Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Friday, April 30, 2010

Lagi ugut bunuh pemimpin PR: " Aku sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh Nik Aziz" - Pemuda Umno



Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”…
Begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa. - syukran.wordpress.com







Artikel berkaitan:
- Anwar Ibrahim diugut 'mati' andai PR berjaya tawan Malaysia
- PANAS: Lagi ugutan bunuh terhadap Anwar Ibrahim dan keluarga!

baca lagi [click here]...

Amaran kepada MCA: "Keluar dari BN!" - Ketua UMNO Bahagian Paya Besar



MCA didesak keluar BN

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.



“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya. Sinar Harian

baca lagi [click here]...

"Pada saya, Rais ini ialah bapa terbesar hipokrit" - Anak bekas Timbalan Perdana Menteri



Pentas Pakatan: Tamrin sedia hadapi tindakan Umno

KUALA LUMPUR, 30 April: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar (gambar) bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

Beliau ketika ditemual semalam menjelaskan, kehadirannya di dua program Pakatan Rakyat itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.

Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.

Mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) yang mendakwa beliau tidak mirip ayahnya dan pernah keluar Umno pula, beliau berkata, Rais sebenarnya 'bapa hipokrit'.

Selama bersama Umno, beliau menjelaskan tidak pernah menyerang kepemimpinan parti itu, dan tidak seperti Rais.

"Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit', yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegas beliau.

Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad.

"Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," ujarnya lagi.

Ekoran itu beliau berkata, keputusan Rais berbaik-baik semula dengan Umno apabila pemimpin Semangat 46 kembali menyertai Umno disifatkan seperti menjilat kembali tangan Mahathir.

"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya. - Harakahdaily
baca lagi [click here]...

Gambar terbaru arwah sebelum menemui ajal ditembak polis..



Gambar di atas (berbaju kuning) adalah antara gambar terbaru arwah Aminulrashid sebelum arwah meninggal dunia.. baju yang sama juga dipakai oleh arwah sewaktu arwah terbunuh akibat tembakan polis..

Rakan remaja ditembak polis mohon maaf pada ibu mangsa

SHAH ALAM, 29 April — Rakan Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati polis di Seksyen 11 di sini Isnin lalu, ada memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana tidak dapat membantu kawannya ketika insiden meragut nyawanya.

“Saksi ada datang berjumpa saya dan meminta maaf kerana tidak dapat melindungi anak saya,” kata Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid.

Saksi itu yang hanya dikenali sebagai Azam ada bersama Aminulrasyid (gambar) dalam kereta yang mereka naiki tetapi meninggalkan tempat kejadian semasa insiden.

Azam menemui Norsiah di rumahnya Isnin lalu. Norsiah tidak dapat ingat masa pertemuan mereka.

Menurut Norsiah, dia hanya dapat memeluk Azam sebagai memohon maaf.

Dia tidak mahu mengatakan hasil perbualan kerana tidak mahu Azam, yang merupakan saksi utama kejadian, diganggu.

Menurut Norsiah, saksi merupakan kawan baik kepada arwah sejak dari sekolah rendah lagi.

“Saksi dan anak saya merupakan kawan baik anak saya sejak dari sekolah rendah lagi. Lagipun kedua-dua mereka aktif dalam sukan seperti bola sepak dan olahraga,” kata Norsiah kepada The Malaysian Insider hari ini.

Norsiah berkata, hubungan allahyarham dengan keluarga saksi juga amat rapat seperti keluarga sendiri.

“Arwah baik dengan keluarga saksi begitu juga dengan jiran-jiran di sini. Kadang-kadang arwah akan ke rumah kawan-kawan untuk makan ataupun bermain,” katanya lagi ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11 di sini.

Azam juga berusia 15 belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 manakala Allahyarham Aminulrasyid merupakan pelajar SMK Seksyen 9.

Azam telah memberi keterangan kepada polis kira-kira tiga jam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu Aminulrasyid berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya itu melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis berhampiran dengan rumah mereka.

Aminulrasyid, anak bongsu daripada lapan beradik dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Norsiah berkata, kerana tidak mahu melukakan hatinya arwah sanggup berhenti daripada bermain bola sepak untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran.

“Tahun ini arwah akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan arwah mahu memperoleh 8A kerana tidak mahu kecewakan saya.

“Arwah juga cakap mahu berhenti bermain bola buat sementara waktu kerana hendak memberi tumpuan terhadap pelajaran.

“Selain itu, arwah juga bercita-cita untuk menjadi angkasawan seperti angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor,” katanya.

Dalam pada itu Norsiah memberitahu, sebelum kejadian malang yang menimpa arwah, anaknya itu ada berkelakuan pelik sama ada di sekolah ataupun rumah.

“Hari Khamis lalu, sekolah arwah ada membuat latihan praktikal bagi cara-cara memandikan jenazah dan Aminulrasyid dengan sukarela meminta untuk menjadi jenazah.

“Selain itu, arwah juga ada bersalaman dengan kawan-kawan semasa di sekolah sebelum pulang.

“Di rumah pula arwah menjadi lebih manja dengan saya dan keluarga selain kadang-kadang akan termenung, sebelum ini tidak pernah berlaku,” katanya.

Allahyarham dikatakan sempat bergurau senda dan menyakat anak saudaranya pada malam sebelum kejadian. - MSI

Sumber gambar: HPK

Artikel berkaitan (mesti baca):
- Keluarga Arwah Amirulrasyid dihina: "Mak bapak bangang..anak macam setan" - Forumer Umno
- [Edisi mesti baca] Kisah sebenar kes arwah adik Aminulrasyid mati ditembak

baca lagi [click here]...

Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?



Oleh: Pria Malaya

Bukan sahaja mempunyai kaitan dengan politik, malah demi politik seorang calon bukan Islam! (melawan calon seorang Islam).. mana mufti tersebut..apa komen beliau? bagaimana pula reaksi jika TGNA dan pemimpin2 PAS yang mengetuai pragram seperti ini? apakah akan dicop menguasai masjid demi kepentingan politik atau memecahbelahkan rakyat dan sebagainya?

Tidakkah program diatas juga boleh menimbulkan rasa tidak puas hati/rasa kecewa bagi ahli kariah yang bukan penyokong calon India/BN ini? bukankah ia juga boleh dikatakan boleh menimbulkan rasa tidak senang dan huru hara apabila di dapati terdapat majlis politik di dalamnya?

Kalau dikatakan masjid adalah tempat penyatuan dan haram berpolitik di dalamnya dibimbangi mencetuskan pergaduhan dan sebagainya, adakah berpolitik di luar masjid yang boleh mencetuskan huru hara dan sebagainya dibenarkan di dalam Islam?.. kenapa tidak diharamkan terus POLITIK itu samada dalam masjid atau diluar masjid jika hujah ini dihgunakan?

Memetik petikan dari Suara Keadilan..

...Tidak cukup dengan itu, PM 1Malaysia berjemaah di surau kampung dan mengisytiharkan peruntukan RM100,000 untuk bantuan masjid dan mendermakan sebuah van jenazah di surau berkenaan. Kalau Najib jujur kenapa tidak derma selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor? Beliau boleh pula cakap politik di rumah ibadat? Kalau Umno-BN semua halal dan ok.
Apakah ini semua bukan politik?..apakah jika ada pengishtiharan peruntukan/hadiah/kewangan oleh pemimpin parti politik semasa musim pilihanraya di masjid baru dikira 'tidak politik' kerana 'menceriakan' wajah ahli kariah? kalau hanya memberi ceramah/kuliah tanpa sebarang tawaran dan janji wang, ia dianggap sebagai politik?..

Hanya mereka yang tidak waras shj akan memandang isu diatas tidak kaitan dengan politik..walhal jelas, ianya juga ada perkaitan dengan politik, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung..

Untuk yang terakhirnya, penulis menuntut pihak kerajaan, khususnya mereka yang mempunyai kuasa agama supaya mendefinisi maksud POLITIK yang sebenarnya...POLITIK mana yang dibenarkan dibicarakan/dilakukan di dalam masjid, dan POLITIK yang bagaimana diharamkan di dalam masjid...

Akhir kalam, penulis tetap dengan pandangan penulis, bahawa memisahkan politik dari Islam, atau kefahaman politik suku agama suku adalah membawa kepada kekufuran!..wallahua'lam...

baca lagi [click here]...

Thursday, April 29, 2010

Penyokong Shahidan Kassim dakwa kerajaan negeri bawah pimpinan Mad Said kurang pembangunan



Oleh: Pria Malaya

Jika anda seorang yang sering melayari laman FaceBook bekas MB Perlis, Syahidan Kassim, anda pasti akan terjumpa kenyataan beliau yang kerap memperlekeh dan mengkritik Menteri Besar yang baru pilihan sultan, Mohd Isa Sabu atau gelarannya Mad Isa...

Penulis pernah bangkitkan hal ini beberapa kali, dan terbaru boleh baca di sini (PANAS: Bekas MB Perlis 'hentam' MB Mad Isa dan kerajaan negeri dalam face book!)..

Kini, kecaman dan kutukan terhadap MB Mad Isa bukan sahaja oleh bekas MB Perlis itu dan penyokong berdekatannya, ianya mula melarat kepada penyokong2 Umno Perlis peringkat bawahan... ternyata, luka yang ditinggalkan jia tidak dirawat, akan mengakibtkan berkudis dan bernanah...

Kini terdapat sebuah Kelab penyokong Shadidan Kassim oleh penyokong bawahan yang diberi nama, "Support Dato Seri Shahidan Kassim for Perlis Real MB"..

Seperti biasa, kenyataan2 dan postingnya akan memuja, memuji dan mengangkat Shahidan Kassim sebagai HERO, dan MB Perlis yang sah, dalam masa yang sama menghentam Mad Isa dan kerajaan negeri di bawah pimpinnannya..

Penulis terkesan dengan salah satu posting laman itu sepertimana berikut...

Ramai kontraktor kontraktor mengeluh, kerana kekurangan projek di Perlis. Adakah Perlis hampir muflis sehinggakan kurang projek-projek pembangunan? Dimana wang peruntukan untuk memajukan Perlis? Setelah 2 tahun memerintah Perlis, kami rakyat mahukan satu pembangunan, tapi nampaknya pembangunan yang kami idamkan hanya angan-angan Mat Jenin. Perlis nampaknya sepi dengan projek pembangunan. Dimanakah perubahan setelah 2 tahun memerintah? Nampaknya kemajuan Perlis sekarang hanya hasil titik peluh DSSK. Kami belum nampak pembangunan yang dibangunkan oleh pemerintahan sekarang. Mampukah Perlis mencapai kemajuan pada 2015? Hak Rayat Untuk Bersuara!!! -PIK-
Melalui kenyataan di atas dan situasi yang berlaku di Perlis kini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara, antaranya:

1. Ternyata Perlis rupanya masih kurang pembangunan dan kemajuan bilamana penyokong tegar Umno sendiri mengakui hakikat ini...dikatakan ramai kontraktor mengeluh krn projek berkurangan di Perlis, dan sebagainya...semua janji2 pembangunan sebelum ini adalah ibarat 'angan2 mat jenin'..selain itu, pergaduhan antara dua puak Umno ini juga sebenarnya antara menyumbang kpd kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Perlis...

2. Penyokong Umno berdegar2 menyalahkan kerajaan Selangor (dalam siri kempen PRK Hulu Selangor) baru2 ini atas dakwaan GAGAL memajukan Selangor setelah diberi mandat lebih dua tahun..pelbagai cerita dijaja, malah terpaksa mereka fitnah bagi memburukkan kerajaan Negeri Selngor bawah pimpinan Pakatan Rakyat..namun, kenyataan penyokong tegar Umno diatas yg kemudiannya disahkan oleh rakann2ya, juga membuktikan Perlis di bawah pimpinan Umno juga sebenarnya GAGAL membela rakyat dan menjanjikan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat setelah diberi kuasa mentadbir dua tahun..

3. Bekas Mb Perlis ternyata mampu mengumpulkan penyokongnya dari setinggi2 pangkat sehinggalah serendah2 penyokong bawahan..ini pastinya akan menghancurkan Umno Perlis jika tidak dirawat..dan ini juga membuktikan bahawa wujudnya dua pihak yang bertelagah di dalam Umno negeri, sehingga keperluan dan pembangunan rakyat terabai...

4. Shahidan Kassim dan penyokongnya boleh didakwa menghina kuasa sultan kerana mempertikaikan perlantikan MB Mad Isa sebagai MB Perlis yang sah..

5. Umno tidak berhak mendabik dada bahawa merekaah yang terbaik dan sebagainya kerana hakikatnya, mereka juga mempunyai kekurangan dan kelemahan, bahkan tidak mampu mambawa kemajuan dan pembangunan sepertimana yg diimpikan...hujah ini boleh digunakan di PRK Sibu nanti...

Akhir kalam, mungkin bagi sesetengah pembaca, isu ini adalah kecil dan remeh, tetapi bagi penulis, isu ini adalah antara hakikat penting untuk difikirkan bersama tentang sikap Umno dan pemimpin mereka (bergaduh kerana kuasa), selain merupakan satu counter attact atau backfire kepada penyokong2 Umno khususnya cybertroopers mereka bahawa UMNO BUKANLAH SEGALA-GALANYA...wallahua'lam...

baca lagi [click here]...

Anak Melayu terbunuh: Ekstrimis Melayu (PERKASA) bisu, 'komunis Cina' (DAP) bantu!



Oleh: Pria Malaya

Dua perkataan atau gelaran di atas bukanlah direka oleh penulis...gelaran 'ekstrimis Melayu', 'NGO radikal Melayu', 'puak pelampau' dan segala yang berkaitannya yang ditujukan kepada pertubuhan NGO PERKASA adalah daripada pihak sekutu Umno sendiri, iaitu MIC dan Gerakan...Sementara gelaran 'Komunis Cina', 'kaum pendatang', kafir harbi' dan lain2 gelaran seumpamanya pula adalah ilham dari pemikiran beku penyokong parti perkauman (Umno) yg merujuk kepada parti DAP...


Apa yang hendak dibangkitkan penulis di sini ialah, setakat hari ini, setelah kejadian yang menimpa arwah adik Aminulrasyid berlalu beberapa hari, PERKASA sebuah pertubuhan yang kononnya membela dan memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu (lebih dari parti dan kumpulan Melayu lain) dilihat gagal sama sekali bertindak dalam kes besar seumpama ini..tiada apa2 kenyataan yang tegas dibuat di sini, apatah lagi bantuan dari pelbagai sudut buat arwah adik Aminulrasyid sepertimana yang cuba dilakukan oleh seorang menteri Umno, Noh Omar...


Sementara itu, sebuah parti majoriti Cina yang dituduh penyokong Umno (termasuk PERKASA itu sendiri) sebagai 'anti Melayu', 'ekstrimis Cina', dan lain2nya sedang berusaha untuk mendapatkan keadilan untuk allahyarham adik Aminulrasyid..ternyata DAP lebih 'Melayu' dari PERKASA dalam kes ini..sungguh memalukan!...boleh baca kenyataan Lim Kit Siang dlm isu ini di blog beliau (klik sini)..




Ada TIGA kemungkinan kenapa PERKASA lembab bertindak dlm isu ini, pertama sama ada PERKASA sebenarnya dilema samaada mahu menyokong pihak polis atau arwah mangsa, atau kemungkinan yang lain, terlalu sibuk dengan politiking (berseteru) dengan rakan baik Umno, iaitu parti MCA..atau kemungkinan yang terakhir, PERKASA sebenarnya bukanlah pejuang tulin bangsa Melayu/Islam!..mereka sebenarnya turut mempunyai agenda tersendiri...jika sanggup menyokong calon India menentang calon Melayu/Islam di Hulu Selangor, apalah sangat isu ini..


Begitu juga kalau kita lihat di awal kes ini (kematian arwah adik Aminulrasyid), penyokong2 tegar Umno diruang2 maya beriya2 mengatakan DAP pasti tidak akan perjuangkan isu ini sebab yang mati adalah melibatkan orang Melayu, PAS dan PR akan senyap dlm isu ini, PAS dan PR lebih berminat untuk membela Kugan dan Teoh berbanding anak Melayu, dan pelbagai lagi fitnah dan tohamahan jahat...nampaknya hari ini, mata mereka akan terbeliak apabila melihat fakta berlaku sebaliknya..


Akhir kalam, gambar2 dibawah menceritakan segalanya.korang nilai dan fikirkan sendiri...wallahua'lam...
















Sumber gambar: Blog Dr Lo' Lo'

p/s: Ada seorang penyokong Umno menyatakan bahawa PERKASA turut mengunjungi rumah keluarga arwah, dan menghulurkan sumbangan (pagi 29 April)...penulis jawab...

"PERKASA dikatakan 'lebih' keras perjuangannya membela dan mempertahankan melayu mengalahkan kumpulan2 dan pihak lain termasuk Umno..ini diakui sendiri oleh penyokong Umno...namun dlm isu ini, tiba2 PERKASA nampak 'terkebelakang' dari seorang menteri Umno yg sanggup meyedikan khidmat guaman (dn lain2 bantuan)...

selain itu, tujuan artikel ini ditulis juga adlah utk membandingkan PERKASA yg dikatakan paling kuat pembela Melayu, dan DAP, sebuah parti yg paling ekstrim Cina dan anti Melayu (mengikut tafsiran penyokong Umno dan PERKASA)...satu keadaan yang begitu kontradik (ekstrim melayu dan ekstrim Cina), tetapi boleh lihat siapakah yang benar2 mahu membantu Melayu..selain membuktikan DAP bukanlah anti kepada melayu sepertimana dakwaan PERKASA dan rakannya dlm Umno..

Apa pun, cuba fahami maksud tersirat penulisan artikel ini, bukan tersurat semata2..wallahua'lam.."

baca lagi [click here]...

Gempar: Kes Enjin jet hilang dan skandal kapal selam hantui kerajaan Najib!

1) ATM di saman RM 5 juta kes Kes Enjin Hilang



"Seorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini...Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat".

2) Peguam Perancis akan tiba di KL siasat kapal selam



"Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini...Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan."

Baca berita sepenuhnya di bawah..

Berita 1 (kes enjin jet hilang)

ATM di saman RM 5 juta kes Kes Enjin Hilang

Seorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini.
Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat.

Namun, Brigadier-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab dan empat pegawai senior lain - Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kolonel Mohamad Sani Sumarnak telah mengadu, mereka dipaksa supaya bersara berkait isu tersebut, kata peguam Mohammad Zalil.

"Majlis tersebut telah meminta mereka memberikan keterangan untuk menjawab tuduhan salah laku dan kelalaian atas kecurian yang berlaku pada tahun 2007, mereka memberikan keterangan dan menafikan segala tuduhan tetapi kemudian mereka dipaksa bersara," kata Zalil.

Menurut Zalil, kelima-lima pegawai ATM menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta kerana mereka merasakan pemberhentian mereka membawa maksud tersirat, bahawa mereka telah menipu kerajaan

Kes saman tersebut akan didengar di mahkamah pada 21 April, katanya.

Kerajaan Malaysia menghadapi pelbagai kritikan dan tuduhan amalan rasuah selepas dua enjin F-5E jet Northrop dilaporkan dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007 dan dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat Amerika Selatan.

Kedua-dua enjin tersebut dikesan, dihantar ke Uruguay pada bulan Februari dan pihak berwajib berkata mereka sedang mengusahakan untuk membawanya pulang ke Malaysia


Beberapa Negara yang menghadapi sekatan senjata AS termasuk Iran, Sudan dan Venezuela, memiliki pesawat pejuang F-5 yang menggunakan enjin lama.

Jet pejuang tersebut terbang buat pertama kalinya pada tahun 1963 dan syarikat pengeluarnya Northrop telah menghentikan pengeluaran sejak tahun 1989.

Berita 2 (skandal pembelian kapal selam)

Peguam Perancis akan tiba di KL siasat kapal selam

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.
Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.- malaysiakini
baca lagi [click here]...

[Edisi mesti baca] Kisah sebenar kes arwah adik Aminulrasyid mati ditembak



Keadilan Untuk Aminulrasyid

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut.

Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.



Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2.

Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

baca lagi [click here]...

Wednesday, April 28, 2010

Keluarga Arwah Amirulrasyid dihina: "Mak bapak bangang..anak macam setan" - Forumer Umno


(klik setiap gambar berikut untuk paparan lebih jelas)

Oleh: Pria Malaya

Berikut adalah antara komen/kenyataan forumer penyokong Umno yang dicedok dari laman forum MYKMU, Forum Kumpulan Penyokong Umno...

Mereka bukan sahaja menghina keluarga arwah, tetapi turut menghina dan mengaibkan arwah dengan pelbagai gelaran dan maki hamun..malah, ada yang sanggup mereka cerita dan fitnah jahat semata2 mahu mempertahankan tindakan pihak polis..

Mereka sebelum ni berdegar2 marahkan orang ramai yang mempertikaikan tindakan polis (menambak mati pelajar tingakatan 3) dan kononnya mahu semua pihak bertenang dan serahkan kepada pengadilan, namun mereka jugalah yang bertindak melampaui batas, apabila turut 'menjatuhkan hukuman' kepada arwah dan keluarga arwah sebelum pengadilan berlangsung...cakap tidak serupa bikin...

Apa pun, mari kita saksikan antara posting/komen penyokong tegar Umno dalam isu ini di bawah...

TetamuHariIni

anak aku satu kelas dgn arwah amirul ni

dia kata, arwah ni mmg kira samseng la walaupun baru tingkatan 3... merokok, ponteng kelas, dan melepak dgn budak2 yg dah sekolah lagi.

cerita yg tersebar kat sekolah section 9 tu kata, arwah ni dgn kawan dia curi kereta....then kena hambat dgn polis...

betul atau tidak.....wallahualam
bluessmurf
mak bapak kakak tanggung dosa.

kalau mat rempit bawak moto laju sampai nak rempuh aku, aku baling apa yang ada ditangan........inikan pulak keta datang meluncur laju nak rempuh sekatan polis?

tanya kakak sial tu. adik 15 tahun buat natang apa pukoi 2pagi. PMR dah tak lama lagi dah.

tanya lagi kakak sial tu. kalau dia ambik tempat polis tu.....adakah dia nak kata 'JANGAN.......LANGGAR AKU.....OO SAYANG!".



stratos
Umur 15 tahun bawak kereta, bangang ke famili dia ni.anak macam setan nak bela pulak.Anak aku umur 15 naik basikal je, nak naik motor ke kereta tunggu sampai ada lesen.Sekarang ni banyak mak bapak tak perihatin perangai anak-anak,kecik2 siap bagi kebenaran bawak motor ke kereta.kalau langgar orang macam mana.Aku pernah belasah budak sekolah naik motor langar kereta aku,tak puashati siap panggil bapak dia lagi,dengan bapak dia sekali aku bagi cium jalan.Anak tak reti nak jaga nak marah orang pulak.
mussolini
ini la contoh mak tunggul

buat anak pandai..sampai 8 orang,tapi apa aktiviti anak langsung tak ambik tau

lagu mana bentuk acuan,lagu tu la hasil kuihnya
madinat
ini semua ajaran parti pembangkang le...kecik2 lagi dah disuruh lawan kerajaan..kecik2 lagi mak bapak dah bawak pergi demonstrasi...anak2 adalah amanah..kalau puak2 pembangkang terutama PAS KAFIR nak anak2 dia org jadi SETAN tu kau org punya pasal le.tapi jgn menyusahkan orang lain..
Dura
Anak jahat mengalahkan setan pun mak bapak tetap bela.

Sebab tu perangai macam DAJAL TUA NAK MAMPUS.

Sampai ada mak mati di tangan anak penagih dadah.

Cerdik sangat bela perlakuan jahat anak. Sampai anak berperangai dajal.



mussolini
aku tanya simple ja...pasai apa famili budak bodo neh macam tunggul mati biaq anak bawak kereta takdak lesen

sapa yang ajaq dia bawak kereta tu sampai berani bawak kereta pagi2 buta?

dia belajaq bawak kereta guna kereta sapa? kereta kawan? dia pinjam kereta sekolah memandu?
mussolini
kahkahkah abeh tu mak budak yang mati bawak kereta takdak lesen tu suci sangat ka? lancau dia cakap 100% benar masa sidang media semalam tu

elok sangat la jenih mak tunggul kayu neh didakwa sekali sebagai tauladan

anak tak balik pukoi 2,3 pagi pon tak peduli.esoknya...aku ulang,esoknya tu baru gelabah telefon sana sini cari

awat tak tunggu sampai anak tak balik seminggu baru cari?
Baca seterusnya di laman MYKMU pada tajuk, "Trigger Happy Malaysian Polis! apa komen anda"....wallahua'lam..

baca lagi [click here]...

Lagi bukti Umno/BN salahguna media: Penerbit TV dakwa campurtangan politik!



Oleh: Pria Malaya

Khas buat para penyokong dan pendokong PR, khususnya pejuang cyber..isu ini sebenarnya penting dan perlu disebarkan...tunjukkan pada rakyat bahawa kes2 sebegini adalah antara bukti kukuh bahawa mereka selama ni hanya dijaja dan 'disumbat' dengan berita yang berat sebelah, tidak adil, double standart, fitnah dan lain2 melalui kaca TV (dan media perdana lainnya) oleh kerajaan Umno/BN..

Penulis yakin, kes ini bukan yang terawal mahupun yg terakhir...pasti banyak lagi kes yang telah didiamkan (sama ada takut diambil tindakan atau sememangnya bersekongkol dgn pihak atasan) atau hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada awam..

Apa pun, ini adalah bukti pemimpin2 Umno mempunyai kuasa (menyalahguna kuasa) untuk menentukan corak berita/isu yang disampaikan kepada rakyat sehingga melahirkan rakyat Malaysia (penyokong Umno sebenarnya) yang 'bodoh' dan jahil ilmu pengetehuan, jahil isu semasa, jahil politik negara dan sebagainya...fikir2kan...wallahua'lam..


Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik

Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.

Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.

Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Chou sebaliknya dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara 'pada masa yang sesuai'.



Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.

Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.

'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?

Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.

"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.

"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.

Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.

"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.

Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.

Namun jawapan yang diberikan oleh pemimpin MCA itu ialah pihaknya tidak akan campurtangan dalam hal ehwal RTM.

Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas. - MK

Berita terdahulu:
- Sekatan kebebasan media: "Usul dalam Dewan Negara" - Senator Tunku Abdul Aziz
baca lagi [click here]...

Fitnah jahat: Hasan Ali buat laporan polis terhadap Zahid Hamidi dan Utusan Malaysia



Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.

Dr Hasan berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.

Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.

Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.



"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.

"Saya (juga) dituduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut, Dr Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang disampaikannya itu.

Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.

"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.

Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Zainal Abidin Sakom," katanya.

"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.

"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.

"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.

"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik.

baca lagi [click here]...

Misi Bongkar: Zaid lancar kempen ‘Mengenali Pemimpin Anda’ dedah pemimpin Umno/BN!



KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Zaid Ibrahim (gambar) telah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, tetapi sekurang-kurangnya gelanggang itu memanfaatkan beliau - memperoleh idea untuk menggerakkan kempen “Mengenali Pemimpin Anda”.

Zaid yang berhadapan dengan serangan peribadi sepanjang kempen pilihan raya kecil memberitahu, beliau bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen itu bagi membolehkan rakyat tahu setiap inci tentang pemimpin mereka.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR berpendapat sudah tiba masanya pengundi-pengundi mengenali dengan dekat dan mengetahui latar belakang pemimpin mereka.

“Pakatan Rakyat akan menggerakkan satu kempen untuk menjadikan pilihan raya bebas dan adil menjadi kenyataan di negara ini,” kata beliau.

Zaid berkata, beliau mahu mendedahkan segala-galanya tentang seseorang pemimpin termasuk aspek tidak moral mereka yang digunakan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor.

“Anda melabelkan seseorang itu kaki minum tetapi pada masa yang sama (seolah-olah) mengecualikan pemimpin-pemimpin Umno.

“Saya akan mendedahkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau pada sidang media khas susulan pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu.

Zaid tewas dengan perbezaan 1,725 undi di tangan calon BN P. Kamalanathan.

Dalam kes ini kata beliau, satu benda yang baik ialah mereka mendedahkan tentang segala kekurangan yang wujud.

“Saya merasakan itu tidak salah jika betul. Tetapi isunya ia telah diputarbelitkan dengan memanggil saya menggunakan pelbagai nama untuk memancing undi,” katanya sambil menambah, ia satu perkara yang tidak wajar.

Sehubungan itu kata Zaid, dengan orang ramai sudah mengetahui tentang dirinya beliau akan merayu kepada orang ramai agar sama-sama mengenali pemimpin mereka yang lain.

“Mari mengetahui menteri-menteri kita dengan mendalam,” katanya.

“Kasino mana yang mereka pergi, perempuan simpanan yang mereka ada. Kami tahu,” tambah bekas Ketua Umno Kota Baru ini.

Kempen itu menurut beliau, akan mendedahkan nama menteri dan sanak saudara mereka yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan tidak bermoral.

“Apa salahnya menamakan mereka jika kita ada bukti? Jika kita ada maklumat,” kata beliau menjawab soalan wartawan.

Malah menurut Zaid, Pakatan International Support juga akan dilancarkan di London Julai ini untuk mendapatkan sokongan bagi menikmati pilihan raya yang bebas dan adil - TMI

baca lagi [click here]...

Fitnah dan rasuah: Datuk Zaid Ibrahim mula ambil tindakan terhadap Umno/BN



Berita 1

Zaid Mahu Batalkan Keputusan PRK Hulu Selangor, Saman Utusan Malaysia

PETALING JAYA 28 Apr - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan Ahad lalu atas dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil sikap berat sebelah.

Pada sidang media yang diadakan di kediaman beliau pagi tadi, Zaid berkata beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang menyebarkan dakyat bahawa beliau adalah kaki botol semasa kempen yang diadakan minggu lalu.

“Saya telah mengambil keputusan untuk memfailkan petisyen pilihanraya untuk mengumumkan keputusan tersebut adalah tidak sah. Pasukan peguam saya akan berbuat demikian secepat mungkin.

“Suruhanjaya Pilihan Raya mesti dilihat sebagai tidak berat sebelah. Saya berpendapat dalam hak ini badan tersebut telah bertindak amat berat sebelah dan kita akan mengambil tindakan terhadapnya.

"Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana melabelkan saya sebagai kaki arak," kata beliau. - Sk

Berita 2

Rasuah BN: Zaid Bakal Ambil Tindakan Mahkamah

KUALA LUMPUR 28 Apr - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim bersama barisan peguam terkenal akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa unsur rasuah yang membawa kepada kemenangan Barisan Nasional Ahad lalu.

Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, ketika ini Zaid yang juga seorang peguam terkemuka sedang membuat penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti secara teliti sebelum tindakan tersebut diambil berikutan beberapa kejadian pembelian undi dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh berkempen.

Menurutnya, perbuatan itu juga akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Zaid bersama-sama peguam-peguam terkenal sudah mencadangkan untuk menyelidik hal ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap rasuah yang telah berlaku.

"Perkara serius ini juga akan dilaporkan kepada pihak SPRM walaupun kita kurang percaya kepada keberkesanan SPRM dan pihak mahkamah misalnya untuk menjalankan tugasnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen ketika menghadiri Sidang Dewan Negara semalam.

Dr Syed juga berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak perlu berseronok dengan kemenangan yang diperolehi kerana calon Pakatan Rakyat tidak mengalami kemerosotan undi malah Pakatan Rakyat bertekad untuk meneruskan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

"Ya betul kami kalah dan kami akan bekerja keras lagi untuk memastikan kemenangan dalam masa akan datang. Cuma kekalahan kami disebabkan oleh beberapa faktor rasuah dan Perdana Menteri menafikan adanya rasuah.

"Sebenarnya tidak ada sebab untuk Umno-BN bergembira sangat dengan kemenangan mereka. Ini ialah kerana dalam pilihan raya yang lalu, KEADILAN telah kalah di tiga kawasan negeri dengan campuran undi lebih kurang 6100. Tetapi kali ini daripada ketiga-tiga kawasan itu mereka menang hanya dengan kira-kira 1,700," katanya.

Dr Syed juga menyifatkan prestasi Pakatan Rakyat menerusi keputusan pilihan raya kecil kali ini secara umumnya adalah baik.

"Yang lebih penting dalam soal ini ialah bahawa kalau dulu ketiga-tiga kawasan negeri, kita (Pakatan) kalah tetapi dalam pilihan raya kecil ini apa yang nyata ialah daripada tiga kawasan itu, satu kawasan telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat iaitu Kuala Kubu Bharu, Pakatan mendapat 7,194 undi manakala Umno mendapat 5,153 ertinya lebih kurang 7,200 berbanding dengan 5,200 jadi majoriti 2,000 padahal kita kalah pada tahun yang lalu dengan kira-kira 4500 undi."

Katanya di Hulu Bernama pula, menunjukkan peningkatan yang sangat baik kepada calon Pakatan.

"Ini adalah kawasan Melayu dan termasuk di dalamnya adalah kawasan Felda dan kita dapati di kawasan Felda, undi bagi Pakatan telah meningkat dan itu sebab itulah majoriti Umno di Hulu Bernam dapat dikurangkan iaitu apabila Pakatan mendapat kira-kira 5,400 dan BN mendapat lebih kurang 7,200 undi.

Sementara itu, jelas beliau lagi, di Batang Kali jurang semakin berkurangan apabila Pakatan memperoleh 10,600 undi manakala Umno mendapat 11,600.

"Ertinya, majoriti telah dikurangkan di situ," kata beliau.

Dr Syed juga turut mempertikaikan tawaran korupsi sejumlah RM50,000 yang dijanjikan Perdana Menteri kepada peneroka Felda Sungai Buaya sebelum pilihan raya diadakan.

"Tanah di Sungai Buaya itu telah dibeli oleh syarikat Etika dan syarikat itu telah ditutup. Sebab itulah selama kira-kira 20 tahun peneroka tidak dibayar, tiba-tiba sekarang dijanjikan RM50,000 dengan RM1,000 sudah dibayar walaupun waktu mula-mula dibeli dahulu Etika telah membayar RM100,000 jadi RM850,000 masih tak dibayar lagi dan kemudian syarikat itu telah ditutup.

"Sekarang saya nak mempersoalkan siapakah yang akan membayar RM50,000. Siapakah yang akan menanggung RM850,000 yang belum dibayar?

"Dari manakah punca wang itu akan datang? Adakah ia daripada parti, adakah daripada sumber lain, yang nyata ialah tawaran itu berupa korupsi. Kita tahu juga ada bahawa yang ditawarkan sehingga RM250 dan RM500 malah sehingga RM1,000 kepada keluarga-keluarga tertentu dan kita mempunyai bukti terutamnanya kepada keluarga India dan Melayu dan ini adalah satu perkara yang sangat-sangat serius," katanya lagi.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh dan Senator Pakatan Rakyat termasuk Ramakrishnan Suppiah, Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Mumtaz Md Nawi.- SK

baca lagi [click here]...

Thamrin Ghafar: Sudah Tiba Masanya Saya Menyokong Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 27 Apr - Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.- SK

baca lagi [click here]...

Drama MCA vs PERKASA (sekutu Umno)



“Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi,”
- MCA

“Sebenarnya isu video, masalah dalaman dan tidak berkhidmat kepada rakyat merupakan faktor mengapa masyarakat Cina tidak mengundi BN..Mereka membenci sangat MCA, MCA yang harus dipersalahkan... jadi mengapa mempersalahkan Perkasa... apa yang istimewa sangat dengan Perkasa” - PERKASA

Baca seterusnya di bawah:

MCA: Gesaan MP Pasir Mas hasutan, mahu BN jauhi Perkasa

KUALA LUMPUR, 27 April — MCA menyelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan anggota Parlimen Pasir Mas itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.

“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika Barisan Nasional mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau dipetik Bernama.

“Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.

“Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi,” katanya. - TMI

PRU-13: Melayu tak akan undi calon MCA, kata Perkasa

KUALA LUMPUR, 28 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran orang Melayu tidak akan mengundi calon-calon yang diletakkan oleh MCA dalam pilihan raya umum akan datang.

“(Oleh itu) mungkin MCA boleh menyalahkan Perkasa (kelak),” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mendakwa MCA menggunakan Perkasa sebagai “kambing hitam” untuk menjustifikasikan kemerosotan sokongan pengundi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor Ahad lalu.

“Sebenarnya isu video, masalah dalaman dan tidak berkhidmat kepada rakyat merupakan faktor mengapa masyarakat Cina tidak mengundi BN.

“Mereka membenci sangat MCA, MCA yang harus dipersalahkan... jadi mengapa mempersalahkan Perkasa... apa yang istimewa sangat dengan Perkasa” kata beliau lagi sambil menambah, pengundi Cina sudah mula membenci MCA sebelum kelahiran Perkasa.

Ketika Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa bulan lalu, Ibrahim juga memberi amaran bahawa sesiapa yang memusuhi Perkasa tidak akan mendapat sokongan badan bukan kerajaan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, MCA menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, kenyataan beliau itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.

“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,” katanya.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika BN mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau.

baca lagi [click here]...

FaceBook "Keadilan untuk adik Aminulrasyid"



Join Face Book

"KEADILAN untuk ADIK AMINULRASYID"

dan..

"KAMI BENCI KEKEJAMAN POLIS MALAYSIA! - JUSTICE FOR AMINULRASYID"

Antara komen pengunjung FaceBook "Keadilan untuk adik Aminulrasyid"..

Nur Hadi Mohamad

KENAPA ORANG BENCI PADA POLIS??? Benci KEKEJAMAN Polis pun betul jugak. Tapi kita tengok la... SIAPA KETUA POLIS NEGARA??? Macam mana perangai KPN??? Aku rasa semua dah maklum... Kalau KEPALA pun dah BUSUK! Tak pelik la SATU BADAN orang pandang BUSUK!!!
Nurhamizah Zaid
Senang2 jer nak tembak~~ Arwah bukan ada pistol pon nak balas tembakan.... X masuk akal betul la polis Malaysia nih~~~ stakat parang** yang dijumpai,,, x mengancam nyawa polis lansung~~ semakin x respect ngan polis dan Kerajaan Malaysia~~~Huhhh!!

** Tah betul ke x parang suspect... tah2 diletak tuk jdkan alasan~~
Muaz Mohd Noor
ya Allah, kesiannya...umur baru 15 tahun...xkan polis xdapat cam yg dikatakan penjenayah tu dewasa atau masih kanak2 (mengikut akta kanak2, mereka yg bawah umur 18 tahun ditakrfikan sbg 'kanak2')....kalau dr segi kesalahan dan hukuman pun ada peringkat kesalahan juvana (bawah umur 18tahun) dan bukan juvana (18tahun ke atas)..xkan dari segi tindakan dan carategah pun xde cara juvana..

mungkin ni kes salahguna or eksploitasi kanak2 bawah umur oleh penjenayah...tak tahulah mcm mana kalau budak umur 11 tahun or 12 tahun (cntohnya) yg terikut, pastu ditembak mati pula budak tu sedangkan mereka tidak bersalah (hanya disalahguna)..kan nampak tindakan (tembak sampai mati) tu tak tepat...

satu lagi, xde tembakan amaran dahulu ke...patutnya tindakan lepaskan tembakan ni 'PALING terakhir' (terdesak yg amat), bukan tindakan yg dikatakan 'akhir' semata2..makna kata, sebolehnya cuba dielakkan...

makin lama makin xpercaya dah alasan2 pihak polis ni, kdg2 pihak polis ni mereka alasan demi mempertahankan tindakan mereka...banyak dah kes terjadi n ramai yg xtau..mungkin segelintir yg teruk, bukan semua polis camtu...

apa pun, harap kes ni dpt diselesaikan seadil dan sebaik mungkin..

takziah pada keluarga mangsa...n 'takziah' juga pada pihak Polis Di Raja Malaysia..
Effi Yana
itu semua alasan polis semata-mata,suker mengaburi pandangan masyarakat,,aper yg polis tgk sume nyer jenayah.pikir logik sket,x kan kete kakak die ade parang...tue sume bleh dilakon kn semula..benda bleh diletak n angkat semula..anak buah aku yg umur 10 tahun pun tau angkat n letak semula...kesian utk keluarge mangsa...tp maybe polis mase tuh panic,die igt penjenayah,coz ade aksi kejar mengejar n die trus lepas kn tembakan.

tp itu x patut,bukan ker polis sudah dilatih utk peka dgn ape yg akan berlaku.sepatutnyer dr situ bleh tau,samada betul ke arwah penjenayah,betul ke ade senjata,tue sume bukan sudh dilatih ker...teringat aku mase kes,polis blasah budak rempit hingga mati..tue pun polis salah kn arwah budak tue...hmm....mintak keadilan sket...org malaysia sume pandai2 belaka,,bukan kuno2 lagi...


baca lagi [click here]...

Jangan gelar dia penyamun, rayu ibu remaja ditembak polis..(video inside)



SHAH ALAM, 27 April — Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.

“Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan,” katanya kepada pemberita di rumahnya ketika dikunjungi Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Norsiah, 61, berkata beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.

“Saya tidak sangka sikapnya yang manja berlebih-lebihan dengan mencium dan memeluk saya saban hari sejak akhir-akhir ini menjadi kenangan yang ditinggalkannya. Malah dia beria-ria mahu membersihkan kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2004 tetapi itu tidak kesampaian,” katanya.

Norsiah berkata keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini malam tadi.

Aminulrasyid, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu.

Noh pula berkata beliau akan membangkitkan isu kematian remaja itu dalam mesyuarat kabinet esok bagi meminta supaya polis menjalankan siasatan kes itu secara adil.

Beliau berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sendiri telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terperinci dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat.

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata Umno negeri sedia membantu termasuk dalam memberikan khidmat guaman terbaik kepada keluarga itu jika diperlukan. — Bernama



baca lagi [click here]...

Tuesday, April 27, 2010

TERDESAK: Rakaman video bukti Umno/BN peralat kanak-kanak bawah umur






baca lagi [click here]...

Sekatan kebebasan media: "Usul dalam Dewan Negara" - Senator Tunku Abdul Aziz



Menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, masyarakat sivil semakin lantang untuk menentang sekatan kebebasan media yang berlaku di negara kita. Malah, perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong baru-baru ini, telah mendedahkan realiti bagaimana kebebasan media arus perdana dikawal dan disekat oleh pemerintah.

Lantaran daripada itu, senator Tunku Abdul Aziz (gambar kiri), bakal mengusulkan "kes campur tangan politik dalam urusan ntv7 untuk menyekat kebebasan media dan membantutkan perbahasan politik yang sihat", di Dewan Negara dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kes yang cuba diusulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (3) ini tidak sempat dibacakan dalam Dewan Negara, pada hari ini.

"Saya mengusulkan perkara ini kerana percaya Parlimen harus memandangkan berat insiden ini kerana campur tangan politik dari pihak kerajaan - termasuk isteri Perdana Menteri yang bukan seorang ahli Eksekutif - pasti akan menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat.

Ia tidak membantu kita mencapai tahap negara maju, sebaliknya merupakan taktik yang digunakan oleh diktator negara mundur untuk terus membelenggu rakyatnya," kata Tunku Abdul Aziz dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, "Usul ini juga dibawa dalam memastikan profesionalisme dan budaya kreatif media dan serta hak rakyat bersuara tidak terus terjejas."

Joshua Wong (gambar kanan), penerbit rancangan forum Editor's Time, meletak jawatan pada 20 April 2010 untuk menunjukkan ketidakpuasannya terhadap syarikat media yang beliau berkhidmat, kerana tunduk kepada aduan daripada Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor

Setelah sidang media tersebut diadakan, bosnya, Tan Boon Kooi telah mengeluarkan satu kenyataan media, memuji Joshua Wong sebagai pengamal media yang baik. Bagaimanapun, Tan Boon Kooi tidak menafikan tuduhan Joshua Wong

CPI: Najib harus jelaskan

Malah, ketika diminta untuk mengulas isu ini pada 24 April, Rosmah Mansor sekadar menjawab, "I have nothing to say" (Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan).

Dalam satu kenyataan media oleh Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee (gambar kiri), Perdana Menteri Najib Razak didesak untuk menjelaskan sama ada isterinya, Rosmah Mansor, atau stafnya, memberi arahan kepada ntv7? Malah, adakah Najib menyedari bahawa wujudnya arahan, yang kononnya datang dari Jabatan Perdana Menterinya kepada ntv7?

Juga, Lim Teck Ghee menggesa agar Najib menjelaskan sama ada terdapatnya rangkaian langsung dari pejabatnya, untuk memberi arahan kepada stesen televisyen yang dimiliki negara, seperti tv1 dan tv2?

Aliran: Penghormatan kepada Joshua Wong

Selain itu, koordinator Charter 2000-Aliran, Mustafa K Anuar and Anil Netto berkata, pendedahan Joshua Wong dengan sendirinya telah menyangkal dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka mendukung kebebasan media.

Malah, Charter 2000- Aliran memuji ketegasan Joshua Wong untuk mempertahankan kebebasan kewartawanan dan integriti profesionalnya. "Sebelum kita melihat perubahan daripada kerajaan, kami berharap lebih ramai Wong akan tampil ke depan untuk mempertahankan kebebasan media. Hanya apabila individu yang berani tampil untuk menyatakan pendiriannya, barulah perubahan akan menjelma."

Isu kebebasan bersuara kembali mencungkil perhatian umum lantaran perletakan jawatan oleh penerbit ntv7, Joshua Wong baru-baru ini. Sebelum ini, kebebasan bersuara tercabul dalam zaman pemerintahan Najib Razak, apabila beberapa buah buku, seperti "Where is Justice" dan "1 Funny Malaysia" dirampas oleh kerajaan.

Ketika menjawab soalan lisan ahli parlimen Batu, Tian Chua pada 8 April 2010, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein berkata, "Sebenarnya pihak PDRM menahan edaran buku l Funny Malaysia dan Where is Justice adalah untuk tujuan siasatan. Ini adalah tugas PDRM (Polis Di-Raja Malaysia) bagi memastikan bahawa sebarang penerbitan tidak membangkitkan kemarahan rakyat yang boleh atau mungkin memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam."

Pada bulan Februari 2010, majalah kartun kelolaan Zunar, Sumpah di Bumi Komisyen dirampas oleh polis di sekitar Pulau Pinang, termasuk di Seberang Jaya, Butterworth, Taman Bertam, pekan Kepala Batas, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh dan sebagainya.

Lebih awal, Majalah Jenaka Alternatif, Gedung Kartun dirampas oleh pegawai KDN dalam satu serbuan ke pejabat penerbitnya di Brickfield. - MerdekaReview
baca lagi [click here]...

Sekutu parti rasis Umno mula bersuara: "Tangguh bantu kaum Cina" - Presiden PERKASA



Hulu Selangor: Perkasa gesa BN tangguh bantu kaum Cina

KUALA LUMPUR, 26 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.

“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.

BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal minggu lalu Ibrahim sendiri meletakkan majoriti 3,000 kepada BN tetapi Khamis lalu menurunkannya kepada 1,500 undi.

Kata beliau, apa saja yang kaum Cina minta kerajaan sedia berikan tetapi mereka tidak berterima kasih.

“BN kena ambil hati orang Melayu yang tetap setia pada BN.

“Oleh itu dasar afirmatif untuk memperkasakan kaum Melayu dan Bumiputera mesti diterus dan dilaksanakan dengan tegas,” kata beliau dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka.

Malam tadi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

“Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

“Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,” katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata, MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

Ibrahim berkata kemenangan BN membuktikan rakyat mahu ketenangan dan kesetabilan politik.

“Ia juga bukti rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak) sebagai perdana menteri. Ia juga membuktikan politik perkauman ditolak rakyat.

“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kasih pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina.

“Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” katanya.

Katanya, usaha pihak tertentu untuk memburukkan nama Perkasa dalam pilihan raya Hulu Selangor juga tidak memberi kesan. - TMI

baca lagi [click here]...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin