas.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. - Bernama

TERKINI

Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan

KUALA LUMPUR, 20 Dis -Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini – hari pertama masuknya tahun 2011, lapor Malaysiakini.



Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.

“Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub,” katanya.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang juga setiausaha Umno Labis mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.

“Kita akan mula beroperasi minggu ini,” katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.

Sementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.

Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.

Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:

“Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.

“Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila,” katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana “mempunyai empat, lima calon” daripada pelbagai peringkat.

0 comments:

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin