Oleh: Pria Malaya
Tahniah penulis ucapkan kepada setiausaha DAP Selangor atas kerjasama dan komitmen beliau bagi membantu mengurangkan pengambilan pekerja Islam di pusat-pusat hiburan..satu usaha yang tak pernah terfikir dek akal berlaku dlm Umno mahupun MCA..
Setakat ini dlm isu arak, Umno, Yb Zul dan sekutunya gagal untuk menjawabnya, hanya setakat mengutuk usaha2 pemimpin PAS, PKR dlm membasmi isu ini..dipihak mereka, bukan setakat tidak berusaha untuk membuat kawalan, bahkan siap menjamu arak free semasa berkempen dlm pilihan raya kecil DUN Tenang kelmarin..boleh rujuk di SINI..
Akhir kalam..sila rujuk entry penulis tentang koleksi Umno dan Arak pada tajuk, "Koleksi Umno-Arak dulu kini dan selamanya (bukti bergambar)"..fikir2kan..wallahua'lam.
DAP Selangor sumbang kepada tabung khas
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal.
Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya.
"Saya mahu jadi yang pertama di Malaysia (menyokong tabung ini)," kata Lau Weng San dalam blognya.
Beliau melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah media yang membuat laporan negatif dan tidak benar dengan apa yang berlaku dalam kes sekatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
"Kita bukan U Turn. Apa yang dibuat oleh kerajaan bukannya menarik balik peraturan itu tetapi meminta pelaksanaannya ditangguhkan sehinggalah kerajaan mengkajinya," kata Lau Weng San.
MPSJ telah meluluskan peraturan di bawah undang-undang kecil untuk melarang umat Islam dari bekerja di pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak sesuai dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Namun, memandangkan ianya dibuat tanpa melalui kerajaan negeri, peraturan itu tidak akan dilaksanakan dahulu sehingga ianya selesai dikaji dan kerajaan negeri membuat persediaan yang sewajarnya.
Antaranya, kerajaan negeri Selangor mencadangkan agar diadakan satu tabung khas untuk membantu pekerja Islam yang mahu berhenti dari bekerja di tempat sedemikian di samping membantu mereka mencari pekerjaan baru yang halal.
Cadangan inilah yang disokong oleh Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San ini. - HD
Berita terdahulu...
Selangor bantu orang Islam henti kerja di premis arak
Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.
"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.
Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.
Rezeki halal
Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.
"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.
"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.
Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.
Jika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.
Tindakan wajar
“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.
“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.
Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”
"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.
Anda juga digalakkan baca artikel dari blogger "Wfauzdin" di bawah..
ISU BEKERJA DI KILANG ARAK - KERAJAAN SELANGOR JAUH LEBIH BIJAK DAN IKHLAS DARI UMNO
KERAJAAN PR Selangor bukan sahaja bercakap kosong apabila ingin membangunkan Islam di Selangor. Lebih patut kita bersyukur apabila hasrat Kerajaan Negeri ini disokong kuat oleh pemimpin politik yang Non Muslim dan ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Umno/Bn dahulu, kini dan selamanya.
Di dalam isu orang Islam yang terpaksa bekerja di premis penjualan arak, Kerajaan Negeri Selangor amat peka dengan perkara ini. Tindakan Exco Selangor YB Ronnie Liu yang menangguhkan dulu undang-undang melarang orang-orang Islam bekerja di premis menjual arak adalah satu tindakan pentadbiran sahaja. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak mahu sebarang undang-undang walaupun amat baik sekali dilaksanakan tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.
Ternyata, MB Selangor tetap mempertahankan bahawa umat Islam diharamkan untuk bekerja di premis penjualan arak dan beliau mahu Jabatan Agama Islam memainkan peranannya mengikut undang-undang yang ada. Di samping itu, Kerajaan Negeri tidak lepas tangan sahaja bagi umat Islam yang mungkin merasa sukar untuk berhenti kerja di premis tersebut. Kerajaan Negeri kini menubuhkan tabung khas untuk membantu mereka mencari kerja di tempat lain. Pernahkah Umno buat seperti ini?
Paling menggembirakan, Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal. Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya. Beranikah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di bawah Umno/Bn berbuat demikian?
Saya menyeru agar kesemua Adun/MP dari PR di Selangor memberikan sumbangan mereka agar tabung khas ini dapat berperanan seperti yang dikehendaki. Biar kita tunjukkan kepada mereka bahawa Kerajaan PR benar-benar ikhlas di dalam menyelamatkan umat Islam. Biarlah Umno menyalak siang malam tentang isu ini, hakikatnya parti itulah yang berkuasa untuk membawa masuk arak besar-besaran dan menubuhkan kilang arak terbesar di negara ini termasuk judi. - wfauzdin.blogspot.com
AKU BACA PUN TERKEJUT, KALAU ORANG UMNO BACA LAGILAH TERKEJUT ( GAMBAR )
-
[image:
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/560134_425386277491815_100000613380318_1323300_1380257436_n.jpg]
Kalau beginilah gayanya meman...
1 hour ago









0 comments:
Post a Comment