BERITA 1
PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...
Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.
Sebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.
“Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.
“Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,” katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.
Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.
Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.
Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.
Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.
Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.
Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia. - MK
BERITA 2
Interlok: Wakil MIC mahu novel ditarik balik, nafi kenyataan TPM
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Wakil MIC yang bertemu Kementerian Pelajaran minggu lalu telah menegaskan bahawa novel subjek sastera Interlok yang kontroversi harus ditarik balik daripada digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima.
Justeru menurut salah seorang wakilnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wakil-wakil yang hadir telah bersetuju novel itu baik dan patut digunakan adalah satu pandangan yang berbeza sama sekali.
Bekas presiden Hindu Sangam Malaysia, Dr. A. Nagappan berkata, kesemua enam wakil MIC telah menzahirkan pendirian sebulat suara bahawa novel itu tidak wajar dibenar untuk digunakan sebagai teks sastera atas alasan kandungannya tidak sesuai bagi tujuan memupuk integrasi dan semangat 1 Malaysia.
“Kami telah mengetengahkan satu pendirian bersama... pendirian kami, wakil MIC (dalam pertemuan minggu lalu) ialah novel ini wajar ditarik balik, tiada cadangan lain daripada kami selain meminta ia tidak digunakan di sekolah,” kata bekas pensyarah maktab perguruan ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.
“Oleh itu satu perkara (novel patut digunakan) yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin (gambar) tidak benar,” katanya.
Kata beliau, pihaknya berpendapat bahawa novel itu tidak wajar digunakan sebagai buku teks sastera berdasarkan pada keseluruhan kandungan ke atas pembangunan sosial masyarakat negara ini.
Semalam, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel Interlok di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu.
Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.
“Kita ada beberapa perkara sudah kita usulkan dan Kabinet minta kita teruskan perbincangan dengan MIC supaya lebih jelas bagaimana hendak atasi perkara ini." - TMI
AKU BACA PUN TERKEJUT, KALAU ORANG UMNO BACA LAGILAH TERKEJUT ( GAMBAR )
-
[image:
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/560134_425386277491815_100000613380318_1323300_1380257436_n.jpg]
Kalau beginilah gayanya meman...
1 hour ago









0 comments:
Post a Comment