
Korang fikirlah sendiri....
Hartanah Kg Baru mungkin dibuka kepada bukan Melayu
KUALA LUMPUR, 29 Mei — Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah Akta Parlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.
“Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut...apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.
“Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.
Raja Nong Chik (gambar) berkata kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini juga secara dasarnya telah bersetuju mengenai cadangan itu.
Sekatan kepentingan tanah yang terdapat di dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.
Ia secara tidak langsung menjadi satu dilema dalam isu-isu tanah di kawasan berkenaan selain disifatkan akan mengehadkan potensi pembangunan Kampung Baru, sekiranya sekatan itu dikekalkan.
Ditanya sama ada nilai RM4,000 sekaki persegi yang dituntut pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu adalah realistik, Raja Nong Chik berkata ia agak tinggi, tetapi tidak mustahil nilai hartanah di kawasan berkenaan akan mencapai tahap itu dalam jangka masa panjang.
Selain itu Raja Nong Chik berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk melantik Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemaju utama dalam melaksanakan pembangunan Kampung Baru. Selain PNB, kerajaan juga menawarkan kepada dua lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad, katanya.
“Tiga GLC ini kita pilih sebab ia berpegang kepada kepentingan bumiputera. Memang ada GLC lain yang lebih besar tetapi kebanyakannya tidak berasas kepada kepentingan bumiputera.
“Kerajaan pula tidak akan menjadi pemaju...kita tidak ada keupayaan itu sebab itu kerajaan hanya akan menjadi pengawal dan penyelaras bagi projek ini,” katanya.
Manakala GLC yang lain digalakkan untuk menjadi pemilik atau penyewa utama hartanah di Kampung Baru. Kampung Baru mempunyai keluasan sejumlah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan.
Majlis perjumpaan itu menyaksikan kira-kira 1,000 pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru hadir, bukan sahaja untuk mendapatkan penjelasan mengenai transformasi yang akan dilaksanakan tetapi turut mengutarakan pelbagai soalan dan pandangan berhubung projek berkenaan.
Hadir sama Timbalan Menteri Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha (KSU) kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib dan Timbalan KSU Datuk Bakaruddin Othman yang mengendalikan sesi penerangan berkenaan dengan baik dan bersahaja.
Rata-rata para hadirin bersetuju supaya Kampung Baru segera dibangunkan, namun isu nilai tanah serta cadangan untuk membuka kampung Melayu itu kepada orang luar merupakan antara persoalan utama yang paling banyak dibahaskan.
Suasana musyawarah dalam majlis itu beberapa kali tergugat apabila ada beberapa pihak yang sedikit emosi ketika menyatakan pandangan mereka.
Bahkan cubaan Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang turut hadir di majlis itu untuk menyuarakan pandangan telah dinafikan beberapa pemilik tanah dan pewaris yang hadir kerana menyifatkan beliau tidak ada kena mengena dalam hal ehwal pembangunan Kampung Baru. — Bernama
baca lagi [click here]...
NOTIS: Entry yang mesti kalian lihat dan sebarkan..(isu semasa)
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
2. Isu HANGAT 2
BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!
3. Isu HANGAT 3
Isu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..(sila sebarkan!)
4. Isu HANGAT 4 [TERBARU]
Koleksi berita sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!
Sunday, May 30, 2010
Lagi kerajaan Umno gadai tanah Melayu: Kalau lah idea ini datangnya dari negeri Pakatan Rakyat atau DAP....
Judi Bola: DAP tolak, Gerakan bantah, Umno sokong..(video inside)

Berita 1
Pulau Pinang tolak permohonan lesen judi Ascot Sport
PULAU PINANG, 28 Mei — Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat dengan semua Exco kerajaan negeri dan mengikut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.
“Sudah cukup premis perjudian yang ada (di negeri ini), mereka mahu mengadakan hampir 12 kali cabutan dalam seminggu, ini akan akibatkan kemusnahan kekeluargaan dan memberi impak negatif kepada golongan remaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Lim berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) telah diarah membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.
“Keputusan ini juga untuk mempromosikan kehidupan masyarakat yang lebih sihat,” katanya. — Bernama
Berita 2
Dilema Judi Sukan : Umno Sokong, Gerakan Tolak
Tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan operasi judi sukan yang diluluskan Kerajaan 1Malaysia baru-baru ini mencetuskan perbalahan antara komponen Barisan Nasional.
Portal Malaysiakini melaporkan Adun Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah menyokong usaha Perdana Menteri Najib Abdul Razak memperkenalkan judi sukan dalam budaya negara ini.
Arif Shah berkata, industri judi sukan haram dapat dikawal sekiranya ia dinaungi undang-undang Malaysia. Ini dapat membantu pihak berkuasa mengenalpasti dan menangkap pengusaha judi sekiranya ada kempen membasmi perjudian di masa hadapan.
Arif Shah turut menyifatkan Pakatan Rakyat bermain politik dalam isu judi sukan ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Oh Tong Keong pula membantah kelulusan lesen judi ini.
Tong Keong berkata tindakan Perdana Menteri Najib Abdul Razak ini hanya membuka strategi baru kepada ah long dan pengusaha judi untuk menyamun pendapatan orang-ramai.
Tong Keong juga melahirkan kebimbangan judi sukan ini akan menjadi batu loncatan kepada pelbagai aktiviti gelap di negara ini. - TV Selangor
baca lagi [click here]...
Saturday, May 29, 2010
Biadap: Vincent Tan perlekeh peserta demo bantah Judi bola

KENYATAAN "BIADAP" VINCENT TAN
Tan Sri Vincent Tan yang diberikan oleh pimpinan Umno lesen judi sukan memperlekehkan bantahan rakyat terhadap tindakan kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi Piala Dunia 2010.
Bercakap kepada pemberita di London ,pemilik rangkaian kedai Spot Toto itu dengan angkuh dan sombong membidas pihak yang melarang kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi sukan tersebut sebagai "amat berpemikiran cetek" dan tidak "berfikir secara munasabah".
Vincent Tan menyatakan bahawa lesen perjudian tersebut perlu diluluskan kerana ia memberikan sumber kewangan kepada negara dan mengekang perjudian haram.
Mungkin inilah "fatwa" yang menjadi rujukan Najib sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan) bagi meluluskan Partaruhan Piala Dunia. Bagi Umno segalanya halal jika memberi kebaikan kepadanya. - amkgelangpatah.blogspot
baca lagi [click here]...
Thursday, May 27, 2010
Balasan bongkak: Setelah 'bersilat' dengan MCA, Umno kini 'bersilat' pula dgn MIC!!

Oleh: Pria Malaya
Dulu bukan main bongkak dakwa Pakatan Pembangkang (PR) tak lama, bakal tenggelam, tidur sebantal tapi mimpi lain, boleh bertahan dlm masa 8 bulan lagi dan lain2 lagi kenyataan angkuh lagi sombong...kini rasakan sendiri 'pulang buah paku'nya...
Belum selesai krisis Umno+MCA, kini Umno berdepan pula krisis dgn parti MIC..pemimpin2 sekutu barisan Nasional, baik dari MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain2 lagi kini semakin lantang menghentam Umno...siap diugut lagi keluar dari BN..
Mungkin kita boleh terima jika wujud perbezaan, pertikaian yang wujud ikalangan parti gabungan PR kerana mereka adalah parti (gabungan Pakatan Rakyat) yg baru dibentuk tidak sampai 5 tahun....namun apa alasan parti (BN) yang telah dibentuk berpuluh tahun lamanya sejak dikenali sebagai parti Perikatan (Umno+MCA+MIC) sehingga sekarang masih wujud pertelingkahan sehingga wujud dakwaan dan ugutan mahu keluar dari BN...so, adakah ini bukti BN gah???...
Akhir kalam, jangan terlalu berlagak sangat wahai pemimpin dan blogger bawahan Umno...wallahua'lam...
MIC kaji kedudukan dalam BN
KUALA LUMPUR 25 Mei – Ketua Pemuda MIC, T. Mohan hari ini menegaskan, parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pada Ahad ini.
Sambil menyifatkan tindakan penganjuran berkenaan tidak wajar memandangkan Datuk Seri S. Samy Vellu adalah Presiden MIC yang dipilih secara sah oleh perwakilan, beliau menggesa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari berkenaan.
Menurut Mohan, beliau curiga tempahan oleh UMNO itu dibuat bagi menganjurkan perhimpunan dan pelancaran GAS bagi mendesak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC lebih awal daripada perancangannya.
‘‘Apabila saya telefon PWTC pagi tadi, memang ada tempahan dewan dibuat oleh UMNO tanpa menyatakan siapa yang membuat tempahan serta untuk apa tempahan itu dilakukan.
‘‘Kami (Pemuda MIC) memang kecewa dengan perkembangan ini sekiranya ia dilakukan bagi menyokong sebuah pertubuhan haram, GAS,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum mempengerusikan mesyuarat tergempar Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan di sini hari ini.
Mohan mengulas kenyataan bekas timbalannya, V. Mugilan yang dilaporkan akan membawa 7,000 ahli GAS pada majlis perhimpunan dan pelancaran pertubuhan itu di PWTC Ahad ini.
Selain Mugilan, dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy turut dipecat daripada parti itu semalam kerana turut mendesak Samy Vellu berundur.
Berikutan desakan-desakan berkenaan, anak Samy Vellu, S. Vell Paari yang juga ahli CWC MIC dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam mendakwa UMNO kini melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap ayahnya dengan turut terlibat dalam penubuhan GAS.
Dalam perkembangan sama, Mohan turut meminta polis supaya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan perhimpunan dan pelancaran GAS.
Katanya, perhimpunan pertubuhan tidak berdaftar itu berupaya memberi implikasi keselamatan kepada orang awam di sekeliling kawasan tersebut.
‘‘Jika mereka kata ada 7,000 ahli serta bekas ahli parti mendesak Datuk Seri (Samy) meletakkan jawatan, saya akan bawa 14,000 ahli Pemuda MIC yang menyokong beliau (Samy Vellu) tetapi mampukah polis jamin soal keselamatan di sekeliling?
‘‘Lagipun polis pernah membatalkan perhimpunan Hindraf pada 2008 lalu yang memperjuangkan nasib komuniti India sedangkan GAS hanya bercakap mengenai seorang individu (Samy Vellu) jadi saya harap tidak ada double standard dalam hal ini,” katanya.- UM
Berita berkaitan:
- Pemimpin Umno desak MIC ambil tindakan terhadap S. Vell Paari
- Mohan bongkak, Vell Paari biadab
- Tetap enggan mohon maaf - AJK Pusat MIC
baca lagi [click here]...
Rupanya tanah yang kita miliki di S'pore luas..tapi itu dahulu, tidak lagi sekarang...

rupe2nye, woodland ke tanjung pagar ni jauh jg kn... luas btol tnh yg kite ade kt singapore... tp tu dulu la.. skrang x lagi....
Sumber: Facebook Firdaus Rozi
Oleh: Pria Malaya
Kalau kes ini melibatkan Anwar Ibrahim dan pemimpin PR lainnya, sudah pasti juak2 Umno khususnya blogger2 Umno bermatian2 menyerang dan menyalahkan PR dgn pelbagai usaha dan dakyah palsu demi menghalalkan matlamat mereka...
Pelbagai gelaran diberikan seperti 'pengkhianat negara', 'musuh nagara', jual maruah dan hak negara pada negara asing, wajib dibuang negara dan lain2 lagi timbul di blog2 penyokong parti gerombolan..isu ini kemudiannya dipanaskan oleh media perdana negara (yg telah disalahguna oleh rejim Umno/BN) bagi menunjukkan betapa Pakatan Rakyat adalah parti yg menggadaikan hak dan kepentingan negara pada negara asing...
Namun, Najib dan kepimpinan Umno lainnya bernasib baik, ternyata penyokong2 totok Umno, khususnya para blogger mereka terus membutakan hati menyokong tindakan Najib menyerahkan hak negara pada Singapore dgn cuba memanipulasi cerita kononnya ia adalah win-win situation, menunjukkan kebijaksaan Najib (kononnya), perjanjian lama, dan pelbagai lagi alasan...nak harapkan demo jalanan oleh PERKASA?..jgn harap sekutu Umno dalam diam ini mahu bersuara menegakkan keadilan dan kedaulatan negara, ternyata pergerakan NGO Melayu ini juga mempunyai kepentingan tersendiri....
Akhir kalam, semoga korang renung dan fikir2kan sendiri...wallahua'lam...
p/s: dibawah adalah antara komen pengunjung FB 'Firdaus Rozi' yang juga merupakan suara hari rakyat Malaysia yg perlu direnungkan bersama..crdt buat Firdaus Rozi....
Mohd Amin Hassan: sesekali aku turun sgpore rasa bangga juga tengok..ada juga hak negara aku dlm sgpore..la nie dah takde lah....paling tidak rasa bangga juga tengok lambang maybank besar kat sgpore...
Mohd Hamizi: kat fb ni ada user tunjuk artikel mengenai pembinaan CASINO kat tanah KTMB tuh... diorg dah planning pon.. tunggu masa nak pacak tiang jer...
Mohd Ridzuan Mat Rashid: tunggu dan lihat je (Anak kecil main api-api,tebakar hatinya yang sepi,air mata darah bercampur keringat,tanah yang ada bagi kat orang......
Mark Joe: meniaga air ngan singapore takder untung...buat jambatan tader untung...nih buat bisness tanah plak ada untung?
Mohd Ridzuan Mat Rashid: Kenapa tak bincang dalam Palimen.Bukankah ini harta negara.
Shah Rezza Rezza: sakit telingga mendenggar sakit lagi orang yang menanggung,Ktm oh Ktm slamat tgl KTM...waaaa aku nak keje kat ne lepas nie
Pendikar Melayu: Tanah KTMB tulah satu2nye kedaulatan Malaysia yg masih ade in Singapore. Tanah tu sgt strategik untuk pertahanan dan juga komersial. Dgn tanah tulah kita masih ade bargaining power against Singapore.
Kalau Singapore nak buat hiway ke, MRT ke... melintasi landasan KTMB ni kena minta consent kita dulu...betul x??
Skarang apa dah jadi??? Ngok la Najib ni... org mana nih??? org UMNO ke?? malu aku jadi org UMNO...
Jemput Pise: UMNO...Otak dah tak boleh pakai...tak boleh fikir dah...orang untung..kita rugi..
Nor Suriani: Ni tak boleh jadi ni!satu urusniaga pun tak untungkan Malaysia cuma Limbang aje yang dapat!itu pun zaman Pak Lah!Mana jasa2 Najib ni mengembalikan harta pusaka tanah orang Malaysia ni?asyik lepas kat tangan orang lain aje!!
Moha Bin Jai: aku sokong ngn hgpa..aku pun terkejut dengaq berita baru2 ni..ya la..kerajaan BN johor jual air kat singapore punya la murah..tp bila singpore jual balik ayaq tu kat johor harga dabel..apa la benggang..takkan sampai mcm tu skali nak terkena?so sadddddddddddddddddd!
Remaja Kelantan: NASIHAT APCO..Singapore kan sekutu yahudi..Mestilah yahudi kena untungkan sekutu dia..
baca lagi [click here]...
Tanah KTMB: Najib jangan berlagak ‘serba tahu’
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar tidak berlagak seperti 'manusia yang serba tahu' sebaliknya harus merujuk kepada semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan melibatkan kepentingan negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Najib seharusnya berunding dengan semua pihak termasuk dengan Pakatan Rakyat sebelum menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.
"Datuk Najib sebagai Perdana Menteri tidak boleh berlagak seperti dia malaikat, dan tidak boleh berlagak dia seorang manusia yang serba tahu. Kerajaan sepatutnya merujuk kepada banyak pihak sebelum membuat keputusan penting ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sebelum perjanjian dibuat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Kerajaan seharusnya mewujudkan satu jawatankuasa khas parlimen yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik bagi membincangkan perkara ini.
"Sepatutnya kerajaan membuat perjanjian dengan Singapura, ia perlu dirunding dengan banyak pihak di Malaysia. Sepatutnya kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas di parlimen yang meliputi pelbagai latar belakang politik untuk kita memberikan input yang baik kepada kerajaan," katanya lagi.
Tegasnya juga, PAS bersikap terbuka dengan sebarang tindakan yang bertujuan menyelesaikan perkara-perkara tertunggak di antara Malaysia dengan negara luar, namun ianya harus berpegang kepada prinsip menjaga kedaulatan negara.
Penyerahan tanah KTMB kepada syarikat usahasama itu ujarnya bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri sebelum ini.
"Kita perlu melihat secara menyeluruh penyelesaian yang dibuat oleh Perdana Menteri kita dengan Singapura. PAS berpendiran terbuka iaitu memang sesuatu penyelesaian itu perlu dibuat oleh kerajan dalam kes tertunggak tapi apa yang penting penyelesaian itu harus berpegang kepada prinsip mempertahankan kedaulatan negara kita.
"PAS sangat kecewa apabila kerajaan membuat satu penyelesaian kepada masalah yang berbangkit selama 20 tahun ini dengan tidak merujuk banyak pihak," tegasnya.
Justeru katanya, Najib harus membentangkan satu kertas putih di parlimen mengandungi penjelasan terperinci berhubung perjanjian yang telah dibuat dengan Singapura bagi membuktikan kejujuran mereka terhadap rakyat Malaysia.
"Perdana Menteri harus membentangkan kertas putih pada sidang parlimen nanti untuk memperlihatkan beliau jujur dalam hal penyelesaian berhubung Tanjung Pagar dengan Singapura. Jadi perlu dibentangkan secara terperinci apa penyelesian hasil perjanjian itu dan sebagainya.
"Kalau kerajaan tidak mahu membentangkan kertas putih bermakna kerajaan sebenarnya telah menjual kepentingan negara kita kepada singapura," tegasnya.
Beliau juga berkata, keputusan Najib itu sangat membimbangkan kerana sewaktu beliau menjadi anggota kabinet pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau bersetuju menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei yang mendatangkan kerugian kepada Malaysia.
"Kita sangat ragu dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan seperti usaha Najib sendiri selaku anggota kabinet pada zaman Pak Lah bersetuju menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei yang tidak pun menampakkan ada situasi menang-menang, malah merugikan Malaysia," katanya.
Kelmarin, Najib dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong bersetuju untuk membangunkan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, dan memindahkan stesen keretapi itu ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.
Sebanyak 60 peratus kepentingan dalam Syarikat M-S Pte Ltd akan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sementara bakinya oleh Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura.
baca lagi [click here]...
Serah tanah pada S'pore: "Singapore boleh, Kelantan tak boleh.." - Tok Guru Nik Aziz

Singapore Boleh Kelantan tak boleh !!
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.
Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.
Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.
Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.
“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri.
“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak merugikan,” ujarnya
baca lagi [click here]...
Wednesday, May 26, 2010
[Kemaskini] Poster bantah JUDI Piala Dunia tajaan kerajaan Umno/Barisan Nasional









Thread yang akan menghimpunkan poster-poster, gambar-gambar berkaitan 'Judi bola' yang diluluskan oleh kerajaan Umno/BN sempena Piala Dunia 2010..(akan sentiasa dikemaskini)..
Sertai kempen bantah JUDI bola Piala Dunia di laman sosial Facebook..
1. Gerakan Membantah Judi (GMJ)
2. kami bantah kerajaan luluskan lesen judi bola sepak
3. Bantah Kerajaan Malaysia Luluskan Lesen Judi Bola Sepak
Laman web rasmi Kempen Bantah Judi Piala Dunia..
- http://bantahjudi.wordpress.com/
Sebar2kan..wallahua'lam...
baca lagi [click here]...
Ranking kelajuan internet dunia: Malaysia di tangga ke-101 di belakang Thailand, Mongolia, Filipina dan Singapore.
http://netindex.com/download/allcountries/
Malaysia di kedudukan ke-101 dunia dari 154 negara. Yang tercorot Zambia. Yang juara Korea. Kita kalah dengan Kenya dan Mozambique?
Thailand, Mongolia, Filipina, Vietnam tahap capaian internet lebih laju dari Malaysia. Sementara Singapore jauh di depan...fikir2kan....wallahua'lam...
baca lagi [click here]...
Tuesday, May 25, 2010
Antara Jom Heboh di Kelantan dan program Citrawarna 1Malaysia di Padang Merdeka

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)
Sebelum ini haru-biru juak-juak Umno menghentam kerajaan negeri Kelantan kerana menhalalkan Jom Heboh.
Sebagai peringatan, jom heboh di Kelantan telah dinaungi oleh Tengku Amalin Puteri iaitu puteri raja negeri Kelantan. Walaubagaimana pun, kerajaan negeri yang telah memberi lesen kepada tv3 untuk mengadakan program jom heboh di Kelantan meletakkan beberapa garis panduan yang perlu diiukuti oleh pihak tv3. Alhamdullillah pihak tv3 dapat bekerjasama dan program itu berjaya diadakan dan ini kali pertama konset jom heboh dapat memisahkan antara lelaki dan perempuan ketika konset dijalankan.
22 Mei, Satu program yang diberi nama Citrawarna Malaysia 2010 telah diadakan yang berkonsepkan 1 Malaysia. Diantara program yang ada ialah persembahan dikir barat. Walaupun aku menolak gagasan 1 Malaysia kerana prinsip ini sebenarnya bukannya datang dari semangat cintakan antara kaum tetapi lebih kepada membersih imej yang telah dirangcang oleh pihak yahudi iaitu APCO. Walaubagaimana pun dek kerana mahu tengok Megat Nordin menyanyikan lagu dikir baratnya itu, aku melawan juga arus hidup aku malam itu.
Sampainya aku disana, aku lihat ramai budak-budak sekolah yang menjayakan program ini. Semangat 1 Malaysialah kononnya. Budak-budak disuruh menyanyi pelbagai-bagai lagu kebudayaan demi memupuk semangat kasih sayang antara kaum. Yang ini dalam nafas penuh ego aku akui program ini agak “ok” jugalah.
Namun agak “ok” ini tidak lama. Selepas habis menunjuk kebudayaan masing-masing, menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen telah meminta supaya program itu dilanjutkan dan diadakannya parti HALAL pula. Parti ini dimulakan dengan lagu dikir barat oleh Megar Nordin dengan lagu glamernya lagu Wakaf Cet Yeh yang rata-ratanya parti itu masih dalam keadaan yang terkawal.Namun semuanya bertukar menjadi gila bila bekas pelajar af menyanyikan lagu dangdut inul dan membuat gelak gerudi.
Gelak gurudi yang menghairahkan itu dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat, dari budak sekolah sampailah ke pak cik-pak cik yang rata-ratanya datang ke program ini sekadar untuk berhibur cara KITA. Namun apa yang jelas, hiburan malam itu bukan hiburan cara KITA dan ianya seumpama di disko dan tidak keterlaluan jika program itu disamakan dengan disko halal.
Ini kerana pergaulan lelaki dan wanita malam itu agak terlalu bebas dan ramai anak-anak muda kita TERHANYUT dengan program 1 Malaysia itu. Yang lebih memalukan apabila disko halal ini juga disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah yang datang untuk membuat persembahan tetapi apabila majlis tamat mereka dijamukan dengan hiburan jahat orang-orang dewasa yang jahil tukil ini.
jom heboh berkunjung di Kelantan, juak-juak umno bising kerana kerajaan negeri memberi lesen kepada tv3 untuk mengadakan program jom heboh. Kerajaan negeri memberi lesen kerana program ini dinaungi oleh Tengku Amalin Puteri iaitu puteri raja negeri Kelantan dan kerajaan negeri telah membuat beberapa garis panduan dalam berhibur. Persoalanya ialah, Adakah kerajaan pusat membuat beberapa garis panduan dalam menjaya Pada program Citrawarna Malaysia 2010 itu.- FB Jeming Hasan
baca lagi [click here]...
Monday, May 24, 2010
Gambar berbicara: Lihat dan fikir-fikirkan...


(Klik Gambar utk Paparan Lebih Jelas..)
Tenangkan fikiran.. tenteramkan jiwa...berlapang dada dan berdingin kepala.. bukan nak mengeji dan menghina... gambar ini bukan superimpose tapi dilekatkan dari pelbagai foto..... SELAMAT MELIHAT DAN MENILAI...dan jangan lupa sila berikan pandangan yang jujur dan ikhlas....wallahua'lam...
baca lagi [click here]...
Thursday, May 20, 2010
Lagi cerita khalwat pemimpin Umno: Timb. Ketua Umno cawangan dilepaskan tanpa bicara?

Khalwat : Timbalan Ketua Umno Dilepaskan Tanpa Bicara?
MARANG – Masyarakat sebuah kampung dalam daerah ini, merasa tidak puas hati kerana Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK) tersebut yang ditangkap berkhalwat, telah dilepaskan tanpa bicara.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan telah ditangkap ketika berdua-duan bersama Ketua Puteri Umno Cawangan berhampiran di sebuah Resort tempatan pada jam 3 petang, Sabtu, 24 April lalu.
Yang lebih dikesalkan adalah, lelaki yang bertugas di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam itu, juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim terbabit.
Manakala, pasangannya, bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas) turut menjawat jawatan Ketua Puteri Umno bagi DUN berkenaan.
Tangkapan dilakukan oleh Pegawai Pencegah Maksiat daerah telah menetapkan perbicaraan keatas kedua-dua mereka pada bulan julai depan.
Malangnya, dengan campur tangan politik, kes mereka telah diselesaikan ‘dalam kamar’ tanpa di bicarakan di Mahkamah Syariah pada Isnin lepas 10 Mei, 2010.
Mereka hanya dikenakan denda sebanyak RM2200 setiap seorang dengan semua jawatan dikekalkan.
”Orang Umno tak malu, dan mengaggap maksiat hanya perkara biasa sahaja,”komen seorang penduduk yang tidak mahu dikenali.BO
baca lagi [click here]...
Monday, May 17, 2010
Analisis Sibu: Sokongan Melayu bertambah..pengundi muda sokong Pakatan Rakyat

Berita 1
Sibu: Sokongan Melayu untuk Pakatan meningkat
ANALISIS KUALA LUMPUR, 17 Mei: Menjelang pilihan raya kecil Sibu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin dengan bongkaknya berkata, PKR bermakna Parti Kian Runtuh. Namun, belum sempat keputusan pilihan raya Sibu diumumkan secara rasmi, Muhyidin sudah terbang pulang ke Kuala Lumpur selepas sedar pengundi Sibu menolak BN.
Cakap sombong Muhyidin ditempelak pengundi Sibu beberapa jam sahaja selepas itu apabila calon BN, Robert Lau Hui Yew kalah dalam pilihan raya kecil ini. BN kalah 398 undi walaupun dalam pilihan raya lalu calon BN, Robert Lau Senior menang dengan majoriti lebih 3200 undi.
"Walaupun dalam pilihan raya kecil ini DAP menang 398 undi sahaja tetapi memandangkan BN menang 3,200 lebih dalam pilihan raya umum lalu, ia satu swing yang besar," kata seorang penganalisis politik dari UKM dalam program Analisis di Astro Awani malam tadi.
Yang menarik juga dalam pilihan raya ini, peningkatan besar sokongan pengundi Melayu kepada calon DAP kali ini. Ia memberikan satu indikasi baru bahawa Melayu tidak lari dari Pakatan bahkan sokongan mereka meningkat terhadap Pakatan hatta DAP sekalipun.
Di Kampung Hilir Nangka, Sibu, tempat majoriti Melayu Melanau, DAP berjaya menaikkan undinya sebanyak 34% berbanding undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2008 lalu. Calon BN juga berjaya menaikkan undinya tetapi sedikit sahaja iaitu 12%.
Dalam pilihan raya lalu, calon DAP hanya mendapat 256 undi tetapi kali ini calonnya, Wong Ho Leng menambahkan undinya kepada 344 undi. Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh BN lebih besar tetapi peningkatan ini amat ketara memandangkan serangan perkauman yang dimainkan oleh Umno melalui NGOnya terhadap Pakatan.
Di peringkat Pusat, Perkasa memainkan peranannya. Di Terengganu pula Gertak pula memainkan peranannya untuk memainkan sentimen perkauman Melayu Umno melalui program 13 Mei yang telah dibatalkan selepas didedahkan PAS.
Terbukti pilihan raya kecil ini memberikan pengajaran besar kepada Umno bahawa sentimen perkauman tidak boleh menyelamatkan BN. Ia hanya untuk kepentingan peribadi Umno sahaja. Ini kerana, ketika Umno memainkan sentimen perkauman, parti-parti komponen BN yang mengalami masalahnya.
Selain peningkatan sokongan Melayu, pengundi Cina juga menambahkan sokongan mereka kepada DAP. Kalau diambil sampel di kawasan pilihan raya Rejang Park iaitu kawasan pengundi Cina, undi untuk DAP meningkat sebanyak 25%.
DAP hanya kurang undi mereka di kawasan majoriti Iban namun penurunannya tidaklah ketara sangat iaitu 12% sahaja. Mungkin ini adalah kesan dari kongkongan yang dibuat oleh petugas BN di kawasan pilihan raya ini. Para pemimpin DAP sejak beberapa hari lalu membuat laporan petugas mereka disekat dari memasuki rumah-rumah panjang tempat tinggal pengundi Iban.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, petugas PAS sendiri terasa sekatan ini apabila bilik yang disewa petugas PAS telah ditarik balik.
"Apabila petugas kita pergi untuk persiapan hari mengundi, ada pihak yang menyekat kita masuk ke rumah panjang itu walaupun kita sudah sewa salah satu biliknya untuk petugas kita," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Mustafa telah berada di Sibu seawal hari pengenalan calon DAP lagi. Sejak itu, dia berulang alik antara KL dan Sibu. Beliau baru sahaja pulang dari Sibu dan bertemu dengan Harakahdaily sehari selepas hari mengundi1.
Pada awalnya, Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Wan Rahim yang mengetuai petugas PAS di sana namun selepas deman dan pulang ke Kota Bharu, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS, Nasir Daud mengambil alih tugas beliau mengkoordinatorkan petugas PAS di sana.
Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Mariah Mahmud kekal berada di Sibu sejak sebelum hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi. Peranan beliau bersama Muslimat PAS menganjurkan pelbagai jenis program diakui oleh jentera DAP sendiri.
Para pemimpin PAS pula silih berganti datang. Hanya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak dapat datang namun telah mengirimkan amanatnya. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula diberikan tepukan gemuruh dan standing ovation oleh para pengundi ketika beliau berucap di majlis kempen terakhir Pakatan.
Kesemua mereka berpusat di sebuah rumah yang dijadikan markas PAS di Kampung Hilir dalam Dun Nangka. Hampir semua pemimpin PAS, PKR da DAP ke rumah itu memandangkan kedudukannya yang sangat strategik di Sibu.
Dengan kemenangan di Sibu, Mustafa yakin adalah sukar untuk mana-mana pihak memecahkan semangat setiakawan Pakatan khasnya antara DAP dan PAS.
"Pilihan raya Sibu telah menjadi sangat manis apabila melihat petugas kita menjalankan tugas dengan baik dan DAP pula memberikan sepenuh keyakinan kepada mereka.
"Yang manis lagi, selepas berpenat lelah, kita diberikan kemenangan," kata beliau kepada Harakahdaily.
Kini, tumpuan PAS adalah untuk menghadapi serangan Umno di kalangan orang Melayu pula. Mustafa sedar, Umno telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran mereka.
"Umno nampaknya berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa politiknya dengan cara mendapatkan sokongan orang Melayu seramai mungkin hatta melalui tindakan perkauman mereka walaupun boleh menyebabkan rakan-rakan mereka dalam BN hilang sokongan
"Kelebihan kita adalah kita berpolitik berasaskan Islam bukan Melayu. Bila Islam, kita konsisten dalam menentukan sikap. Umno pula membuat sikap politik berdasarkan Melayu," kata Mustafa mengulas isu nama Allah yang turut menjadi isu panas di Sibu.
PAS kini sedang membuat persiapan untuk membuat retreat khas bagi membincangkan isu pengundi Melayu ini. Mereka yakin, sokongan pengundi Islam akan kekal bersama PAS kerana terbukti Umno hanya mahu mengekalkan kuasa semata-mata sebagaimana di Sibu.
Tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan puluhan juta untuk pengundi Cina tetapi mengabaikan begitu sahaja pengundi Melayu di Sibu membuktikan perkara ini.
"Sebab itu saya katakan kepada pengundi Sibu, jika mereka inginkan pembangunan kalahkan BN. Ketika itu mereka akan datang dan berbuat apa sahaja untuk dapatkan kembali sokongan," kata Mustafa.- HD
Berita 2
Pengundi muda faktor PR menang di Sibu- Hassan Hasbullah
SHAH ALAM, 17 April: Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berpendapat keajaiban yang berlaku di Sibu lebih banyak dipengaruhi kebangkitan pengundi muda yang bersikap liberal.
Menurutnya, walau jumlah mereka turun amat rendah namun sudah mampu mengubah keputusan daripada kajian awal yang memihak kepada BN menjadi sebaliknya menerusi keputusan pilihan raya kecil (PRK) semalam.
Keputusan PRK P212 Sibu menyaksikan DAP menerusi calonnya, Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron cuma mendapat 232 undi.
“Bayangkan sekira mereka turun dalam peratus yang tinggi, pasti majoriti akan lebih tinggi. Apa yang berlaku di PRK P094 Hulu Selangor 25 April lalu di mana jumlah kaum muda turun amat rendah sekali tidak cukup untuk memenangkan PR.
“Sedangkan di Sibu, dalam keadaan jumlah mereka juga rendah tetapi cukup memenangkan PR kerana di waktu yang sama kadar pengundian kumpulan stagnan juga rendah,” jelasnya.
Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya berkata, golongan pengundi muda berusia antara 21 hingga 40 tahun memang diyakini mampu dan boleh mengubah sesuatu keputusan.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, perkembangan aliran liberal relatif mula berlaku selepas era globalisasi di mana kumpulan muda khususnya mula tidak berpegang kepada ketaksuban nilai primitif atau klasik yakni perbezaan kaum, agama, ideologi dan sebagainya.
Sebaliknya, mereka lebih melihat kepada relatif iaitu jika relatif ke positif maka di saat akhir sekali pun mereka akan berubah, bagi beliau, inilah contoh liberalisme yang meminta umat dan mengajar mereka berfikiran bebas dan pemikiran liberal relatif juga mengajar untuk bebas dalam membuat pilihan.
“Dalam kes Sibu, pengundi mula berfikiran, apa salah menerima mesej BN ketika kempen tetapi relatif untuk memilih PR kerana percaturan untuk pilih korupsi, kekayaan atau anti korupsi dan keamanan, di sinilah sikap liberal relatif ini amat baik kerana, bagi saya, ia dari pemikiran Islam,” tegasnya.
Sementara itu, Dr Abu Hassan berkata, selepas ini strategi tentang angka wajar disembunyikan kerana beliau mendapati, bila angka-angka kajian menyebelahi PR maka PR akan kalah dan bila angka-angka kajian menyebelahi BN maka PR akan menang.
Beliau juga menyebutkan kata Aristotle di dalam bukunya Retorik yang menyatakan ‘kenapa perlu diberitahu kepada musuhmu tentang masakanmu yang paling enak, kerana mereka akan menggunakan resepi itu untuk menidurkan kamu dengan kekenyangan’.
Menurutnya empat perkara utama perlu diperkemaskan menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti melibatkan kepentingan menguasai demografi, kepentingan menguasai perubahan corak dan trend kepercayaan politik, kepentingan politikawan membina jaringan partisipasi dan literasi politik iaitu perlunya mereka turun mengundi.- HD
baca lagi [click here]...
Ceramah malam terakhir kempen, lonjak undi untuk calon DAP

3 Jamadil Akhir 1431H.
Gambar oleh Topeng Perak.
Lautan manusia yang hadir di perkarangan Bank Rakyat Sibu di Kg. Dato yang membariskan penceramah terdiri dari Calon DAP Wong Ho Leng, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang,Dato Seri Anwar Ibrahin, Karpal Singkh, Nga Kor Ming, dan beberapa orang yang lain dikatakan merupakan program kempen terakhir Pakatan Rakyat yang telah melonjakkan undi untuk calonnya. Kehadiran sekitar 10,000 orang itu dikatakan sejarah baru di Sibu yang tidak pernah berlaku sebelum dari itu.
Semangat waja mereka tidak mudah luntur dengan mereka terus mengikuti program yang dimulai dari jam 8.30 malam sehingga 12.00 malam walaupun sekali-sekala hujan turun renyai-renyai. - Cina Islam
baca lagi [click here]...
PRK Sibu@TKO: Link yang mesti korang jenguk..
Oleh: Pria Malaya
Khas buat para blogger dan yang seangkatannya, cukup hanya laman forum TranungKiteOnline (TKO), anda pasti boleh hasilkan tajuk artikel yang pelbagai berkaitan PRK Sibu dalam blog anda...=)
Penulis akui, banyak idea nak bukak tajuk pasal PRK Sibu ni bila menjenguk komen2 dan posting sahabat kita di forum TKO..namun, dek kerana banyaknya idea dan kesuntukan masa, penulis hanya kumpulkan linknya untuk korang baca dan nilai..walaupun ada yang lucu, namun terdapat input yang patut diberi perhatin sewajarnya...bagi blogger, memang boleh bantu beri idea nk post entry baru pasal PRK Sibu ni..=)
Akhir kalam, semoga menjadi pengajaran buat TPM Muhyiddin Yassin dan penyokong fanatik Umno yang begiu ANGKUH dan SOMBONG sebelum ini mengatakan BN akan menang dan PR akan kalah seterusnya terkubur...wallahua'lam...
1. PRK SIBU: Agak-agak apa tajuk muka depan UTUSKAN esok ??
2. Aku ISytihar HARI GELAK buat MUHYIDDIN!!!
3. Esok Aku nak beli Utusan Meloya
4. TV Malaysia tak sudi siarkan DAP menang di Sibu...
5. Fakta PENIPUAN di PRK Sibu
6. Cina Sibu tak makan duit UMNO macam Melayu Hulu Selangor
7. Pengundi DAP naik mendadak!!!
8. kaki judi menangis di sibu
9. Terkini: BN Akan Tarik Semula Janji2 di Sibu
Selanjutnya boleh la jenguk sendiri di laman TranungkiteOnline...
Opss satu lagi sebelum penulis terlupa..pasal gambar atas tu, yang tertera kenyataan 'P.M. You Are The Best', korang sendiri la analisis dan buat kesimpulan..=) wallahua'lam...
baca lagi [click here]...
Walaupun PR sudah menang, perjuangan pilihan raya BERSIH tetap dituntut!!
Oleh: Pria Malaya
Sekali gus menjawab tohmahan dan ketidakcerdikan segelintir penyokong Umno/BN dalam isu tuntut pilihan raya bersih...kami tetap menuntut P/raya bersih sama ada MENANG ataupun ketika KALAH dalam P/raya, bukan semasa KALAH p/raya sahaja...ini membuktikan PR serius dengan agendanya mahu membersihkan SPR dari dipergunakan sesuka hati oleh rejim puak pemerintah..wallahua'lam..
Pemuda PAS tuntut hapus undi pos
SIBU, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat menuntut agar undi pos dihapuskan kerana pengamalannya sudah tidak lagi relevan malah bertentangan dengan matlamat asal ia diwujudkan.
Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, undi pos pada waktu ini hanya semata-mata dijadikan talian hayat Umno BN untuk memenangi pilihan raya.
"Walaupun Pakatan Rakyat menang di Sibu, tapi kita tetap tuntut undi pos dimansuhkan," katanya selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu diumumkan malam tadi.
Selain itu, kekalahan BN di Sibu, katanya sangat memalukan kerana undi pos yang sering digunakan untuk talian hayat mereka, gagal memenangkan parti pemerintah itu.
Jika pun BN menang dengan mengeksploitasi undi pos ujarnya, ia bukan sesuatu yang hebat bagi BN malah calon BN itu tidak layak digelar wakil rakyat namun layak dipanggil wakil pos.
"Kalah malu besar kerana undi pos tidak dapat cover, dan kalau menang pun tidak hebat.
"Orang tak panggil wakil rakyat, tapi orang panggil wakil pos," katanya lagi.
Dalam pada itu, Pemuda PAS menyampaikan ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP yang telah menang PRK Sibu melalui calonnya, Wong Ho Leng.
Wong yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.
Bagaimanapun kata Nasruddin, Pakatan Rakyat tidak perlu mendabik dada malah lebih penting adalah terus berbakti kepada rakyat dengan penuh amanah dan dedikasi.
"Semoga dapat laksanakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan berbakti kepada rakyat dan tidak mendabik dada. Tugas Pakatan Rakyat masih banyak dan sukar," ujarnya.
baca lagi [click here]...
Sunday, May 16, 2010
Tahniah DAP, syabas Pakatan Rakyat...takziah Umno+SPR


DAP berjaya rampas parlimen Sibu
10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.
Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.
Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.
Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.
(klik gambar untuk paparan lebih jelas)
Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.
Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.
Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.
baca lagi [click here]...
Saturday, May 15, 2010
Mukhriz tempelak 'YB katak': "Lompat-lompat belum tentu dapat sokongan rakyat"

BN ikrar rampas Kedah dengan cara bermaruah
Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai parti pembangkang, bukan dengan memujuk wakil rakyat lompat parti menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.
"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kemelut dalam parti pakatan Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan. - Bernama
baca lagi [click here]...
Tun Mahathir tak minat Model Ekonomi Baru (MEB) Najib?

Dr M gives Najib's NEM thumbs down
Dr Mahathir Mohamad is not convinced by his protege Prime Minister Najib Tun Razak's New Economic Model (NEM).
The former premier said the economic blueprint contains numerous "unsuitable and imprecise" elements.
An imprecise economic model, he said, will not yield benefits.
Speaking at the Malay entrepreneurs convention at the Putra World Trade Centre here today, Mahathir stressed the importance of striking an economic balance between the races.
“This country has various races; if economic balance is not achieved between them, then there will be no unity,” he warned.
With his trademark sarcasm, the 84-year-old statesman also asked if the NEM was properly reasearched before being unveiled by Najib.
Mahathir said that Malay non-governmental organisations have also expressed concern over the new model, wondering if it will be profitable to the race.
“I was given the opportunity to research the NEM. There is little difference between the NEM and the New Economic Policy (NEP),” he added.
The former premier said he has submitted a memorandum on this matter and was told that it was read by the Cabinet.- MT
baca lagi [click here]...
Umno: Berpolitik dalam masjid tak boleh, konsert depan masjid boleh..(video inside)
Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun ala Islam Hadari....konsert karnival nyanyian di depan Masjid Biru Kristal, Dungun semalam...
Artikel berkaitan:
- Koleksi Umno salahguna surau/masjid demi kepentingan politik
baca lagi [click here]...
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

Oleh: Pria Malaya
Entry penulis kali ini adalah rentetan dari isu Judi Piala Dunia yang hangat diperkatakan ketika ini..selain itu, entry ini juga bertujuan untuk menghimpunkan segala berita/isu yang berkait antara UMNO sebagai sebuah parti Melayu dan JUDI perkara yang diharamkan di dalam Islam di dalam satu entry khas bagi memudahkan rujukan penulis di masa hadapan...
Penulis sebelum ini telah mewujudkan entry 'Koleksi Umno dan ARAK' di sini..
InsyaAllah, entry 'Koleksi Umno dan arak' dan 'Koleksi Umno dan judi' ini akan sentiasa dikemaskini setiap masa..mohon pada rakan2 yang mempunyai maklumat, gambar, video dan sebagainya yang berkaitan Umno dan judi supaya menyatakan/melampirkan kepada penulis utk diupdate di sini..
Akhir kalam, semoga entry berbentuk 'koleksi' ini akan memudahkan rujukan kita termasuk anak generasi kita di masa hadapan utk mengenali lebih mendalam siapakah itu yang bergelar Parti Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO...sama2 muhasabah dan mengambil iktibar...wallahua'lam...
1. Umno dan Magnum Corporation Sdn Bhd:
Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.
Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad ini, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.
Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham. Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.
Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.
Sumber: TKO
2. Umno dan Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
Sumber: TKO
3. Umno dan Sports Toto
(sekadar gambar hiasan)
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis. Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Sumber: Suara Keadilan
4. Umno dan loteri
Gambar: Keratan surat rasmi penyerahan wang loteri dari Setiausaha Agung Umno kepada Bendahari Umno Tahun 1953, Sheikh Ahmad Sheikh Hashim, bapa kepada Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Surat ini telah yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar. Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.
Sumber: Buletin Online
5. Ulamak Pulau Pinang fatwa haram 'Loteri Umno'
Gambar: Keratan Akhbar Utusan Melayu (jawi) bertarikh 1951 diatas menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM. Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951:
Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.Sumber: visi-sufi.com
Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai.
6. Pengedaran 'nombor ekor' (judi) semasa mesyuarat Umno Bahagian



Ahli UMNO edar ‘nombor ekor’ semasa mesyuarat bahagian TEMERLOH – Perwakilan UMNO yang hadir pada mesyuarat bahagian semalam dikejutkan dengan gelagat salah seorang ahli parti itu yang mengedarkan tiket ‘nombor ekor’ kepada perwakilan dan pemerhati..
Sumber: Pinkturtle2
7. Najib gesa masyarakat contohi sifat tokey judi

NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG
Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.
“Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.
“Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.
“Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain,” kata Najib.
Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama.
Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan juga di masa depan.
Sumber: Bernama
8. Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan iklan judi

Bukan sahaja menyiarkan keputusan judi, malah turut menyiarkan permohonan maaf kepada kaki2 judi yang membaca akhbar Umno ini..

9. Umno lulus Judi Piala Dunia 2010
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.
Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sumber: Malaysiakini
p/s: Terbaru, boleh baca di sini, "GEMPAR: Vincent Tan marah Pakatan Rakyat punca lesen judi bola dibatalkan!"
10. Bekas Presiden Umno dengan angkuh mengatakan bahawa beliau akan meluluskan judi sukan sekiranya menjadi kerajaan
"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan. Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.
Sumber: Malaysiakini
11. Pemimpin Tertinggi Umno Sabah (Bekas MB Sabah) meletak jawatan akibat belenggu hutang Judi bernilai jutaan ringgit
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam yang berhutang lebih AS$1.8 juta kepada sebuah kasino di Britain dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian papar di Sabah.
Beliau berhutang kepada Kasino Ritz Hotel di London yang membenarkannya berjudi secara kredit di kasino tersebut. Pengerusi Umno Sabah, Datuk Musa Aman memberitahu akhbar New Straits Times bahawa Osu telah meletakkan jawatan sebagai ketua Umno papar.
Sumber: Malaysiakini dan mStar Online
12. Pemimpin BN cadang pula wujudkan kasino (pusat judi) terbesar di Sabah

Parti Bersatu Sabah has urged the Prime Minister to consider approving a casino licence for Sabah, to further boost the State's tourism.
Its Batu Sapi MP, Datuk Edmund Chong Ket Wah, said the existing law like that applied at Genting Highlands can be applied for the casino in Sabah. "Kundasang in Sabah has the same climate and environment like Genting.
In Sabah now there are 44 jackpot licences and 425 jackpot machinesÉif all these 425 jackpot machines are placed in one building, it is already a casino," he said. Edmund, who fully supported the proposed introduction of sports betting, believed opening a casino in Kundasang would also improve the local economy.
Sumber: dailyexpress.com.my
13. Umno Bahagian Jasin anjur judi 'cabutan bertuah'
Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1.Dalam erti kata lain, JUDI. Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan...
Baca setrusnya di sini, (bukti bergambar), "Lagi 'Umno dan Judi': Biro Belia dan Sukan Umno Jasin anjur judi 'cabutan bertuah'?"
Sumber: Hasbullah Pit
14. Ketua Pergerakan Wanita Umno 'kantoi' akibat tamak hadiah loteri
TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.
Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan.
Katanya, setiba di kaunter premis pertaruhan, isterinya hampir pengsan apabila petugas syarikat berkenaan memaklumkan tiket itu palsu kerana diubah suai.
Sumber: myMetro
15. Sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi) Najib.
UMNO Mahu Bina Kasino Di Sabah -Anwar
SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).
Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Sumber: TMI dan RuangBicaraPriaMalaya.blogspot.com
16. Syubhah: Rosmah Mansor terima sumbangan cek dari Syarikat berkaitan judi.

Rosmah Mansor menerima replika cek bernilai RM100,000 daripada Timbalan Pengerusi Genting, Tun Haniff Omar pada pelancaran Kempen Hari Pahlawan 2009 di Angkasapuri. Turut hadir Ahmad Zahid Hamidi, Joseph Salang Gandum dan Muhammad Abdul Ghani (kiri). – Bernama
Sumber: Utusan Malaysia
17. Zaman Mahathir: BAKTI terima cek dari syarikat Genting.

Imbas kembali 16 Ogos 1990 : BAKTI (Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri) melalui isteri Perdana Menteri ketika itu, Tun Hasmah Ali, menerima sumbangan RM 200 000 dari Genting Group.
Sumber: The Star
18. Pengerusi Umno, Abdullah Badawi menerima sumbangan dari syarikat berkaitan judi, Resort World.

Abdullah Ahmad Badawi mewakil PEMADAM menerima sumbanyak sebanyak RM1.5 juta dari Resort World pada majlis "Kolokium Ke-II Wanita Pemadam 2003: Pencegahan dadah dan AIDS anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Kebangsaan di First World Hotel" pada tahun 2003..
Sumber: PEMADAM
19. Zaman Najib: Syarikat judi taja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.

Syarikat judi Sports Toto menderma hasil judi mereka kepada anak-anak yatim yang beragama Islam di dalam Majlis Berbuka Puasa 2010..Perkara ini langsung tidak diambil kisah oleh Umno sebagai kerajaan ketika itu..yang peliknya, Umno melalak 24jam apabila kerajaan DAP Pulai Pinang memberi bantuan menggunakan dana dari syarikat judi, namun membisu dan membuat tidak tahu apabila syarikat judi terang2 menaja majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim Islam...
Sumber: TheStar
20.Hubungan intim: Pemimpin Umno sanggup terima hasil judi utk disedekahkan kepada rakyat Iraq.
"Sementara itu, Kumpulan Berjaya semalam menyumbang RM250,000 kepada tabung berkenaan, sumbangan terbesar setakat ini yang diterima daripada syarikat swasta.
Mengumumkan sumbangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata berita itu disampaikan kepadanya oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sports Toto Berhad, Tan Sri Vincent Tan."
Sumber: Berita Harian, dan RBPM
21.Pemimpin Umno iktiraf kegiatan yang dijalankan oleh syarikat judi terbesar negara, Sport Toto..
Kerajaan Umno melalui pemimpinnya Datuk Hishamuddin Hussein pernah mengiktiraf anugerah tahunan yang diwujudkan oleh syarikat judi terbesar negara, Sport Toto..gambar menunjukkan beliau 'mencemar maruah' dengan menjadi penyampai anugerah ini kepada bapa seorang bekas pemain skuasy negara menjelang Sukan SEA 2001..
Sumber: Berita Harian
22. BN semarak aktiviti judi: MCA pula sedia beli Tanjong, terokai bisnes judi..
MCA dikatakan menyertai usaha membida bisnes perjudian Tanjong Plc yang bernilai sekitar RM2.5 bilion, syarikat yang turut menjadi tumpuan keluarga Cheng bersama ahli perniagaan Filipina Roberto ‘Bobby’ Ongpin Jr dan beberapa firma ekuiti swasta antarabangsa.
The Malaysian Insider difahamkan MCA telah dinasihatkan untuk membida mendapatkan unit perjudian memandangkan operasi itu menawarkan pulangan baik, sebagaimana disumbangkan oleh perniagaan akhbar harian The Star. “MCA sedang dalam usaha memburu Tanjong,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber: TheMalaysianInsider (ulasan penulis di SINI)
23. Hasil judi negara bertambah: Kerajaan Umno/BN akui bercampur dengan sumber halal
Untuk no.23 ini, sulu rujuk dua link di bawah..
a. TERBARU: Kerajaan Najib-Rosmah akui dana negara bercampur dengan sumber JUDI!
b. Hasil JUDI bertambah: "Kerajaan digesa asingkan sumber 'haram' dalam akaun berasingan" - DAP
**********************
Rujukan tambahan (mesti baca dan sebarkan):
- Syarikat Perjudian Malaysia No. 1 Dalam Dunia! (sejarah judi Malaysia)
- UMNO dan kegiatan judi (Umno-Reform.com)
- Fatwa ajaran Islam (Hadhari) UMNO = Judi itu HALAL (Visi-Sufi.com)
VIDEO UMNO DAN JUDI
Popular Posts
-
Oleh: Pria Malaya Berita semalam melaporkan pendedahan BBC tentang ijazah palsu Dr Fazley..boleh baca dalam blog "ohbulan.com" ...
-
Oleh: Pria Malaya 'Besar sungguh' selera KM Serawak kita ni ya...sudah la orang pilihannya nun dari negara Lubnan, muda remaja pl...
-
Gambar dahulu... Gambar kini... Lagi gambar-gambar RM terkini boleh rujuk pada entry penulis, " Koleksi berita/isu berkaita...
-
Oleh: Pria Malaya Berita ini menggegarkan tanah air Disember tahun lalu..namun sehingga kini yang tertuduh tidak tampil membersihkan diri...
-
Selamat Menimang Cucu, Rosmah KUALA LUMPUR 29 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi nenek bagi kali kedua apabila ...
-
Oleh: Pria Malaya Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPN) menunjukkan negeri Kelantan berada pada tahap...
-
p/s: Korang diwajibkan untuk membaca 2 entry penulis terdahulu mengenai siapa Ummi Hafilda..baca pada tajuk di bawah.. 1. Siapa Ummi Haf...
-
Oleh: Pria Malaya Malaysiakini 9 September lalu melaporkan: During a speech at The Annexe Gallery in Kuala Lumpur last year, Marina Maha...
-
Oleh: Pria Malaya Fuh, berseri dahi RM kita ya...siap bermanik lagi.. (Klik gambar utk paparan lebih jelas) Gambar ni dirakam ketika Ma...
-
Oleh: Pria Malaya Apa yang bakal anda saksikan dibawah adalah isu yang berkaitan dengan pemimpin 'parti gerombolan' dan arak dari ...









