Rakan 'cyber' Pria Malaya..

Tuesday, November 16, 2010

Tarif air Johor naik: Kenapa puak gerombolan tidak bising?



Oleh: Pria Malaya

Berita ini agak lewat, tp penulis nak post jugak utk info bersama..

Ketika negeri Kedah mengumumkan kenaikkan tarif air sebulan yang lalu, punyalah heboh satu negara..media pro-Umno seperti biasa ditugaskan utk menghangatkan isu ini di ruang2 media..

Tidak cukup dgn itu, di'upah'nya beberapa penyokong Umno bawahan untuk berdemontrasi, para blogger jumud Umno pula berhempas siang dan malam merangka artikel utk dipublishkan di dalam blog2 mereka...

Hari ini (beberapa minggu yg lalu), apabila kerajaan negeri Johor mengumumkan kenaik tarif air di Johor, semua pemimpin Umno ini jadi bisu dan pekak..satu habuk pun tak komen, media perdana dimandulkan..rakyat khususnya pembaca Utusan Malaysia (contohnya) menjadi semakin sempit dan jahil maklumat...

Rasional kenaikan di Kedah..

Sedangkan negeri Kedah adalah antara negeri yang termurah tarif airnya, dan terakhir semakan harga dibuat adalah pada tahun 1993, iaitu hampir 17 tahun lamanya...

"Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) Dato’ Adzmi Haji Din mengumumkan kenaikan tarif air di Kedah mulai 1 Oktober 2010. Secara puratanya kenaikan tarif air hanyalah RM0.10 bagi setiap meter padu air.

Kali terakhir tarif air di Kedah di semak ialah pada 1 Mac 1993. Mulai tarikh itu sehingga 30 September 2010, harga satu meter padu air ialah RM0.40. Ia adalah harga air yang kedua terendah di Malaysia selepas Pulau Pinang. Harga semeter padu air di Pulau Pinang hanya RM0.30, manakala perlis yang berada di tempat ke tiga terendah ialah RM0.48. Kedua-kedua negeri itu mendapat sumber air percuma dari sungai serta kawasan tadahannya yang berada di Kedah.

Semakan dan pelarasan yang diumumkan Kedah ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air - Negeri Kedah) 2010. Maknanya, Pusat sudah merestuinya. Pusat pasti merestuinya kerana ia memudahkan kerajaan negeri untuk membayar balik hutang pengurusan air kepada Pusat sebanyak RM50 juta setahun.

Kenaikan akan juga berlaku di negeri-negeri lain, termasuk negeri yang sealiran dengan Pusat. Cuma Kedah yang mula dahulu."
*Baca selanjutnya di SINI...

Perenggan terakhir di atas membuktikan kenyataan Ketua Pegawai SADA di atas adalah benar..negeri Johor akhirnya telah mengumumkan kenaikannya, dan penulis yakin selepas ini negeri2 lain akan menyusul...

Korang bayang la, Kedah naikkan tarif air dari RM0.53/m3 kepada 27%, tetapi Johor naikkan dari RM0.98/m3 kepada 60%...kenaikan mana yang lebih tinggi?..sudah la negeri Johor negeri yang tertinggi tarif airnya, dinaikkan lagi sehingga 60%..korang fikirlah sendiri...

Akhir kalam..ternyata pemimpin Umno termasuklah pencacai2 bawahannya adalah manusia yang hipokrit dan bermuka2..ini termasuklah barisan bloggernya...mohon disebarkan berita ini kpd seluruh rakyat...wallahua'lam..


Pelarasan tarif air Johor

JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.


(Di atas adalah senarai tarif air yang diambil dari website rasmi Jabatan Bekalan Air malaysia..klik utk paparan lebih jelas...)

“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.

Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja,” katanya.

Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.

Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan.

Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

“Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” katanya.

Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.

Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai. - SH

baca lagi [click here]...

Monday, November 15, 2010

VIDEO: Apabila orang agama masuk Umno...





VIDEO 1 : Agenda Besar Ummu Hadhari



VIDEO 2 : Nasihat Dr Mashitah



Soal jawab 'Ustazah' Masyitah di dalam Metro Ahad ,27 Jun 2010



Jawapan Islam sebenar berdasarkan Hadith riwayat Muslim...



baca lagi [click here]...

ETP Najib-Rosmah: Majoriti pembaca Utusan Umno TIDAK YAKIN ia dilandasan yang betul



Bancian: 47.6% tidak yakin dengan ETP Najib

Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP.

Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). - MK

baca lagi [click here]...

Sunday, November 14, 2010

KEMUNCAK isu banjir: Sultan Kedah pertahan kerajaan negeri, murka media pro-Umno!



Oleh: Pria Malaya

Nah, satu persatu kebenaran akhirnya muncul dlm isu banjir di Kedah..satu pukulan maut utk pemimpin dan utusan (media) Umno...

Ternyata amaran dan titah sultan Kedah sebelum ini agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan isu banjir tidak diendahkan para pemimpin Umno..mereka semakin galak merangka kenyataan dan laporan yg berat sebelah untuk memburuk2kan kerajaan negeri..

Hari ini, sultan Kedah telah melahirkan perasaan dukacita dan murkanya terhadap pihak yg mempertikaikan dan tidak menghargai sumbangan serta perngorbanan dari kerajaan negeri Kedah dlm membantu mangsa banjir..

Siapa lagi kalau bukan ditujukan kepda barisan pemimpin Umno dan media2nya yg saban hari menghina, menfitnah dan memburuk2kan kerajaan negeri..



(Sekadar gambar hiasan: Sifat Umno sebenar, media perdana diperkuda semaksimum mungkin utk memperbodohkan penyokong2nya...)

Kepada seluruh pencinta kebenaran, penulis mohon agar berita ini disebarkan..bersama pertahankan kebenaran dari dilacurkan oleh 'regim' Umno dan sekutunya..

Utk yg terakhirnya, sila baca dan sebarkan berita/artikel yg berkaitan di bawah..wallahua'lam..


1. Banjir: Dr Asri selar pemimpin Umno/BN - "Jangan salahkan kerajaan Kedah, kerajaan Perlis pun sama"
2. Banjir: Gambar bukti media dan Umno sepakat memperbodohkan rakyat
3. Menteri setuju Azizan Razak: Akui projek landasan keretapi berkembar punca banjir
4. [Mesti tengok]Samad Majid: Wartawan RTM yang tak reti bahasa..(video inside)
5. [TERBARU]Isu bantuan banjir: Pengakuan JKM Kedah bukti pembohongan Umno dan media perdana!


Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita

ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.


(Gambar terbaru 14 November: Gambar ceria MB ketika mengiring sultan Kedah..)

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.


(Ada penyokong Umno kata Harakah putarbelit titah sultan..ni versi Utusan Meloya..bukti sultan murka dgn keangkuhan pemimpin Umno..)

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda. - Hrkh

Berita terdahulu 1..

MB KEDAH sumbang RM10 ribu setiap keluarga mangsa mati lemas

ALOR SETAR, 13 November – YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan meluangkan masa menziarahi dua keluarga kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di kawasan sawah padi di Tanjung Bendahara di sini petang tadi.


(Gambar MB Kedah melawat dan menghulurkan sumbangan kpd keluarga mangsa kematian banjir..)

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikatakan sedang bermain-main di kawasan sawah tersebut yang dipenuhi air.

Bapa Nur Irshah, Rosli Ismail, 45, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu pada mulanya bermain bersama beberapa rakan di halaman rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara dekat sini.

Mayat Nur Irshah telah dijumpai manakala Awwad Hakimi yang dipercayai turut lemas masih belum dijumpai.

YAB Menteri Besar melahirkan rasa simpati dan menasihati kedua-dua keluarga supaya bersabar. Seterusnya YAB Menteri Besar menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM10 ribu setiap keluarga.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan seterusnya menziarahi satu lagi keluarga yang kehilangan dua anak sekaligus di Kampung Telaga Emas, Daerah Pokok Sena.

Dua beradik yang dikhuatiri lemas terseut telah dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 1 tengah hari dan 2 petang hari berikutnya.

Mayat Sharifah Syukor, 8, dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari manakala mayat kakaknya, Siti Nadia Syukor, 13, dijumpai sejam kemudian.

Dalam kejadian tersebut, dua beradik itu dikatakan membonceng motosikal yang ditunggangi oleh kawan mereka, Intan Malik, 14.

Ketika mereka melalui jalan batas ban tali air di kampung itu, tiba-tiba air beralun kuat menyebabkan Intan yang membawa motosikal tersebut tidak dapat mengawal kenderaan itu menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus.

YAB Menteri Besar turut malahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada bapa mangsa daripada Kerajaan Negeri.

Keluarga terakhir yang di ziarahi adalah keluarga seorang lelaki kurang siuman dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun ke dalam sebuah sungai berhampiran wat Siam di Jitra.

Mangsa, Ahmad Hamizan Ahmad Suhaimi, 24, dari Taman Seri Utama di sini dikatakan terjun ke dalam sungai itu kira-kira 12.15 tengah malam dan dilihat oleh orang awam.

Orang awam terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu kerana mereka tidak sempat menyelamatkan mangsa disebabkan arus sungai tersebut deras.

YAB Ustaz Azizan meluangkan masa bersama keluarga mangsa yang masih bersedih diatas kehilangan ahli keluarga. YAB Menteri Besar seterusnya menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM10 ribu.

Berita terdahulu 2

Kenduri Rakyat selepas banjir

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan menganjurkan kenduri kesyukuran kepada rakyat di setiap daerah terbabit banjir minggu lalu, sebagai tanda penghargaan kepada semua sukarelawan yang menghulur bantuan selain bersyukur musibah telah berakhir.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kenduri itu dicadangkan setelah terdapat lebihan bekalan makanan yang disumbangkan pelbagai pihak untuk mangsa banjir.


(380 ekor lembu diagihkan untuk ibadah korban sumbangan kerajaan negeri tahun ini..)

“Kita masih ada stok bekalan makanan itu dan saya syorkan buat kenduri rakyat sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak. Kita akan arahkan Pejabat Daerah Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu adakan kenduri ini pada masa yang sesuai,” katanya selepas penyerahan 380 lembu sumbangan Kerajaan Negeri kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), agensi dan jabatan kerajaan sempena sambutan Aidiladha.

Azizan berkata, penyatuan yang ditunjukkan semua pihak ketika menghadapi bencana banjir baru-baru ini harus dijadikan iktibar dan perpaduan itu harus didukung dalam semua aspek.

“Semua pihak termasuk keluarga diraja sehingga ke peringkat bawahan bersatu hati menangani isu banjir di negeri ini, kita telah buktikan perpaduan di Kedah adalah unik dan tidak seperti yang digambarkan,” katanya.

Rakyat juga diminta mengambil iktibar daripada peristiwa banjir dan mengingati semula kisah Nabi Nuh. - SH

baca lagi [click here]...

Isu bantuan banjir: Pengakuan JKM Kedah bukti pembohongan Umno dan media perdana!



Oleh: Pria Malaya

Jelas dari pengakuan JKM Pendang, kerajaan Negeri telah awal-awal lagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, malah telah dikeluarkan sejak beberapa minggu yg lepas...

Bukan itu sahaja, dilaporkan juga bantuan yang diberikan kerajaan negeri jauh melebihi cukup, dan langsung tidak timbul masalah kekurangan bantuan sepertimana dilaporkan media ampu Umno...

Namun amat mendukacitakan, berita ini tidak langsung keluar di dada2 akhbar media perdana, tidak keluar dalam kaca televisyen pro kerajaan, tidak direncanakan dalam siri2 rakaman bantuan mangsa banjir Kedah..

Akibatnya, rakyat khususnya penyokong dan blogger Umno menjadi semakin dungu dan kurang bermaklumat...mereka semakin galak menghentam dan menfitnah kerajaan negeri..

Sungguh kejam pemimpin Umno dan talibarut (media) nya memainkan isu politik tatkala rakyat Kedah diuji dengan musibah banjir, arahan Sultan Kedah supaya tidak mempolitikkan isu banjir tidak diendahkan mereka..

Kita doakan supaya Allah membalas perlakuan hina pemimpin Umno dan media2nya...semoga menjadi pengajaran...wallahua'lam...


RM 50,000 disalur bantu mangsa bah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang, Azhar Ismail berkata, hampir RM50,000 bantuan di salurkan Kerajaan Negeri melalui jabatan terbabit untuk membantu mangsa banjir di daerah itu.

Menurutnya, peruntukan itu disalurkan Kerajaan Negeri untuk membantu semua mangsa banjir ketika ditempatkandi pusat Kompleks Sukan Pendang hampir seminggu. Selain itu, peruntukan berkenaan juga di gunakan untuk membantu mangsa rebut.

“Bantuan itu disalurkan melalui JKM untuk membantu mangsa banjir seperti keperluan makanan, kelengkapan tidur dan beberapa barang lain.

“Seramai 244 mangsa banjir ditenpatkan di sini menerima sumbangan barang keperluan makanan melalui wang peruntukan yang diberikan itu dengan masing-masing memperoleh sumbangan bernilai lebih RM100,” katanya kepada Sinar harian.

Beliau berkata, mangsa banjir di sini tidak mengalami masalah kekurangan bantuan kerana bantuan Kerajaan Negeri melalui jabatannya mencukup.

“Bukan sahaja bantuan dari Kerajaan Negeri juga badan bukan kerajaan (NGO) turut membantu mangsa banjir dengan memberi pelbagai bentuk sumbangan kepada mangsa banjir,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, kini JKM sedang menyiasat mana-mana rumah yang mengalami keroskan teruk untuk dibaiki melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

“Siasatn permohonan itu akan dihantar kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan dan diluluskan untuk membantu mangsa banjir,” katanya. - SH

baca lagi [click here]...

Anwar dan Tok Guru Nik Aziz Diiktiraf Antara Individu Muslim Berpengaruh Di Dunia



SHAH ALAM 13 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi tersenarai antara 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre turut menyenarai Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada edisi kali ketiga buku itu.

Dalam laporan itu, Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.


(Buku Edisi terbaru 2010 dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre ...)

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

"His excellency Dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former Deputy Prime Minister of Malaysia, former Finance Minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."
Buku itu turut mengiktiraf Nik Abdul Aziz pula yang disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Abdul Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli".
"Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS).

As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Aziz's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."
Buku 'The Most Influential Muslim 2010' turut dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian tersebut membuktikan kepimpinan politik dan peranan besar ketiga-tiga pemimpin dalam gagasan Pakatan Rakyat yang mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa. - SK

Berita terdahulu:
- TGNA Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia 2009

baca lagi [click here]...

Video TERBARU yang mesti anda tonton dan sebarkan: "Wajah Demokrasi Malaysia"



VIDEO : Wajah Demokrasi Malaysia





baca lagi [click here]...

Saturday, November 13, 2010

Gambar Rosmah Mansor terkini...



Oleh: Pria Malaya

Fuh, berseri dahi RM kita ya...siap bermanik lagi..

(Klik gambar utk paparan lebih jelas)

Gambar ni dirakam ketika Majlis Malam Amal BAKTI 7 November lalu..berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur secara tertutup..

Rosmah Mansor adalah Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)...

Siapa artis jemputan utk 'hiburkan' para isteri2 menteri dan Timb. menteri ni?..tak mainlah artis dlm negeri, nun artis dari India, DATUKKK Shah Rukh Khan...;)














*Lagi gambar boleh lihat di SINI dan si SINI...

baca lagi [click here]...

Blogger otai Umno terkubur: Gara-gara fuluss???



Oleh: Pria Malaya

Hampir tersenyum penulis membaca sebuah blog penyokong Umno, Gerakan Anti PKR (GAP)...

moga berita yang aku terima ini tidak benar. benarkah blog AIDC bakal menutup operasinya ?

jika benar, ia merupakan satu peristiwa duka untuk seluruh kumpulan bloger macam kami. rayuan gap kepada AIDC, tolong teruskan perjuangan !

ayuh kawan-kawan, AIDC telah banyak membantu kita menyelongkar kebejatan anwar..artikel terakhir AIDC adalah pada 1 nov 2010..KLIK SINI.

aku tahu sebab penutupan mereka namun atas dasar kerahsiaan, aku hormati privasi keputusan mereka dan tidak akan siarkan sebab musabab penutupan..

namun atas kapasiti sahabat seperjuangan bloger jalanan, aku seru sahabat bloger lancarkan kempen 'SAVE AIDC' !

tolong aku buatkan banner 'SAVE AIDC' ! kepada saudara kxxxx dan fxxxxx tolong hidupkan semula AIDC !
Penulis awalnya tak faham apakah maksud 'SAVE AIDC' yg dilaung2 ni..apakah bermaksud supaya orang ramai khususnya blogger Umno mesti memberi kata2 semangat, teruskan membodek, mengampu dan merayu supaya blog itu tidak ditutup...

Namun apabila lihat gambar banner di atas, barulah penulis faham, 'SAVE AIDC' itu adalah bermaksud 'HULUR DUIT'...;)




Terfikir jugak penulis, si tuan blog langsung tak menyatakan penutupan blog itu adalah disebabkan masalah kewangan (atau malu nk mengaku?), tiba2 orang lain plak lebih2 merintih2 minta simpati orang ramai supaya hulur sumbangan...kononnya nk bagi perangsang la kot....

'No money, No entry..'

Kalau betul la penutupan blog ini adlah disebabkan masalah kewangan, nampak sangat blogger2 Umno ini hanya mengharapkan fulus untuk terus kekal aktif..no money, no entry..betul tak?..

Penulis nk tanya juga, kalau duit dah banyak masuk nnt, blog baru aktif mcm biasa ke bro?..kalau betul, maka sahlah ianya disebabkan faktor fulus, dan secara tak langsung mengesahkan blogger Umno dan fulus tidak dpt dipisahkan..tiada fulus, kerja tak jalan sehinggalah blog terpaksa di tutup...

Rasa-rasanya para blogger Umno terutama blog2 otai mcm ni tak perlu la (konon2) sampai meminta derma dari orang ramai..bukan penulis nk menafikan atau dengki dan sebagainya..

Cuma......baca kat bawah..


UMNO UPAH BLOGGER...

Kementerian penerangan dipercayai mengupah ratusan graduan sebagai alat untuk menyerang blog2 pakatan rakyat terutama pemimpin2 dlm cobaan menaikkan kredibilitu ubn yang semakin terhakis

Angkatan ini diletakkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Khas(jasa)dan dipercayai dibayar imbuhan sebanyak rm3000 sebulan (wow lumayan)tugasannya ialah memantau ,mengumpul maklumat dan menangkis dakwaan yg mengugat BN ,kata sumber yg rapat dgn JASA.

Mereka diberi pelbagai kemudahan yg terdiri drp pc dan internet dlm misinya untuk "attack" pimpinan pakatan rakyat melalui blog yg kononnya dibangunkan secara peribadi.kemungkinan samada pasukan itu ditugaskan menggodam blog dan laman web pr tdk dpt dipastikan .

Difahamkan para bloger yg menyertai JASA mesti menyertai ahli umno.tapi sebilangan blogger menolak tawaran tersebut .walaupun imbuhan lumayan ditawarkan...

Mengikut satu sumber terdapat 300 org telah berjaya direkrut di peringkat persekutuan ..selain mereka umno turut menggunakan blogger yg asalnya cenderung pada umno..

itulah kita lihat kebanyakan blogers yg menyertai JASA ini kebanyakan mempamerkan kebodohan kerana menyokong dan berblog krn wang dan penulisan yg berniat jahat semata-mata...tak heran ler kadang-kadang diorg komen tanpa identiti..dan tiada fakta kukuh untuk menyokong hujah diorg..

Bagi para bloggers pejuang kebenaran marilah kita terus memanfaatkan blog demi kebaikan ummah dan menentang kezaliman. - briged-akhdor.blogspot.com

Rupanya fulus sangat memainkan peranan yang penting terhadap jatuh bangunnya (sesetengah) blogger Umno...fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: Penulis sebenarnya bukan nk bangkitkan pasal sumbangan utk blog AIDC, tak kesah la tu, asal halal..cuma penulis nk bangkitkan ttg pendedahan JASA di atas, blogger Umno dan upah, itu point penulis..;)


Artikel berkaitan:
- KANTOI: Cyberwar Umno a.k.a SOPO BLOGGER Umno 'dilatih' supaya mencarut dah makihamun

baca lagi [click here]...

Menjelang PRU ke-13 : Portal Malaysiakini Sasaran Penggodam

Oleh: Pria Malaya

Petanda puak2 gerombolan sudah takut dan gentar..tidak berani berdepan secara jantan...ini juga petanda pengaruh portal Malaysiakini dan juga jaringan maklumat alternatif yang lain mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat...

Sementara media pro-kerajaan semakin tidak laku dan diboikot rakyat..bukan penulis yang kata, tetapi blogger fanatik Umno sendiri yang akui..

Boleh baca dlm blog 'blogtamingsari.blogspot.com' pada tajuk, "Bahayanya Jika Sentimen Memboikot Media Arus Perdana Diperhebatkan"..fikir2kan...wallahua'lam...


Terkini, laman web Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran penggodam.

Penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Turkmenkagan ini meninggalkan ucapan terima kasih dalam bahasa Turki berserta dengan slogan-slogan yang memegahkan diri mereka sebagai rakyat negara tersebut - terjemahan menggunakan google translate.



Ketika post ini di hantar, link ke laman tersebut iaitu http://pwp.malaysiakini.com/index.php.hack masih boleh diakses pengguna.

Penggodam telah menukar index.php sub-domain pwp yang terdapat dalam server Malaysiakini kepada index.php.hack yang turut memasukkan gambar yang dipercayai simbol negara Turki. Walaubagaimanapun, image yang dihost dilaman imageshake.us itu telah telah dipadamkan.




Tindakan penggodam mengubah nama index.php kepada index.php.hack telah menyebabkan kandungan fail dalam folder pwp terdedah. Berdasarkan kepada senarai fail dan forder, sub domain tersebut digunakan untuk menghantar newsletter secara berkala kepada pelanggan Malaysiakini.



Senarai fail-fail yang terdapat dalam folder ini adalah merupakan dokumen sulit yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada orang lain. Sebagai contoh, fail senarai nama dan email lebih daripada 2000 orang pelanggan Malaysiakini turut berada dalam folder tersebut. Senarai email dan nama besar yang terdapat dalam fail tersebut dengan mudah boleh disalahgunakan.

Sumber: TKO baca lagi [click here]...

Isu kuil: Contoh Umno bermuka-muka bela Melayu dan Islam



Oleh: Pria Malaya

Berdasarkan laporan Malaysiakini pada tajuk, "MIC bantah larangan bina kuil di kawasan Islam"...

Penulis tidak berhajat mengulas bantahan MIC dlm isu ini..penulis ingin mengajak kalian 'membaca' berita ini dari sudut yang berbeza..

Umno juara bela Melayu?

Jikalau kalian masih ingat, dalam isu kuil dan rumah ibadat non-muslim di Selangor suatu ketika dahulu, Umno dan PERKASA adalah antara kumpulan Melayu yang begitu 'sensitif' dengan isu ini (konon2nya la)...

Merekalah antara kumpulan rasis Melayu yang berdegar2 menentang dasar dan keputusan kerajaan negeri suatu ketika dahulu..mereka inilah yang berarak membawa kepala lembu, berdemontrasi, memakihamun, mencarut, menghantar memorandom dan lain2 sebagai tanda bantahan...

Kali ini, bila terdengar berita kerajaan Selangor mengawal rumah ibadat non-muslim di kampung2 Melayu Islam di Selangor, dimana mereka puak2 Melayu rasis ini? dimana kenyataan rasmi mereka menyokong dan membela tindakan kerajaan negeri?

Hipokrit dan Munafik...

Tidak ada....yang ada, suara MIC dan presidennya Samy Vellu membantah dan mempertikaikan dasar kerajaan negeri..dan ketika ini tiada satu pun suara pimpinan tertinggi Umno dan PERKASA yg menyokong kerajaan negeri dalam masa yg sama mengutuk dan menghentam rakannya parti MIC..nehi..

Ternyata selama ini Umno dan PERKASA bukanlah jujur dalam membela Melayu dan Islam..selama ini mereka hanyalah bersandiwara dan berlakon di depan media..segala tindak-tanduk mereka rupanya hanyalah untuk tujuan politik sempit mereka, tidak lebih dari itu..korang fikirlah sendiri...

Untuk yg terakhirnya, penulis mengajak kalian membaca artikel penulis terdahulu, berkaitan SANDIWARA antara Umno dan parti2 komponen BN dalam memanipulasi sesuatu isu dengan membangkitkan isu perkauman, boleh baca di SINI..wallahua'lam..


p/s: TERBARU dari Pejabat Menteri Besar Selangor isu rumah ibadat

MB: Laporan larang bina rumah ibadah tidak tepat

Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa laporan yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil kira kuil dan rumah ibadat lain ketika meluluskan projek pembangunan adalah tidak tepat.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan petang ini, ia menegaskan bahawa kerajaan negeri prihatin keperluan membina tempat-tempat ibadat secara terperancang.

Berikut adalah kenyataan sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor:

Terdapat beberapa versi laporan berhubung jawapan yang diberikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu pembinaan kuil ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ibrahim Sani pada sesi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.

Kerajaan Negeri Selangor ingin menjelaskan pendirian mengenai pembinaan kuil dan rumah ibadat lain iaitu

- Pembinaan tempat-tempat beribadat harus dibuat secara terancang dan mengikut garis panduan kerajaan demi memastikan kepuasan semua pihak yang terlibat

- Projek perumahan baru yang bakal dibina di Selangor diwajibkan mengambil kira kewujudan kuil dan rumah ibadat lain yang sudah wujud di kawasan tapak atau kawasan berdekatan tapak pembinaan

Sekiranya pihak pemaju gagal mengambil kira rumah-rumah ibadat yang sudah wujud berdekatan dengan tapak pembangunan atau sekurang-kurangnya menyediakan rancangan rapi untuk pemindahan rumah ibadat tersebut yang dipersetujui semua pihak terlibat, kelulusan untuk membina tidak akan diberi.

Sejak Julai 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan 30 geran tanah kepada kuil Hindu manakala 15 lagi masih menunggu kelulusan Exco untuk diwartakan.

Permohonan bagi membina rumah ibadat perlu diperhalusi melalui kajian mendalam dan setiap kelulusan yang dibuat tertakluk kepada kekosongan tanah, kesesuaian lokasi dan keperluan penduduk setempat.

Laporan media yang mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil kira kuil dan rumah ibadat lain ketika meluluskan projek pembangunan adalah tidak tepat.

Pegawai Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar bertugas sepanjang DNS berlangsung dan sedia memberi penjelasan jika terdapat sebarang kekeliruan. - Malaysiakini

baca lagi [click here]...

HANGAT: Gambar sekitar program bersama Anwar Ibrahim di Johor Bharu

Oleh: Pria Malaya

Sambutan yang cukup hangat di negeri jajahan Umno, Johor Darul Takzim..Utk makluman, program DSAI di Johor Bharu telah di adakan di Pulai Spring dan Simpang Renggam...

Berdasarkan pengalaman lepas dimana program2 DSAI seringkali diganggu talibarut2 Umno, kali ini program ini berlangsung di dalam dewan, secara tertutup..alhamdulillah berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat dari rakyat Johor...

Lagi gambar dan maklumat lanjut akan menyusul...wallahua'lam..


1. Program DSAI di Pulai Spring









2. Program DSAI di Simpang Renggam

Sambutan yang di berikan malam tadi cukup luar biasa.Ribuan Rakyat bersama di Simpang Renggam.Dewan di penuhi dengan kehadiran penyokong-penyokong.Turut berucap malam tadi Yb.Dr Boo Cheng Haw,Prof Dr Madhfuz Mohamad,Shamsul Iskandar,Yb Gobalakrisnan,Yb Azmin Ali,Dato Chua Jui Meng dan Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim. - FB 'Saiful Amri'















Lagi berita berkaitan program DSAI di Johor:
- Bro Anwar di Spg Renggam (passembrong.blogspot.com)

baca lagi [click here]...

Friday, November 12, 2010

[Kemaskini] Gambar terkini Tok Guru Nik Aziz di Mekah

















Semoga TGNA diberi kesihatan yg baik, diperkenankan segala doa, seterusnya mendapat haji yg mabrur..

Semoga selamat pergi dan kembali Tok Guru dan Tuanku Sultan Kelantan..


Sumber gambar: Dari pelbagai sumber
baca lagi [click here]...

Popular Posts

Blog Widget by LinkWithin