NOTIS: Entry yang mesti kalian lihat dan sebarkan..(isu semasa)
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
2. Isu HANGAT 2
BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina undang2 negara Islam!
3. Isu HANGAT 3
Isu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..(sila sebarkan!)
4. Isu HANGAT 4 [TERBARU]
Koleksi berita sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!
Friday, July 30, 2010
Thursday, July 29, 2010
Hubungan intim dgn pendakwaraya: Azwan Ali hentam Saiful Bukhari dlm blognya..

Azwan Ali yang pernah menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai 'Anjing' telah menghentam 'talian hayat' Umno iaitu Saiful Bukhari gara2 laporan beliau telah berhubungan intim dengan pendakwaraya dlm kes liwatnya..
Dan kecoh semalam....TIMBALAN PENDAKWARAYA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...kena PECAT! Sebab GILA MAIN ASMARA dengan si KENA SUNTOT KOW KOW (sebagaimana dakwaan hanjj dia lah) SI GEBUZZZ ....SAIFUL Bukhary AZLAN !!!
'Eh hello HANJJJ ooi....KO masuk mahkamah....MENUDUH ORANG MELIWAT juborin bangkai ko pun....tak abis lagi....ADA HATI MAIN ASMARA !!! Sah sah SATU DUNIA tahu....betapa hilangnya maruah KO....mengaku KENA SUNTOT kannn??? Kes pun belum selesai...KO TAK ABIS ABIS....CARI PUBLISITI MURAHAN !!! Apa jenis manusia ko ni HA??? Tak payah NAK COVERINA lah KAK SAIFULWATI ooi....BUANG KAREN jerrrr! SEDEYYYY!!! '
'Padan si BETINA GAREK tu pun....KO TU....konon bertaraf penting katanya!!! TIMBALAN PENDAKWARAYA....!!! Eh MINAH ooi.....DAH HABIS JANTAN ker TULIN ker...atas muka bumi ni ....untuk KO BERNAFSU???? Tolong lah.....!!!! SEMPAT lagi ni.....??? Memang HAPRAK punya BETINA....padan kena PECAT !!! Ko lah ???? TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !!! Bekas kena SUNTOT pun...KO PERABIS ya???? '
Diva Azwan Ali amat SETUJUUUUU........ADA AKU KISAH???
baca seterusnya di sini:
- silaserazwanali.blogspot.com
baca lagi [click here]...
Tuesday, July 27, 2010
[Kemaskini] Bicara Gambar dan Video: Siapa Perdana Menteri? Najib atau Rosmah?
1. GAMBAR
Rosmah di depan, Najib dibelakang...Siapa Perdana Menteri? Siapa yg lebih berkuasa?..
2. VIDEO
Perhati minit ke 4.25 sehingga 4.35...siapa yg duduk dikerusi utama (kerusi tengah)? siapa pula yg duduk di kerusi sisi?...siapa ketua keluarga? Rosmah ke Najib?...
Korang fikirlah sendiri....
Baca pula artikel dibawah..dipetik dari blog Dr Azri (DrMaza)...baca yang tersirat, bukan yang tersurat semata2..;)
Saya Ingin Memuji Tun Siti.. - Dr Maza
Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau.
Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.
Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..
Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’.
Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.
Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian.
Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.
Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.
Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!
Sumber: DrMaza
p/s: Entry ini adalah berbentuk persoalan, bukan pernyataan..atas kalian utk menilai dan menganalisisnya...perkara ini bukan lg rahsia dan sulit, ia mula diperkatakan ramai pihak, baik dari kalangan ahli politik, mahupun bukan politik..baik secara terangan, mahupun kiasan..bahkan penyokong tegar Umno/BN sendiri mengakui dan memperkatakan perkara ini..sungguh jelek dan 'menggelikan'....boleh baca di sini sebagai contoh...wallahua'lam..
baca lagi [click here]...
Barang Naik: Selepas Dr Asri, Ust Zaharuddin pula luahkan perasaan terhadap tindakan kerajaan Umno
Zaharuddin.net: "Kasihan rakyat Malaysia yang bakal menghadapi kesan kenaikan harga. Sebuah kenaikan yang pedih dan pasti berangkai. Teringat kisah Khalifah Umar Al-Khattab r.a yang menahan dirinya dari makan daging selagimana rakyatnya masih belum mampu. Memakai pakaian yang dimampui oleh rakyatnya. Berita di bawah, kerajaan melarang menggunakan perkataan biasa 'Barang Naik' dan diarah gunakan perkataan yang sukar difahami oleh orang kebanyakan."
Sumber: FB Zaharuddin.net
Artikel berkaitan:
- Puisi: "Ke Mana Pergi Subsidi Kami" - Dr Mohd Ari Zainul Abidin (DrMaza)
baca lagi [click here]...
Biadap: Angkara benci PAS, penyokong Umno sanggup sebar fitnah kejam dan hina poligami!
Berikut adalah komen/kenyataan seorang penyokong fanatik Umno (Dato' Azaran Umno) yg sanggup menghina poligami dan menyebarkan fitnah jahat semata2 bencikan pemimpin PAS...
GUNAKAN PROFILE KEWARAKAN UNTUK BERISTERI MELEBIH..baca lagi [click here]...
Berikut adalah senarai pemimpin2 Pas yang beristeri melebihi daripada satu:
1. Menteri Besar Terengganu, Hadi Awang. Beliau ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga adalah anak dara (18 tahun) yang terpedaya dengan `kewarakannya'.2. Mohamad Sabu ada dua isteri. Isteri keduanya dirampas daripada rakan karib sendiri melalui kaedah berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu.3. Hassan Abdullah ada empat isteri. Isteri pertama yang tinggal di Kampung Dangar Pasir Mas telah diceraikan kerana berusia lebih 50 tahun. Untuk mencukupkan kuota, beliau mencari ganti di kalangan anak dara, kini beliau sedang dalam proses untuk menceraikan isteri keduanya yang sudah mencecah usia lewat 40-an untuk digantikan dengan anak dara juga.4. Takiyuddin Hassan ada dua isteri. Bakal isteri ketiga dalam proses. Khabarnya dari Negeri Sembilan dan bekerja di Kelantan.5. Buniyamin Yaakob ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga dikahwininya selepas membuntingkannya terlebih dahulu. Seorang anaknya adalah anak luar nikah.6. Wakil Rakyat Pas DUN Selising, Pasir Puteh ada dua isteri. Isteri kedua bakal dikahwininya selepas keputusan Mahkamah Syariah Pasir Puteh nanti. Beliau kini dalam perbicaraan kerana berzina dengan isteri sahabatnya dalam gerabak keretapi.7. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat ada seorang. Memang ada beberapa wanita tergila-gilakan dia tetapi sempat dihidu isterinya. Maka beliau terpaksa tahan nafsunya walaupun membuak-buak sampai ke kepala. (Nik Aziz kena Queen Control ke?)8. Affandi Mohammad ada dua isteri. Isteri keduanya disimpan di Kuala Lumpur. Beliau masih bernasib baik kerana isteri pertamanya belum mengetahuinya.9. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman ada seorang isteri. Tetapi beliau ada seorang perempuan simpanan yang ditinggalkan di sebuah kondominium mewah yang dikawal ketat pengawal keselamatan di Kuala Lumpur. Cukup setakat ini.................
Video: Lokman Nor Adam perjelas kenapa Najib gagal mentarbiah isterinya utk menutup aurat
Kenapa Rosmah Tak Pakai Tudung
"Mungkin Najib tidak mampu meyakinkan isterinya yg mempunyai nafsu utk kelihatan cantik" - Pemimpin Umno
Baca pula dibawah, juga oleh pemimpin Umno, Ust Nakhaie...
Nakhaie Ahmad: “Perbuatan seperti itu (merujuk kepada Rosmah Mansor yang tidak bertudung) satu dosa”...di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama..
Baca seterusnya di sini:
- Nakhaie Ahmad kata, "berdosa tak pakai tudung"....Rosmah kata, "saya tak hirau tuduhan liar"..
baca lagi [click here]...
Saturday, July 24, 2010
Puisi: "Ke Mana Pergi Subsidi Kami" - Dr Mohd Ari Zainul Abidin (DrMaza)
Klik gambar di bawah untuk paparan lebih jelas...
(Poster@gambar setelah dilakukan sedikit pengubahsuaian latarbelakang poster..)
(Poster@Gambar asal dari blog DrMaza)
Sumber: drmaza.com
Ke Mana Pergi Subsidi Kami
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..
sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..
tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..
tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..
tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..
lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..
kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..
dr maza
July 2010
baca lagi [click here]...
Sunday, July 18, 2010
Arah elak perkataan 'Barang Naik': Bukti kerajaan Najib melembukan wartawan media arus perdana

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'
Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.
Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.
Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.
"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.
Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.
Jangan buat tinjauan rambang
Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.
Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.
"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.
Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.
Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
Puji 'keberanian' Najib
Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.
Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.
Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.
Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.
Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.
Media patuhi arahan
Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.
Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.
Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”
Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.
Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.
Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.
Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.
Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.
Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.
baca lagi [click here]...
PANAS: Tindakan 4 ADUN pulau mesyuarat Umno bukti Umno tidak mahu bersatu atas nama Islam!

oleh: Pria Malaya
Kononnya nak bersatu dengan PAS atas nama Melayu dan Islam..namun itu semunya propaganda politik murahan..sudahlah dasarnya masih tidak berubah, feel peimpin pun masih ditakuk lama, bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri...bukti Umno belum bersedia dan hanya sandiwara utk bersatu..
Peringatan dan nasihat buat pemimpin dan penyokong fanatik Umno, SATUkan dahulu ukhwah sesama kamu, satukan dahulu persengketaan antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah (Pak Lah), satukan dahulu hubungan antara MB Terengganu (Mad Said) dengan bekas MB Trengganu Idris Jusuh, satukan dahulu Bekas MB Perlis Syahidan Kassim dan MBnya Mad Isa dan lain2 kepimpinan di setiap kawasan dan bahagian...
Sedangkan sesama Umno masih bertalagah dan tidak bersatu, malah sehingga mencetuskan pergaduhan dan pemusuhan sesama Islam ( di dalam Umno), tetapi di depan rakyat kononnya tunjuk alim ingin berdamai atas nama melayu...ingat rakyat bodoh???
Tindakan empat ADUN bahagian Setiu ‘hina’ pemimpin Umno pusat
KUALA LUMPUR, 17 Julai — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Setiu yang tidak hadir ke persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak menghormati kepimpinan tertinggi dan parti.
Beliau berkata masalah yang membelenggu bahagian Setiu kalau dilihat dalam konteks agenda nasional ia boleh memberikan kesan kurang baik kepada parti.
“Ketidakhadiran wakil-wakil rakyat semasa Timbalan Perdana Menteri merasmikan Umno bahagian Setiu merupakan satu perkara yang mengecewakan saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.
“Ini kerana apabila kita lihat di peringkat nasional masalah di Setiu akan menjadi tanda tanya kerana sepatutnya kita menghormati parti sebab kita meletakkan pertimbangan parti perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.
“Sebab itu kekecewaan Timbalan Perdana Menteri turut dikongsi oleh saya dan kita akan menyedarkan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa kedudukan dan jawatan yang mereka pegang sebenarnya datang daripada sokongan orang ramai, datangnya pengiktirafan daripada parti,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Seputeh di sini.
Semalam empat ADUN kawasan Setiu tersebut adalah Ramlan Ali (Jabi), Abd Halim Othman (Permaisuri), Asha’ari Idris (Langkap) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit) tidak hadir pada persidangan itu yang dirasmikan Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Umno.
Hishammuddin (gambar) berkata walau apa jua alasan yang diberikan keempat-empat ADUN tersebut ia boleh menjejaskan dan mencemarkan Umno Setiu itu sendiri.
“Saya kesal kerana mereka buat begitu kepada Timbalan Perdana Menteri, itu bukan cara kita sebagai orang Melayu.
“Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi kita lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri, menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri dan menghormati parti kerana siapalah kita tanpa parti,” katanya.
Mengenai usaha kerajaan perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan PAS, Hishammuddin berkata perkara tersebut masih belum dibincangkan secara mendalam di semua peringkat temasuk pihak pengurusan dan biro politik.
“Bagi kita apa yang paling penting adalah keikhlasan tapi sehingga kini kita masih belum berbincang secara mendalam tentang hubungan Umno dengan PAS.
“Kalau benar kita nak duduk berbincang pasal nasib bangsa, agama dan tanah air dalam konteks perjuangan Umno dan PAS maka mestilah ada satu titik pertemuan yang ikhlas dan jujur yang boleh membawa kepada satu yang membina dalam perjumpaan itu.
“Kalau tidak tiada sebab itu kita berjumpa dan berbalah,” katanya.
Hishammuddin juga menyarankan agar PAS konsisten dalam pendirian mereka untuk memperjuangkan Islam.
“Jika PAS betul-betul memperjuangkan Islam, PAS jangan berdolak-dalik dan mesti konsisten dalam pendirian mereka.
“Sebab itu saya lihat banyak luahan daripada penyokong PAS sendiri kerana pembawakan kepimpinan PAS berbeza mengikut pemimpin dan tidak sehaluan dan sekata sebab itu kita perlu ada hak dan batasan untuk berpolitik.
“Dalam hubungan antara Umno dan PAS saya tidak meletakkan harapan kepada seorang pemimpin sahaja tetapi perlu lihat secara menyeluruh,” katanya. - Mkini
Berita terdahulu...
Empat ADUN pulau mesyuarat Umno Setiu
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.
Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.
"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.
"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.
Turut hadir, ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli Umno supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Katanya, perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.
"Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu.
Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota Umno sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya.
"Sepatutnya jadi anggota Umno kita serah apa yang ada pada kita, jiwa dan raga demi untuk perjuang nasib Orang Melayu dan Islam di negara kita. Kita ada pilihan, tak ada orang marah kalau tak jadi anggota Umno," katanya.
Katanya menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat pimpinan dan akar umbi untuk mengekalkan hubungan baik dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.
"Bermuhasabahlah kita, dengan mengambil langkah yang bijaksana untuk selesaikan masalah kita. Lagi cepat selesai, lagi baik kerana tanggungjawab kita nak bela dan beri perhatian nasib bangsa kita dan dalam masa sama kita tidak abai tanggungjawab untuk pimpin masyarakat lain kerana kita jadi kerajaan," katanya.
Muhyiddin berkata Umno perlu bangkit semula dalam situasi mencabar terutama selepas keputusan mengejutkan pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
Katanya, usaha perlu dilipat ganda untuk menebus balik negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dan mengembalikan kedudukan dua pertiga Barisan Nasional di parlimen.
"Senario hari ini, kita bukan lagi menghadapi cabaran tetapi ancaman dan kedudukan kita boleh tergugat kalau kita tak jaga.
"Pokoknya, usaha yang boleh kita lakukan untuk kukuhkan parti, jika kuat, rakyat lebih yakin dengan kita, mana yang duduk di tepi-tepi, mereka akan kembali yakin kepada kita, pimpinan dengan semangat baru, mereka akan kembali sokong kita," katanya.- Mkini
baca lagi [click here]...
Saturday, July 17, 2010
Kandang babi moden di negeri Umno: Umno talam dua muka, munafik!!
.jpg)
"Alih-alih pecah berita Negeri Sembilan telah siap projek kandang babi moden Negeri pimpinan UMNO-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Hassan. Ladang babi moden yang disiapkan di Bukit Pelanduk yang heboh dengan kematian akibat J.E dulu telah siap dengan fasiliti moden."
"Timbalan Menteri Pertanian dan asas Tani,Chua Tee Yong (Anak pengerusi MCA, Chua Soi Lek) mengharapkan ladang tersebut berjaya meningkatkan pengeluaran babi yang lebih banyak. Beliau meninjau ladang babi tersebut yang keluasan 480 ekar yang mampu menampung pengeluaran 250-300k ekor dalam satu masa."
**baca seterusnya di sini, "UMNO siap ladang 'Babi Organik'? Jom Demo!"...
Move to pig area farming, farmers urged
PORT DICKSON: Pig farmers are urged to move into the integrated Pig Farming Area (PFA) in Bukit Pelandok near here so that the five-year-old modern facility can commence operations.
Deputy Agriculture and Agro-based Industries Minister Chua Tee Yong said this would help increase pork production.
“The price of pork has increased tremendously due to the lack of supply,” he said.
Concern: Chua (right) talking to villagers who had to close their pig farms and venture into other farming activities in Tanah Merah Site A
“We hope the farmers will talk to the relevant parties and move into the new facility soon,” he added after a tour of the 480ha PFA.
The PFA can house between 250,000 and 300,000 pigs at any one time.
The Federal Government decided to set up the centralised PFA following the Nipah virus outbreak, which killed more than 100 people and led to the culling of thousands of pigs in 1998.
“I would also like to suggest to the farmers to merge their operations to keep costs down,” he added.
Negri Sembilan Livestock Farmers Association head Peter Yeong said many pig farmers were unable to move into the PFA as the cost of doing so was high.
He said one of the conditions imposed was that the premises should be designed by the Vete rinary Services Department and the developer. It is priced at RM1.3mil each.
“The farmers cannot afford that.” Yeong said 120 of the association members paid RM320,000 each for the land but none moved in as the cost was beyond them. - The Star
sumber gambar: kibad.blogspot.com
baca lagi [click here]...
Wednesday, July 14, 2010
Fitnah Anwar 'bayar' CNN: CNN nafi laporan Utusan Malaysia - BERNAMA

CNN Kata Anwar Tak Bayar Untuk Muncul Dalam Programnya
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- CNN berkata laporan mengatakan ia menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program "Connect the World" adalah rekaan semata-matanya.
Jurucakap CNN Selasa melahirkan rasa kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan.
Sejak beberapa hari lepas, beberapa pihak telah mengulas mengenai kemunculan Anwar dalam program CNN itu.
Mereka merujuk kepada tulisan Joshua Trevino dalam The Ledger, sebuah penerbitan online di Amerika Syarikat, yang juga memetik satu atau dua buah akhbar tempatan di sini.
Trevino hanya menyebut secara tidak langsung bahawa mereka yang dilantik oleh Anwar untuk mengendalikan kempen perhubungan awamnya di Amerika Syarikat mempunyai pertalian yang baik dengan media.
-- BERNAMA
baca lagi [click here]...
Tuesday, July 13, 2010
Kaji selidik Universiti Malaya: 54% Golongan Muda Selangor Sokong Pakatan Rakyat, 44% Yakin Umno Parti Rasuah

Pada umumnya pengundi muda yang ditemui dalam satu kajiselidik di Selangor berpuashati dengan penyediaan keperluan asas oleh kerajaan negeri seperti pemberian air percuma tetapi masih tidak berpuashati dengan tahap perkhidmatan yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.
Selain itu, kira-kira 42 peratus pengundi muda yang berusia antara 21 hingga 30 tahun yang sepatutnya layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.
Manakala rata-rata responden yang ditemui turut melahirkan rasa tidak berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh wakil rakyat mereka samada dari Pakatan Rakyat mahupun Umno-Barisan Nasional.
Itu antara rumusan yang diberikan oleh Dekan Fakulti Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar) iaitu ketua penyelidik satu kajian yang bertajuk 'Pola Pengundian Pengundi Muda Dalam Pilihanraya Kecil selepas Pilihanraya Umum ke 12, 2008'.
Selain Dr Mohammad Redzuan, dua lagi pembentang kajian berkenaan ialah Amer Saifude Ghazali dari Jabatan Geografi UM dan Dr Zulkarnain Abdul Rahman, pensyarah Jabatan Sejarah universiti berkenaan.
Menurut Dr Mohammad Redzuan, kajian itu dijalankan terhadap 1,410 responden dipilih secara rawak dari seluruh negeri Selangor dengan menyasarkan pekerja swasta, kakitangan kerajaan, pelajar, bekerja sendiri dan suri rumah.
Dalam pembentangan beliau, Dr Mohammad Redzuan menjelaskan pelbagai persepsi di kalangan golongan muda Melayu di Selangor terhadap pencapaian kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Antara yang dinyatakan sebanyak 54 peratus golongan muda menganggap Pakatan Rakyat masih mempertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan agama Islam manakala 44 peratus lagi percaya Umno sebuah parti yang mengamalkan rasuah.
Secara kesimpulannya beliau menyatakan golongan muda melayu di Selangor merupakan golongan yang bersimpati dan menyokong dasar Pakatan Rakyat tetapi pembangkang memerlukan pendekatan yang lebih berkesan untuk menarik sokongan mereka.
"Dari segi perspektif kesejahteraan rakyat, umumnya majoriti responden berpuashati dengan penyediaan keperluan asas. Tak timbul umpamanya isu jalan dan sebagainya kerana di sini telah selesai termasuk soal pemberian air yang dianggap menimbulkan.
"Dalam aspek pembangunan sosial ramai responden tidak berpuashati dengan perkhidmatan oleh PBT seperti pengutipan sampah, pembersihan longkang dan perparitan. Ketiga dari aspek politik, kebanyakan responden masih tidak berpuashati dengan prestasi wakil rakyat masing-masing dan umumnya mereka masih belum mengenali wakil rakyat mereka," kata Dr Mohammad Redzuan.
Katanya lagi, kebanyakan pengundi muda tidak mendapat maklumat berkenaan kerajaan Negeri Selangor dan banyak bergantung kepada maklumat yang disiarkan menerusi media arus perdana.
"Bilangan responden 42 peratus tidak mengundi dan sebahagian besar responden berada dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 40 tahun yang sepatutnya layak mengundi tetapi masih belum mengundi. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian," ujar beliau lagi. -SK
baca lagi [click here]...
Monday, July 12, 2010
Umno semakin menuju kehancuran: Umno PJ berpecah, Umno Kedah berbalah!

"Saya melawat beberapa cawangan Umno, ada pepecahan sesama kita telah saya rasai...Siapa yang hendak kalah, Beri kami peluang dan peruntukkan yang besar...Kalau kita tidak berjaya dalam pilihan raya umum ke-13, saya berpendapat kita bakal gulung tikar pada masa depan.." - Umno Petaling Jaya
Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian...Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku... - Umno Sungai Petani
"Memang UMNO dilanda masalah dan krisis kepemimpinan, bukan hanya di Jerantut seperti yang kita bimbangkan bahkan dimana saja. Inilah petanda bahawa UMNO belum benar-benar berubah secara total...Ini lah masalah dalaman UMNO kita." - Umno Jerantut & Bentong
Baca berita sepenuhnya di bawah...
Berita 1
'Akar umbi Umno PJ Selatan masih berpecah'
Pemangku ketua Umno Petaling Jaya Selatan Datuk Hanipuddin Raja Nong Chik mengakui masih wujudnya pepecahan ahlinya di peringkat akar umbi di bahagian tersebut.
"Saya melawat beberapa cawangan Umno, ada pepecahan sesama kita telah saya rasai," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu hari ini.
Lebih 300 perwakilan menghadiri mesyuarat tersebut yang oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Musa Aman yang juga ketua menteri Sabah.
Menurut Hanipuddin, perpaduan sesama ahli umno penting untuk mewujudkan satu pasukan yang disegani bagi merampas semula negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kita jangan saling benci-membenci dan hasad dengki sesama kita.
"Sakit hati, dengki dan dendam perlu dibuang jauh-jauh untuk kita rapatkan barisan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Menurutnya sebelum pilihan raya umum lalu, Umno dan BN menguasai parliman Petaling Jaya Selatan dan DUN Taman Medan.
Tetapi sekarang kedua-dua kawsan tersebut jatuh ke tangan PKR, tambahnya.
Sehubungan itu, Hanipuddin menyeru ahli akar umbi agar berusaha kuat dan bersatu padu untuk merampas kembali kawasan tersebut daripada Pakatan Rakyat.
Untuk tujuan itu, katanya, Umno bahagian memerlukan sejumlah peruntukan yang mencukupi untuk bergerak lebih aktif.
Beliau juga memohon kepada kepimpinan tertinggi Umno agar menyalurkan bantuan "yang besar" tanpa mengira kawasan itu dimenangi oleh Umno ataupun tidak.
"Jangan kami di kawasan yang kalah dihukumi dengan bantuan yang kecil tetapi di tempat yang menang diberi peruntukan yang besar.
"Siapa yang hendak kalah...Beri kami peluang dan peruntukkan yang besar," katanya.
Menurutnya lagi, bahagian tersebut yang tidak pernah kalah sebelum ini, turut 'terkena tempias' tsunami politik dalam pilihan raya umum lalu.
"Kalau kita tidak berjaya dalam pilihan raya umum ke-13, saya berpendapat kita bakal gulung tikar pada masa depan," katanya.
Hanipuddin berkata, bagi merealisasikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang, beliau mengajak ahli akar umbi turun ke padang bagi "menjuarai rakyat".
Sebelum mengakhiri ucapannya, Hanipuddin merayu kepada Musa agar membawa ke perhatian kepada pucuk pimpinan parti berhubung masalah kekurangan peruntukan itu.
Berita 2
Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani Kecoh
SUNGAI PETANI: Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian.
Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.
Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.
Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi Ketua Bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.
Malah Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.
Bekas Setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.
"Kami ingin menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa Ali tidak dikehendaki di Sungai Petani.
"Dia tidak layak jadi Ketua Bahagian. Syukurlah sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka secara terbuka hari ini. Ini yang penting," kata bekas Timbalan Ketua Bahagian, Abu Bakar Ahmad.
Katanya Ali juga antara punca 10 cawangan tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan. Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang mewakili Ibu Pejabat UMNO terpaksa bercampur tangan apabila melihat keadaan tidak terkawal lalu meminta perwakilan memberi laluan kepada Ali berucap tetapi mereka tetap mempertahankan tindakan mereka.
Beliau kemudian mencadangkan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap merasmikan mesyuarat tersebut dan menyambung mesyuarat selepas perasmian dan dipersetujui perwakilan.
Abd Azeez yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan menyelesaikan kemelut Umno Sungai Petani dalam semangat kekeluargaan dan berlandaskan perlembagaan parti.
Selain Abd Azeez, Ibu Pejabat UMNO menghantar Setiausaha Kerjanya, Datuk Mohd Rauf Yusof dan Anggota MT, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir untuk memantau mesyuarat tersebut. - BERNAMA
Berita 3
SIAPA SAYANGKAN UMNO DI JERANTUT?
Memang UMNO dilanda masalah dan krisis kepemimpinan, bukan hanya di Jerantut seperti yang kita bimbangkan bahkan dimana saja. Inilah petanda bahawa UMNO belum benar-benar berubah secara total. Kadang-kadang dalam satu bahagaian atau cawangan pemimpinnya ingin berubah tetapi akar umbinya masih tidak bergerak. Ada pula akar umbinya yang ingin berubah namun kepimpinannya pula masih enggan. Ini lah masalah dalaman UMNO kita.
Baca seterusnya di sini, "SIAPA SAYANGKAN UMNO DI JERANTUT?", atau di sini, "UMNO bahagian Jerantut layu", atau di sini, "AJK PEMUDA JERANTUT IKUT RENTAK MUSTAFA LETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI"...semoga mengambil pengiktibaran...wallahua'lam..
Artikel berkaitan [Jun 2010]:
1. Blogger Umno akui Umno kedah lemah: Gesa Mahdzir Khalid undur, sokong Mukhriz
2. Krisis Umno Kedah berjangkit pada sayap Puteri
3. Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah!
4. Umno terus bergolak: Selepas Umno Kedah, Umno Terengganu pula dilanda masalah!
baca lagi [click here]...
18SG: Koleksi himpunan VIDEO/GAMBAR gaduh, pukul, tumbuk sesama pemimpin Umno
1. Adegan Baling Kerusi Mesyuarat Umno Bahagian Seremban
2. Mesyuarat Pemuda UMNO Rantau Panjang Kecoh
3. Perwakilan Hantu 7
4. Tragedi Amuk Mesyuarat Umno di Sedili Kecil
5. Umno di Sedili Kecil kecoh
6. perwakilan di halang masuk dewan
7. Cries of "Rasuah!"
8. Kekecohan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani-11 Julai 2010
9. Kekecohan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani-Berita TV9
Oleh: Pria Malaya
Video-video atas adalah video2 terdahulu yang berlaku sekitar tahun 2008..banyak lagi sebenarnya, termasuk gambar-gambar perwakilan dan pemimpin Umno yang bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri, sehingga terpaksa dikerahkan FRU dan anggota RELA utk menenangkan keadaan..
InsyaAllah, entry ini akan dikemaskini setiap masa..jika kalian mempunyai/terjumpa video2 berkaitan (termasuk gambar2) sila nyatakan atau emailkan kepada penulis..wallahua'lam..
p/s: Entry ini belum dikemaskini untuk berita terbaru ttg kekecohan yang berlaku semasa Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani...insyaAllah, penulis akan postkan artikel terbaru bersama gambar-gambar sekitar 'majlis pergaduhan' Umno Kedah (11 Julai 2010) selepas ini....













Artikel berkaitan:
- HOT: Gambar 'Pejuang Melayu' bertengkar di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian..(video inside)
baca lagi [click here]...
Popular Posts
-
Oleh: Pria Malaya Berita semalam melaporkan pendedahan BBC tentang ijazah palsu Dr Fazley..boleh baca dalam blog "ohbulan.com" ...
-
Oleh: Pria Malaya 'Besar sungguh' selera KM Serawak kita ni ya...sudah la orang pilihannya nun dari negara Lubnan, muda remaja pl...
-
Gambar dahulu... Gambar kini... Lagi gambar-gambar RM terkini boleh rujuk pada entry penulis, " Koleksi berita/isu berkaita...
-
Oleh: Pria Malaya Berita ini menggegarkan tanah air Disember tahun lalu..namun sehingga kini yang tertuduh tidak tampil membersihkan diri...
-
Selamat Menimang Cucu, Rosmah KUALA LUMPUR 29 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi nenek bagi kali kedua apabila ...
-
p/s: Korang diwajibkan untuk membaca 2 entry penulis terdahulu mengenai siapa Ummi Hafilda..baca pada tajuk di bawah.. 1. Siapa Ummi Haf...
-
Oleh: Pria Malaya Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPN) menunjukkan negeri Kelantan berada pada tahap...
-
Oleh: Pria Malaya Malaysiakini 9 September lalu melaporkan: During a speech at The Annexe Gallery in Kuala Lumpur last year, Marina Maha...
-
Oleh: Pria Malaya Apa yang bakal anda saksikan dibawah adalah isu yang berkaitan dengan pemimpin 'parti gerombolan' dan arak dari ...
-
Oleh: Pria Malaya Fuh, berseri dahi RM kita ya...siap bermanik lagi.. (Klik gambar utk paparan lebih jelas) Gambar ni dirakam ketika Ma...
























