Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Sunday, February 28, 2010

[Kemaskini] "Tok Guru Nik Aziz adalah idola saya" - Amy Seacrh



Oleh: Pria Malaya

Penulis baru pulang dari ceramah Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Kota Damansara..dua orang ahli panel, pertama, Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, dan keduanya Amy Seacrh, penyanyi dan icon rock tanah air..

Majlis dipengerusikan oleh pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaakob..

Memang menarik isi2 yang dilontarkan oleh kedua-dua ahli panel..terutama penghayatan mengenai junjungan besar nabi kita Muhammad SAW oleh Ust Dasuki..sementara Amy banyak menceritakan pengalaman serta kehidupan beliau dari zaman rockers hinggalah ke saat ini, disamping cabaran dan harapan dari segenap masyarakat terhadap beliau.. 

Penulis tidak berhajat menceritakan satu persatu apa yg diperkatakan oleh kedua2 ahli panel tersebut yang bagi menulis betul-betul menyentuh hati penulis (kisah mengenai kehidupan Rasulullah SAW)..cuma apa yg ingin dikongsi disini, Amy Serch apabila ditanyakan soalan siapakah idola beliau, beliau dengan yakinnya menyatakan idolanya adalah Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar kelantan merangkap Mursyidul Am PAS...



Menurut beliau, Tok Guru adalah seorang yang a'lim, hidup besederhana, serta wajar dicontohi oleh orang lain..ia mendapat perhatian hadirin termasuklah pengerusi majlis..menurut pengerusi majlis, 'jika penyanyi rock pun hormat Tok Guru, siapalah Ibrahim Ali yang memperlekeh Tok Guru'..begitulah hampir bunyinya..

Sebelum majlis berakhir, seorang lagi artis yang terkenal suatu ketika dahulu, dari kumpulan Rainbow (jika tidak silap penulis) turut sempat 'meluahkan' perasaannya sebelum diberi peluang mengalunkan lagu gubahan beliau sendiri, 'Membangun Bersama Islam'..

Menurut beliau, beliau sangat mengkagumi Tok Guru dan Tok Guru adalah contoh tauladan dan ikutan yang terbaik..menurut beliau lagi, beliau pernah bertemu dengan Tok Guru suatu ketika dahulu dalam keadaan diri yg 'rock' (berpakaian rockers), namun Tok Guru tetap menyambutnya dengan 'terbuka' dan senang hati..

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat penulis kongsikan dikesempatan ini..insyallah, berita ini akan di'hebah'kan oleh teman-teman kita yang lain (yg hadir pada malam tadi), termasuklah gambarnya yang lengkap berjubah dan berkopiah putih..wallahua'lam..

Artikel berkaitan:
- Wardina mahukan anaknya mencontohi sifat sederhana Tok Guru (Nik Aziz)

p/s:Ada seorang hamba Allah bertanyakan, apa perlu berlebih2an Amy memuji Tok Guru (jadikan idola)..

Penulis jawab,

"Idola tertinggi beliau tetap pd Rasulullah..n cara beliau 'luahkan perasaan' beliau semalam jelas tidak berlebih2an, tampak ikhlas pengakuannya..n beliau nyatakan demikian krn beliau punyai pengalaman bertemu sendiri dgn Tok Guru..

Seperkara lagi yg lupa penulis ingin beritahu, Tok Guru yg dikatakan idola beliau itu adalah dlm konteks ulamak/ilmuan Islam khususnya dlm negara kita..

Beliau juga ditanya, siapakah idola beliau dlm kontek dunia hiburan, so beliau jawab idolanya adalah M.Nasir n Loloq, coz banyak senikata2 yg berunsur ketuhanan, ketenangan, metafora n sebagainya..

Di akhir majlis, beliau berharap ulamak2/org agama tidak pinggirkan org sepertinya krn ia sebenarnya lebih menjauhkan org2 seperti mereka kpd agama..maka, bimbinglah mereka, dekatilah mereka, sayangilah mereka..itu luahan Amy la sebagai seorang yg mewakili artis..wallahua'lam
baca lagi [click here]...

DEDAH: RM10 Seorang Untuk Dengar Ceramah UMNO

Melihat rakyat kurang memberi sambutan kepada program mereka, Umno terpaksa "merasuah" RM10 kepada setiap penduduk Guar Jering di Penanti, Pulau Pinang yang rela hadir ceramah anjuran parti itu bagi menggelakkan terus dimalu.

Apatah lagi ahli Umno di situ tidak mahu menjatuhkan air muka Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang hadir pada ceramah tersebut.

Ketika mendedahkan perkara ini Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali berkata Umno terus mengumpan rakyat melalui amalan rasuah dan imbuhan material bagi mendapat belas kasihan serta perhatian semula rakyat.

"Umno rasuah RM10 kepada penduduk Guar Jering untuk tarik penduduk hadir majlis Umno yang diadakan pada hari yang PKR membuat ceramah tapi penduduk di sini tidak termakan pujuk rayu duit haram yangingin disampaikan.

"Halal haram Umno tidak peduli lagi, yang penting bagi mereka janji rakyat boleh dibeli supaya Umno boleh berangan-angan kembali merampas kembali kawasan mereka kalah," kata Azmin pada ceramah isu semasa dan menolak fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering, Penanti bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman semalam.

Tambah Azmin, Umno juga terus menipu rakyat dengan sengaja mereka cerita bahawa beberapa ahli Pakatan Rakyat telah keluar parti tetapi realiti menunjukkan keahlian Pakatan Rakyat terus meningkat menyebabkan Umno tergugat.

"Ditangan saya ada lebih daripada dua ratus ahli yang baru mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat tetapi puak ini (Umno) sengaja membuat cerita untuk mencalar imej kita," kata beliau.

Apabila Umno hilang arah dan tidak mampu mencapai dasar-dasar yang dijanjikan mereka merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat supaya rakyat mengalih perhatian tetapi malangnya bagi mereka akyat tetap bersama Pakatan Rakyat manakala Umno terus ditinggalkan kata Azmin lagi.

"Kita tidak perlu bagi 10 sen pun rasuah kepada rakyat kerana rakyat tetap terus membanjiri semua majlis yang dijalankan. Ini membuktikan rakyat memberi sokongan tanpa batasan kerana mereka yakin kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional.

"BN yang zalim dan rakus hanya mahu mengaut keuntungan haram dan oleh sebab itu mereka akan terus disingkirkan. Kewujudan mereka hanya merosakkan negara dan anak bangsa tidak mampu dibela," katanya lagi.

Jelas beliau jika kezaliman dan penyelewengan Umno berterusan negara akan tergadai.

Ini kerana Umno ingin melihat kemusnahan negara selepas mengaut keuntungan. -SK

baca lagi [click here]...

5,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Di Selangor

Seramai 5,000 umat Islam terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor hari ini.

Perarakan sejauh dua kilometer melibatkan 110 kontinjen bermula di Stadium Shah Alam dan berakhir di Stadium Malawati, Shah Alam. Ia disertai beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan-badan berkanun dan syarikat swasta.

Majlis berkenaan dirasmikan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah. Turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan EXCO kerajaan Negeri.

Dalam ucapannya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata, tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 'Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah'.

Beliau menggesa umat Islam membetulkan tekad dengan menumpukan soal utama bagi memacu pembangunan ummah dan mengelak anasir yang boleh memecah belah perpaduan rakyat.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipilih pemenang perarakan bagi kategori Badan Kerajaan hasil gimik menarik.

"Mungkin sebab kita buat gimik dengan membawa kerusi roda, jadi nampaklah imej kebajikan. Yang penting komitmen semua, jalan ikut aturan walaupun kita praktis tak lama," kata jurucakap JKM.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula memenangi perarakan kategori badan berkanun walaupun penyertaan mereka semata-mata untuk untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Rasulullah.

"Kemenangan ini adalah bonus kepada kita bukan kata kita sasarkan kepada kemenangan tetapi kepada program ini sendiri. Jadi bila menang itu satu bonus bagi MBPJ pagi ini," kata wakil MBPJ.

Majlis turut diserikan dengan persembahan dari Amy Search, kumpulan nasyid Rabbani dan Hijjaz.

Dalam pada itu, kerajaan Selangor turut menyediakan enam anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul berteraskan nama tokoh Islam iaitu Anugerah Saidina Ali, Anugerah Saidatina Khadijah, Anugerah Uthman Ibnu Affan, Anugerah Imam Al-Ghazali, Anugerah Khalid Al-Walid dan Anugerah Umar Abdul Aziz.

Muhammad Mu'az Mohd Abd Azis dipilih penerima Anugerah Saidina ali manakala Anugerah Umar Abdul Aziz (Datuk Mohd Talha Abd Rahman), Anugerah Saidatina Khadijah (Prof Dr Jawiah Dakir), Anugerah Imam Al Ghazali (Mohd Salleh Ashaari), Anugerah Khalid Al Walid (Datuk Khalid Abu Bakar) dan Anugerah Uthman Ibnu Affan (Mohd Ilham Ikhsan).

Bercakap kepada TV Selangor, Mohd Talha berterima kasih atas penghargaan kerajaan negeri walaupun tidak pernah mengharap balasan atas setiap jasanya.-TVS

baca lagi [click here]...

Saturday, February 27, 2010

Penyokong Umno buta politik: Lagi fitnah jahat penyokong gerombolan berjaya dipatahkan!


(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Seorang penyokong Umno (FB) telah menyebar fitnah kononnya PAS telah bersubahat dengan beberapa penyokong DAP demi menghancurkan Islam.

Menggunakan nick name 'Kedah La Ni', beliau mendakwa PAS telah melakukan penyelewengan akidah umat Islam dengan bersubahat bersama beberapa penyokong DAP dengan menyamar sebagai Pemuda MCA menentang hukum Hudud..



Berdasarkan gambar ini, beliau seolah-olah tidak percaya bahawa rakan kompenan BN (MCA) sanggup dan tergamak membantah hukum Hudud..ini berdasarkan persoalan yg beliau timbulkan disana..

Persoalan pada gambar berkenaan :
apasal takde logo MCA ?
apasal takde leader dari pemuda MCA ?
apasal 10 ekor berok nih je yg dok provok ?
Beliau dilihat begitu mempertahankan MCA, dalam masa yg sama sanggup menfitnah PAS bersubahat dgn DAP, menyamar sebagai ahli dan penyokong MCA menentang Hudud..

Namun, setelah dibawa bukti kewujudan video yg menunjukkan semamngnya wujud kumpulan dari pemuda MCA datang ke pejabat PAS menghantar memorandum membantah Hudud, seterusnya bergambar dgn kain rentang menentang hudud seperti diatas, beliau terus diam seribu bahasa..lihat video dibawah..



Untuk lebih jelas, boleh lihatnya disini..
http://www.facebook.com/notes/kedah-la-ni/lagi-mengenai-pas-memesongkan-akidah-muslimin/333283122345
baca lagi [click here]...

Sah, Umno cuba politikkan isu perarakan Maulidur Rasul!



Oleh: Pria Malaya

Bagaimana agaknya perasaan mereka yg bukan dari dari kalangan ahli/penyokong Umno dlm perarakan maulidur rasul diatas..sudah tentunya kecewa dan hampa..perarakan yg dirasa masa yg sesuai utk bersatu tanpa sebarang fahaman politik dan ideologi yg berbeza akhirnya musnah akibat fahaman 1Umno yg begitu rasis!

Jelas Umno cuba mempolitikkan isu ini tatkala dilihat ruang yg ada dirasa mampu memberi 'kebaikan' kepadanya..mungkin bagi mereka, jika tiada susuatu yg berlambangkan parti Umno (dalam perhimpunan tersebut), maka Umno telah melepaskan peluang keemasannya menggunakan kesempatan atas isu yg diwujudkan (perarakan maulidur rasul di PP) utk menarik sokongan melayu diluar sana..

Maka akhirnya dipaksa juga dibawa bendera Umno dan dikibarnya ketika perarakan maulidur rasul..dgn kerjasama media yg berkurun sudah disalahguna, mereka menjangkakan rakyat akan melihat Umno adalah juara Islam, umno adalah lebih Islamik, sementara parti PAS dan sekutunya 'tidak Islam' dan gagal memperjuangkan perarakan Maulidur Rasul..

Tetapi malang, perancangan mereka terlalu naif dan lemah..sebenarnya cukup dgn hanya gmbar diatas, rakyat umumnya melihat Umno bukanlah juara mempertahankan agama, tetapi menjadi juara memanipulasi keadaan demi kepentingan politik sempit mereka..golongan agamawan termasuk golongan atas pagar yg cerdik pastinya memandang sinis tindakan gerombolan yang beriya2 mengibarkan bendera Umno dlm majlis rasmi kerajaan itu..

Semoga diambil iktibar dan pengjaran..Allahumma solli a'la Muhammad, wa'al a'lihi Muhamad...

p/s: harap dapat sebarkan berita bergambar ni...kaitkan dgn isu yg cuba dicetuskan di Pulau Pinang, termasuk negeri2 umno yg tidak menganjurkan perarakan..kita guna sebagai bahan kempen next election!


baca lagi [click here]...

Wardina mahukan anaknya mencontohi sifat sederhana Tok Guru (Nik Aziz)



Artis tersohor tanah air,Wardina Safiyyah menginginkan anaknya (Imran) menjadi seperti Tok Guru (Nik Aziz) yang mengamalkan cara hidup yg sederhana...insyallah..tahniah Wardina sekeluarga...

Semoga Allah merahmati Tok Guru..

sumber dari fans page wardina:
http://www.facebook.com/group.php?gid=37300964920&ref=ts#!/photo.php?pid=4163632&op=1&o=global&view=global&subj=37300964920&id=641286961



***********************************************

Sekarang lihat bagaimana tindakan seorang blogger tegar Umno meng'hentam' Wardina dlm isu pertemuan dgn Tok Guru..

"Wardina adalah contoh musuh dalam selimut yang tidak kelihatan merbahaya tetapi tidak akan dapat membantu dalam usaha mencetuskan pemikiran pemikiran yang dinamik dan progresif yang dapat menyuburkan inpirasi kerajaan malah akan merosakannya .Tanpa sedar Wardina mengembangkan pemikiran yang sempit dan tidak mendidik masyarakat melihat permasalahan secara rasional dan terbuka"
baca seterusnya disini...
http://maharajablogger.blogspot.com/2010/02/wardina-anasir-pas-di-tv3.html

Namun, Wardina tetap tabah dan akur akan kritikan2 yg sememangnya satu lumrah dlm kehidupan...Wardina tidak takut dan gentar berdepan dgn hentaman dan kritikan jahat seperti ini...
"Saya tidak takut dengan penerimaan orang kerana saya tahu setiap apa yang kita buat akan ada dua respon. Satu akan puji dan satu lagi akan kritik. Kritikan akan membantu saya menjadi orang yang lebih baik."
baca seterusnya disini..
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm




baca lagi [click here]...

Friday, February 26, 2010

Anwar: Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai



Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.

"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

"Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.-Malaysiakini


baca lagi [click here]...

Wang ihsan: PAS tak iktiraf tapi tidak sekat agihan

KOTA BARU, 26 Feb — Kerajaan PAS Kelantan tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf wang ihsan disalurkan kerajaan pusat tetapi pada masa yang sama tidak akan menyekat pengagihannya, yang dijadualkan bulan depan.

Pada masa yang sama kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kerajaan negeri tetap dengan pendirian mahu menuntut bayaran wang royalti.

“Itu hak dia. Dia punya pasal. Cuma dari segi pengiktirafannya kita menuntut hak kita iaitu royalti,” kata beliau selepas menyampaikan kuliah mingguan menggantikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak dapat hadir hari ini.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertegas hanya akan membayar wang ihsan kepada Kelantan sebanyak RM20 juta sebagai ganti wang royalti.

Mohd Amar berkata pemberian wang ihsan yang akan disalurkan melalui Jabatan pembangunan Persekutuan (JPP) adalah urusan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak ingin mengambil tahu perkara itu.

“Dia nak bagi pada sesiapa itu kita tak nak ambil tahu. Kerana pemberian itu bukan melalui kita (kerajaan negeri).

“Sebagaimana disebutkan Menteri Besar sebelum ini, (kerajaan negeri) tidak mengiktiraf wang ihsan.

“Jadi kita menuntut wang itu (rayolati) berdasarkan perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri, persekutuan dan Petronas.

“Soal kerajaan persekutuan nak bagi wang ihsan itu terserah pada dia, tapi kita tetap menuntut hak kita,” katanya.

Kata beliau kerajaan negeri akan terus berusaha melalui saluran-saluran yang munasabah bagi mendapatkan hak itu.

Semalam Najib memberitahu pakar undang-undang telah mengesahkan bahawa tindakan kerajaan dalam perkara tersebut (memberi wang ihsan) kepada Kelantan adalah betul berdasarkan fakta undang-undang.

Justeru kata Najib, peruntukan atau bantuan berkenaan sebanyak RM20 juta akan tetap diberikan dan ia dijangka akan disalurkan selewat-lewatnya bulan depan.

“Kerajaan sedang menentukan kaedah dan siapa yang akan mendapatnya,” kata Najib.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memberitahu pemimpin Umno Kelantan walaupun berstatus menteri tetapi tidak memegang portfolio berkenaan tidak layak bercakap mengenai royalti minyak.

Sebaliknya beliau meminta Najib dan Petronas yang menjawab isu berkenaan.

Tindakan pemberian wang ihsan telah mencetuskan satu polemik termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Persekutuan hanya membuat bayaran wang ihsan.

Bahkan, terbaru Tengku Razaleigh dilaporkan berkata iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan Kerajaan Persekutuan menerusi akhbar-akhbar bahasa Malaysia baru-baru ini menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan.- Harakadaily
baca lagi [click here]...

PAS terus mara: Bangunkan tapak markas tarbiyyah sebagai kolej universiti

PAS bangunkan markas tarbiyyah sebagai kolej universiti

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak akan dibangunkan semula sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bagi memenuhi keperluan industri negara, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Beliau berkata penubuhan “Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad” itu mendapat persetujuan PAS pusat dan boleh membuat pengambilan pertama pelajar pada pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan, katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu.

“Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah,” katanya.

— Bernama


baca lagi [click here]...

Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul



PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.

Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.

Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. (gambar sebelah)

Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.

Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.

Sumber: Harkahdaily


baca lagi [click here]...

Pulau Pinang Lancar E-Munakahat Mudahkan Pendaftaran Perkahwinan Secara Online



Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sistem pendaftaran perkahwinan orang Islam di negeri ini secara online yang dikenali sebagai e-munakahat.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri Abdul Malik Abdul Kassim berkata e-munakahat mengandungi lima modul utama iaitu kebenaran kahwin, pendaftaraan perkahwinan, cerai, rujuk dan akad nikah.

"Selain memudahkan urusan perkahwinan, orang ramai juga dapat mencari maklumat dengan lebih mudah berkaitan urusan perkahwinan melalui e-munakahat yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

"Sistem yang boleh dilayari melalui laman web e-munakahat.penang.gov.my itu dilancarkan hari ini dan pengguna boleh mendapat maklumat terperinci atau menyemak berkaitan perkahwinan dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini pada Jumaat.

Sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran e-munakahat itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan turut hadir Ketua Menteri Lim Guan Eng serta Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman.

Malik berkata fasa kedua e-munakahat yang akan dibangunkan pada Jun 2010 pula akan membolehkan pengguna membuat kad nikah cip bergambar yang dilengkapi maklumat lengkap mengenai perkahwinan mereka.

Sementara itu, Abdul Rahman dalam ucapannya menyeru umat Islam mencontohi sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalani kehidupan seharian terutama urusan pentadbiran.

"Kesempurnaan peribadi yang ada pada Rasulullah S.A.W perlu dijadikan contoh dan ikutan sepanjang zaman. Sifat-sifat terpuji ini banyak disebut dalam Al-Quran," katanya.

Terdahulu 55 kontinjen bersama kira-kira 2,500 orang yang diketuai Mansor menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul yang bermula dari Padang Kota melalui beberapa jalan dan berakhir di Dewan Sri Pinang di sini.-KGB

baca lagi [click here]...

Kelantan tunai janji bawa 'Red Worriors' umrah Ogos ini



KOTA BHARU, 25 Feb: Seramai 40 orang petugas dan pemain skuad bola sepak Kelantan atau ‘Red Warriors’ bakal menunaikan umrah pada minggu kedua bulan Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, skuad berkenaan akan menunaikan umrah dengan sumbangan kerajaan negeri sebagai memenuhi janji kepada pasukan itu yang telah layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.

Katanya, tarikh berkenaan dipilih mengikut cadangan yang dikeluarkan oleh pihak KAFA sendiri.

“Walaupun kita telah menghantar surat tahun lalu, namun pihak mereka hanya bersedia menunaikan umrah pada bulan Ogos.

“Mungkin waktu itu ruang untuk mereka tidak lagi terbatas atau mungkin juga mereka ingin berada di tanah suci sewaktu bulan Ramadan,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media, di pejabatnya di sini tengahari tadi ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.

Tahun lalu, mesyurat exco telah memutuskan untuk menghantar umrah kepada semua pemain dan petugas menunaikan umrah, sebaik sahaja negeri itu layak ke peringkat akhir bagi merebut Piala Malaysia 2009.

Abdul Fatah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau turut mengakui kerajaan negeri setakat ini tidak memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada KAFA bagi membantu pasukan itu dalam memajukan bidang bola sepak di negeri ini.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan negeri lebih memberi tumpuan dalam bentuk sokongan moral dan mengurangkan bayaran levi kepada Perbadanan Stadium untuk mengurangkan bebanan pada persatuan.

“Selain itu juga kita turut menyampaikan bayaran intensif lain kepada pemain bola sepak yang menaikkan nama serta mutu bola sepak Kelantan di bawah presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa,”ujarnya.

Tambahnya, sebagai contoh terkini menghantar skuad ‘Red Warriours’ ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah.

Beliau juga mengumumkan, pasukan Red Warriors akan mengerjakan umrah ke tanah Suci Mekah pada minggu kedua Ogos depan sebagai memenuhi janji kerana pasukan itu layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga berharap kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Piala Tok Guru) dapat dimasukkan dalam senarai aktiviti bola sepak dikendalikan oleh KAFA.

Terdahulu dalam sidang medianya beliau memberitahu kerajaan negeri buat julungkalinya akan mengadakan Karnival Bola Sepak Bawah 14 dan 16 Tahun Terbuka Kelantan 2010.

Karnival berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 20 Mac bagi merebut piala Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri 2010.

Menurutnya, johan kategori bawah 14 tahun akan membawa pulang RM1,500 diiringi piala, madel dan sijil, naib johan, RM1,000 dan ketiga RM500 dan saguhati suku akhir RM300.

“Manakala kategori bawah 16 tahun johan RM2,000 beserta piala, madel dan sijil, naib johan RM1,500, medal dan sijil, ketiga bersama RM700 (setiap satu) berserta madel dan sijil dan saguhati suku akhir RM400 disamping sijil,”ujarnya lagi.

Pada majlis itu juga, Fatah turut menyampaikan cek bernilai RM12,000 kepada Pengerusi Akademi Bolasepak Darulnaim, Mahadi Yussof.-Harakahdaily
baca lagi [click here]...

Lagi suara luar pertahan Anwar: Bekas PM Kanada Desak Najib Gugur Kes Terhadap Anwar

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kuncu-kuncu beliau di dalam Umno dan Barisan Nasional sibuk merancang pelbagai helah untuk menafikan Ketua Umum KEADILAN sebarang akses kepada keadilan berhubung perbicaraan "ala Gestapo" yang dihadapi beliau, kerisauan dan tekanan masyarakat antarabangsa semakin meningkat.

Terbaru bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin memberi amaran supaya kerajaan Najib mengugurkan tuduhan yang berunsur politik terhadap Datuk Seri Najib sekiranya Malaysia masih impikan untuk berada dikalangan negara-negara progresif dunia.

Dalam satu komentar beliau di dalam laman web akhbar "The Globe And Mail" Martin berkata Datuk Seri Anwar hendaklah dibenarkan bergerak bebas merealisasikan visi beliau terhadap Malaysia sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

"Kehadiran ramai perwakilan asing semasa perbicaraan Anwar adalah bukti amat jelas betapa prihatinnya masyarakat antarabangsa terhadap kes beliau.

"Ini adalah satu isu di mana seluruh dunia perlu bersuara lantang mengenainya," kata bekas Perdana Menteri berusia 71 tahun itu.

Martin yang menerajui kerajaan Kanada dari 2003 hingga 2006 berkata beliau mengenali Datuk Seri Anwar sejak kedua-dua mereka menjadi Menteri Kewangan bagi negara masing-masing pada tahun 1990an.

"Anwar adalah seorang yang amat komited kepada demokrasi, keadilan dan negara hukum. Saya menyaksikan dengan penuh rasa takjub bagaimana beliau telah diperlakukan sebegini rupa hanya kerana komitmen beliau kepada prinsip-prinsip tersebut.

"Beliau kini dilihat sebagai ancaman kepada pegangan kuasa kerajaan yang memerintah pada pilihan raya akan datang - faktor utama yang mendalangi tuduhan terbaru terhadap beliau," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu Martin bersependapat dengan Ahli Parlimen Australia Michael Danby bahawa seluruh institusi kehakiman Malaysia dimanipulasi demi menyingkirkan Datuk Seri Anwar daripada arena politik tanahair.

"Danby berkata pendokong demokrasi Asia terkejut besar melihat apa yang berlaku kepada Anwar dan seluruh rakyat Malaysia berserta masyarakat antarabangsa maklum bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes ini," kata Martin lagi. -suarakeadilan

baca lagi [click here]...

Salam Maulidur Rasul 1431H..اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد..(video inside)



Hayatilah video ini...



Rasulullah saw Model Lelaki Sejati

Rasulullah saw adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan sebagai model lelaki sejati. Sebagai suami, ayah dan datuk yang cemerlang, sikap terpuji Baginda dapat diketahui menerusi beberapa riwayat yang memaparkan kehidupan Baginda yang bersikap adil dan saling menghormati, malah seorang yang pemaaf dan belas kasihan.

Sebagai seorang suami, Baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila Baginda mahu makan, Baginda makan apa sahaja yang tersedia. Al-Hafizh Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Saiditina Aisyah r.a meriwayatkan dari Ahmad dan Ibnu Hibban, katanya: “Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka.”

Rasulullah juga melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri, jangan bersikap kasar atau garang sehingga sanggup mencederakan isteri.

Dalam kehidupan berpoligami, Baginda adalah contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan. Baginda pandai memainkan peranannya sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaannya. Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?”.


Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab, sebaliknya Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya satu ketika nanti. Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan agar tidak memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah saw menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri termuda di antara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda pun berkata; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya”.

Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah saw kerana setiap seorang menyangka bahawa dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah betapa adil dan bijaksananya Rasulullah saw bertindak sebagai suami yang pandai menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik tanpa timbul sebarang perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri.

Malah, jika direnung kembali wasiat Baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan tentang betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka kepada wanita (isteri). Baginda bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada di dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambilnya sebagai amanah daripada Allah swt dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah S.W.T.”

Wasiat terakhir ini menunjukkan betapa Rasulullah saw menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.


Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai bapa dapat dilihat apabila Baginda amat menyayangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula menceritakan tentang bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “Fatimah datang berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah saw berjalan.

Lalu Rasulullah saw berkata kepadanya; "Selamat datang puteriku.” Kemudian Baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri Baginda.” Cara layanan terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “Setiap kali Fatimah datang menemui Rasulullah, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda.”


Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara Baginda melayani kedua-dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah ra dan Ali kwj. Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah apabila cucu-cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya.

Perbuatan Baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”. Melihat keadaan ini, Rasulullah saw bersabda yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.


Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita satu panduan atau model ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Jadikanlah Baginda Qudwah Hasanah hidupmu wahai Muslim!-iluvislam

baca lagi [click here]...

Thursday, February 25, 2010

Utusan Malaysia iktiraf Kamal Atartuk, hina sensitiviti umat Islam!!!



Baca kat sini, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm&arc=hive

****************************

Sedikit latar belakang Mustafal Kamal Attarturk

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu

Saat Kematian

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!


baca lagi [click here]...

BN=Barang Naik: Selepas minyak dan elektrik, kadar tol pula dijangka naik..



Hakikat kenaikan tol sukar dielakkan

MUSIM sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu memperlihatkan berpuluh ribu kenderaan memenuhi lebuh raya utara selatan, timur dan barat.Ketika kita sibuk bercuti ke kampung halaman dan menikmati perjalanan pergi dan balik yang lancar, ada satu perkara yang mungkin kita lupa. Kita tidak mengambil peduli bahawa rangkaian lebuh raya di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara dan juga Asia selepas Jepun dan China.

Pun begitu, pengguna perlu diingatkan bahawa perjalanan lancar itu ada harganya. Harga perjalanan akan bertambah mahal.

Tahun ini, 10 lebuh raya dijangka akan menaikkan kadar tol termasuk di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang akan mengkaji kadar harga tol untuk pertama kali.

Kadar tol Jambatan Pulau Pinang tidak dinaikkan sejak 25 tahun manakala LPT akan menyemak kadar tolnya selepas enam tahun.

Menurut bekas Menteri Kerja Raya, kadar tol lebuh raya di Malaysia adalah paling murah di dunia. Purata tol dianggar daripada RM0.11 per km di LPT sehingga RM0.14 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Jika dibandingkan dengan tol Jambatan Suramadu yang menyambung Surabaya dan Madura di Indonesia berharga 30,000 rupiah (RM11.04) bagi 5.4 km, ini bermakna pengguna membayar RM2.04 per km apabila mengguna jambatan tersebut berbanding menggunakan jambatan ketiga terpanjang di dunia iaitu Jambatan Pulau Pinang yang mengenakan kos hanya RM0.26 per km.

Jika dibuat perbandingan dengan lebuh raya Subic-Clark-Tarlac sepanjang 94 km yang merupakan lebuh raya terpanjang di Filipina, kos bagi kenderaan persendirian menyeberangi jambatan itu ialah RM0.15 per km.

Bagi pengguna jambatan Bangabandhu sepanjang 5 km di Bangladesh yang menghubungkan bahagian timur dengan utara negara tersebut, mereka perlu membayar lebuh raya bertol itu pada harga AS$6 atau RM20.40 bagi kenderaan kelas 1 manakala trak dan lori membayar maksimum AS$18 (RM61.20) bagi satu perjalanan. Ini bermakna sebuah kereta persendirian membayar kira-kira RM4.08 per km.

Bayangkan tiga negara yang kategori pendapatan rakyatnya lebih rendah daripada Malaysia tetapi terpaksa membayar kos tol lebih tinggi daripada kita.

Bahkan, laluan bertol di Malaysia kerap dinaik taraf dan dibaik pulih bagi memberi kemudahan dan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna. Misalnya kemudahan di kawasan rehat lebuh raya utara Selatan dan pelebaran laluan di Jambatan Pulau Pinang ternyata memberi keselesaan kepada pengguna.

Di fasa kedua LPT yang menyambung lebuh raya hingga ke Terengganu yang kini dalam pembinaan, dijangka akan menyediakan perjalanan yang pantas dan tanpa gangguan dari Kuala Lumpur hingga Kuala Terengganu.

Lebuh raya itu bukan sahaja menghubung pekan berhampiran tetapi yang penting bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Tanpa lebuh raya yang menjadi salur nadi ekonomi Malaysia, negara kita tidak akan menjadi dinamik dan tumbuh dengan pantas.

Jadi, ketika pengguna seronok menikmati keistimewaan lebuh raya dengan perkhidmatan dan kemudahan terbaik, jangan lupa tentang ada kosnya.

Rakyat Malaysia sudah terlalu lama dikaburi oleh harga tol yang murah. Pengguna kita dilindungi daripada kenaikan harga termasuk laluan bertol kerana ada subsidi.

Ingatlah, subsidi tidak akan kekal selama-lamanya.

Dalam perancangan Model Ekonomi Baru, kerajaan sudah membayangkan tidak mampu lagi menanggung subsidi yang tinggi dan memberi kemudahan di bawah nilai sebenar meskipun ia akan menjejaskan golongan sebenar yang memerlukan bantuan.

Kerajaan tidak sanggup lagi menanggung beban membayar subsidi dan ganti rugi kepada pemegang-pemegang konsesi lebuh raya bertol bagi mengelakkan kadar tol dinaikkan, kerana kosnya semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Ertinya, pengguna kenalah membayar jalan dan lebuh raya yang mereka guna dan mereka hendaklah berhenti merungut. Keselesaan pun ada harganya.

Jadi, rakyat perlu bersedia membayar lebih apabila menggunakan laluan yang sekian lama diambil mudah kerana kerajaan memberi subsidi yang tinggi.

Rakyat kena memahami dan menerima hakikat bahawa mereka perlu membayar apa yang mereka guna, samalah juga mereka membayar apabila mengguna tandas, telefon awam dan tempat letak kereta.

Mentaliti subsidi atau pergantungan pada kerajaan perlu dilenyapkan perlahan-lahan.- UM

Artikel berkaitan:
- BN=Barang Naik: Harga minyak naik 10 sen pertengahan bulan Mac
- Bil elektrik: "Sudah pasti naik sedikit, tidak mungkin turun" - Menteri
baca lagi [click here]...

Hampir 10 ribu hadiri ceramah penerangan isu semasa di Stadium Mini Pasir Mas



Royalty Minyak: 'Pa" Tak Konsisten

Ceramah "Maulidur Rasul dan Isu-Isu Semasa" di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan semalam sekali lagi berjaya menghimpunkan ribuan audience yang hadir dari kawasan sekitar (ada juga yang datang jauh dari Gua Musang dan Kuala Krai bersama seisi keluarga) dan dianggarkan hampir 7 ke 8 ribu hadir malam semalam.

Ini jelas membuktikan bahawa rakyat Kelantan lebih berminat untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa dari wakil-wakil Pakatan Rakyat berbanding dengan penjelasan dari wakil-wakil Kerajaan Pusat. khabarnya apa yang dipanggil "Ceramah Perdana" oleh badan NGO yang diketuai oleh YB Ahli Parlimen Pasir Mas tempohari (di Bangunan UMNO Kota Bharu) sekadar mampu menarik minat tidak sampai 3,000 hadirin.



Kata Tok Pa dalam ucapannya pada malam tersebut - "ini adalah program kita (UMNO maksudnya) yang paling berjaya sejak 5 tahun lepas!". begitu berbangga Tok Pa apabila berjaya mengerah penjawat awam dengan bas-bas yang mungkin disewa "khas" dan juga anak-anak muda bermotorsikal yang dibayar kehadirannya. RM20 sebiji motor kata salah seorang anak muda.

Tok Pa nampaknya begitu berminat dengan angka "20". mungkin ada nostalgianya.



Apa yang kita faham dari siri-siri ceramah anjuran baik pihak Pakatan Rakyat ataupun pihak Kerajaan Pusat ialah, mereka-mereka yang hadir lebih berminat untuk mendengar penerangan dari wakil-wakil Pakatan Rakyat kerana wakil-wakil kita (Pakatan Rakyat) lebih banyak menerangkan sesuatu isu itu dengan fakta dan hujah yang bernas dan bukannya "auta" yang melemaskan.

Ceramah "Mini" semalam juga dihadiri oleh ADUN Salor YB Haji Husam Musa, Ahli Parlimen Machang saudara YB Saifudin Nasution, ADUN Pengkalan Pasir YB Hanipa Ahmad, ADUN Tendong YB , ADUN Chetok Ustaz Haji Halim, ADUN Gual Ipoh YB Wan Yussof, TG Haji Husin (Dewan Ulama' PAS Kelantan), Ustaz Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama' PAS Kelantan) dan beberapa lagi saf pimpinan PAS Kelantan.

YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz yang dijadualkan hadir sama tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

Seperti biasa majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh TG haji Husin disusuli dengan solat Hajat. Ustaz Daud Iraqi memulakan majlis ceramah dengan tazkirah dan juga sedikit ceramah Maulidur Rasul.

Ceramah seterusnya oleh YB Saifudin Nasution banyak menyentuh isu-isu semasa dan nasional seperti isu enjin jet hilang, kapal selam tak boleh menyelam, kes DSAI, SPRM, perundangan dan beberapa masalah dalaman UMNO/BN yang akhir-akhir ini semakin hilang sokongan akibat daripada kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri.

Akibat daripada kerakusan pimpinan UMNO/BN dalam usaha untuk mempertahankan kuasa yang semakin hilang, banyak badan-badan dan institusi-institusi dibawah Kerajaan Pusat digunakan sepenuhnya diluar untuk mempertahankan kuasa (UMNO/BN) sehingga mengakibatkan kepada berlakunya kerosakan sistem termasuk sistem perundangan.

Banyak undang-undang dilacurkan sewenang-wenangnya termasuk perlembagaan negara yang sepatutnya dihormati dan diangkat setinggi-tingginya dan bukannya dipijak-pijak begitu sahaja. bidang keagamaan tak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari dulu lagi UMNO/BN tidak pernah menghormati 1-1nya institusi yang paling tinggi martabatnya ini.

ADUN Salor YB Haji Husam Musa meneruskan ceramah malam tadi dengan penerangan yang cukup bernas berkenaan dengan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan. beliau menempelek kenyataan Ahli Parlimen Jeli yang mengatakan bahawa Negeri Kelantan tidak berhak menuntut pembayaran Royalty atas hasil buminya kerana lokasinya berada diluar kawasan mengikut "Ordinan Darurat 1969".

YB Haji Husam dalam ucapannya mempersoalkan apakah rasionalnya Ahli Parlimen Jeli menafikan lokasi carigali tersebut dengan mengguna pakai "Ordinan Darurat 1969" yang telah dimansuhkan penggunaannya pada tahun 1979 iaitu 31 tahun lepas?

Kenyataan Ahli Parlimen Jeli juga dipertikaikan 1 persatu oleh YB Haji Husam kerana kebanyakannya tidak konsisten.
"mulo-mulo 'Pa' (panggilan manja Haji Husam pada Ahli Parlimen Jeli sambil disambut dengan gelak tawa audience) oyak Kelate tak dok minyok, lepas tu 'Pa' oyak Kelate tok leh claim sebab tu hasil usahasama dengan negara jiran, lepas tu 'Pa' oyak cumo buleh 'wang ehsan' sebab Keraja'e Pusat 'siye" (kesian) ko Kelate, lepas tu tibo-tibo 'Pa' oyak pulok buleh 20 juto jah (5%) dari hasil carigali akan dibayar mulo pado bule mac".



Semua kenyataan-kenyataan dari Ahli Parlimen Jeli tidak pernah konsisten.
"sekejap ada sekejap tak ada, tiba-tiba ada balik, tapi dalam bentuk lain iaitu 'wang ehsan'. tok kigho lah demo nok panggil ggapo pun, kito ado banyok dokumen-dokumen hok kito dapat dari kakitangan Petronas sendiri hok menyokong usaha Negeri Kelantan atas kapasiti Kelantan memang berhak menerima apa saja bentuk bayaran tak kira Royalty atau Wang Ehsan. yang penting, Kerajaan Pusat melalui Petronas kena bayar seperti yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri".

Kata YB Haji Husam lagi, tidak kira negeri itu berada dimana asalkan ianya dalam Malaysia, hanya ada 1 perjanjian sahaja yang ditandatangani pada masa itu (1974) dan perjanjian itulah yang ditandatangani oleh semua negeri baik di Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun Sarawak. tidak ada lagi perjanjian lain selain dari perjanjian itu.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Gua Musang (UMNO/BN) Tengku Razaleigh Hamzah, individu yang bertanggungjawab dari mula perjanjian tersebut dibincangkan, merangka perjanjian tersebut untuk direalisasikan sehinggalah ianya (perjanjian tersebut) ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat.

Majoriti yang terlibat didalam merangka perjanjian tersebut mengatakan bahawa Kelantan berhak menerima bayaran tunai hasil dari galian tersebut bersama menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas tetapi mengapa pula pihak-pihak yang tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja (merangka perjanjian) tersebut pula yang bersungguh-sungguh menafikan hak Negeri Kelantan?

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas akan berada di Kelantan untuk 1 program penerangan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan bersama semua ADUN-ADUN Kelantan (termasuk ADUN-ADUN UMNO/BN) pada 28hb.. Februari, 2010 ini.- husammusa.com
baca lagi [click here]...

Anwar terus gerak sokongan di kawasan majoriti Melayu di Selangor



KUALA SELANGOR, Feb 25 — Dengan simpati masyarakat antarabangsa di sebelahnya, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggunakan platfromnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk terus mendampingi rakyat negeri itu.

“Kami berada di sini kerana kami mempunyai akses yang terhad kepada berita (menerusi media perdana),” kata ketua pembangkang ini pada ceramah perdana di sini dihadiri kira-kira 2,000 penyokong kebanyakannya kalangan orang Melayu malam tadi.

Kuala Selangor merupakan antara bahagian Parlimen dikuasai PR menerusi wakil PAS.

Selangor kini diterajui PR.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Anwar menafikan tuduhan itu, yang kedua dalam 12 tahun dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

Anwar yang juga Penasihat PKR, salah satu komponen PR, berkata kunjungan beliau ke Kuala Selangor bukan sesuatu yang baru memandangkan ceramah terus diadakan bahagian pilihan raya di kawasan bandar dan pedalaman.

“Adalah penting untuk (terus) mendampingi (rakyat),” kata beliau sambil berkata majlis malam tadi berupaya diuruskan dengan baik walaupun dalam tiga hari.

Kata beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berhadapan dengan serangan politik bertubi-tubi oleh Umno, sebenarnya mahu menghadiri ceramah malam tadi tetapi terpaksa bergegas pulang ke George Town.

Anwar yang memperlihatkan keakraban dan kemesraan bersama hadirian diberikan tepukan gemuruh berdiri apabila membangkitkan pelbagai isu menyentuh negara sekarang, termasuk kehilangan dan kecurian dua enjin jet pejuang TUDM dan kapal selam.

Naskhah Mingguan Malaysia, edisi Ahad terbitan Kumpulan Utusan juga dibakar oleh penganjur yang menggesa agar media dimiliki Umno harus dipulau kerana liputan perbicaraan Anwar yang tidak adil.

Kemunculan Anwar malam tadi merupakan yang kedua berturut-turut di Selangor.

Kelmarin Anwar merasmikan program di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di Seksyen 19 Shah Alam yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Akhir minggu lalu Anwar melancarkan program pemulihan projek perumahan di kawasan Hulu Klang.- TMI


baca lagi [click here]...

Wednesday, February 24, 2010

Selangor terima pelaburan tertinggi RM6 bilion tahun 2009

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan rasa syukur ekoran negeri ini menerima pelaburan sebanyak RM6 bilion pada tahun lepas (2009) sedangkan tohmahan yang dibuat adalah sebaliknya jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Selangor menerima lebih 200 pelabur yang menunjukkan pelaburan yang paling banyak di Malaysia yang memberi erti bila pelaburan bertambah, ekonomi rakyat negeri juga akan bertambah,” jelasnya lagi.

Dalam keadaan sekarang pun, tambahnya, kilang-kilang elektronik masih kekurangan sebanyak 15,000 pekerja yang sewajarnya diambil kesempatan oleh pekerja tempatan namun bila diadakan Kempen Jom Kerja, bilangan yang didapati sangat kecil.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan program Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diadakan di Seksyen 19, di sini malam tadi, yang turut dihadiri Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail.

Sementara itu, ibu bapa kepada pasangan kembar, ‘Aisyah Zulaikha dan ‘Aisyah Zafira, setahun setengah, Ruzita Ismail, 38, dan Mohamad Bahrin, 46, dari Seksyen 8, dekat sini menyatakan rasa gembira kerana anak mereka dapat turut serta dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).


“Saya tidak sangka begini cepat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dapat tunaikan janji mereka dengan memberikan RM100 kepada anak-anak yang baru lahir di negeri ini,” jelas gembira di wajah Ruzita kerana menerima terus dari tangan menteri besar dalam majlis itu.

baca lagi [click here]...

Selangor agihkan RM49 juta untuk kebajikan rakyatnya



Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak “mengganggu” tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.

“Kalau saya tidak diganggu banyak di mahkamah, saya dapat tumpukan perhatian lebih banyak di negeri Selangor,” katanya ketika berucap dalam program agihan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri kepada pelbagai pihak di Shah Alam malam tadi.

Anwar berkata, beliau sentiasa berdoa supaya ujian berbentuk 'fitnah dan khianat' terhadapnya dapat dipermudahkan oleh Allah.

“Sekarang ini masih banyak fitnah dan kianat dilemparkan terhadap saya,” katanya dalam Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 2010 di sebuah dewan di Seksyen 19.

Turut hadir dan berucap pada program berkenaan ialah menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta exco kebajikan, wanita dan sains Rodziah Ismail.

Menilai program itu, Anwar berkata, kerjasama berkumpulan antaranya pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan negeri dalam isu-isu ekonomi di negeri itu menyebabkan beliau “amat senang bekerja”.

Pada majlis pada malam semalam, kerajaan Selangor mengumpulkan kira-kira 400 anak negeri yang layak menerima bantuan kewangan, antaranya kanak-kanak baru lahir, warga tua dan penuntut universiti.

Sementara itu, Khalid (kanan, bersongkok) pula pada ucapanya selepas itu berazam menyalurkan kemakmuran dan kekayaan negeri itu terus kepada rakyat Selangor di pelbagai pelosok negeri tanpa mengira bangsa, agama dan parti yang dianggotainya.

“Saya hendak bawa sendiri beliau ke seluruh pelosok... biar Datuk Seri Anwar lihat sendiri, adakah semua ini sampai kepada rakyat di Selangor,” katanya.

Sementara itu, rata-raya penerima sumbangan daripada program-program MES menunjukkan perasaan gembira mereka terhadap skim-skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan dua tahun lalu.

Seorang pemandu, Kamarul Hisham Abdullah yang mengambil bantuan bagi pihak bapanya yang sudah uzur berkata bantuan tersebut amat membantu, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah sepertinya.

“Bapa saya sebelum ini terima RM1,000, malam ini dapat RM1,500, alhamdulillah, apa yang kami terima ini saya rasa cukup dan memadai untuk keperluan-keperluan kami. Sebelum ini saya pun tidak tahu ada program apa untuk membantunya,”katanya.

Sementara seorang penuntut Mohd Reeezwan Ramli, 19, yang menerima bantuan pendidikan RM1,000 berkata, duit yang diterimanya itu akan digunakan bagi meringankan beban keluarganya.

“Saya tidak bercadang guna semua. Saya hanya hendak guna RM500 untuk permulaan, selebihnya saya akan beri pada emak saya pegang.

“Saya seronok dapat bantuan hari ini, tetapi saya gementar kena naik ke pentas, kena bersalam,” katanya sambil tersenyum.

Program kebajikan yang menjadi teras kepada MES ialah Tabung Anak Warisan Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Kebajikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Menurut kenyataan daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor, sejak dilancarkan pada Jun 2008, sebanyak RM49 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kebajikan di negeri itu.-Malaysiakini


baca lagi [click here]...

Masyarakat antarabangsa tolak Konspirasi II

GELOMBANG antarabangsa untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka semakin rancak apabila lebih ramai ahli parlimen negara luar membantah secara rasmi pertuduhan fitnah liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Setakat ini, ulama tersohor antarabangsa, pemimpin kerajaan di Turki dan beberapa negara Islam lain serta wakil parlimen di Australia dan senator Amerika Syarikat telah menyuarakan rasa kesal atas perbicaraan konspirasi kedua terhadap Anwar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Australia, Michael Danby yang mengetuai petisen 50 wakil parlimen, yakin lebih banyak negara dan pertubuhan antarabangsa akan membuat pendirian terbuka menyokong Anwar.

"Saya maklum Jabatan Negara Amerika telah melahirkan kebimbangan mereka… dan ramai lagi wakil badan legislatif di rantau ini yang telah menyatakan minat untuk mengikut langkah ahli Parlimen Australia," beliau memberitahu Suara Keadilan.

Danby berkata, masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya amat mengambil berat dan bimbang terhadap tuduhan tidak berasas ke atas Anwar yang beliau sifatkan sebagai seorang tokoh dunia yang penting.

Danby berkata, bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengadakan pertemuan dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis adalah cukup untuk sesiapa sahaja mencurigai kewibawaan pertuduhan
terhadap Anwar.

Di Jakarta, pejuang hak asasi dan bekas Penasihat Presiden Indonesia Dr Adnan Buyong Nasution akan menerajui kempen ‘Keadilan Untuk Anwar’ peringkat Asia Tenggara.

Antara lain kempen itu akan mengumpulkan satu juta tanda tangan bagi mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan fitnah terhadap Anwar.

"Pilihan Dr Adnan Buyong Nasution untuk mempelopori inisiatif ini pada peringkat ASEAN, adalah tepat kerana beliau merupakan peguam hak asasi manusia yang terkemuka," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin.

Dr Adnan akan dibantu oleh kumpulan anak muda dan golongan belia Indonesia yang aktif dalam perjuangan hak asasi.

"Beliau yakin umat Islam Indonesia seramai 220 juta akan teguh berdiri di belakang Datuk Seri Anwar kerana mereka percaya tuduhan ke atas beliau adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali," kata Shamsul.

Shamsul berkata, kempen ‘Keadilan Bagi Anwar’ akan diperhebatkan lagi sempena lawatan rasmi Presiden Barack Obama ke Indonesia pada Mac depan bagi mengeratkan hubungan dua hala AS-Indonesia.

Ini termasuk menyampaikan petisen kepada Presiden Obama bagi mendesak agar pentadbiran Amerika memberi tekanan kepada Malaysia supaya pertuduhan jahat terhadap Anwar digugurkan.-FMT
baca lagi [click here]...

Harga Ikan Dijangka Melambung Ekoran Peraturan Penggunaan Kotak



IPOH: Penguatkuasaan peraturan mewajibkan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) mulai 1 Mac ini bakal menyebabkan kenaikan harga ikan dan makanan laut lain secara mendadak serta bekalan yang merosot di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia Datuk Yusoff Ismail berkata senario itu tidak dapat dielak sekiranya penguatkuasaan peraturan berkenaan diteruskan.

"Apa yang kita takuti, nasib rakyat yang merupakan pengguna akan menjadi taruhan kerana dengan peningkatan kos operasi sudah tentu harga ikan melambung tinggi di pasaran sekali gus membebankan mereka," katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengimport dan Pemborong Ikan Perak di sini hari ini.

Yusoff berkata kenaikan harga tidak dapat dielak kerana pengimport terpaksa menokok harga membeli peti KIBFG sehingga hampir RM100 sebuah berbanding sekarang.

"Misalnya harga kotak 30 kilogram yang digunakan sekarang adalah RM28 manakala KIBFG mencecah RM120. Begitu juga kotak KIBFG bagi 100 kg iaitu RM205 jauh lebih tinggi dengan harga biasa iaitu RM150," katanya.

Beliau berkata penguatkuasaan peraturan pengimportan ikan basah itu secara langsung akan mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.

Penguatkuasaan peraturan berkenaan yang sepatutnya dilaksana tahun lepas, ditangguh ekoran bantahan pengimport dan pemborong ikan kerana harga kotak ikan berinsulasi tinggi yang dikatakan terlalu mahal.

Yusoff berkata bagaimanapun jawatankuasa berkenaan tidak berhasrat menghentikan operasi membawa masuk bekalan ikan seperti yang pernah dilakukan Mac tahun lepas.

Mulai 1 Mac ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan mewajibkan penggunaan KIBFG yang bertujuan memastikan kualiti ikan yang dibawa masuk ke negara ini lebih selamat, bersih dan segar sejajar dengan pembaharuan dalam industri perikanan pada masa sekarang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pada Oktober lepas berkata penguatkuasaan penggunaan KIBFG itu mengambil kira pewartaannya pada 2006 yang tertangguh disebabkan pelbagai alasan daripada pihak terlibat khususnya pemborong dan pengimport ikan. - BERNAMA


baca lagi [click here]...

BN tak mampu rampas Pulau Pinang: Koh Tsu Koon tersentak kenyataan penasihat parti Gerakan..(video inside)



Koh Tsu Koon Tersentak Keng Yaik Kata Gerakan Tak Akan Mampu Tawan Kembali Pulau Pinang

Anggota Gerakan hendaklah melipatgandakan usaha mereka dan berusaha gigih untuk membuktikan bahawa kenyataan penasihat parti bahawa Gerakan telah kehilangan Pulau Pinang adalah salah, kata Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Katanya anggota parti hendaklah mengambil kenyataan Tun Dr Lim Keng Yaik itu sebagai satu cabaran.

"Saya menasihatkan semua anggota parti untuk menjadikannya satu cabaran, mengambilnya sebagai satu cara bagi melipatgandakan usaha, memberi lebih penekanan terhadap ideologi parti dan menyediakan perkhidmatan yang telus dan ikhlas kepada rakyat tanpa memikirkan balasan, secara jujur menunjukkan kepada rakyat bahawa kita menyediakan perkhidmatan.

"Oleh sebab itu, jika mereka (anggota parti) berasa sedih, saya akan menasihatkan mereka untuk membuktikan Penasihat salah," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Lim dalam satu wawancara dengan The Edge Financial Daily pada 18 Feb, yang dilihat mengecewakan ramai anggota Gerakan.

Koh ditemui pemberita selepas melancarkan persidangan mengenai kejururawatan anjuran International College of Health and Science (ICHS) dan Canterbury Christ Church University, United Kingdom, hari ini.

Koh berkata beliau telah menemui Lim (kanan) mengenai perkara itu dan bekas presiden itu menyatakan beliau "berniat baik dan mahu mengejutkan anggota Gerakan daripada kelenaan".

"Penasihat memberi gambaran terburuk dan beliau gembira jika kami dapat membuktikan bahawa beliau salah. Saya turut memberitahu beliau mengenai perasaan dan sentimen anggota akar umbi di Pulau Pinang yang berusaha bangkit semula daripada tsunami politik yang menyebabkan kita tewas teruk," katanya.

Ditanya sama ada sebarang tindakan akan diambil terhadap Lim, Koh berkata: "Tidak. Ini merupakan sebuah negara bebas dan demokratik. Beliau membuat kenyataan dan beberapa anggota memberikan reaksi. Kami mengambil maklum perkara ini dan biarlah kita teruskanlah perjuangan." -Bernama


baca lagi [click here]...

Tuesday, February 23, 2010

Acara ‘bakar’ Utusan Malaysia esok

KUALA LUMPUR : Program Ceramah 'Selamatkan Malaysia' akan mengumpulkan pemimpin PR pada esok, 24 Februari, kira-kira jam 9 malam.

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua Angkatan Muda PKR Malaysia Shamsul Iskandar Md. Akin dan pimpinan-pemimpin PR lain.

Erapakatan.com juga dimaklumkan yang upacara 'membakar' akhbar Utusan Malaysia dan bahan penerbitan lain yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia akan diadakan pada program itu.

Upacara 'membakar Utusan Malaysia' itu dilaporkan akan diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia sebagai tanda protes terhadap liputan Utusan Malaysia yang dikatakan berat sebelah dan pro-kerajaan.

-eraPakatan


baca lagi [click here]...

Bil elektrik: "Sudah pasti naik sedikit, tidak mungkin turun" - Menteri



BIL ELEKTRIK BAKAL NAIK

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Chin Fah Kui mengesahkan, kementeriannya telah menghantar kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi tentang semakan tarif elektrik. Seandainya kabinet bersetuju, rakyat AKAN MENIKMATI KENAIKAN tarif elektrik.

"Sudah pasti akan ada sedikit peningkatan, tidak mungkin penurunan," katanya kepada para wartawan dalam majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Dalam keadaan kadar upah dan gaji di kalangan rakyat Tanah Melayu tidak pernah mengalami kenaikan mendadak bagi menyeimbangkan tekanan kos sara hidup, kerajaan pula tertakluk dengan perjanjian konsesi dengan syarikat-syarikat konglomerat untuk MENCEKIK RAKYAT.

Kadar upah dan gaji yang statik terutama di kalangan para pekerja swasta, pastinya akan menambahburukkan ekonomi domestik dan pengaliran tunai dalam negara. Maka, tidak hairanlah apabila ramai rakyat Tanah Melayu yang terbelenggu dengan hutang serta kredit yang 'not working'.

Timbul pertanyaan, apakah kadar kenaikan keperluan asas yang termakhtub di dalam Perlembagaan Malaysia sebagai TANGGUNGJAWAB KERAJAAN itu selain pendidikan, perubatan, jalan raya dan air, kerajaan masih kekal dengan EGO mereka sebagai kerajaan dan pembuat keputusan mahupun dasar tanpa menimbangkan masalah jangka panjang yang ditanggung oleh sebilangan besar rakyat?

Apakah ada kerjasama antara pembangkang dan pemerintah di Parlimen dalam soal MENYUAP syarikat-syarikat besar dan kerenah politik yang berpanjangan dan TIDAK BERBALOI langsung kepada rakyat? Apakah cukup sekadar ceramah, slogan dan membantai pihak lawan yang dianggap tidak bijak tetapi apabila kuasa beralih ke tangan sendiri, mereka juga TURUT SAMA MENCEKIK darah rakyat marhein seperti yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah?

Bagaimana pula dengan perbelanjaan rakyat dalam soal perubatan dan pendidikan yang bagaikan tidak berkesudahan sekalipun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan, tabung, insentif dan sebagainya yang kelihatan INDAH KHABAR DARI RUPA?

Tidak mustahil suatu hari nanti, ramai rakyat Malaysia yang akan mati tergolek di tepi jalan kerana tidak mampu mendapat rawatan perubatan di hospital-hospital terutama bagi pesakit kronik seperti pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis mahupun kanser dan pesakit buah pinggang?

Untuk rekod, kadar berjumpa dengan pakar di IJN bagi kakitangan swasta adalah tidak kurang dari RM200 tanpa sebarang ubat atau rawatan. Manakala pesakit bukan kakitangan awam pula perlu menyediakan yuran sekurang-kurangnya RM20,000 untuk pembedahan jantung, biarpun pusat rawatan jantung tersebut turut menyediakan kemudahan PEMBERI SEDEKAH dalam bentuk Baitulmal, potongan KWSP dan sebagainya. Pada masa yang sama, kerajaan turut mengumumkan PULUHAN JUTA RINGGIT saban tahun untuk tabung pesakit kronik di Institut Jantung Negara...

Mana pergi habis duit-duit tu?

- Cucu Tok Wan

Berita berkaitan:
- BN=Barang Naik: Harga minyak naik 10 sen pertengahan bulan Mac
baca lagi [click here]...

Majlis Tahun Baru Cina BN Kurang Sambutan

Majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Jalan Chan Ah Choo di sini Sabtu lalu, tidak mendapat sambutan kerana hujan lebat.

Malahan majlis itu, bertema 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, telah tergendala lebih satu jam dan Najib terpaksa berucap dalam keadaan serba kekurangan.

Khemah-khemah di sediakan untuk orang ramai terbang dan makanan yang di sediakan basah kerana hujan.

Najib yang datang ke majlis pada pukul 8.45 malam terpaksa singgah ke rumah-rumah orang Cina bersebelahan kononnya beramah mesra pada hal majlis tergendala akibat hujan.

Penganjur majlis terpaksa meminta sukarelawan untuk memanggil orang ramai kerana pengunjung majlisnya terlalu sedikit. Media arus perdana menghebohkan bahawa lebih kurang 8,000 penghunjung menjamu selera tetapi jumlahnya adalah kurang daripada 3,000 sahaja.

Najib yang mula berucap pada 10.00 malam seringkali menyindir Pakatan Rakatan. Beliau berkata majlis sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Banting pada hari yang sama adalah sesuatu kurang bijak dan tidak dapat menggagalkan majlis ini.

Turut hadir ialah, isterinya Datin Sri Rosmah Mansoor, Menteri Penerangan dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Presiden MCA Ong Tee Keat, Presiden MIC Datuk Seri S.Sammy Velu, timbalan menteri S.K Devamani dan A. Kohilan Pillay. -FMT

baca lagi [click here]...

Umno juara rakyat?: Takut berdebat, surat jemputan debat dikoyakkan

Pemuda Umno biadap koyak surat jemputan debat

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.-Harakahdaily
baca lagi [click here]...

MB pilihan mahkamah (Zambry) berbohong kepada rakyat

JKTD: Zambry bohong tuduh PR tak panggil Adun BN

IPOH, 23 Feb: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menafikan dakwaan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional ke mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) sewaktu PR menguasai negeri.

"Saya menafikan, ini pembohongan yang besar. Kami ada bukti yang jelas. Kami tegaskan apa yang dikatakan Zambry adalah satu pengkhianatan dan pembohongan. Sewajarnya kita malu dengan MB yang berbohong," tegasnya dalam satu sidang media di pejabat PR, dekat sini pagi tadi.

Nizar yang juga Adun Pasir Panjang sebaliknya mengesahkan telah memberi surat pangggilan kepada Adun BN untuk hadir ke mesyuarat JKTD, dan ada di antara mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut.

"Kita keluarkan surat kepada Pegawai Daerah, Pegawai Daerah memanggil semua Adun PR dan BN. Ada mereka yang hadir. Ini menunjukkan sifat ketelusan kami. Contohnya di Kerian, mereka tidak hadir, ini masalah mereka. Ini menunjukkan mereka diundang. Sifat PR kita undang dan jemput semua ADUN dan Ahli Parlimen," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu juga berkata, matlamat Pakatan Rakyat adalah memberi khidmat kepada semua rakyat dan berkerjasama dengan Zambry namun apa yang dikesalkan ialah respons negatif daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Zambry yang mengatakan tidak perlu ada kerjasama di antara BN dan PR di negeri itu."

"Semasa kita memerintah, semua rakyat boleh guna kemudahan rakyat seperti dewan, kemudahan awam dan sebagainya. Inilah kerjasama yang kita nak berikan tapi dinafikan. Begitu juga premis rakyat, tapi selepas Jawatankuasa Keselamatan kampung (JKKK) dipecat, mereka halang kita gunakan semua kemudahan itu," katanya.

Sementara itu, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim berkata, keengganan Zambry untuk melantik Adun PR sebagai ahli mesyuarat JKTD membuktikan beliau takut dan tidak sanggup berdepan dengan Adun PR setiap kali bermesyuarat.

"Sebenarnya wakil Zambry dalam JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana tidak mewakili rakyat," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.

AdunTronoh, V. Sivakumar pula berkata, tindakan Adun BN mengadakan mesyuarat JKTD tanpa memanggil Adun Pakatan adalah tidak wajar dan menafikan hak mereka sebagai Adun yang juga bertanggungjawab ke atas kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

"JKTD penting kerana membincangkan masalah rakyat, dan apakah salahnya kami dijemput dan memberitahu apa saja masalahnya.

"Saya tidak faham kenapa perlu dibuat secara senyap-senyap semasa Adun BN. Inilah peluang semua wakil rakyat bertemu dengan semua pegawai kerajaan," tegasnya.- Harakahdaily

baca lagi [click here]...

PAS boleh guna dewan UITM - DS Adnan Yaakob



UMNO nafi guna dewan UiTM percuma

MARAN 22 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan kononnya UMNO negeri menggunakan Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka di sini bagi mengadakan konvensyen yang berakhir semalam secara percuma.

Sebaliknya, beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri menegaskan, parti itu menyewa dewan itu bagi tujuan tersebut selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Menurutnya, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang yang berhasrat menggunakan dewan universiti itu juga perlu membuat permohonan secara rasmi dengan pentadbiran UiTM.

"Walaupun kita memerintah, tetapi kita tidak menggunakannya secara percuma tetapi terpaksa melalui beberapa prosedur yang ditetapkan.

"Jika parti pembangkang memerintah, dia pun sama dengan kita akan menggunakan dewan tersebut bagi tujuan tertentu," katanya.

Beliau berucap pada majlis penutup Konvensyen UMNO Pahang yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO di UiTM cawangan Jengka semalam.

Beliau mengulas kenyataan pembangkang yang mempersoalkan UMNO menggunakan dewan itu sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tabloid harian semalam.

Sambil membidas dakwaan pembangkang itu, Adnan berkata, Pas juga boleh menggunakan dewan tersebut dengan syarat perlu membuat permohonan dengan pihak pentadbiran UiTM terlebih dahulu sebagaimana yang dilakukan UMNO negeri.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, konvensyen tersebut berjaya menghasilkan resolusi untuk dijadikan garis panduan agenda kerajaan dan parti.

Tegasnya, segala keputusan dan rumusan yang dibincangkan pada konvensyen itu amat berguna untuk dilaksanakan demi kebaikan rakyat.

UMNO tambahnya, akan terus berusaha mempertingkatkan jenteranya bagi kebaikan ahli dan rakyat kerana parti itu bukan membela nasib orang Melayu semata-mata tetapi semua kaum.

Beliau optimis resolusi berteraskan kepada lima perkara membabitkan agama, politik, ekonomi, pendidikan dan media baru itu akan menjadi aspirasi untuk mengukuhkan lagi UMNO negeri ini.

"Transformasi sikap dan pandangan yang diluah membuktikan ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat bersepakat dan bersatu hati untuk bekerja dalam satu pasukan dan menolak perkara remeh temeh," katanya.

Adnan mahu pemimpin UMNO yang membabitkan 1,200 cawangan di Pahang komited terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk memperkasakan UMNO supaya kekal menjadi parti pilihan utama orang Melayu. -UM
baca lagi [click here]...

Lagi cerita tentang Shahidan: Kumpulan Shahidan tuntut jawatan MB?

Isu pelantikan menteri besar Perlis selepas pilihan raya umum 2008 belum berakhir. Terkini, tersebar di Internet mengenai dakwaan wujudnya 'persefahaman' antara puak yang bertelagah di Perlis mengenai penggiliran jawatan tersebut.

Mengikut 'persefahaman' tersebut – bulan depan tiba giliran Datuk Seri Shahidan Kassim pula untuk menjadi menteri besar Perlis yang kini disandang oleh Datuk Seri Md Isa Sabu.

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan, mendakwa wujudnya persefahaman mengenai penggiliran jawatan menteri besar Perlis.

Ketika dihubungi Malaysiakini minggu lalu, beliau mendakwa, persafahaman itu dicapai pada pertemuan pada 21 dan 22 Februari 2008 - sehari sebelum penamaan calon.

Menurutnya, pertemuan dihadiri perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi; timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak; dengan wakil kumpulan A - Shahidan - dengan dua wakil kumpulan B - setiausaha agung Umno ketika itu, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan ahli parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid.

Bagaimanapun, Radzi yang juga ahli Parlimen Kangar menafikan wujudnya perjanjian bahawa Shahidan akan kembali menjawat jawatan itu Mac ini.

"Tidak ada perjanjian tersebut. Tidak timbul langsung,” katanya dihubungi Malaysiakini semalam.

"Tidak ada perjanjian itu sama ada bertulis ataupun secara lisan, tidak timbul masalah ini,” tambahnya.

Bagaimanapun Radzi mengakui memang ada pertemuan antara Najib, Shahidan, Azmi dan beliau sendiri, dalam proses untuk menentukan calon BN yang akan bertanding di Perlis pada pilihan raya umum 2008.

Memang sudah menjadi rahsia umum bahawa kedua-dua pemimpin tersebut tidak sehaluan, khususnya dalam penentuan senarai calon Umno di Perlis dari kalangan penyokong masing-masing, pada 2008.

Menurut Hashim lagi, memang ada perjanjian itu, “ia bukan sekadar cakap-cakap sahaja.”

Dakwaan mengenai persefahaman penggiliran menteri besar itu disiarkan di blog Qunang2 dan laman sosial Facebook – kedua-duanya milik bekas jawatankuasa Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar yang juga bekas pegawai Shahidan.

Beliau mendakwa Shahidan akan memegang semula jawatan tersebut bulan depan ekoran wujudnya persefahaman penggiliran jawatan menteri besar Perlis.

Syed Atief yang kini ketua ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau, memuatkan tujuh siri tulisan dalam blognya itu mulai Januari lalu, mengenai 'jatuh bangun' Shahidan, termasuk siri keempat yang menyentuhkan tentang persefahaman tersebut.

Sementara itu, Radzi memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan pilihan raya lalu membuktikan rakyat Perlis menolak kepimpinan Shahidan apabila Umno kalah di dua DUN – Sanglang dan Simpang Empat - dalam bahagian Arau yang diketuai oleh bekas menteri besar itu.

"Rakyat sendiri sudah tunjukkan dengan menolak beliau. Rakyat sendiri yang tidak mahu (kepada kepimpinannya)," katanya.

Malah, katanya, beliau mendapat makluman dari ibu pejabat Umno bahawa pertambahan ahli Umno di bahagian Arau pada tahun lepas kurang daripada bahagian Kangar dan Padang Besar.

Katanya bahagian Arau hanya menerima 120 orang, berbanding Kangar dan Padang Besar yang masing-masing mencatat hampir 400 ahli.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Shahidan masih belum berjaya. Beliau juga tidak menjawab SMS yang dihantar oleh Malaysiakini untuk mendapatkan penjelasannya mengenai dakwaan tersebut.- Malaysiakini

baca lagi [click here]...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin